Khamis, 25 Oktober 2012

SAPE MENGHABISKAN WANG RAKYAT..SONGLAP...SAPE YANG HIDUP KAYA RAYA...TIPU DLL RAKYAT TAHU...ALLAH LAGI LAH SANGAT2 TAHU

Pengesan kamera AES

http://biaqpila.blogspot.com/, 25 Okt 2012

DEY MACHA!!!
HARI NI RAMAI YANG AKAN BALIK KAMPUNG
SAMADA GUNA LEBUHRAYA ATAU PUN JALANRAYA
JANGAN JADI HANTU RAYA
HARAP BERDISIPLIN SENTIASA
KAH! KAH! KAH!

INI ADA SATU APLIKASI
UNTUK SMARTPHONE ANDROID
NAMANYA AES DETECTOR
GUA DAH UJI APLIKASI NI
TENGOK SCREEN CAPTURE KAT ATAS TU
MEMANG BAGUIH SEBAB DIA BAGI ALARM
KALAU ADA KAMERA SEKITAR 1 KM
DARI KENDERAAN KITA
JADI SEMPAT LA KITA SLOW DOWN
IKUT HAD LAJU YANG HALAL
SELAMAT LA DARI KENA SAMAN
KAH! KAH! KAH!

APLIKASI NI BUKAN SAJA BOLEH GUNA KAT LEBUHRAYA
KAT JALAN LAMA,JALAN BANDAR SEMUA BOLEH
CUMA SIAP SEDIA DENGAQ ALARM SAJA
KAH! KAH! KAH!

UNTUK DAPATKAN APLIKASI TERSEBUT SILA KE SINI

KALAU GUNA HP SILA KE GOOGLE PLAYSTORE,KEMUDIAN SEARCH AES DETECTOR
KLIK KAT IKON MACAM KAT BAWAH NI:

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG AES DETECTOR
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily

Simpati kepada bakal haji, petugas Tabung Haji...

http://lanh14.blogspot.com/, 25 Okt 2012
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan  "Wafatkanlah aku dan keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang saleh." (Maksud Ayat 101 Surah Yusuf)

TERSENTUH hati ini apabila mendengar khabar sejumlah bakal haji musim 1433 Hijrah (sekarang ini) yang nama mereka sudah tersenarai (ada yang sudah diberikan rantai tangan) dibatalkan pemergian mereka ke Tanah Suci. Seorang ustaz bercerita, ada seorang jemaah datang kepadanya, menangis teresak-esak menyatakan dia menerima panggilan telefon menyatakan dia tidak dapat 'lampu hijau' ke Tanah Suci sehari sebelum dia dijadualkan berlepas. Maka menangislah dia mengadu nasib.

Seminggu dua ini berdesing-desing telinga ini mendengar kisah bakal haji yang tak dapat ke Makkah dan juga kisah jemaah haji yang 'last minute' (waktu terakhir) dapat juga akhirnya ke sana.

Pelbagai pihak memberitahu 'suasana kelam-kabut' dalam mengatur jemaah ke Tanah Suci tahun ini disebabkan pihak berkuasa Malaysia gagal mendapat kuota tambahan jemaah haji. Biasanya selain kuota biasa 28,000 jemaah (1 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang), pihak Arab Saudi membenarkan tambahan jemaah, ada kalanya sehingga 10,000 orang.

Tahun ini tiada tambahan jemaah haji dengan pihak berkuasa Arab Saudi memberitahu hal itu disebabkan kegiatan pembangunan dan pengubahsuaian di kawasan sekitar Masjidilharam tetapi sesetengah pihak di Malaysia termasuk sesetengah pemimpinnya tidak habis-habis mempropagandakan hal itu disebabkan perhimpunan segelintir rakyat Malaysia dalam apa didakwa demonstrasi Bersih tempoh hari.

Berbual dengan bakal-bakal haji ini dan beberapa ustaz terdengarlah rintihan hati mereka yang saya celotehkan (coretkan) di sini. Kata seorang jemaah yang mendapat panggilan pengesahan ke Tanah Suci pada 'last minute' (dia sudah berangkat, didoakan dia mendapat haji mabrur): "Kenduri sudah saya buat sebulan lalu. Hampir setiap kali ke masjid, jemaah akan bertanya; 'ehh tak berangkat lagi?' Saya naik malu dibuatnya. Syukur, alhamdulillah dapat juga saya ke Tanah Suci."

Namun pada masa yang sama dia sempat menyindir dengan berkata: "Orang macam kita ini sudah lama mendaftar. Sudah dipilih dan disenaraikan untuk pergi tahun ini. Sudah ikut kursus termasuk kursus haji perdana. Namun Tabung Haji tidak mengesahkan tarikh pemergian kita sehingga 'last minute'. Ada orang tak mendaftar pun. Tak ikut kursus pun. Tak berhajat pun nak pergi haji. Tup-tup dia dapat surat suruh dia bersedia pergi haji. Ini apa hal ni?"

Jemaah ini merujuk kepada jemaah haji yang ditaja oleh pemerintah melalui kuota PM, menteri, kerajaan negeri, setiausaha kerajaan negeri dan sebagainya. Dikhabarkan PM menaja ratusan jemaah, ada pejabat setiausaha kerajaan negeri menaja 50 orang; jadi daripada semua negeri berapa ramai jemaah yang pergi secara ini? Mereka terdiri daripada imam, bilal, pengerusi JKKK, pemenang anugerah kecemerlangan dan sebagainya. Kalau satu negeri 500 orang yang pergi cara ini, daripada 13 negeri sudah ada 6,500 jemaah. Jadi baki kuota yang terbuka kepada orang awam cuma 21,500 jemaah.

Itulah sebabnya mengapa sukar benar pegawai Tabung Haji hendak 'release' nama dan tarikh jemaah yang dapat pergi haji. Kasihan petugas Tabung Haji. Mereka kena ikut arahan atasan sedangkan jemaah asyik menghubungi mereka, bertanya, "dapat ke tak dapat" atau "bila nak berangkat ni?" Pening juga petugas Tabung Haji. Ada 'tangan ghaib' lebih berkuasa yang membolehkan 6,500 jemaah pergi tanpa ikut proses biasa - mendaftar, menunggu bertahun-tahun lamanya; orang 'terpilih' ini tup-tup saja dapat pergi haji...ewah begitu mudah sekali.

Seorang jemaah lain memberi cadangan ini: "Kalau nak bagi hadiah kat orang-orang yang banyak jasa dan bakti itu, bagilah mereka buat umrah, kan umrah itu boleh dibuat bila-bila masa. Untuk haji ini bagilah orang yang benar-benar nak buat haji, mereka dah lama menunggu, kasihanilah mereka...ada lebih 900,000 orang dalam senarai menunggu. Apa pasal orang tak mendaftar haji pun boleh pergi dulu?"


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
 
Pelajar tingkatan dua maut dalam pergaduhan
10:25AM Okt 25 2012
Seorang pelajar sekolah maut dipercayai ditumbuk dua lagi pelajar dalam satu pergaduhan disaksikan kira-kira 30 pelajar lain di perhentian bas Pulau Sebang di Alir Gajah semalam.
  
Mangsa, K. Saravanan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang sebelum itu dipercayai berperang mulut dan cabar mencabar dengan dua pelajar sekolah berhampiran ketika berada di dalam bas sebelum persekolahan sesi pagi bermula.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata pergaduhan berkenaan berlarutan selepas sesi persekolahan berakhir kira-kira 2.30 petang ketika kesemua pelajar sedang menunggu bas di tingkat satu perhentian bas tersebut.
  
"Mangsa kemudian ditumbuk oleh seorang pelajar terbabit sebelum seorang lagi turut melakukan tindakan sama menyebabkan mangsa jatuh dan pengsan," katanya dalam sidang akhbar.
  
Katanya kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah berusia 14 tahun terbabit yang melihat mangsa tidak sedarkan diri kemudian menghubungi ambulans.

Bagaimanapun Raja Shahrom berkata orang awam yang berada di kawasan tersebut bertindak membawa mangsa ke Hospital Tampin dekat sini sebelum ambulans tiba.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Katanya kedua-dua pelajar yang terbabit dalam kejadian itu ditahan polis ketika sedang bermain bola di Taman Sebang Gemilang di sini pada 6 petang bagi membantu siasatan.
  
Lima lagi pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan, katanya.
  
Sehubungan itu, Raja Shahrom mengingatkan orang ramai khususnya keluarga pelajar terlibat agar tidak mengambil tindakan di luar undang-undang dan menyerahkan siasatan kepada polis.

- Bernama
Suaram: Siasat 298 kes tembak mati oleh polis
11:20AM Okt 25 2012
NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa polis menyiasat setiap satu kes daripada 298 kes pembunuhan extra-judiciary oleh pihak polis sejak 2007 atau lebih banyak insiden sebegitu akan berlaku.

Memetik jawapan Parlimen mengenai perkara itu, Penyelaras Suaram R Thevarajan berkata, dalam kes yang dikendalikan mereka, kebanyakan ahli keluarga terpaksa "ke hulur ke hilir untuk mencari keadilan".

"Kenapa ahli keluarga mangsa perlu ke hulu ke hilir untuk mendesak kerajaan bagi ambil tindakan?

"Berapa banyak memorandum perlu dikemukakan sebelum tindakan yang bermakna akan diambil?" kata Thevarajan.

Selain itu, beliau berkata lagi, bukan menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk mencari jawapan kerana setiap kematian secara automatik perlu disiasat.

"Satu siasatan menyeluruh dan terbuka diperlukan untuk membuktikan ketelusan dan kredibiliti pihak polis dalam mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang berdegil," katanya lagi.

Dalam jawapan di Parlimen pada Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis menembak mati 298 "penjenayah" antara Januari 2007 hingga Ogos 2012, termasuk 134 warga Indonesia.
MAIPS terima RM630,000 tanpa keluarkan resit rasmi

  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:05PM Okt 25 2012
Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi.

Laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 juta dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera.

Hasil penemuan itu dinyatakan dalam pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara terhadap MAIPS - antara lapan agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeriksaan itu.

Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:

  • Buku tunai dan daftar mel tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.
  • Baki panjar wang runcit tidak bersamaan dengan wang tunai di tangan.
  • Buku tunai tidak disemak setiap hari.
  • Baki wang yang tidak dapat diagihkan selepas tempoh 21 hari tidak dikembalikan untuk diakaunkan dengan segera.

Antara semua enam agensi dan jabatan kerajaan di negeri Perlis, MAIPS berada di tahap paling rendah
memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang.

"Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik.

Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan prestasi kewangannya mencatatkan peningkatan apabila mengumpul pendapatan kedua terbanyak selepas Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

MAIPS mencatat pendapatan sebanyak RM39.34 juta, manakala PKENPs memperolehi RM39.92 juta.
Noh: Khalid Ibrahim cemerlang habiskan harta era BN
JAMILAH HAMZAH
24 Oktober 2012
Noh Omar
Datuk Seri Noh Omar
KUALA LUMPUR - Sambil menyangkal kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melabel Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar paling cemerlang, Datuk Seri Noh Omar mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat itu hanya cemerlang dalam menghabiskan harta.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kenyataan dibuat Anwar kelmarin sesuatu yang melucukan.
Beliau berkata, Khalid hanya cemerlang dalam menghabiskan harta yang dikumpul oleh kerajaan negeri Selangor semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Tambah beliau, "bagaimana Anwar boleh menyifatkan Khalid sebagai Menteri  Besar yang cemerlang, saya lihat kenyataan itu melucukan dan beliau hanya cemerlang untuk menghabiskan harta dan lain-lain."
"Di mana saya lihat rekod Khalid yang pada kebanyakkan isu yang ditanyakan kepada beliau, beliau tak boleh jawab contohnya kerugian yang dialami Unisel dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 sehingga 2011.
"Beliau kata nak maklumkan pada Sepetember lalu, tapi tak ada sebarang kenyataan dibuat, namun Laporan Audit yang telah dibentangkan dalam Parlimen adalah sama dengan kenyataan yang saya buat sebelum ini dan dinafikan Menteri Besar," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Baru-baru ini, Anwar dilapor  menyifatkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.
Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin BN.
"Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.
“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Noh menggesa Khalid menafikan berhubung isu sebanyak lima harta kepunyaan kerajaan negeri itu telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk dijual.
Antara aset yang didapati akan dijual beli ialah Menara PKNS Petaling Jaya yang berharga RM90 juta, SACC Mall berharga RM97 juta, Kompleks PKNS Shah Alam berharga RM88 juta, Kompleks PKNS Bangi berharga RM42 juta dan Wisma Yakin di Masjid India berharga RM7 juta.
Tambahnya, "saya tidak menuduh beliau (Khalid) tetapi saya nak beliau tampil menafikan, esok atau lusa bahawa Lembaga Pengarah PKNS bersetuju akan menjual lima harta negeri.
"Saya cabar beliau untuk nafikannya mahu menjual harta PKNS sebanyak RM321 juta.
"Sekali lagi, saya bukan nak tuduh, tapi saya nak Menteri Besar nafikan dakwaan saya, ini maklumat saya dapat, bukan lagi rahsia," katanya lagi.
MB Kedah dedah penyelewengan projek BN
ROSLINDA HASHIM
24 Oktober 2012
AZIZAN
AZIZAN
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.

Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

“Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda (51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd.

“Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan biayai kos dan pelaksanaan pembangunan,” katanya.

Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya.

“Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu,” katanya.

Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable,” katanya.

Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih oleh SKS Reality Sdn Bhd ).

“Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta (2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu,” katanya.

Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu.

“Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan. Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat, sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar sebelum ini.

“Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan. KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB,” katanya.

Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri Kedah.

“Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan sayarikat itu. Kita terpaksa tebang balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development, atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan.

“Cayman gagal laksana dan ketika itu Datuk Seri Syed Razak arahkan projek diserah kepada pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah itu masih hak dia,” katanya.

Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di mana dua geran untuk satu tapak.

Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan PKB.

“Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan,” katanya.
'Kami bukan Ayatollah', Pas jawab Dr Asri
NURUL AINI MOHAMED ALI
25 Oktober 2012
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - Pas memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
Sambil menghargai pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pemimpin-pemimpin Pas yang dihubungi Sinar Harian Online berkata parti berusia lebih enam dekad itu tidak pernah mengamalkan pendekatan tutup pintu kepada pandangan dan teguran mana-mana pihak.
Ayatollah adalah gelaran tertinggi diberikan kepada ulama Syiah Iran.
Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah.
Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu.
“Saya rasa Dr Asri sekadar membuat peringatan yang jujur dan ikhlas, tiada niat lain dan saya hargai peringatan yang diberi itu.
“Jika dilihat sekarang ini pun, media arus perdana hari ini kerap memutar belit fakta yang kami beri, tetapi kami tidak pernah melenting, malah memberi reaksi yang baik dan sentiasa positif,” kata beliau.
Kelmarin, Asri, yang dari semasa ke semasa menganalisis perjalanan politik negara, menggesa Pas agar tidak mengamalkan pendekatan politik negara Teluk itu jika berjaya mandat memerintah Putrajaya kelak.
Bagaimanapun beliau tidak memberi contoh khusus yang berkemungkinan Pas akan menjadi sebagai kepimpinan Ayatollah.
Beliau berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.
“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini, Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh,” katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak perlu melihat terlalu jauh atau melihat corak pemerintahan Pas di masa hadapan, corak pemerintahan Pas sekarang ini pun tidak pernah mengambil sikap ‘tutup pintu’ jika dikritik mana-mana pihak.
“Kami pun sedia maklum, bukan semua pemimpin Pas mahir dan arif dalam semua perkara, justeru teguran juga penting,” katanya.
Beliau juga menambah, jika teguran yang dibuat itu merupakan sesuatu yang baik, mereka sedia menerima walaupun berbeza faham politik.
Seorang lagi Naib Presidennya, Salahuddin Ayub turut sepakat dengan Mahfuz menyatakan parti itu sentiasa terbuka untuk menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak.
“Berdasarkan pengalaman saya dalam Pas, mana-mana ahli bebas memberi pandangan dan teguran masing-masing kerana kami sentiasa berpaksikan semangat demokrasi.
“Jika dalam mesyuarat perwakilan atau mesyuarat bulanan, semua ahli bebas memberi kritikan kepada pemimpin, tiada masalah,” katanya.
Beliau juga menambah yang rata-rata keputusan yang dibuat oleh parti itu juga adalah berdasarkan teguran.
“Cara ini kami telah amalkan sejak lama dulu dan setakat ini, kami sentiasa terbuka dan saya rasa tidak mungkin kami akat bersikap seperti Ayatollah jika memerintah Putrajaya kelak,” tegas beliau tetapi pada masa yang sama menghargai teguran  Asri semalam terhadap Pas.
Katanya, ia satu peringatan positif.
Dana RM40j: PKR mahu Bank Negara siasat 5 pihak
Wartawan Sinar Harian
25 Oktober 2012
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu Bank Negara menyiasat lima pihak berhubung isu dana politik RM40 juta, yang pernah disahkan disumbangkan kepada Umno Sabah tetapi didakwa masih menimbulkan keraguan.
Kelima-lima pihak itu disenaraikan dalam laporan yang dikemukakan kepada Bank Negara hari ini.
Lima pihak berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Nazri Aziz, pemimpin Umno “X” yang disebut oleh Ahli Parlimen Tuaran sebagai penerima wang RM40 juta ke akaun peribadinya, mana-mana pemimpin Umno lain yang turut tahu mengenai pemindahan wang ini tetapi tidak melaporkan kepada Bank Negara dan Michael Chia, ahli perniagaan dari Sabah yang dikaitkan dengan tuduhan mengaut keuntungan dari hasil balak yang diperolehi secara rasuah.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Rafizi berkata, Bank Negara perlu menyemak kembali sama ada pengisytiharan tersebut mengikut ECM4 telah dibuat pada ketika wang RM40 juta dipindahkan.
"Jika tidak, ia dikira melanggar peruntukan Akta dan perlulah disiasat dengan sewajarnya," katanya.
Salinan laporan kepada Bank Negara juga diedarkan kepada media, tengah hari ini.
Semalam, PKR menggesa Bank Negara menyiasat status dana sejumlah itu ekoran pendedahan Ahli Parlimen Tuaran, Sabah. Datuk Seri Wilfred Bumburin bahawa ia telah dimasukkan ke dalam akaun seorang individu dari negeri itu.
Kelmarin, Nazri memberitahu di Parlimen bahawa Chia tidak pernah ditahan di Hong Kong ekoran dakwaan penyeludupan wang berjumlah RM40 juta.
Beliau berkata, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) tidak pernah menahan ahli perniagaan itu yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah melibatkan Musa.

Berikut laporan dimaksudkan:

PENDAHULUAN
1. Kepimpinan Bank Negara Malaysia (“BNM”) yang berjaya mengurus dan mengawalselia sektor perbankan dan kewangan di Malaysia memang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
2. Pelan strategik BNM untuk membangunkan lagi sektor perbankan dan kewangan negara, termasuk menjadikan Malaysia pusat kewangan Islam antarabangsa yang tersohor akan bergantung kepada persepsi komuniti pelabur antarabangsa terhadap kebebasan, integriti dan ketelusan sektor perbankan dan kewangan negara.
3. Oleh yang demikian, salahguna dan penyelewengan yang bersabit dengan sektor perbankan dan kewangan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah. Tuduhan-tuduhan yang melibatkan aktiviti pengubahan wang (“money laundering”), jika tidak disiasat secara bebas dan telus, akan memberikan kesan besar kepada reputasi BNM dan cita-cita negara mahu menjadi pusat kewangan antarabangsa yang tersohor.
4.  Rentetan pendedahan demi pendedahan berhubung kes pemindahan wang RM40 juta yang disabitkan dengan Umno Sabah dan Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman, timbul keraguan yang nyata bahawa satu perlakuan pengubahan wang yang menyalahi undang-undang telah berlaku.
5. Merujuk kepada peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001), kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato’ Seri Wilfred Bumburing (Ahli Parlimen Tuaran) dan Dato’ Seri Lajim Ukin (Ahli Parlimen Beaufort) sudah memberikan bukti yang kukuh untuk memulakan siasatan berhubung kes pemindahan wang RM40 juta tersebut.


KES BERPROFAIL TINGGI MELIBATKAN KEPENTINGAN NASIONAL
1. Transaksi pemindahan wang berjumlah RM40 juta yang menjadi kontroversi kebelakangan ini adalah sebahagian daripada tuduhan-tuduhan lain yang berkepentingan nasional.
2. Transaksi tersebut hanyalah salah satu daripada transaksi kewangan yang melibatkan institusi kewangan di beberapa buah negara seperti Hong Kong, Singapura, Switzerland dan Malaysia berhubung tuduhan hasil rasuah dan penyelewengan harta awam yang disalurkan melalui sektor perbankan.
3. Transaksi-transaksi ini memberi gambaran bahawa kerangka penguatkuasaan dan kawal selia sektor perbankan yang diterajui oleh BNM seolah-olah tidak berfungsi sehingga membolehkan hasil yang dipercayai dari aktiviti rasuah dan penyelewengan harta awam disimpan bagi pihak individu-individu berkepentingan.
4. Oleh yang demikian, transaksi pemindahan wang berjumlah RM40 juta ini menjadi kes ujian (“test case”) sejauh manakah BNM boleh bertindak secara bebas dan telus dalam menyiasat kes-kes yang dipercayai melibatkan rasuah dan pelanggaran undang-undang sektor perbankan, apabila kes itu dikaitkan dengan pimpinan politik tertinggi kerajaan sedia ada.
5. Adalah menjadi amanah BNM untuk mempertahankan kebebasan dan ketelusannya dengan memulakan siasatan terhadap pemindahan wang berjumlah RM40 juta itu untuk menentukan sama ada individu-individu berikut telah bersalah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001:
i. Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah
ii. Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
iii.  Pemimpin Umno “X” yang disebut oleh Ahli Parlimen Tuaran sebagai penerima wang RM40 juta ke akaun peribadinya
iv.  Mana-mana pemimpin Umno lain yang turut tahu mengenai pemindahan wang ini tetapi tidak melaporkan kepada BNM
v.  Michael Chia, ahli perniagaan dari Sabah yang dikaitkan dengan tuduhan mengaut keuntungan dari hasil balak yang diperolehi secara rasuah

ASAS MEMULAKAN SIASATAN
SEKSYEN 3(1), AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001
1.  Petikan Seksyen 3(1) Akta menyebut:

Tafsiran
3. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “pengubahan wang haram” ertinya perbuatan seseorang yang—

(a) melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada apa-apa aktiviti haram;

jika—
 (bb) berkenaan dengan kelakuan orang sebenar, orang itu tanpa alasan yang munasabah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak harta itu ialah hasil daripada apa-apa aktiviti haram;

2. Seksyen 3(1) Akta secara jelas menetapkan bahawa seseorang akan disabitkan dengan kesalahan mengubah wang haram walaupun dia tidak terlibat secara langsung di dalam aktiviti haram, sekiranya dia terlibat di dalam transaksi yang akhirnya disabitkan dengan aktiviti haram kerana tanpa alasan yang munasabah, dia tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menentukan terlebih dahulu sama ada harta itu hasil dari apa-apa aktiviti haram.
3. Asas sebarang undang-undang mencegah pengubahan wang haram di seluruh dunia secara jelas meletakkan tanggungjawab itu kepada setiap orang yang terlibat di dalam sebarang transaksi untuk memastikan bahawa wang yang dihantar atau diterima bukanlah dari hasil aktiviti haram.
4. Oleh yang demikian, adalah tidak memadai bagi BNM untuk berpuas hati dengan penerangan pendek yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) dan Dato’ Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bahawa wang itu adalah derma politik kepada Umno.
5.  Tugas BNM, seperti yang diperuntukkan melalui Seksyen 3(1) Akta adalah menentukan sama ada sumber wang itu bersabit dengan aktiviti haram kerana menjadi kesalahan di bawah Akta ini menerima atau mengendalikan sebarang transaksi yang sumbernya dari aktiviti haram, walaupun seseorang itu tidak tahu menahu bahawa sumbernya haram.
6.  Di bawah Seksyen 3(1) Akta, BNM bertanggungjawab menyiasat sumber wang RM40 juta untuk menentukan sama ada berlaku pelanggaran Akta.


ASAS MEMULAKAN SIASATAN

SEKSYEN 14(b), AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001

1.  Petikan Seksyen 14(b) Akta menyebut:

Laporan oleh institusi pelapor

14. Sesuatu institusi pelapor hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak berkuasa berwibawa apa-apa transaksi—

(a) yang melebihi apa-apa amaun yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa; dan

*(b) jika identiti orang yang terlibat, transaksi itu sendiri atau mana-mana hal keadaan lain berkenaan dengan transaksi itu memberi mana-mana pegawai atau pekerj institusi pelapor itu sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi itu melibatkan hasil suatu aktiviti haram.

2.  Seksyen 14(b) Akta secara jelas menyebut bahawa menjadi tanggungjawab kakitangan bank dan bank untuk melaporkan segera kepada BNM sesuatu transaksi sekiranya identiti orang yang terlibat, transaksi itu sendiri atau mana-mana hal menimbulkan syak wasangka.
3.  Seperti kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, wang RM40 juta ini akhirnya dipindahkan melalui pemindahan wang elektronik dari akaun yang telah dibekukan oleh Suruhanjaya Bebas Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) setelah disiasat. Maklumat ini sudah tentu disampaikan kepada bank Malaysia yang menerima pemindahan wang ini kerana ia sudah menjadi prosedur biasa bank mengikut amalan terbaik (best practices) untuk mengetahui segala pelanggaran undang-undang melibatkan sesuatu transaksi.

4.  Oleh kerana sumber wangnya dari satu akaun yang telah dibekukan kerana disiasat, serta merta peruntukan Seksyen 14(b) digunapakai yang mewajibkan bank dan pegawainya melaporkan kepada BNM agar transaksi itu disiasat.
5.  Di bawah Seksyen 14(b) Akta, BNM bertanggungjawab menyiasat transaksi tersebut kerana sumbernya dari akaun yang dibekukan dan menimbulkan keraguan bahawa ia bersabit dengan aktiviti haram.

ASAS MEMULAKAN SIASATAN

SEKSYEN 16(3), AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001
1.  Petikan Seksyen 16(3) Akta menyebut:

Pengenalpastian pemegang akaun
16. (3) Sesuatu institusi pelapor hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mendapatkan dan merekodkan maklumat mengenai identiti sebenar orang yang bagi pihaknya suatu akaun dibuka atau suatu transaksi dijalankan jika terdapat apa-apa keraguan bahawa mana-mana orang tidak bertindak bagi pihak dirinya sendiri, terutamanya dalam hal seseorang yang tidak menjalankan apa-apa operasi komersial, kewangan, atau perindustrian di dalam Negara asing tempat terletaknya ibu pejabat atau domisilnya.
2.  Kenyataan Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa wang RM40 juta itu dimasukkan terus ke akaun seorang pemimpin Umno, bukannya ke akaun Umno membayangkan bahawa pemimpin Umno itu mungkin bertindak sebagai wakil kepada Umno, penerima asal derma politik itu seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Nazri Aziz.
3.  Dalam situasi ini, Seksyen 16(3) mengkehendaki bank mengambil langkah-langkah munasabah untuk mendapatkan maklumat tentang individu-individu yang terbabit di dalam transaksi tersebut. Apatah lagi apabila pemimpin Umno “X” itu sudah tentu telah menimbulkan keraguan di pihak bank dan pegawainya apabila seorang ahli politik menerima wang dalam jumlah sebesar RM40 juta.
4. Di bawah Seksyen 16(3) Akta, BNM bertanggungjawab menyiasat individu-individu di sebalik transaksi ini termasuklah si pemegang akaun (pemimpin “X”), Umno sendiri dan penderma untuk menentukan sama ada kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan.

ASAS MEMULAKAN SIASATAN
PERATURAN MATAWANG ASING OLEH BNM MELALUI “ECM4 – GENERAL PAYMENTS”

1. Laporan-laporan berita menyebut bahawa Michael Chia ditahan pada 14 Ogos 2008 dan disiasat oleh ICAC kerana dituduh terlibat di dalam pengendalian wang sebanyak RM40 juta yang sumbernya diragui.
2. Sekitar tempoh Ogos 2008 hinggalah 2010, sebarang transaksi melibatkan mata wang asing atau ringgit di antara pemastautin (resident) dan bukan pemastautin (non-resident) atau transaksi di antara akaun di Malaysia dan luar negara adalah tertakluk kepada peraturan mata wang yang ditetapkan oleh BNM melalui pekeliling ECM4.
3. Mengikut ECM4, sebarang transaksi melibatkan pemindahan wang melibatkan pemastautin dan bukan pemastautin (atau transaksi di Malaysia dan luar Malaysia) yang melebihi RM200,001 perlulah dilaporkan melalui borang khas kepada BNM.
4. Oleh yang demikian, BNM perlu menyemak kembali sama ada pengisytiharan tersebut mengikut ECM4 telah dibuat pada ketika wang RM40 juta dipindahkan. Jika tidak, ia dikira melanggar peruntukan Akta dan perlulah disiasat dengan sewajarnya.

PENUTUP
1.  Asas-asas yang dikemukakan di dalam laporan ini adalah mencukupi untuk BNM memulakan siasatan.

Yang melaporkan

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

25 OKTOBER 2012
ICAC Hong Kong membisu tentang kes RM40j
9:38AM Okt 25 2012
Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong enggan mendedahkan sebarang butiran berkaitan siasatannya terhadap kes RM40 juta di mana ia dilaporkan telah membersihkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman daripada dakwaan pengubahan wang haram.

NONEDalam jawapannya kepada Malaysiakini, ICAC secara ringkas mengucapkan terima kasih kepada portal berita itu yang bertanyakan mengenai siasatan tersebut.

"Kami menghargai pemahaman anda bahawa kami tidak akan mengulas mengenai kes-kes individu," kata pegawai maklumat media kanannya, Cecily Chik dalam satu kenyataan ringkas.

Malaysiakini ingin tahu sama ada ICAC memang telah membersihkan Musa dan telah menutup siasatannya berhubung RM40 juta yang ditemui bersama ahli perniagaan Michael Chia (kanan dalam gambar) di Hong Kong, yang dikatakan untuk Musa (kiri dalam foto).

Dilaporkan bahawa ICAC telah menyoalsiasat Musa dan telah membersihkannya daripada dakwaan tersebut. Pendedahan itu dibuat oleh Setiausaha Umno Sabah, Datuk  Abdul Rahman Dahlan.

musa aman pc in sabah 190608 01Menteri Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipetik sebagai berkata wang itu adalah untuk Umno Sabah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berkata bahawa tiada unsur rasuah telah dibuktikan.

BMF mahu ICAC dedah status siasatan


Sementara itu, Bruno Manser Fund (BMF) telah mendedahkan bahawa ICAC juga enggan memberi maklumat mengenai status siasatan terhadap Musa.

Berikutan itu, BMF menyeru ICAC memaklumkan secara terbuka status dan keputusan siasatannya itu.
Laporan rasuah pada CEO S'wak Energy dibuat di Norway
1:51PM Okt 25 2012
Bruno Manser Fund (BMF) membuat aduan dakwaan rasuah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Bhd Torstein Dale Sjotveit dengan badan antirasuah Norway Okokrim berhubung projek empangan Murum dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

NONELaporan itu dilaporkan oleh akhbar Norway Dagbladet berjudul "Natives furious with Norwegian dambuilder" (Orang Asal berang dengan pembina empangan Norway), kata BMF, NGO yang berpangkalan di Switzerland dalam kenyataannya minggu lalu.

BMF mendakwa mendapat maklumat pada 2010 bahawa syarikat Sjotveit (kanan) dianugerahi kontrak talian kuasa lebih RM99 juta yang mana anak Ketua Menteri Sarawak Abu Bekir Taib didakwa sebagai pemegang saham utama.

NGO itu juga mendakwa, pada tahun yang sama, Sarawak Energy menjual sebahagian daripada anak syarikat pembinaan yang menguntungkan itu kepada syarikat yang sama.

"Tambahan pula, pada Januari 2012, bank-bank di Malaysia mengeluarkan bon Islamik bernilai RM2.5 juta bagi pihak Sarawak Energy," kata BMF sambil mendakwa salah sebuahnya anak syarikat kerjasama yang dikaitkan dengan keluarga Taib.

"Aduan Bruno Manser Fund pada masa ini disokong oleh siasatan syarikat penyelidikan Belanda Profundo."
'Penan pertahan tanah walau tidak diiktiraf warganegara'

  • Ahmad Fadli KC
  • 9:55AM Okt 25 2012
Murum adalah kawasan pedalaman dipenuhi hutan khatulistiwa dan mengambil masa perjalanan selama lebih empat jam dari pekan Bintulu, Sarawak.

NONEAtas nama pembangunan, kerajaan negeri Sarawak bertindak
memajukan Murum dengan meluluskan lesen pembalakan, membenarkan tanaman kelapa sawit diusahakan dan kini melaksanakan projek empangan hidroelektrik Murum.

Pada masa sama, kawasan itu juga menempatkan lapan kampung rumah panjang kira-kira 1,400 etnik Penan.

Berhadapan dengan penempatan semula akibat projek empangan Murum, mereka kini bertindak menghadang jalan masuk ke projek empangan berkenaan.

Wartawan Malaysiakini berkunjung ke Murum dan menemubual etnik Penan di situ.

Menurut Senang Kalang, 27 tahun, beliau tetap akan mempertahankan tempat tinggal dan tanah adat mereka itu.

"Kami tidak pernah takut. Mati dengan kebenaran lebih mulia dari hidup sebegini," katanya tegas.

Menurutnya, kerajaan Sarawak tidak pernah melibatkan mereka dalam perbincangan untuk memajukan kawasan itu.

Katanya, mereka hanya didekati pemaju projek berkenaan selepas
kerja-kerja awal pembinaan dijalankan.

NONE"Mereka pernah tanya kami (jika kami setuju). Kami kata tak mahu," kata Senang (kiri) yang berkhemah di tapak hadangan sejak 25 September lalu.

Pemaju empangan, Sarawak Energy Berhad menandatangani perjanjian mengiktiraf etnik Penan sebagai pemilik tanah adat di kawasan itu.

Namun, pergeseran timbul kerana pemaju bersetuju membayar pampasan pelah daleh (pampasan pecah tanah) dan pemali (pampasan menceroboh) tetapi kerajaan negeri tidak bersetuju dengan tuntutan lain etnik Penan.

Mereka antara lain menuntut RM500,000 setiap keluarga untuk kehilangan tanah adat; tanah 30,000 hektar untuk setiap kampung, tanah 25 hektar untuk setiap keluarga berkebun, pendidikan untuk kanak-kanak, tabung pembangunan masyarakat dan hak ke atas tanah mereka yang tidak akan ditenggelamkan untuk empangan.

NONEMasalah tersebut diburukkan lagi dengan masalah kewarganegaraan
Penan yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Menurut Laporan Penilaian Impak Sosial dan Persekitaran Projek Empangan Hidroelektrik, hanya 60 peratus daripada isirumah etnik Penan mempunyai sijil kelahiran.

Namun, daripada jumlah yang sama lebih 80 peratus masih tidak mempunyai kad pengenalan.

Laporan yang sama juga menyebut bahawa 41 peratus daripada yang tiada kad pengenalan telah memohonnya pada tahun 2009 lagi tetapi masih tidak menerimanya sehingga kini.

Menurut Senang yang tinggal di rumah panjang Long Luar, mereka ada dikunjungi pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara.

Namun dakwanya pihak JPN berdolak-dalih dalam memberikan mereka kad pengenalan selepas permohonan dibuat.

"Berapa kali datang buat IC rumah kami, IC tak siap-siap.

"Kita bawa resit (IC sementara) mereka kata tunggu-tunggu (IC) ini ada di JPN Asap. Kita bawa resit ke Asap pula mereka kata tunggu-tunggu ini ada di Bintulu," keluhnya.

Tinjauan Malaysiakini ke atas sijil kelahiran kanak-kanak Penan mendapati sebahagian besar kolum 'KEWARGANEGARAAN' mereka dicatat sebagai 'BELUM DITENTUKAN'.

NONEMenurut tuai rumah panjang Long Jaik, Matu Tugang (kanan) , perkara itu
berlaku kerana ibu-bapa kanak-kanak Penan juga sebahagian besarnya tidak diiktiraf sebagai warganegara.

Perkara itu katanya menyukarkan proses pendaftaran sekolah mereka jika mereka mahu bersekolah.

"Kami memang mahu kanak-kanak pergi sekolah bukan tak mahu," katanya yang sedih dengan ketiadaan sekolah berhampiran kawasan rumah panjang mereka.

Senang yang bernasib baik kerana mempunyai kad pengenalan kedengaran kesal dengan layanan kerajaan kepada mereka.

"Dulu memang kami sokong kerajaan sekarang kami tidak tahu mahu pilih mana

"Siapa yang kami bakal pilih kami tidak tahu. Bukan kami tolak kerajaan, kerajaan yang tolak kami," katanya.

Tiada ulasan: