Jumaat, 7 Jun 2013

APA PUNYA ILMUAN AGAMA HANYA MENYANGGAH KELAKAUAN MUSUH2 POLITIK TAK SENADA@SEJIWA...MENDIAM DIRI@TAK MENEGUR DOSA2 ATAU KESALAHAN2 HUKUM YANG DIBUAT OLEH RAKAN2 ATAU PIHAK2 YANG DIANGGAP MEMBERI PERIUK NASI MEREKA...SEDANGKAN ALLAH YANG MEMBERI REZEKI...ALLAH JADIKAN GILA SERTA MERTA MAKA SERTA MERTA JUGA REZEKI BEKERJA LUPUT

Bagaimana Bercelak Yang Menepati Sunnah?
Posted on Friday, June 07 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: al-bahanj

"Bercelak ialah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Di dalam Syama’il Muhammadiyyah disenaraikan beberapa hadith mengenai sunnah ini.  Ada kelebihan tertentu pada perbuatan mencelak mata yang disebutkan di dalam hadith-hadith khususnya celak yang disarankan Nabi iaitu celak Al-Ithmid.

Hadith Saranan Bercelak

Daripada Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

اكتحِلوا بالإثمِدِ، وإنه يَجْلُوا البصرَ ويُنْبِتُ الشَّعْرَ . وزعم أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم كانت له مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ بها كلَّ ليلةٍ ثلاثةٌ في هذه وثلاثةٌ في هذ

“Bercelaklah kalian dengan celak Al-Ithmid, kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.” (Diriwayatkan oleh at-Turmudzi dan Ibnu Majah)
Daripada Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu berkata:
كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يكتحِلُ قبل أن ينامَ بالإثمِدِ ثلاثًا في كل عي

“Adalah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda bercelak sebelum tidur dengan celak Al-Ithmid tiga kali pada setiap mata.” (Diriwayatkan oleh at-Turmudzi dan Ibnu Majah)
Daripada Jabir bin `Abdullah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
عليكم بالإثمِدِ عند النومِ ، فإنَّهُ يجلو البصَرَ ، وينبِتُ الشَّعرَ
“Hendaklah kalian bercelak dengan celak Al-Ithmid ketika hendak tidur, kerana sesungguhnya ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.” (Diriwayatkan oleh at-Turmudzi dan Ibnu Majah)
Pengajaran ringkas daripada hadith di atas ialah:
  1. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam menggalakkan kita bercelak dengan celak Al-Ithmid.
  2. Faedah bercelak dengan celak Al-Ithmid ialah mencerahkan pandangan mata dan menumbuhkan bulu mata.
  3. Cara bercelak ialah dengan melakukannya sebelum tidur 3 kali sapuan pada setiap mata.

Antara celak yang didakwa jenis Al-Ithmid dalam pasaran.

Hati-hati Dengan Celak Lain

Di dalam pasaran ada macam-macam jenis celak dijual. Yang terbaik tentulah celak Al-Ithmid kerana ia disarankan oleh insan pilihan ALLAH, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Adapun mengenai celak lain, ia tiada jaminan. Malah ada yang telah dikeluarkan amaran oleh sesetengah pihak akan bahaya kandungan celak dari jenis tertentu. Antaranya celak ini.

- muzir.wordpress.com


*Sumber: muzir.wordpress.com"



 Komik Dakwah Rembau Most Wanted kini kembali
Posted on Friday, June 07 @ 09:03:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Komik Dakwah terbaru oleh Ustaz Zakaria Talib dari Rembau kini telah terbit bertajuk QADHA SOLAT , Siri Mu'allim 3. Kepada mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria 019-2865129.

Kegigihan Ustaz Zakaria berdakwah melalui buku dan komik dilaporkan sebelum ini di rembau-hari-ini.blogspot.com"


 Khutbah: Isra’ Mikraj Kemuliaan Kepada Umat
Posted on Friday, June 07 @ 08:49:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: ustaznik

"Isra mikraj

Sinopsis:
Isra’ Mikraj masih diingati. Pengajarannya masih dipetik. Kepentingannya masih dibicangkan.

Isra’ Mikraj bukan hanya untuk Nabi SAW tetapi juga untuk umatnya. DSTG Presiden PAS membincangkan perkara ini dalam khutbah berikut pada 21 Rejab 1434H (31 Mei 2013) :

Isra Mikraj Kemuliaan Kepada Umat"



 Jambatan kedua Pulau Pinang runtuh
Posted on Friday, June 07 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: setisab

"Jambatan kedua Pulau Pinang runtuh

Terkini : Sebahagian jambatan kedua Pulau Pinang runtuh

Sebahagian daripada struktur jambatan kedua Pulau Pinang runtuh dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam ini.

MP Bayan Baru Sim Tze Tzin, yang kini berada di lokasi kejadian berkata bahagian jejambat sepanjang 30 meter di kawasan daratan di Batu Maung itu runtuh dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, beliau menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.15 malam tadi dan sampai ke tempat kejadian pada kira-kira jam 7.30 malam.

Sepasukan anggota bomba kini sedang membersihkan sisa runtuhan tersebut, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau belum mendapat angka rasmi namun pihak bomba mengesyaki terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta di bawah runtuhan tersebut, katanya.

"Ini adalah kemalangan yang paling buruk melibatkan binaan yang pernah berlaku di Pulau Pinang," kata Sim yang merupakan bekas jurutera awam.

Jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada September 2013."


 Buang sampah dengan betul boleh dapat pahala sedekah
Posted on Friday, June 07 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Pagi tadi sempat memerhatikan gelagat pekerja kutip sampah. Seperti kebiasaan mereka akan membelek-belek sampah untuk mencari bahan kitar semula yang boleh dijual untuk menambahkan sedikit sumber pendapatan mereka seperti botol plastik, tin kosong dan sebagainya.

Untuk memudahkan mereka ini mengasingkan sampah, eloklah kita yang membuang sampah di rumah kita, membuangnya ke dalam plastik mengikut kategori sampah. Botol-botol plastik kita letak dalam satu plastik dan ikat. Tin-tin kosong, besi buruk kita letak dalam plastik lain dan ikat. Kotak-kotak besar, kita lipat-lipat dan ikat.

Sampah yang kita hendak buang, adalah punca rezeki kepada yang mengutip sampah. Kalau kita tidak mampu nak bantu mereka dengan duit, bantulah dengan kita mengasingkan sampah kita."


 Tolong... Tuan Mufti bagi fatwa kes ini...tolong...
Posted on Friday, June 07 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

" Syarikat itu menjelaskan, sebelum dilantik menjadi Pengarah dalam Petron Corp, Mirzan Tun Mahathir adalah Pengarah San Miguel Corp dalam tempoh singkat antara 1 September 2009 hingga 15 April 2010.

Beliau kini, katanya hanya mempunyai 5,000 saham dalam San Miguel.

San Miguel mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina, kata syarikat itu.


Nota : Syarikat San Miguel (San Miguel Corporation) adalah syarikat tersenarai awam berkaitan makanan, minuman dan pembungkusan terbesar di Filipina. Sehingga tahun 2001, perniagaan syarikat ini menyumbang 3.6 peratus keluaran dalam negara kasar Filipina dan menyumbang 4.5 peratus kepada hasil cukai negara Filipina. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak. San Miguel membuat 9 daripada 10 botol bir yang dijual di Filipina.

Ustaz Datuk Sri Haji Jamil Khir Baharom, BERANIKAH ustaz panggil mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan bincang tentang fatwa mengenai individu Islam yang bergelumang dalam industri arak dan judi?

Tuan Mufti yang mulia, sila bagi fatwa ......?"


 Menggetar Qalbu - Gambar Dalam Pagar Makam Rasulullah s.a.w.
Posted on Friday, June 07 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Info Oleh: kamal_hasan

"

Gambar-gambar Eksklusif Makam Nabi Muhammad s.a.w. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Allahuma solo ala Muhammad, wa a'la ali Saiyidina Muhammad.



















Artikel menarik yang lain:

kisah-gugur-nya-muallaf-britain di perang Bosnia

alam-semesta-turut-bertawaf."


 Jangan turun jalanraya tetapi jom turun beli cincin dan tas tangan!
Posted on Friday, June 07 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"

Wanita Malaysia sudah bebas dan tidak perlu turun ke jalan raya demi memperjuangkan perkara yang mereka kehendaki, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, wanita di negara ini sangat bertuah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menegaskan bahawa beliau mesra wanita.

Beliau berkata demikian dalam forum Global Summits of Women yang turut disertai wanita pertama dari Laos, Namibia dan Zambia.

Dalam forum itu juga, Rosmah turut menepis tuduhan yang mendakwa beliau "menguasai" tindakan suaminya.


Hebatnya Rosmah mempertahankan serta puji suaminya depan First Lady-First Lady macam dia.

Siap beri nasihat agar wanita Malaysia tidak perlu turun ke jalan raya untuk membantah.

Ingatkan Rosmah "membebel" depan First Lady Mesir.... First Lady Tunisia atau First Lady Amerika Syarikat, Korea atau Britain

Rupanya depan First Lady negara Laos, Namibia dan Zambia. Barangkali anda tidak tahu di mana kedudukan negara tersebut.

Hatta barangkali Rosmah pun sendiri tidak tahu. Bukan Rosmah jahil geografi tetapi ketiga negara tersebut bukanlah termasuk senarai negara yang ada menjual beg tangan yang mahal-mahal!

Satu lagi....barangkali Rosmah mahu menyeru wanita Malaysia jangan turun jalan raya tetapi turun ke gedung-gedung mewah di Dubai, New York,Paris untuk beli beg tangan dan cincin!

Masih ada lagi kedengan suara keramat Rosmah selepas PRU 13...selepas Najib kehilangan majoriti......ingatkan telah ada Penasihat Najib bagi nasihat dan tazkirah padanya.

Peliknya, masih tidak serik-serik lagi...........

Jangan turun jalanraya tetapi jom turun beli cincin dan tas tangan!"


 Keindahan Masjid Cordoba yang kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba
Posted on Friday, June 07 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: setisab

"Masjid Cardoba, Sepanyol.
Andalusien, Lissabon 182 Córdoba, Mezquita

Masjid Cardoba, Sepanyol

Masjid Cardoba, Sepanyol. Dari Kerajaan Rakyat; credit foto -
Flickr atas nama asal; Andalusien, Lissabon 182 Córdoba, Mezquita.

Salah satu daya tarikan di Cordoba ialah Masjid Cordoba atau kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba. Masjid Cordoba terletak di ibu kota Sepanyol iaitu Cordoba semasa pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787. Pada 1994, Masjid Cordoba telah ditetapkan oleh Unesco sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia. Di dalam masjid ini terdapat lebih kurang 850 tiang yang tersusun rapi yang menopang kemegahan masjid tersebut. Tiang-tiang itu berbaris sehingga membentuk seperti lorong yang panjang.

Masjid Cordoba dikatakan boleh menempatkan sekitar 20,000 jemaah untuk solat Jumaat ketika pemerintahan khalifah Islam ketika itu.

Masjid Cordoba, Minaret tower in Mezquita de Cordoba
Masjid Cordoba, Sepanyol. Minaret tower in Mezquita de Cordoba.

Dari Kerajaan Rakyat; credit foto - Wikipedia and Google, Creative Commons License

Setelah penaklukan Sepanyol oleh Raja Leon Alfonso VII, Masjid Cordoba berubah fungsinya menjadi sebuah gereja. Beberapa tiang di bahagian tengah masjid kemudian dirobohkan dan diberi penambahan katedral gothik sementara menara masjid itu pula diubah menjadi menara loceng gereja.

Masjid Cordoba Sepanyol, Mihrab of the Mezquita, Cordoba, Spain
Masjid Cordoba Sepanyol, Mihrab of the Mezquita, Cordoba, Spain.

Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons

Posting ini ayah tujukan khas buat anak-anak ayah. Semoga menjadi pemangkin kepada kekuatan iman kalian. Sesungguhnya ayah tidak pernah sunyi dari mendoakan kesejahteraan buat kalian, wahai anak-anakku. Kini Masjid Cordoba yang suatu ketika menjadi kebanggaan umat Islam, diberi nama Cathedral Mezquita (Katedral Masjid). Masjid Cordoba paling terkenal dengan lengkungan gerbang raksasa yang menghubungkan tiang-tiang masjid.

Masjid Cordoba, Moschee La Mozquita, Kuppel
Masjid Cordoba, Sepanyol. Moschee La Mozquita, Kuppel

Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons

Masjid Cardoba, Sepanyol. A chapel within la Mezquita, Cordoba.
Masjid Cardoba, Sepanyol. A chapel within la Mezquita, Cordoba.

Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons

Masjid Cordoba, Sepanyol. Mezquita de Córdoba, exterior del muro de la quibla.
Masjid Cordoba, Sepanyol. Mezquita de Córdoba, exterior del muro de la quibla.

Dari Kerajaan Rakyat; Ccredit gambar - Wikimedia Commons"

Tiada ulasan: