Kasih jangan bertompok, benci jangan merata
Aspan Alias, | 16 Okt 2012 |
Jika PR mendapat mandat ini merupakan perkara yang paling utama untuk diperbaiki kerana menyiarkan berita dan isu dengan berat sebelah itu akan menjejaskan imej kerajaan itu seperti yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. Jika UMNO dan BN menjadi pembangkang, kerajaan yang mendapat mandat itu wajar memberi peluang kepada parti pembangkang semasa itu (UMNO) dan lain-lain yang bersekutu dengannya untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas.
Kita tahu bagaimana sengsaranya pimpinan PR untuk mendekati rakyat kerana permainan politik kotor oleh media yang terlalu condong kepada BN hari ini. Jika PR mendapat mandat pemerintah yang baru itu mesti jangan mengulangi kejahatan yang dengan jelas sedang dilakukan oleh BN terhadap kita. Kita mesti tunjukkan perbezaan ini disamping melatih rakyat memahami apa itu demokrasi yang sebenarnya.
Lagi pun kebebasan bagi UMNO untuk bersuara sebagai parti pembangkang itu nanti akan sedikit sebanyak mengajar kita sendiri untuk menjadi kerajaan yang bersih, tanpa rasuah dan menyalahgunakan kuasa seperti yang dilakukan oleh BN sekarang ini. Inilah indahnya demokrasi jika dilaksanakan dengan telus dan beretika. Rakyat juga yang akan untung jika Putrajaya itu kita jadikan sebagai 'pusaka' bergilir-gilir. Sekarang ini BN patut mengambil giliran untuk duduk di pihak pembangkang. Lagipun UMNO kini sedang berlatih-latih untuk menjadi pembangkang dengan tindak-tanduk mereka yang tidak semenggah hari ini.
Pakatan Rakyat juga jangan sekali-kali berfikir seperti BN khususnya UMNO yang beranggapan yang Putrajaya itu adalah hak milik kekal kepada parti-parti yang memerintah. Putrajaya itu hanyalah TOL (temperary occupancy license) dan rakyat akan terus memberikan kita kuasa selagi kita bersikap adil dan saksama tanpa melacurkan perlembagaan negara kita yang sudah digubal dengan baik itu. Rakyat adalah ‘supreme’ dalam sesebuah demokrasi.
Jangan sekali-kali menghina rakyat dengan membeli jiwa mereka dengan wang ringgit semasa pilihanraya tiba kerana tindakan itu tidak lebih dan tidak kurang daripada menghina dan memperbodohkan mereka (Rakyat). BN sepatutnya belajar daripada kesalahan dan kesilapan sendiri tetapi mereka tidak berbuat demikian. Oleh itu jika PR mendapat mandat pada hari ini pihak PR sepatutnya menjadikan kesilapan dan kesalahan yang sedang dilakukan oleh BN hari ini sebagai pelajaran untuk kita semua.
Sesungguhnya belajar dari kesilapan orang lain itu merupakan cara pembelajaran yang sangat baik dan mudah. Belajarlah untuk menghormati orang ramai dan rakyat jelata. Jangan menghina dan menjadikan mereka seperti kerbau di sawah yang hanya untuk membajak sawah padi sahaja, sedangkan semua hasil padi dibaham oleh tikus-tikus gemuk dalam kepuk padi.
Binalah ketajaman pemikiran rakyat, dan bukannya memenjarakan pemikiran rakyat dan memaksa rakyat untuk mengikut telunjuk dan kehendak kita sahaja seperti yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hari ini. Janganlah mewujudkan projek-projek pembangunan oleh kerana dirancang oleh rakan-rakan dan kroni sahaja kerana melakukan pembangunan cara itu akan membina kelompok kroni yang akhirnya akan membawa kepimpinan ke arah kepimpinan yang tidak bermoral dan beretika. Jangan jadi seperti UMNO: kasihnya bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Jadilah sebuah kerajaan yang penuh dengan ‘magnanimity’ serta beretika yang tinggi.
Gubal undang-undang yang tidak membolehkan sesiapa menjadikan isu bangsa dan agama sebagai topik dan bahan politik kerana apa yang BN lakukan pada hari amat merbahaya kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini yang mahukan kehidupan yang aman dan sentosa tanpa pergelutan dengan isu-isu sensitif ini. Ketegangan dan perasaan curiga-mencurigai semakin menebal di antara kaum dan akan membawa kebinasaan kepada kita semua.
PR mesti serius untuk membendung rasuah terutamanya kerana rasuah adalah kegiatan yang amat hina dan akan menjatuhkan negara dan tamadun kita. Rasuah punca kepada segala-gala kerosakan di muka bumi ini.
Jika semua ini dan yang lain-lain kesalahan yang dilakukan oleh BN pada hari ini dihindarkan oleh PR yang memerintah nanti, sesiapa sahaja yang menjadi PM tidak akan perlu lagi menjelajah dan mundar-mandir ke hulu ke hilir serta ke darat dan ke baruh untuk mempertahankan diri seperti yang terpaksa dilakukan oleh Najib pada hari ini.
Jika ditadbir negara dengan baik tidak perlu lagi seorang PM itu terpaksa membeli undi dengan agihan BR1M dan sebagainya kerana pemberian itu hanya mampu menghilangkan dahaga tidak sampai seminggu tetapi susahnya sepanjang tahun dan zaman.
Jika PM yang baru dilantik pula, jangan melibatkan isteri keterlaluan dalam hal negara. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin rantau ini yang terkenal tetapi isterinya hanya dikenali semasa isteri beliau itu meninggal dunia 2 tahun dahulu. Itu pun sekarang ini saya dan ramai lagi sudah lupa nama isteri beliau. Ini perlu kerana seorang isteri itu adalah kaum yang perlu dibimbing. Hawa itu datangnya dari tulang rusuk kiri Adam.
Hawa tidak datang dari kepala untuk dijadikan ketua dan pemimpin kepada kita dan tidak juga datangnya dari kaki untuk dipijak dan ditekan. Hawa itu dilahirkan melalui rusuk kiri Adam untuk bersama kita semasa susah dan senang bukannya untuk mempengaruhi ke atas kewajipan kita kerana ia akan menjatuhkan negara dan masyarakat jika kita menjadi pemimpin. Hawa itu untuk dibelai dan dikasihi, bukannya untuk ditakuti dan digeruni.
Saya menulis isu ini kerana saya mempunyai keyakinan yang perubahan bakal berlaku jika tidak ada ‘legal cheating’ dilakukan oleh BN dalam pilihanraya ini. Elok kita ingatkan terlebih dahulu supaya tidak payah ditegur semasa mentadbir negara setelah mendapat mandat rakyat nanti.
Pakatan Rakyat tidak boleh tidak, mesti menunjukkan perbezaan dengan BN dalam mentadbir negara. Masa itu nanti barulah kita tahu berbezaannya dan selepas itu rakyat berhak untuk mengalih dan menganjak siapa yang mentadbir negara mengikut selera dan kehendak rakyat sendiri.
Buat masa ini rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perbezaan dalam banyak bidang dengan BN. Sekarang ini saya berkeyakinan yang PR mampu menunjukan berbezaan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Haramjadah: Keputusan teruskan saman 20 Dis
Khairil Abdul Rahim, | 16 Okt 2012 |
TEMERLOH:
Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Datuk Akhtar Tahir hari ini menetapkan
20 Disember depan bagi keputusan meneruskan saman 8 orang peneroka
sekitar Jengka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang
menggelarkan mereka 'haram jadah'.
Peguam mewakili 8 peneroka berkenaan, Harris Abdullah, berkata keputusan dalam kamar hakim itu menetapkan 30 Oktober ini bagi kedua-dua pihak memfailkan semua bukti.
[Gambar: Peguam Harris (di tengah) bersama 8 peneroka yang memfailkan saman terhadap Najib.]
Tambahnya, hakim berkenaan juga menetapkan tempoh tiga minggu dari hari ini kedua-dua pihak plaintif dan defendan bagi membuat penghujahan bertulis berakhir 30 November akan datang.
“Alasan utama peguam pihak defendan untuk mengenepikan kes ialah ucapan Najib (haram jadah) itu, tidak merujuk kepada 8 plaintif kerana beliau (Najib) tidak menyebutkan nama dan alamat (plaintif) secara khusus,” katanya.
Pada 7 Ogos lalu 8 peneroka berkenaan memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana menempelak dengan ungkapan menghina haram jadah terhadap mereka.
Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan permintaan ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.
Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8.
Sedangkan Najib mengetahui ungkapan menghina yang diucapkan di hadapan lebih 40 ribu yang hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara.
Bagi mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga dianggap tidak layak menerima durian runtuh.
Dalam pada itu Harris menjelaskan, dalam penghujahan bertulis defendan bagi mengenepikan saman terhadap Najib ialah tuntutan plaintif satu penyalahgunaan proses mahkamah atas ketiadaan kausa tindakan kerana plaintif-plaintif tidak merujuk atau mempunyai kaitan dengan defendan.
Tindakan plaintif juga didakwa mengaibkan, remeh dan menyusahkan.
Tambahnya lagi, defendan memberi alasan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah satu kegagalan mandatori dan menjadikan tuntutan harus dibuang.
Najib selaku defendan diwakili peguam-peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Abu Bakar Isa Rahmat dan Abu Bakar Assidiq Datuk Sidik.
KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Jambatan Kedua
Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan lambat siap ekoran banyak
kelemahan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman, serta masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan.
Selain itu, kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan mengikut jadual
Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.
Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.
Peningkatan nilai kontrak ini juga menurut laporan itu, mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.
Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007.
Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).
Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini.
Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan.
Sebelum ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makthar Mustapha dilaporkan berkata, jambatan itu dijangka boleh digunakan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.
Buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan.
Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan.
KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2011 secara keseluruhannya adalah memuaskan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan adalah berjumlah RM252.36 juta, berbanding sejumlah RM328.28 juta pada tahun 2010.
Dalam pada itu, peningkatan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM20.52 juta atau 4.5% berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM40.63 juta atau 9.4%.
Ini menyebabkan surplus Kerajaan Negeri pada tahun 2011 berjumlah RM2.39 juta berkurangan mendadak berbanding surplus tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.
Surplus ini mengurangkan baki defisit Akaun Hasil Disatukan tahun 2011 sejumlah RM2.39 juta menjadi RM295.84 juta berbanding RM298.23 juta pada tahun 2010.
Pengurangan wang tunai sejumlah RM79.93 juta pada tahun 2011 tidak menyebabkan peningkatan ketara Deposit Dalam Negeri, di mana hanya meningkat sejumlah RM4.00 juta menjadi RM59.14 juta pada tahun 2011 berbanding RM55.14 juta pada tahun
2010.
Pada tahun 2011 juga menyaksikan pengurangan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM23.20 juta berbanding pinjaman berjumlah RM249.87 juta pada tahun 2010.
Sementara itu, penemuan audit berhubung tahap prestasi pengurusan kewangan bagi agensi negeri mendapati seperti tahun 2010, sebanyak 17 jabatan atau agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan kewangan pada tahun 2011.
Hasil pengauditan mendapati 3 agensi negeri berada padatahap sangat baik dengan diberi penarafan empat bintang.
Manakala 12 jabatan atau agensi negeri berada pada tahap baik dengan penarafan tiga bintang.
Dua Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim berada pada tahap memuaskan dengan penarafan dua bintang.
Peguam mewakili 8 peneroka berkenaan, Harris Abdullah, berkata keputusan dalam kamar hakim itu menetapkan 30 Oktober ini bagi kedua-dua pihak memfailkan semua bukti.
[Gambar: Peguam Harris (di tengah) bersama 8 peneroka yang memfailkan saman terhadap Najib.]
Tambahnya, hakim berkenaan juga menetapkan tempoh tiga minggu dari hari ini kedua-dua pihak plaintif dan defendan bagi membuat penghujahan bertulis berakhir 30 November akan datang.
“Alasan utama peguam pihak defendan untuk mengenepikan kes ialah ucapan Najib (haram jadah) itu, tidak merujuk kepada 8 plaintif kerana beliau (Najib) tidak menyebutkan nama dan alamat (plaintif) secara khusus,” katanya.
Pada 7 Ogos lalu 8 peneroka berkenaan memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana menempelak dengan ungkapan menghina haram jadah terhadap mereka.
Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan permintaan ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.
Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8.
Sedangkan Najib mengetahui ungkapan menghina yang diucapkan di hadapan lebih 40 ribu yang hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara.
Bagi mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga dianggap tidak layak menerima durian runtuh.
Dalam pada itu Harris menjelaskan, dalam penghujahan bertulis defendan bagi mengenepikan saman terhadap Najib ialah tuntutan plaintif satu penyalahgunaan proses mahkamah atas ketiadaan kausa tindakan kerana plaintif-plaintif tidak merujuk atau mempunyai kaitan dengan defendan.
Tindakan plaintif juga didakwa mengaibkan, remeh dan menyusahkan.
Tambahnya lagi, defendan memberi alasan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah satu kegagalan mandatori dan menjadikan tuntutan harus dibuang.
Najib selaku defendan diwakili peguam-peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Abu Bakar Isa Rahmat dan Abu Bakar Assidiq Datuk Sidik.
Lemah: Jambatan Sultan Yahya Petra 2 lambat siap
Harakahdaily, | 16 Okt 2012 |
Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman, serta masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan.
Selain itu, kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan mengikut jadual
Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.
Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.
Peningkatan nilai kontrak ini juga menurut laporan itu, mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.
Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007.
Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).
Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini.
Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan.
Sebelum ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makthar Mustapha dilaporkan berkata, jambatan itu dijangka boleh digunakan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.
Buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan.
Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan.
Kewangan Kedah baik, pengurusan memuaskan
Anis Nazri, | 16 Okt 2012 |
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan adalah berjumlah RM252.36 juta, berbanding sejumlah RM328.28 juta pada tahun 2010.
Dalam pada itu, peningkatan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM20.52 juta atau 4.5% berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM40.63 juta atau 9.4%.
Ini menyebabkan surplus Kerajaan Negeri pada tahun 2011 berjumlah RM2.39 juta berkurangan mendadak berbanding surplus tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.
Surplus ini mengurangkan baki defisit Akaun Hasil Disatukan tahun 2011 sejumlah RM2.39 juta menjadi RM295.84 juta berbanding RM298.23 juta pada tahun 2010.
Pengurangan wang tunai sejumlah RM79.93 juta pada tahun 2011 tidak menyebabkan peningkatan ketara Deposit Dalam Negeri, di mana hanya meningkat sejumlah RM4.00 juta menjadi RM59.14 juta pada tahun 2011 berbanding RM55.14 juta pada tahun
2010.
Pada tahun 2011 juga menyaksikan pengurangan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM23.20 juta berbanding pinjaman berjumlah RM249.87 juta pada tahun 2010.
Sementara itu, penemuan audit berhubung tahap prestasi pengurusan kewangan bagi agensi negeri mendapati seperti tahun 2010, sebanyak 17 jabatan atau agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan kewangan pada tahun 2011.
Hasil pengauditan mendapati 3 agensi negeri berada padatahap sangat baik dengan diberi penarafan empat bintang.
Manakala 12 jabatan atau agensi negeri berada pada tahap baik dengan penarafan tiga bintang.
Dua Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim berada pada tahap memuaskan dengan penarafan dua bintang.
P Pinang surplus kerana rakyat, pentadbiran gigih
Harakahdaily, | 16 Okt 2012 |
GEORGE TOWN:
Pengesahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 bahawa lebihan surplus yang
paling tinggi dicatat dalam sejarah Pulau Pinang yang naik 312% kepada
RM138 juta pada 2011 berbanding RM33 juta pada 2010 adalah usaha gigih
rakyat Pulau Pinang dan semangat berpasukan semua anggota pentadbiran
kerajaan negeri.
Demikian dinyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Katanya, pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus atau CAT kerajaan negeri PR telahpun membolehkan surplus naik RM105 juta dalam setahun kepada rekod RM138 juta berdasarkan kenaikan hasil yang dikutip yang naik RM192 juta atau 47% daripada RM411 juta pada 2010 kepada RM603 juta pada 2011 sungguhpun perbelanjaan mengurus naik RM88 juta atau 23% daripada RM377 juta pada 2011 kepada RM465 juta pada 2011.
Kerajaan negeri juga, kata beliau berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang atas pengurusan kewangan baik negeri, khususnya dalam menaikkan kutipan hasil sebanyak 47% atau RM192 juta.
Menurutnya, sungguhpun prestasi kewangan adalah yang paling baik dalam sejarah negeri Pulau Pinang, maka kerajaan negeri menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati terbuka.
“Saya telahpun mengarahkan jawapan daripada semua jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki ataupun ada teguran audit yang tidak berasaskan fakta ataupun disebabkan oleh kesilapan pihak lain dan bukannya melibatkan kerajaan negeri.
“Di antara teguran audit yang saya hendak jelaskan di sini adalah bahawa daripada RM 557.25 juta yang diperuntukkan kepada 9 jabatan negeri untuk menjalankan 2,489 projek, hanya RM 171.05 juta telah dibelanjakan, ataupun RM386.2 juta tidak dibelanjakan,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Sebenarnya, jelas beliau hanya RM23.9 juta yang tidak dibelanjakan dan bukannya RM386.2 juta.
Katanya, RM23.9 juta tidak dibelanjakan kerana projek bermula lewat dan jabatan telahpun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan.
Beliau menjelaskan lagi, baki RM362.3 juta tidak dibelanjakan disebabkan oleh dua (2) perkara utama iaitu:
- RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh. Oleh itu pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan; dan
- RM262.3 juta diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd(PAAB). Ini adalah kerana kerajaan persekutuan diperlukan membina Empangan Air Mengkuang dan mengambilalih hutang pinjaman ini sebagai pra-syarat kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset air kepada PAAB.
Ahli Parlimen Bagan itu menambah, Laporan Ketua Audit Negara telahpun menyatakan bahawa daripada 2,489 projek yang telah diluluskan pada 2011, sebanyak 2,455 projek (iaitu 98.6%) telah siap sepenuhnya.
Katanya, hanya dua perbelanjaan besar sebanyak RM362.3 juta tidak dijalankan seperti yang dijelaskan di atas.
Beliau berkata, daripada jumlah peruntukan RM557.25 juta hanya RM23.9 juta tidak dapat dibelanjakan kerana lewat berjalan projek.
“Pada keseluruhannya ulasan Ketua Audit Negara adalah bahawa pencapaian yang baik dari segi bilangan projek yang berjaya disiapkan,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli
berkata saranan Ketua Audit Negara agar Kerajaan Persekutuan menyaman
NFC tidak menjamin wang pinjaman RM250 juta dikembalikan sepenuhnya.
Menurut beliau, perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp dan sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp.
Sedangkan katanya, penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp.
Syarikat-syarikat tersebut katanya secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman.
"NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi.
"Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam," tegasnya.
Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.
Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap NFC.
Oleh sebab itulah katanya, Kerajaan Persekutuan perlu mengenakan “jaminan peribadi” (personal guarantee) terhadap Shahrizat dan keluarganya agar semua harta mereka termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp, boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.
Pada masa yang sama, beliau turut mendesak Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset Shahrizat dan keluarganya boleh dibekukan dan disita.

Belum tentu saman NFC kembalikan RM250 juta

Jamil tak jawab mekanisma naik gaji CEO Tabung Haji
Hazayani Zakaria|Foto W Zahari, | 16 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
didakwa gagal memberikan penjelasan berhubung kenaikan gaji Pengarah
Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Tahung Haji Datuk
Ismee Ismail.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Jamil hanya berkata kenaikan gaji Ismee itu mengikut peraturan yang ditetapkan namun tidak menjelaskan apakah mekanisme yang digunakan.
"Isunya menteri kata ikut peraturan tapi saya persoalkan peraturan apa yang diguna pakai tapi sampai sekarang menteri tak jawab.
"Saya tidak persoal peribadi Datuk Ismee Ismail sebagai CEO tapi yang saya persoalkan bagaimana mekanisme kenaikan gaji daripada 2011 sebanyak RM70,000 naik kepada RM85,000 pada 2012," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Naib Presiden PAS itu juga berkata, ketiadaan jawatankuasa penetapan gaji dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji untuk menentukan kenaikan gaji CEO juga menimbulkan kecurigaan.
"Tak ada jawatankuasa penetapan gaji dalam lembaga pengarah tabung haji. Ada jawatankuasa soal pelaburan, ada enam jawatankuasa tapi tak termasuk soal penetapan gaji.
"Kalau menteri kata kenaikan ini mengikut peraturan, ini satu pembohongan yang dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Justeru Mahfuz berkata, beliau sedang merancang untuk menubuhkan badan bertindak untuk menyelamatkan Tabung Haji daripada sebarang penyelewengan.
"Saya akan bincang untuk menubuhkan badan bertindak untuk menyelamatkan tabung haji. Mungkin kita akan namakan badan ini sebagai penyelamat tabung haji," katanya.
Awal bulan lalu ketika berbahas di Parlimen, Mahfuz mendedahkan beliau mempunyai maklumat bahawa gaji Ismee dinaikkan dari RM70,000 pada 2011 kepada RM85,000 pada 2012.
Selain gaji, beliau juga mendakwa CEO Tabung Haji itu juga turut mendapat bonus RM700,000 serta gratuiti RM490,000.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana gaji seorang CEO berstatus kontrak memperolehi gaji sebesar itu berbanding CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berjawatan tetap tidak menikmati gaji selumayan itu malah gaji dan bonus itu sendiri lebih daripada yang diperolehi perdana menteri.
Apa yang dibimbangi kata Mahfuz, jika ada berlaku ketidaktelusan dalam agensi itu sehingga boleh menjejaskan simpanan pencarum yang lain.
KUALA LUMPUR: Projek papan elektronik Integrated Transport Information System
(ITIS) yang dilaksanakan pada tahun 2005 oleh Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia dengan kos melebihi RM400
juta didakwa gagal berfungsi dengan baik.
Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan membangkitkan perkara itu memandangkan ianya dilihat lebih kepada membazirkan wang rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, ramai warga kota mengadu mereka tidak mendapat maklumat menyeluruh daripada sistem itu.
"Kita dapati beberapa perkara menyebabkan ITIS gagal dan semakin hari dilaksanakan semakin merugikan dimana ianya ditanggung oleh pembayar cukai," katanya.
Malah beliau berkata, sistem itu yang menelan belanja beratus-ratus juga tidak termasuk kos penyelenggaran yang menelan belanja RM12 juta.
Tegas Nurul Izzah, di awal pelaksanaan projek ini yang melibatkan 255 kamera litar tertutup (CCTV) merupakan sistem integrasi bagi program jenayah sebagaiman diumumkan oleh bekas Menteri Wilayah Datuk Zulhasnan Rafik.
Bagaimanapun, katanya sehingga tahun 2010 walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diberi geran untuk menyelenggara ITIS sebanyak RM68 juta, namun ianya masih tidak berfungsi dengan baik.
"DBKL harus dipertangungjawabkan soal keberkesanan ITIS," katanya.
Menurut Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, sistem ITIS wajar dimansuhkan kerana ia bukan lagi menyusahkan pengguna sebaliknya sistem itu sendiri sudah tidak relevan.
"Kualiti papan skrin ITIS yang rendah, penyelenggaran yang gagal akhirnya tidak membantu mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, mendesak Menteri Wilayah Datuk Raja Nong Chik menjelaskan peruntukan RM36.87 juta yang sepatutnya digunakan untuk membeli bangunan bagi projek ITIS.
"Sebaliknya, DBKL hanya guna RM8.49 juta untuk menyewa bangunan bagi projek itu. Di mana selebihnya peruntukan itu sama ada ia dipulangkan atau dihabiskan begitu sahaja, saya mohon menteri jelaskan," katanya.
Mereka berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri Wilayah dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng menjelaskan sebanyak 140 unit 'variable message sign' (VMS) salah satu peralatan luar ITIS yang telah dipasang, namun selepas lapan tahun beroperasi hanya 46 unit sahaja yang berfungsi dengan baik.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Jamil hanya berkata kenaikan gaji Ismee itu mengikut peraturan yang ditetapkan namun tidak menjelaskan apakah mekanisme yang digunakan.
"Isunya menteri kata ikut peraturan tapi saya persoalkan peraturan apa yang diguna pakai tapi sampai sekarang menteri tak jawab.
"Saya tidak persoal peribadi Datuk Ismee Ismail sebagai CEO tapi yang saya persoalkan bagaimana mekanisme kenaikan gaji daripada 2011 sebanyak RM70,000 naik kepada RM85,000 pada 2012," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Naib Presiden PAS itu juga berkata, ketiadaan jawatankuasa penetapan gaji dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji untuk menentukan kenaikan gaji CEO juga menimbulkan kecurigaan.
"Tak ada jawatankuasa penetapan gaji dalam lembaga pengarah tabung haji. Ada jawatankuasa soal pelaburan, ada enam jawatankuasa tapi tak termasuk soal penetapan gaji.
"Kalau menteri kata kenaikan ini mengikut peraturan, ini satu pembohongan yang dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Justeru Mahfuz berkata, beliau sedang merancang untuk menubuhkan badan bertindak untuk menyelamatkan Tabung Haji daripada sebarang penyelewengan.
"Saya akan bincang untuk menubuhkan badan bertindak untuk menyelamatkan tabung haji. Mungkin kita akan namakan badan ini sebagai penyelamat tabung haji," katanya.
Awal bulan lalu ketika berbahas di Parlimen, Mahfuz mendedahkan beliau mempunyai maklumat bahawa gaji Ismee dinaikkan dari RM70,000 pada 2011 kepada RM85,000 pada 2012.
Selain gaji, beliau juga mendakwa CEO Tabung Haji itu juga turut mendapat bonus RM700,000 serta gratuiti RM490,000.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana gaji seorang CEO berstatus kontrak memperolehi gaji sebesar itu berbanding CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berjawatan tetap tidak menikmati gaji selumayan itu malah gaji dan bonus itu sendiri lebih daripada yang diperolehi perdana menteri.
Apa yang dibimbangi kata Mahfuz, jika ada berlaku ketidaktelusan dalam agensi itu sehingga boleh menjejaskan simpanan pencarum yang lain.
Papan tanda ITIS gagal berfungsi dengan baik
Salmiyah Harun, | 16 Okt 2012 |
Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan membangkitkan perkara itu memandangkan ianya dilihat lebih kepada membazirkan wang rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, ramai warga kota mengadu mereka tidak mendapat maklumat menyeluruh daripada sistem itu.
"Kita dapati beberapa perkara menyebabkan ITIS gagal dan semakin hari dilaksanakan semakin merugikan dimana ianya ditanggung oleh pembayar cukai," katanya.
Malah beliau berkata, sistem itu yang menelan belanja beratus-ratus juga tidak termasuk kos penyelenggaran yang menelan belanja RM12 juta.
Tegas Nurul Izzah, di awal pelaksanaan projek ini yang melibatkan 255 kamera litar tertutup (CCTV) merupakan sistem integrasi bagi program jenayah sebagaiman diumumkan oleh bekas Menteri Wilayah Datuk Zulhasnan Rafik.
Bagaimanapun, katanya sehingga tahun 2010 walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diberi geran untuk menyelenggara ITIS sebanyak RM68 juta, namun ianya masih tidak berfungsi dengan baik.
"DBKL harus dipertangungjawabkan soal keberkesanan ITIS," katanya.
Menurut Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, sistem ITIS wajar dimansuhkan kerana ia bukan lagi menyusahkan pengguna sebaliknya sistem itu sendiri sudah tidak relevan.
"Kualiti papan skrin ITIS yang rendah, penyelenggaran yang gagal akhirnya tidak membantu mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, mendesak Menteri Wilayah Datuk Raja Nong Chik menjelaskan peruntukan RM36.87 juta yang sepatutnya digunakan untuk membeli bangunan bagi projek ITIS.
"Sebaliknya, DBKL hanya guna RM8.49 juta untuk menyewa bangunan bagi projek itu. Di mana selebihnya peruntukan itu sama ada ia dipulangkan atau dihabiskan begitu sahaja, saya mohon menteri jelaskan," katanya.
Mereka berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri Wilayah dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng menjelaskan sebanyak 140 unit 'variable message sign' (VMS) salah satu peralatan luar ITIS yang telah dipasang, namun selepas lapan tahun beroperasi hanya 46 unit sahaja yang berfungsi dengan baik.
Adun cadang sidang khas batal perjanjian Petronas
Aslani M, | 16 Okt 2012 |
KOTA BHARU:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menimbulkan
persoalan baru apakah kewajaran tindakan Menteri Besar, Datuk Muhamad
Nasir pada 1975 menandatangai perjanjian dengan Petronas tanpa mendapat
mandat Dun.
“Adakah perlu mendapatkan izin daripada Dun terlebih dahulu sebelum Menteri Besar menandatangani perjanjian dengan Petronas ketika itu kerana ia merupakan isu besar.
“Ini kerana kuasa Menteri Besar untuk pindahkan hak carigali kepada Petronas untuk selama-lamanya merupakan perkara besar di sisi undang-undang,” kata anggota Exco, Datuk Husam Musa (gambar atas) ketika menjawab soalan Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit).
Kata Husam surat kuasa yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 menyebut memberi kuasa kepada Petronas untuk carigali minyak.
Menurutnya berdasar kepada rentetan tersebut secara jelas menggambarkan Kelantan ada hak ke atas sumber minyak yang terdapat di kawasan perairannya sehingga Petronas perlu mendapat izin untuk dipindahkan kuasa terlebih dahulu pada 1975.
Bagaimanapun kata beliau peguam kerajaan negeri berpendapat dokumen yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 bukan sebuah perjanjian dan ia hanya sekadar surat serah kuasa (kontrak).
Surat kontrak itu menyebut tugas Petronas hanya untuk usaha carigali sahaja.
“Persoalannya sekarang apakah tuan rumah (Kelantan) wajar tidak dimaklumkan terhadap segala hasil carigali tersebut.
“Ini pecah kontrak yang pertama berlaku apabila Petronas hanya menyimpan segala dokumen carigali tanpa memberi maklum balas kepada kerajaan negeri.
“Sedangkan apa yang berlaku di Terengganu pada 13 Mei 1978 Petronas menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memaklumkan segala butiran mengenai pengeluaran minyak dan gas serta harga semasa.
“Begitu juga pada 14 Jun 1978 Ketua Pegawai Eksekutif Petronas menulis surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu untuk memaklumkan bayaran royalti yang dibuat,” katanya.
Boleh batal kontrak
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkata, jadi terpulang kepada Dun atau Exco untuk bertindak membatal surat kontrak (perjanjian) dengan Petronas.
Menjawab soalan tambahan Adun sama katanya sekiranya Petronas masih enggan membayar royalti, Dun boleh mengubal satu enakmen bagi mengenakan fee (cukai) kepada Petronas mengikut kadar royalti yang sepatutnya dibayar.
Husam juga bersetuju dengan pandangan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) bagi menulis surat kepada Petronas bagi memaklumkan operasinya di perairan Kelantan dibuat tanpa kelulusan lesen kerajaan negeri.
Mencelah isu sama Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) mencadangkan supaya diadakan persidangan khas Dun sebelum akhir tahun ini membincangkan bagi membatalkan surat kontrak kepada Petronas atau sebaliknya.
Hujahnya Petronas begitu samseng kerana tidak memaklumkan perkembangan carigali di perairan Kelantan kepada pihak tuan rumah.
Namun Husam memilih untuk memberi masa kepada Petronas bagi membolehkan mengambil tindakan segera sebelum persidangan khas Dun benar-benar menjadi kenyataan.
“Kita sebenarnya mengambil kira kalau dibatalkan kontrak (perjanjian) dengan Petronas tentunya ia akan memberi kesan besar kepada negara dan dunia.
“Jadi sekarang kita beri notis terlebih dahulu supaya nampak lebih sopan. Namun kena ingat persidangan khas boleh menjadi kenyataan selepas ini,” ujarnya.
Iktibar isu Pergau
Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) pula mencadangkan supaya kerajaan negeri mengenakan tindakan serupa seperti dilakukan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika isu Pergau pada awal tahun 1990-an.
Husam menjelaskan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli hanya memasangkan kayu halangan di tempat keluar masuk ke projek Hidroelektrik Pergau bagi merundingkan isu yang dituntut kerajaan negeri.
Kata beliau akhirnya Pengerusi TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope datang berunding dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga Kelantan berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM110 juta.
“Begitu juga dalam isu minyak sekarang kita boleh pasang reben merah di lautan di sekitar kawasan pelantar kalau kaedah sama mahu diambil,” ujarnya.
KUALA LUMPUR:
Meskipun dibiayai dengan harga berjuta ringgit, Laporan Audit 2011
mendapati makanan mentah yang dibekalkan ke 10 sekolah menengah agama di
bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang adalah pada tahap kurang
memuaskan.
Antara kritikan yang diterima ialah makanan mentah yang dibekalkan tidak berkualiti, tidak mengikut sukatan yang ditetapkan dan lebih teruk lagi tidak berlabel halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melebihi tarikh luput.
Selain itu, Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang turut melaporkan stok bahan makanan utama yang boleh disimpan lama tidak mampu menampung keperluan minimum selama 3 hari manakalan spesifikasi bekalan bahan mentah dan bermasak yang dibekalkan – kualiti ikan yang dibekalkan tidak dapat ditentukan.
Beliau turut mengkritik prestasi kebersihan dapur dan dewan serta pengurusan dan keselamatan dapur yang disifatkan ‘kurang memuaskan’ – antaranya borang pesanan makanan disediakan kurang dari 48 jam dan tiada tarikh pesanan dicatat dalam borang dan pekerja yang tidak dilatih dalam Kursus Pengendalian Makanan.
Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 18 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang terletak hampir di semua daerah dengan asrama dan pengurusan bekalan makanan bermasak adalah di bawah tanggungjawab JAIP.
Kontrak kerajaan negeri kepada JAIP adalah untuk membiayai kontrak bekalan makanan bermasak yang diperbaharui setiap 2 tahun sekali.
Dengan anggaran pelajar seramai 7,990 orang, perbelanjaan nilai kontrak bekalan makanan bermasak meningkat sebanyak RM8.72 juta bagi tempoh 2010 hingga 2011 berbanding 2008 hingga 2009.
“Pada tahun 2009, perbelanjaan bekalan makanan bermasak bagi 18 buah asrama SMA berjumlah RM11.08 juta, tahun 2010 berjumlah RM12.96 juta dan RM12.86 juta pada tahun 2011,” kata KAN dalam laporannya.
Tiada pemantauan langsung
Pemantauan di peringkat JAIP dan SMA turut dikritik sebagai kurang memuaskan oleh KAN kerana gagal menubuhkan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Pemantau.
Sebagai langkah penambahbaikan, KAN menyarankan agar JAIP perlu menyediakan garis panduan atau tatacara bagi memperkemas dan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pembekalan, penyediaan bahan mentah dan bermasak serta menerima pakai Panduan Pelaksanaan Kontrak Bekalan Bermasak Di Sekolah-Sekolah Berasrama mengikut Pekeliling Bahagian Pembangunan Dan Bekalan Kementerian Pendidikan Bil. 2 Tahun 1994.
Selain itu, JAIP perlu memerincikan spesifikasi bahan bekalan yang dibekalkan oleh kontraktor di dalam kontrak yang dimeterai dan mengadakan latihan dan taklimat kepada Penyelia Asrama/Pengelola Makanan SMA berkenaan pengurusan makanan bermasak.
Di samping itu, pihak SMA perlu mengadakan pemantauan secara harian dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat kontrak.
KAN juga menyarankan agar JAIP bekerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan premis, kesihatan pekerja, peralatan dan perkakasan dewan makan serta kualiti makanan secara berkala terhadap SMA tersebut.
Satu
laporan bertajuk 'Tukar Dengan Betul' telah diterbitkan oleh AWER untuk
mengutarakan isu-isu berkaitan dengan program menghentikan penggunaan
mentol berfilamen (GLS) di Malaysia. Laporan ini boleh didapati dalam
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di www.awer.org.my dan www.click.org.my. Versi tambahan laporan ini yang dikenali sebagai Laporan Khas hanya boleh didapati di www.click.org.my. Laporan Khas mengandungi keputusan ujian, penilaian dan label-label spesimen yang diuji.
Disebabkan oleh sifat operasinya, GLS menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya dan haba. Jumlah tenaga yang digunakan dalam menjana cahaya adalah jauh lebih rendah berbanding dengan haba. Untuk menjustifikasi penghentian penggunaan GLS, Suruhanjaya Tenaga (ST) menganggarkan bahawa kira-kira 20% daripada lampu yang digunakan di Malaysia adalah jenis GLS di mana kira-kira 15 juta mentol dijual setiap tahun. Mereka menganggar jumlah penjimatan tenaga tahunan adalah kira-kira 1,074 GWj dan penjimatan sebanyak RM336 juta dalam perbelanjaan penggunaan elektrik oleh pengguna. Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik yang diterima oleh AWER daripada Jabatan Perangkaan, penggunaan purata tahunan mentol GLS hanya sekitar 2.4 juta mentol di antara tahun 2007 - 2011. Ini adalah sekitar 16% daripada apa yang di dakwa oleh ST. Adakah pihak industri telah memperdaya ST atau ST telah melakukan kesilapan serius dalam penganggarannya?
Kelengahan ini juga telah menyebabkan isu-isu yang tidak diingini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Mari kita meneliti cabaran-cabaran untuk menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat.
1. CABARAN-CABARAN MENGHENTIKAN PENGGUNAAN GLS
Cabaran 1: Impak kepada Bekalan dan Permintaan Produk - produk Pencahayaan
Proses menghentikan penggunaan (phase-out) produk tidak cekap tenaga akan menggantikan produk tidak cekap tenaga dengan produk yang lebih sesuai dan cekap tenaga. CFL telah dikenal pasti sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan GLS. Di samping itu, lampu LED sedang juga mengambil bahagian dalam pasaran secara perlahan-lahan. Permintaan puncak berlaku disebabkan peralihan daripada GLS kepada jenis produk lampu yang lain bagi memenuhi keperluan undang-undang.
Kita juga memerlukan peraturan yang ketat di Malaysia bagi memastikan kualiti produk dapat dijamin. Kualiti produk yang lebih rendah akan meningkatkan penjanaan sisa di mana ia akan menggagalkan tujuan utama program menghentikan penggunaan GLS iaitu perlindungan alam sekitar.
Cabaran 2: Pengumuman Menghentikan Penggunaan GLS yang Betul
Di Malaysia, pengumuman menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat tidak mengenal pasti fungsi produk-produk lampu yang lain seperti lampu kalimantang, mentol halogen dan lampu mentol berfilamen yang cekap (mentol halogen yang ditambah baik).
Dalam program ini, hanya GLS sedang dihentikan penggunaannya secara berperingkat dan bukannya lampu kalimantang. Lampu Kalimantang sebenarnya adalah lebih baik untuk pencahayaan di kebanyakan tempat. Kini, pengumuman menghentikan penggunaan GLS dan menggantikannya dengan CFL telah menyebabkan orang ramai mengabaikan atau salah faham tentang lampu kalimantang. Mentol halogen juga sedang dihentikan penggunaannya di negara-negara maju. Ini telah menyebabkan model mentol halogen yang tidak cekap tenaga mula muncul dengan pesat di pasaran Malaysia. Masalah ini hanya kerana kewujudan model mentol halogen yang tidak cekap tenaga tidak dikawal ataupun disekat di Malaysia.
Oleh itu, komunikasi kepada orang ramai mestilah jelas dan mendidik. Penyataan yang mengelirukan dan istilah khas akan menyebabkan orang ramai bingung dan tidak mengetahui apa yang patut dilakukan. Ini juga akan menyebabkan mereka menolak atau tidak menghiraukan dasar-dasar yang dikatakan lebih "baru" dan "hijau".
Cabaran 3: Maklumat Produk yang Meragukan
Maklumat tentang produk biasanya diterbitkan pada bungkusan produk atau risalah tambahan yang diletakkan di dalam bungkusan. Malangnya, pelbagai produk telah membanjiri pasaran dan mewujudkan kekeliruan di kalangan pengguna.
Berdasarkan persampelan produk CFL oleh pihak kami, beberapa masalah berkaitan dengan maklumat produk adalah maklumat yang salah, label tenaga yang palsu, tiada butiran pengilang, dakwaan yang salah dan dakwaan kesihatan yang meragukan.
Cabaran 4: Kualiti Produk
Disebabkan permintaan CFL yang memuncak di seluruh dunia, kualiti produk untuk memenuhi permintaan akan sentiasa menjadi satu isu. Dalam mana-mana pembuatan (production line), taburan normal digunakan untuk memastikan kualiti produk dikekalkan dalam 'lengkung loceng' atau bell curve yang sesuai yang menepati spesifikasi reka bentuk. Di Malaysia, terdapat banyak kes di mana CFL 'berjenama' tidak mampu beroperasi melebihi setahun. Apakah jaminan yang pengilang boleh memberi kepada pengguna untuk memastikan kualiti produk dikekalkan di samping memenuhi permintaan?
Cabaran 5: Pricing of CFL is Vague
Harga runcit CFL tidak berkurang walaupun kerajaan Malaysia telah mengumumkan program menghentikan penggunaan GLS pada tahun 2010. Melalui program ini, kerajaan mengeluarkan pesaing yang besar dan berharga murah (iaitu GLS) berbanding dengan CFL tahun menjelang 2014. Di samping itu, faedah pengecualian duti juga diberi untuk teknologi pencahayaan yang cekap tenaga. Malangnya, harga produk-produk ini tidak berkurang. Di sebaliknya, pengumuman program ini juga telah memberi manfaat kepada beberapa produk CFL yang dijual dengan harga serendah RM 3.00. Kualiti produk-produk ini juga boleh dipersoalkan. Tambahan pula, sesetengah jenama CFL terkemuka mempunyai harga yang tinggi di pasar raya dan pasar raya besar berbanding dengan kedai-kedai lampu kecil-kecilan yang menawarkan hampir separuh daripada harga jualan ini. Kini, adakah rakyat Malaysia diperbodohkan?
Cabaran 6: Hazardous Waste Management
Kandungan Merkuri dalam teknologi lampu kalimantang bukanlah perkara baru. CFL mewarisi masalah kandungan Merkuri yang sama. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (EQA), Merkuri dalam produk dan proses mesti dilupuskan dengan selamat kerana ia diklasifikasikan sebagai salah satu sisa terjadual. Malangnya, pengguna domestik tidak terikat dengan peraturan ini.
Sebagai contoh, jika pengguna domestik membuang CFL ke dalam tong sampah, ia akan dikumpul sebagai sampah (sisa pepejal). Setelah pengumpul sisa mengambil CFL dari tong sampah, ia menjadi sisa terjadual kerana entiti perniagaan dikawal selia di bawah EQA. Adakah syarikat pengurusan sisa pepejal akan melupuskan CFL melalui kaedah yang ditetapkan atau 'mengabui mata' dan meninggalkannya untuk ditanam di tapak pelupusan? Pengurusan Sisa Terjadual (atau juga dikenali sebagai Sisa Berbahaya) adalah penting untuk dilaksanakan sebelum program menghentikan penggunaan GLS dilaksanakan sepenuhnya. Tanpa mekanisme pengurusan sisa yang sesuai, beralih kepada CFL adalah mesra alam.
2. CADANGAN-CADANGAN
Berdasarkan hasil kajian kami, kerajaan memerlukan perancangan yang lebih terperinci untuk program menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini di Malaysia. AWER akan mengemukakan cadangan-cadangan berikut kepada ST, KeTTHA dan agensi-agensi lain yang berkaitan. AWER akan memantau pelaksanaan cadangan-cadangan ini sebagai Indeks Prestasi Utama yang ditetapkan oleh kami untuk kedua-dua ST dan KeTTHA.
Cadangan 1: Standard, Ujian and Pelabelan
Berdasarkan perbincangan kami dengan ST, peraturan-peraturan bagi menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat dan ujian CFL masih berada di pejabat Peguam Negara (AG). Kelewatan dalam meluluskan peraturan atau garis panduan hanya akan memberi kesan negatif yang serius kepada pelaksanaan proses menghentikan penggunaan GLS yang sepenuhnya menjelang tahun 2014. Semua produk lampu yang dijual di pasaran mesti dilabelkan secara seragam untuk membantu pengguna membandingkan fungsi produk dengan mudah. Sehingga kini, Malaysia tidak mempunyai sebarang standard sebegini yang dilaksanakan.
Cadangan 2: Kemasukan Mentol-mentol Halogen ke Pasaran Malaysia
EU sedang menghentikan penggunaan mentol halogen secara berperingkat. Mentol dengan kelas C dan D (kelas berdasarkan pelabelan kecekapan tenaga EU) akan dihentikan penggunaannya secara berperingkat menjelang tahun 2016. Walau bagaimanapun, mentol ini telah membanjiri pasaran Malaysia secara tiba-tiba. Di samping itu, mentol halogen kelas B masih mempunyai masalah teknikal. Berdasarkan kajian AWER, kami tidak melihat teknologi ini sebagai pengganti berpotensi untuk GLS kerana teknologi teras bagi fungsi mentol ini adalah serupa dengan GLS. Kami menggesa ST menghentikan jualan mentol halogen berkuat kuasa serta-merta untuk mengelakkan pengulangan program menghentikan penggunaan mentol tidak cekap tenaga.
Cadangan 3: Pengurusan Sisa
Pengurusan CFL terpakai adalah masih dalam kegelapan. Melalui Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005, EQA mengelaskan sisa Merkuri sebagai SW109. Pelupusan CFL dan lampu kalimantang tidak diklasifikasikan sebagai E-waste (Sisa Elektronik). Lampu-lampu yang mengandungi Merkuri ini kini sedang dibuang terus ke tong sampah. Di samping itu, jika apa-apa jenis sisa pepejal yang lain dicemari sisa terjadual, ia juga akan memerlukan pelupusan yang khusus. Dalam erti kata lain, jika CFL pecah dalam tong sampah atau lori sampah, keseluruhan sisa perlu dirawat sebagai sebahagian daripada sisa terjadual. Walau bagaimanapun, ini tidak diamalkan di Malaysia dan masalah seperti ini perlu diperbetulkan sebelum pelaksanaan menghentikan penggunaan GLS dengan sepenuhnya.
Cadangan 4: Membantu Golongan Berpendapatan Rendah
Kumpulan berpendapatan rendah mendapat perhatian segera AWER dalam program menghentikan penggunaan GLS. Apabila mereka menggantikan GLS, mereka tidak akan berbelanja melebihi RM 3.00. Walau bagaimanapun, seunit CFL adalah terlalu mahal bagi mereka untuk membuat penggantian serta-merta. Berdasarkan beberapa kaji selidik kami dengan pengguna yang telah mula menggunakan CFL, banyak produk yang digunakan oleh mereka tidak mampu beroperasi melebihi 1 tahun walaupun ia adalah produk berjenama. Jika keadaan sedemikian berlaku, kos penggantian akan juga menjadi halangan bagi golongan berpendapatan sederhana. Oleh itu, isu kualiti CFL mesti ditangani oleh ST dengan segera. Satu mekanisme kewangan yang sesuai perlu dibangunkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk berubah kepada CFL atau teknologi pencahayaan yang lain.
Cadangan 5: Mengelakan Kartel dan Pencatutan (Profiteering)
Menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat adalah untuk mengeluarkan produk yang mempunyai carbon footprint yang tinggi dan menggantikannya dengan produk yang mempunyai carbon footprint yang lebih rendah seperti CFL. Oleh itu, dengan pengurangan persaingan pasaran (disebabkan mpenghentian penggunaan GLS) harga CFL sepatutnya berkurangan. Akan tetapi, ini tidak berlaku. AWER telah membeli satu produk berjenama dan tulen di sebuah kedai di Negeri Sembilan dengan harga RM 8.00 dan produk yang sama dijual pada harga yang melebihi RM 16.00 di beberapa pasar raya besar. Adakah pengguna telah diperbodohkan?
Tambahan pula, kos pembelian CFL berjenama pasaraya (house brand) yang dijual oleh pasaraya tempatan adalah sentiasa lebih murah daripada CFL jenama premium. Adakah ini bermakna bahawa jenama pasaraya yang dijual oleh pasaraya besar tempatan adalah berkualiti lebih teruk berbanding dengan jenama premium? Pastinya ini bukan situasi sebenar. Ia hanya bermakna bahawa terdapat unsur kartel dan pencatutan. Jadi, AWER ingin menggesa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menjalankan siasatan ke atas perkara ini. Ini akan dijadikan Indeks Pencapaian Utama yang pertama yang ditetapkan oleh AWER bagi MyCC dan mereka mesti mengumumkan laporan siasatan pada akhir Disember 2012 untuk makluman orang ramai.
Cadangan 6: Pemantauan dan Penguatkuasaan yang Berterusan
Peraturan-peraturan yang sepatutnya dilaksanakan telah ditangguhkan kerana ia masih berada di pejabat Peguam Negara (maklumat semasa mesyuarat kami dengan ST akhir tahun 2011). Kami menggesa ST untuk meningkatkan kelajuan penyediaan standard, pelabelan, peraturan-peraturan, garis panduan dan lain-lain untuk membantu mereka dalam pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan. AWER akan terus memantau perkara ini dengan ST untuk memastikan cadangan kami dilaksanakan dengan betul dan semua masalah diperbetulkan secepat mungkin.
3. KESIMPULAN
Dalam kajian kami mengenai program menghentikan pengunaan GLS secara berperingkat, Kecekapan Tenaga adalah komponen utama. Walau bagaimanapun, ia tidak patut dilaksanakan jika ia berkemungkinan memudaratkan kesihatan manusia dan keselamatan alam sekitar. Logam berat adalah satu kebimbangan kepada kesihatan dan degradasi alam sekitar. Adakah kita akan mengulangi kesilapan yang tercatat dalam sejarah? Bermula pada tahun 1920-an, plumbum (sejenis logam berat) telah ditambah kepada petrol untuk menambah baik pembakaran. Ini telah menyebabkan peningkatan dalam keracunan plumbum, terutamanya memberi kesan kerosakan kekal kepada kanak-kanak. Manusia mengambil hampir 60 tahun untuk mengetahuinya.
AWER menggesa agensi-agensi berkaitan di Malaysia untuk mengambil iktibar daripada hasil kajian kami dalam laporan ini untuk memastikan kita TUKAR DENGAN BETUL dari permulaan.
Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
“Adakah perlu mendapatkan izin daripada Dun terlebih dahulu sebelum Menteri Besar menandatangani perjanjian dengan Petronas ketika itu kerana ia merupakan isu besar.
“Ini kerana kuasa Menteri Besar untuk pindahkan hak carigali kepada Petronas untuk selama-lamanya merupakan perkara besar di sisi undang-undang,” kata anggota Exco, Datuk Husam Musa (gambar atas) ketika menjawab soalan Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit).
Kata Husam surat kuasa yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 menyebut memberi kuasa kepada Petronas untuk carigali minyak.
Menurutnya berdasar kepada rentetan tersebut secara jelas menggambarkan Kelantan ada hak ke atas sumber minyak yang terdapat di kawasan perairannya sehingga Petronas perlu mendapat izin untuk dipindahkan kuasa terlebih dahulu pada 1975.
Bagaimanapun kata beliau peguam kerajaan negeri berpendapat dokumen yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 bukan sebuah perjanjian dan ia hanya sekadar surat serah kuasa (kontrak).
Surat kontrak itu menyebut tugas Petronas hanya untuk usaha carigali sahaja.
“Persoalannya sekarang apakah tuan rumah (Kelantan) wajar tidak dimaklumkan terhadap segala hasil carigali tersebut.
“Ini pecah kontrak yang pertama berlaku apabila Petronas hanya menyimpan segala dokumen carigali tanpa memberi maklum balas kepada kerajaan negeri.
“Sedangkan apa yang berlaku di Terengganu pada 13 Mei 1978 Petronas menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memaklumkan segala butiran mengenai pengeluaran minyak dan gas serta harga semasa.
“Begitu juga pada 14 Jun 1978 Ketua Pegawai Eksekutif Petronas menulis surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu untuk memaklumkan bayaran royalti yang dibuat,” katanya.
Boleh batal kontrak
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkata, jadi terpulang kepada Dun atau Exco untuk bertindak membatal surat kontrak (perjanjian) dengan Petronas.
Menjawab soalan tambahan Adun sama katanya sekiranya Petronas masih enggan membayar royalti, Dun boleh mengubal satu enakmen bagi mengenakan fee (cukai) kepada Petronas mengikut kadar royalti yang sepatutnya dibayar.
Husam juga bersetuju dengan pandangan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) bagi menulis surat kepada Petronas bagi memaklumkan operasinya di perairan Kelantan dibuat tanpa kelulusan lesen kerajaan negeri.
Mencelah isu sama Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) mencadangkan supaya diadakan persidangan khas Dun sebelum akhir tahun ini membincangkan bagi membatalkan surat kontrak kepada Petronas atau sebaliknya.
Hujahnya Petronas begitu samseng kerana tidak memaklumkan perkembangan carigali di perairan Kelantan kepada pihak tuan rumah.
Namun Husam memilih untuk memberi masa kepada Petronas bagi membolehkan mengambil tindakan segera sebelum persidangan khas Dun benar-benar menjadi kenyataan.
“Kita sebenarnya mengambil kira kalau dibatalkan kontrak (perjanjian) dengan Petronas tentunya ia akan memberi kesan besar kepada negara dan dunia.
“Jadi sekarang kita beri notis terlebih dahulu supaya nampak lebih sopan. Namun kena ingat persidangan khas boleh menjadi kenyataan selepas ini,” ujarnya.
Iktibar isu Pergau
Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) pula mencadangkan supaya kerajaan negeri mengenakan tindakan serupa seperti dilakukan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika isu Pergau pada awal tahun 1990-an.
Husam menjelaskan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli hanya memasangkan kayu halangan di tempat keluar masuk ke projek Hidroelektrik Pergau bagi merundingkan isu yang dituntut kerajaan negeri.
Kata beliau akhirnya Pengerusi TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope datang berunding dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga Kelantan berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM110 juta.
“Begitu juga dalam isu minyak sekarang kita boleh pasang reben merah di lautan di sekitar kawasan pelantar kalau kaedah sama mahu diambil,” ujarnya.
Dibiayai berjuta, sekolah agama dibekal makanan luput tarikh
Harakahdaily, | 16 Okt 2012 |
Antara kritikan yang diterima ialah makanan mentah yang dibekalkan tidak berkualiti, tidak mengikut sukatan yang ditetapkan dan lebih teruk lagi tidak berlabel halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melebihi tarikh luput.
Selain itu, Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang turut melaporkan stok bahan makanan utama yang boleh disimpan lama tidak mampu menampung keperluan minimum selama 3 hari manakalan spesifikasi bekalan bahan mentah dan bermasak yang dibekalkan – kualiti ikan yang dibekalkan tidak dapat ditentukan.
Beliau turut mengkritik prestasi kebersihan dapur dan dewan serta pengurusan dan keselamatan dapur yang disifatkan ‘kurang memuaskan’ – antaranya borang pesanan makanan disediakan kurang dari 48 jam dan tiada tarikh pesanan dicatat dalam borang dan pekerja yang tidak dilatih dalam Kursus Pengendalian Makanan.
Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 18 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang terletak hampir di semua daerah dengan asrama dan pengurusan bekalan makanan bermasak adalah di bawah tanggungjawab JAIP.
Kontrak kerajaan negeri kepada JAIP adalah untuk membiayai kontrak bekalan makanan bermasak yang diperbaharui setiap 2 tahun sekali.
Dengan anggaran pelajar seramai 7,990 orang, perbelanjaan nilai kontrak bekalan makanan bermasak meningkat sebanyak RM8.72 juta bagi tempoh 2010 hingga 2011 berbanding 2008 hingga 2009.
“Pada tahun 2009, perbelanjaan bekalan makanan bermasak bagi 18 buah asrama SMA berjumlah RM11.08 juta, tahun 2010 berjumlah RM12.96 juta dan RM12.86 juta pada tahun 2011,” kata KAN dalam laporannya.
Tiada pemantauan langsung
Pemantauan di peringkat JAIP dan SMA turut dikritik sebagai kurang memuaskan oleh KAN kerana gagal menubuhkan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Pemantau.
Sebagai langkah penambahbaikan, KAN menyarankan agar JAIP perlu menyediakan garis panduan atau tatacara bagi memperkemas dan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pembekalan, penyediaan bahan mentah dan bermasak serta menerima pakai Panduan Pelaksanaan Kontrak Bekalan Bermasak Di Sekolah-Sekolah Berasrama mengikut Pekeliling Bahagian Pembangunan Dan Bekalan Kementerian Pendidikan Bil. 2 Tahun 1994.
Selain itu, JAIP perlu memerincikan spesifikasi bahan bekalan yang dibekalkan oleh kontraktor di dalam kontrak yang dimeterai dan mengadakan latihan dan taklimat kepada Penyelia Asrama/Pengelola Makanan SMA berkenaan pengurusan makanan bermasak.
Di samping itu, pihak SMA perlu mengadakan pemantauan secara harian dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat kontrak.
KAN juga menyarankan agar JAIP bekerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan premis, kesihatan pekerja, peralatan dan perkakasan dewan makan serta kualiti makanan secara berkala terhadap SMA tersebut.
Tukar mentol GLS: Adakah rakyat diperbodohkan?
Piarapakaran S, | 16 Okt 2012 |
Disebabkan oleh sifat operasinya, GLS menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya dan haba. Jumlah tenaga yang digunakan dalam menjana cahaya adalah jauh lebih rendah berbanding dengan haba. Untuk menjustifikasi penghentian penggunaan GLS, Suruhanjaya Tenaga (ST) menganggarkan bahawa kira-kira 20% daripada lampu yang digunakan di Malaysia adalah jenis GLS di mana kira-kira 15 juta mentol dijual setiap tahun. Mereka menganggar jumlah penjimatan tenaga tahunan adalah kira-kira 1,074 GWj dan penjimatan sebanyak RM336 juta dalam perbelanjaan penggunaan elektrik oleh pengguna. Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik yang diterima oleh AWER daripada Jabatan Perangkaan, penggunaan purata tahunan mentol GLS hanya sekitar 2.4 juta mentol di antara tahun 2007 - 2011. Ini adalah sekitar 16% daripada apa yang di dakwa oleh ST. Adakah pihak industri telah memperdaya ST atau ST telah melakukan kesilapan serius dalam penganggarannya?
Kelengahan ini juga telah menyebabkan isu-isu yang tidak diingini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Mari kita meneliti cabaran-cabaran untuk menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat.
1. CABARAN-CABARAN MENGHENTIKAN PENGGUNAAN GLS
Cabaran 1: Impak kepada Bekalan dan Permintaan Produk - produk Pencahayaan
Proses menghentikan penggunaan (phase-out) produk tidak cekap tenaga akan menggantikan produk tidak cekap tenaga dengan produk yang lebih sesuai dan cekap tenaga. CFL telah dikenal pasti sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan GLS. Di samping itu, lampu LED sedang juga mengambil bahagian dalam pasaran secara perlahan-lahan. Permintaan puncak berlaku disebabkan peralihan daripada GLS kepada jenis produk lampu yang lain bagi memenuhi keperluan undang-undang.
Kita juga memerlukan peraturan yang ketat di Malaysia bagi memastikan kualiti produk dapat dijamin. Kualiti produk yang lebih rendah akan meningkatkan penjanaan sisa di mana ia akan menggagalkan tujuan utama program menghentikan penggunaan GLS iaitu perlindungan alam sekitar.
Cabaran 2: Pengumuman Menghentikan Penggunaan GLS yang Betul
Di Malaysia, pengumuman menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat tidak mengenal pasti fungsi produk-produk lampu yang lain seperti lampu kalimantang, mentol halogen dan lampu mentol berfilamen yang cekap (mentol halogen yang ditambah baik).
Dalam program ini, hanya GLS sedang dihentikan penggunaannya secara berperingkat dan bukannya lampu kalimantang. Lampu Kalimantang sebenarnya adalah lebih baik untuk pencahayaan di kebanyakan tempat. Kini, pengumuman menghentikan penggunaan GLS dan menggantikannya dengan CFL telah menyebabkan orang ramai mengabaikan atau salah faham tentang lampu kalimantang. Mentol halogen juga sedang dihentikan penggunaannya di negara-negara maju. Ini telah menyebabkan model mentol halogen yang tidak cekap tenaga mula muncul dengan pesat di pasaran Malaysia. Masalah ini hanya kerana kewujudan model mentol halogen yang tidak cekap tenaga tidak dikawal ataupun disekat di Malaysia.
Oleh itu, komunikasi kepada orang ramai mestilah jelas dan mendidik. Penyataan yang mengelirukan dan istilah khas akan menyebabkan orang ramai bingung dan tidak mengetahui apa yang patut dilakukan. Ini juga akan menyebabkan mereka menolak atau tidak menghiraukan dasar-dasar yang dikatakan lebih "baru" dan "hijau".
Cabaran 3: Maklumat Produk yang Meragukan
Maklumat tentang produk biasanya diterbitkan pada bungkusan produk atau risalah tambahan yang diletakkan di dalam bungkusan. Malangnya, pelbagai produk telah membanjiri pasaran dan mewujudkan kekeliruan di kalangan pengguna.
Berdasarkan persampelan produk CFL oleh pihak kami, beberapa masalah berkaitan dengan maklumat produk adalah maklumat yang salah, label tenaga yang palsu, tiada butiran pengilang, dakwaan yang salah dan dakwaan kesihatan yang meragukan.
Cabaran 4: Kualiti Produk
Disebabkan permintaan CFL yang memuncak di seluruh dunia, kualiti produk untuk memenuhi permintaan akan sentiasa menjadi satu isu. Dalam mana-mana pembuatan (production line), taburan normal digunakan untuk memastikan kualiti produk dikekalkan dalam 'lengkung loceng' atau bell curve yang sesuai yang menepati spesifikasi reka bentuk. Di Malaysia, terdapat banyak kes di mana CFL 'berjenama' tidak mampu beroperasi melebihi setahun. Apakah jaminan yang pengilang boleh memberi kepada pengguna untuk memastikan kualiti produk dikekalkan di samping memenuhi permintaan?
Cabaran 5: Pricing of CFL is Vague
Harga runcit CFL tidak berkurang walaupun kerajaan Malaysia telah mengumumkan program menghentikan penggunaan GLS pada tahun 2010. Melalui program ini, kerajaan mengeluarkan pesaing yang besar dan berharga murah (iaitu GLS) berbanding dengan CFL tahun menjelang 2014. Di samping itu, faedah pengecualian duti juga diberi untuk teknologi pencahayaan yang cekap tenaga. Malangnya, harga produk-produk ini tidak berkurang. Di sebaliknya, pengumuman program ini juga telah memberi manfaat kepada beberapa produk CFL yang dijual dengan harga serendah RM 3.00. Kualiti produk-produk ini juga boleh dipersoalkan. Tambahan pula, sesetengah jenama CFL terkemuka mempunyai harga yang tinggi di pasar raya dan pasar raya besar berbanding dengan kedai-kedai lampu kecil-kecilan yang menawarkan hampir separuh daripada harga jualan ini. Kini, adakah rakyat Malaysia diperbodohkan?
Cabaran 6: Hazardous Waste Management
Kandungan Merkuri dalam teknologi lampu kalimantang bukanlah perkara baru. CFL mewarisi masalah kandungan Merkuri yang sama. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (EQA), Merkuri dalam produk dan proses mesti dilupuskan dengan selamat kerana ia diklasifikasikan sebagai salah satu sisa terjadual. Malangnya, pengguna domestik tidak terikat dengan peraturan ini.
Sebagai contoh, jika pengguna domestik membuang CFL ke dalam tong sampah, ia akan dikumpul sebagai sampah (sisa pepejal). Setelah pengumpul sisa mengambil CFL dari tong sampah, ia menjadi sisa terjadual kerana entiti perniagaan dikawal selia di bawah EQA. Adakah syarikat pengurusan sisa pepejal akan melupuskan CFL melalui kaedah yang ditetapkan atau 'mengabui mata' dan meninggalkannya untuk ditanam di tapak pelupusan? Pengurusan Sisa Terjadual (atau juga dikenali sebagai Sisa Berbahaya) adalah penting untuk dilaksanakan sebelum program menghentikan penggunaan GLS dilaksanakan sepenuhnya. Tanpa mekanisme pengurusan sisa yang sesuai, beralih kepada CFL adalah mesra alam.
2. CADANGAN-CADANGAN
Berdasarkan hasil kajian kami, kerajaan memerlukan perancangan yang lebih terperinci untuk program menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini di Malaysia. AWER akan mengemukakan cadangan-cadangan berikut kepada ST, KeTTHA dan agensi-agensi lain yang berkaitan. AWER akan memantau pelaksanaan cadangan-cadangan ini sebagai Indeks Prestasi Utama yang ditetapkan oleh kami untuk kedua-dua ST dan KeTTHA.
Cadangan 1: Standard, Ujian and Pelabelan
Berdasarkan perbincangan kami dengan ST, peraturan-peraturan bagi menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat dan ujian CFL masih berada di pejabat Peguam Negara (AG). Kelewatan dalam meluluskan peraturan atau garis panduan hanya akan memberi kesan negatif yang serius kepada pelaksanaan proses menghentikan penggunaan GLS yang sepenuhnya menjelang tahun 2014. Semua produk lampu yang dijual di pasaran mesti dilabelkan secara seragam untuk membantu pengguna membandingkan fungsi produk dengan mudah. Sehingga kini, Malaysia tidak mempunyai sebarang standard sebegini yang dilaksanakan.
Cadangan 2: Kemasukan Mentol-mentol Halogen ke Pasaran Malaysia
EU sedang menghentikan penggunaan mentol halogen secara berperingkat. Mentol dengan kelas C dan D (kelas berdasarkan pelabelan kecekapan tenaga EU) akan dihentikan penggunaannya secara berperingkat menjelang tahun 2016. Walau bagaimanapun, mentol ini telah membanjiri pasaran Malaysia secara tiba-tiba. Di samping itu, mentol halogen kelas B masih mempunyai masalah teknikal. Berdasarkan kajian AWER, kami tidak melihat teknologi ini sebagai pengganti berpotensi untuk GLS kerana teknologi teras bagi fungsi mentol ini adalah serupa dengan GLS. Kami menggesa ST menghentikan jualan mentol halogen berkuat kuasa serta-merta untuk mengelakkan pengulangan program menghentikan penggunaan mentol tidak cekap tenaga.
Cadangan 3: Pengurusan Sisa
Pengurusan CFL terpakai adalah masih dalam kegelapan. Melalui Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005, EQA mengelaskan sisa Merkuri sebagai SW109. Pelupusan CFL dan lampu kalimantang tidak diklasifikasikan sebagai E-waste (Sisa Elektronik). Lampu-lampu yang mengandungi Merkuri ini kini sedang dibuang terus ke tong sampah. Di samping itu, jika apa-apa jenis sisa pepejal yang lain dicemari sisa terjadual, ia juga akan memerlukan pelupusan yang khusus. Dalam erti kata lain, jika CFL pecah dalam tong sampah atau lori sampah, keseluruhan sisa perlu dirawat sebagai sebahagian daripada sisa terjadual. Walau bagaimanapun, ini tidak diamalkan di Malaysia dan masalah seperti ini perlu diperbetulkan sebelum pelaksanaan menghentikan penggunaan GLS dengan sepenuhnya.
Cadangan 4: Membantu Golongan Berpendapatan Rendah
Kumpulan berpendapatan rendah mendapat perhatian segera AWER dalam program menghentikan penggunaan GLS. Apabila mereka menggantikan GLS, mereka tidak akan berbelanja melebihi RM 3.00. Walau bagaimanapun, seunit CFL adalah terlalu mahal bagi mereka untuk membuat penggantian serta-merta. Berdasarkan beberapa kaji selidik kami dengan pengguna yang telah mula menggunakan CFL, banyak produk yang digunakan oleh mereka tidak mampu beroperasi melebihi 1 tahun walaupun ia adalah produk berjenama. Jika keadaan sedemikian berlaku, kos penggantian akan juga menjadi halangan bagi golongan berpendapatan sederhana. Oleh itu, isu kualiti CFL mesti ditangani oleh ST dengan segera. Satu mekanisme kewangan yang sesuai perlu dibangunkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk berubah kepada CFL atau teknologi pencahayaan yang lain.
Cadangan 5: Mengelakan Kartel dan Pencatutan (Profiteering)
Menghentikan penggunaan GLS secara berperingkat adalah untuk mengeluarkan produk yang mempunyai carbon footprint yang tinggi dan menggantikannya dengan produk yang mempunyai carbon footprint yang lebih rendah seperti CFL. Oleh itu, dengan pengurangan persaingan pasaran (disebabkan mpenghentian penggunaan GLS) harga CFL sepatutnya berkurangan. Akan tetapi, ini tidak berlaku. AWER telah membeli satu produk berjenama dan tulen di sebuah kedai di Negeri Sembilan dengan harga RM 8.00 dan produk yang sama dijual pada harga yang melebihi RM 16.00 di beberapa pasar raya besar. Adakah pengguna telah diperbodohkan?
Tambahan pula, kos pembelian CFL berjenama pasaraya (house brand) yang dijual oleh pasaraya tempatan adalah sentiasa lebih murah daripada CFL jenama premium. Adakah ini bermakna bahawa jenama pasaraya yang dijual oleh pasaraya besar tempatan adalah berkualiti lebih teruk berbanding dengan jenama premium? Pastinya ini bukan situasi sebenar. Ia hanya bermakna bahawa terdapat unsur kartel dan pencatutan. Jadi, AWER ingin menggesa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menjalankan siasatan ke atas perkara ini. Ini akan dijadikan Indeks Pencapaian Utama yang pertama yang ditetapkan oleh AWER bagi MyCC dan mereka mesti mengumumkan laporan siasatan pada akhir Disember 2012 untuk makluman orang ramai.
Cadangan 6: Pemantauan dan Penguatkuasaan yang Berterusan
Peraturan-peraturan yang sepatutnya dilaksanakan telah ditangguhkan kerana ia masih berada di pejabat Peguam Negara (maklumat semasa mesyuarat kami dengan ST akhir tahun 2011). Kami menggesa ST untuk meningkatkan kelajuan penyediaan standard, pelabelan, peraturan-peraturan, garis panduan dan lain-lain untuk membantu mereka dalam pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan. AWER akan terus memantau perkara ini dengan ST untuk memastikan cadangan kami dilaksanakan dengan betul dan semua masalah diperbetulkan secepat mungkin.
3. KESIMPULAN
Dalam kajian kami mengenai program menghentikan pengunaan GLS secara berperingkat, Kecekapan Tenaga adalah komponen utama. Walau bagaimanapun, ia tidak patut dilaksanakan jika ia berkemungkinan memudaratkan kesihatan manusia dan keselamatan alam sekitar. Logam berat adalah satu kebimbangan kepada kesihatan dan degradasi alam sekitar. Adakah kita akan mengulangi kesilapan yang tercatat dalam sejarah? Bermula pada tahun 1920-an, plumbum (sejenis logam berat) telah ditambah kepada petrol untuk menambah baik pembakaran. Ini telah menyebabkan peningkatan dalam keracunan plumbum, terutamanya memberi kesan kerosakan kekal kepada kanak-kanak. Manusia mengambil hampir 60 tahun untuk mengetahuinya.
AWER menggesa agensi-agensi berkaitan di Malaysia untuk mengambil iktibar daripada hasil kajian kami dalam laporan ini untuk memastikan kita TUKAR DENGAN BETUL dari permulaan.
Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
2 ulasan:
Halo, Ramadan adalah di sini sudah tidak anda berfikir ia adalah masa untuk mendapatkan berkah dari Allah boleh conected hari ini dan anda pasti akan bahagia dengan kasih karunia Allah.
Nama saya adalah Cynthia Johnson. kita gadai janji, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman Hotel, tawaran komersial Umum Mr John Carlson, orang harus mengemas kini semua situasi kewangan di dunia / syarikat untuk membantu mereka yang berdaftar pemberi pinjaman wang pinjaman peribadi, pinjaman, kredit pembinaan, rendah kadar faedah 2% dll kredit modal, pinjaman perniagaan dan pinjaman kredit buruk bekerja, start up. Kami membiayai projek di tangan dan syarikat anda / rakan kongsi dan saya juga ingin menawarkan pinjaman peribadi untuk pelanggan mereka. hubungi kami melalui e-mel untuk maklumat lebih lanjut: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com
BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
Feyilfatma Nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat saya mahu menggunakan
Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan lalu, saya adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com
Catat Ulasan