Isnin, 8 Oktober 2012

TEPISLAH...NAFILAH...DIDUNIA NI SELAGI DE KUASA.....AKHIRAT KAUORANG DAH TAK BOLEH TEPIS...SOKONGLAH APA YANG NAK DISOKONG DIDUNIA...AKHIRAT JIKA SOKONG TIPU...SOKONG MAKSIAT...SOKONG ORANG BERSALAH...SABIT SALAH TERIMALAH HUKUMAN DARI ALLAH


Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok

  • Hafiz Yatim
  • 2:52PM Okt 8 2012
Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.
um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah
diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.
Chamil, dalam menyuarakan kesalnya kerana menurutnya cerpen yang dikarangnya itu telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia, memohon maaf kepada Teresa dan semua yang terlibat.

Katanya, (suntingan) cerpen tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Teresa.

"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya.
"Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu," kata Chamil dalam kenyataan empat muka surat itu.

"Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dengan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok."

Katanya, perubahan ini bukan kecil tetapi adalah fundamental yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karyanya.

Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysiadengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal.
"Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil.

Beliau akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka, tetapi berkata  perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan.


Pakatan: Kami tidak kenal George Soros

  • Nigel Aw
  • 1:52PM Okt 8 2012
MP Pakatan Rakyat hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua juga berkata, Pakatan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Soros.

"Kami tidak ada hubungan apa-apa dengan George Soros. Kami tidak kenal George Soros," katanya.

Tambahnya, Pakatan tidak mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke atas penindasan rejim Israel di negara tersebut, katanya.


Dr M beritahu polis dia tak ditipu berkaitan kos PKFZ

  • Hafiz Yatim
  • 4:05PM Okt 8 2012
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu mahkamah hari ini bahawa beliau telah memberitahu seorang pegawai polis bahawa beliau tidak ditipu berkaitan kos projek kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

NONESeingat beliau, kata Dr Mahathir, tidak seorang pun anggota kabinet yang membantah (kos) projek tersebut.
Beliau berkata, salah seorang daripada pegawai polis yang merakam kenyataannya, telah mengatakan bahawa sekiranya mereka tahu mengenainya, tentu mereka tidak akan mendakwa Dr Ling.

Dr Mahathir adalah saksi keempat pihak pembela dalam kes perbicaraan Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dr Ling, 69, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahunadalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
   
NONEBeliau juga menghadapi pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu M1,088,456,000.
   
Ling, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002. 
Jamil Khir: Kenduri mega 'terpulang pada kemampuan'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:35PM Okt 8 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada para menteri untuk menganjurkan majlis kenduri mengikut kemampuan mereka.
"Terpulang kepada kemampuan masing-masing," katanya ringkas ketika ditanya kewajaran pemimpin atau ketua menteri mengadakan majlis mega seperti itu sehingga tercatat dalam Malaysia Books Of Record.

NONEMenteri hal ehwal agama Islam itu ditanya demikian susulan majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencatat kehadiran sehingga 130,000 orang – dengan kos jamuan dilaporkan mencecah RM600,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Jumaat lalu menyatakan bahawa siasatandimulakan ke atas Mohd Ali atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega pada 30 September itu.

Pada hari yang sama, naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein tampil memberi sokongan kepada Ali dengan menyatakan, isu berkenaan sengaja ditimbulkan pihak berkenaan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Siasatan SPRM itu dimulakan selepas laporan yang dikemukakan kepada suruhanjaya itu oleh Angkatan Muda Keadilan pada hari sebelumnya.

Laporan itu antara lainnya berdasarkan dakwaan dan dokumen yang dikemukakan MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan terlibat dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.

Mahfuz juga mendakwa Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan terlibat mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.

Surirumah akui dapat warganegara dalam 'Projek Mahathir'
3:43PM Okt 8 2012
Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

Menteri: Tahan bukan kerana gelaran 'BERSIH'

  • Hazlan Zakaria
  • 11:48AM Okt 8 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan hanya menahan pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kerana didakwa melanggar undang-undang dan bukannya kerana pemimpin itu menggelarkan diri mereka “BERSIH”.
NONEPemimpin BERSIH perlu mematuhi undang-undang sekiranya benar-benar mahu menjadi “BERSIH”, katanya lagi ketika menjawab satu soalan daripada P Ramasamy (DAP-Batu Kawan) di Dewan Rakyat hari ini.

MP Padang Rengas itu berkata, pemimpin BERSIH, seperti juga pemimpin lain, berhak untuk menggelar diri mereka dengan apa saja nama.

Malah, beliau sendiri berhak menggelar diri sebagai “gengster KL”, kata Nazri lagi dengan memberi contoh.

Bagaimanapun, kebebasan untuk menggelar diri dengan sesuatu nama tidak bermakna individu berkenaan boleh berbuat apa saja yang dimahu.

Mereka masih perlu mematuhi undang-undang, katanya.


Paderi kata Utusan 'menipu' dalam laporan kritik Guan Eng

  • Lee Long Hui
  • 5:24PM Okt 8 2012
Dua pemimpin Kristian hari berkata laporan memetik kenyataan mereka dalam Mingguan Malaysia semalam, yang didakwa mengkritik ketua menteri Pulau Pinang, adalah "penipuan semata-mata".
Biskop Gereja Lutheran Evangelical, Solomon Rajah dan bekas presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philips hari ini berkata, kenyataan mereka dilaporkan di luar konteks dalam berita bertajuk 'Gereja bukan tempat politik'.

Mereka menuntut supaya akbar edisi Ahad Utusan Malaysia itu menarik balik laporan berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf dalam edisi mereka selepas ini.

Dalam satu sidang media hari ini, kedua-dua paderi itu menjelaskan bahawa pemberita berkenaan hanya menghubungi mereka untuk mendapatkan pandangan umum mengenai "gereja dan politik".

Rajah berkata, kenyataannya itu bukan reaksi atau ulasan kepada dialog antara ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan pemimpin gereja di negeri tersebut.

"Saya tidak pernah sedar bahawa saya akan dipetik secara salah (atau apa yang saya katakan) disalah anggap.

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa pandangan saya akan digunakan untuk memenuhi tujuan dan agenda Utusan. Ini sangat menyedihkan," katanya.

Rajah yang menganggap dirinya sebagai penyokong kuat Lim menekankan bahaw beliau tidak akan memberi kebenaran untuk ditemubual sekiranya tahu bahawa Utusan akan memetiknya dengan salah.

Antara lainnya, akhbar berkenaan memetik Rajah sebagai berkata, "tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan kepentingan politik".

Sementara itu, Philips pula berkata laporan itu turut menjejaskan reputasinya, dan menegaskan bahawa pandangannya yang sebenar tidak dilaporkan.

"Ini adalah satu perbuatan fitnah. Saya terkejut dan marah dengan ketidakcekapan wartawan itu," katanya.


Gaji CEO Tabung Haji tak dibayar sembarangan, kata menteri

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:48PM Okt 8 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan beliau tidak menentukan gaji Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail yang didakwa mencecah RM85,000 sebulan.

NONEJelasnya, bayaran gaji itu ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Gaji dan Lembaga Keputusan badan itu berdasarkan kepada "janji perkhidmatan" yang diberikan.

"Tabung Haji (membayar) mengikut janji perkhidmatan yang diberikan. Dan kita membayar gaji berdasarkan kepada profesionalismenya, kepakarannya, dan kadar pasaran yang ada.

"Jadi bukan secara sebarangan atau (ada perkara yang hendak) disembunyikan. Tidak ada. Ia berdasarkan kepada jadual dan peraturan yang termaktub di Tabung Haji," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, MP Pokok Sena Datuk Mahfuz membangkitkan kebimbangan berhubung dakwaan gaji yang terlalu tinggi diterima oleh Ismee.

NONEBeliau mendakwa pegawai tertinggi itu dibayar RM85,000 sebulan - meningkat daripada RM70,000 sebulan tahun lalu - dan menerima bonus sejumlah RM700,000 tahun lepas, selain ganjaran sebanyak RM490,000 apabila berakhirnya kontrak.
Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama itu hari ini berkata, beliau akan menjawab perkara itu di Dewan Rakyat.

Jamil berkata lembaga itu adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang mencatatkan keuntungan melebihi RM1 bilion sejak lima tahun berturut-turut.

Menurutnya, badan itu menguruskan hampir sejuta akaun jemaah haji, akaun pendeposit yang mencecah 7.8 juta orang serta mengurus dana tabung haji berjumlah RM34 bilion.

"Jadi kalau kita nak perkhidmatan yang terbaik, kepada agensi kita, jadi kita juga harus menilai kepakaran dan profesionalisme termasuk pasaran.

"Jadi kalau kita mengharapkan pengurusan yang begitu hebat dan efisien, tetapi kita tidak menilai dari sudut sumbangan mereka... Jadi maknanya, kena mengukurnya juga sepadan dengan pengurusan dan pentadbiran.


'Pemerhati pillihan raya' bingung SPR senyap

  • Koh Jun Lin
  • 11:41AM Okt 8 2012
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu 'memuktamadkan segera' rundingannya dengan beberapa NGO yang dijemput menjadi pemerhati pilihan raya, untuk memastikan ada masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.

NONEKetua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Wan Saiful Wan Jan (kanan) memberitahuMalaysiakini bahawa tiada sebarang berita dari SPR sejak suruhanjaya itu mengadakan pertemuan dengan NGO berkenaan kira-kira dua bulan lalu.

"Mereka kata mereka akan memberi respon 'secepat mungkin', tetapi nampaknya maksud 'secepat mungkin' itu, lain orang, lain maksudnya," katanya ketika dihubungi.

NGO lain yang terlibat adalah Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Transparency International-Malaysia (TI-M) dan Merdeka Centre. Mereka juga tidak mendapat sebarang berita dari SPR.

Wan Saiful berkata mesyuarat terakhir sebelum ini adalah untuk mendapatkan SPR bersetuju dengan piawaian antarabangsa mengenai peraturan yang mengawal tingkah laku pemerhati pilihan raya.

"Kami belum lagi selesai berunding. Sehinggalah rundingan itu selesai dan kedua belah pihak (pemerhati pilihan raya dan SPR) bersetuju dengan terma rujukan, maka kita harus menganggap bahawa entiti ini (pemerhati pilihan raya ) belum lagi wujud," katanya.

"Tidak ada gunanya menunggu sehingga pembubaran Parlimen untuk memuktamadkan rundingan. Ia mempunyai dimuktamadkan sekarang."



Tiada ulasan: