Sabtu, 20 Oktober 2012

GELABAH BILA KENA BATANG HIDUNG...DULU KEMAIN KOMEN BILA PARTI LAIN LUCUTKAN AHLI...LAH LAGI HEBAT...SERTA MERTA

Pakatan Rakyat akan ubah polisi kabotaj

Nazri Abdullah, 20 Okt 2012
KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat bersedia mengubah polisi kabotaj yang selama ini menyebabkan harga barangan di Sabah lebih tinggi berbanding semenanjung, jika diberi mandat untuk memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam musa berkata, polisi kabotaj yang dibuat oleh kerajaan BN selama ini hanya bersifat menguntungkan pihak pengusaha kapal dan bukan rakyat kebanyakan.

"Pada saya ianya bukan kabotaj, tapi sabotaj polisi. Ianya Zalim, tidak berperi kemanusiaan. Kenapa perlu orang Sabah bayar gula, gandum, beras dan lain-lain dengan harga lebih mahal?

"Sebab itu jika Pakatan Rakyat memerintah, saya akan cadang kerajaan peruntukkan RM1 bilion untuk kapal-kapal angkut barangan, supaya harga barang jadi murah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre di sini hari ini.

Polisi kabotaj ini didakwa adalah punca utama perbezaan harga barangan Sabah dengan semenanjung sekaligus memperlahankan dan menyekatkan pertumbuhan ekonomi Sabah.

Ianya juga menyebabkan harga barangan di Sabah lebih mahal antara 20 hingga 30 peratus berbanding Semenanjung.

Menurut Husam lagi, kerajaan sehingga kini tidak berhasrat mengubah polisi kabotaj ini biarpun disuarakan rakyat negeri ini.

"Kalau dia (BN) tak nak tukar (kabotaj), kita kena tukar kerajaan, baru boleh tukar polisi kabotaj.

"Kalau kita terima sahaja polisi ini, maknanya rakyat Sabah mengainaya diri sendiri," katanya yang juga Exco Kerajaan Kelantan.

Lebuh Raya tanpa tol jika

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat bersedia membina lebuh raya tanpa tol jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Menurut Husam, perkara itu tidak mustahil kerana Sabah mempunyai hasil negeri yang sangat banyak jika diurus dengan betul.

"Saya boleh dengan yakinnya jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, lebuh raya tanpa tol.

"Lebuh raya bandar Kota Kinabalu-Sandakan-Tawau akan dibina Pakatan Rakyat tanpa tol," katanya.

'R' dilancar di Sabah, tuntut royalti 20%

Nazri Abdullah, 20 Okt 2012

KOTA KINABALU:
NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas atau lebih dikenali sebagai 'R' di lancarkan di peringkat negeri Sabah hari ini.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa sempena Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Center di sini.

Turut serta pada majlis pelancaran itu, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, Naib Pengerusi R Malaysia Abu Samah Hassan, Setiausaha R Malaysia Hishamuddin Ghazali serta Pengerusi R Sabah Nemrone Loveh.

R Sabah merupakan sebahagian daripada lebih 80 NGO yang menyokong perjuangan menuntut royalti termasuk di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan lapan buah negeri lain di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Nemrone dalam kenyataan medianya berkata, tujuan penubuhan R Sabah adalah bagi menuntut bayaran royalti Sabah ditingkatkan dari 5 peratus kepada 20 peratus.

Katanya, jumlah 5 peratus yang dibayar oleh Petronas tidak mencukupi malah rakyat Sabah tidak merasai hasil minyak tersebut.

Perkara itu juga ujarnya disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan Sabah negeri paling miskin di Malaysia.

"Dengan tambahan peratusan bayaran royalti, ia akan menjadikan jumlah itu RM3.2 bilion.

"Maka gaji boleh ditingkatkan, pembangunan dapat dilakukan, peluang kerja makin banyak dan boleh memajukan infrastruktur di seluruh Sabah," katanya.

Beberapa lagi isu yang akan diperjuangkan R Sabah termasuklah;

- Penyerahan Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei yang didakwa dibuat secara tidak mengikut peruntukan Undang-undang.

- Malaysia didakwa kerugian RM320 Billion daripada tindakan tersebut.

- Isu pendaratan gas di Beuford dan duti eksais.
Nik Aziz: Amal mawaddah, bubar Umno naung dalam satu parti
HABSAH ISMAIL
20 Oktober 2012
Nik Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.
“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.
“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.
Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.
“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.
“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.
“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.
Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.
Sabotaj Umno: Tindakan pecat serta-merta

20 Oktober 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
PAGOH - Umno telah menyediakan panduan mengenai definisi terperinci perbuatan mensabotaj parti untuk digunakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun panduan itu akan diperhalusi terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin parti sebelum diedarkan kepada kesemua bahagian.
"Semua ini akan diperhalusi oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dibantu oleh urus setia ibu pejabat Umno untuk menggariskan perkara-perkara salah laku tadi dan akan kita edarkan kepada semua bahagian untuk dijadikan panduan.
"Umpamanya kalau seseorang  itu bertanding menentang calon Barisan Nasional, itu sudah lebih daripada sabotaj dan pada masa yang lepas kita ambil tindakan pecat serta-merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.
Muhyiddin berkata pada masa lalu tindakan hanya diambil apabila laporan diserahkan kepada Majlis Tertinggi selepas pilihan raya.

Menurutnya, kuasa sudah diturunkan semalam kepada jawatankuasa tersebut untuk bertindak dan memecat anggota parti yang melakukan salah laku itu dan jika panduan itu digunakan, tindakan segera dapat diambil tanpa menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan.
"Kali ini kita maklumkan awal bahawa sekarang jangan lakukan hal sebegini.
"Ini langkah-langkah pencegahan... apa yang penting ialah setiap ahli parti sedar bahawa mereka harus sentiasa setia pada parti, setia pada perjuangan dan sentiasa mahu menentukan BN dalam keadaan baik dan mencapai kemenangan," katanya.
Majlis Tertinggi Umno semalam bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas itu yang akan dianggotai beberapa anggota Majlis Tertinggi yang tidak ada kepentingan selain anggota Lembaga Disiplin dan pihak tertentu selaras dengan Fasal 10.15 yang dibaca bersama Fasal 20.3 Perlembagaan Umno.
Anggota yang dilantik boleh memberi laporan kepada jawatankuasa itu dan di samping itu laporan dibuat terus kepada ibu pejabat dan secara online. - Bernama
Pemuda MCA mahu ahli khianat parti dihukum

20 Oktober 2012
Datuk Wee Ka Siong
Datuk Dr Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR - Pemuda MCA menggesa kepimpinan tertinggi parti itu supaya menghukum mereka yang mengkhianati parti dan mengutamakan calon yang layak dan berkemampuan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketuanya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata parti mesti memberi peluang kepada yang berkemampuan dan ikhlas berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira puak dan kumpulan.
"Mereka inilah yang akan memberi harapan kepada rakyat dan menonjolkan keikhlasan parti MCA untuk berkhidmat  untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-48 di Wisma MCA, di sini  hari ini.
Katanya calon MCA yang dipilih adalah harapan rakyat, bukan harapan satu pihak atau kumpulan, selain berkemampuan demi kesinambungan perjuangan parti.
Sementara itu, Wee berkata Pemuda MCA percaya bahasa Cina boleh menjadi bahasa popular dan mewujudkan fenomena "Oppa Chinese Style" seperti "Oppa Gangnam Style" yang menggegarkan dunia hiburan.
Ini kerana katanya bahasa Cina boleh dipelajari semua kaum dan telah menjadi bahasa penting susulan nilai ekonomi dan pasaran yang dimilikinya, sekali gus menyediakan peluang baharu kepada masyarakat Cina di Malaysia.
"Kejayaan penyanyi tempatan, Shila Amzah muncul sebagai juara 'Asian Wave 2012' di negeri  China baru-baru ini jelas membuktikan bahasa Cina bukan suatu halangan kepada perpaduan rakyat sebaliknya boleh membantu seseorang mencapai kejayaan.
"Oleh itu masyarakat Cina mestilah memanfaatkan peluang ini dengan menggalakkan kaum lain mempelajari bahasa Cina supaya tidak dianggap sebagai bahasa untuk orang Cina sahaja sebaliknya untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk masyarakat Cina mengikis persepsi kononnya kepelbagaian dalam pendidikan dan kebudayaan merupakan halangan kepada perpaduan rakyat.
Sebaliknya pendidikan Cina harus memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan aliran utama, katanya.
Katanya MCA perlu memimpin masyarakat Cina untuk menyakinkan kerajaan dan kaum lain supaya menerima hakikat bahawa kini rakyat seluruh dunia sedang bersungguh-sungguh mempelajari lebih banyak bahasa terutama bahasa Cina.
Dalam ucapannya Wee menyarankan kerajaan mengadakan lebih banyak ekspo pekerjaan bagi membantu pencari pekerjaan sekali gus mengelakkan pengangguran.
"Ekspo pekerjaan ini hendaklah merangkumi peluang pekerjaan semua peringkat dan semua industri, tidak terbatas kepada industri sains dan teknologi bagi memenuhi permintaan pemuda dari semua lapisan,"  katanya.
Saranan itu antara lima strategi yang diutara Pemuda MCA bagi membantu meningkatkan daya saing dan memajukan  diri dalam kalangan pemuda.
Saranan lain ialah memperkenalkan lebih banyak kursus yang menepati kehendak pasaran; penubuhan badan invoasi pemuda bagi memasarkan produk yang dicipta golongan itu; memberi lebih banyak bantuan kepada pembangunan industri hiburan; dan pengecualian cukai kepada syarikat yang ditubuh oleh pemuda berusia 35 tahun ke bawah bagi membantu membina kerjaya mereka. - Bernama
Pembentukan jawatankuasa khas langkah terbaik pastikan kesetiaan anggota parti

20 Oktober 2012
Abdullah: Musyawarah perlu jadi budaya semua kaum
Tun Abdullah Ahmad Badawi
KEPALA BATAS - Pembentukan jawatankuasa khas Umno bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota yang melakukan sabotaj ke atas parti serta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang merupakan langkah terbaik, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk mewujudkan jawatankuasa khas itu semalam merupakan sesuatu yang penting kerana sesebuah parti sememangnya mahukan anggotanya patuh dan setia.
"Ini bermakna satu hari nanti apabila sampai masanya kita hadapi pilihan raya umum maka tentu sekali kita mengharapkan semua ahli parti akan setia pada parti, itu yang penting," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembentukan jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail serta dianggotai oleh beberapa anggota MT yang tidak berkepentingan, anggota Lembaga Disiplin dan wakil anggota setiap bahagian parti di seluruh negara.
Jawatankuasa itu yang akan diwujudkan selari dengan peruntukan fasal 10.15 perlembagaan Umno, turut bertanggungjawab memberi definisi terhadap perbuatan khianat dan sabotaj kepada parti supaya setiap anggota jelas mengenai kesalahan tersebut.

Dengan kewujudan jawatankuasa itu, tindakan tegas dan segera boleh diambil terhadap anggota parti tanpa perlu menunggu masa sehingga berbulan-bulan seperti yang berlaku sebelum ini.
Terdahulu Abdullah, yang juga anggota Parlimen Kepala Batas, menyampaikan bantuan elaun sara hidup masing-masing sebanyak RM200 kepada 521 nelayan di sekitar Seberang Perai Utara di Kampung Bakau Tua dekat sini.
Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM10 juta setahun bagi pemberian elaun sara hidup kepada 4,552 nelayan di seluruh Pulau Pinang sejak tahun 2008. - Bernama
Pemuda Pas: Soi Lek perlu minta maaf
NORSHAHZURA MAT ZUKI
20 Oktober 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM – Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.

“Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu perlu bersatu menolak penghinaan yang dilakukan Soi Lek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nasrudin berkata, kenyataan Soi Lek mengenai hudud itu melucukan dan tidak masuk akal kerana beliau bersandarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu tidak dikenali.

Nasrudin juga turut mempersoalkan tindakan Soi Lek itu.

Katanya, sebagai pemimpin sebuah parti besar dalam komponen Barisan Nasional, tindakan Soi Lek itu tidak profesional dan memalukan.
Semua pihak perlu jaga sensitiviti
Wartawan Sinar Harian
20 Oktober 2012
Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya
SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan  bahan untuk dipolitikkan.
“Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam.

“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.

Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.

Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.

“Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama.

“Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.

Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan.

Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain.
Wacana Sinar Selasa ini kupas topik peranan ulama tegur pemimpin
Wartawan Sinar Harian
20 Oktober 2012
Wacana Sinar
Wacana Sinar: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin
SHAH ALAM – Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-15 dengan mengetengahkan topik Peranan Ulama Menasihati Pemimpin, Selasa ini.
Para panelis akan mengupas peranan ulama yang arif tentang sesuatu perkara namun tidak menegur kesilapan yang dilakukan pemimpin mereka.

Di manakah suara golongan ilmiah ini?

Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian menampilkan tokoh yang berpengalaman iaitu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga Presiden Wardah, Datuk Dr Siddiq Fadzil; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
dan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin, yang juga Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Malaysia,

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 3 petang.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.
Tan Keng Liang digesa letak jawatan
ROSLINDA HASHIM
20 Oktober 2012
Wan Salleh Wan Isa
Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa
ALOR SETAR - Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang digesa meletak jawatan kerana didakwa gagal berperanan sebagai pemimpin politik di sebuah negara pelbagai kaum, ekoran membangkitkan isu sensitiviti agama Islam.
Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, Keng Liang disifatkan sebagai pemimpin yang cuba memporak-perandakan hubungan baik yang terjalin antara Islam-bukan Islam, dan tindakannya itu adalah tidak matang.
“Pelbagai pihak cuba menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, tetapi beliau biadap menyentuh isu agama Islam. Jika tidak memahami sesuatu perkara mengenai Islam, lebih baik diam sahaja, daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat,” katanya.
Menurutnya, PKR dan Pas Kedah sepakat mahu tindakan undang-undang diambil terhadap kelantangan Keng Liang kerana sengaja menimbulkan isu terbabit.
“Jika Keng Liang mahu berpolitik, buatlah dengan baik. Jangan jadi seperti samseng politik. Suasana politik di Kedah dalam terkawal sebelum ini, jangan disebabkan beliau, ianya menjadi huru-hara,” katanya.
Wan Salleh berkata, tindakan Keng Liang yang menyentuh isu agama lain hanya menyebabkan rakyat marah kepada kaum bukan Islam, ibarat ‘nila setitik rosak susu sebelanga’.
“Jika dibiarkan bimbang keadaan semakin tidak terkawal. Saya gesa beliau letak jawatan dan tinggalkan politik jika tidak faham adab berpolitik. Ini kerana kesannya amat besar kepada negara dan perpaduan rakyat,” katanya.
Menurutnya, sebagai pemimpin beliau wajar lebih memahami dan menghormati budaya dan nilai-nilai murni agama lain, bukannya menghina atau mempertikai perbuatan itu.
“Setiap kaum hormat kaum yang lain, Pas, PKR atau DAP pun tidak sentuh isu agama lain sebab kita tak faham, tetapi Gerakan nampaknya ambil mudah perkara ini. Saya harap pada masa akan datang mereka belajar daripada kesilapan ini,” katanya.
Gangsterisme belia India: Mencari jalan pulang
Posted on Saturday, October 20 @ 10:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Hafiz Zainuddin
Roketkini


Screenshot filem Hantu Gangster

Kegiatan jenayah yang berkait rapat dengan gangsterisme semakin membarah di negara ini apalagi ia berkait rapat pertubuhan-pertubuhan bawah tanah kongsi gelap. Rompakan bersenjata, samun berkumpulan, pembunuhan, pergaduhan, ugutan, rogol beramai-ramai, pengedaran dadah, kutipan wang secara paksa terhadap peniaga-peniaga dan sebagainya adalah perkara biasa yang kita dengar saban hari.

Sejak melepasi era Botak Chin, Batang Kali; Malaysia kini berhadapan dengan kebangkitan gelombang gangsterisme yang menunjukkan penglibatan tinggi di kalangan belia India negara ini berbanding lain-lain kaum.

Di sebalik perasaan takut, marah dan salah-menyalah terhadap pelaku jenayah dan gangsterisme yang makin berleluasa, kita harus mengetahui perkara pokok yang menjadi persoalan mengapa gangsterisme makin berleluasa dan mengapa pula belia India ini terpanggil untuk menjadi sebahagian dari statistik menakutkan ini.

Langkah sumbang kerajaan

Malaysia telah digemparkan dengan pendedahan statistik jenayah seluruh negara yang semakin meningkat biarpun kerajaan berdolak dalik dengan pendedahan mengejutkan perihal pemalsuan data jenayah. Apapun, kita sebagai rakyat lebih tahu perkara sebenar apabila jiran, sanak-saudara dan teman-teman kita menjadi mangsa keadaan yang berlaku.

Disebabkan polemik jenayah dan kaitannya dengan gangsterisme ini semakin membimbangkan. Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2013 mereka telah memperuntukkan sejumlah  RM272 juta untuk memperbaiki ‘persepsi’ jenayah melalui pengiklanan.

Pun begitu, ia bukanlah satu usaha yang bijak. Kerajaan telah mengorak langkah sumbang apabila gagal melihat punca isu utama berlakunya jenayah.

Jawatankuasa bertindak tangani gangsterisme di kalangan belia India

Sidang meja bulat yang diketuai DAP dalam pembentukan Jawatankuasa Bertindak Menangani Gangsterisme di Kalangan Belia India di parlimen semalam telah menemukan beberapa faktor utama mengapa wabak gangsterisme makin berleluasa dikalangan belia komuniti itu.

Salah satu faktor yang di utarakan adalah melibatkan masalah sosio ekonomi yang telah menyebabkan masyarakat India khususnya seawal peringkat persekolahan lagi tercicir. Ia disebabkan masalah kewangan dan beban tanggungan perbelanjan pendidikan yang tidak mampu dibiayai. Bertambah buruk, data terkini menunjukkan hanya sekitar 1 hingga 2 peratus sahaja pembahagian kek ekonomi negara diperuntukkan khusus terhadap minoriti India negara ini.



Keciciran murid India dalam arus pendidikan nasional


Keciciran pendidikan ditahap sekolah telah menyebabkan golongan miskin India ini terus terpinggir dalam arus pendidikan dan pembangunan nasional. Tiada kelayakan bererti tiada pekerjaan. Penggangguran yang berlaku menyebabkan mereka terjerumus kekancah gangsterisme. Tidak hairanlah apabila Ahli Parlimen Seremban John Fernandez mendedahkan 45 peratus penghuni penjara di Malaysia adalah dari kalangan kaum India.

Ia secara langsung memberi gambaran jelas situasi yang berlaku di Malaysia sepertimana juga kajian yang dijalankan oleh Yayasan Strategik Sosial (YSS). Kajian tersebut menunjukkan sebahagian besar belia India yang terlibat dalam kegiatan jenayah ganas berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin.

Laporan YSS juga menyebut bahawa, “Mereka mempunyai perasaan anti-establishment yang tinggi dan mudah terpengaruh kepada pelbagai anasir yang menjanjikan kemewahan dalam tempoh yang singkat.”

Selain itu, salah seorang anggota majlis sidang meja bulat mendedahkan bahawa wujudnya rasuah (cover up) dikalangan pihak Polis yang melindungi kumpulan-kumpulan ini.

Sebermula penggondolan hutan dan tukar guna tanah estet-estet getah kepada penanaman sawit yang makin giat dibangunkan kerajaan dipertengahan 1970-an. Masyarakat India di Negara ini telah menerima impak besar. Hasilnya, sekitar 80 peratus kalangan mereka mencari tuah dengan berhijrah ke bandar untuk meneruskan kehidupan.

Penghijrahan ini telah mengakibatkan tumbuhnya kawasan-kawasan setinggan yang jelas terlihat di terutamanya Selangor dan Johor berakibatkan kerana ketidakmampuan menampung kos sewa dan sara hidup yang tinggi di bandar. Sebahagian komuniti India ini telah mencatatkan statistik sebagai miskin bandar malah paling memeritkan sebahagiannya pula hidup di bawah paras kemiskinan.

Mencari keadilan sosio ekonomi

DEB tidak harus dipersalahkan disebalik kewujudan jurang kemiskinan yang ketara dikalangan masyarakat India kerana yang harus dipersalahkan adalah mekanisme perlaksanaan dasar tersebut yang tempang oleh kerajaan BN.

Disebalik laungan  ‘Hidup Melayu’ oleh UMNO-BN, fakta menunjukkan sasaran 30 peratus DEB pemilikan ekuiti oleh bumiputera amat memeranjatkan. Sehingga tahun 2008, golongan Bumiputera cuma memiliki ekuiti sebanyak 19.5 peratus sejak pelancaran dasar tersebut pada 1970.

Persoalan utama ialah, mengapa setelah lebih setengah abad kemerdekaan tercapai, kerajaan BN masih gagal mencapai objektif DEB?

BN gagal urus ekonomi dan kemakmuran negara

Jumlah hutang Negara yang semakin tinggi dan kadar perolehan hasil kerajaan yang memalukan sekadar 0.7 peratus antara tahun 2012 dan 2011 terburuk sejak  1999 sebenarnya telah pun memanifestasikan bahawa Malaysia dibawah kerajaan persekutuan BN gagalmengurus tadbir ekonomi dan negara dengan baik.

Ini adalah bukti kukuh Perdana Menteri Datuk Sei Najib Razak gagal memacu ekonomi negara dengan telus dan mantap disamping beliau sendiri terpalit dengan skandal kontroversi rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang mencuri tumpuan dunia.

Kegagalan DEB dan porak-peranda urus tadbir yang terpalit dengan barah rasuah di Malaysia tidak menjadi keutamaan untuk diselesaikan malah kerajaan meneruskan agenda mereka dengan ‘kaki yang patah.’ Musibahnya, jurang pembahagian kemakmuran negara menjadi tidak seimbang.

Masakan tidak, biarpun BN beralasan meneruskan DEB untuk terus memperbaiki taraf sosio ekonomi dan pendidikan Bumiputera, kerajaan BN terus terjerumus dalam wabak kronisme yang kritikal pada masa yang sama menjinjing rekod perlaksanaannya yang penuh tandatanya. Sedar atau tidak, ia mewujudkan gejala monopoli dalam iklim ekonomi Malaysia tanpa mengira samada kroni tersebut Bumiputera ataupun bukan.

“Api dalam sekam”

Isu gangsterisme di kalangan belia India bukanlah perkara terpencil yang remeh. Umpama api dalam sekam, ia bakal memberi impak negatif terhadap keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, dasar ekonomi dan urus tadbir Malaysia.

Di sebalik berleluasanya gangsterisme, kita dapat merumuskan bahawa isu sebenarnya adalah soal keadilan dalam perlaksanaan dasar kerajaan. Oleh kerana itu, dasar yang diperjuangkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 menitikberatkan soal keadilan sosio ekonomi dengan memberi tumpuan lebih kepada menurunkan kos sara hidup.

engan rekod yang sangat buruk megurus tadbir negara, Kerajaan Persekutuan BN makin tersepit disebalik pelbagai kelemahan, kelompongan dan kegagalan perlaksanaan dasar. Musuh utama negara sekarang bukanlah gangsterisme tetapi kedangkalan pemerintah dalam memenuhi keperluan dan keperitan rakyat. – Roketkini.com

Tiada ulasan: