Jumaat, 7 Jun 2013

DOSA2 BESAR

DOSA BESAR YANG PELIK
Posted on Friday, June 07 @ 22:31:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: HishamAhmad

"Tahukah kita apakah dosa besar yang pelik? Ia adalah dosa Riba. Dari segi kategori dosa besar, tiada dosa besar yang Allah gambarkan dosanya seperti perang dengan Allah dan Rasul melainkan ianya dosa Riba. 

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki Riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (al-Baqarah: 278).


oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(al-Baqarah : 279)”
Mengapa Dosa Riba itu Pelik?
Biarpun gambaran dosa Riba adalah besar, namun saya merasakan bahawa dosa Riba kurang dihayati dan diimani oleh umat Islam di Malaysia ini. Jika benarlah begitu, ia mungkin kerana 2 sebab iaitu (1) ia telah bersarang dalam urusan kewangan dan ekonomi sehingga menjadi habit buruk yang diterima, dan (2) Akibat kurang ilmu, ia dianggap dosa Pelik?
(1) Dosa Riba ini sebenarnya dosa yang ’pelik’ dan berbeza daripada kebanyakan bentuk dosa-dosa besar yang lain. Pelik maksudnya ialah pelik merujuk kepada sikap dan respon manusia terhadap Dosa ini.
(2) Masih terlalu ramai yang terlibat tetapi berbuat tidak tahu (walaupun tahu). Sebahagian mereka pula ada yang mula berfikir, berniat atau ketahap merancang untuk melepaskan diri namun usahanya tidak bersungguh-sungguh.
(3) Ada tu pula tidak begitu perihatin dalam urusan kewangan peribadi kerana walaupun mereka memfokuskan kepada bank Islam namun masih ada sebahagian kecil urusan mereka yang berada dalam Riba- kepada mereka kita katakan bahawa kadar 1 transaksi Riba yang serius adalah atas minimum wang Riba sekitar RM50-00 sahaja. Oleh itu, sebagai contoh jumlah RM50-00 yang dibiarkan di dalam akaun simpanan Riba, sudah merisiko panas api neraka.
(4) Sebahagian manusia merasa kehairanan dan kebingungan kerana tak nampak di mana rasa besar sangat dosanya berbanding dosa berzina dan dosa minum arak atau sebagainya. Mereka tak nampak kesan buruk kepada diri dan keluarga. Untuk mereka, kita katakan bahawa mereka sendiri yang gagal memahami tanda-tandanya.
(5) Dosa Riba adalah Dosa Besar. Malah lebih besar daripada setengah dosa –dosa besar yang lain. Namun kedudukannya agak ’pelik’. Tiada kuatkuasa atas kesalahan dan perlakuan Riba itu. Tidak seperti kesalahan zina. Bagi kes Zina, ada penguatkuasaan ada jabatan yang memantau perlakuan dosa ini, sehingga sampaikan timbul dakwaan dikatakan ’mengintip’ atau ’mengendap’.
(6) Seterusnya bagi kes zina, ada proses bicara di mahkamah, ada hukuman denda dan penjara (walaupun bukan hukuman mengikut ketetapan syarak). Tapi tiada kuatkuasa sedemikian terhadap amalan Riba. Bahkan entahkan ada entahkan tidak, pandangan serong masyarakat kepada pelaku dan pengamal Riba. Mungkinkah pengamal2nya orang-orang kaya dan berduit yang kadangkala penyumbang terbesar dana masjid dan surau dan penyedekah juadah paling lazat semasa kenduri tahlil? Namun kita dimaklumkan oleh ustaz Dosa Riba lebih berat daripada berzina yang bukan sekali tapi banyak kali (tak ingat jumlah perbnadingannya.? Lantas apa maksudnya?
(7) Tiada perundangan atau undang-undang di Malaysia sama ada pada pihak sivil atau pihak syariah, pada peringkat pusat atau jabatan agama negeri, yang menghalang kita melanggan produk Riba. Jadi macammana nak rasa bersalah atau berdosa? Atau macamana nak salahkan orang Islam yang melanggan jika ia dibenarkan untuk dilanggan?
Kesimpulannya. Riba adalah dosa yang Pelik kerana biarpun ia dosa besar yang betul-betul besar tetapi tidak diberikan ’P E N G H O R M A T A N’ yang selayak baginya... oleh kerajaan dan masyarakat kita.
Kesannya, ia dengan itu menimbulkan salah tanggapan , keraguan dan ketidakyakinan tentang status Riba sebagai Dosa Besar dan/atau telah menimbulkan perasaan dalam hati kebanyakan manusia bahawa dosa besar Riba ini tidaklah sebesar mana. Astaghfirullah.

Ingatan.
Amalan Riba telah terlalu meluas. Melibatkan wang dan perbankan. Tunjang Industri kewangan. Keperluan nafsu dan keseronokan. Pada masa kini, kekuatan perbankan Riba masih menguasai pasaran jauh mengatasi perbankan Islam. Ini menunjukkan terdapat lambakan produk Riba di pasaran samada dalam bentuk pinjaman, pelaburan, simpanan,kredit kad dan sebagainya.
Kekuatan wang yang besar pada dana-dana Riba ini membolehkan produk-produk Riba di iklankan, di promosi, ditonjolkan, digambarkan dan divisualisasikan secara yang begitu menarik dan hebat, jimat dan menguntungkan.
Proses penyebaran maklumat pengiklanan dan promosi yang begitu meluas dengan kadar kekerapan yang tinggi dilakukan melalui pelbagai media massa (televisyen, radio, akhbar-akhbar, internet, cineplex, pusat-pusat membelibelah, di majlis dan festival-festival, rumah ke rumah, panggilan telefon, pos, sistem sms, kenderaan-kenderaan awam, banner dan poster, di premis-premis perbankan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka sampai hadir ’dalam mimpi-mimpi kita’.
Penawar-penawar Riba ini digembeling oleh suatu kumpulan manusia yang begitu fokus dalam kerja dan perniagaan mereka. Begitu mesra bersemangat dan efisyen dalam tugasan dan perkhidmatan mereka, menjadikan kita sentiasa gembira dengan mereka dan produk mereka dan kita akan kembali dan kembali kepada mereka bila sahaja kita memerlukan. Kita dan generasi kita kekal menjadi pelanggan setia.
Justeru, seorang lelaki muda yang mempunyai pengetahuan mengenai ilmu Riba dan penghayatan agama yang sederhana, Baru setahun dua bekerja dan mengumpul wang. Ingin berumah tangga, ingin membeli kereta, ingin membeli rumah, namun masih tidak cukup wang biarpun gajinya agak boleh tahan. Penat berfikir untuk menyelesaikan masalah, lalu beliau singgah masuk ke sebuah pusat membeli-belah untukkononnya me’relax’kan minda.
.... tiba-tiba siteruna dihampiri gadis jelita dan manja dari kaunter promosi oleh suatu bank (konvensional) di sebuah pusat membeli belah dengan lembut bersopan ia berkata ”Abang, singgah sekejap.. kami ada tawaran istimewa kredit kad.. syarat kelulusan mudah.”...dengan senyuman melirik ayu. Lantas apa berlaku?
one thing lead to another... satu perkara membawa kepada suatu perkara lain dan akhirnya tanpa disedari berlaku keterlanjuran yang disesali.............
Penyelesaian Sementara.
Oleh itu kaedah menangani dosa Riba adalah berbeza. Ia perlukan kekuatan diri sendiri. Tiada bantuan daripada pihak berkuasa atau undang-undang. Tiada paksaan!. Benteng cegahan hanya disandarkan kepada kekuatan akidah dan iman.
Berminat. Bagi sesiapa yang merasa perlu untuk mendapatkan maklumat lebih khusus, anda boleh membaca buku tulisan seorang peguam sivil dan syarie bertajuk ‘Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba’ terbitan Galeri Ilmu Buku ini berbeza daripada buku riba yang lain kerana terdapat bicara khusus melibatkan aspek realiti seperi isu riba di mahkamah, kes mahkamah berkaitan riba, Fatwa Pakar Luar negara, Fatwa (Mufti) Johor, Bicara khusus kerjaya-kerjaya  seperti peguam, perbankan  dan sebagainya, Isu Darurat dan ketidakberdosaan riba? dan banyak lagi. Bagi buku motivasi meninggal riba, anda boleh baca buku “Dosa Perang Dengan Allah” terbitan Kemilau Publika oleh penulis yang sama. (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)
Details, please visit :- http://hisham-ahmad.blogspot.com



Antara Dosa2 Besar

al-Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Bazzar (292H) meriwayatkan dalam Musnadnya (al-Bahr al-Zakhkhar) dengan sanadnya (hadith 390), dari Samurah ibn Jundub al-Fazari r.a. berkata,
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مِمَّا يَقُولُ لأَصْحَابِهِ : هَلْ رَأَى مِنْكُمْ مِنْ رُؤْيَا ؟ فَيَقُصُّ عَلَيْهِ مَنْ شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُصَّ ، قَالَ : وَإِنَّهُ قَالَ لَنَا ذَاتَ غَدَاةٍ : إِنَّهُ أَتَانِي آتِيَانِ ، وَإِنَّهُمَا ابْتَعَثَانِي ، وَإِنَّهُمَا قَالا لِي : انْطَلِقْ ، وَإِنِّي انْطَلَقْتُ مَعَهُمَا
Biasanya Rasulullah saw berkata kepada sahabat2 Baginda, “Adakah sesiapa dari kalangan kamu yg bermimpi malam tadi?”
Baginda berkata kpd kami suatu pagi, “Datang kepada saya dua orang kedua2nya membawa saya berjalan2, mrk berkata : berjalanlah lalu saya berjalan bersama2 kedua2nya…
1.GOLONGAN PERTAMA
قَالَ : قُلْتُ : فَإِنِّي رَأَيْتُ مُنْذُ اللَّيْلَةِ عَجَبًا ؛ فَمَا هَذَا الَّذِي رَأَيْتُ ؟ قَالا لِي : أَمَا إِنَّا سَنُخْبِرُكَ ؛ أَمَّا الرَّجُلُ الأَوَّلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ وَيَثْلَغُ رَأْسَهُ بِالْحَجَرِ ؛ فَإِنَّهُ رَجَلٌ يَأْخُذُ الْقُرْآنَ فَيَرْفُضُهُ ، وَيَنَامُ عَنِ الصَّلاةِ الْمَكُتْوبَةِ ؛
Lelaki pertama yang kamu datangi dan dihempas kepalanya dengan batu ialah lelaki yang membaca al-Quran lalu mensia2kannya dan solat meninggalkan solat fardhu…
2.GOLONGAN KEDUA
أَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشِرُ شَدْقَهُ إِلَى قَفَاهُ وَعَيْنَهُ إِلَى قَفَاهُ وَمِنْخَرُهُ إِلَى قَفَاهُ ؛ فَالرَّجُلُ الَّذِي يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكِذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ ؛
Adapun yang ditikam mulutnya sehingga tembus ke belakng tengkuknya dan matanya, ialah seseorang yang menipu lalu penipuannya tersebar ke serata ceruk pelusuk negara
3.GOLONGAN KETIGA
وَأَمَّا الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ الْعُرَاةُ الَّذِينَ فِي مِثْلِ بِنَاءِ التَّنُّورِ ؛ فَإِنَّهُمُ الزُّنَاةُ وَالزَّوَانِي ؛
4.GOL KEEMPAT
وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي يَسْبَحُ فِي النَّهْرِ وَيُلْقِمُ الْحِجَارَةَ ؛ فَإِنَّهُ آكِلُ الرِّبَا ؛
5.
وَأَمَّا الرَّجُلُ الْكَرِيهُ الْمَرْآةِ الَّذِي عِنْدَ النَّارِ ؛ فَإِنَّهُ مَالِكٌ خَازِنُ جَهَنَّمَ ؛
6.
وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ ؛ إِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؛ أَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ ؛ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ؛
7.
وَأَمَّا الْقَوْمُ الَّذِينَ شَطْرٌ مِنْهُمْ حَسَنٌ وَشَطْرٌ مِنْهُمْ قَبِيحٌ ؛ فَهُمْ قَوْمٌ خَلَطُوا عَمَلا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا ، فَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهُمْ ، تَبَارَكَ وَتَعَالَى .
maka mereka ialah golngan yang mencampur adukkan amalan slih dengan amalan jahat, semoga Allah Tabraka wa Ta’ala mengampunkan dosa2 mereka.
PENGAJARAN
1.Mimpi Nabi adalah benar kerana ia adalah wahyu
2.
HR Ahmad, al-Bukhari, al-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Tabarani dan lain2.



Post by nas'ieqa on Wed Nov 25, 2009 6:28 pm
01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki




Dosa kecil berterusan jadi dosa besar kelak
Mohd Zawawi Yusoh


PENULIS kerap ditanya mengenai dosa besar. Jadi, pada kali ini, penulis mengambil beberapa pandangan ulama berkenaan pertanyaan terbabit, semoga pengetahuan kita bertambah dan diri jauh daripada dosa.

1. Dosa besar. Iaitu dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.

Menurut az-Zanabi dalam bukunya al-Kabaair, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:

# Empat jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.

# Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.

# Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.

# Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.

# Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.

# Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.

# Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

2. Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.

3. Dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Allah juga berfirman, maksudnya: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali Imran: 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Orang yang bergembira dengan dosanya Allah berfirman maksudnya: "Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya." (Surah al-Baqarah: 206)

Mereka yang berasa aman daripada azab Allah, Allah berfirman maksudnya: "Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: "Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?" Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah al-Mujadalah: 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit." (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi tauladan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun."

Sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090703093015/Article/indexv_html



Dosa2 Besar Lain 

  • 1. Dosa besar yang membawa Kehancuran umat
  • 2. 1- minum arak dan menagih dadah Arak = minuman memabukkan yg diperbuat dpd perahan buahan yg diperam Dadah = sejenis bahan yg mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir
  • 3. Hikmah pengharaman Menjaga kewarasan akal manusia Mengelakkan perkelahian dan permusuhan Mengelakkan penyakit berbahaya spt AIDS
  • 4. Langkah pencegahan Mengadakan kempen dan penerangan secara meluas melalui media cetak dan elektronik Mengamalkan cara hidup sihat spt riadah dan kebajikan Mengambil berat terhadap ahli keluarganya
  • 5. Akibat minum arak / menagih dadah INDIVIDU Membazir harta, masa dan tenaga Menjatuhkan maruah diri dan keluarga Lalai dpd mengingati dan menunaikan perintah Allah MASYARAKAT / NEGARA Menjadi mundur kerana anggotanya tiada berdaya maju Dipandang hina kerana berakhlak buruk Byk wang negara dihabiskan utk pusat pemulihah
  • 6. 2- zina Zina = persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa = ikatan yang sah
  • 7. Cth perbuatan yg mendorong kpd zina Melihat, merenung dan bercakap antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa hajat yang diharuskan syarak Duduk berdua2an di tpt sunyi Memakai pakaian yang menjolok mata
  • 8. Faktor berlaku zina Kurang pendidikan Islam Lemah iman dan penghayatan Islam Terpedaya dengan kemewahan dan keseronokkan
  • 9. Akibat perbuatan zina Merendahkan maruah diri dan keluarga Mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala Meruntuhkan institusi keluarga
  • 10. Hukuman terhadap zina Muhsan = penzina yang telah berkahwin dgn cara sah Hukuman = direjam dgn batu sehingga mati Ghair muhsan = penzina yg belum berkahwin Hukuman = disebat seratus kali
  • 11. 3- menuduh zina ( qazaf ) Menuduh zina = menuduh wanita yg baik melakukan zina tanpa 4 org saksi lelaki yg adil Hukuman 80 kali sebat jika tuduhan palsu.
  • 12. Org yg menuduh zina boleh dikenakan hukuman Dengan syarat: 1- berakal 2- baligh 3- atas kemahuan sendiri (bukan dipaksa ) 4- mengetahui haramnya qazaf 5- ia bukan bapa @ datuk kepada yg dituduh
  • 13. 4- liwat dan musahaqah Liwat = hubungan jenis antara lelaki dgn lelaki Musahaqah = hubungan jenis antara perempuan dgn perempuan
  • 14. Faktor berlaku L @ M Terpengaruh dgn budaya liar Tidak sanggup memikul t/jwb suami @ isteri Tiada undang2 tegas menyekatnya
  • 15. Akibat L @ M Meruntuhkan institusi perkahwinan Mendapat balasan azab di dunia dan di akhirat Dipandang hina oleh bangsa dan agama lain
  • 16. 5- membunuh diri Maksud = melakukan perbuatan yg boleh memisahkan roh dpd jasad sendiri
  • 17. Mengapa dilarang membunuh diri Hendaklah yakin dgn rahmat Allah Nyawa adalah hak Allah Perbuatan membunuh diri adalah satu pencabulan hak Allah
  • 18. Punca perbuatan MDiri Putus asa dgn rahmat Allah Tidak menyakini kehidupan hari akhirat Tidak sanggup menghadapi kegagalan
  • 19. Cara mengatasi MdiRi Hendaklah yakin dgn rahmat Allah Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yg betul Mengatur strategi hidup berpandukan al-QurAN, as-Sunnah dan akal yg waras




Dosa2 Besar Yg Membawa Kemungkaran 

  • 1. DOSA-DOSA BESAR 
  •  
  • 2. Maksud Dosa Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah swt dan meninggalkan suruhanNya. Org baligh yg langgar hukum Allah digelar ‘ASI.
  • 3. Faktor yg mendorong manusia melakukan dosa Terpengaruh dgn perangai kawan yg jahat Ingin hidup bebas tanpa batasan agama Sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat
  • 4. Kategori dosa A- Dosa besar Dikenakan hukuman tertentu di dunia dan Amaran azab di akhirat Cth : Minum arak, berzina, membunuh, mengumpat, derhaka pd ibu bapa Hukuman  qisas, hudud, takzir. Seksa di neraka jika tidak taubat
  • 5. Kategori dosa B- dosa kecil Tidak ditentukan hukuman Cth: melihat aurat bukan muhrim, bercakap perkara yg tidak memberi faedah Hukuman  jika dilakukan berterusan akan menjadi dosa besar
  • 6. 1- menghina dan menderhaka ibu bapa Wajib mentaati ibu bapa meskipun berlainan agama Balasan pahala kepada mrk yg taat ibubapa Haram menyinggung perasaan mrk Wajib segera bertaubat kpd Allah dan memohon kemaafan dpd ibu bapa
  • 7. Penjagaan semasa tua / hidup Sabar menghadapi kerenah mrk Sentiasa menjaga kebajikan mrk Tidak menyerahkan tanggungjawab kpd pihak lain
  • 8. Selepas meninggal Mendoakan keduanya supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah Jika berhutang, hendaklah dibayar Wasiat hendaklah ditunaikan Mengekalkan hub. Silaturrahim dengan sahabat handai mrk
  • 9. 2- menipu dan berbohong Melakukan sesuatu utk mendapatkan kepentingan diri sendiri @ Memudharatkan orang lain Haram dan berdosa besar
  • 10. Sebab perlu dibanteras 1- merosakkan diri sendiri dan orang lain 2- menghilangkan keyakinan rakan pada diri anda 3- memecahbelahkan hub. dalam masyarakat
  • 11. Cara penipuan dan pembohongan 1- melalui perbuatan Cth:  memalsukan dokumen  mencampurkan buah yg elok dgn yg busuk  tidak menepati sukatan dan timbangan dlm berjual beli
  • 12. 2- melalui kata-kata Cth:  tidak bercakap benar  memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan org lain
  • 13. 3- mencuri dan merompak Mencuri  Mengambil hak org lain secara sembunyi yg disimpan di tempat simpanannya tanpa izin Merompak  mengambil hak org lain secara kekerasan yg disimpan di tpt simpanan tanpa izin Haram  ganggu ketenteraman awam
  • 14. Hukuman  potong tangan dengan syarat : 1- barang yg dicuri mencukupi kadar tertentu 2- sabit kesalahan
  • 15. Sebab mesti dibanteras Masyarakat rasa tidak tenteram Kehidupan seharian terganggu Keadaan negara tidak stabil
  • 16. 4- riba’ Faedah @ tambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yg sejenis, mata wang.
  • 17. Jenis riba’ 1- riba al-Fadlu Pertambahan melalui pertukaran barang yg sama sepertinya. 2- riba an-Nasi’ah Pertambahan yg diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran
  • 18. Hikmah pengharaman riba’ Membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia Mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat Mengecilkan jurang kehidupan antara orang kaya dengan orang miskin
  • 19. 5- makan harta anak yatim Anak yatim  K2 yg kematian bapa sebelum umur baligh. Harta AY  pusaka, wasiat dan hadiah.
  • 20. Sebab dilarang memakan harta anak yatim Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa Mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat Mengelakkan berlakunya pergaduhan dan terputus silaturrahim
  • 21. 6- lari dari medan perang Perang jihad  perang antara orang Islam dengan perang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam. Wajib  org baligh, berakal , berupaya.
  • 22. Akibat lari dari medan perang Dipandang hina oleh masyarakat Umat Islam akan ditindas Akan menerima balasan neraka kelak
  • 23. 7- mengumpat dan memfitnah Mengumpat  mengata @ menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta  boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya. Memfitnah  melemparkan tuduhan kpd seseorang tanpa bukti.
  • 24. Sebab Islam melarang Merosakkan keharmonian masyarakat Menimbulkan pergaduhan dan perpecahan umat Menjatuhkan maruah seseorang
  • 25. Faktor mengumpat dan memfitnah Ingin melihat orang lain menderita Takut persaingan hidup Tidak mahu mengakui kelebihan orang lain
  • 26. Cara mengatasi Redha dengan ketentuan Allah Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim Selesaikan masalah dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah 

 

Tiada ulasan: