Khamis, 13 Jun 2013

NERAKA KEGANASAN SERTA KEPANASANNYA TIADA TANDINGANNYA...SIKSAAN YANG TERHEBAT...TAPI KITA TETAP BERNYAWA...

SPR sudah menguji tahap kesabaran rakyat
Posted on Thursday, June 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: mikidookie

"Sehingga kini sudah 10 kali himpunan Blackout 505 telah diadakan diseluruh negara menuntut agar pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya melepaskan jawatan mereka. Sehingga kini tiada apa-apa response yang mereka berikan kepada rakyat.

Sehingga kini sudah 10 kali himpunan Blackout 505 telah diadakan diseluruh negara menuntut agar  pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya melepaskan jawatan mereka. Sehingga kini tiada apa-apa response yang mereka berikan kepada rakyat. Mereka jelas memekakan telinga mereka tidak memperdulikan tuntutan yang dibuat oleh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia jelas tidak akan bangkit menuntut hak mereka sekiranya pilihanraya yang lepas dilaksanakan dengan adil dan saksama. Akan tetapi ketidak adilan dan penyelewengan telah berlaku dihadapan mata mereka sendiri. Rakyat menyaksikan sendiri pengundi bangla, Indonesia, Myanmar turut sama boleh mengundi dalam negara kita.

Apa yang dikesalkan apabila mereka melihat depan mata sendiri polis memberi laluan kepada pengundi asing untuk membuang undi. Apa hak mereka dibenarkan mengundi di negara kita? Sedangkan lagu Negaraku mereka sendiri tidak tahu apa. Sudah jelas bukti yang dikemukan dehadapan mata SPR sendiri tetapi mereka tetap memekak telinga mereka. SPR sudah mula menguji kesabaran rakyat Malaysia.

Harus diingat bahawa manusia mempunyai tahap kesabaran mereka dan apabila kesabaran tidak lagi dapat dibendung ia boleh memberi impak yang besar kepada sesebuah negara. Mengapa kerajaan masih lagi membela SPR sedangkan mereka juga ingin mengemukakan 50 petisyen pilihanraya.

Ini sudah jelas menunjukkan ketidak adilan yang berlaku dalam proses pilihanraya tersebut. Kerajaan dilantik oleh rakyat dan kerajaan wajib mendengar tuntutan rakyat. Rakyatlah yang mengangkat sesebuah kerajaan dan rakyat jugalah yang boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Kebangkitan Rakyat

Rahsia kejayaan"


 Chong Eu -> Kit Siang -> Anwar -> Mahathir -> Nik Aziz : Tak Faham?
Posted on Thursday, June 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hijabulcrewz

"Ramai yang tercengang-cengang. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan formula atau equation:-

Chong Eu -> Kit Siang -> Anwar -> Mahathir -> Nik Aziz = ???



Nak tahu apa info yang menggemparkan ini? Baca selanjutnya...

Jika disorot sejarah politik di Malaysia sejak Merdeka, ada seorang tokoh politik Cina yang cukup unggul. Namanya Dr Lim Chong Eu. Beliau mencipta nama apabila menang jawatan presiden MCA dengan menewaskan Tun Tan Cheng Lock dalam AGM MCA 1958. Waktu itu beliau baru berumur 39 tahun.

Sepanjang memimpin MCA, beliau membuat beberapa perubahan radikal termasuk meminda perlembagaan MCA, menuntut jumlah 40 kerusi parlimen untuk MCA dan mendesak bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan. Kerana tekanan dari luar dan dalam parti, pada 1960 beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA.

Pada tahun 1962, beliau menubuhkan Parti Demokratik Bersatu (UDP) tetapi kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1968, beliau bersama Dr Syed Hussein Alattas menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan partinya menang banyak kerusi dalam PRU 1969 serta membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Lim Chong Eu dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 1969 sehingga 1990.

Selama 21 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak mampu dicabar oleh sesiapa. Tetapi langit tidak selamanya cerah. Dalam PRU 1990, ada seorang ahli politik muda DAP mencabar beliau di DUN Padang Kota dan beliau tewas. Kekalahannya mengejutkan. Nama ahli politik muda DAP itu adalah Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang ke Pulau Pinang pada tahun 1990 adalah untuk menawan negeri itu dalam sebuah grand design yang dinamakan 'Projek Tanjong I'. Gelombang Projek Tanjong I ternyata membangkitkan sokongan mutlak pengundi Cina Pulau Pinang namun usaha beliau gagal untuk menawan negeri itu. Walaupun DAP menang kerusi terbanyak iaitu 14 kerusi, tetapi BN masih menguasai kerusi majoriti iaitu 19 kerusi apabila UMNO mendapat 11 kerusi, Gerakan 7 kerusi dan MIC 1 kerusi.

Punca utama kegagalan DAP dan Lim Kit Siang di Pulau Pinang adalah kerana wujudnya tokoh muda UMNO yang cukup berkarismatik serta punyai keupayaan berpidato yang luar biasa. Tokoh itu, yang berjawatan Naib Presiden UMNO adalah crowd puller bagi sebarang rapat umum politik di serata negara. Kesan ceramah beliau di Pulau Pinang menarik sokongan mutlak pengundi melayu di negeri tersebut kepada Barisan Nasional. Tokoh itu bernama Anwar Ibrahim.

Anwar adalah pemimpin hebat. Beliau tidak pernah kalah dalam sebarang pemilihan sama ada pemilihan parti atau dalam pilihan raya. Dalam sebarang pertembungan, beliau tidak pernah tewas melainkan kepada seorang lelaki yang berusia 22 tahun lebih tua daripadanya iaitu Dr Mahathir Mohamad. Dalam krisis 1998, beliau dipecat dari UMNO kerana pelbagai tuduhan yang didakwa sebagai konspirasi politik.

Dr Mahathir pemimpin terbilang. Beliau menjadi Presiden UMNO dan PM selama 22 tahun tanpa mampu digugat oleh sesiapa samada Ku Li atau Musa Hitam. Beliau berjaya merampas semua negeri di Malaysia termasuk Sabah yang beberapa kali dikuasai oleh PBS. Tetapi...

Bersambung...

Untuk mengikuti sambungan artikel yang saspen lagi mendebarkan ini dan bagi mengetahui siapa lagi power daripada "SuperMan-SuperMan" kat atas ini, sila ke:- hijabulcrewz.blogspot.com"


 Sungguh tak bertamadun, merokok di tempat awam
Posted on Thursday, June 13 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Pagi tadi saya bersarapan di Restoran Kaklang di Taman Desa Dahlia, Senawang. Separuh perjalanan sarapan saya, datang seorang LELAKI MELAYU ISLAM di depan saya, selamba saja menghisap rokok.

Orang sekarang tak boleh ditegur, sebab semua bijak pandai, lebih pandai dari ulamak, silap tegur kita kena pukul, silap haribulan naik kerambit.

Tak tahan dengan asap rokok tersebut, lalu saya ambil cawan, dan pindah ke meja lain. Itu saja cara kena nak tegur orang yang tak reti bahasa.

Nampaknya Wawasan 2020, Negara Islam di Malaysia ini hanya retorik, palsu semata-mata. Masih ramai orang MELAYU ISLAM tak tahu adab berada di tempat awam. Masih ramai MELAYU ISLAM tak tahu guna tandas masjid, guna tandas masjid untuk buang air dan tukar lampin bayi saja.

Entahlah, Khutbah Jumaat pun tak minat sentuh isu-isu macam ini, isu macam ni perkara kecil saja agaknya. Yang penting sekarang ialah isu hina Raja, hina Sultan, hina Agong.

Kita bangkitkan isu hina Nabi, tapi kita tak semarakkan isu Cinta Nabi, pakai cara Nabi, berada di tempat awam cara Nabi, tidak merokok cara Nabi, menjahit baju cara Nabi, mentadbir negara cara Nabi dan macam-macam lagi."


 Apa Kata Dr Wahbah Al-Zuhaili Dalam Bukunya Al-Rukhas al-Syar’iyyah? -Jom Terjah
Posted on Thursday, June 13 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Al-Rukhas al-Syar’iyyah meletakkan satu tajuk: Adakah beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?.

Beliau menyimpulkan seperti berikut:
“...kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain.

Firman Allah: (maksudnya): “Maka bertanyalah kamu kepada Ahl al-Zikr jika kamu tidak mengetahui.” Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanya sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja.

Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh.

[Baca seterusnya...]"


 Video Zahid Hamidi yang dimaksudkan Rafizi Ramli
Posted on Thursday, June 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"Zahid_Kantoi

PKR berusaha membatalkan kemenangan Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datoh dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi beliau.

Video-video tersebut boleh didapati di Youtube yang mendakwa Zahid mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang dan 5kg beras dengan “pelekat” untuk diberikan kepada pekerja kempen BN.

“Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.

“Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen,” kata Rafizi Ramli. – Rujuk TheMalaysian Insider.
Di bawah adalah dua dari video yang dimaksudkan Rafizi. LIHAT VIDEO"

 Senjata laser tidak dapat tandingi api neraka
Posted on Thursday, June 13 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Orang kafir tidak beriman kepada Allah, tapi mereka mengkaji teknologi yang terdapat dalam Al Quran untuk menghasilkan senjata pemusnah. Ada kisah yang mengatakan andaikata jika api neraka ini sampai ke bumi walaupun sebesar mata jarum pasti bumi ini akan musnah sama sekali. Api atau cahaya yang sebesar jarum yang boleh memusnahkan sesuatu ialah senjata laser atau juga dipanggil HEL (Neraka – Singkatan untuk High Energy Laser).

Tentera Amerika akan mula menggunakan senjata laser ini untuk memusnahkan kapal terbang pengintip musuh (drone) dalam masa terdekat. Untuk jangka masa panjang kos menggunakan senjata laser adalah jauh lebih murah dari menggunakan peluru berpandu.

Berapakah suhu senjata laser ini? Ada yang mengatakan 1000 Celsius. Manakala suhu matahari ialah 5000 Celsius di ruang photosphere. Namun pancaran laser ada yang boleh mencapai 111,000,000 Celsius.

Andaikata teknologi yang ada sekarang hanya boleh memusnahkan kapal terbang kecil dengan suhu antara 5000 ke 111,000,000 Celsius. Bayangkan suhu senjata laser ciptaan Allah yang boleh memusnahkan bumi dan seisinya dengan sekelip mata dengan api neraka yang sampai hanya sebesar mata jarum.

Itu belum lagi teknologi senjata bunyi yang sedang dibuat oleh negara barat dan dipertingkatkan dari masa ke semasa yang pasti tidak dapat menandingi senjata bunyi ciptaan Allah iaitu Sangkakala yang akan ditiup oleh malaikat Israfil.

Itu belum lagi teknologi mengembara lebih laju dari cahaya yang diilhamkan Einstein. Orang Negeri Sembilan kalau nak tahu teknologi mengembara lebih laju dari cahaya ini kena baca kisah begitu ramai ulama silam di Negeri Sembilan, antaranya Tuan Tulis.

Mereka yang takutkan Allah, mereka yang rapat dengan Allah, Allah akan beri mereka ilmu yang mereka tidak pinta untuk diagung-agungkan. Lagi banyak ilmu dan kefahaman yang Allah beri kepada mereka, lagi tunduk dan takut mereka kepada Allah.

Jauhnya kita dengan mereka adalah seperti antara langit dan bumi, jauhnya mereka dengan para Nabi juga adalah seperti antara langit dan bumi. Siapalah kita? Layakkah kita dipanggil orang beriman, pejuang kebenaran?"

Tiada ulasan: