Ahad, 28 Oktober 2012

BILA RAKYAT SERING TERTINDAS DAN PILIH BULU@PILIH KASIH

Demo di Putrajaya, rungsing Deepavali suram
3:19PM Okt 28 2012
Walaupun Deepavali tinggal lagi dua minggu, kira-kira 40 peniaga kecil hari ini berhimpun di Putrajaya bagi menarik perhatian perdana menteri supaya campur tangan dalam isu pemindahan bazar mereka sempena perayaan cahaya itu.

Di bawah matahari terik, mereka menaikkan pelbagai kain rentang dan melaungkan pelbagai slogan yang menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan memindahkan bazar mereka di Jalan Tun Sambathan ke Jalan Berhala.

Deepavali protest at PM DepartmentMereka mendakwa tindakan itu menjejaskan mata pencarian mereka.

"Tinggal dua minggu lagi sebelum bazar habis. Perniagaan di kawasan baru sangat teruk.

"Saya tidak akan dapat balik pelaburan saya jika mereka tidak benarkan kali kembali (ke tempat asal)," kata seorang peniaga pakaian yang kecewa Joseph Nathan.

Perhimpunan itu dianjurkan ekoran perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar didakwa gagal menerbitkan keputusan yang memuaskan.
Anwar: MB akan pertahan kerusi Bandar Tun Razak

  • Koh Jun Lin
  • 3:30PM Okt 28 2012
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding sekali lagi bagi mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang mengumumkan akan mencalonkan semula Khalid dalam ceramah di hadapan 300 hadirin di Sungai Besi pagi ini kerana "penduduk Bandar Tun Razak mesti tahu isu Talam".

S Pakatan dinner AnwarAnwar berkata, Khalid boleh dipercayai kerana bekas ahli korporat itu tidak pernah menyalah guna kuasa walaupun berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang besar untuk Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak menyentuh kedudukan Khalid dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Khalid juga penyandang kerusi Ijok.

Sebelum ini terdapat gosip dalaman bahawa kedudukan Khalid sebagai menteri besar kemungkinan akan diambil alih oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
NGO: Insiden kandas malam raya di KKIA memalukan
11:34AM Okt 28 2012
Penjelasan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berhubung insiden bekalan elektrik terputus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disifatkan seperti melepaskan batuk di tangga.

Oleh keraja ia memalukan imej negara, Ketua Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa berkata, tindakan tegas perlu diambil, lebih-lebih apabila penumpang terkandas di malam Hari Raya Aidiladha.

NONEBeliau yang turut terkandas 13 jam berkata, syarikat penerbangan juga tidak mempedulikan mereka apabila tiada setitik air pun diagihkan walaupun semua kafe dan restoran ditutup sempena hari raya.

Menceritakan keadaan pada malam itu, Fariz berkata, penumpang yang membawa bayi dan kanak terpaksa menunggu dan beratur berjam-jam, malah terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk teksi dan hotel.

"Malah pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pengangkutan dan kerajaan negeri Sabah sedikit pun menunjukkan keprihatinan dan kebertanggungjawaban sewaktu kejadian tersebut yang berlaku bukan satu hari tetapi memakan masa dua hari.

"Selaku menteri pengangkutan, beliau (Kong) wajar bertanggungjawab kerana insiden tersebut benar-benar memalukan dan menyedihkan ratusan para penumpang dalam dan luar negara," kata Fariz.

penumpang kandas kkia sabah raya 281012 marah kaunterKong semalam dilaporkan mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di KKIA Khamis lepas yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.

Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan itu dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, Kong berkata, jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya

KKIA dilaporkan ditutup pada malam Khamis selepas lampu landasan tidak berfungsi sehingga memaksa beberapa penerbangan masuk dan keluar dibatalkan atau dijadual semula menyebabkan ramai penumpang terkandas.
Merungkai kembali kesan Operasi Lalang '87

  • Lim Kit Siang
  • 3:55PM Okt 28 2012
ULASAN Semalam merupakan ulang tahun ke-25 Operasi Lalang yang menjadi titik hitam kepada sejarah demokrasi dan hak asasi manusia negara.

Ketika itu bukan sahaja penahanan 106 rakyat Malaysia, termasuklah pemimpin-pemimpin pembangkang - 16 orang daripada DAP, terdiri daripada ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri - ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial, kumpulan pencinta alam, pejuang pendidikan Cina dan pekerja bidang agama.

Tetapi juga terdapat serangan besar-besaran ke atas kebebasan akhbar dengan penutupan tiga suratkhabar, serangan tanpa belas terhadap kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan hukum menyebabkan pemecatan ketua hakim negara dan dua hakim Mahkamah Agung.

Terdapat juga penggubalan beberapa undang-undang yang tidak demokratik hingga menyebabkan perubahan besar kepada landskap politik negara, meletakkan cabang kehakiman dan legislatif di bawah eksekutif atau lebih tepat dalam cengkaman seorang saja, perdana menteri pada waktu itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji melalui Program Transformasi Kerajaan akan menjadikan Malaysia "demokrasi terbaik dunia", tetapi selepas lebih 42 bulan, Malaysia masih ketinggalan daripada menjadi "demokrasi normal" apatah lagi "demokrasi terbaik dunia".

Perkara ini seperti digambarkan apabila beliau dan perikatan pemerintah Umno/BN menolak untuk menyatakan secara terbuka komitmen bahawa mereka akan menerima apa yang ditentukan pengundi pada pilihan raya umum ke-13 dan akan memastikan peralihan aman dan lancar pentadbiran Persekutuan kepada Pakatan Rakyat sekiranya itulah ketentuan pengundi Malaysia di peti undi.

Jelas pertukaran kerajaan di peringkat nasional untuk pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun amatlah diperlukan untuk merungkai segala kemusnahan dan keburukan 25 tahun Operasi Lalang terhadap demokrasi, hak asasi manusia dan institusi negara.

Ia mesti dilakukan baik melalui pemulihan sistem kehakiman yang benar-benar bebas dan kedaulatan hukum yang adil; meleraikan rampasan oleh eksekutif terhadap kuasa parlimen dan badan kehakiman; berkembangnya media yang bebas dan bertanggungjawab serta hak-hak fundamental kebebasan bersuara, ekspresi dan maklumat; mekanisme semak dan imbang yang wajar untuk menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa; dan memulihkan kesaksamaan, kemandirian dan profesionalisme semua institusi negara.

Bersempena ulang tahun ke-25 Operasi Lalang, biarlah semua rakyat Malaysia menyatakan kembali secara tegas untuk merungkai kesemua kemusnahan berpunca daripada malapetaka Operasi Lalang pada 1987 dengan bersatu untuk memperkukuhkan demokrasi, hak asasi manusia dan institusi negara dengan memilih untuk perubahan pentadbiran peringkat nasional pada pilihan raya umum supaya tidak berulang lagi Operasi Lalang pada masa hadapan.


LIM KIT SIANG ketua parlimen DAP dan ahli parlimen Ipoh Timor. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Terlalu awal kaitkan 2 warga M'sia dengan Al-Qaeda
4:55PM Okt 28 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan siasatan terperinci mengenai dua rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada masa sama pihak kementerian sedang menunggu laporan daripada Kementerian Luar mengenai latar belakang kedua-dua lelaki terbabit untuk tindakan lanjut.

hishammuddin hussein dang wangi police station pc 2"Masih terlalu awal untuk mengumumkan penglibatan mereka (dengan keganasan dan Al-Qaeda)," katanya kepada pemberita selepas program ibadah korban kawasan Parlimen Sembrong di Kampung Sri Tambak, di Kluang, hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong mengulas penahanan dua lelaki rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Lubnan kerana disyaki dalam misi untuk melakukan serangan berani mati dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Duta Malaysia ke Lubnan Ilango Karuppannan mengesahkan kedua-dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun itu ditahan beberapa hari lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.

Hishammuddin berkata KDN tidak sesekali memandang ringan penglibatan rakyat negara ini dengan rangkaian militan seperti Al-Qaeda dan Taliban.

Bagaimanapun, beliau berkata penglibatan rakyat negara ini dengan rangkaian pengganas di Timur Tengah bukan fenomena biasa kerana sebelum ini rakyat Malaysia di luar negara hanya terlibat dengan rangkaian militan di sekitar rantau ini.

Katanya tiada negara yang terkecuali daripada kegiatan pengganas disebabkan dunia tanpa sempadan ketika ini dan menurutnya pihak berkuasa negara dengan kerjasama pihak risikan antarabangsa sentiasa melakukan pemantauan bagi menangani isu berkenaan.

"Penglibatan rakyat kita dengan Al-Qaeda dan taliban ini kita kena siasat dan kaji dengan mendalam kerana perkara ini amat membimbangkan kita. Gerakan militan juga tidak berkisar kepada minoriti Islam sahaja tetapi pelbagai kaum dan agama di dunia ini," katanya.

- Bernama
Rakyat Malaysia dapat latihan pengganas di negara jiran

28 Oktober 2012
Zulkifeli Mohd Zin
Zulkifeli Mohd Zin - Foto ehsan Berita Kini
KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak menolak kemungkinan sebilangan rakyat Malaysia yang direkrut oleh gerakan militan antarabangsa Al-Qaeda menerima latihan di sebuah negara jiran.

Beliau berkata, berdasarkan beberapa gerakan militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda beroperasi di negara jiran itu, merupakan salah satu faktor ada segelintir rakyat Malaysia yang direkrut di negara itu.
 
"Kita tidak boleh menyangkal perkara ini, mungkin mereka dilatih di sebuah negara jiran sebelum menyertai kumpulan militan dan kemungkinan juga mereka dilatih di negara kita... perkara ini kita perlu lakukan siasatan dan kita tidak boleh ramal terlalu awal," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
 
Beliau mengulas laporan Bernama mengenai penahanan dua rakyat Malaysia, berusia 21 dan 28 tahun, oleh pihak berkuasa Lubnan dipercayai menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda oleh pihak berkuasa Lubnan.
 
Zulkifeli berkata kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau aktiviti serta gerakan di Malaysia telah diwujudkan sebelum ini dan ia akan dipertingkat bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.
 
"Kita sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam perkongsian maklumat risikan dan keselamatan mengenai pergerakan militan di negara kita. Pemantauan ini perlu dipertingkat selepas perkara ini (penahanan dua rakyat Malaysia)," katanya.
 
Bagaimanapun Zulkifeli berkata, pemantauan pergerakan militan itu adalah di dalam bidang kuasa polis dan tentera sentiasa membantu dalam menyediakan maklumat risikan dalam negara. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama berkata, satu laporan lengkap oleh pihak berkuasa Lubnan dan pihak kedutaan Malaysia di Lubnan sedang ditunggu oleh pihak polis bagi mengetahui punca sebenar penahanan dua lelaki berkenaan.
 
"Kita sedang tunggu satu laporan lengkap dari pihak berkuasa Lubnan bagi membolehkan kita menyiasat dan memantau pergerakan militan membabitkan rakyat Malaysia," katanya.
 
Menurut sumber polis Interpol, kedua lelaki itu dipercayai mendapat latihan daripada seorang lagi rakyat Malaysia, Mustapha Mansour di negara ini pada 2007 untuk dilatih oleh kumpulan militan Al-Qaeda. - Bernama
Lelaki ditembak ketika bantu 2 wanita diragut
10:35AM Okt 28 2012

Seorang pekerja aksesori kereta ditembak seorang lelaki ketika cuba membantu dua wanita yang cuba diragut lelaki itu di sebuah restoran di Jalan Gelen, Kampung Baru, Sungai Buloh, di Kuala Lumpur petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Tuah Nasrom berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, dua wanita yang berumur lingkungan 30-an dikatakan sedang minum di restoran tersebut sebelum didatangi seorang lelaki yang mengugut supaya menyerahkan beg tangan salah seorang wanita berkenaan.

"Hasil siasatan awal kita mendapati berlaku pergelutan di antara suspek dan salah seorang wanita berkenaan sebelum seorang lelaki yang bekerja di kedai aksesori kereta bersebelahan restoran itu datang membantu.

"Tindakan mangsa yang cuba membantu telah menyebabkan suspek melepaskan tiga das tembakan yang mana satu daripadanya terkena bahagian dada mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur malam ini.

Tuah berkata suspek yang panik gagal merampas beg tangan wanita tersebut dan terus melarikan diri bersama tiga lagi rakannya yang menunggu di luar restoran menggunakan dua buah motosikal.

Katanya mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

- Bernama
Dana RM40j: 'Penjelasan Umno tak lagi bermakna'

  • Gary Louis Supi
  • 11:02AM Okt 28 2012
Kerajaan sekali lagi digesa untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dengan segera bagi menyiasat sumbangan derma sebanyak RM40 juta oleh seorang ahli perniagaan kepada Umno Sabah.

Setiausaha Penganjur Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Kalakau Untol berkata, ia perkara yang betul dan patut dilakukan oleh kerajaan demi menjernihkan keadaan.

Jelas beliau, RCI satu-satunya cara untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik isu sumbangan wang tersebut yang hangat diperdebatkan.

"Isu ini kini sedang diperdebatkan dengan meluasnya oleh orang-orang awam. Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin Umno tidak lagi membawa makna," katanya.

Pada Ogos 2008, usahawan Sabah Michael Chia didakwa ditahan pihak berkuasa Hong Kong apabila hendak menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur bersama wang tunai AS$16 juta (RM40 juta).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada 22 Oktober lalu bagaimanapun menegaskan bahawa Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong oleh badan antirasuah negara itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Kalakau berkata, pengakuan bahawa wang itu merupakan sumbangan terhadap parti menunjukkan "suatu bentuk rasuah di peringkat dasar dilakukan oleh organisasi yang besar".

"Terdapat banyak persoalan yang ditimbulkan oleh ramai pemimpin politik yang tidak terjawab.

"Rakyat benar-benar ingin tahu perkara sebenar di sebalik wang sumbangan ini, dan penderma yang terlibat," kata beliau lagi.

Sebelum ini, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang turut menggesa kerajaan agar RCI ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta itu.
Pekerja estet tak puas hati dengan langkah pengusiran
5:26PM Okt 28 2012
Pekerja estet Ladang Bangi tidak puas hati dengan tindakan pemaju Transloyal Development Sdn Bhd yang mengantar notis meminta mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai sebahagian daripada proses pengusiran.

Ini ekoran saman yang difailkan pada 17 Oktober lalu tetapi didakwa hanya diserahkan semalam, sepuluh hari kemudiannya, kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan.

PSM Ladang Bangi court order police report S Arutchelvan"Menghantarnya pada Sabtu dan beharap pekerja tunjuk muka pada pagi Isnin - dan pejabat peguam tutup pada hari minggu - mereka (pemaju) sebenarnya harap pekerja tidak hadir ke mahkamah," katanya.

Sekumpulan 24 pekerja dan anak-anak mereka hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis daerah di Kajang, yang mengadu tiada nama spesifik pada notis dan ia dimasukkan ke peti surat rumah kosong.

Dalam makluman kepada media, penduduk juga berkata, mereka terkejut kerana baru sahaja habis membuat rundingan bagi penyelesaian pada 25 Oktober yang turut melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan kerajaan Selangor.

Mereka menyifatkan tindakan pemaju itu sebagai "taktik kotor untuk memangsakan penduduk".
Polis trauma rumah terbakar 2 kali dalam 45 hari
4:50PM Okt 28 2012
Seorang anggota polis bantuan trauma kerana belum sempat melupakan pengalaman pertama kuartersnya terbakar awal bulan lalu dia menghadapi musibah yang sama di kuarters kedua yang baru didiaminya, petang semalam.

Dalam kejadian 6.40 petang semalam, Mohamad Adnan Hasbullah, 52, yang tinggal bersama empat anak dan isterinya, tinggal sehelai sepinggang apabila hampir semua pakaian dan peralatan rumah yang disedekahkan orang ramai ketika kejadian kebakaran pertama pada 12 September lalu turut musnah terbakar.

Tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampung Raja berjaya memadam kebakaran itu sepenuhnya dan menghalang api daripada merebak ke kuarters bersebelahan, dalam tempoh 55 minit.

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat dua kuarters separuh konkrit itu iaitu dari sebuah bilik tidur sebelum merebak ke seluruh bahagian tingkat berkenaan.

Sementara itu mangsa Mohamad Adnan ketika ditemui di tempat kejadian berkata semasa kejadian beliau dan keluarganya dalam perjalanan menuju ke Pasir Putih, Kelantan untuk menghadiri kenduri keluarga terdekat.

"Ketika sedang memandu dan sampai di Kampung Tok Khamis, saya menerima panggilan daripada kawan yang mengatakan kuarters saya terbakar.

"Dengan bantuan rakan-rakan, kami hanya sempat menyelamatkan barangan perabot yang terletak di tingkat bawah sahaja kerana di tingkat atas terbakar hampir keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata kejadian malam tadi merupakan kali kedua dialaminya dalam masa 45 hari.

Pada 12 September lalu kuarters kediamannya yang terletak kira-kira 10 meter dari kuarter yang didiami sekarang terbakar pada 2 pagi ketika beliau dan keluarga dalam perjalanan menuju ke Melaka bagi menziarahi cucunya yang sakit.

Katanya dalam kejadian pertama beliau sedang dalam perjalanan antara Raub dan Bentong apabila menerima panggilan yang kuartersnya terbakar.

"Saya sangat sedih kerana semua peralatan dan buku-buku termasuk nota pelajaran anak perempuan saya, Nuraini Fazreen, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), minggu depan turut musnah," katanya.

"Ini merupakan pengalaman pahit yang tidak akan mudah kami lupakan sampai bila-bila," katanya yang bertugas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Besut.

- Bernama

Tiada ulasan: