Jumaat, 7 Jun 2013

BILA HIDUP TAK BERTAKLAMATKAN AKHIRAT DAN ISLAM MAKA KITA TAK MEMPERDULIKAN DOSA DAN PAHALA....MALAH MAKSIAT PUN TUTUP MATA DAN TELINGA.....BILA TAK PANDAI DAN BERAKAL SERTA DITUTUP HIDAYAH OLEH ALLAH...MAKA MENENTANG ISLAM DAN TAK MASUK ISLAM HINGGA KESUDAH...wallahua’lam...

Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh
Posted on Friday, June 07 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"PENGENALAN

Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol).

Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

”Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu.

Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana.

Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinople dibuka sekurang-kurangnya dua kali.

Sultan Muhammad al-Fateh ialah pembuka yang pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembok kota Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah.

Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.

[Baca seterusnya...]"



 Sebut Kedah....ingat San Miguel ?
Posted on Friday, June 07 @ 00:28:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Betul Mukhriz........
Kolej Insaniah satu projek membazir
kerana tiada pulangan jana pendapatan
belanja pembinaannya 
bak mencurah air di daun keladi
tiada keuntungan sesen habuk.... tiada hasil untuk kerajaan Kedah
membazir....curah air atas daun keladi.....tiada pulangan hasil.

Jadinya, apa projek untung?
hasil banyak masuk ?
ada jana pulangan?

Mukhriz.....
adakah anda tahu ada satu projek yang amat menguntungkan kerajaan Kedah
projek ini tiadalah sampai kena bayar hutang RM46 juta setahun......
bahkan dapat pulangan lumayan
bukan sekadar jutaan bahkan billion

Mukhriz.....
hang bina kilang bir San Miguel dan buka Kasino di Langkawi
ia bakal menjana ekonomi Kedah Darul Aman !
Pulangan tinggi dan tiada lagi hutang....

Jika Insaniah menghasilkan keluaran modal insan
maka San Miguel bakal melahirkan pemabuk-pemabuk

Lebih hebat lagi,
dulu sebut Kedah....ingat padi
kini sebut Kedah.....ingat San Miguel !

Untungnya Kedah dapat MB berotakkan sekular sejati

Sebut Kedah....ingat San Miguel?"


 Kes bunuh diri semakin membimbangkan
Posted on Friday, June 07 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"

Kajian statistik menunjukkan 11 peratus atau sekitar 3 juta rakyat Melaysia mempunyai masalah mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun. Dimana silapnya?

Selamat tinggal cinta
6 Jun 2013

Kuala Kangsar: Kecewa kerana ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki dipercayai mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri dalam bilik tidurnya di Batu 26, Kampung Ketior, di sini semalam.

Sumber polis berkata, mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui tergantung oleh ibunya jam 8.30 pagi, sebelum mendapatkan bantuan ahli keluarga dan menghubungi polis.

“Ibu mangsa yang berasa curiga sebaik anaknya tidak keluar dari bilik tidur pada pagi itu tergerak menjenguk mangsa di bilik. “Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik ibunya terkejut apabila mendapati mangsa tergantung di dalam bilik berkenaan.

“Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga lain sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

hmetro.com.my"



 MCA yang mahu orang Islam ikut nilai yang mereka suka!
Posted on Thursday, June 06 @ 19:56:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol

Oleh: senik

"Assalamualaikum,, Dr Lee Hong Tee, ketua MCA Segamat mewakili minda MCA yang mahukan orang Islam mengikuti semua nilai yang mereka suka.Sebarang bantahan kepada nilai nilai tersebut dituduh sebagai  ultra konservatif, autoritarian dan pendekatan regresif.

Ini bermakna MCA mahu orang Islam menerima apa saja yang mereka anggap baik dan diterima.Seperti yang penulis sebut dulu, kalau MCA suka minum arak, mereka mahukan orang Islam juga minum arak, kalau mereka suka berjudi, mereka mahukan orang Islam berjudi dan kalau mereka sukakan tarian gelek, mereka mahukan orang Islam sukakan tarian gelek.

Sebab itu tiada had atau halangan untuk bergelek, di mana jua boleh sama seperti berjudi atau minum arak di mana saja boleh.Inilah minda MCA sejak dulu lagi dan dengan minda inilah MCA berkawan dengan orang Islam UMNO.  

Hari ini MCA cuba mengheret DAP dalam usahanya menjustifikasikan sokongan kepada tarian gelek di tempat awam dengan mencabar DAP menyatakan pendirian mereka atas isu ini.MCA cuba perbesarkan bantahan PAS yang berpaksikan ajaran Islam bukan ajaran Islam MCA.Rasa hormat kepada orang Islam yang sepatutnya ada dalam diri mereka nampaknya sudah hilang kerana mereka mahukan orang Islam mengikuti nilai yang mereka bawa.

MCA tidak boleh terima kritikan dan menggangap semua nilai itu sama bagi mereka dan orang Islam.Untuk menyakinkannya dibuat perbandingan bahawa amalan tarian gelek juga diamalkan di Turki dan Mesir, dua negara Islam.Mudahnya buat MCA membuat perbandingan tanpa perlu mengambil tahu apakah kerana tarian gelek itu diamalkan di Turki dan Mesir maka ianya menjadi universal dan bebas dari larangan dan tegahan Islam?
MCA mengheret DAP untuk mendapatkan political millage dan berharap PAS dibenci kerana bantahannya ini.Sepatutnya MCA bertanya rakannya dalam BN, UMNO samaada betul atau salah bantahan PAS mengikut ajaran Islam.Bukan mencari keuntungan politik dengan mencabar DAP yang sudah membuktikan mereka lebih faham cara menghormati orang Islam.
UMNO pun satu, kenapa tidak tampil seperti mereka tampil membela kalimah ALLAH dan menentang LGTB dulu? kenapa diam membisu, di mana mufti Johor dan penasihat ugamanya, tidur kah? Dan di mana tok mufti Harunsani, di mana ulamak muda Fahtul Bari, di mana PERKASA, PPIM, PEKIDA, JATI dan lain lain NGO yang menjadi jaguh menentang LGBT dan pembela kalimah ALLAH?
UMNO patut menegur MCA sesuai dakwaan yang dibuat oleh seorang tok guru pondok dulu, UMNO bertindak sebagai imam dan MCA serta lain lain parti komponen BN  menjadi makmum. 

 Hujah untuk pecat Wan Ahmad dari SPR
Posted on Friday, June 07 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa saya bercuti di Cameron Highland hujung minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menelefon saya beberapa kali. Talian kurang baik menghalang kami berkomunikasi dengan lancar. Saya jangkakan tentu ada hal mustahak yang mahu dikongsinya.

Beliau yang kembali menulis di Harakah dalam kolumnya, Membedah Demokrasi, menimbulkan soal bedah siasat PRU13. "Kita bukan saja boleh menyediakan hasil post mortem PRU13, malah sudah boleh menyiapkan laporan post mortem kekalahan Pakatan dalam PRU14," ujarnya. Saya mulanya agak kehairanan tetapi turut ketawa kecil apabila memahami makna tersirat.

Kunci kata Mat Sabu, jika sistem dan proses pilihan raya sekarang terus berjalan sehingga PRU14, tidak sukar untuk menjangka BN dapat mengekalkan kuasa meskipun undi popularnya mungkin terus merosot, dengan pelbagai taktik licik, tipu muslihat, penggunaan kemudahan kerajaan, manipulasi media dan politik wang, apatah lagi melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Segera saya teringat pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa SPR bakal diletakkan di bawah kawal selia jawatankuasa terpilih khas Parlimen.

Sekurang-kurangnya Najib terpaksa memberi respons kepada suara rakyat yang bergema kuat dalam siri jelajah Blackout 505 yang dianjurkan di seluruh negara, antara lain mendesak semua anggota SPR yang diterajui Abd Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, selain menangguhkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui semua pihak, mengikut konsensus rakyat.

Bagi saya, jaminan Najib di hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu seharusnya tidak mengendurkan tuntutan rakyat, yang marah dan kecewa dengan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia, khususnya dalam PRU13. Cadangannya -- walaupun disambut baik banyak pihak -- seolah-olah mahu menutup atau membiarkan saja segala ketempangan PRU13 berlalu.

Tekanan mesti ditingkatkan lagi, termasuk melalui rapat umum dan perarakan besar-besaran, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat agar tercapai hasrat untuk melantik anggota SPR yang baru, selaras dengan Perkara 114(2), bahawa Agong, "pada melantik ahli-ahli SPR hendaklah memandangkan kepada mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM".

Ketujuh-tujuh anggota SPR berdepan krisis kepercayaan yang begitu serius. Hampir semua mereka tidak dilihat mempunyai integriti tinggi, yang dikira mampu bertindak bebas daripada pengaruh elit penguasa. Kadang-kadang dua penjawat paling kanannya dilihat bertindak melebihi pemimpin Umno-BN sendiri,  manakala SPR dianggap umpama komponen BN.

Oleh itu, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibuat secara telus hanya akan diketawakan terutama bagi mereka yang mengikuti amalan sama pada 2003. Wan Ahmad ketika itu menjadi perancang utama yang melakarkan kawasan pilihan raya semata-mata demi keuntungan politik Umno-BN, selepas Umno mendapat tamparan hebat dalam pilihan raya 1999. Dalam PRU10 itu, majoriti pengundi Melayu bangkit protes Dr Mahathir Mohamad dan Umno-BN.

Menurut pengkaji pilihan raya, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang, pada 2003 itu, prinsip-prinsip seperti rural weightage -- di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan mudah dihubungi -- telah dilanggar dengan jelas oleh SPR, terutama di Kedah.

"Undi bukan Melayu dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Bn di Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno-Bn di Padang Serai dipindahkan ke kerusi PAs di Baling," tegasnya.


Jadual 1: Perbedaan di kawasan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula pada 2003

Kerusi Parlimen  Keluasan (km2) Pengundi 2003 Pengundi 2013
P8 Pokok Sena    320            64,192        80,916
P9 Alor Setar    109            56,007        80,916
P10 Kuala Kedah  232            73,942        95,534
P16 Baling       1,544          73,942        93,376
P17 Padang Serai 352            51,778        74,245

Menurut analisis Kian Ming, di kerusi Alor Setar, walaupun  kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding kawasan jiran yang lebih besar seperti  Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942).

Perbedaan ini masih kelihatan dalam PRU13, di mana Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah.

Kes paling melampau ialah Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula  2003 meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107 km2 ke 1,544 km2, sedikit kecil daripada Melaka. Ini kerana salah satu  kawasan kuat Umno di kerusi jiran Padang Serai – Kuala Ketil – dipindahkan ke Baling.

Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942). Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan 74,425 di kawasan bandar Padang Serai.

Jadual ke-13 Perlembagaan, Bahagian 1, mengenai prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya, antara lain menegaskan "prinsip-prinsip berikut hendaklah dengan seberapa boleh diambil kira ... bilangan pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih dalam daerah kampung  dan lain-lain kesukaran yang dihadapi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian itu patutlah diberi pertimbangan."

Namun, yang menjadi pertimbangan serius SPR pada 2003, terutama oleh Wan Ahmad, adalah keupayaan Umno-BN untuk menang dalam PRU2004, dengan menjangkakan pengundi Melayu akan membawa masalah besar kepada BN, seperti ditunjukkan dalam PRU1999.

Justeru, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu langsung tidak mendapat sebarang kerusi Parlimen tambahan. SPR, seperti kehendak Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak membanyakkan kerusi campuran, sebagai "ucapan terima kasih" kepada pengundi Cina yang menyelamatkan BN pada 1999, walaupun akhirnya memakan diri pada 2008 dan 2013!

Kesimpulannya, keanggotaan SPR yang tidak lagi mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini mesti dirombak dan proses persempadanan semula harus ditangguhkan dahulu. 




YDP Pas Segamat saman Exco Agama Johor
Wartawan Sinar Harian
7 Jun 2013
SEGAMAT - Yang Dipertua Pas Segamat Firdaus Masod semalam, memfailkan saman malu terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Johor, Abd Mutalib Abd Rahim berhubung kenyataan fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 5 Jun lalu.

Firdaus berkata, beliau sekeras-kerasnya menafikan tuduhan Abd Mutalib yang mendakwanya mengetahui penganjuran tarian separuh bogel di sebuah pusat membeli belah dekat sini, lebih awal.

“Dia juga tuduh saya berdiam diri tanpa memaklumkan perkara berkenaan (tarian) kepada Jabatan Agama Johor dan Majlis Daerah Segamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kenyataan itu adalah satu fitnah yang berniat jahat dengan tujuan semata-mata untuk menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin Pas di daerah ini.

Firdaus juga telah menyerahkan kepada peguamnya di Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Abd Mutalib.

“Saya percaya satu saman malu dan tuntutan ganti rugi akan difailkan peguam saya dalam jangka masa terdekat ini untuk membersihkan nama saya dan mengembalikan semula kredibiliti saya,” katanya.

Sementara itu Abd Mutalib yang juga bekas kadi daerah Segamat berkata, beliau kesal dengan tindakan kurang matang yang dilakukan Firdaus.

“Saya sudah maklum mengenai perkara ini (saman) dan saya juga telah bersedia untuk disaman. Barang-barang bukti juga telah diserahkan kepada peguam saya bagi menjawab pertuduhan tersebut.

“Saya berkata benar. Jika dia (Firdaus) terlihat perkara seperti ini, tak usah memperbesarkannya kepada pihak media. Cukup dengan melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Pejabat Agama Segamat,” katanya.


Raja Azmi dihimpit kontroversi lagi
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA, FOTO: FAISOL MUSTAFA
7 Jun 2013
Raja Azmi
Raja Azmi
KEMELUT melibatkan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dan seorang pendatang baru dalam industri seni, Adam Davin, 25, memasuki episod baru, apabila Raja Azmi mengadakan sidang media kelmarin dan turut membawa bersama individu pernah ditipu Adam.

Adam kelmarin menerusi kenyataannya pada sebuah akhbar dan stesen televisyen mendakwa dia telah difitnah Raja Azmi setelah dia batalkan hasrat untuk melabur dalam filem terbaru Raja Azmi iaitu Anak Ikan.

Adam atau nama sebenarnya Davinder Singh Gurchan Singh adalah pelakon dicanang sebelum ini untuk menjayakan watak utama filem itu.

Menegaskan sidang media tersebut bukan untuk mengaibkan Adam, Raja Azmi berkata, dia amat berharap Adam berhenti daripada terus menjaja namanya dan berhenti menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya mengenali dia menerusi laman sosial Instagram. Adam yang terlebih dahulu perkenalkan diri kepada saya dan menyatakan hasrat bapanya yang ingin melabur RM500,000 dalam filem Anak Ikan. Tetapi dengan syarat dia ditawarkan watak utama.

"Ketika itu bagi saya, jika benar ada pihak mahu bantu, saya akan terima dengan baik memandangkan kini saya berstatus ibu tunggal. Sebelum ini jika saya mahu terbitkan filem, bekas suami saya (Jailani Sidek) yang akan bantu.

"Dia juga memberitahu saya, dia adalah pemilik kedai Gulatis di Wangsa Walk dan juga merupakan anak kepada pemilik gedung kain terkemuka, Jakel.

"Malah Adam juga pernah berjanji mempertemukan saya dengan bapanya bagi membincang filem itu sebanyak dua kali tetapi terbatal," jelasnya dalam satu sidang media di RK Recipe & Cafe, Taman Melawati, semalam.

Menurut Raja Azmi, bagaimanapun selepas itu, dia menyedari lelaki tersebut adalah penipu selepas dia menerima banyak maklum balas daripada pengikut di Instagramnya.

Sejak itu, beliau terus menyekat akaun Adam daripada Instagramnya malah tidak lagi menjawab panggilan telefon lelaki tersebut.

"Sudahlah dia menipu orang dan turut menjaja nama saya termasuk adakan sesi pencarian bakat untuk filem Anak Ikan tanpa pengetahuan saya. Kemudian dia kata saya fitnahnya pula.

"Ini betul-betul satu tamparan buat saya kerana seumur hidup, saya tidak pernah fitnah orang," jelasnya sebak.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata selepas dia menulis mengenai perbuatan Davin tersebut dalam Instagram miliknya, ramai individu turut berkongsi menjadi mangsa ditipu.

“Sekarang ini, semua mangsa telah buat laporan polis, begitu juga dengan saya. Bayangkan dalam masa dua bulan, 10 orang tampil mengakui ditipu Adam. Sekarang kami harap Davin segera ditangkap kerana terdapat banyak bukti mengenai penipuannya itu,” tegasnya.

Antara mangsa yang hadir ialah  tertipu gara-gara urusan pembelian telefon bimbit, pemilik butik Kos Serani (butik baju yang dipinjam Adam untuk ABPBH lalu) dan wakil dari outlet Gulatis Wangsa Maju.

Dalam pada itu Raja Azmi berkata, meskipun dia berdepan kontroversi ini, perancangannya untuk menerbitkan filem Anak Ikan tetap akan diteruskan.

“Bajet keseluruhan filem ini lebih kurang  RM900,000. Saya akan tetap teruskan projek filem ini. Pelakonnya terdiri daripada pelakon lama dan baru. Kita akan adakan uji bakat bagi cari pengganti Adam Davin juga untuk pelakon lain," katanya.
Ahmad Bashah sedia lepas jawatan
Wartawan Sinar Harian
7 Jun 2013
 Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
ALOR SETAR - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah jika diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berkata, kedudukannya itu diserahkan kepada presiden parti atau majlis tertinggi untuk membuat keputusan.

“Saya tengok selepas pemilihan parti, jawatan itu akan diputuskan oleh presiden dan kemungkinan ada perubahan. Saya memahami di mana-mana pun keadaan itu berlaku.

“Saya memang dari dulu lagi bersedia, kita mesti memahami kedudukan bila semuanya sudah selesai selepas pemilihan di peringkat bahagian dan menteri besar pun kita ada.. jadi saya bersedia,” katanya kepada media selepas sambutan ulang tahun pertama kelahiran cucunya, Ameer Farish Fairuz di kediamannya, di sini semalam.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata, berkata Umno Kedah bersetuju jika parti mengambil langkah mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan kali ini.

“Saya amat bersetuju supaya kedua-dua jawatan itu tidak ada pertandingan. Kita harus kekalkan presiden  dan timbalan presiden agar mereka terus menjalankan tugas dan tanggungjawab memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita perlu tunjukkan perpaduan dalam Umno selepas PRU13 dan ia mesti berada dalam keadaan kuat. Jika berlaku pertandingan jawatan berkenaan, sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan kekuatan kita,” katanya.

Ditanya cadangan untuk mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden kemungkinan akan dikecam pembangkang, Ahmad Bashah berkata, mereka (pembangkang) tidak perlu masuk campur hal dalaman Umno.

“Kalau mereka kata langkah ini sebagai diktator, mereka lebih dahsyat lagi diktatornya. Jadi mereka tak boleh tuduh apa-apa kerana ini hak Umno dan kita buat keputusan untuk kepentingan parti.

“Saya akan bawa usul ini dalam mesyuarat perhubungan negeri untuk kita buat keputusan dan minta rakan-rakan dalam parti bersetuju,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno wajar dipertandingkan pada perhimpunan agung Oktober ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, jawatan itu perlu dipertandingkan kerana Umno mengamalkan demokrasi.

Tiada ulasan: