Jumaat, 7 Jun 2013

BILA BERCAKAP ATAU MENULIS TAK MENGIRA HABUAN DIAKHIRAT...SAMADA BAHGIA ATAU CELAKA

Jika UMNO menyerang Penasihat kenapa PAS tidak??
Posted on Friday, June 07 @ 14:33:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Selepas PRU-13, beberapa tokoh UMNO mula menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib. Siri serangan ini adalah dikatakan bermula kerana akan ada pemilihan UMNO. Tapi serangan itu tertumpu kepada penasihat Najib dan ramai tokoh veteran meminta memecat mereka.

Serangan ini agak terbantut disebabkan tiada sokongan daripada blogger UMNO. Blogger UMNO pula dilihat semacam meneliti apa yang dikatakan oleh ketua mereka "Tun Mahathir". Berbeza di zaman Pak Lah yang mana blogger UMNO terlalu laju menyerang Pak Lah sehingga Pak Lah dilihat terlalu lemah, sedangkan Najib sebenarnya lebih lemah daripada pencapaian Pak Lah.

Dua faktor yang menyebabkan Pak Lah tersingkir ialah Tun dan blogger UMNO. Najib bernasib baik kerana dua faktor ini tidak melanda dia!!

Selepas PRU-13, PAS pula agak ada sedikit perbezaan Presidennya diserang walaupun TGHH telah mencapai kerjayaan yang lebih besar di Terengganu, malah majoriti beliau sendiri meningkat agak ketara.

Prestasi PAS Terengganu yang selalu dikritik telah menunjukkan pencapai yang baik melebihi sasarannya untuk dapat 10 kerusi daripada 4 sebelumnya telah melonjat kepada 14 kerusi.

Dalam media sosial khususnya TGHH diserang dengan begitu hebat dan isu Kota Damansara adalah umbi kepada serangan tersebut.

Saya membaca beberapa tulisan YB Khalid Samad, ada sebahagian yang saya sangat bersetuju dan ada sebahagian yang saya tak bersetuju langsung. Tulisan hari ini bukan nak menjawab atau menyambung hujah 3 lagi yang belum saya habis sebelum ini, tetapi lebih kepada beberapa persoalaan tentang penasihat Presdien.

Kenapa UMNO dan veteran UMNO hanya menyalahkan penasihat Najib tetapi dalam PAS penasihat seolah-olah tidak memainkan peranan??

Sepatutnya mereka yang nak menyalah orang lain tahu siapa sasaran sebenar bukan main hentam rambang. Menyerang ulama dengan label "geng ulama" adalah rasa tindakan bodoh dan tidak tepat sama sekali. Saya kata bodoh kerana serangan ini melebarkan musuh dan membina tembak pemisahan antara profesional dan ulama, akhirnya 'persalah' sebenar bebas dan PAS akan berpecah dua dalam pemilihan nanti.

Saya rasa tidak akan menjadi satu yang mustahil 'geng profesional' akan kena tempias ini dalam pemilihan nanti. Apa yang akan terjadi PAS ketandusan kepimpinan dan PAS menjadi lemah akibat kebodohan orang yang membuat serangan kepada Presiden tanpa melihat siapa sebenarnya harus di persalahkan dalam hal tersebut.

Baru saya sedar ada juga yang bodoh daripada UMNO rupanya..


.....
Sila layari
Jika UMNO menyerang Penasihat kenapa PAS tidak??


 Siapa punya angkara untuk melagakan PAS?
Posted on Friday, June 07 @ 14:31:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Semalam saya dapat tag facebook daripada seorang teman mengenai gambar di atas dengan satu komentar "Minta tolong semua sahabat2 bhw potret dan kata2 yg dikaitkan dgn YB Hanipa Maidin adalah fitnah dan Hanipa tidak pernah mengeluarkan kata2 begitu. Skrg YB Hanipa sibuk dgn urusan petisyen pru13 dan dia minta sgt2 jgn ganggu tumpuan dia dgn keeja2 fitnah ini san saya yakin ini kerja jahat umno utk pecahkan PAS."

Saya berpendapat sebaran penafian seperti ini juga adalah "TEKNIK" untuk menyebar fitnah dengan cara berkesan. Apatah lagi sebaran ini diulas pula seperti saya mengulas ini. Perkara yang nak disampaikan makin meluas tersebar.

Saya tak nampak gambar dan tulisan di atas adalah kerja jahat UMNO apatah lagi kerja Red Bean Army ha ha ha. Apa yang jelas ada 'satu team' yang bekerja keras untuk buat kerja-kerja ini di media sosial, sama ada melalui SMS, whatapp, facebook, twitter atau blog.

Janganlah kita buat kerja bodoh untuk memperok perandakan PAS. Walaupun kita berbeza pendapat, berhujahlah dengan matang dan 'berbantah'lah dengan hujah untuk pemilihan nanti dengan nilai persaudaraan Islam. Melainkan Islam telah luntur pada jiwa dan raga kita.

Semoga Allah melaknat mereka yang menjayakannya kerja-kerja jahat tak bermoral ini dengan laknat yang Maha Besar, amim.

.....
Sila layari
Siapa punya angkara untuk melagakan PAS?


 Di Kemaskini : Jambatan runtuh: 4 dipercayai maut
Posted on Friday, June 07 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: abuluqman

"

BAYAN LEPAS - Empat orang mangsa dipercayai tertimbus dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang malam tadi.



Jurucakap polis berkata, runtuhan itu juga mengakibatkan laluan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu itu ditutup untuk semua kenderaan.

Menurutnya, sebuah kenderaan dihempap runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan keempat-empat mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut meninggal dunia.



Jurucakap polis berkata, runtuhan itu juga mengakibatkan laluan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu itu ditutup untuk semua kenderaan.

Menurutnya, sebuah kenderaan dihempap runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan keempat-empat mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut meninggal dunia.

"Konkrit yang runtuh adalah struktur jalan jejambat masuk ke jambatan dari laluan Batu Maung yang mana antara dua bim jambatan runtuh dengan menghempap kereta yang melalui jalan pada bahagian bawah," katanya.

Polis mengesahkan menerima aduan daripada dua pengadu pada jam 7.05 malam di Bilik Gerakan 999 Ibu Pejabat Polis (IPD) Barat Daya.

Balai polis bergerak kini ditempatkan di lokasi kejadian.

Untuk maklumat terkini KLIK SINI"


 Gambar-gambar Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh
Posted on Friday, June 07 @ 14:26:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam 5 Jun 2013.

Di bawah ini adalah gambar-gambar di tempat kejadian daripada pelbagai sumber media sosial.



 



....
Sila layari
Gambar-gambar Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh


  Fitnah menjadi mainan sesedap mulut
Posted on Friday, June 07 @ 14:29:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dalam akhbar NST telah menulis bahawa Tuan Guru Nik ABdul Aziz Nik Mat adalah "Bapak Kafir". Tulisan yang menilai sesorang dari segi agamanya bukan perkara mainan melainkan seseorang itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

Saya teringat dulu pernah ada tulisan Said Hawa mengkafirkan Ayahtulloh Khomeini kerana ada krisis di masa itu.

Terkini Cikgu Zainol yang agak bangang sedikit kerana menulis buku "Kafirkah Aku". Saya kata bangang pasal orang lain tulis kafirkan orang lain, dia ini bila dapat duit tulis buku adakah dia Kafir..?? Saya jawab hang memang bahlol, hang sekarang kaya pasal buku hang banyak UMNO beli.. tapi hang duk pelawok tu bagaimana hang nak jawab dengan tuhan??

Sifat suka menulis atau mengata sesedap mulut bukan sahaja menjadi budaya kepada orang-orang UMNO @ BN tetapi telah menular kepada blogger PR. Sekarang ini banyak sangat berita dan maklumat belum sah telah disebarkan tanpa sebarang rasa bersalah yang bersifat sepsrti sifat orang mukmin sejati.

Hari ini Harakah melaporkan tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.

"Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang lain apabila mereka mahu menyelesaikannya di luar mahkamah.

"Walaupun saya tidak boleh menyatakan jumlahnya yang perlu mereka bayar tetapi ia sebenarnya menunjukkan satu pengakuan dari mereka semua berhubung tindakan yang telah dilakukan," jelasnya.

Dalam pada itu beliau juga berharap keputusan ini akan menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang cuba melemparkan fitnah ataupun kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Selain Hisham (gambar kiri) turut mewakili bekas Menteri Besar Kelantan itu ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz pada 31 Mei tahun lepas telah memfailkan saman fitnah RM10 juta itu terhadap Abdul Rahim di samping tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST)-- Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan.

Saman itu dikemukakan berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara pada 8 Mei dalam NST yang menggelar Nik Abdul Aziz sebagai bapa kafir (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.


....
Sila layari
Fitnah menjadi mainan sesedap mulut


 Gempar Tian Cua Pakai Baju Melayu. Dan Songkok..di Majlis Israq dan Mikraj
Posted on Friday, June 07 @ 14:23:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"


 Bersama penduduk2 kampung di ceramah Israk dan Mikraj Masjid saidina Ali  Kg Padang Balang , Setapak KL


Semoga diberikan hidayah oleh Allah S.W.T. kepadanya..Aminnn...

Untuk maklumat Berita terkini  KLIK SINI"


  
 Budaya Politik Baharu Yang Gagal Difahami BN
Posted on Friday, June 07 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional belum sampai masanya untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia menunjukkan siapa sebenar beliau dan partinya di depan rakyat.

Tun Dr Mahathir telah membuktikan bahawa Barisan Nasional adalah parti berasaskan kaum dan sukar baginya menerima keahlian dari bangsa lain. UMNO adalah hanya untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk kaum Cina manakala MIC untuk kaum India.

Dan perjuangan mereka juga berasaskan kepada kepentingan bangsa mereka masing-masing.

Tatkala rakyat bercakap soal politik merentasi kaum, perpaduan antara sesama bangsa tanpa mengenal warna kulit dan bangsa, BN masih lagi berpegang pada ideologi lapuk ciptaan mereka.

Mereka mengehad dan mengecilkan keahlian hanya pada sesuatu kaum sahaja. Di mana konsepnya 1Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya itu?

Apa salahnya BN menjadi parti tunggal yang menerima kehadiran semua bangsa sekiranya benar mereka memupuk perpaduan dan kesejahteraan kaum?

PKR yang dianggap dikuasai oleh orang Melayu tetapi mempunyai pemimpinnya dari kalangan pelbagai bangsa serta memiliki ramai wakil rakyat bukan Melayu.

DAP yang dianggap parti untuk kaum Cina tetapi masih mempunyai wakil rakyat mereka dari kalangan bangsa Melayu dan India.

PAS pula, memiliki calon-calon dari kalangan bukan Islam terdiri dari kaum Cina dan India serta ada Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan kaum India dan Cina.

Bagaimana dengan UMNO, berbilang bangsakah mereka?

[ Baca seterusnya... ]"

 

Tiada ulasan: