Khamis, 13 Jun 2013

BUAT PE BOH SEBIJI...BOH DUA TIGA BIJI

Kesal anak OKU cemerlang SPM gagal ke matrikulasi
Posted on Thursday, June 13 @ 19:39:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohammad Faizal Che Yusof

SEBAGAIMANA laporan Sinar Harian pada 10 Jun 2013 yang bertajuk “Kesal anak OKU cemerlang SPM gagal ke matrikulasi”, kami menggesa untuk pihak-pihak terbabit dalam Kementerian Pendidikan memberi perhatian khusus kes-kes seumpama ini.

Kisah seorang ibu sebagaimana luluhnya harapan Goh Eng Booy, 52, apabila permohonan untuk memasukkan anak lelakinya, Jayson Pua, 18, ke program matrikulasi gagal, malah rayuannya sebanyak dua kali ditolak bukanlah cerita baru di Negara ini.


Memetik dari laporan tersebut, dalam SPM 2012 lalu, Pua yang terpaksa berkerusi roda kerana mengalami masalah lemah keseluruhan badan (duchenne muscular dystrophy) (DMD) sejak berumur enam tahun memperoleh 6A 5B.
    
Kami menggesa untuk perhatian khusus diberikan oleh pihak kerajaan dalam kes-kes yang membabitkan OKU atas dasar-dasar berikut:
 
1.      Sepertimana yang diperuntukkan oleh Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) dalam Artikel 24, akses kepada pendidikan adalah menjadi hak kepada setiap OKU tanpa boleh ada diskriminasi.
 
2.      Seksyen 28 Akta OKU 2008 mengesahkan pemakaian artikel 24 CRPD di peringkat nasional iaitu hak kepada pendidikan kepada individu OKU sebagaimana diterimapakai di peringkat antarabangsa.
 
3.      Akta OKU 2008 juga dalam muqadimah telah memberi satu penegasan bahawa perlunya pengiktirafan kepada potensi dan keperluan individu OKU bagi memastikan keupayaan sebenar individu tersebut dapat digilap.
 
Justeru, setiap anak-anak OKU perlulah diberi ruang yang seadilnya oleh pihak kerajaan bagi memastikan pendidikan yang sehabis sempurna dapat diberikan bagi memastikan potensi diri anak tersebut dapat digarap kerana Allah menciptakan manusia itu dengan kelebihan yang tersendiri.
 
Pelu diinsafi, pencapaian yang dicapai oleh anak-anak OKU sebagaimana Berjayanya Pua tentunya hasil dari usaha luar biasa beliau sendiri dan kedua ibu bapanya.
 
Harus diingat, kelengahan pihak kerajaan menangani kes-kes yang seumpama ini dalam menyediakan akses pendidikan kepada setiap individu OKU yang pelbagai katagori hanya akan membunuh potensi-potensi lebih ramai individu OKU di Negara ini pada masa hadapan.
 
Sekian, untuk siaran.
 
 
(Mohammad Faizal Che Yusof)
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS

Isu Speakar Dun Perak Bukti BN Perak Berpecah
Posted on Thursday, June 13 @ 19:20:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Hafez



IPOH: Isu ugutan oleh Presiden MIC untuk UMNO Perak menyerahkan jawatan Speaker DUN kepada mereka telah membuka pekung pergolakan dalaman BN.Hakikatnya BN Perak kini hanya tinggal UMNO sahaja setelah MCA yang hanya menang satu kerusi dalam PRU 13 meminggirkan diri dalam kerajaan jelas Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak yang juga merupakan ADUN Titi Serong.
Menurut beliau lagi, Hakikatnya rakyat bukan Melayu sudah menolak BN Perak melalui PRU 13 yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap UMNO membuktikan lagi penolakan ini.
Kini UMNO Perak dilihat tidak berjaya menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negeri ini .Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum, jelas beliau.
Tegas beliau, hal ini menunjukkan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum. PAS sebagai parti komponen dalam PR komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain. 

 Mustahil benci benda yang bersih
Posted on Thursday, June 13 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: anaabdullah

"Penulis rasa sangat pelik. Rasa pelik penulis ini adalah teramat sangat. Mengapa tidak. Bayangkan macam mana suatu benda yang bersih tidak disukai rakyat jelata.

Mana mungkin benda yang bersih dibenci begitu sekali. Apatah lagi benda yang paling bersih berbanding lain lain benda.

Penulis rasa hairan juga bagaimana rakyat jelata Malaysia tak suka benda bersih. Setahu penulis “lalat” sahaja yang tak suka pada benda bersih.

Tidak mungkin rakyat jelata Malaysia sudah berperangai “lalat” yang benci pada kebersihan dan suka pada benda yang kotor. Apatah lagi benda yang paling kotor.

Mustahil rakyat jelata Negara ini sudah mula berubah perangai membenci benda benda yang bersih dan gemar kepada benda yang kotor.

Bagaimana penilaian kita terhadap PRU 13, 5 Mei Lepas yang dianggap oleh Tan Sri Abdul Aziz Ysuof pengerusi SPR sebagai pilihanraya umum paling bersih berbanding PRU sebelum ini.

Dengan kata lain PRU 13 5 Mei lepas itu telah mencipta rekod paling bersih berbanding mana mana pilihanraya umum pernah diadakan konon.

Akan tetapi yang pelik, PRU 13 5 Mei lepas itu paling banyak bantahan dan 56 petisyen dibuat selepas tarikh akhir pestisyen ditutup.

Menurut laporan mesia massa tempatan BN membuat 21 petisyen dan PR membuat 34 petisyen seluruh Negara.

Ini menunjukkan PRU 13 5 Mei yang dikatakan paling bersih itu sah kotor yang membabit penipuan berlaku sepanjang PRU 13 berjalan.

Pakatan rakyat telah menuduh BN melakukan penipuan dan memboikot pertemuan ahli ahli parlimen yang diadakan dua hari lepas dan akan memboikot sidang Dewan parlimen yang akan berlangsung pada 24 Mei 2013 ini.

Sehubungan dengan UMNO/BN menerusi Perdana menteri satu Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak juga menuduh pembangkang turut menipu.

Dua puloh satu petisyen BN ini membukti PR sahaja yng tidak pusahati malah BN sendiri tidak puashati perjalanan PRU 13, 5 Mei yang dikelolakan oleh Suruhjaya pilihanraya yang diterajui Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mengatakan PRU 13 mencipta rekod paling bersih setakat ini.

Bersihkan PRU 13, 5 Mei itu?"

 TERKINI!! Pemasangan Tawaf Bertingkat Di Masjidil Haram Mekah.
Posted on Thursday, June 13 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"

Gambar terkini kerja-kerja pemasangan untuk tempat tawaf bertingkat di Masjidil Haram di Mekah sedang giat dijalankan.

Pemasangan ini dijangka siap sebelum menjelang musim haji tahun ini 1434H.





[ Gambar seterusnya klik disini... ] "

 Pergh !!! Ahmad Idham Boh sebiji Pada Pengusaha Panggung Wayang
Posted on Thursday, June 13 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"

Sepatutnya.. Pihak yang berwajib kena main peranan yang penting dalam hal ini.. Kerana Orang Melayu Islam, ramai yang suka tengok wayang..

Zaman sudah berubah.. Fikir fikirkanlah..

Untuk maklumat terkini / FBKLIK SINI"

Tutup kedai atau pecat pekerja ?
Posted on Thursday, June 13 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Baca betul-betul analogi ini:

Ada dua lelaki yang diamanahkan untuk menjaga kedai dakwat. Tuan punya kedai itu mengamanahkan agar dua lelaki yang diamanahkan berniaga dakwat itu bersifat amanah, jujur, telus, bercakap benar dan ramah mesra dengan pelanggan.

Tuan punya kedai itu memberikan duit yang banyak supaya dua lelaki itu membeli dakwat yang berkualiti untuk di jual kepada pelanggan.

Malangnya, dua lelaki itu tidak amanah, penipu dan tidak mesra pelanggan.

Dua lelaki itu membeli dakwat yang tiada kualiti bahkan kena goncang dulu untuk menggunakannya.

Apabila pelanggan mempersoalkan mutu dakwat itu, dengan bongkak dan angkuh mereka berdua menjengkelkan teguran itu bahkan mempermain-mainkannya.

Akhirnya, pelanggan-pelanggan yang rasa ditipu oleh dua pekedai itu berkumpul untuk membantah perangai buruk dan angkuh dua lelaki itu.

Bantahan itu dijawab oleh dua pekedai itu dengan jawapan, "Kami dilantik oleh tuan punya kedai ini untuk jaga kedai ini, jika kamu tidak puas hati, sila mengadu kepada orang yang melantik kami untuk jaga kedai ini...... dia yang berhak memecat kami"

PERSOALAN :
Apa perasaan tuan punya kedai itu jika beliau mengetahui bahawa dua lelaki yang diamanahkan untuk jual dakwat itu bersikap menipu, tidak amanah, kurang ajar bila menjawab bantahan pelanggan dan angkuh terhadap pelanggan?

Adakah tuan punya kedai itu bangga dengan dua lelaki itu?

Atau malu dengan tingkahlaku dua pekerjanya yang penipu, angkuh dan sombong terhadap pelanggan?



Tuan punya kedai: Yang dipertuan Agong.
Dua lelaki: Aziz dan Ahmad
Kedai dakwat SPR
Pelanggan: Parti politi

Tutup kedai atau pecat pekerja?"

Teknologi Angkasa Lepas, Palestin yang mundur dahului Malaysia
Posted on Thursday, June 13 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

 Oleh: rozmal

"Tak tahulah, kita ni kalau buat apa-apa bagai telur sebiji riuh sekampung. Daki Gunung Everest, rentas Selat Inggeris, hantar Melayu ke angkasa lepas, tak salah, tapi apa hasilnya, apa tindakan susulan yang boleh memberi manafaat kepada bangsa, agama dan negara?

Berikut satu artikel dari laman web tidak “Berlesen” , dari seorang individu yang amat prihatin akan teknologi angkasa lepas. Banyak artikel-artikel yang menarik di laman web tidak “Berlesen” ini berbanding dengan laman web Kementerian-Kementerian di Malaysia.

Apa yang menariknya di akhir artikel ini, penulis mengatakan negara seperti Palestin dan Korea Utara jauh lebih ke hadapan berbanding Malaysia dalam teknologi roket dan angkasa lepas, sedangkan Malaysia sudah menghantar angkasawan ke angkasa lepas.

******************

Between Malaysia and South Korea, our national astronaut program or better known as Program Angkasawan Nasional (PAN) was initiated far more early than the latter. In fact, Malaysia’s first Angkasawan blast off to ISS almost one year early than Yi So Yeon, South Korea’s first astronaut.

While we might rejoice and feel proud of our very first astronaut, South Korea does not take this event as the apex of their space program, they move further by embarking on their very own locally develop space launch vehicle program dubbed as the Naro-1.

Although both Naro-1 launches were considered as unsuccessful, nevertheless, the space launch vehicle program is a testament to the capabilities and confidence of South Korea’s local space technology. Korea Aerospace Research Institute or KARI has been designing three sounding rockets dubbed as KSR-1, KSR-2 and KSR-3.

Our immediate neighbour, Indonesia has successfully paved the way for their very own SLV program. Data and information as well as experience gathered from almost 50 years of rocket technology development has allowed local defence industry to come up with defence related rocket technology. As can be seen on early November this year, Indonesia’s KEMHAN (Ministry of Defence) has conducted field test on its various locally made rockets such as R-HAN 122mm, D 1220, RWX-200, RKX-200 and RTX-100. These rockets were developed by various research agency as well as local defence industries such as Kemristek, LAPAN, PT PINDAD, IAe, PT KS and PT Dahana.

Again, how I envy to the success of these countries mentioned. Even countries such as Palestine and North Korea have also being proud of their very own rocket. If only we could do the same...

Sumber: malaysiaflyingherald.wordpress.com"

 Typical Chinese behavior: Bangsa Cina agak keterlaluan biadapnya!
Posted on Thursday, June 13 @ 19:15:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Jalan Sultan
Berita ini (klik di sini) adalah salah satu contoh sifat / perangai sebenar kebanyakan bangsa Cina di Malaysia. Saya tidak mengatakan semua, tetapi kebanyakan bangsa Cina di Malaysia dari pengamatan saya, tebal dengan sikap perkauman mereka.

Bangsa Cina biasanya dalam keadaan apa sekalipun akan mengambil kesempatan semaksima mungkin demi kepentingan ekonomi bangsa mereka sendiri tanpa rasa simpati atau rasa tanggungjawab bersama terhadap masyarakat setempat.

Bangsa Cina (tidak semua, YAB Lim Guan Eng sebagai contoh adalah segelintir insan berbangsaCina yang punya hati budi dan amat saya hormati) juga terkenal sebagai bangsa yang ber "hati kering".

Satu ketika dulu saya turut rasa simpati dan sama menyokong "Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC) kerna perjuangan mereka pada kefahaman saya ketika itu adalah untuk menyelamatkan warisan sejarah negara. Malangnya semakin hari semakin terserlah niat sebenar mereka hanyalah untuk melindungi gagasan menambah lagi apa yang telah mereka rakusi. Mereka, Cina di jalan Sultan berselindung disebalik retorik menyelamatkan warisan sejarah negara!!. 

Kegiatan ekonomi di kawasan Jalan Sultan dan Bukit Bintang hampir sifar Melayu, hampir kesemuanya dimiliki oleh bangsa Cina!

Dalam isu Selamatkan Jalan Sultan, Parti Keadilan Rakyat adalah salah satu parti politik yang nampaknya bergitu ghairah menyokong perjuangan bangsa Cina di kawasan tersebut. Saya tidak menyalahkan seratus peratus sokongan Parti Keadilan Rakyat dalam sokongannya terhadap memperjuangkan hak bangsa Cina kerna sepertimana parti-parti politik lain, PKR juga menggunakan apa saja isu yang mereka anggap dapat memberi keuntungan politik (political mileage) kepada mereka!

Titipan saya di atas bukan soal mempertikaikan perjuangan perkauman Cina tetapi pada hemat saya bangsa Cina dalam banyak hal agak keterlaluan biadapnya!

Baca berita berkaitan di sini
Kini tinggal gereja KL Gospel Hall dan hotel keluarga 75 tahun Lok Ann di Jalan Sultan yang masih enggan menandatangani perjanjian bersama (MA) bagi membenarkan penggunaan jajaran bawah tanah untuk projek kereta api MRT. 
Ekoran itu, tiga pertemuan antara MRT Corp dan Lok Ann sudah dibuat selepas pilihan raya umum lalu. Bagaimanapun masih tiada kata sepakat setakat ini, kata Judy. 
Lok Ann menolak cadangan itu dengan alasan MA itu menjadikan mereka menyerahkan kawasan bawah tanah mereka kepada MRT.
Lok Ann dan gereja KL Gospel Hall
Lok Ann dan gereja KL Gospel Hall langsung tidak fikirkan kepentingan rakyat dan masyarakat terbanyak yang bakal mendapat faedah daripada pembinaan laluan kereta api MRT. Mereka hanya mementingkan perniagaan dan ekonomi hasil rakusan mereka sahaja! Typical Chineses behavior, sombong bongkak dan pentingkan diri sendiri.

Dalam isu yang sama sebuah akhbar online pada 24 Ogos 2012 melaporkan berita berikut:

Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC) merancang untuk mengadakan perhimpunan ketika sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-55 untuk menekan kerajaan supaya mengekalkan kawasan tersebut daripada kesan pembinaan projek MRT.
Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC)

Bangsa Cina sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat ekonomi mereka. Budaya rasuah dan cekik darah seakan amalan harian dikalangan kebanyakan perniaga berbangsa Cina. 

 
 Tanding Presiden Umno, Kuli dapat sokongan pertama
Posted on Thursday, June 13 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"Datuk_Rizalman_AbdullahMungkin ini sokongan terbuka pertama untuk Kuli, ahli Parlimen Gua Musang bertanding Presiden Umno. Ia bakal membuatkan Najib makin sesak nafas, kerana selepas sokongan pertama akan ada sokongan-sokongan seterusnya yang bakal menyusul.

Tambahan pula sebelum ini diperkatakan desas-desus pertemuan MP Sabah Sarawak dengan Kuli. Ini juga membuatkan Najib dan Muhyiddin tak boleh duduk diam walaupun ramai yang usul supaya Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan.

Berita yang membuatkan Najib makin sibuk dari FMT;
`Saya setuju Ku Li tanding Presiden Umno’

PETALING JAYA: Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah barangkali pemimpin Umno yang pertama menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini.

Beberapa Umno telah mencadangkan supaya Najib tidak dicabar, begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

“Saya setuju jika Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno…kerana beliau tokoh paling layak, yang ada rekod.

“Pernah jadi Naib Presiden Umno, jadi menteri dan berpengalaman,” katanya.

Rizalman pernah menjadi Setiausaha Kementerian Penerangan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

“Kalau Ku Li jadi Perdana Menteri apa masalah?” tanya beliau.

Rizalman kini tidak ada sebarang jawatan dalam parti tetapi menegaskan beliau berpegang kepada prinsip perjuangan.

Beliau berkata demikian berikutan laporan sekumpulan ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menemui Ku Li menjelang perhimpunan agung Umno yang dijangka bulan November atau Disember ini.

Pertemuan itu meningkatkan spekulasi bahawa Ku Li akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno kelak. – FreeMalaysiaToday
- Lagi.MY"

Tiada ulasan: