Ketua Pemuda PAS ziarah imam Hoslan
Rusli Yasmin, | 14 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan hari ini meluangkan masa menziarahi Imam Hoslan di kediamannya di PPR Cochrane, di sini.
Nasruddin yang hadir bersama exconya, Zamri As'ad Khuzaimi turut menyampaikan sumbangan khas dari Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada Hoslan sekeluarga.
Hoslan dibebaskan khamis lalu iaitu lebih awal dari tempoh setahun hukuman penjara atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakannya membaling selipar kepada panel hakim.
Beliau kini menjalani perintah parol selama sebulan dan sedang dalam pemantauan pihak berkuasa.
Sewaktu ketibaan rombongan pemuda PAS, Hoslan tidak dapat menahan sebak lalu terus bersalaman dan memeluk erat Nasrudin.
Beliau juag turut melahirkan rasa gembira dan terharu dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS itu.
Dalam pertemuan itu imam Hoslan turut menceritakan bagaimana beliau sempat mengajarkan syahadah dan berdakwah kepada penghuni-penghuni penjara, selain sering kali mengimamkan solat jamaah bersama mereka.
Beliau menganggap ujian dan cabaran yang beliau lalui sebelum ini sebagai satu hikmah dalam kehidupan beliau dan bertekad akan terus berjuang untuk Islam selepas ini.
Beliau turut menyampaikan salam dan terima kasih beliau kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Turut bersama meraikan pembebasan beliau petang tadi adalah AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan.
DAP: Apa faedah BR1M jika dapat saman AES?
Setiausaha
DAP Lim Guan Eng berkata rakyat berpendapatan rendah perlu membayar
lebih daripada apa yang diterima melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) sekiranya dikenakan saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik
(AES).
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan menyalurkan RM500 kepada golongan berkenaan, yang perlu membayar RM300 setiap kali disaman melalui sistem AES.
"Apa yang bagusnya kalau kerajaan beri kepada anda RM500? Dengan ada dua saman, sama seperti mereka ambil semuanya balik dengan untung yang lebih mereka dapat," katanya ketika berucap di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan hari ini.
Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September lalu. Pada lapan hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan.
Lim mendakwa, ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem berkenaan dan menjadi tanggungjawab DAP untuk membangkitkannya.
"Adakah masyarakat marah? Kalau marah, ini adalah peluang (kerajaan) memberi penerangan kepada rakyat," katanya lagi.
Menurut Lim projek AES mendapat tentangan kerana pemegang konsesinya, ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd mampu mendapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar.
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta pada peringkat ketiga.
"(Ini memberi pulangan) lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," katanya lagi.
Dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat Penyokong minggu lalu, penyokong kerajaan dan pembangkang juga sama-sama menyuarakan tentangan ke atas pelaksanaan AES.
MP DAP Kota Melaka Sim Tong Him berkata kerajaan perlu meminda had laju di lebuh raya kerana menurutnya had laju itu tidak seragam dan akan menjadikan orang ramai mangsa dengan pelaksanaan AES.
MP BN Sri Gading Datuk Mohamad Aziz pula berkata pelaksanaan sistem itu patut ditangguhkan kerana syarikat terbabit menurutnya mungkin hanya mahu membuat duit.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan menyalurkan RM500 kepada golongan berkenaan, yang perlu membayar RM300 setiap kali disaman melalui sistem AES.
"Apa yang bagusnya kalau kerajaan beri kepada anda RM500? Dengan ada dua saman, sama seperti mereka ambil semuanya balik dengan untung yang lebih mereka dapat," katanya ketika berucap di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan hari ini.
Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September lalu. Pada lapan hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan.
Lim mendakwa, ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem berkenaan dan menjadi tanggungjawab DAP untuk membangkitkannya.
"Adakah masyarakat marah? Kalau marah, ini adalah peluang (kerajaan) memberi penerangan kepada rakyat," katanya lagi.
Menurut Lim projek AES mendapat tentangan kerana pemegang konsesinya, ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd mampu mendapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar.
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta pada peringkat ketiga.
"(Ini memberi pulangan) lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," katanya lagi.
Dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat Penyokong minggu lalu, penyokong kerajaan dan pembangkang juga sama-sama menyuarakan tentangan ke atas pelaksanaan AES.
MP DAP Kota Melaka Sim Tong Him berkata kerajaan perlu meminda had laju di lebuh raya kerana menurutnya had laju itu tidak seragam dan akan menjadikan orang ramai mangsa dengan pelaksanaan AES.
MP BN Sri Gading Datuk Mohamad Aziz pula berkata pelaksanaan sistem itu patut ditangguhkan kerana syarikat terbabit menurutnya mungkin hanya mahu membuat duit.
Pemuda PAS serah RM100,000 bantu Rohingya
Rosli Yasmin, | 14 Okt 2012 |
Hasil kutipan itu telah disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pejabatnya di sini, jam 2 petang tadi.
Cek sumbangan telah diterima oleh wakil umat Islam Rohingya di Malaysia, Ustaz Jaber Mohd Subahan yang juga Presiden Majlis Ulama Rohingya.
Tabung Rohingya telah digerakkan beberapa bulan yang lalu oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Adram Musa.
Pada bulan Ramadhan yang lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 dalam majlis berbuka puasa bersama warga Rohingya yang berada di Malaysia.
Turut hadir dalam majlis itu tadi ialah Dr Shamsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS), Nasrudin Hassan (Ketua DPPM) dan Nurul Islam (Exco DPPM).
Ingatkan Najib tentang Soros: Terima kasih Muhyidin
Abdul Aziz Mustafa, | 14 Okt 2012 |
(Pertemuan Soros dan Najib tidak perlu jika benar apa yang dicanangkan oleh tukang kempen BN)
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana mengingatkan Perdana Menteri bahawa bantuan George Soros "tidak membantu negara".
Ketika menyokong apa yang didakwanya sebagai peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Soros, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah satu perkara bahaya jika tidak disedari peranan jutawan Yahudi di pelbagai negara.
Walaupun tidak dinyatakan, Mahfuz menyifatkan ingatan Muhyiddin itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Akhirnya, Najib semalam mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan Soros di New York dua tahun lalu.
Mahfuz (gambar) berharap, peringatan Muhyiddin itu diberi perhatian serius oleh Najib.
"Tidak elok merayu bantuan orang yang siang malam Dr Mahathir dan Umno sendiri hebah dan hebohkan sebagai penyangak.
"Kalau tidak ada keperluan dan tidak ada bantuan yang hendak dirayu, tidak mungkin seorang Perdana Menteri sanggup mengambil risiko berjumpa senyap-senyap 'dalam gelap' dengan watak yang dicerca siang malam oleh partinya sendiri.
"Tak usahlah mendakwa kononnya Soros yang hendak jumpa beliau, nanti banyak lagi yang akan terdedah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga menolak dakwaan Muhyiddin kononnya Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan isu Soros demi keuntungan politik parti pemerintah itu.
"Selamba sungguh Muhyiddin berbohong seolah-olah rakyat tidak ada maklumat dan tidak baca berita," katanya sambil merujuk kepada projek memburuk-burukkan pembangkang melalui tindakan mengaitkan mereka dengan Soros seperti yang dilaporkan dengan meluas oleh media sekarang.
Projek itu dilaporkan telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini dan dakyah berkenaan disebarluaskan melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Mahfuz berharap Najib dapat mengingatkan Muhyiddin bahawa, bukan sahaja tidak menepati janji, berbohong juga perbuatan munafik.
Perdana Menteri hari ini dilaporkan mendakwa bahawa kerajaan BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.
Sambil terus mengaitkan dengan pertemuan senyap-senyap Najib dengan Soros, Mahfuz mengingatkan bahawa Perdana Menteri yang jujur tidak bercakap lain di hadapan rakyat tetapi di belakang mereka melakukan yang lain pula.
"Adalah satu perbuatan songsang dan hipokrit yang amat serius apabila Perdana Menteri senyap-senyap bertemu 'dalam gelap' dengan watak yang dikempenkan sebagai penyangak di hadapan rakyat malah digambarkan sebagai musuh yang merosakkan negara," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa kerajaannya menunaikan janji, Mahfuz yakin ruang siber sehari dua ini akan penuh dengan senarai janji-janji bohong BN.
"Janji tidak ditepati BN sudah terlalu masyhur," kata beliau.
Jangan halang orang buat baik
Mohd Sabri Said, | 14 Okt 2012 |
(Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap pada pelajar di Komplek Sukan Bertam.)
KEPALA BATAS: Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal Kementerian Pelajaran Malaysia sanggup menghalang usaha kerajaan negeri Pulau Pinang daripada memberi RM100 kepada pelajar membabitkan darjah 1, 4 tingkatan 1 dan 4.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pemberian sumbangan itu kepada 300 orang pelajar emas seluruh Parlimen Kepala Batas di Komplek Sukan Bertam petang tadi.
Sepatutnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Ir Dr Wee Ka Siong tidak bertindak campur tangan melarang sekolah rendah dan menengah negeri ini daripada menerima borang yang dihantar demi kebaikan pelajar sendiri.
"Kementerian Pelajaran patut berterima kasih pada Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha membantu pelajar darjah satu, empat, tingkatan satu dan tingkatan empat bukan menghalang pihak sekolah daripada bekerjasama," tegasnya.
Sikap yang ditunjukkan oleh menteri dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertamadhun, katanya.
Sepatutnya mereka bersikap terbuka untuk membantu ibu bapa yang kurang mampu.
Kementerian Pelajaran katanya, hendaklah berbincang dengan kerajaan mana-mana negeri yang mempunyai agenda kebaikan untuk pelajar mudah-mudahan boleh dijadikan agenda kementerian pada masa depan.
"Kementerian boleh berbincang dengan kerajaan negeri walaupun ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat asalkan agendanya untuk membantu pelajar bukan bertujuan politik. Itulah yang sebaiknya, " tegas beliau yang sedang mengadakan Jelajah Merdeka ke Pulau Pinang hari ini.
Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Haji Malik Kassim, Speaker Dun Pulau Pinang, Haji Halim Husein, Ketua Cabang Keadilan Kepala Batas, Abdul Latif Abdullah, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Haji Jasni Ismail dan ramai lagi.
Orang muda yakin Kepala Batas jatuh
Mohd Sabri Said, | 14 Okt 2012 |
Ketika diminta pandangan tentang pergolakan politik dalaman Umno Bahagian Kepala Batas mereka berkata, Barisan Nasional (BN) akan tumbang walaupun Pak Lah sendiri yang bertanding sebagai calun.
Mohd Faiz Ahmad, 20, (Gambar kiri) berkata senario sekarang bukan lagi menyebelahi Umno sebagaimana dulu jika BN letak kayu atau tunggul sekalipun parti mereka akan mengecapi kemenangan.
"Sekarang orang dah celik tidak macam dulu walaupun Pak Lah pernah jadi perdana menteri dan merupakan anak kepada Tok Guru Abdullah Haji Fahim sekalipun ia bukan lagi sandaran sepertimana dulu," katanya.
Rakannya, Yusof Othman, 22, (Gambar kanan) meminta para pemuda yang sayangkan bangsa dan agama agar melakukan perubahan demi menyelamatkan negara daripada terus manuju kebangkrapan.
Malaysia tiada boleh lari daripada bangkrap jika rakyat masih mempercayai BN memerintah kerana kewangan negara akan berkurangan ekoran terdapatnya ketirisan.
"Bila tiris semuanya menuju kerugian. Bahkan terdapat pula penyelewengan yang besar menyebabkan kehilangan wang rakyat," ujar beliau.
Seorang lagi pemuda yang sempat ditemui Sri Ganesan, 25, (gambar kiri) menambah, pemimpin yang korups patut dijatuhkan dan diganti dengan kepimpinan yang bersih.
"Buat apa mempertahankan kepimpinan BN yang nyata tidak layak lagi menjadi wakil rakyat, " jelas beliau.
Pendakwaraya kekal selepas perjanjian dengan Morsi
Terjemahan Mohamad Yahya, | 14 Okt 2012 |
(Pendakwaraya Mesir, Abdel Meguid Mahmud kekal selepas berbincang dengan Morsi)
KAHERAH: Pendakwaraya Mesir, Abdel Meguid Mahmud dan Presiden Mohamed Morsi bersetuju Sabtu lalu bahawa Mahmud akan kekal sebagai pendakwaraya, menamatkan krisis keengganan Mahmud untuk berhenti selepas dipecat, ujar pembantu Mahmud.
Televisyen Mesir melaporkan bahawa kedua-dua pihak bertemu dan memeterai perjanjian bahawa "pendakwaraya akan kekal dalam jawatannya," kata Timbalan pendakwaraya, Adel Said, dan menyatakan "salah faham atas pencalonan Mahmud sebagai duta ke Vatican."
Morsi pada Khamis lalu memecat Mahmud, dan melantik beliau sebagai duta ke Vatican, tetapi Mahmud enggan meletakkan jawatan dan berkata: "Saya kekal dalam jawatan saya. Menurut undang-undang, pihak di badan kehakiman tidak boleh dipecat oleh pihak eksekutif."
Morsi cuba untuk memecat Mahmud selepas pembebasan pegawai di zaman Hosni Mubarak dalam perbicaraan minggu ini atas dakwaan serangan maut ke atas penunjuk perasaan semasa pemberontakan 2011.
Keputusan mahkamah itu mencetuskan protes Jumaat lalu apabila penyokong Morsi bertempur dengan lawannya di Dataran Tahrir. Kementerian Kesihatan berkata 110 orang tercedera dalam kejadian itu.
Aktivis yang memainkan peranan utama dalam protes anti-Mubarak tahun lepas mengatakan bahawa Mahmud bertanggungjawab menyediakan "bukti yang lemah" oleh pihak pendakwaan dalam kes itu dan merupakan orang setia kepada rejim lama.
Mahmud Jumaat lalu berkata bahawa dia telah menerima ancaman secara langsung dan tidak langsung daripada seorang hakim kanan dan sekutu Morsi yang memberitahunya dia boleh diserang jika dia tidak berundur.
Pertelingkahan antara Mahmud dan Morsi menonjolkan perpecahan yang mendalam antara presiden dan badan kehakiman, yang menuduh pemimpin Islam tersebut cuba untuk mengurangkan kuasa mereka.
Mubarak dan Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dipenjara seumur hidup untuk peranan mereka dalam mengarahkan pembunuhan, tetapi aktivis marah kerana enam ketua keselamatan yang menghadapai perbicaraan dengan mereka telah dibebaskan.
Morsi berikrar untuk membicarakan semula Mubarak dan pegawai-pegawai kanan beliau atas peranan mereka dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa pemberontakan, di tengah-tengah kritikan bahawa perbicaraan itu telah diaturkan oleh pejabat pendakwa raya Mesir.
13 ceramah serentak di Kelantan
Harakahdaily, | 14 Okt 2012 |
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan melalui Lajnah Penerangannya akan mengadakan ceramah penerangan Pentas Pemuda di 13 lokasi serentak di seluruh negeri Kelantan sempena ulang tahun ke 22 kerajaan PAS Kelantan.
Siri ceramah ini akan dibarisi oleh pimpinan parti Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan juga negeri.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataannya pada hari ini, ceramah penerangan ini akan diadakan pada 19 Oktober 2012 iaitu pada hari Jumaat jam 9.00 malam di 13 lokasi terpilih di seluruh negeri Kelantan.
Ia bertujuan untuk memberikan penerangan dan maklumat terkini berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan serta menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
"Di antara nama-nama pimpinan yang dibariskan dimulai dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang akan menyampaikan ceramah di PASTI Nurul Amin, Kg Pauh Badang, Pengkalan Chepa bersama-sama YB Dato Haji Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
"Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar akan berceramah di Markaz PAS UPU Kg Gemang, Jeli bersama-sama Cikgu Lau Chin Chua, bekas Setiausaha Parti GERAKAN Negeri Kelantan," ujar beliau dalam kenyataan tersebut.
"13 lokasi ini berasaskan kepada kawasan-kawasan parlimen di seluruh negeri Kelantan kecuali Kota Bharu di mana satu wacana perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan akan berlangsung di Kelantan Trade Center (KTC) pada tarikh dan masa yang sama.
"Justeru, DPPNK mengajak semua pendokong-pendokong kerajaan negeri Kelantan untuk bersama-sama keluar pada malam tersebut mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh para penceramah jemputan."
Senarai lengkap 13 lokasi dan penceramah pada malam tersebut ialah seperti berikut :
Tarikh : 19 Oktober 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam
Penceramah |
1. Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang/ Ketua Penerangan PAS Pusat 2. Ust. Hj. Mohamad @ Fauzi Husain Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah 3. YB Hj. Hanifa Ahmad YDP PAS Kawasan Pasir Mas/ ADUN Pengkala Pasir 3. Sdra. Rozi Muhammad Ketua Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas / Penyelia DUN Tendong |
1. YB Dato Husam Musa Naib Presiden PAS / EXCO Kerajaan Negeri Kelantan 2. YB Dr Dzulkifly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor/ AJK PAS Pusat 3. YB Mohd Zaki Ibrahim Timbalan Speaker Kelantan/ ADUN Kelaboran 4. Ust. Muhammad Hafiz Musa Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan/ Ketua Pemuda PAS Kbg. Kerian |
1. YB Dato’ Hj. Ahmad Yakob , Timbalan Menteri Besar Kelantan / ADUN Pasir Pekan 2. Puan Hajjah Mumtaz Nawi, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 3. Cikgu Normala Sudirman AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia 4. Ustaz Khairul Ikhwan 5. Sdra Mohd Rosli Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tumpat |
1. Ust Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia 2. Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat 3. Ustaz Nor Azariza Md Alawi AJK Pemuda PAS Kelantan / Ketua Penerangan PAS Kota Bharu 4. YB Hj. Abdul Fatah Haron ADUN Bukit Tuku 5. Sdra Zamakhshari Muhammad Ketua Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang |
1. YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan 2. Dato' Mohd Amar Nik Abdullah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan / ADUN Panchor 3. Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi Ketua Pemuda PAS Malaysia 4. Muhammad Arif Abdullah Ketua Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa |
1. YB Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai 2. YB Ust Abdul Latiff Abd Rahman Ketua Pemuda PAS Kelantan / ADUN Mengkebang 3. Saudari Siti Aisyah Sheikh Ismail Ketua Srikandi PKR 4. Dr Balachandran a/l Gopalkrishnan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu 5. Ust Mahadi Mat Zin Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai |
1. YB Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian 2. Mohamad Nuri Yaaakub Setiausaha DPPNK 3. Ust Abdullah Husin YDP PAS Kawasan Gua Musang 4. Ust Mahusin Isa Ketua Pemuda Kawasan Gua Musang |
1. Artis Aisyah 2. Artis Bob Lokman 3. YB Hj. Zulkifli B. Mamat Setiausaha Badan Perhubungan PAS Neg. Kelantan / YDP Kawasan 4. Abdul Rashid bin Yah, AJK Pemuda PAS Kelantan 5. Sdra Hatman Bin Abdullah, Ketua Pemuda Kawasan Machang |
1. YB Dato’ Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang / Setiausaha Agong PKR 2. YB Siti Zailah Yusoff Ahli Parlimen Rantau Panjang 3. Wan Nik Wan Yussof Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan 4. YB Wan Ismail YDP PAS Kawasan Ketereh 5. Ust. Yusoff Abdul Kadir Ketua Pemuda PAS Kawasan Ketereh |
1. YB Che Abdullah Mat Nawi EXCO Kerajaan Negeri Kelantan 2. Cikgu Bard Pengerusi SAMM 3. YB Dato Omar Muhamad YDP Kawasan Bachok 4. Ust Ahmad Marzuk Shaary Bendahari DPPNK / Ketua Pemuda PAS Kawasan Bachok |
1. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah EXCO Pemuda PAS Pusat / Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu 2. Artis Aisyah 3. YB Dr Nik Mazian Nik Muhammad YDP Kawasan Pasir Puteh 4. Ust Mohd Nazlan Md. Hasbullah Ketua Pemuda Kawasan Pasir Puteh |
1. Richard Wong Timbalan DHPP Perak 2. Ustaz Abdul Hamid Derani Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan 3. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan 4. Ust Asri Daud, AJK Pemuda PAS Negeri Kelantan 5. YB Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman ADUN Kemahang 6. Sdra. Hisham Fauzi Ketua Pemuda Kawasan Tanah Merah |
1. YB Dato’ Mah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan