Sabtu, 13 Oktober 2012

MEREKA MAIN JELING2...KENYIT2 MATA...JADI JURU CAKAP....SEBELAH SANA SAMBUT...TAK SURUH ORANG LAIN BERHENTI KERANA BANYAK SKANDAL...NI SEMUA ORANG TERBUANG DAN TAK BOLEH PAKAI...PARTI BUANG TAK PE LAGI...KHUATIR ALLAH BUANG DARI RAHMATNYA...NI LAGI NAYA

Hasan Ali: Nik Aziz wajar lepas jawatan Mursyidul Am
Nizam Zain
13 Oktober 2012
Hasan Mohamed Ali
Hasan Mohamed Ali
SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP.
Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.
“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada laman sosial beliau semalam.
Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai 'custodian' kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah."
Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Rabu lalu, Hasan jga menyokong kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang antara lain berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan perjuangan Islam di tempat kedua.
Malah dalam kenyataan tempoh hari beliau menyifatkan kenyataan Nasharudin menunjukkan Majlis Syura yang diketuai oleh Nik Aziz sudah mula kembali berwibawa.
Hasan Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia menyifatkan kenyataan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, kelmarin sebagai "agak keterlaluan" susulan secara terang-terangan menyatakan DAP sebagai tidak pernah mengganggu Pas malah menggangkat martabat parti itu sebagai rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA,” kata Hasan.
Hasan juga berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana ramai pimpinan Pas sebelum ini menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina serta menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.
Malah katanya, Nik Aziz juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan meski pun didatangi DAP.
“Tuan Guru Nik Aziz perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan
Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan,” katanya lagi.


BERIKUT KENYATAAN PENUH DR HASAN ALI:
Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am Pas.
Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam Pas. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong Pas, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am.
Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.
Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian ALLAH kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba ALLAH mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja di kalangan ahli dan penyokong Pas tetapi yang lebih penting disisi ALLAH SWT.
Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong Pas.
Ketiadaan ahli dan penyokong yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.
Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam PRU13, bagi saya agak keterlaluan.
Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai 'stature' seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?
Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan Pas yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu 'supreme'.
Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.
Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.
Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama da benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.
Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’
NURUL AINI MOHAMED ALI
12 Oktober 2012
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, mala mini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media  selepas  mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.
Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."
"Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.
"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.
Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut.
PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros
  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:03AM Okt 13 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.
Saranan Nasharudin wajar disokong demi Islam, hak Melayu
Wartawan Sinar Harian
13 Oktober 2012
Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
SHAH ALAM - Perpaduan umat Islam, terutamanya antara ahli Umno dan ahli Pas, bukan sahaja dapat mengukuhkan kedudukan agama itu sendiri, tetapi sebagai titik permulaan penyatuan dua parti yang membawa kepada agenda mempertahankan Islam dan hak orang Melayu.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, hanya melalui ikatan perpaduan yang utuh mampu mengekalkan keharmonian dan kerukunan Islam.
Menurutnya, kuasa politik Melayu kian terhakis akibat berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam.
“Sekiranya perkara sebegini terus berlaku, suatu hari nanti umat Islam di Malaysia tidak lagi dipandang tinggi oleh bangsa lain. Tanda hormat mereka terhadap Islam juga akan terhakis.
“Kepercayaan bangsa lain terhadap kepimpinan umat Islam juga akan hilang,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menunjukkan keazaman ke arah mengukuhkan perpaduan umat, terutamanya melibatkan Umno dan Pas.
Nasharudin berkata, masalah perpecahan umat Islam yang sepatutnya menjadi keutamaan sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Rosnah berkata, saranan Nasharudin itu merupakan perkara positif dan perlu disokong demi memantapkan lagi perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Umno sendiri mengamalkan sikap keterbukaan kepada mana-mana parti yang mempunyai hasrat dan agenda yang baik demi kebaikan umat Islam di Malaysia. Kami (Umno) akan sambut dengan tangan terbuka,” katanya.
Muslimat Pas alunkan artis kongsi pengalaman
Wartawan Sinar Harian
13 Oktober 2012
Wan Ubaidah Omar
Wan Ubaidah (berdiri, tiga kiri) bersama Tuan Sabariah (duduk, kiri) dan Aishah (duduk, kanan) melakar kenangan selepas program Santai Bersama Selebriti di Pengkalan Chepa.
KOTA BHARU- Muslimat Pas negeri menggalakkan artis-artis yang menyertai parti itu untuk berkongsi pengalaman berhubung keputusan mereka memilih Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai medan perjuangan mereka.
Timbalan Muslimat Pas negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pengalaman artis-artis ini amat bermakna dalam membantu membuka minda golongan Muslimat.
“Kita harapkan perkongsian pengalaman itu akan memberi lembaran baru dalam pemikiran Muslimat negeri ini untuk terus menyokong Pas,” katanya ketika mengulas program Santai Bersama Selebriti di sini, kelmarin.
Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan penyanyi terkenal tanah air, Aishah.
Beliau yang juga Pengerusi Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan berkata, penyertaan Aishah sebagai ikon pada program itu akan membuka pemikiran Muslimat untuk membuat pilihan sewajarnya.
Mengenai program itu, Wan Ubaidah berkata, ia satu program penerangan dalam rangka menyampaikan tawaran-tawaran PR kepada wanita di seluruh negara.
Peminat hormati keputusan Aishah
SAPINAH AB GHANI
13 Oktober 2012
Wan Aishah Wan Ariffin
Aishah (tiga, kiri) beramah mesra bersama peminatnya ketika menghadiri program Santai bersama Selebriti di Kerajaan Negeri Kelantan, semalam.
KOTA BHARU- Penglibatan penyanyi terkenal tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah dalam kancah politik tidak menjejaskan popularitinya walaupun ramai mengecam tindakan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu.
Malah menurut Aishah, semua peminat setianya menghormati keputusan beliau untuk terlibat dalam politik walaupun ada kecaman diterima terutama di laman sosial facebooknya.
“Peminat sentiasa memberi respons positif malah akur dengan keputusan saya untuk berjuang di landasan politik, kecaman- kecaman yang ada bukan dari peminat saya, ” katanya kepada Sinar
Harian selepas menghadiri program Santai Bersama Selebriti anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, semalam.
Aishah yang juga ibu kepada dua anak berkata, mengakui jadualnya kini agak padat malah semakin sibuk selepas secara rasmi menyerahkan borang menyertai Pas Mei lalu.
Mengulas mengenai bidang nyanyian, Aishah yang memulakan kerjaya seninya sekitar 1980an berkata, walaupun sibuk namun tidak membataskannya untuk meneruskan aktiviti tersebut di samping kegiatan lain termasuk menulis buku dan berniaga.
Katanya, beliau mengharapkan pentadbiran baru akan wujud selepas Pilihan Raya Umum 13 seterusnya membantu mengubah suasana dunia seni sekarang dan boleh menjadi medium perantara untuk menyampaikan mesej positif kepada umum.
“Harapan saya akan ada pemerintahan baru seterusnya wujud cara baru dalam industri seni, setidak-tidaknya masih ramai yang boleh aktif dengan cara berlandaskan agama,” katanya.
Aishah berkata, beliau berharap industri seni tanah air akan mempunyai kekuatan tersendiri suatu hari nanti dan tidak terlalu meniru dunia hiburan barat sehingga keluar dari landasan syariah.
“Walaupun tidak mengehadkan kepada lagu-lagu ketuhanan namun industri seni tanah air sepatutnya mempunyai jenama sendiri, supaya ia tidak diperlekeh dan penggiat seni dipandang serong oleh masyarakat, “katanya yang turut mengakui budaya hiburan dari barat banyak mempengaruhi dunia hiburan tanah air kebelakangan ini.
Ditanya adakah beliau akan selamanya bergiat aktif dalam politik, Aishah berkata, walaupun mungkin tidak selamanya, namun beliau akan terus mengikuti perkembangan semasa dan menjadi pemerhati yang aktif.
PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'
Wartawan Sinar Harian
13 Oktober 2012
Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."
"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.
Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.
Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.
Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.
Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri  Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.
Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.
"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.
"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.
"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah

Abdul Aziz Mustafa, 13 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.

Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.
'Dedahkan sumber RM40 juta pada Umno Sabah'
6:28PM Okt 12 2012  
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen, Setiausaha Agung TI-M Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Nazri semalam dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan SPRM.

Katanya, dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Umno Sabah dan bukan untuk tujuan persendirian ketua menteri.
Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah
  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:36PM Okt 12 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:

"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut.

Tiada ulasan: