Ahad, 28 Oktober 2012

JANGAN DUA KALI LIMA DAH

Kritik, mengkritik & dikritik

Nasrudin Hassan, 28 Okt 2012
a] Terima kasih pada semua kerana konfiden bahawa PAS akan berjaya memerintah negara kelak [insyaallah] berbanding dulu, hampir tidak ada orang luar nak bincang pasal PAS dan memang sukar nak cari orang luar yang mahu bantu PAS berjuang menghadapi kuasa "besar" UMNO dan BN yang penuh dgn korupsi. Sebahagiannya selesa dikerusi empuk dan bilik berhawa dingin dengan jawatan yang selesa pula.

b]  Budaya tidak boleh ditegur alhamdulillah TIDAK berlaku dalam PAS. Jika seorang dua dikesan begitu, maka itu kes terpencil dan dia bukan budaya dalam PAS. Kepimpinan PAS ialah kepimpinan yang berteraskan Islam sesuai dengan Islam sebagai asas perjuangan PAS.

c] PAS dan kepimpinannya senantiasa terbuka dan berlapang dada dalam menerima pandangan dan kritikan justeru itu akhlak Islami yang salayaknya dimiliki oleh setiap pemimpin dan individu muslim. Kita mengalu - alukan teguran dan kritikan yang membina dari semua pihak. Kita senantiasa responsif namun tidak semestinya  100 peratus teguran atau kritikan yang kita terima perlu dipakai. Sebaliknya teguran atau kritikan yang diterima itu akan dipertimbangkan dan disorot dengan penuh cermat serta mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu keputusan diambil.

c] kita harus sedar, teguran dan kritikan yang dihamburkan kepada PAS banyak jenis dan kategori.

* Ada yang perlu dilayan dan diterima.  Sebagai contoh, kritikan itu disampaikan dengan baik dan membina. Tambahan jika ianya lengkap dengan fakta dan maklumat yang benar.

*Ada yang perlu ditangani dengan bijaksana. Sebagai contoh , kritikan dari seseorang atau ahli parti yang keliru terhadap keputusan yang diambil oleh parti secara jamaei.

*Ada yang perlu ditolak dan ditempelak kembali. Sebagai contoh kritikan yang memalukan atau kritikan yang menjatuhkan pula dibina berasaskan maklumat yang salah, persepsi yang negatif dan fitnah yang jahat. Tidak kurang juga kritikan yang hanya menguntungkan musuh Islam.

*Ada yang perlu didengar tapi tidak perlu dilayan dan diambil pusing. Biasanya berlaku pada kritikan bebas tanpa ilmu dan pengkritiknya sendiri tidak konsisten dengan kritikannya. Satu kritikan yang datang dari pengkritik bebas yang tidak mempunyai sifat tanggungjawab terhadap setiap kritikan. Seperti melontar batu ke air tenang lalu lari menyembunyikan tangannya.

d] Kalau kita lihat al Quranil Karim, diantara method al Quran ialah membalas dan menjawab kritikan pihak lain khususnya musyrikin terhadap Islam disamping Al Quran yang sama mengajar kita menerima dan berlapang dada terhadap teguran, kritikan dan nasihat.

e] seringkali teguran dan kritikan yang dilemparkan kepada PAS perlu dipertimbang dengan  mengambil kira realiti, maklumat dan asas yang tepat. Justeru terlalu banyak kritikan yang sampai adalah bersumber dari fitnah dan maklumat atau persepsi yang salah.  Kritikan yang hanya datang dari perasaan geram dan dendam.

f] Tanpa dinafi bahawa banyak juga kritikan yang membina malah sebahagiannya lengkap dengan fakta dan kajian teliti. Kita menerima kritikan sedemikian dan memakainya sebagai satu yang peluang untuk membina PAS.

g] Apa yang membanggakan saya ialah kini PAS telah mempunyai pengkritik tetap secara sukarela yang terdiri dari pelbagai pihak.  Ini satu perkembangan positif. Tinggal lagi pimpinan PAS harus bijak dalam menilai setiap kritikan yang diterima agar ia menguntung dan membangunkan parti untuk terus mendokong cita - cita perjuangan Islam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM



Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~

Memaknai pengorbanan demi keadilan

Dr Wan Azizah Wan Ismail, 26 Okt 2012
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd. Selawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Eidul Adha kepada seluruh warga Muslim di Malaysia. Marilah kita bersama-sama doakan kesejahteraan mereka yang sekarang ini sedang melakukan ibadah di Padang Arafah supaya memperoleh haji yang mabrur dan diberkati. Semoga selamat dalam urusan harian di sana dan selamat kembali ke tanahair, Insya Allah.

Eiduladha juga sering disebut sebagai hari raya haji atau hari raya korban. Apakah yang boleh dimaksudkan dengan pengorbanan. Ianya adalah satu proses kesetiaan, ketaatan dan keikhlasan. Lihatlah bagaimana ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang redha menerima perintah Tuhan untuk mengorbankan putera baginda Ismail a.s. Namun, ketaatan yang wujud dalam diri Ibrahim a.s itu sangat mengujakan sehinggakan Ismail.a.s juga redha dengan ketentuan yang telah diperintahkan. Begitulah, kisah ini terkait dalam kehidupan hari ini bahawa pengorbanan adalah ketaatan dan kesetiaan dalam perjuangan yang meletakkan Islam itu dikedudukan yang tinggi.

Islam juga menggalakkan umatnya yang berharta dan mampu untuk mengorbankan sedikit daripada haknya itu untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Janganlah kita lupa akan saudara kita yang menderita dengan tekanan hidup akibat krisis dan perbalahan seperti di Syria, Rohingya, Afghanistan dan serata dunia. Kerana bukan korbannya tidak diterima tetapi keikhlasan itu adalah lebih utama seperti kisah Qabil dan Habil yang tercatat dalam Surah Al-Maidah ayat ke 27: “Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”

Juga di Malaysia yang terus terbeban dengan ekonomi dan kuasa membeli yang semakin rendah, anak muda yang terkesan dengan bebanan hutang belajar, graduan yang sukar mendapat kerja dan aktiviti jenayah dan moral yang semakin membimbangkan.

Jelas sekali, bahawa Islam itu mendidik umatnya agar sentiasa bersatu dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan agar isu yang berbangkit seperti memperlekehkan hak dan hukum Islam di Malaysia tidak akan berulang dan seterusnya Islam dapat dipertahankan. Oleh yang demikian Islam akan sentiasa dimartabatkan dan terus dihormati oleh semua kaum. Maka dikesempatan ini, masih ada peluang untuk kita terus memupuk masyarakat yang penyayang dan saling bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira latarbelakang bangsa dan ideologi politik.

Dalam konteks Malaysia, harus kita lihat pengorbanan itu dari sudut kesediaan untuk istiqamah, ikhlas dan memegang amanah untuk memerangi salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan. Tanggungjawab ini melibatkan pelbagai sektor, dari segi pendidikan, ekonomi, pekerjaan, sosial dan agama serta adat kepercayaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan negeri menjayakan apa yang telah mereka perjelaskan demi kesejahteraan hidup walaupun ada perbedaan kepentingan politik, agama dan bangsa.

Semoga kita semua dapat menghayati apa yang telah Rasulullah S.A.W nyataka semasa menyampaikan khutbah di Hujjatul Wida’ (Haji Perpisahan)

Sesiapa yang telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya..”

Justeru, ayuhlah rakyat Malaysia khususnya dan yang Muslim khasnya, kita bersatu dan mengenepikan apa jua perbedaan dan fahaman politik antara kita. Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan bersyukur agar kita dapat terus mengangkat agama dan dalam masa yang sama kita memelihara hubungan yang rapat dengan kaum-kaum lain.

Selamat menyambut Eidul Adha 1433H

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Zulfahmi lari dari arak, terhangat

Harakahdaily, 28 Okt 2012
Zulfahmi KhairuddinKUALA LUMPUR: Ulasan blog http://mimpi-senja.blogspot.com bagaimana anak muda bernama Zulfahmi Khairuddin yang mencipta sejarah mendapat tempat kedua di Moto3 Grand Prix di Sepang melarikan diri daripada meraikan kemenangan dengan  menyembur air arak merupakan artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-43.

Di tangga kedua ialah berita blog http://greenboc.blogspot.com mengenai tumbangnya satu kamera AES  dilanggar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.


Ulasan blog Mohd Sayuti Omar mengenai bagaimana para penentang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami krisis peribadi pula menduduki tempat ketiga.

Berita sumber dalaman Umno resah undi Melayu lari akibat serangan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap Islam pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima ialah berita blog Mohd Sayuti Omar bertajuk “Kerajaan Kelantan takut kepada bola sepak” selepas pasukan Gedebe Merah menjulang piala Malaysia selepas menewaskan ATM 3-2 dan juga mencatat sejarah apabila pasukan itu mendapat kejuaraan treble.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-43 bermula 21 hingga 27 Oktober.


1
[Video] Bila Zulfahmi lari dari arak...
2
Kamera AES berharga RM120,000 tumbang menyembah bumi!
3
Penentang Anwar alami krisis peribadi
4
Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini
5
Kerajaan Kelantan takut kepada bola sepak
6
Kalau macam ini, Umno boleh runtuh di Johor
7
Shahrizat mengaku kalah...
8
Kalau anda Islam, pastikan calon2 MCA kalah di kerusi2 ini
9
Selepas Anthony, Guan Eng pula bela TG Nik Aziz
10
Pengesan kamera AES

Umno berjaya sesatkan MCA

Subky Latif, 28 Okt 2012
APA Presiden MCA dan lain-lain pemimpin MCA tentang hudud telah diketahui semua. Sesuailah dengan kepercayaan mereka yang tidak menganut Islam sedang hudud itu adalah salah satu dari hukum Islam.
Jika mereka percaya dan menerima hudud, hampir dekat mereka dengan Islam dan mereka pun  Islam.

Cuma yang peling menarik ialah kenyataan media Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Selepas perhimpunan agung Pemuda MCA itu dia memberitahu media betapa gerakannya menolak hudud  ala PAS.

Jika yang ditolaknya itu hudud ala PAS, ia boleh diertikan ada hudud yang dia terima. Tidaklah sama dia dengan lain-lain pemimpin MCA yanga umumnya menolak apa saja yang dinamakan hudud.

Apa yang dilafazkan oleh ketua Pemuda MCA itu samalah yang Dr. Mahathir dan sekalian UMNO kata.  Temasuk yang ADUN BN Johor kata ketika dia menyeru keraaan Johor melaksanakan hudud yang bukan hudud  PAS.

Hudud itu tidak ada hudud PAS atau hudud UMNO. Hudud yang ada dalam Islam itulah hudud yang disebut dalam Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kemudian disebut juga dalam Injil yang  diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Hudud itu sama seperti solat dan lain-lain ibadat disebut dasarnya saja. Macam solat dilaksanakan dijelaskan oleh  Nabi SAW dengan kata-kata dan perbuatannya. Demikian jugalah hudud. Ulama fekahlah masing-masing mazhab pula yang memperincikan panduannya. PAS pula menggubal undang-undang iaitu enakmen bagaimana  kerajaan hendak melaksanakannya.

Jika ada kelemahan, maka bolehlah ia dikemaskan.

UMNO mengaku ia beriman pada hudud, tetapi ia tak buat apa-apa. Sidang mufti dan Majlis Fatwa tidak pernah kata enakmen yang Kelantan  dan Terengganu itu hudud PAS. Jika UMNO  anak jantan ia boleh minta Majlis Fatwa kata ia hudud PAS dan minta semua hakim syariyah buat dikatakan hudud Islam.

Apa yang Ketua Pemuda MCA kata itu ialah sebiji macam yang UMNO kata. Ketua Pemuda MCA itu seperti UMNO logiknya percaya ada hudud yang betul bukan yang PAS buat.

Seronokkah  UMNO dengan kata-kata Pemuda MCA itu? Seolah-olah UMNO berjaya yakinkan Pemuda MCA yang tak bettul hudud PAS. Yang betul ia tidak dapat tunjukkan.
Katakanlah Pemuda MCA mahu menerma hudud yang Islam peraturkan itu tetapi mereka  tidak tahu yang kana satu. Jika dapat ditinjukkan, maka mungkin mereka terima.  Yang ada hanya hudud yang PAS gubal. Jika yang PAS gubal itu adalah hudud,  mungkin Pemuda MCA boleh terima.

UMNO kata yang PAS buat bukan hudud. Pemuda MCA terima apa UMNO kata.

Isunya sekarang Pemuda MCA tidak tahu yang mana satu yang dikatakan hudud. Mungkin mereka mahu tahu. Tetapi dengan mengata yang PAS buat itu Hudud PAS, MCA tidak  akan jumpa hudud lain.

Mungkin Pemuda MCA hendak mencari kebenaran, tetapi dengan apa yang UMNO jelaskan kepada mereka, tidak akan dapat menunjukkan kebenaran tetapi ia menyesatkan lagi orang yang tidak tahu itu.

Sepatutnya UMNO jelaskan apa yang benar kepada Pemuda  MCA. Tetapi sekarang mereka disesatkan lagi.

Apabila UMNO kata ia hudud PAS, maka tidaklah mudah kita kata UMNO itu sesat. Tetapi apabila UMNO kata begitu pada Pemuda MCA, maka UMNO menyesatkan lagi MCA. Seronokkan UMNO kalau MCA terus sesat.

Semua yang terjadi itu adalah disebabkan YADIM, JAKIM, IKIM dan semua majlis agama tidak berfungsi. Tidakkah boleh dikatakan bahawa  Penasihat Agama  Perdana Menteri makan elaun buta?
Lelaki ditembak ketika kejar peragut stabil

28 Oktober 2012
PETALING JAYA - Seorang lelaki yang cedera ditembak ketika mengejar empat lelaki bermotosikal yang cuba meragut dua wanita di sebuah restoran di Sungai Buloh di sini semalam dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh malam tadi.
 
Mangsa Lee Chee Long, 32, kini ditempatkan di unit rawatan rapi setelah menjalani pembedahan mengeluarkan peluru dari paru-paru sebelah kirinya pada pukul 11 malam, kata adiknya Sam Lee, 27.
 
"Bagaimanapun abang saya kini masih belum sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, Lee ditembak salah seorang daripada empat lelaki berkenaan setelah cubaan mereka meragut dua wanita tersebut gagal.
 
Seorang saksi, Raymond Yam, 24, berkata ketika kejadian beliau terdengar bunyi bising dari restoran tersebut sebelum terdengar kira-kira empat das tembakan dilepaskan.

"Satu daripada tembakan mengenai Lee manakala satu lagi mengenai sebuah kereta berhampiran," katanya.
 
Yam berkata beliau melihat suspek menghilangkan diri dengan dua motosikal iaitu Yamaha 125z serta Honda EX5 serta memakai helmet penuh. – Bernama
Mat Sabu: PR tambah MP Melayu banding BN
ARZIANA MOHMAD AZAMAN
28 Oktober 2012
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
TANJONG KARANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.

"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.

Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.

Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN. Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN."

Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.

“Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen? Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.

"Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya.

Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas.

"Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia”' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam.

Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.

"Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya,” katanya.
MB: Ketua Pemuda Gerakan ibarat ‘beruk atas pokok cermai’
Wartawan Sinar Harian
28 Oktober 2012
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.

Untuk itu, beliau bersedia memberi kerjasama atau penjelasan kepada pihak berkuasa, sebaliknya enggan ‘melayan’ desakan Keng Liang kerana sering menyalah tafsir fakta yang didedahkan.

“Mereka sudah buat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah siasatan dibuat. Tak perlu saya buat penjelasan secara peribadi kepada dia (Keng Liang),” katanya.

Azizan secara berseloroh mengandaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu iaitu ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’.

“Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan. Jika kita layan sampai bila pun tak habis,” katanya, yang mengundang ketawa media yang hadir.

Menurutnya, pendedahan Pemuda Gerakan itu sering disertakan dengan fakta yang tidak tepat seolah-olah mahu mengaburi mata rakyat, dan beliau sudah penat untuk menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan setiap minggu.

“Saya tak mahu layan lagi, hak dia nak cakap apa pun. Saya bukan nak sembunyi kebenaran tapi apa yang dia dedah, selalu salah fakta. Jika saya tak telus dalam pentadbiran, tak kan saya tubuh jawatankuasa siasat isu pelaburan di Papua New Guinea untuk hentikan projek serta merta, bagi elak kerugian lebih besar,” katanya.

Azizan berkata, tindakan Kerajaan Negeri menghentikan projek terbabit termasuk memecat kakitangan yang menyeleweng dalam projek itu adalah suatu tindakan bijak dalam sesebuah organisasi perniagaan.

“Sebab itu saya katakan dia tak faham politik, lagi banyak dia cakap, lagi cetek pemikiran dia,” katanya.

Sebelum ini, Keng Liang tetap menyalahkan Kerajaan Negeri berhubung kerugian pelaburan di Papua New Guinea membabitkan projek pembalakan dan perladangan syarikat Kedah Corporation Bhd (KCB).

Malah Keng Liang antara pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sering membangkitkan isu-isu panas di Kedah termasuk draf dasar baru perumahan Kedah dan pemakaian sopan pada papan iklan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bermula tahun depan.
Ketua Pemuda: Pas harus manfaatkan kritikan
Wartawan Sinar Harian
28 Oktober 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Pemuda Pas menasihatkan kepimpinan parti itu harus bangga untuk menerima persekitaran semasa bahawa pihaknya sudah ada "pengkritik tetap secara sukarela" dan perlu bijak dalam menilai setiap kritikan agar ia membawa manfaat kepada mereka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kepimpinan Pas seharusnya bangga kerana keadaan sudah berubah berbanding keadaan sebelum ini.

Katanya, pada masa lalu, parti itu tidak diberi perhatian, sebaliknya kini mendapat fokus sehingga ada yang sanggup memberi kritikan secara sukarela.

"Apa yang membanggakan saya ialah kini Pas telah mempunyai pengkritik tetap secara sukarela yang terdiri dari pelbagai pihak. Ini satu perkembangan positif.

"Tinggal lagi pimpinan Pas harus bijak dalam menilai setiap kritikan yang diterima agar ia menguntung dan membangunkan parti untuk terus mendokong cita-cita perjuangan Islam," kata beliau dalam blognya di bawah tajuk "Kritik, mengkritik dan dikritik".

Beliau tidak merujuk kepada mana-mana kes terbaru secara langsung.

Bagaimanapun ia dilihat merujuk kepada pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang baru-baru ini berkata, kepimpinan Pas tidak harus menjadi seperti pimpinan Ayatollah Iran jika diberi mandat menerajui Putrajaya kelak.

Sementara naib-naib presiden Pas 'menyambut baik' pandangan Asri, Dewan Ulama parti itu berkata, bekas Mufti Perlis tidak wajar menggambarkan kepimpinan ulama Pas dengan Ayatollah Iran.

Dalam reaksinya, Nasrudin berkata, beliau menghargai semua kerana yakin bahawa Pas akan berjaya memerintah negara kelak berbanding dulu, di mana hampir tidak ada orang luar nak bincang pasal Pas.

"Dan, memang sukar nak cari orang luar yang mahu bantu Pas berjuang menghadapi kuasa "besar" Umno dan BN yang penuh dgn korupsi. Sebahagiannya selesa dikerusi empuk dan bilik berhawa dingin dengan jawatan yang selesa pula," katanya.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa budaya tidak boleh ditegur tidak berlaku dalam Pas.

"Jika seorang dua dikesan begitu, maka itu kes terpencil dan dia bukan budaya dalam Pas.

"Kepimpinan Pas ialah kepimpinan yang berteraskan Islam sesuai dengan Islam sebagai asas perjuangan Pas," katanya sambil menambah bahawa "Pas dan kepimpinannya senantiasa terbuka dan berlapang dada dalam menerima pandangan dan kritikan."

"Justeru itu akhlak Islami yang salayaknya dimiliki oleh setiap pemimpin dan individu muslim.

"Kita mengalu-alukan teguran dan kritikan yang membina dari semua pihak. Kita senantiasa responsif, namun tidak semestinya seratus peratus teguran atau kritikan yang kita terima perlu dipakai.

"Sebaliknya teguran atau kritikan yang diterima itu akan dipertimbangkan dan disorot dengan penuh cermat serta mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu keputusan diambil," katanya lagi.
Anwar: 'Kenyataan Soi Lek hina Islam'
Wartawan Sinar Harian
28 Oktober 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM –  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan dilontar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  tentang hudud satu penghinaan nyata terhadap agama Islam.

Dakwa Anwar, tindakan Soi Lek itu amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi.

Katanya, kenyataan Soi Lek yang dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak,  juga bermaksud menghina beliau sebagai Perdana Menteri dan tetamu khas konvensyen tersebut.

“Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadab dan telah menyinggung perasaan umat Islam,” katanya yang dipetik dalam blog miliknya, semalam.

Soi Lek sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Beliau selepas itu meminta semua anggota parti MCA supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.

Katanya, lebih parah lagi, kenyataan  Soi Lek itu seolah-olah dipersetujui Najib.

“Kebisuan Najib tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah,” katanya.

Tiada ulasan: