Jumaat, 7 Jun 2013

BAHAN BERMUTU PATUT DIGUNAKAN...JANGAN DIGANTIKAN BARANG KURANG BERMUTU DENGAN TUJUAN AMBIK KEUNTUNGAN...ATAU MENGAMBIL PEKERJA KURANG MAHIR...UNTUK AMBIK KEUNTUNGAN DARI PEMBERIAN UPAH@GAJI

LifeStraw Bagi Membantu Masyarakat Pendalaman & Pengembara
Posted on Friday, June 07 @ 19:26:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenjualCendol



Jika Anda seorang pengembara sejati, maka kini Anda tak ada lagi keraguan untuk meneguk setiap air yang Anda temui di setiap perjalanan Anda. Sebab melalui sedutan yang disedut LifeStraw ini, setiap orang dapat menikmati air yang sehat dan bersih tanpa was-was.

LifeStraw adalah alat filter air portable yang di reka oleh Vestergaard Frandsen. Sedutan moden ini adalah alat filter air yang tidak menggunakan bahan kimia, bateri, ataupun motor penggerak sekalipun. LifeStraw berbentuk sedutan yang memiliki panjang 310 mm dan berdiameter 30 mm.













Alat ini berbahan plastik dan dilengkapi dengan metode filtre air yang aman. Menurut hasil penelitian, air hasil sedutan dari LifeStraw ini mampu menghilangkan sekitar 99.9% parasit dan bakteria dalam air.

.....
http://penjualcendol.blogspot.com



  Takziah Keluarga Muhammad Syafiq: Tingkatkan Keselamatan Atlit Di Tempat Latihan
Posted on Friday, June 07 @ 18:33:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Hj Nasrudin Hassan
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah di atas kemalangan yang menimpa adik Muhammad Syafiq Imran Syahril, pelumba basikal Terengganu sehingga meragut nyawanya semalam. Dalam kejadian pagi semalam, Allahyarham Muhammad Syafiq Imran sedang mengadakan sesi latihan rutin  bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh dan digilis sebuah treler di Kampung Bukit Guntung, Tepoh.

DPPM menganggap kejadian yang berlaku ke atas Allahyarham Muhammad Syafiq sebagai suatu tragedi malang yang begitu tragis dan menyayat hati. Ia adalah suatu suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT terhadap hambaNya.

Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada pasukan Terengganu dan juga negeri-negeri lain agar sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan peserta mereka. Atlit sukan juga dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa latihan mahupun perlumbaan supaya semua mereka mampu mengharungi acara yang dipertandingkan dengan selamat.
Kehilangan seorang pemain bererti sebutir bintang yang digilap juga telah hilang dan pergi sekelip mata. Pastinya kehilangan beliau sukar dicari ganti kerana pasukan tersebut terpaksa mencari pemain lain yang berbakat besar seperti Allahyarham Muhammad Syafiq.
DPPM mengharapkan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian seberat ini dan turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan disisi Allah sebagai hambaNya yang soleh jua.
HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 




Hadi Ho dilantik pengarah jabatan siasatan Jenayah
5:46PM Jun 7 2013  
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Hadi Ho Abdullah dilantik sebagai pengarah jabatan itu, berkuatkuasa serta merta menggantikan Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang kini Timbalan Ketua Polis Negara.
  
Hadi Ho, 59, akan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP), menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
  
Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen Perak SAC Mohd Ab Rahman Harun pula dilantik sebagai Pegawai Khas PDRM kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  
Timbalan Setiausaha Bahagian NKRA, Kementerian Dalam Negeri ACP Jamaludin Ibrahim dilantik sebagai Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman, dengan memangku pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC).
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muar, Johor dengan memangku pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa Briged Tenggara, Supt Rooslan Radzi dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dengan memangku pangkat ACP.
  
Penolong Pengarah (Teknikal/Surveillance) JSJ Narkotik Bukit Aman Supt Ab Rahman Nawi pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Risikan Zon 1, JSJ Narkotik Bukit Aman, memangku pangkat ACP.
  
Menurut kenyataan itu, pertukaran dan kenaikan pangkat berkenaan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan PDRM.

- Bernama
Bekas pembantu politik ditahan berkaitan kes bunuh
 
Seorang bekas pembantu khas kepada calon PKR bagi Parlimen Tapah, K Vasantha Kumar telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan bekas rakan sekerjanya K Murugan, seperti yang didakwa oleh pihak polis di Perak.

Bagaimanapun, bekas pembantu itu, S Marimuthu, 38, yang kini merupakan pekerja kilang, telah membuat laporan polis terhadap kenyataan yang mendakwa penglibatannya dalam pembunuhan itu.

Marimuthu juga telah diberitahu bahawa pihak polis mempunyai dua rekod jenayah terhadapnya.

Dia telah ditangkap berkaitan dengan kes bunuh di balai polis Dang Wangi petang ini, apabila dia pergi ke sana untuk membuat laporan mengenai "laporan palsu" itu.

"Polis memberitahunya bahawa dia ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata peguam M Visvanathan yang mewakili Marimuthu ketika dihubungi Malaysiakini.

"Dia kini di lokap balai polis daerah Dang Wangi. Polis sedang mengatur untuk menghantarnya ke balai polis Batu Gajah," kata Visvanathan.

NONEAwal pagi ini, Marimuthu mengadakan sidang akhbar untuk menafikan dakwaan polis berhubung penglibatannya dalam kes pembunuhan bekas rakan sekerjanya, Murugan (kanan).

"Saya tidak terlibat dalam pembunuhan Murugan. Kenyataan yang dibuat oleh pihak polis tentang penglibatan saya tidak betul," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Dalam akuan bersumpah yang dibuatnya pagi ini, Marimuthu menafikan dia mempunyai sebarang rekod jenayah dan mendakwa kenyataan pihak polis telah mencemarkan reputasinya.

Timbalan Ketua Polis Perak, A Paramasivam telah berkata dua orang dikehendaki unutk membantu siasatan kes pembunuhan Murugan.

Paramasivam berkata Marimuthu adalah salah seorang suspek dan dia mempunyai rekod jenayah kerana terlibat dalam dua kes - satu kes pembunuhan dan satu lagi kes menyebabkan kecederaan, di Bidor, Perak, masing-masing pada 2008 dan 2012.
Pampasan RM10,000 pada mangsa runtuhan jambatan
 
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, akan membayar pampasan RM10,000 kepada setiap orang awam yang menjadi mangsa kejadian runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan itu di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam tadi.

Pengarah Urusan JKSB Datuk Dr Ismail Mohamad Taib berkata kejadian runtuhan itu di luar jangkaan syarikat kerana projek itu telah melalui tiga fasa dan tidak pernah mengalami sebarang masalah.

NONEKatanya sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian dan jika jawatankuasa itu dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh kurang dari sebulan, ia tidak akan menjejaskan tempoh siap jambatan berkenaan.

"Kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang semalam apabila dua bahagian konkrit, 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut, runtuh," katanya.

Setakat ini polis mengesahkan seorang wanita tempatan Thilasheni Rajendran, 24, cedera akibat terkena serpihan runtuhan pada bahagian tangan.

Ketika kejadian, Thilasheni sedang memandu dan beliau sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira 2 meter dari tempat kejadian manakala rakannya Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

NONESelain itu dua pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39, turut cedera dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Keadaan mereka dilaporkan tidak serius.

Kedua-dua pekerja asing itu dikatakan sedang bertugas di tapak binaan ketika kejadian.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lebih 300 anggota pasukan penyelamat dari bomba dan polis masih menjalankan kerja untuk mengesan mangsa di dalam sebuah lagi kenderaan yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu.

Katanya keadaan dan jumlah mangsa dalam kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan itu belum dapat disahkan.

Beliau berkata pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan perkhidmatan kren yang lebih berat apabila kren yang disediakan oleh syarikat pembinaan itu gagal mengangkat tanjakan konkrit yang runtuh itu.

Projek pembinaan jalan susur keluar jambatan itu diurus kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd.

-Bernama 
 
Tanjak konkrit runtuh mungkin berpunca kegagalan struktur asas

7 Jun 2013
Jambatan runtuh: 4 dipercayai maut
Suasana sekitar lokasi kejadian di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.
GEORGETOWN - Siasatan awal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menumpukan pada kegagalan kerja struktur asas yang dipercayai menjadi punca keruntuhan tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang semalam.
Pengarah Dosh Pulau Pinang Mohd Anuar Embi berkata faktor utama kejadian itu mungkin akibat kegagalan kerja struktur asas.
"Saya tidak menolak kemungkinan lain tetapi siasatan awal kami adalah pada kerja-kerja asas struktur binaan," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak kejadian runtuhan di sini hari ini.
Katanya beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada kurang penyelengaraan atau pemasangan struktur asas yang tidak betul.
"Semua ini perlu dilakukan mengikut amalan kejuruteraan yang baik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Beliau berkata siasatan mungkin boleh berlarutan sehingga dua bulan bergantung kepada keadaannya yang rumit.
Semalam, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang  yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini runtuh pada kira-kira 6.40 petang.
Runtuhan itu membabitkan tanjakan konkrit dan besi penyambung di Pakej 3A iaitu di susur keluar dari jambatan itu ke lebuh raya di bahagian pulau.
Tiga orang cedera dalam kejadian itu, iaitu dua pekerja binaan Slamat, 36, dari Indonesia dan Tin Maung Iwin, 39, dari Myanmar dan wanita tempatan Thilasheni Rajendran, 24. - Bernama
 
Usul tak terima jawatan terbatal jika diusul melalui EGM

7 Jun 2013
Chua Soi Lek
Chua Soi Lek
ALOR SETAR - Usul MCA tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan boleh terbatal sekiranya perwakilan parti itu mencadangkan usul baharu menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagaimanapun berkata EGM tersebut hanya boleh diadakan sekiranya mendapat sokongan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada perwakilan pusat iaitu 800 daripada 2,400 perwakilan pusat.

Sekiranya EGM tersebut tidak mendapat persetujuan satu pertiga perwakilan, sebarang usul mengenai perkara tersebut akan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hujung tahun ini, katanya.
Keputusan keputusan tersebut bergantung kepada perwakilan parti membuat usul untuk membatalkan usul yang dibuat pada AGM parti itu dua tahun lepas, katanya kepada pemberita pada satu majlis jamuan malam di sebuah hotel di sini hari ini.
MCA pada AGM 2011 dan 2012 membuat resolusi bahawa parti itu akan menolak semua jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri jika prestasinya lebih teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), 5 Mei lepas.
Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandinginya.
Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.
Mengenai tempoh yang agak lama tiada wakil MCA sebagai exco kerajaan negeri Kedah, Dr Chua berkata ia tidak terlalu lama hanya menunggu hingga hujung tahun ini untuk diadakan AGM.
Katanya beliau berterima kasih kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana mahu memberi jawatan exco kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) MCA tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak menerima apa-apa jawatan.
Ditanya sekiranya Menteri Besar Kedah melantik ADUN MCA menjadi exco, beliau berkata: "Jika ia berlaku baru you (wartawan) tanya saya balik". - Bernama

Tiada ulasan: