Selasa, 4 Jun 2013

BILA ADA KUASA ...KITA BOLEH BUAT APA KITA PUNYA SUKA KECUALI BILA TIADA DALAM DUNIA LAGI...MENYAHUT SERUAN ILLAHI

'Pengundi Hantu' gemparkan orang ramai di Bukit Bintang

Harakahdaily, 03 Jun 2013

(Zunar bersama rakan-rakan 'hantu'nya berdemo di Bukit Bintang)


KUALA LUMPUR: Orang ramai menjadi gempar apabila seekor 'hantu' muncul dengan membawa peti undi ditangan, sambil beberapa orang mengasap kemenyan di tengah-tengah kesibukan di Jalan Bukit Bintang malam minggu lepas.

Namun, hantu itu adalah watak dari sebuah Sketpos (sketsa protes) inisiatif Zunar dan teman-temannya dari Kumpulan kartunis Independen.
Selain watak hantu, turut juga di pamerkan dalam protes jenis "flash mob" itu ialah papan-papan tanda lukisan kartun yang mengritik SPR dan Perdana Menteri yang didakwa mereka menipu dalam PRU-13 yang lalu. 

Antara yang dipapar ialah CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar, Bangla), DAT1M (Dakwat Tipu 1 Malaysia), PM 46% dan sebagainya. Ia turut dihiasa dengan kartun Pak Monggol,l Antutuya, C4 dan Rosmoh. Sketsa berlangsung selama sejam sebelum sepasukan polis datang menghalau.

Menurut Zunar, Sketpos itu adalah salah satu rencana dalam program. "Kartunis Melawan Penipuan PRU" (CAEF).

Waitha, jangan mimpi kami subahat - Sivakumar

Harakahdaily, 02 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kenyataan P Waithamoorty bahawa beliau sanggup bekerjasama dengan pimpinan DAP dalam menyelesaiakan masalah masyarakat India adalah sungguh melucukan.

“Kesanggupan beliau tidak bermakna kesanggupan kami pemimpin-pemimpin DAP.

“Kami tidak boleh menaruh kepercayaan terhadap seorang yang telah mengkhianati masyarakat India semata-mata untuk mendapatkan jawatan Timbalan Menteri,” tegas Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.

Beliau dalam satu kenyataan mempersoalkan kenapa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mahu bekerjasama dengan pimpinan DAP untuk menyelesaiakan masyarakat India.

Katanya, Waithamoorty sudah menjawat jawatan Timbalan Menteri dalam pentadbiran kerajaan BN, maka adalah tidak wajar untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin DAP.

Pada hemat beliau, ia adalah satu tipu muslihat untuk melarikan diri daripada hentaman pimpinan DAP jika beliau gagal untukmenyelesaikan masalah masyarakat India.

“Matlamat beliau untuk berlembut dengan pimpinan DAP tidak akan mendatangkan sebarang hasil kepadanya pemimpin-pemimpin DAP tidak akan berlembut dengan seorang yang telah menjual maruah bangsa untuk kepentingan sendiri,” ujar Ahli Parlimen Batu Gajah itu.

Justeru, ujarnya jangan pandai-pandai menjemput pimpinan DAP supaya turut bersuhabat dalam agenda politik kotor BN untuk menipu masyarakat India selama-lamanya.

Katanya, kaum India telah ditipu dan ditindas selama ini oleh kerajaan BN.

Menurutnya, masalah kaum India tidak boleh diselesaikan oleh Waithamoorty walaupun Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) itu diberi tempoh 5 tahun lagi.

“Beliau hanya mencari jalan untuk melarikan diri daripada amanat yang diberikan kepada beliau. Kaum India sudah tidak lagi percaya kepada beliau.

“Walau bagaimanapun saya  seorang pemimpin DAP, saya sanggup bekerjasama dengan beliau jika cabaran saya berani disahut olehnya,” katanya lagi.

Beliau berkata, puluhan ribu masyarakat India yang lahir di bumi Malaysia tidak memililki taraf kewarganegaraan.

Mereka, ujarnya memililki kad pengenalan merah dan tidak dianggap sebagai seorang warganegara Malaysia.

Oleh yang demikian, beliau mahu masalah itu dengan segera.

Menurut Sivakumar, dalam manifesto Pakatan Rakyat PRU13 dijanjikan bahawa masalah kewarganegaraan masyarakat India akan diselesaikan dalam tempoh 100 hari.

Tambahnya, jika Waythamoorty sanggup menyelesaiakan masalah kewarganegaraan masyarakat India dalam 100 hari, beliau sanggup bekerjasama dalam hal ini.

Tambahnya, jangan beri apa-apa alasan yang tidak munasabah jika betul-betul serius dan mahu  menyelesaiakan masalah kewarganegaraan yang dihadapi oleh masyarakat India.

“Jika beliau tidak berani untuk terima cabaran ini, saya menasihatkan kepada beliau supaya jangan bermimpi untuk mendapatkan kerjasama pemimpin-pemimpin DAP,” katanya lagi.
'Warga Bangladesh mengundi di PRU hanya rekaan'

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai “tidak masuk akal” dan turut menyebabkan seramai setengah juta pekerja Bangladesh di negara ini terdedah kepada penganiayaan.

Dari segi logistik, jumlah berkenaan juga tidak mungkin dapat dibawa masuk dalam tempoh seminggu, sama ada melalui Biman Bangladesh, Malaysia Airlines atau mana-mana penerbangan sekalipun.

"Propaganda bahawa warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 itu saya pasti, tidak lebih dari satu rekaan oleh kumpulan tertentu dan gambaran fakta yang salah,” katanya kepada pemberita hari ini.


Mahadi Hj Isa and Khairul Hilmi Che Ali shared Harakahdaily's photo.
Nilai sendiri!
Nilai sendiri!

Kes Dhamendran: Anggota terlibat akan digantung tugas

Anggota polis yang didakwa terlibat dalam kes kematian dalam tahanan N Dhamendran akan digantung tugas hariannya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

NONEMenjawab berhubung desakan menggantung empat anggota polis yang kini diberi tugasan pejabat berikutan kematian Dhamendran, secara ringkas Zahid berkata tindakan itu kini "dalam proses".

Ahmad Zahid mengulas perkara itu selepas bertemu Ketua Delegasi Serantau bagi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah Jeremy England di kementeriannya hari ini.

Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan majlis tersebut tetapi hanya mendapat satu rakaman temubual dengan menteri terbabit.

Mengulas mengenai tiga kes kematian dalam tahanan dalam tempoh 11 hari lalu, Zahid seterusnya mempertahankan pasukan polis.
Katanya, tidak adil jika menyalahkan pasukan polis secara keseluruhan atas tindakan sesetengah anggota yang melampaui garis panduan operasi siasatan.
Tambahnya, garis panduan operasi polis itu juga mungkin perlu disemak semula. [Baca berita penuh]
Sementara itu Bernama melaporkan Ahmad Zahid menasihatkan semua pihak termasuk parti politik kerajaan dan pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) mewakili masyarakat India, supaya tidak beremosi dan mengatur protes jalanan berhubung kematian tiga individu dalam tahanan polis baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau meminta semua pihak agar memberi kepercayaaan sepenuhnya terhadap jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.

NONE"Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat umum biarpun mereka terdiri daripada parti bersama kerajaan atau di luar kerajaan, selagi diberikan kepercayaan kepada kami, kami tidak bertolak ansur dalam soal kematian.

"Yakinlah, apa yang kami lakukan ialah sesuatu yang mengikut piawaian yang ditentukan di peringkat antrabangsa," katanya ketika ditanya keinginan Pengarah Strategik MIC S Vell Paari bersama NGO berasaskan India untuk menganjurkan protes jalanan sebagai membantah kematian berterusan individu India dalam tahanan polis.

Katanya kerajaan memandang serius perkara itu, justeru ketua polis negara sendiri mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu dan bukannya pegawai kanan.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tetap tidak akan berkompromi dalam isu itu yang hangat diperkatakan ketika ini.

"Kita cukup prihatin terhadap kematian di tahanan berkenaan. Saya juga menyatakan bahawa kami tidak boleh berkompromi sebarang kematian yang berlaku ketika siasatan dijalankan," katanya.

Jelasnya selain kapasiti sebagai menteri, beliau sendiri melihat perkara itu atas dasar perikemanusian yang perlu dicari penyelesaian dan keadilan.

"Tidak perlu mengadakan protes jalanan dan sebagainya kerana saya dan timbalan mengambil keprihatinan yang cukup mendalam dalam perkara ini.

"Kepedulian ini bukan hanya atas kapasiti sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk mengetahui kementerian ini, tetapi tentang soal kemanusiaan harus diberikan tekanan bagi pelaksanaannya," katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, kerajaan juga akan menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijalankan oleh anggota polis yang bertugas dalam menyoalsiasat tahanan.

"SOP akan disemak semula dan jika individu tertentu melakukan siasatan di luar daripada SOP berkenaan maka tanggungjawab itu tidak diletakkan kepada pasukan polis secara keseluruhannya tetapi individu yang berkenaan," katanya.

Tiga insiden kematian tahanan terbaru ialah; R Jamesh Ramesh, 40, yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 26 Mei, sehari selepas ditahan atas kesalahan dadah.

N Dhamendran, 32, pula mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas manakala jurutera P Karuna Nithi, 42, menjadi individu ketiga yang mati ketika dalam tahanan polis di Tampin Sabtu lalu.
Anwar: Pakatan sokong himpunan 15 Jun

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menyokong pengajuran perhimpunan 'Blackout 505' bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

NONEAnwar mengumumkan sokongan Pakatan ke atas penganjuran perhimpunan pada 15 Jun itu dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.

Anwar berkata sekratariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada perhimpunan itu diadakan di jalanan atau di stadium.
Azmin persoal fungsi Saifuddin di pejabat MB
3:02PM Jun 3 2013
Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata kalangan anggota parti kurang senang dengan pelantikan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar.
Laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

“Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu,” kata Azmin seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Dalam satu lagi laporan, akhbar berkenaan memetik kenyataan ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

“MPN (majlis pimpinan negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin sendiri dalam satu lagi laporan di halaman sama berkata beliau hanya akan mengetahui bidang tugas berkenaan apabila bertemu Khalid pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas berkenaan antara lainnya melibatkan usaha memperkukuh kerajaan negeri dan membina kekuatan pengaruh lebih luas di kawasan yang tidak dikuasai Pakatan Rakyat.
Sirul mahu Mahkamah Rayuan isytihar perbicaraan silap

Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.

Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.

Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan.

Sirul Azhar, 39, mendakwa publisiti buruk yang diterimanya telah mewujudkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah, menyebabkan sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Beliau berkata akuan bersumpah yang pertama oleh Balasubramaniam, dibuat selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun, 2008, mengandungi perkara-perkara yang prejudis terhadap dirinya kerana perkara itu tidak didedahkan dalam keterangannya (Balasubramaniam) pada perbicaraan.

Katanya Balasubramaniam telah, pada 4 Julai 2008, membuat satu lagi akuan bersumpah menyatakan beliau menarik balik akuan bersumpah yang pertama.

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.

Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".

Sirul Azhar berkata Raja Petra telah, pada 21 Jun, 2008, memuat naik akuan bersumpahnya di laman web Internet menyatakan tiga individu lain turut hadir semasa mangsa dibunuh, yang boleh ditafsirkan untuk membawa maksud bahawa beliau (Sirul Azhar) adalah pembunuhnya.

Beliau mendakwa Raja Petra juga telah memuat naik satu salinan kenyataan beramaran dipercayai olehnya (Sirul Azhar) menyatakan beliau (Sirul Azhar) telah mengaku membunuh wanita Mongolia itu.

Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman mati dijadual didengar Mahkamah Rayuan pada 10 Jun.

Peguam yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamarudin berkata salinan notis usul itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan.

-Bernama
Kit Siang dakwa Anwar juga dihalang masuk ke Sabah
11:19AM Jun 3 2013
Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa nama beliau tersenarai bersama sebilangan individu yang dihalang dari memasuki negeri Sabah.
Dalam satu tulisan di Twitter, Lim mendakwa ketua menteri Sabah mengarahkan agar namanya  disertakan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen Sabah itu.

“Saya baru dimaklumkan bahawa saya dalam senarai hitam imigresen  Sabah, dihalang dari memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman),” katanya.

Lim juga mendakwa, turut tersenarai adalah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah strategi Rafizi Ramli dan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.

Tiada ulasan: