YOU'RE BEHIND TIMES, Eli tells Najib: Step down as Women's minister! Posted on Sunday, October 07 @ 12:53:17 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
By Elizabeth Wong
It is hard to understand why Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would choose an occassion such as National Women's Day to insult Malaysian women and our efforts to achieve equality.
Najib, who is also Women, Family and Community Development Minister, was quoted as saying there is "no need for a women's rights movement in Malaysia." According to him, equality has already been given from the start.
Najib further revealed just how out of touch he is with the lives ordinary Malaysians, especially women when he used the example of an elite golf club in the United States that restricts women membership. Women in Malaysia, he says, are free to join any club.
What he fails to understand is the struggle for gender equality is not about gaining admission to elite country clubs. Instead, generations of Malaysian women have been struggling to address the lack of women in decision-making positions, such as Parliament, State Assemblies, corporate boardrooms and the civil service.
We have been fighting to ensure women receive equal pay as our male counterparts. We have been demanding for women to be treated by society with respect and dignity.
In these areas, Malaysia remains very far behind the rest of the world. Despite making up half the population, less than 10% of Members of Parliament are women, while only a small fraction of candidates for public office are female. The recent spate of lenient sentences for those found guilty of statutory rape also served as a reminder how much further we still have to go in pursuit of justice for women in Malaysia.
Squeezing out women
To make matters worse, Najib's view on women's rights is apparent not only from his words, but also deeds. This can be seen in the continous
reduction in budget allocation given to the Women, Family and Community Development Ministry.
reduction in budget allocation given to the Women, Family and Community Development Ministry.
In 2010, it received RM2.4 billion in budget allocation. The following year it was reduced to RM2 billion, before being slashed to RM1.9 billion in 2012. For 2013, the ministry will have to make do with even less: only RM1.8 billion has been allocated in the recently announced budget. One would think with Najib helming the ministry it would be given priority in terms of funding, but clearly the opposite has happened.
In stark contrast, Pakatan Rakyat allocated RM4.5 billion in its shadow budget, which will include a National Women's Contribution Fund and childcare allowance.
The Fund will operate as a social safety net for five million women homemakers, and cost RM3 billion a year to operate. In the event that they are widowed, disabled or divorced, they will be able to fall back on the fund for their needs.
Najib's statement today is a shameful step back in the movement towards gender equality and representation. However it has certainly made clear to the public that he does not regard women's rights as important. This is why he should not remain as Minister of Women, Family and Community Development.
YB ELIZABETH WONG is the Executive councillor, Selangor State Government
Bajet 2013: Berbelanja ikut mampu dan perlu Posted on Sunday, October 07 @ 12:40:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh PAS Perak
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)
Bajet tahunan kerajaan (annual budget) adalah instrumen utama dalam urustadbir fiskal negara yang memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan sesebuah negara bagi tahun mendatang. Komponen utama sesebuah belanjawan adalah pendapatan cukai (tax) dan peruntukan perbelanjaan (spending) demi mencapai objektif utama dasar fiskal iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment).
Justeru, setiap instrumen di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat kewangan negara, dengan mengambil kira senario ekonomi dalaman dan luaran semasa, mengikut acuan ideologi dan falsafah sesebuah kerajaan.
Bajet tahunan adalah sangat penting kerana ia memperincikan peruntukan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan prasarana utama negara, khususnya dalam sektor perkhidmatan, pendidikan dan kesihatan, pembinaan, pengangkutan dan utiliti, serta keselamatan dan pertahanan. Namun, sisi utama yang perlu diberi perhatian adalah bajet bermula dengan pendapatan, dan kerajaan perlu bijak mencari titik keseimbangan dalam membuat perhitungan dan peruntukan, bukan sekadar memilih mana yang baik, malah perlu memilih mana yang lebih baik.
Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan (negara) atau seorang Pak Haji yang mengetuai sebuah keluarga (isi rumah), iaitu “berbelanja ikut mampu dan perlu, bukan ikut mahu nafsu”.
Berbelanja ikut mampu dan perlu …
Kemampuan kewangan (financial strength) bergantung pada tahap ilmu (knowledge), bakat (talent) dan pendapatan (income) yang dimiliki seseorang. Begitulah juga ukuran kemampuan kewangan negara yang bergantung pada sumber manusia dan alam semulajadi untuk dimanfaatkan demi kemaslahatan bersama.
Menyingkap kembali angka-angka di dalam Bajet 2012, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan hampir RM230 bilion untuk dibelanjakan, dibiayai oleh sumber hasil berjumlah RM190 bilion. Apabila berlakunya situasi kekurangan pendapatan untuk menampung perbelanjaan, inilah yang dinamakan sebagai defisit dan natijahnya, kerajaan terpaksa mengambil pinjaman hutang pada kadar RM40 bilion untuk menampungnya.
Secara kasarnya, hasil pendapatan negara bagi tahun 2012 dijangka diperolehi daripada sumber cukai langsung (direct tax) pada nisbah 52 peratus, manakala sumber cukai tidak langsung (indirect tax) menyumbang sebanyak 18 peratus dan sumber bukan cukai (non-tax revenue) pula menyumbang 30 peratus daripada keseluruhan pendapatan 2012 yang diunjurkan berjumlah RM190 bilion. Kerajaan perlu bijak berbelanja secara mampan, dalam keadaan negara terlalu bergantung kepada sumber berkaitan petroleum yang sekarang ini mencecah ke nisbah lebih 35 peratus, tatkala Petronas berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran harga minyak dunia, di samping rizab bekalan minyak di perairan Malaysia yang kian mencabar.
Sewajarnya, pihak kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, memperkenalkan iklim cukai yang mesra-rakyat dan mesra-pelabur, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan kesihatan, serta menghentikan ketidakcekapan dan ketirisan dengan pelaksanaan sistem tender yang telus.
Inilah pertimbangan dan kebijaksanaan yang perlu ada pada seorang Perdana Menteri yang kerajaannya berpendapatan RM200 bilion setahun, sebagaimana pertimbangan yang perlu ada pada seorang Pak Haji yang isi rumahnya berpendapatan RM2,000 sebulan, bijak mengatur perbelanjaan anak-anak di sekolah dan universiti, di samping bayaran ansuran pinjaman rumah dan kereta, serta perbelanjaan kecemasan dan luar jangka di musim perayaan dan cuti persekolahan.
Calvin Coolidge, bekas Presiden Amerika ke-30 pernah menyebut: “There is no dignity quite so impressive, and no one independence quite so important, as living within your means.”
... bukan ikut mahu nafsu
Kehendak dan kemahuan manusia sifatnya tidak terbatas. Justeru, kemahuan perlu dikawal mengikut keperluan (necessity) dan keutamaan (priority) sebagaimana digaris oleh Al-Quran dan As-Sunnah dan disusun baik oleh para ulama’ dalam disiplin Maqasid As-Syariah dan Fiqh Al-Awlawiyyat.
Matlamat utama pengurusan khazanah perbendaraan negara adalah dalam menjamin kelangsungan dayasaing dan dayatahan ekonomi rakyat dan negara. Bertitik-tolak daripada sumber pendapatan yang mampan, kerajaan perlu memberikan keutamaan terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.
Amalan berbelanja yang tidak berhemah di pihak kerajaan adalah amat membimbangkan dan perlu diberhentikan. Menurut laporan yang dikeluarkan pihak REFSA berkenaan urustadbir kewangan negara, Malaysia menanggung hutang persekutuan terkumpul berjumlah RM456 bilion pada tahun 2011, peningkatan hampir sekaliganda berbanding RM229 bilion hutang pada akhir tahun 2005. REFSA turut membuat pemerhatian berikut, “Dalam tempoh 6 tahun semenjak 2005, kerajaan telah meminjam melebih kadar pinjaman dalam tempoh 48 tahun selepas merdeka, iaitu di antara tahun 1957 dan 2005.” Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang persekutuan sekarang hanya berada 1 peratus di bawah had siling 55 peratus yang ditetapkan oleh pemimpin negara terdahulu.
Tiada salahnya berhutang jika ianya pada perkara yang diperlukan dan memberi pulangan jangka panjang. Namun, jika Perdana Menteri berterusan berbelanja mengikut mahu nafsu, wang negara akan dihabiskan pada perkara yang tidak perlu, kita pula terpaksa menanggung hutang untuk menampung belanja di luar mampu.
Rakyat bijak memilih
Dengan pembentangan Bajet 2013 di ambang PRU ke-13, jelas sekali bahawa gendang pilihanraya telah berbunyi dan menandakan hari-hari yang mendatang bakal dihiasi dengan pelbagai janji manis oleh pihak kerajaan sekarang (government of the day) dan kerajaan alternatif (government in waiting). Bajet adalah satu proses pilihan, justeru rakyat seharusnya bijak memilih sebagaimana bijaknya memilih untuk berbelanja pada musim Ramadan dan Syawal baru-baru ini.
Benarlah pesan orang tua-tua: “Berbelanja ikut mampu dan perlu, bukan ikut mahu nafsu.
Datuk Azalina Terkejut Peserta Demo Tidak Dibayar Posted on Sunday, October 07 @ 12:35:18 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh Riduan Mohd Nor
Isu dakwaan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di bayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke perhimpunan ini tidak mengejutkan. Sudah banyak kali perhimpunan aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti ini. Mungkin juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka.
Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati. Datuk Azalina Othman sebenarnya tidak memahami bagaimana rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa dibayar upah sesen pun. Mungkin kerana beliau telah lama bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan. Bagi mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas (pengangkutan) dan lain-lain.
Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan. Datuk Azalina Othman pasti terlopong mulutnya melihat ratusan ribu rakyat dari segenap pelusuk negara hadir dalam perhimpunan Bersih 1, 2 dan 3 serta siri perhimpunan aman yang dianjurkan tanpa dibayar upah sesen pun. Malah peserta himpunan anjuran PR tidak gentar dihadapkan dengan gas pemedih mata, air asid, ditangkap, dipukul dan dipenjarakan kerana sudah acapkali menerimanya.
Jika benar peserta ini dibayar dalam perhimpunan ini dengan nilai RM 30.00 seorang, dari mana Pakatan Rakyat dapat duit sebanyak itu? Dari poket Pakatan Rakyat? Jika PR yang dimaksudkan, amat sukar untuk dipercayai kerana PR bukan parti berada. PAS sendiri hidup bukan kerana kukuhnya kedudukan kewangan, melainkan iltizam, semangat dan istiqomah serta keikhlasan dalam diri amilin dan petugas. Begitu juga parti komponen Pakatan Rakyat yang lain. Usahkan duit upah, T Shirt pun peserta sendiri kena beli. Dari poket kerajaan negeri Pakatan Rakyat? Jika demikian, elok pihak yang mendakwa mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan mengajukan kepada SPRM untuk diadukan.
Datuk Azalina Othman seharusnya realistik dan tidak beremosi dalam membuat tuduhan melulu. Seeloknya beliau selami permasalahan sebenar yang berlaku. Rakyat tidak emosi jika tidak bersebab, dan rakyat tidak marah jika keperluan mereka dipenuhi. Rakyat marah dan bangkit apabila mereka dianiaya dan dizalimi. Sebaiknya Datuk Azalina turun bersama rakyat dan menjadi jaguh membela rakyat di kawasannya. Beliau boleh bersuara bagi pihak rakyat di kawasannya ataupun bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Rakyat turun berdemo jika diadakan buat kali kedua. Ini lebih baik untuk politik dirinya dari sibuk mencabar orang lain. Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat.
RIDUAN MOHD NORKetua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia KANTOI! Bekas Wartawan Suara Keadilan Ejen Umno? Posted on Sunday, October 07 @ 12:30:32 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Blog Sharpshooter
Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.
Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.
"Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
"Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
"Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media.
--------
"Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
"Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media.
--------
Untuk mengetahui siapa sebenarnya Dzulkarnain Taib ini dan mengapa dia dikatakan menjadi ejen Umno, ikuti tulisan seterusnya.
-------
-------
Ekoran pendedahan oleh PASPB blog di sini semalam amat memeranjatkan ramai pihak.
Bagaimana laman web kepunyaan PKR boleh mengeluarkan artikel yang mengutuk perjuangan sendiri dan rakan-rakannya PAS dan DAP, perkara ini amat-amat mengejutkan.
Sebenarnya sahabat Addin pernah memberitahu yang beliau mengenali seorang individu yang bernama Dzulkarnain Taib yang bertugas di TVSelangor.
Beliau mengenali individu ini semasa beliau belajar di UKM, Dzulkarnain Taib pernah datang bersama-sama dengan mantan YB Umno Tanjung Dawai, Rosnah Majid untuk bertemu pimpinan siswa UKM pada era reformasi 1998.
Menurut maklumat sahabat Addin, Dzulkarnain Taib ini pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan RTM.
Selepas mengetahui Dzulkarnain Taib ini bertugas di TVSelangor, sahabat Addin pernah memberitahu Ketua AMK iaitu Shamsul Iskandar supaya menyiasat individu ini.
Adakah Dzulkarnain Taib ini yang membuat onar dan menjadi ejen UMNO di TVSelangor selama ini?
Addin meminta mana-mana pimpinan atau ahli-ahli PKR yang membaca 'posting' ini agar menyiasat perkara ini.
Sehingga ke saat ini laman web TVSelangor masih tidak boleh di 'access'..
Kerajaan UMNO-BN tak ada otak? Posted on Sunday, October 07 @ 12:06:52 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: KalamBatu
"Kerajaan UMNO-BN tak ada otak! Memang sah tak ada otak. Hanya makhluk tertentu seperti manusia, binatang dan ikan sahaja yang diberi otak. Kerajaan UMNO-BN mana ada otak!
Contoh ... Ini Contoh.. Contoh bukti Kerajaan UMNO-BN tak ada otak. Depa tukar wang syling, wang kertas .. kesan jangka terdekat mereka tak fikir. Kalau tak fikir maknanya tak ada otak!
Semalam... yer semalam di Bangunan PAS... Bukan Bangunan Parti Islam SeMalaysia ... Tapi Bangunan PUSAT ALAM SENTRAL Shah Alam.. Kecoh.. ribut .. kereta berderet-deret nak keluar terpaksa mengguna.. hingar bingar bunyi hon orang-orang yg hilang sabar ... Sebabnya .. mesin bayaran tiket parking tak terima duit plastik baru .... dan bukan senang nak cari duit lama.
Teman sendiri naik hot ... tak paya ceritalah.. begitu juga mesin-mesin paking kereta yang pakai siling ... tak terima duit siling baru ... Macam itu juga Mesin Air Bersih.. tak terima wang siling baru..
Aper kejadahnya nya ni... PM Malaysia yang budiman kata HARAM JADAH! ... semuanya berpunca kerana TAK ADA OTAK! Kerajaan tak ada Otak!
Nak marah ... marahlah... Kerajaan UMNO-BN mana ada otak! Yang pemimpin tertingginya tahu adalah melaungkan perkataan haram jadah dan beri rasuah .. rakyat diperbodoh dan diharam jadah ..
Haram jadah ... haram jadah ... tak ader ke vocabulari Melayu yang lebih baik dari haram jadah?
Inilah punca katak Ibrahim Ali marah sangat pada Anwar Ibrahim Posted on Sunday, October 07 @ 12:20:27 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Blog Sharpshooter
3 Oktober lalu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan telah melaporkan, Ibrahim Ali mendakwa Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.
Ini kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung.
Kata Ahli Parlimen Pasri Mas itu lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.
Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)? Soal Ibrahim Ali.. – sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Ini jawapannya...
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).
Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober 2012 di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.
Memetik laman rasmi AMKSS UK ( di SINI ), ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.
Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?’.
Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK.
AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.
Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis ‘Orientalism’), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis ‘Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources’).
Persoalannya disini ialah kenapa Anwar yang menerima anugerah ini.. bukan Najib?
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Pemimpin Pakatan Rakyat Ni Kadangkala Bangang dan Tak Reti Bahasa Juga Posted on Sunday, October 07 @ 12:45:27 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh Tok Janggut
Banyak sudah aduan dibuat kepada pihak berkuasa oleh pemimpin pembangkang terhadap puak UMNO yang melakukan penipuan, menggunakan samseng dan sebagainya tetapi semuanya tidak mendatangkan kesan malahan tidak dipedulikan langsung oleh pihak berkuasa tersebut.
UMNO juga langsung memghiraukan lapuran, desakan yang dibuat oleh pihak pembangkang supaya pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan ke atas lapuran yang dibuat kerana tahu mereka berkuasa dan pihak polis, SPR, SPRM tidak akan berani dan tidak mampu untuk menyiasat apatah lagi untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Malahan pihak polis, SPR dan SPRM ini dlihat bersekongkol dan melindungi serta terpaksa membuat semua kerja-kerja jahat dan penipuan yang diarahkan oleh UMNO terhadap mereka selama ini tanpa mampu membantah.
Penyelewengan dan salahguna kuasa Peguam negara dan bekas Ketua Polis negara yang didedahkan oleh bekas pegawai polis dan pihak lain terhadap beberapa kes yang melibatkan pemimpin tertinggi UMNO. Pemimpin pembangkang seperti orang bodoh dan tak reti bahasa mendesak kerajaan supaya menyiasat dan ambil tindakan terhadap kedua-dua pegawai tinggi ini. Apakah mereka rasa kerajaan UMNO akan melayan deskan tersebut kerana jika siasatan dan tindakan diambil sudah tentu kedua-dua pegawai ini akan mendedahkan mengapa mereka bertindak begitu, siapa yang arahkan. Maka semua rahsia akan bocor. Keduanya melakukan perbuatan tersebut atas arahan pemimpin UMNO dan mereka berdua mungkin sudah dijanjikan akan dilindungi. Adalah mustahil kerajaan akan menyiasat dan mengambil tindkan terhadap orang yang mereka arahkan membuat kerja kotor itu kerana akhirnya semuanya akan terbongkar nanti.
Begitu juga dengan penipuan daftar pengundi yang dibuat oleh SPR. Mengapa bangang sangat pembangkang yang mendesak kerajaan menyiasat dan membersihkan daftar pengundi tersebut? Bukankah apa yang dibuat oleh SPR itu atas arahan kerajaan UMNO? Jadi bagaimana kerajaan UMNO sendiri hendak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka sendiri? Itu juga sebabnya mengapa kerajaan UMNO menolak permintaan pembangkang untuk menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihanraya umum negara kita ini kerana bimbang semua penipuan yang mereka lakukan akan terbongkar. Bolehkah kita mengarahkan perompak supaya menyiasat siapa yang merompak sesebuah rumah itu sedangkan perompak itulah yang merompak rumah tersebut? Begitulah juga bagaimana pembangkang cuba mendesak Najib supaya menyiasat rasuah kapal selam dan pembunuhan warga Monggolia itu sedangkan pembangkang sendiri yakin bahawa Najib memang terlibat dengan kedua-dua kes itu! Bodohlah Najib jika beliau mengarahkan pihak berkuasa menyiasat kes itu.
Begitu juga desakan supaya kerajaan UMNO memulangkan semual royalti minyak Kelantan. Munasabahkah mereka akan mengembalikan semula wang tersebut kerana mereka memang sengaja buat kerja zalim itu dengan tujuan untuk menunjukan kuasa mereka dengan perasaan sombong dan angkuh. Hati-hati mereka semua itu sebenarnya sudah di hijab oleh Allah ke arah perkara yang baik, adil dan bertimbangrasa. Hati-hati mereka semua sudah hitam pekat dengan sifat mazmumah yang tebal. Sukar untuk dibersihkan lagi kerana sepanjang hidup mereka darah dan daging mereka sentiasa disuap dengan makanan dan minuman dari sumber haram seperti rasuah, penipuan, rompakan harta rakyat, hasil judi dan riba.
Masalah penipuan daftar pengundi yang dibuat oleh SPR. Apakah tidak ada ruang dalam undang-undnag negara kita untuk membolehkan kita menyeret SPR ke mahkamah atau membuat lapuran kepada badan antarabangsa seperti PBB? Apa yang paling penting ialah, gandakan usaha untuk meyakin rakyat terutamanya di luar bandar akan penyelewengan dan kezaliman, penipuan serta salahguna kuasa puak UMNO ini untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN di peringkat Pusat. Maka dengan itu nanti semuanya boleh kita siasat, bongkar dan ambil tindakan. Yang pastinya ketika itu bukan sahaja pemimpin UMNO yang berbaris di mahkamah dan memenuhi penjara-penjara dalam negara tetapi semua pegawai tinggi kerajaan termasuk SPR, JPN, IPTA, Polis, SPRM dan jabatan-jabatan lain yang selama ini bersekongkol dengan UMNO melakukan khianat terhadap rakyat dan negara akan turut sama berbaris di mahkamah. Jangan lepaskan mereka.
Pemimpin pembangkang diharap jangan buang masa dan jangan jadi terlalu bangang dengan mengharapkan bahawa lapuran dan desakan mereka akan dilayan oleh kerajaan UMNO. Mereka hanya jadi bahan ejekan, sindiran dan bahan ketawa sahaja kerana semua lapuran yang mereka buat hanya masuk ke dalam tong sampah sahaja. Tumpukan ceramah dan penerangan ke dalam-dalam kampung dan desa pula walaupun yang datang mendengar bilanganya kecil kerana yang penting maklumat itu sampai kepada rakyat. Kurangkan ceramah dikawasan-kawasan bandar atau pekan kerana kawasan-kawasan begini penduduknya agak celik dan selalu mendapat maklumat melalui internet dan tidak perlu risau lagi dengan sokongan mereka. Jangan buang masa di balai-balai polis untuk membuat lapuran terhadap puak UMNO tetapi lapurkan kepada rakyat sehingga ke akar umbi akan semua kerja jahat, samseng, ganas dan penipuan UMNO ini kerana hanya rakyat sahaja yang mampu menghukum puak UMNO ini dalam PRU13 kelak. Pihak berkuasa tidak mampu mengambil tindakan malahan mereka ini pula dilihat bersekongkol dan melindungi semua kerja jahat, samseng, ganas dan penipuan UMNO ini. Kesihan rakyat Malaysia. Wallahualam.
JPJ sasar pasang 831 kamera AES dalam 18 bulan
7 Oktober 2012
Beliau berkata setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu.
"Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)' di sini.
Ismail berkata AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
"Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat," katanya.
Program SKSJ memudahkan orang ramai khususnya di luar bandar memiliki lesen motosikal dengan lebih mudah dan cepat. - Bernama
Kutipan Derma Untuk Pembinaan Surau Al-Maudoodi Posted on Sunday, October 07 @ 12:05:58 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: jejakakl
"ASSALAMUALAIKUM
SURAU AL-MAUDOODI MEMERLUKAN SEBANYAK RM 400000.00 UNTUK PEMBINAAN SURAU. MOHON KERJASAMA DARIPADA SEMUA PIHAK UNTUK MENYUMBANG KE AKAUN PEMBINAAN SURAU.
NAMA BANK : CIMB ISLAMIC BANK
NO AKAUN : 1268 0000 477105
NAMA AKAUN : SURAU AL-MAUDOODI
JUGA DIALU-ALUKAN SUMBANGAN SIMEN, PASIR DAN BATU
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI 012-3481979 - KHAZIMI / 019-9764288 - UST NORDIN
SEKIAN, TERIMA KASIH
" SEKIAN, TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan