Rakyat akan tolak fitnah
Abd Shukur Harun, | 16 Okt 2012 |
Keperluan yang sangat mendesak bagi PAS juga PKR dan DAP sekarang
ialah melipatgandakan penerangan kepada para pengundi Melayu di luar
bandar dan juga di dalam bandar untuk menolak fitnah musuh Pakatan
Rakyat.
Fitnah paling jijik itu kononnya PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan PAS sudah tersasar daripada dasar Islamnya. Sasaran mereka, terutamanya pengundi luar bandar.
Sepanjang yang mengenai PAS, jentera penerangannya di seluruh negara telahpun bergerak sepenuhnya untuk menolak fitnah ini. Mereka telah masuk ke ceruk rantau negara, jauh di pedalaman, di perkampungan Felda, di kawasan pekebun kecil dan nelayan pantai, di mana saja walaupun menempuh pelbagai kesukaran.
Mereka telah menjalankan usaha sungguh-sungguh menolak fitnah ini, bahawa PAS masih kekal dengan perjuangan Islamnya dan sama sekali tidak berkompromi dengan dasarnya serta tidak ada bukti sama sekali bahawa ia pernah merelakan dirinya menjadi alat pihak manapun.
Seperti diketahui, pengundi Melayu bukan saja banyak di luar bandar bahkan juga banyak di dalam bandar dan semi bandar, terutama di kalangan sesetengah kakitangan awam dan swasta yang sudah bersara. Sesetengah golongan veteran ini, untuk puluhan tahun berada dalam suatu suasana selesa dan jarang benar terdedah kepada pelbagai bentuk perjuangan, apalagi mengenai perjuangan menegakkan demokrasi dan hak-hak asasi rakyat. Oleh itu perihal demokrasi dan hak rakyat hampir-hampir menjadi suatu yang asing kepada mereka. Kerana itu mereka tidak sensitif terhadap isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kronisme dan lain-lain.
Di luar bandar, petugas PAS, khususnya Lajnah Penerangan di peringkat negeri, kawasan dan cawangan memang sudah berusaha sungguh-sungguh sejak lama dulu memberikan penerangan kepada penduduk luar bandar.
Namun dengan serangan bertubi-tubi dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh Pakatan Rakyat siang dan malam, terutama hampir dengan PRU Ke-13 ini, maka pengembelingan seluruh tenaga penerangan dalam Pakatan Rakyat sangat diperlukan untuk menolak fitnah jahat ini. Ertinya, petugas DAP dan PKR sendiri – iaitu parti yang banyak bertanding di kawasan bandar dan semi bandar perlu melipatgandakan lagi penerangan bersama dengan jentera PAS seluruh negara.
Memang diakui bahawa semua jentera komponan Pakatan Rakyat telah mengadakan begitu banyak program bersama penerangan seluruh negara, khususnya dengan kehadiran program jelajah dengan bas PKR ke seluruh negara di mana ia memberi kesan yang sangat ketara.
Program jelajah ini memperlihatkan kesepaduan gerak kerja komponan dalam Pakatan Rakyat, iaitu penceramah PAS dan DAP ikut sama dengan gerak kerja semua pendukung Pakatan Rakyat dan ini menunjukkan kesepaduan dalam Pakatan.
Namun meneliti perkembangan terkini dengan semakin kencangnya pelbagai tuduhan dan fitnah jahat, maka Pakatan Rakyat sangat perlu mengatur program ‘gerak gempur’ penerangan semaksima mungkin tidak henti-hentinya seluruh negara.
Keadaan kini sangat kritikal dan luar biasa iaitu musuh menggunakan seluruh jentera yang ada – media yang mereka kuasai, sesetengah NGO yang keliru, individu dan golongan yang berpengaruh tetapi mudah dikelirukan serta golongan berkepentingan dan pelbagai lagi.
Mereka yang menabur fitnah ini meneriakkan isu perkauman dan fahaman agama yang sempit dan merbahaya – konon sebagai pembela umat – tetapi tanpa mereka sedari sikap dan perbuatan mereka merosakkan imej Islam itu sendiri dan juga merosakan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan agama yang hidup damai selama ini.
Fitnah ini bukan saja dihamburkan oleh musuh PAS tetapi juga segelintir yang teramat kecil bilangannya dari kalangan ahli PAS sendiri serta mereka yang keliru. Adapun yang keliru ini termasuklah segolongan kecil agamawan yang tidak memiliki kemampuan untuk mengupas mengenai politik Islam dan pelbagai ijtihad ulama muktabar mengenainya.
Mereka biasanya tidak terdedah kepada tanzim haraki, jauh sekali daripada memahami Tahalluf-Siasi (pakatan dengan parti lain), suatu bidang yang biasanya tidak diajar dalam kuliah di masjid dan surau, jauh sekali di bilik kuliah universiti. Subjek ini kononnya ada elemen politik yang dilarang sama sekali daripada disebut dalam masjid dan surau. Pada hal Tahalluf-Siasi ini ada dalam Islam.
Pendedahan kepada konsep Tahalluf-Siasi yang dibenar oleh Islam ini hanya diperoleh di dalam usrah dan tamrin dan di taklimat parti yang biasanya hanya untuk para ahli parti saja. Adapun ceramah maka ia bersifat umum dan jarang diperincikan konsepTahalluf-Siasi ini.
Sasaran mereka yang menabur fitnah ini ialah anggota masyarakat yang keliru di bandar dan luar bandar, golongan yang enggan atau malas berfikir, menyebabkan mereka menerima bulat-bulat akan apa yang dituang oleh musuh PAS dalam media yang mereka kuasai.
Inilah perkembangan sangat mengerikan, yang disebut oleh ulama sejak lama dulu sebagai ‘zaman fitnah besar’ yang perlu ditangani oleh umat Islam, khususnya pendukung PAS, secara bijaksana.
Kesimpulannya, seperti saya katakana tadi, pengembelingan tenaga penerangan seluruh pendukung Pakatan Rakyat perlu dipertingkat dan usaha menolak fitnah ini mestilah dilakukan secara besar-besaran, berstrategi dan mengetahui sasarannya.
Saya yakin betapaun hebatnya fitnah ini, dengan izin Allah, PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu mengatasinya. Justeru, kini sudah ada perubahan di sana sini di kalangan rakyat prihatin.
Rakyat prihatin ini, seperti yang ditunjukkan dalam Himpunan Hijau dan himpunan lain seluruh negara, terutama Himpunan Bersih 2.0 dan 3.0 dijangkakan akan menolak fitnah dan akan memberikan sokongan besar kepada Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
16 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap
anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas
membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang
berteraskan pada undang-undang negara.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian Online.
Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa bahawa MCA sebagai anti-Islam.
Ekoran kenyataan itu, MCA pula membalas dengan mencabar Nasrudin harus menjawab persoalan "adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti-Islam?"
Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha.
"Saya rasa tidak timbul soal berlaku kesukaran untuk bekerjasama dengan Pas. Saya juga yakin yang Pas tidak pernah berfikir yang DAP anti-Islam.
"Pas sendiri bersetuju bahawa perjuangan parti antara DAP dan Pas adalah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuann," tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong itu turut berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan dasar dan semangat yang sentiasa berteraskan kepada undang-undang negara.
"Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya.
Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus.
16 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi
secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang
tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.
Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.
"Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Khaled berkata, pengajian tinggi adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, yang merupakan satu pelaburan bagi meningkatkan keupayaan seseorang untuk bersaing merebut peluang kerjaya serta pendapatan lebih baik.
Justeru, beliau berkata, adalah wajar individu membiayai sebahagian pelaburan itu daripada ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai (orang awam).
"Pembangkang telah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan menyebabkan 'over-education' kerana pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan pendidikan," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, hujah pembangkang bahawa Turki memberi pendidikan percuma adalah tidak tepat, sebaliknya negara itu turut mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari serta pasca siswazah, dan keadaan tersebut sama seperti Malaysia.
Beliau berkata, Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah tinggi dari gred 1 hingga 12 (dari umur 6-18 tahun) dan keadaan ini sama dengan Malaysia, yang turut memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.
"Sebahagian besar pelajar Turki terpaksa memohon pinjaman menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution, yang ditubuhkan pada 1961, dan kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) mengikut kadar inflasi semasa.
"Kadar purata CPI untuk 2010 ialah 8.58 peratus dan 2011 ialah 6.46 peratus. Kadar faedah tambahan sebanyak 2.5 peratus daripada kadar asas CPI akan dikenakan kepada pelajar yang gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Khaled menyifatkan cadangan pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai janji populis tanpa mengkaji implikasinya.
Beliau berkata, langkah memansuhkan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan mengehadkan akses kepada pengajian tinggi di kalangan pelajar selain menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS.
Tanpa PTPTN, katanya, tiada sumber lain untuk membiayai kos sara hidup pelajar selain merencatkan usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi menjelang 2020.
"Oleh itu, kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN," katanya. - Bernama

'Jangan laga-lagakan Pas dan DAP'
16 Oktober 2012
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian Online.
Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa bahawa MCA sebagai anti-Islam.
Ekoran kenyataan itu, MCA pula membalas dengan mencabar Nasrudin harus menjawab persoalan "adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti-Islam?"
Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha.
"Saya rasa tidak timbul soal berlaku kesukaran untuk bekerjasama dengan Pas. Saya juga yakin yang Pas tidak pernah berfikir yang DAP anti-Islam.
"Pas sendiri bersetuju bahawa perjuangan parti antara DAP dan Pas adalah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuann," tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong itu turut berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan dasar dan semangat yang sentiasa berteraskan kepada undang-undang negara.
"Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya.
Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus.
Khaled: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia
16 Oktober 2012
Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.
Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.
"Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Khaled berkata, pengajian tinggi adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, yang merupakan satu pelaburan bagi meningkatkan keupayaan seseorang untuk bersaing merebut peluang kerjaya serta pendapatan lebih baik.
Justeru, beliau berkata, adalah wajar individu membiayai sebahagian pelaburan itu daripada ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai (orang awam).
"Pembangkang telah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan menyebabkan 'over-education' kerana pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan pendidikan," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, hujah pembangkang bahawa Turki memberi pendidikan percuma adalah tidak tepat, sebaliknya negara itu turut mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari serta pasca siswazah, dan keadaan tersebut sama seperti Malaysia.
Beliau berkata, Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah tinggi dari gred 1 hingga 12 (dari umur 6-18 tahun) dan keadaan ini sama dengan Malaysia, yang turut memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.
"Sebahagian besar pelajar Turki terpaksa memohon pinjaman menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution, yang ditubuhkan pada 1961, dan kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) mengikut kadar inflasi semasa.
"Kadar purata CPI untuk 2010 ialah 8.58 peratus dan 2011 ialah 6.46 peratus. Kadar faedah tambahan sebanyak 2.5 peratus daripada kadar asas CPI akan dikenakan kepada pelajar yang gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Khaled menyifatkan cadangan pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai janji populis tanpa mengkaji implikasinya.
Beliau berkata, langkah memansuhkan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan mengehadkan akses kepada pengajian tinggi di kalangan pelajar selain menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS.
Tanpa PTPTN, katanya, tiada sumber lain untuk membiayai kos sara hidup pelajar selain merencatkan usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi menjelang 2020.
"Oleh itu, kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN," katanya. - Bernama
Bajet 2013: ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’
16 Oktober 2012
Pada tahun ini, Bajet 2013 telah dibentangkan pada September 2012 yang mana pada dasarnya adalah bajet yang amat dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuklah kalangan profesional, pelabur-pelabur luar dan dalam negeri, firma-firma perniagaan, begitu juga kalangan ahli-ahli politik dan rakyat jelata dari fahaman dan aliran politik yang berlainan. Ini kerana, ianya adalah antara gerbang persepsi utama yang dianggap sebagai penentu bagimemikat dan menambat hati hati rakyat untuk terus memberikan mandat kepada kerajaan yang sedia ada untuk terus memerintah, baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.
Untuk bajet kali ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM251.6 bilion dengan tema ‘memakmurkan Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati. Daripada angka tersebut, sejumlah RM201.9 bilion telah diperuntukkan untuk tujuan perbelanjaan mengurus dan selebihnya untuk perbelanjaan pembangunan. Sasaran defisit bajet kali ini dianggarkan menyusut sebanyak 0.5 peratus kepada empat peratis berbanding tahun 2012. Dari segi pendapatan, hasil kerajaan dilihat mengalami sedikit anjakan menaik daripada RM207 bilion (2012) kepada RM208.6 bil (2013). Begitu juga dengan liabiliti subsidi yang juga dilihat mengalami sedikit peningkatan kepada RM33.2 bil, setelah mengambil kira pengurangan kadar subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilogram.
Justeru, Daya Fikir Solutions (Daya Fikir) telah mengambil inisiatif untuk menganalisis bajet pada kali ini secara menyeluruh dan di luar kotak pemikiran yang bersifat politik kepartian, agar timbang tara yang selayaknya dapat dizahirkan serta lebih berpijak kepada bumi yang nyata.
Secara umumnya Bajet 2013 adalah lebih bersifat mesra peniaga dan kelompok menengah atasan. Asasnya, sebahagian besar daripada 130 inisiatif dan peruntukan yang telah digariskan dilihat lebih memberikan manafaat yang signifikan kepada golongan tersebut secara jangka panjang, sama ada secara langsung dan tidak langsung. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan wujud juga inisiatif yang dilihat memberikan impak positif kepada banyak pihak, khususnya kepada rakyat kebanyakan. Untuk itu, Daya Fikir secara rumusannya berpandangan:
Pertama, inisiatif pemberian diskaun sebanyak 20 peratus bagi pembayar hutang PTPTN yang dibuat secara sekali gus (lump-sum) dalam tempoh setahun dan 10% kepada mereka yang dapat melunaskan secara istiqamah dalam tempoh setahun mendatang. Adalah dijangkakan hanya mereka yang berada di dalam braket zon keselesaan dan berkemampuan sahaja, yang akan menerima tempias daripada manafaat ini. Bagi kelompok rakyat kebanyakan, mereka mampu berbuat demikian hanyalah melalui pinjaman peribadi dengan mana-mana insitusi perbankan dan kewangan yang sudah tentu kadar bayaran baliknya hampir menyamai sekali ganda dengan jumlah pinjaman yang telah dibuat. Justeru, jika dihitung hutang peminjam PTPTN sebenarnya akan bertambah, walaupun secara relatifnya hutang mereka dengan PTPTN telah dianggap langsai. Kaedah ini dilihat praktikal untuk dilaksanakan, pertamanya, pihak bank dan institusi kewangan perlulah menyediakan satu pakej pembayaran balik yang lebih rendah berbanding kadar yang sedia ada, khusus kepada peminjam yang ingin melangsaikan hutang PTPTN. Keduanya, kaedah pelangsaian mesti dibuat secara terus kepada PTPTN, tidak melalui peminjam. Signifikannya, untuk mengelakkan wang daripada pinjaman peribadi tersebut terlepas ke pasaran akibat sikap tidak berdisiplin peminjam, yang seterusnya akan menyumbang kepada anjakan menaik kadar inflasi.
Kedua, inisiatif potongan cukai kepada semua pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti pelaburan yang dilakukan secara tunai dalam syarikat-syarikat untuk tujuan pengembangan perniagaan. Pada asasnya baik untuk perkembangan ekonomi, namun kesannya dilihat tidak akan begitu menyeluruh, yang pastinya fokus pelaburan kelak hanya akan tertumpu kepada segmen industri dan perniagaan tertentu sahaja, yang dianggap menguntungkan.
Jika ini berlaku, dibimbangi jurang pendapatan dan status dalam masyarakat akan makin terjarak. Sewajarnya, cukai tersebut masih perlu dikenakan tetapi pada kadar yang lebih rendah, yang mana hasil daripada cukai tersebut dapat digunakan untuk mengurangkan kadar harga barangan yang bersifat keperluan dalam ekonomi iaitu melalui pemberian subsidi langsung secara telus kepada pihak pengeluar berdasarkan kepada jumlah pengeluaran sebenar. Secara signifikan, pengurangan harga barang keperluan akan meningkatan jumlah pendapatan boleh guna rakyat yang seterusnya akan menjana ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan dan jumlah simpanan isi rumah, yang akan mengalir masuk ke dalam ekonomi.
Ketiga, pengecualian cukai aliran pendapatan kepada syarikat insurans dan takaful keluarga yang menguruskan skim anuiti. Kesannya juga dilihat tidak begitu menyeluruh dan tidak memberikan kesan langsung kepada rakyat di peringkat akar umbi, terutamanya mereka yang tidak mempunyai aliran pendapatan yang tetap. Tambahan, dalam suasana ekonomi global yang makin tidak menentu ini. Walaupun begitu, memang tidak dinafikan, inisiatif ini akan menyuntik nilai pelaburan dalam ekonomi oleh syarikat-syarikat insurans dan takaful.
Namun, ia dibimbangi akan tertumpu kepada segmen pelaburan yang hanya berupaya memberikan pulangan keuntungan yang lebih signifikan kepada mereka. Dan, mana-mana segmen pelaburan yang lebih bersifat tanggungjawab sosial akan terpinggir.
Keempat, asasnya strategi suntikan langsung kepada lokasi yang berpenyakit mampu mempercepatkan dan meringankan bebanan penyakit seseorang. Relatifnya, suntikan bantuan terus kewangan melalui skim BR1M kepada rakyat yang memerlukan adalah amat bermakna kerana ia mampu meringankan bebanan kewangan mereka, walaupun secara jangka pendek.
Namun, dalam keghairahan meraikan pemberian ini, Daya Fikir melihat inisiatif spesifik untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan kuasa beli secara jangka panjang adalah juga perlu menjadi prioriti pihak kerajaan. Tindakan ini perlu dilaksana secara seiringandengan suntikan terus yang dilaksanakan itu. Jika tidak, dikemudian hari rakyat hanya akan terkesan dengan anjakan kenaikan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan harga barang.
Kelima, peruntukan yang besar untuk pendidikan adalah amat digalakkan selaku tunjang kepada pembangunan negara pada masa hadapan, yang mana amat bergantung kepada corak dan amalansistem pendidikan hari ini. Pendidikan dianggap sebagai baja yang menyuburkan benih masyarakat yang disemai untuk menghasilkan buah dan baka yang baik pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kekurangan yang memerlukan penambahbaikan yang ketara perlu dilaksanakan. Peruntukan spesifik bagi memajukan Sekolah Agama (kerajaan dan rakyat) perlu diwujudkan dengan nilai yang sekurang-kurangnya menyamai dengan peruntukan sekolah-sekolah lain sebagaimana yang disebut dalam bajet 2013.
Peruntukan khas bagi pendidikan agama adalah diperlukan bagi membolehkan pendidikan agama dilakukan secara seiringan dalam menghasilkan generasi yang bersifat kamil dan sempurna dari segi akademik dan akhlak. Generasi yang seimbang dari duniawi dan ukhurawi akan memantapkan lagi pengukuhan ketamadunan dan menyiapkan sumber insan yang lebih kompetitif bagi bersaing dengan kuasa baru ekonomi dunia seperti China dan India.
Keenam, perancangan kerajaan bagi melaksanakan skim rumah mampu milik merupakan satu cadangan yang amat signifikan. Namun, jika tidak kena cara pelaksanaannya ia hanya akan menjurus kepada‘spekulasi hartanah’ yang seterusnya akan menyumbang kepada kenaikan luar jangka harga hartanah kediaman sehingga pada satu tahap, tidak mencerminkan harga sebenarnya. Ia kesan daripada jumlah rumah yang ditawarkan begitu terhad di pasaran, sedangkan permintaannya begitu tinggi. Dengan jumlah 123,000 rumah yang ditawarkan, adalah amat mustahil untuk memenuhi populasi yang makin membesar, khususnya di kawasan-kawasan strategik seperti di Lembah Kelang yang berkepadatan penduduk hampir tujuh juta.
Akhirnya, ia hanya akan membuka ruang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan mudah yang lumayan bersandarkan spekulasi hartanah ini. Hakikatnya, ia boleh dilakukan iaitu dengan meletakkan syarat-syarat tertentu kepada pembeli seperti tidak boleh menjualnya semula dalam tempoh lima hingga 10 tahun.
Jika ini tidak dapat dielakkan, pembeli perlu mendapat kelulusan khas daripada pihak kerajaan dan hendaklah dijual pada harga yang tidak melebihi lima hingga 10 peratus daripada harga asal.
Dari sudut pembiayaan pula, skim rumah pertama secara praktikalnya sukar dilaksanakan kerana hakikatnya tidak ramai yang layak untuk mendapatkan pembiyaan setelah ditolak dengna pelbagai komitmen lain sperti kereta dan pinjaman peribadi. Dan, cadangan untuk mengecualikan pembeli rumah pertama ini di kalangan generasi daripada proses penyemakan CTOS dan CCRIS adalah satu cadangan yang tidak praktikal. Ia bukan setakat memberikan tekanan kewangan dan bebanan risiko kepada institusi peminjam, malah juga kepada rakyat, sekiranya berlaku kemerunduman ekonomi yang teruk, yang tak dijangka.
Ketujuh, pengecualian cukai kepada majikan yang menyediakan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja dianggap sebagai satu cadangan yang baik kerana ia akan menggalakkan lebih ramai wanita memasuki pasaran kerja dan mengurangkan kewujudan pusat-pusat asuhan yang tidak berdaftar. Ia juga akan memberikan kesan menaik kepada jumlah pendapatan isi rumah yang seterusnya memberikan impak positif kepada aliran ekonomi.
Kelapan, pemberian insentif kepada pihak yang mengeluarkan Agro-Sukuk, Sukuk Runcit dan Bon Runcit akan merancakkan lagi pasaran modal, khususnya pasar modal Islam sebagai alternatif untuk mendapatkan dana kos yang lebih kompetitif. Selain itu, ia dianggap sebagai nafas baru kepada segmen pertanian Negara untuk berkembang dengan lebih rancak lagi. Untuk lebih merancakkannya lagi, program kesedaran dan pendidikan pelaburan sukuk/bon ini perlu diperluaskan ke seluruh negara melalui agensi yang sedia ada.
Kesembilan, pengurangan satu peratus cukai pendapatan adalah satu langkah yang baik, walaupun ia dianggap begitu kecil. Namun, ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan jumlah pendapatan boleh guna rakyat.Walau bagaimanapun, ia juga perlu seiringan dengan anjakan menaik harga barangan dalam pasaran. Jika tidak, ia hanya berlalu tanpa memberikan apa-apa kesan yang signifikan.
Akhir sekali, kita menyambut baik cadangan pihak kerajaan untuk memberikan diskaun tambang kepada pengguna KTM yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Namun, pada masa yang sama kita mencadangkan agar diskaun ini diperluaskan ke aliran pengangkutan awam yang lain, khususnya yang ditadbir urus oleh Syarikat Prasana Negara Berhad.
Begitu juga dalam soal kecekapan dan mutu perkhidmatan, ia juga perlu sentiasa ditambah-baik dari semasa ke samasa, walaupun aliran tunai masuk mereka kemungkinan akan mengalami sedikit penyusutan, yang seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat. Di samping itu, untuk menyemarakkan lagi usaha ini, semua tempat letak di kawasan KTM dan aliran pengangkutan awam yang lain perlu disediakan secara percuma.
Sebagai kesimpulannya, Bajet 2013 boleh dianggap sebagai positif tetapi memerlukan beberapa penambahbaikan dari segi inti pati, pelaksanaan dan penguatkuasaannya, agar matlamat yang dicadangkan dapat dilaksanakan dengan lebih tuntas dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok-kelompok tertentu semata-mata. Ibarat kata pepatah Melayu ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Biar apa pun persepsi pelbagai pihak terhadap bajet kali ini, amanah rakyat perlu ditunaikan, dan janji mesti ditepati untuk kesejahteraan rakyat.
Audit 2011: 9 GLC rugi 3 tahun berturut-turut
16 Oktober 2012
Mengikut laporan tersebut kerugian HDC pada 2008 mencatat jumlah RM13.80 juta, 2009 sebanyak RM14.57 juta dan pada 2010 sebanyak RM20.50 juta.
Turut sama tersenarai dalam sembilan syarikat yang mengalami kerugian adalah Indah Water Konsortium, Kereta Api Tanah Melayu Bhd, Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd, Jaring Communications Sdn Bhd, Syarikat Prasarana Negara Bhd, Inno Bio Ventures Sdn Bhd, Jambatan Kedua Sdn Bhd dan Assets Global Network Sdn Bhd yang kesemuanya mencatatkan kerugian sebanyak RM2.446 bilion.
Kerugian yang dicatatkan HDC bagi tempoh 2008 hingga 2010 adalah disebabkan oleh peningkatan kos operasi dan pengurusan syarikat seperti kos latihan dan kursus, kos pensijilan dan kos penyertaan serta penganjuran World Halal Forum dan World Halal Research.
Selain itu, peningkatan kerugian ini juga didorong oleh pengurangan pendapatan yang diterima HDC sama ada daripada hasil operasi mahupun geran daripada kerajaan.
“Walaupun terdapat beberapa operasi seperti pensijilan halal dan latihan halal yang dikenakan caj sebagai pendapatan syarikat, namun begitu caj yang dikenakan adalah ditahap paling minimum dan dibawah kos,” kata laporan itu.
Ini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan di dalam menyumbang kepada pembangunan industri halal negara.
Sungguhpun begitu sebagai sebuah syarikat pembangunan yang ditubuhkan memacu pertumbuhan industri halal negara, HDC bukanlah sebuah syarikat yang berorientasikan keuntungan.
Di samping itu juga, HDC juga tersenarai antara sembilan buah syarikat yang mengalami penurunan pegangan aset secara berterusan tiga tahun berturut-turut.
Pada 2008, sebanyak RM75.30 juta, pada 2009 mencatat sebanyak RM57.62 juta dan 2010 sebanyak RM40.50 juta.
Penurunan pegangan aset HDC sebanyak RM34.8 juta dari tahun 2008 hingga 2010 secara amnya disebabkan oleh pengurangan nilai simpanan tetap islamik di bawah Akaun Pelaburan Mudharabah berjumlah RM34.02 juta.
Kelajuan internet 100mbps pada RM999 sebulan hanya di Cyberjaya
16 Oktober 2012
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pemaju induk Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd dan TIME dotCom Bhd, dengan kemudahan daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) bekerjasama bagi menyambungkan 3,300 rumah dan 1,400 pejabat dengan 100 peratus rangkaian fiber optik yang membolehkan mereka menikmati kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi.
"MDeC dan Cyberview Sdn Bhd terus bekerjasama dengan Setia Haruman dan pihak berkepentingan yang lain bagi mengenal pasti keperluan perniagaan ICT yang khusus dan insentif MSC Malaysia untuk menggalakkan syarikat-syarikat beroperasi dari Cyberjaya dengan bakal pelabur untuk datang ke bandar itu.
"Kementerian menyokong penuh usahasama seperti ini dan akan terus bekerjasama dengan Setia Haruman, Cyberview dan MDeC bagi meningkatkan kejayaan ahli perniagaan dan komuniti di Cyberjaya," katanya semasa merasmikan Pameran dan Persidangan Infra Cyberjaya 2012 di sini, hari ini.
Ongkili juga melancarkan projek 'testbed' atau 'WIFI Cloud', yang berdasarkan kepada seni bina rangkaian tanpa wayar dan merupakan penyelesaian inovatif bagi menyediakan generasi baru dalam 'Managed Hotspot Services' yang berupaya menilai khidmat yang ditawarkan kepada pengguna.
Beliau berkata ujian tiga bulan itu dijalankan di Cyberjaya bermula bulan ini dan sebaik ujian percubaan itu berjaya, lokasi strategik di sekitar Cyberjaya akan dipilih bagi pengeluaran awal.
"Dengan teknologi ini, anda boleh dihubungkan pada kelajuan tinggi tidak kira anda berada di mana-mana tempat di Cyberjaya. Ia merupakan mutiara bagi keseluruhan industri ICT," katanya.
Ongkili berkata inisiatif projek itu adalah sebahagian daripada peranan MDeC bagi membolehkan dan menggalakkan teknologi baru dan yang baru muncul diguna pakai dalam kawasan MSC Malaysia terutama Cyberjaya.
Percubaan itu dijangka menyokong inisiatif jalur lebar kebangsaan dalam merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar dan bagi meningkatkan penembusan jalur lebar di kalangan penduduk.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata dengan pakej kelajuan internet 100Mbps, syarikat-syarikat besar dan kecil kini boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi.
Katanya sebelum ini, syarikat-syarikat itu perlu mempunyai talian sendiri yang khusus bagi mendapatkan kelajuan seperti itu dan hanya syarikat-syarikat multinasional mampu memilikinya.
"Khidmat ini amat penting kerana syarikat-syarikat yang beroperasi di Cyberjaya kebanyakannya terbabit dalam pemindahan fail, animasi, khidmat perkongsian, oerpasi global dan kolaborasi dengan rakan sejawat antarabangsa," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan