Himpunan bantah Chua Soi Lek esok
Harakahdaily, | 23 Okt 2012 |
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.
Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.
Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.
Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.
Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.
"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.
Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.
"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.
"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.
Mengapa Perancis bersungguh dengan skandal kapal selam?
Subky Latif, | 23 Okt 2012 |
Sebagai pembayar cukai, mereka tidak mahu duit mereka dirompak dan mereka mahu negara dan duit negara yang juga duit mereka diurus dengan baik. Binasa negara dan rakyat termasuk mereka jika negara ditadbir oleh orang yang mereka percaya sang penyangak.
Itu hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan.
Tetapi puak-puak Perancis, terutama pengamal undang-undang seperti peguam dan pengendali mahkamah, mengapa pula beria-ia memproses aduan yang dikemukakan oleh Suaram?
Dalam apa yang dirasakan skandal ini jika benar-benar berlaku, yang tertipu dan yang kena perdaya ialah orang Malaysia dan negaranya. Ia hendak lingkupkah dan hendak mampuskah, ia masalah orang Malaysia.
Kalau orang-orang Malaysia bodoh hingga ditipu oleh pemimpinnya dan negaranya ditipu serta dipelekuh oleh penyangak dunia adalah masalah Malaysia. Kalau orang Malaysia dan para pemimpin Malaysia semuanya bodoh, bodohlah kalau penyangak dunia kalau tidak tipu mereka.
Bukan Perancis itu bangsa penjajah yang pernah menindas, memperbodoh, menipu anak-anak tanah jajahannya. Mana mereka belas kasihan kepada orang yang dijajahnya. Dan peguam dan pengamal undang-undang Perancis itu adalah keturunan puak-puak penindas belaka.
Jika betul Malaysia dan kerajaannya menjadi mangsa tipu syarikat pembuat kapal selam, maka kena tipu itu bukan Perancis dan bukan syarikat Perancis yang kena tipu. Lantaknyalah.
Dari apa yang saya faham, pihak bodoh dan kena tipu dalam skandal ini ialah Malaysia. Sama ada syarikat Perancis menipu, disengaja atau tidak sengaja, Perancis belum tentu jadi penipu. Yang mungkin menipu itu ialah pemimpin-pemimpin Malaysia sendiri yang dipillih oleh rakyatnya.
Tiada apa rugi Perancis dan jelas yang bodoh bukan Perancis.
Oleh sebab yang besarnya adalah masalah Malaysia, maka Perancis dipercayai tidak gatal untuk bersusah payah melibatkan diri dalam suasana orang-orang bodoh itu. Jika tidak melibatkan kepentingan Perancis, maka tiada sebab Perancis gatal mencampuri skandal itu.
Jika demikian mengapa mereka bersusah payah?
Mereka bersusah payah bukan masalah yang menimpa Malaysia. Kalau Malaysia hendak mampus, mampuslah. Tetapi mereka tampil ke depan kerana menjaga kepentingan Perancis. Mereka mahu memastikan Perancis tidak jadi tukang karut dalam skandal kapal selam itu. Mereka mahu menjaga nama baik, prestasi dan imej syarikat Perancis sentiasa baik.
Bukan saja mereka tidak mahu syarikat Perancis tipu bangsa mereka sendiri, mereka juga tidak mahu ada orang luar ditipu oleh syarikat Perancis. Jika penyangak Perancis tipu orang luar, mungkin payah sikit hendak mencegahnya. Tetapi syarikat besar Perancis terlibat dalam penipuan, maka Perancis akan malu besar. Mereka tidak mahu ada syarikat Perancis melakukan penipuan baik terhadap rakyatnya mahu pun orang.
Dalam sekandal ini, syarikat pengeluar kapal selam itu sudah disebut. Apakah betul ia skandal? Adakah syarikat Perancis itu berpakat dengan pemimpin Malaysia menipu rakyat dan kerajaannya?
Perancis tampil dalam kes ini adalah untuk memastikan ada unsur jenayah oleh syarikat Perancis itu. Soal berdepan dengan kerajaan dan pemimpin Malaysia adalah perkara kedua. Yang pertamanya ia hendak memastikan syarikat Perancis itu jahat atau tidak.
Ada pun usahanya untuk membabitkan Perdana Menteri Najib dan pegawai-pegawai ialah untuk mendapatkan bukti tentang pembuat kapal selam itu curang atau tidak.
Pemimpin Malaysia dalam masalah ini tidak sangat sebagai pihak yang dituduh tetapi lebih sebagai saksi.
Musa Aman hanya penerus tradisi Umno!
Ahmad Lutfi Othman, | 23 Okt 2012 |
Dr Mahathir Mohamad yang berpengalaman lebih 22 tahun mengetuai Umno sendiri mengakui hakikat itu. Pada 30 November 2009, dalam blognya, Mahathir mengungkapkan kata-kata seorang bekas pemimpin kanan Umno bahawa "Umno busuk hingga ke ususnya" dan mengaitkannya dengan rasuah yang membarah teruk dalam parti itu.
"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," tulisan Mahathir dipetik. Beliau kemudian memperincikan bagaimana rasuah atau politik wang menjalar daripada peringkat cawangan Umno hingga ke Majlis Tertinggi parti, dan ia digunakan untuk mempastikan ketua Umno tidak dicabar.
Dan Mahathir merumuskan: "Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli Umno. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen."
Saya mengutip pandangan Mahathir bukan untuk menunjukkan bekas Perdana Menteri itu mempunyai keazaman politik yang tinggi bagi membanteras rasuah, malah beliaulah yang bertanggungjawab "menternak" begitu ramai perasuah dan menjadikan mereka sebagai temen-teman baiknya. Fal-fail rasuah juga kerap dijadikan senjata tarik tali untuk mengekalkan sokongan di dalam parti atau demi menjinakkan lawan politiknya.
Di zaman Mahathir, segala institusi utama dan strategik untuk memerangi perlakuan rasuah dan salahguna kuasa, seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR), Jabatan Peguam Negara, polis, badan kehakiman dan media, dikongkong ketat dan harus tunduk dengan kemahuannya. Budaya kronisme dan nepotisme juga berkembang biak.
Pengganti Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi -- yang bertukar menjadi seteru politiknya dalam sekelip mata -- cuba melakukan perubahan dan memperkenalkan dasar-dasar yang dikira melambangkan proses de-Mahathirisation, misalnya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC); akhirnya ia hanya dijalankan dalam "versi yang dilembutkan". Malah cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) gagal dilaksanakan.
Dalam buku Wacana Baru Politik Malaysia (2012), Mohamad Takiyuddin Ismail dan Ahmad Fauzi Abdul Hamid, melalui bab "Umno dan Konservatisme" mengulas hal tersebut, terutama dalam tajuk kecil "Abdullah Ahmad Badawi: Kejatuhan Seorang Reformis". Antara lain dicatatkan: "Abdullah juga seolah-olah keseorangan dalam usaha memerangi rasuah dan politik wang". Namun begitu, saya kira Abdullah gagal disebabkan kualiti kepemimpinannya yang lemah.
Sesungguhnya para aktivis antirasuah seluruh dunia menyifatkan "politik wang adalah ibu segala rasuah". Di negara ini, BN dilihat mampu bertahan disebabkan faktor 3M (money, machinery, media) iaitu politik wang, salahguna jentera kerajaan dan manipulasi media.
Dalam Kajian Global Corruption Barometer 2009, yang dijalankan Transparency International di Malaysia, apabila ditanya soalan manakah antara enam sektor/organisasi yang anda anggap paling banyak dilanda rasuah, 42 peratus menjawab "parti politik", diikuti 37 peratus, "kakitangan awam".
Saya pernah dimaklumkan oleh sumber rapat yang terlibat dalam urusan tender perolehan kerajaan di peringkat tertinggi bahawa wang sogokan diserahkan secara tunai dalam beg-beg besar yang dihantar ke Putrajaya.
Sesungguhnya "rasuah atau tumbuk rusuk yang sudah diinstitusikan" dalam proses rundingan untuk menganugerahkan tender projek-projek mega itu seolah-olah tidak lagi bercanggah dengan undang-undang, malah diterima sebagai sesuatu yang lazim dan diabsahkan.
Justeru, kontroversi "sumbangan politik" berjumlah RM40 juta daripada ahli perniagaan Michael Chia kepada Umno Sabah (atas nama Ketua Menteri Musa Aman) langsung tidak mengejutkan. Malah saya menjangkakan "wang sekecil itu" hanya mampu digunakan untuk membiayai kempen BN untuk keperluan satu kawasan Parlimen di Sabah! Dan tidak pelik pun, jika ia memang benar diberikan kepada Musa atas kapasiti peribadinya dan bukan kegunaan parti.
Sememangnya jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri begitu diidamkan kerana ia menyediakan peluang terbaik untuk meraih sebanyak mungkin wang, yang diperolehi atas nama dana politik. (Elok untuk kepastian, cubalah bertanya bekas MB Selangor, Dr Khir Toyo dan juga jangan lupa dengan Muhammad Muhd Taib).
Rasuah seringkali diserahkan secara tunai dan selalunya tidak direkodkan. Ya, lihat saja Michael Chia yang terpaksa membawa wang tunai RM40 juta dari Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dan tidak pula dipindahkan kepada akaun atas nama Umno Sabah melalui transaksi biasa.
Sudah tentu "penyumbangnya" adalah individu yang mendapat habuan besar daripada penganugerahan projek-projek kerajaan yang sengaja ditingkatkan kosnya dan intim hubungannya dengan elit penguasa. Sesungguhnya kaitan di antara ahli perniagaan dan mereka yang berkuasa di Malaysia cukup dekat dan sukar dicerai-tanggal.
Laman Sarawak Report sebelum ini mendakwa Michael Chia pernah membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara. Beliau juga dikatakan mendapat banyak lesen pembalakan di Sabah. Saya mencadangkan laman berkenaan dikunjungi memandangkan banyak pendedahan ekskslusif. khususnya membabitkan Ketua Menteri Taib Mahmud.
Dalam pada itu, saya tidak pasti berapa ramai dapat diyakinkan dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz bahawa SPRM sudah mengesahkan wang seludup itu bebas daripada elemen rasuah.
Dibimbangi ia hanya mengundang rasa jengkel berpanjangan memandangkan SPRM masih terikat dengan kehendak Perdana Menteri dan begitu mengambil kira pertimbangan serta survival politik Umno-BN, khususnya menjelang PRU13 yang kritikal itu.
Apa pun, saya kira rakyat yang semakin sedar dan terdedah dengan maklumat, lebih bersetuju untuk menuntut satu siasatan rapi dan terperinci, ataupun sekurang-kurangnya penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, terhadap kes tersebut. (Oops ... lupa, keputusan AG untuk membawa kes atau tidak, juga memilih di bawah undang-undang mana untuk mendakwa, tidak boleh dipersoalkan, 'kan?)
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Najib Razak menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasar kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan BN sendiri. "Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," tegasnya.
Lim juga menimbulkan begitu banyak pertentangan dalam keterangan Nazri di Parlimen, menjawab soalan Tan Kok Wai, MP Cheras dan Tian Chua, MP Batu. "Nazri telah menjerut dirinya dalam percanggahan," katanya.
Cukup dahulu dirakamkan persoalan pertama Lima: Bilakah SPRM menghantar kertas siasatan tentang wang seludup RM40 juta itu kepada Peguam Negara? Bilakah Peguam Negara membuat keputusan "elemen rasuah tidak dapat dibuktikan" lalu menutup fail? Adakah SPRM bersetuju sepenuhya dengan Peguam Negara bahawa "elemen rasuah tidak dapat dibuktikan" dalam kes itu; jika begitu, bilakah SPRM sendiri sampai kepada kesimpulan sedemikian?
Bagaimana dengan arahan Panel Penilai Operasi SPRM kepada SPRM dalam mesyuaratnya pada bulan Mei untuk mengumpul bukti lanjut terhadap Musa sebelum dibawa untuk pendakwaan yang kemudiannya Peguam Negara dapati "elemen rasuah tidak dapat dibuktikan" terhadap Musa dalam kes wang seludup RM40 juta dari Hong Kong?
Malang sekali apabila Peguam Negara, Abdul Ghani Patail sendiri kini berdepan dengan laporan polis berkenaan pertuduhan rasuah melibatkan buku seorang peguam, Zainal Abidin Ahmad, bertajuk Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah?
Dalam "Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan", terbitan Jabatan Perdana Menteri (2010), halaman 157, dibutirkan beberapa cadangan dalam Bab 7 Membanteras Rasuah, di antaranya ialah untuk "kebebasan institusi utama", membabitkan Pejabat Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
Mengenai SPRM, dicadangkan Pendakwa Raya dilantik dari luar Jabatan Peguam Negara, contohnya hakim dan peguam bersara, berdasarkan kontrak, untuk menggalakkan kebebasan yang lebih tinggi dalam pendakwaan kes-kes.
Menyentuh Jabatan Peguam Negara, insiatif yang disyorkan ialah prestasi dan perlakuan Jabatan Peguam Negara akan dipantau oleh sebuah Jawatankuasa Parlimen untuk memastikan bahawa pendakwaan dilaksanakan dengan cara yang ketat dan saksama.
Nampaknya, Najib harus mencerminkan dirinya dengan program tranformasi yang dicadangkan beliau sendiri, atau mungkin pelan hala tuju itu pun sebenarnya tidak disedarinya!
Akhbar baru, Wadah mula dibaca orang ramai
Harakahdaily, | 23 Okt 2012 |
(Orang ramai kelihatan asyik membaca Wadah berhampiran Hospital Kangar.)
KANGAR: Sebuah akhbar baru, Wadah, kini menemui orang ramai di seluruh negara.
Akhbar yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor itu kelihatan di baca oleh orang ramai di kedai-kedai kopi hatta di sini.
Dengan hanya lapan muka surat dan berwarna penuh, orang ramai nampak sangat berminat membacanya.
Tinjauan Harakahdaily di sini mendapati, ia mula diedarkan kepada orang ramai Khamis dan Jumaat lepas.
Tidak ada maklumat yang banyak tentang akhbar tetapi ia jelas menyokong Pakatan Rakyat.
Di Kota Tinggi, Johor, akhbar Wadah juga kelihatan dibaca orang ramai. Ia diedarkan secara percuma dalam majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat dan PAS Kota Tinggi di Dewan Chun Moi hujung minggu lalu.
Chua boleh kata apa, Umno akan pertahankannya
Abdul Aziz Mustafa, | 23 Okt 2012 |
"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya.
"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.
Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.
"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.
"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.
Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad.
Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian.
"Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya.
Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya.
"Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.
"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.
Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.
"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.
"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.
Kawasan maut: JKR tidak lebih 200, AES kata 565
Muhammad Faizal, | 23 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa
Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mempertikaikan tindakan kerajaan yang
menggunakan kaedah semakan berpusat bagi memproses semua imej yang
dirakam melalui kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang
dikendalikan oleh syarikat swasta.
Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang memberitahu kalau sebelum ini segala imej rakaman dikendalikan oleh pihak polis namun AES pula di peringkat awal diuruskan oleh dua syarikat swasta sebelum dihantar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dikeluarkan notis.
"AES dengan saman ekor yang dikendalikan oleh pihak polis sebelum ini adalah saman, yang membezakan adalah proses pengesahan imej dan juga notis itu dikeluarkan.
"Kalau dulu polis membuat pengesahan dan mengeluarkan notis tetapi AES pula imej dirakam akan disahkan melalui pusat semakan terlebih dahulu sebelum ia dihantar ke JPJ untuk pengeluaran notis," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.
Tambahnya, kaedah ini menimbulkan banyak masalah kerana pusat semakan tersebut boleh menentukan apa yang ingin mereka lakukan terhadap semua imej yang dirakam.
"Ini bermakna pihak JPJ tidak mempunyai apa-apa maklumat dan segalanya ditentukan oleh pusat semakan yang dikendalikan oleh dua syarikat swasta.
"Apa yang diserahkan kepada pusat tersebut akan dituruti oleh JPJ untuk mereka keluarkan notis dan apa akan jadi jika gambar-gambar tersebut diubah suai," soalnya.
Mahfuz menjelaskan, mereka boleh menghantar apa sahaja yang mereka kehendaki apatah lagi jika kadar saman itu tidak mencapai mengikut perjanjian kewangan yang telah dipersetujui antara kerajaan dengan dua syarikat tersebut.
"Kalau meter teksi pun boleh diubah dengan tujuan untuk mengaut keuntungan apatah lagi rakaman imej tersebut, jadi isu ini sangat besar dan kita perlukan penjelasan dari kementerian," sambung beliau.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut mempertikaikan lokasi yang telah ditetapkan untuk pemasangan AES yang dikaitkan kawasan maut.
"Kementerian menyatakan senarai lokasi maut itu dicadangkan oleh pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (Miros) bukannya pihak polis.
"Tetapi saya mempunyai maklumat yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan, Jabatan Kerja Raya yang mengatakan jumlah kemalangan maut dan kawasan yang berlaku dari tahun 2002 hingga 2012," jelasnya.
Kata beliau lagi, laporan yang dikeluarkan JKR tidak menunjukkan terdapat lebih 200 lokasi yang ada kemalangan maut tetapi apa yang ditetapkan oleh AES mengatakan terdapat 565 kawasan.
Mahfuz mengharapkan pemasangan AES ini dihentikan dengan segera dan perbincangan perlu dilakukan dengan rakyat termasuk pihak JPJ, Polis, Miros dan JKR bagi menentukan kawasan lokasi maut yang sebenarnya.
(Kami tidak pernah luluskan, ia diluluskan semasa kerajaan BN iaitu ketika MCA memerintah Selangor bersama Umno)
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat tidak pernah memberi kelulusan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meneruskan Projek Pembinaan Kabel berkuasa tinggi sehingga hari ini.
Projek ini sebenarnya telah diluluskan oleh Kerajaan Selangor Barisan Nasional pada 2007.
“Oleh itu, MCA tidak berkelayakan untuk mengadu sekarang. Kenapa mereka tidak menyuarakan semasa mereka memegang kuasa masa itu?” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katanya, sebaik saja menerima bantahan dan aduan daripada penduduk setempat tentang pembinaan ini pada tahun 2010, beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) agar tidak memberi apa-apa kelulusan pembinaan kepada TNB sehingga pihak TNB memberikan cadangan lain.
Tetapi malangnya, TNB baru-baru ini telah mula meneruskan kembali pembinaan bertumpu hanya di kawasan Taman Connaught, Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala di Selangor pembinaan tidak diteruskan.
"Justeru, tuduhan MCA Bandar Tun Razak pada 17 Oktober yang mendakwa bahawa saya dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memberi kelulusan kepada TNB untuk membina kabel ini merentasi beberapa kawasan di Cheras di Negeri Selangor dan Taman Connaught di Kuala Lumpur, adalah tidak benar.
"Saya akan mencadangkan TNB dan DBKL untuk bertemu dengan penduduk Bandar Tun Razak dalam tempoh 2 minggu ini untuk mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini untuk kebaikan semua pihak," katanya.
Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kata Khalid, beliau menyokong penuh projek-projek pembangunan untuk keselesaan rakyat pada masa hadapan tetapi ia perlu dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira pandangan dan ketidakselesaan rakyat yang bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas akibat projek ini.
DUBAI: Perayaan umat Islam minggu ini hanya menyediakan harapan kecil untuk pelaksanaan gencatan senjata antara pemberontak dan kerajaan Presiden Bashar al-Assad di Syria, ujar seorang pegawai kanan Liga Arab.
Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi telah berusaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata sementara sempena perayaan Aidil Adha, yang bermula Jumaat ini.
Tetapi Ahmed Ben Hilli, Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, memberitahu Reuters: "Sehingga kini harapan adalah lemah. Berdasarkan keadaan sekarang dan tindak balas kerajaan, ia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melaksanakan gencatan senjata," kata beliau di luar sebuah persidangan di Dubai.
"Hanya beberapa hari lagi kita menyambut Aidil Adha. Kami berharap keadaan berubah dan kerajaan dan pembangkang memberi respons walaupun sedikit untuk berunding."
Sementara itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menggesa kerajaan Syria dan semua kumpulan pembangkang untuk menerima cadangan Brahimi, menyifatkan ia sebagai "Satu langkah yang perlu ke arah gencatan senjata jangka panjang dan pelancaran proses politik yang bertujuan untuk menyediakan pembaharuan demokratik Syria".
Seperti Assad, Rusia menyalahkan keganasan berterusan tersebut ke atas kumpulan penentang, yang mereka katakan dibantu oleh dorongan dan senjata dari luar negara.
Ahad lalu di Damsyik, Assad memberitahu Brahimi kunci kepada mana-mana penyelesaian politik adalah dengan menghentikan pembekalan senjata kepada pemberontak.
Aktivis hak asasi manusia mengatakan konflik, yang telah mengheret kuasa serantau dan antarabangsa memberi sokongan kepada pihak yang berlainan, telah membunuh lebih daripada 30,000 orang sejak bantahan terhadap Assad tercetus pada Mac tahun lepas.
Kerajaan
Kelantan telah mengumumkan akan memberi habuan kepada para pemain
pasukan Gedebe Merah atas kejayaannya menjulang piala Malaysia selepas
menewaskan ATM 3-2 dan juga mencatat sejarah apabila pasukan itu
mendapat kejuaraan treble. Menurut Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat
bentuk atau nilai habuan akan ditentukan dalam mesyuarat Exco esok. Exco
Belia dan Sukan Abdul Fatah Mahmud akan mengumumkan bentuk habuan
berkenaan.
Sebelum ini saya pernah mempertikaikan pemberian habuan kepada para
pemain bola itu atas alasan pasukan Read Warriors itu bukan pasukan
negeri Kelantan. Ertinya pasukan yang diuruskan oleh Persatuan Bola
Sepak Kelantan (Kafa) itu bukan dibawah tanggungjawab kerajaan Kelantan.
Ia tidak ada kena mengena langsung dengan kerajaan.
Harus diingat Red Warriors adalah pasukan profesional di mana mereka bukan bermain untuk negeri kepentingan negeri tetapi untuk kelab. Pasukan itu seratus peratus diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Al Hamra milik presiden Kafa Annuar Musa.
Apakah logiknya untuk kerajaan memberi habuan kepada para pemain setiap kali pasukan itu mencapai kejayaan? Saya hendak tanya dari konteks kerajaan PAS Kelantan apakah kelabaan diperolehi dari game bola sepak itu? Apakah ia sebahagian daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto PAS semasa pilihan raya atau pun sesuatu yang dirancang oleh kerajaan negeri menerusi pembangunan sukan?
Apabila perkara ini ditimbulkan bukan bermakna saya menyarankan kerajaan PAS agar anti kepada bola sepak, tidak... tetapi untuk mendapat penjelasan apakah tindakan kerajaan memberi apa-apa habuan itu menepati konsep kerajaan dan ia satu tindakan tepat. Seandainya pemberian itu kerana kerajaan negeri mempunyai dana untuk dibelanjakan kepada sesuatu perkara yang tidak termasuk dalam perancangannya ia adalah satu pembaziran.
Lagi pun pemberian habuan kepada pasukan kelab profesional itu bukan belum pernah. Sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi tiket dan peruntukan kepada pemain kelab itu menunaikan fardu haji. Manakala penjaga gol pasukan itu Khairul Fahmi atau Apek pernah diberi rumah bernilai lebih RM200,000.
Pemberian rumah kepada Apek itu sesuatu yang betul kalau pada waktu itu tetapi kini setelah berjaya dan terkenal rasanya ia tidak perlu diberi apa-apa habuan lagi. Dengan pendapatan beliau mencecah jutaan ringgit, sepatutnya Apek pula membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Tetapi apakah itu terjadi? Bagaimana pun kebajikan itu bukan suatu paksaan terserah kepada tuan badan.
Bagi saya kalau kerajaan ingin membantu perkembangan bola sepak di negeri Kelantan ia perlu berbuat lebih jauh dan praktikal dari itu. Bukan habuan demi habuan diberikan kepada pemain tetapi buatlah perancangan pembangunan sukan bola sepak. Sesuatu yang lebih bermakna harus diusahakan. Misalnya yang penting dan perlu diutamakan pastikan semua pemain skuad itu terdiri dari anak-anak Kelantan. Kalau pun habuan itu diberi kelak yang dapatnya anak-anak Kelantan sendiri. Tetapi hakikat hari ini berapa orang saja anak negeri Kelantan terlibat?
Status itulah menyebabkan saya rasa kerajaan negeri tidak perlu bersimpati lebih kepada Red Warriors kerana tidak memberi manfaat atau bantuan langsung kepada rakyat negeri itu. Begitu juga kalau ditilik dari sudut pembangunan Islam apa yang diperolehi dari bola sepak? Setelah mendapat berbagai gelaran nilai-nilai Islam dalam permainan itu masih belum menyerlah. Ini sudah bertentangan dengan konsep dan matlamat kerajaan membangun bersama Islam.
Tidak dinafikan sudah ada nilai Islam dan terjahan dakwah di stadium setiap kali berlangsung perlawanan apabila ada penonton mendirikan solat berjemaah beramai-ramai. Tetapi ciri-ciri Islam yang diingini masih belum mencukupi. Dalam tilikan saya masih banyak ciri-ciri kekufuran daripada kebenaran dalam stadium bila setiap kali berlangsung perlawanan besar. Contohnya paling mudah penonton lelaki dan perempuan masih bercampur. Apakah pihak pengurus stadium tidak dapat mengadakan syarat agar penonton lelaki dan perempuan dipisahkan?
Kalau perkara ini rumit untuk dilaksanakan tetapi mesti ada usaha dan cadangan untuk berbuat demikian. Sayangnya setakat ini tidak kedengaran. Exco Belia dan Sukan atau pun pengerusi Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke IV wajar bersuara dan memikirkan bagaimana untuk implimen perkara ini.
Berhubung habuan itu keperluan itu tidak begitu terdesak kerana pihak Kafa sendiri telah berjanji untuk memberi hadiah kepada setiap pemainnya berupa lot tanah. Apakah tidak cukup dengan janji itu? Ataupun kerajaan negeri bermurah hati kerana ingin menunjukkan mereka komited dengan bola sepak. Pemberian itu kerana bimbang kalau tidak dihulur apa-apa habuan menyebabkan rakyat akan tidak mengundi parti kerajaan, PAS. Begitukah?
Kalau itu maka jelas kerajaan negeri berbuat itu atas dasar politik semata-mata takut tidak disokong oleh kaki bola bukannya atas dasar untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan mendidik komuniti bola sepak termasuk pemain, pengurus dan Kafa sendiri menghayati nilai-nilai Islam seperti mana dihasratkan oleh kerajaan PAS. Jika telahan ini betul bermakna kerajaan Kelantan takut kepada bola? - http://msomelayu.blogspot.com/
KUALA LUMPUR:
PAS Negeri Perak melihat krisis calon Barisan Nasional (BN) negeri
semakin jelas dengan kedengaran suara-suara sumbang di kalangan pimpinan
mereka.
Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, antara yang nyata ialah kenyataan Datuk Hamidah Osman dan maklum balas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN negeri berhubung kelewatan mengumumkan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Katanya, desakan Hamidah agar calon-calon BN Perak diumumkan lebih awal itu dapat diertikan sebagai satu bentuk tekanan yang ditujukan kepada ketuanya sendiri.
Malah, ujarnya desakan itu juga secara langsung berhubung kait dengan kedudukan kerusi panas Dun Sungai Rapat yang telah dimenangi Hamidah yang juga Exco kerajaan negeri pada PRU12 lalu.
“Banyak persoalan yang menarik timbul dari desakan ini. Adakah Datuk Hamidah agak tergugat dan tidak selamat lagi di Dun Sungai Rapat?
“Beranikah Datuk Seri Zambry menolak Datuk Hamidah bagi mengekalkan kerusi Dun Sungai Rapat?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bagi PAS negeri, kata beliau krisis itu jelas menjadi ujian kepada Zambry yang pertama kali mengetuai BN Perak.
Katanya, jika sebelum ini bekas Pengerusi BN Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali pernah menangis berikutan 'menggadai' kerusi Parlimen Grik pada PRU12 yang ditandingi Gerakan, apakah Zambry bakal menerima tekanan yang lebih hebat lagi di ambang PRU13 ini.
(Polis bertempur dengan penunjuk perasaan di Kosovo)
KOSOVO: Polis di Kosovo telah menembak gas pemedih mata dan menahan puluhan orang awam semasa pertembungan dengan aktivis pembangkang yang berdemonstrasi menentang usaha baru Kesatuan Eropah (EU) untuk memperbaiki hubungan negara itu dengan Serbia.
Pergolakan Isnin lalu adalah berikutan mesyuarat minggu lepas di Brussels antara Perdana Menteri Kosovo, Hashim Thaci dan rakan sejawatnya dari Serbia, Ivica Dacic.
Ia adalah mesyuarat pertama pada tahap ini sejak Kosovo yang majoritinya adalah bangsa Albania diisytiharkan merdeka dari Serbia pada 2008.
EU berkata kedua-dua negara mesti menormalkan hubungan dan menyelesaikan pelbagai masalah praktikal yang timbul dari keengganan Serbia untuk mengiktiraf Kosovo jika mereka mahu menyertai blok itu.
Tetapi sesetengah pihak di Kosovo mengatakan mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dibincangkan dengan Serbia, yang telah dibom oleh NATO pada tahun 1999 untuk menghentikan pembunuhan dan pengusiran etnik Albania oleh tentera Serbia di bawah pemimpin Slobodan Milosevic semasa dua tahun peperangan menentang pemberontakan.
Sambil melaungkan "Pencuri" dan "Memalukan", 200 aktivis parti pembangkang, Self-Determination Party cuba menghalan laluan ke pejabat Thaci membantah mesyuarat beliau dengan Dacic, yang merupakan jurucakap perang Milosevic. Satu sepanduk yang dikibarkan berbunyi, "Tiada tawar-menawar dengan Serbia!"
Polis menghalau mereka dengan semburan lada dan gas pemedih mata. Enam puluh orang telah ditangkap dan 18 pegawai polis cedera apabila penunjuk perasaan melontar mereka dengan batu-batu, kata pihak polis.
"Ini adalah mesyuarat yang memalukan [di Brussels]," kata Timbalan Ketua Self Determination Party, Shpend Ahmeti. "Selepas semua jenayah yang berlaku di Kosovo, tiada siapa yang telah bertanggungjawab ataupun memohon maaf."
Parti itu berkata, beberapa aktivis telah dipukul oleh polis dan dirawat di hospital.
Mesyuarat yang dikendalikan EU dijangka disambung semula November ini, memberi tumpuan kepada pelbagai masalah praktikal yang timbul daripada kekurangan hubungan diplomatik, termasuk bekalan tenaga, kod telefon negara Kosovo dan pengurusan sempadan bersama mereka.
EU, yang menjadikan Serbia calon untuk keahlian Mac lalu, mahukan Belgrade untuk melonggarkan cengkamannya ke atas Kosovo utara, tetapi Serbia menolak untuk melakukan apa-apa berkaitan kerajaan Thaci di Pristina dan berfungsi sebagai sebahagian daripada negera Serbia.
Kosovo telah diiktiraf oleh lebih daripada 90 buah negara, termasuk Amerika Syarikat dan 22 dari 27 ahli 27 EU.
Serbia, disokong oleh pemegang veto Majlis Keselamatan PBB, Rusia, berkata ia tidak akan mengiktiraf Kosovo yang mengandungi populasi 1.7 juta orang itu sebagai negara berdaulat.
KUALA LUMPUR:
Sebilangan pemandu teksi sekitar Lembah Klang menuntut kerajaan agar
memberikan mereka permit individu, berbanding permit syarikat.
Ini kerana, pemberian permit secara individu dilihat lebih memberi peluang kepada mereka untuk kehidupan yang lebih selesa.
Tuntutan yang disuarakan melalui Gerakan Prihatin Pemandu Teksi Malaysia (Teksi) itu menyifatkan pemberian permit syarikat hanya menyebabkan keuntungan hanya diterima syarikat konsesi.
Pengerusi Teksi, Mohd Ridzwan Mohd Daud, berkata pihaknya mengharapkan kerajaan memberi perhatian serius terhadap tuntutan mereka sebelum Pilihan raya Umum ke-13.
"Jika tidak, kami pemandu-pemandu teksi akan mengadakan protes secara berterusan di setiap negeri sehingga tuntutan kami dipenuhi," kata beliau ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Ampang, hari ini.
Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas untuk mengekalkan permit tersebut kepada syarikat, pemandu teksi perlu diberi cuti setiap hari Ahad tanpa sewa, setiap cuti umum diwartakan hari umum tanpa sewa, insuran kereta dibuat sebagai pihak pertama dan bukan pihak ketiga, dan pemandu yang dimasukkan ke wad atau hospital diberi cuti tanpa sewa.
Pada sidang media itu juga, Teksi turut melancarkan tuntutan-tuntutan mereka itu dalam bentuk memorandum yang akan diserahkan kepada pihak bertanggungjawab pada suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.
Sementara itu, seorang pemandu teksi, Mohamad Nazli Mohamad Saleh, berkata mereka hanya memperoleh pendapatan sekitar RM40 hingga RM50 sehari, dengan terpaksa membayar kos sewa, minyak dan penyelenggaraan sendiri.
"Dalam keadaan jalan Kuala Lumpur yang selalu sesak, menyukarkan kami mendapat penumpang. Jika adapun, kami terpaksa membayar pula sewa kepada syarikat," kata beliau yang telah memiliki permit sendiri setelah 10 tahun membawa teksi jenis Proton Iswara.
Bagaimanapun, tekanan yang pernah dialami beliau sebelum ini ketika permit syarikat menyebabkan beliau turut bersama-sama pemandu lain menyertai majlis tersebut.
Sementara itu, seorang lagi pemandu teksi, Roslan shaari berkata tindakan kerajaan mewujudkan bas percuma Go KL itu turut menjejaskan pendapatan pemandu teksi.
Katanya, perkhidmatan bas percuma yang diberikan kepada pelancong ke negara ini benar-benar menyukarkan keadaan pemandu teksi untuk mencari makan.
"Kami tidak kisah jika penumpang bas percuma Go KL itu diberikan kepada rakyat Malaysia sendiri. Tapi apabila ia diberikan kepada pelancong, ia benar-benar menekan kami," tegas beliau.
Pada majlis itu, kira-kira 70 pemandu teksi dari pelbagai syarikat konsesi turut serta menyatakan sokongan.
Turut serta, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang berjanji akan segera mengaturkan pertemuan Teksi dengan menteri berkenaan bagi menyerahkan memorandum tuntutan mereka.
Dalam responsnya terhadap tuntutan pemandu teksi terbabit, Zuraida berkata Pakatan Rakyat sudahpun mengisytiharkan bahawa pemandu teksi akan diberikan permit individu sekiranya Pakatan mengambilalih kerajaan.
Malah, katanya status pemandu teksi itu sendiri akan diklasifikasikan secara jelas, sama ada mereka merupkan pekerja di syarikat konsesi atau pemilik teksi.
"Status mereka tidk jels sekarang ini. Jika mahu dikatakan pekerja kepada syarikat konsesi, setiap pekerja ada skim-skim tertentu. Jika mahu dikatakan pemilik, mereka terpaksa pula membayar sewa kepada syarikat konsesi. Status ini tidak jelas dan Pakatan Rakyat akan meneliti semula perkara ini," tegas beliau.
Beliau turut menjanjikan Pakatan Rakyat akan menghapuskan sistem 'pihak ketiga' yang disifatkannya mengambil 'wang atas angin' hingga menyekat peluang pihak di bawah.
KUALA LUMPUR:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyerahkan memorandum
kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung masalah
kejatuhan harga komoditi yang semakin membebankan lebih dua juta pekebun
kecil.
Memorandum itu sepatutnya diserahkan kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.
Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman, pihaknya telah berusaha untuk bertemu menteri terbabit setelah dua kali membuat permohonan namun ia gagal.
Bagi Mazlan Aliman, isu kejatuhan harga komoditi tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan peneroka Felda, Felcra dan Risda.
Malah beliau tidak nampak usaha dan langkah kerajaan bagaimana untuk mengawal harga komoditi supaya ia stabil.
"Apakah langkah-langkah setakat ini yang dibuat oleh kerajaan?
"Jika sebelum ini tahun 1990, harga komoditi jatuh kerajaan umumkan langkah-langkah membantu pekebun kecil misalnya memberi subsidi mengikut tan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Tambahnya, kerajaan juga terpaksa sediakan pelan subsidi lebih satu billion untuk membantu pekebun kecil daripada terus terbeban waktu itu.
"Tetapi hari ini kita tidak dengar usaha kerajaan, kita serah memorandum ini supaya isu ini dapat diatasi," katanya.
Katanya, sekarang adalah musim melawas di mana produktiviti tidak tinggi iaitu setiap pekebun hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 hingga RM1,200 sebulan.
Baginya, pendapatan ini sangat kecil yang perlu dihadapi oleh pekebun apatah lagi berdepan dengan pelbagai kenaikan kos.
"Jika inilah pendapatan yang mereka peroleh bagi saya mereka sudah diklasifikasikan golongan miskin.
"Apatah lagi hujung tahun pelbagai perkara perlu diambil kira termasuklah persiapan persekolahan anak-anak," jelasnya.
Beliau percaya, unjuran harga komoditi akan terus mengalami kejatuhan selepas ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkata, kerajaan selalu menyatakan harga komoditi mengikut pasaran dunia ini bermakna kerajaan gagal meletakkan harga kepada paras minimum.
Katanya, keadaan ini sekali gus memperlihatkan menteri berkenaan gagal dalam mengenal pasti isu petani dan pekebun tempatan.
Harga kedua-dua komoditi pertanian utama mengalami aliran menurun, Oktober 2012 harga minyak sawit turun naik antara RM2,492 hingga RM2,501 setan metrik.
Ini jauh lebih rendah daripada harga tertinggi yang melebih RM3,000 setan metrik yang pernah dicapai pada tahun 2009.
Penganalisis pasaran menyatakan kejatuhan harga ini disebabkan oleh stok (simpanan tidak terjual) minyak sawit yang tinggi.
Harga getah turut mengalami penurunan sebanyak RM6 sekilogram, ia pernah mencapai RM10 sekilogram tetapi jatuh kepada RM8 pada tahun 2011.
Anak turut menyerahkan memorandum tersebut kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub. Turut bersama dalam sidang media itu Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria dan beberapa wakil dari Anak di peringkat negeri.
Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang memberitahu kalau sebelum ini segala imej rakaman dikendalikan oleh pihak polis namun AES pula di peringkat awal diuruskan oleh dua syarikat swasta sebelum dihantar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dikeluarkan notis.
"AES dengan saman ekor yang dikendalikan oleh pihak polis sebelum ini adalah saman, yang membezakan adalah proses pengesahan imej dan juga notis itu dikeluarkan.
"Kalau dulu polis membuat pengesahan dan mengeluarkan notis tetapi AES pula imej dirakam akan disahkan melalui pusat semakan terlebih dahulu sebelum ia dihantar ke JPJ untuk pengeluaran notis," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.
Tambahnya, kaedah ini menimbulkan banyak masalah kerana pusat semakan tersebut boleh menentukan apa yang ingin mereka lakukan terhadap semua imej yang dirakam.
"Ini bermakna pihak JPJ tidak mempunyai apa-apa maklumat dan segalanya ditentukan oleh pusat semakan yang dikendalikan oleh dua syarikat swasta.
"Apa yang diserahkan kepada pusat tersebut akan dituruti oleh JPJ untuk mereka keluarkan notis dan apa akan jadi jika gambar-gambar tersebut diubah suai," soalnya.
Mahfuz menjelaskan, mereka boleh menghantar apa sahaja yang mereka kehendaki apatah lagi jika kadar saman itu tidak mencapai mengikut perjanjian kewangan yang telah dipersetujui antara kerajaan dengan dua syarikat tersebut.
"Kalau meter teksi pun boleh diubah dengan tujuan untuk mengaut keuntungan apatah lagi rakaman imej tersebut, jadi isu ini sangat besar dan kita perlukan penjelasan dari kementerian," sambung beliau.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut mempertikaikan lokasi yang telah ditetapkan untuk pemasangan AES yang dikaitkan kawasan maut.
"Kementerian menyatakan senarai lokasi maut itu dicadangkan oleh pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (Miros) bukannya pihak polis.
"Tetapi saya mempunyai maklumat yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan, Jabatan Kerja Raya yang mengatakan jumlah kemalangan maut dan kawasan yang berlaku dari tahun 2002 hingga 2012," jelasnya.
Kata beliau lagi, laporan yang dikeluarkan JKR tidak menunjukkan terdapat lebih 200 lokasi yang ada kemalangan maut tetapi apa yang ditetapkan oleh AES mengatakan terdapat 565 kawasan.
Mahfuz mengharapkan pemasangan AES ini dihentikan dengan segera dan perbincangan perlu dilakukan dengan rakyat termasuk pihak JPJ, Polis, Miros dan JKR bagi menentukan kawasan lokasi maut yang sebenarnya.
Kabel voltan tinggi: MCA berbohong
Harakahdaily, | 23 Okt 2012 |
(Kami tidak pernah luluskan, ia diluluskan semasa kerajaan BN iaitu ketika MCA memerintah Selangor bersama Umno)
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat tidak pernah memberi kelulusan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meneruskan Projek Pembinaan Kabel berkuasa tinggi sehingga hari ini.
Projek ini sebenarnya telah diluluskan oleh Kerajaan Selangor Barisan Nasional pada 2007.
“Oleh itu, MCA tidak berkelayakan untuk mengadu sekarang. Kenapa mereka tidak menyuarakan semasa mereka memegang kuasa masa itu?” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katanya, sebaik saja menerima bantahan dan aduan daripada penduduk setempat tentang pembinaan ini pada tahun 2010, beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) agar tidak memberi apa-apa kelulusan pembinaan kepada TNB sehingga pihak TNB memberikan cadangan lain.
Tetapi malangnya, TNB baru-baru ini telah mula meneruskan kembali pembinaan bertumpu hanya di kawasan Taman Connaught, Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala di Selangor pembinaan tidak diteruskan.
"Justeru, tuduhan MCA Bandar Tun Razak pada 17 Oktober yang mendakwa bahawa saya dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memberi kelulusan kepada TNB untuk membina kabel ini merentasi beberapa kawasan di Cheras di Negeri Selangor dan Taman Connaught di Kuala Lumpur, adalah tidak benar.
"Saya akan mencadangkan TNB dan DBKL untuk bertemu dengan penduduk Bandar Tun Razak dalam tempoh 2 minggu ini untuk mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini untuk kebaikan semua pihak," katanya.
Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kata Khalid, beliau menyokong penuh projek-projek pembangunan untuk keselesaan rakyat pada masa hadapan tetapi ia perlu dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira pandangan dan ketidakselesaan rakyat yang bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas akibat projek ini.
Menjelang Aidil Adha, gencatan senjata Syria kabur
Terjemahan Mohamad Yahya, | 23 Okt 2012 |
DUBAI: Perayaan umat Islam minggu ini hanya menyediakan harapan kecil untuk pelaksanaan gencatan senjata antara pemberontak dan kerajaan Presiden Bashar al-Assad di Syria, ujar seorang pegawai kanan Liga Arab.
Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi telah berusaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata sementara sempena perayaan Aidil Adha, yang bermula Jumaat ini.
Tetapi Ahmed Ben Hilli, Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, memberitahu Reuters: "Sehingga kini harapan adalah lemah. Berdasarkan keadaan sekarang dan tindak balas kerajaan, ia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melaksanakan gencatan senjata," kata beliau di luar sebuah persidangan di Dubai.
"Hanya beberapa hari lagi kita menyambut Aidil Adha. Kami berharap keadaan berubah dan kerajaan dan pembangkang memberi respons walaupun sedikit untuk berunding."
Sementara itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menggesa kerajaan Syria dan semua kumpulan pembangkang untuk menerima cadangan Brahimi, menyifatkan ia sebagai "Satu langkah yang perlu ke arah gencatan senjata jangka panjang dan pelancaran proses politik yang bertujuan untuk menyediakan pembaharuan demokratik Syria".
Seperti Assad, Rusia menyalahkan keganasan berterusan tersebut ke atas kumpulan penentang, yang mereka katakan dibantu oleh dorongan dan senjata dari luar negara.
Ahad lalu di Damsyik, Assad memberitahu Brahimi kunci kepada mana-mana penyelesaian politik adalah dengan menghentikan pembekalan senjata kepada pemberontak.
Aktivis hak asasi manusia mengatakan konflik, yang telah mengheret kuasa serantau dan antarabangsa memberi sokongan kepada pihak yang berlainan, telah membunuh lebih daripada 30,000 orang sejak bantahan terhadap Assad tercetus pada Mac tahun lepas.
Kerajaan Kelantan takut kepada bola sepak
Mohd Sayuti Omar, | 23 Okt 2012 |
Harus diingat Red Warriors adalah pasukan profesional di mana mereka bukan bermain untuk negeri kepentingan negeri tetapi untuk kelab. Pasukan itu seratus peratus diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Al Hamra milik presiden Kafa Annuar Musa.
Apakah logiknya untuk kerajaan memberi habuan kepada para pemain setiap kali pasukan itu mencapai kejayaan? Saya hendak tanya dari konteks kerajaan PAS Kelantan apakah kelabaan diperolehi dari game bola sepak itu? Apakah ia sebahagian daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto PAS semasa pilihan raya atau pun sesuatu yang dirancang oleh kerajaan negeri menerusi pembangunan sukan?
Apabila perkara ini ditimbulkan bukan bermakna saya menyarankan kerajaan PAS agar anti kepada bola sepak, tidak... tetapi untuk mendapat penjelasan apakah tindakan kerajaan memberi apa-apa habuan itu menepati konsep kerajaan dan ia satu tindakan tepat. Seandainya pemberian itu kerana kerajaan negeri mempunyai dana untuk dibelanjakan kepada sesuatu perkara yang tidak termasuk dalam perancangannya ia adalah satu pembaziran.
Lagi pun pemberian habuan kepada pasukan kelab profesional itu bukan belum pernah. Sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi tiket dan peruntukan kepada pemain kelab itu menunaikan fardu haji. Manakala penjaga gol pasukan itu Khairul Fahmi atau Apek pernah diberi rumah bernilai lebih RM200,000.
Pemberian rumah kepada Apek itu sesuatu yang betul kalau pada waktu itu tetapi kini setelah berjaya dan terkenal rasanya ia tidak perlu diberi apa-apa habuan lagi. Dengan pendapatan beliau mencecah jutaan ringgit, sepatutnya Apek pula membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Tetapi apakah itu terjadi? Bagaimana pun kebajikan itu bukan suatu paksaan terserah kepada tuan badan.
Bagi saya kalau kerajaan ingin membantu perkembangan bola sepak di negeri Kelantan ia perlu berbuat lebih jauh dan praktikal dari itu. Bukan habuan demi habuan diberikan kepada pemain tetapi buatlah perancangan pembangunan sukan bola sepak. Sesuatu yang lebih bermakna harus diusahakan. Misalnya yang penting dan perlu diutamakan pastikan semua pemain skuad itu terdiri dari anak-anak Kelantan. Kalau pun habuan itu diberi kelak yang dapatnya anak-anak Kelantan sendiri. Tetapi hakikat hari ini berapa orang saja anak negeri Kelantan terlibat?
Status itulah menyebabkan saya rasa kerajaan negeri tidak perlu bersimpati lebih kepada Red Warriors kerana tidak memberi manfaat atau bantuan langsung kepada rakyat negeri itu. Begitu juga kalau ditilik dari sudut pembangunan Islam apa yang diperolehi dari bola sepak? Setelah mendapat berbagai gelaran nilai-nilai Islam dalam permainan itu masih belum menyerlah. Ini sudah bertentangan dengan konsep dan matlamat kerajaan membangun bersama Islam.
Tidak dinafikan sudah ada nilai Islam dan terjahan dakwah di stadium setiap kali berlangsung perlawanan apabila ada penonton mendirikan solat berjemaah beramai-ramai. Tetapi ciri-ciri Islam yang diingini masih belum mencukupi. Dalam tilikan saya masih banyak ciri-ciri kekufuran daripada kebenaran dalam stadium bila setiap kali berlangsung perlawanan besar. Contohnya paling mudah penonton lelaki dan perempuan masih bercampur. Apakah pihak pengurus stadium tidak dapat mengadakan syarat agar penonton lelaki dan perempuan dipisahkan?
Kalau perkara ini rumit untuk dilaksanakan tetapi mesti ada usaha dan cadangan untuk berbuat demikian. Sayangnya setakat ini tidak kedengaran. Exco Belia dan Sukan atau pun pengerusi Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke IV wajar bersuara dan memikirkan bagaimana untuk implimen perkara ini.
Berhubung habuan itu keperluan itu tidak begitu terdesak kerana pihak Kafa sendiri telah berjanji untuk memberi hadiah kepada setiap pemainnya berupa lot tanah. Apakah tidak cukup dengan janji itu? Ataupun kerajaan negeri bermurah hati kerana ingin menunjukkan mereka komited dengan bola sepak. Pemberian itu kerana bimbang kalau tidak dihulur apa-apa habuan menyebabkan rakyat akan tidak mengundi parti kerajaan, PAS. Begitukah?
Kalau itu maka jelas kerajaan negeri berbuat itu atas dasar politik semata-mata takut tidak disokong oleh kaki bola bukannya atas dasar untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan mendidik komuniti bola sepak termasuk pemain, pengurus dan Kafa sendiri menghayati nilai-nilai Islam seperti mana dihasratkan oleh kerajaan PAS. Jika telahan ini betul bermakna kerajaan Kelantan takut kepada bola? - http://msomelayu.blogspot.com/
PRU13: Krisis calon BN Perak makin jelas
Harakahdaily, | 23 Okt 2012 |
Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, antara yang nyata ialah kenyataan Datuk Hamidah Osman dan maklum balas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN negeri berhubung kelewatan mengumumkan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Katanya, desakan Hamidah agar calon-calon BN Perak diumumkan lebih awal itu dapat diertikan sebagai satu bentuk tekanan yang ditujukan kepada ketuanya sendiri.
Malah, ujarnya desakan itu juga secara langsung berhubung kait dengan kedudukan kerusi panas Dun Sungai Rapat yang telah dimenangi Hamidah yang juga Exco kerajaan negeri pada PRU12 lalu.
“Banyak persoalan yang menarik timbul dari desakan ini. Adakah Datuk Hamidah agak tergugat dan tidak selamat lagi di Dun Sungai Rapat?
“Beranikah Datuk Seri Zambry menolak Datuk Hamidah bagi mengekalkan kerusi Dun Sungai Rapat?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bagi PAS negeri, kata beliau krisis itu jelas menjadi ujian kepada Zambry yang pertama kali mengetuai BN Perak.
Katanya, jika sebelum ini bekas Pengerusi BN Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali pernah menangis berikutan 'menggadai' kerusi Parlimen Grik pada PRU12 yang ditandingi Gerakan, apakah Zambry bakal menerima tekanan yang lebih hebat lagi di ambang PRU13 ini.
Mesyuarat dengan Serbia cetuskan bantahan di Kosovo
Terjemahan Mohamad Yahya, | 23 Okt 2012 |
(Polis bertempur dengan penunjuk perasaan di Kosovo)
KOSOVO: Polis di Kosovo telah menembak gas pemedih mata dan menahan puluhan orang awam semasa pertembungan dengan aktivis pembangkang yang berdemonstrasi menentang usaha baru Kesatuan Eropah (EU) untuk memperbaiki hubungan negara itu dengan Serbia.
Pergolakan Isnin lalu adalah berikutan mesyuarat minggu lepas di Brussels antara Perdana Menteri Kosovo, Hashim Thaci dan rakan sejawatnya dari Serbia, Ivica Dacic.
Ia adalah mesyuarat pertama pada tahap ini sejak Kosovo yang majoritinya adalah bangsa Albania diisytiharkan merdeka dari Serbia pada 2008.
EU berkata kedua-dua negara mesti menormalkan hubungan dan menyelesaikan pelbagai masalah praktikal yang timbul dari keengganan Serbia untuk mengiktiraf Kosovo jika mereka mahu menyertai blok itu.
Tetapi sesetengah pihak di Kosovo mengatakan mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dibincangkan dengan Serbia, yang telah dibom oleh NATO pada tahun 1999 untuk menghentikan pembunuhan dan pengusiran etnik Albania oleh tentera Serbia di bawah pemimpin Slobodan Milosevic semasa dua tahun peperangan menentang pemberontakan.
Sambil melaungkan "Pencuri" dan "Memalukan", 200 aktivis parti pembangkang, Self-Determination Party cuba menghalan laluan ke pejabat Thaci membantah mesyuarat beliau dengan Dacic, yang merupakan jurucakap perang Milosevic. Satu sepanduk yang dikibarkan berbunyi, "Tiada tawar-menawar dengan Serbia!"
Polis menghalau mereka dengan semburan lada dan gas pemedih mata. Enam puluh orang telah ditangkap dan 18 pegawai polis cedera apabila penunjuk perasaan melontar mereka dengan batu-batu, kata pihak polis.
"Ini adalah mesyuarat yang memalukan [di Brussels]," kata Timbalan Ketua Self Determination Party, Shpend Ahmeti. "Selepas semua jenayah yang berlaku di Kosovo, tiada siapa yang telah bertanggungjawab ataupun memohon maaf."
Parti itu berkata, beberapa aktivis telah dipukul oleh polis dan dirawat di hospital.
Mesyuarat yang dikendalikan EU dijangka disambung semula November ini, memberi tumpuan kepada pelbagai masalah praktikal yang timbul daripada kekurangan hubungan diplomatik, termasuk bekalan tenaga, kod telefon negara Kosovo dan pengurusan sempadan bersama mereka.
EU, yang menjadikan Serbia calon untuk keahlian Mac lalu, mahukan Belgrade untuk melonggarkan cengkamannya ke atas Kosovo utara, tetapi Serbia menolak untuk melakukan apa-apa berkaitan kerajaan Thaci di Pristina dan berfungsi sebagai sebahagian daripada negera Serbia.
Kosovo telah diiktiraf oleh lebih daripada 90 buah negara, termasuk Amerika Syarikat dan 22 dari 27 ahli 27 EU.
Serbia, disokong oleh pemegang veto Majlis Keselamatan PBB, Rusia, berkata ia tidak akan mengiktiraf Kosovo yang mengandungi populasi 1.7 juta orang itu sebagai negara berdaulat.
Insentif pelajar luar berkhidmat di negara ini
Hazayani Zakaria, | 23 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan
memberikan insentif kepada pelajar luar negara yang menyambung pengajian
di Malaysia supaya dapat memberikan sumbangan kepada negara.
Beliau berkata, tanpa mengenepikan pelajar-pelajar tempatan, pelajar luar negara juga harus diberikan insentif untuk kemudahan mereka menghabiskan pengajian seterusnya berkhidmat di Malaysia di dalam bidang yang tidak mendapat tempat di negara ini.
Langkah ini, katanya dapat menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan untuk bersaing dengan negara-negara lain.
"Saya cadangkan pelajar-pelajar luar negara ini diberikan insentif-insentif tertentu supaya selepas menamatkan pengajian, mereka terus berkhidmat di negara kita supaya untuk jangka panjang, Malaysia dapat dijadikan hub pendidikan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum itu, Salahuddin mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat berhubung usaha kerajaan menyediakan insentif untuk pelajar dan pensyarah luar negara. Soalan tersebut rentetan soalan asal Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol yang meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah pelajar dan pensyarah luar negara di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut bidang kursus sehingga September 2012.
Dalam sidang media sama, Salahuddin berkata, bidang sains sosial masih belum mendapat tempat yang baik di Malaysia sedangkan di negara barat, mereka sangat menitikberatkannya.
"Saya tidak nampak ada cadangan serius dan teliti untuk menarik pelajar luar negara berkhidmat di Malaysia.
"Di Malaysia sains sosial kadang-kadang tidak diberi keutamaan berbanding bidang perubatan, kejuruteraan misalnya.
"Sedangkan bidang ini penting untuk perkembangan sosial masyarakat. Misalnya di hospital, di jabatan kerajaan kekurangan pakar psikologi dan kaunselor. Jadi penting untuk menyediakan insentif kepada mereka yang memilih bidang ini," katanya yang juga Nab Presiden PAS.

Pemandu teksi tuntut permit individu
Anis Nazri|Foto: Wan Zahari, | 23 Okt 2012 |
Ini kerana, pemberian permit secara individu dilihat lebih memberi peluang kepada mereka untuk kehidupan yang lebih selesa.
Tuntutan yang disuarakan melalui Gerakan Prihatin Pemandu Teksi Malaysia (Teksi) itu menyifatkan pemberian permit syarikat hanya menyebabkan keuntungan hanya diterima syarikat konsesi.
Pengerusi Teksi, Mohd Ridzwan Mohd Daud, berkata pihaknya mengharapkan kerajaan memberi perhatian serius terhadap tuntutan mereka sebelum Pilihan raya Umum ke-13.
"Jika tidak, kami pemandu-pemandu teksi akan mengadakan protes secara berterusan di setiap negeri sehingga tuntutan kami dipenuhi," kata beliau ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Ampang, hari ini.
Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas untuk mengekalkan permit tersebut kepada syarikat, pemandu teksi perlu diberi cuti setiap hari Ahad tanpa sewa, setiap cuti umum diwartakan hari umum tanpa sewa, insuran kereta dibuat sebagai pihak pertama dan bukan pihak ketiga, dan pemandu yang dimasukkan ke wad atau hospital diberi cuti tanpa sewa.
Pada sidang media itu juga, Teksi turut melancarkan tuntutan-tuntutan mereka itu dalam bentuk memorandum yang akan diserahkan kepada pihak bertanggungjawab pada suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.
Sementara itu, seorang pemandu teksi, Mohamad Nazli Mohamad Saleh, berkata mereka hanya memperoleh pendapatan sekitar RM40 hingga RM50 sehari, dengan terpaksa membayar kos sewa, minyak dan penyelenggaraan sendiri.
"Dalam keadaan jalan Kuala Lumpur yang selalu sesak, menyukarkan kami mendapat penumpang. Jika adapun, kami terpaksa membayar pula sewa kepada syarikat," kata beliau yang telah memiliki permit sendiri setelah 10 tahun membawa teksi jenis Proton Iswara.
Bagaimanapun, tekanan yang pernah dialami beliau sebelum ini ketika permit syarikat menyebabkan beliau turut bersama-sama pemandu lain menyertai majlis tersebut.
Sementara itu, seorang lagi pemandu teksi, Roslan shaari berkata tindakan kerajaan mewujudkan bas percuma Go KL itu turut menjejaskan pendapatan pemandu teksi.
Katanya, perkhidmatan bas percuma yang diberikan kepada pelancong ke negara ini benar-benar menyukarkan keadaan pemandu teksi untuk mencari makan.
"Kami tidak kisah jika penumpang bas percuma Go KL itu diberikan kepada rakyat Malaysia sendiri. Tapi apabila ia diberikan kepada pelancong, ia benar-benar menekan kami," tegas beliau.
Pada majlis itu, kira-kira 70 pemandu teksi dari pelbagai syarikat konsesi turut serta menyatakan sokongan.
Turut serta, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang berjanji akan segera mengaturkan pertemuan Teksi dengan menteri berkenaan bagi menyerahkan memorandum tuntutan mereka.
Dalam responsnya terhadap tuntutan pemandu teksi terbabit, Zuraida berkata Pakatan Rakyat sudahpun mengisytiharkan bahawa pemandu teksi akan diberikan permit individu sekiranya Pakatan mengambilalih kerajaan.
Malah, katanya status pemandu teksi itu sendiri akan diklasifikasikan secara jelas, sama ada mereka merupkan pekerja di syarikat konsesi atau pemilik teksi.
"Status mereka tidk jels sekarang ini. Jika mahu dikatakan pekerja kepada syarikat konsesi, setiap pekerja ada skim-skim tertentu. Jika mahu dikatakan pemilik, mereka terpaksa pula membayar sewa kepada syarikat konsesi. Status ini tidak jelas dan Pakatan Rakyat akan meneliti semula perkara ini," tegas beliau.
Beliau turut menjanjikan Pakatan Rakyat akan menghapuskan sistem 'pihak ketiga' yang disifatkannya mengambil 'wang atas angin' hingga menyekat peluang pihak di bawah.
2 juta pekebun pikul beban harga komoditi jatuh
Salmiyah Harun, | 23 Okt 2012 |
Memorandum itu sepatutnya diserahkan kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.
Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman, pihaknya telah berusaha untuk bertemu menteri terbabit setelah dua kali membuat permohonan namun ia gagal.
Bagi Mazlan Aliman, isu kejatuhan harga komoditi tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan peneroka Felda, Felcra dan Risda.
Malah beliau tidak nampak usaha dan langkah kerajaan bagaimana untuk mengawal harga komoditi supaya ia stabil.
"Apakah langkah-langkah setakat ini yang dibuat oleh kerajaan?
"Jika sebelum ini tahun 1990, harga komoditi jatuh kerajaan umumkan langkah-langkah membantu pekebun kecil misalnya memberi subsidi mengikut tan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Tambahnya, kerajaan juga terpaksa sediakan pelan subsidi lebih satu billion untuk membantu pekebun kecil daripada terus terbeban waktu itu.
"Tetapi hari ini kita tidak dengar usaha kerajaan, kita serah memorandum ini supaya isu ini dapat diatasi," katanya.
Katanya, sekarang adalah musim melawas di mana produktiviti tidak tinggi iaitu setiap pekebun hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 hingga RM1,200 sebulan.
Baginya, pendapatan ini sangat kecil yang perlu dihadapi oleh pekebun apatah lagi berdepan dengan pelbagai kenaikan kos.
"Jika inilah pendapatan yang mereka peroleh bagi saya mereka sudah diklasifikasikan golongan miskin.
"Apatah lagi hujung tahun pelbagai perkara perlu diambil kira termasuklah persiapan persekolahan anak-anak," jelasnya.
Beliau percaya, unjuran harga komoditi akan terus mengalami kejatuhan selepas ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkata, kerajaan selalu menyatakan harga komoditi mengikut pasaran dunia ini bermakna kerajaan gagal meletakkan harga kepada paras minimum.
Katanya, keadaan ini sekali gus memperlihatkan menteri berkenaan gagal dalam mengenal pasti isu petani dan pekebun tempatan.
Harga kedua-dua komoditi pertanian utama mengalami aliran menurun, Oktober 2012 harga minyak sawit turun naik antara RM2,492 hingga RM2,501 setan metrik.
Ini jauh lebih rendah daripada harga tertinggi yang melebih RM3,000 setan metrik yang pernah dicapai pada tahun 2009.
Penganalisis pasaran menyatakan kejatuhan harga ini disebabkan oleh stok (simpanan tidak terjual) minyak sawit yang tinggi.
Harga getah turut mengalami penurunan sebanyak RM6 sekilogram, ia pernah mencapai RM10 sekilogram tetapi jatuh kepada RM8 pada tahun 2011.
Anak turut menyerahkan memorandum tersebut kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub. Turut bersama dalam sidang media itu Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria dan beberapa wakil dari Anak di peringkat negeri.
Kenyataan penuh Khir Toyo minta maaf dari Ronnie
Harakahdaily, | 23 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkaitan tuduhannya yang mendapat Ronnie menyekat usaha menutup premis pelacuran.
Penyataan minta maaf ini dibuat Khir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh Dr Khir Toyo:
Saya, MOHAMAD KHIR BIN TOYO, dengan ini memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW , Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Pandamaran dan juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menyebabkan dicetak dan disiarkan di suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 sebuah Artikel bertajuk “Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam UrusanMenghapuskan Kegiatan Pelacuran ” di mana saya merujuk YB RONNIE LIU TIAN KHIEW sebagai telah menghalang pegawai-pegawai MPSJ dan polis dalam operasi menutup sebuah hotel di Puchong di mana saya gambarkan sebagai sebuah pusat pelacuran.
Saya juga memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW kerana terus menggambarkan beliau terlibat dalam kegiatan seumpama itu gambaran yang mana adalah tidak benar sama sekali.
Saya benar-benar menyesal kerana menyebabkan YB RONNIE LIU TIAN KHIEW mengalami kesusahan yang amat akibat penyiaran Artikel tersebut.
Saya dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadap beliau sepertimana terkandung dalam Artikel tersebut dan memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau.
English version :
I, MOHAMAD KHIR TOYO , hereby apologize to YB RONNIE LIU TIAN KHIEW, State Assemblyman for Pandamaran and also EXCO Kerajaan Negeri Selangor for causing to be published in the Chine Press newspaper dated 9.5.2008 an Article entitled “Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam Urusan Menghapuskan Kegiatan Pelacuran” in which I implied that YB RONNIE LIU TIAN KHIEW had obstructed the officers of the MPSJ and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a center for prostitution activities.
I also apologize to YB RONNIE LIU TIAN KHIEW for further insinuating that he was involved in such activities which insinuation is totally untrue. I deeply regret for causing YB RONNIE LIU TIAN KHIEW severe distress as a result of publication of the said Article.
I hereby retract all statement made against him as evident in the said Article and apologize to him unconditionally.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan