Sabtu, 13 Oktober 2012

DENGAN ADA PAKATAN.... ADANYA DAP SERTA PKR...MEREKA KENAL SEBENAR TUNTUTAN ISLAM SERTA KESEJAHTERAAN ISLAM...KERANA PAS DAPAT MENERANGKAN SERTA MENUNJUKKAN TELADAN

PM Israel nafi setuju syarat damai dengan Syria

Terjemahan Yahya, 13 Okt 2012
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan laporan akhbar Jumaat lalu yang melaporkan beliau telah bersetuju secara dasarnya untuk mengembalikan tanah yang diambil dari Syria sebagai sebahagian dari rundingan damai rahsia yang dikendalikan Amerika Syarikat tahun lepas.

Syria telah lama menetapkan pengunduran sepenuhnya Israel dari Golan sebagai syarat perdamaian dengan Israel. Israel menawan dataran strategik tersebut dalam perang 1967, kemudian mengilhaknya pada tahun 1981 dalam satu langkah yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pemimpin Israel telah bersetuju untuk sekurang-kurangnya berundur dari separa Golan dalam rundingan terdahulu dengan Syria, namun tiada yang pergi sejauh Netanyahu untuk bersetuju berundur ke pantai utara-timur Laut Galilea, lapor suratkhabar harian,  Yedioth Ahronoth.

Akhbar itu memetik dokumen Amerika yang tidak dinyatakan, dengan melaporkan bahawa Netanyahu telah menyatakan kesediaan untuk berundur, dan telah memeranjatkan diplomat AS semasa komunikasi tidak langsung mereka dengan Syria dua tahun lalu.

Komunikasi  ini kemudiannya terputus pada awal 2011 semasa pergolakan mula tersebar di seluruh dunia Arab, yang akhirnya mencetuskan pemberontakan besar-besaran menentang Presiden Syria, Bashar Assad.

Pejabat Netanyahu berkata pengunduran tersebut adalah cadangan Amerika Syarikat dan Israel tidak pernah menerimanya dan mendakwa laporan itu sebagai 'berunsur politik', dengan menyatakan ia diterbitkan beberapa hari selepas Netanyahu mengumumkan beliau akan menangguhkan pilihan raya ke awal tahun depan.

"Ini merupakan salah satu inisiatif yang dicadangkan kepada Israel. Israel tidak menerima inisiatif Amerika ini di mana-mana peringkat. Ia adalah satu inisiatif yang lama dan tidak relevan," pejabat Netanyahu berkata dalam satu kenyataan.

Rundingan damai rasmi terakhir Israel-Syria, yang diadakan oleh Washington, gagal lebih daripada 10 tahun yang lalu dan usaha ulangan melalui komunikasi dan mesyuarat tidak langsung juga tidak berjaya.

Penghalang utama adalah permintaan Israel kepada Syria untuk sepenuhnya menormalkan hubungan dalam pertukaran pengunduran Israel.

Israel juga tidak menerima desakan Syria untuk berundur sepenuhnya dari wilayah Golan, wilayah strategik penting yang menghadap kedua-dua selatan Syria dan utara Israel.


Umno halang perjuangan untuk tegak Islam

Anis Nazri, 13 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan bukan DAP yang menghalang perjuangan PAS menegakkan Islam, sebaliknya Umno yang bersikap sedemikian. Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Iskandar al- Hiss, berkata perjuangan PAS untuk menegakkan syariat Islam selama ini terhalang dengan sikap Umno yang berkuasa.
"Ketika ini, DAP tidak memerintah di peringkat pusat.  Yang banyak menghalang kerja PAS untuk menegakkan Islam ini adalah Umno.

"Sejak kita merdeka 55 tahun, apa yang Umno tidak buat untuk menghalang PAS untuk tegakkan Islam?" soal beliau.
Tegas beliau lagi, halangan yang dilakukan Umno itu boleh dibuktikan ketika kerajaan Kelantan meluluskan enakmen undang-undang Islam negeri itu pada 1994.
"DAP tidak menghalang dengan kuasa.  Mereka hanya mengeluarkan kenyataan yang bagi kami hanya sebagai satu pandangan yang berbeza.  Yang mana perbezaan itu, Insya-Allah boleh diperbincangkan dari masa ke masa di dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi.
Beliau juga memberitahu Pemuda PAS memulakan pecutan terakhir menjelang pilihan raya umum dengan melancarkan roadshow Selamatkan Malaysia ke seluruh negara, selain melancarkan janji-janji anak muda yang ditawarkan Pakatan Rakyat melalui manifestonya.
Tanpa memperincikan butiran janji-janji tersebut, beliau berkata dewan itu akan menumpukan kepada tiga kerangka besar, meliputi aspek ekonomi, sosial dan pendidikan.
"Butiran lanjutnya, akan kita fokuskan ketika pelancarannya nanti.  Buat masa sekarang tiga kerangka itulah yang akan kita tekankan kepada anak-anak muda," tegas beliau pada sidang media Pemuda PAS, di Pejabat Agung PAS Pusat, hari ini.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan, Ustaz Ridhuan Mohd Nor, dan Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan.
Kit Siang: DAP sekular tapi bukan anti-Islam
Wartawan Sinar Harian
13 Oktober 2012
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
SHAH ALAM – DAP menegaskan walaupun parti tersebut mengamalkan konsep sekular, namun tidak sesekali bersikap anti-Islam.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, sepanjang 46 tahun sejarah parti tersebut, DAP secara konsisten mengatakan Malaysia adalah sebuah negara demokratik, berbilang kaum, sekular dan mempunyai pelbagai agama dengan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi bukan sebuah negara Islam.

Menurutnya, dakwaan beberapa pemimpin yang mengaitkan DAP dengan menuduh parti ini cuba menjadikan ‘Malaysia sebuah negara Kristian’ adalah tidak berasas dan cubaan untuk merosakkan keharmonian negara.

"Adakah mungkin hanya selepas 46 tahun, DAP cuba menubuhkan sebuah negara Kristian apabila tiada pemimpin parti atau dokumen polisi berkata mengenainya?

“Hanya orang yang bodoh atau tidak jujur yang mempercayai dakwaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menyeru rakyat supaya tidak termakan dengan dakwaan seperti ini dan menunjukkan bantahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Atas sebab yang sama, media arus perdana dan sosial yang turut menyebarkan dakwaan ini sama-sama bodoh dan tidak jujur,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa terdapat doa yang memohon agar negara ini menjadi negara Kristian selepas DAP memperoleh kemenangan di beberapa kerusi selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.
Ekoran dari dakwaan ini, pelbagai peringkat pemimpin DAP menafikan ada menganjurkan doa sedemikian.


Pemuda PAS anjur pemeriksaan kesihatan percuma

Harakahdaily, 13 Okt 2012

(Timbalan dan naib ketua Pemuda PAS di depan pemidang khas pemeriksaan kesihatan Pemuda)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini mengadakan satu program kesihatan dengan kerjasama Gombak Medical Center [GMC].

Program kesihatan ini bertujuan untuk memberikan pemeriksaan percuma kepada seluruh kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga semua wakil media mahupun individu yang hadir pada hari ini.

Menurut Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Malaysia, program kesihatan ini bertujuan untuk memastikan kesihatan aktivis parti berada di tahap yang optimum untuk melakukan gerak kerja PRU 13 yang sedang menghampiri.

“Kita menawarkan khidmat pemeriksaan yang bernilai RM70 secara percuma buat mereka yang hadir di pejabat agung PAS hari ini,” kata beliau.

Khidmat kesihatan ini juga dibuka kepada para media yang hadir untuk mereka melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas diri mereka.
Kit Siang gesa RCI untuk dana asing Umno
7:43PM Okt 13 2012
DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.

Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan BN sendiri.

NONE"Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim.

Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang.

Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya.

Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Najib: PRU13 boleh diadakan bila-bila masa

13 Oktober 2012
Najib: PRU13 boleh diadakan bila-bila masa
Najib Tun Razak diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kiri) ketika merasmikan jambatan baru di Kampung Inobong, Penampang hari ini. - Foto Bernama
PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa kerana rakyat sudah yakin janji yang dibuat akan dilaksanakan.

"Ini sebab bila kita umum BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) rakyat yakin kita akan bayar tahun depan. Kita boleh buat pilihan raya bila-bila masa sahaja kerana rakyat dah yakin janji kita tunai... kadang-kadang lambat sedikit tetapi lambat laun kita akan laksanakannya," jelasnya.

Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan BR1M 2.0 ketika membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu.

Presiden Umno ini berkata, kunjungannya ke Sabah adalah untuk menepati janji dan memperkukuhkan komitmen bagi membela nasib rakyat dan negeri itu.

"Seorang pemimpin tahu merasai denyutan dan nadi rakyat dan kita mesti tahu apa aspriasi rakyat. Kita tidak boleh jadi pemimpin besar kalau hanya petah bercakap seperti orang jual ubat di tepi jalan," katanya.

Beliau turut menyarankan agar satu kajian komprehensif dibuat bagi menentukan masa depan sistem kehakiman anak negeri Sabah.

"Kita mahu sistem ini dibangunkan dan diolah dengan baik supaya system mahkamah anak negeri ini tidak dilihat sebagai 'ala kampung' sebaliknya kita mahu tingkatkan asas keilmuan dan kedudukan.

"Jadi saya minta yang pakar dalam bidang ini memberi pandangan dan cadangan agar sistem anak negeri terus relevan pada masa akan datang," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kivoupo, pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Pagansakan dan penubuhan Pusat Permata di Penampang. - Bernama
'Kereta terbang', 7 selamat
Nik Amirulmu’Min Nik Min & NURUL ZAILA MOHD TAHIR
13 Oktober 2012
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
KUANTAN - Beberapa pelanggan  yang sedang menikmati  cendol di sebuah gerai tergamam selepas menyaksikan adegan kereta ‘terbang’ disusuli dengan dentuman kuat setelah kenderaan tersebut tercampak ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Beserah di sini, petang semalam.
Nasib mereka baik apabila kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang seorang lelaki bersama penumpangnya tidak terus menggelongsor merempuh gerai sebaliknya terhenti beberapa meter di tepi jalan selepas bertembung dengan kereta jenis Perodua Kenari yang terbang dari arah laluan bertentangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lima remaja belasan tahun difahamkan pelajar salah sebuah sekolah di sini terselamat walaupun kereta Kenari yang dinaiki remuk dalam nahas tersebut.
Kelima-lima mereka bagaimana pun cedera agak serius manakala dua lagi termasuk pemandu parah.
Pemandu dan penumpang wanita Toyoya Camry berusia dalam lingkungan 30-an yang terbabit nahas terbabit turut cedera di bahagian muka dan kepala.
Semua mangsa dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai sebelum dihantar menerima rawatan ke hospital.
Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Chong, 50-an berkata, dia bersama beberapa pelanggan sedang menikmati minuman cendol di sebuah gerai bergerak hanya kira-kira 20 meter daripada lokasi kemalangan.
Menurutnya, dia ternampak kereta yang dinaiki lima remaja itu dipandu dalam keadaan laju dari arah simpang empat Jalan Semambu-Jalan Tengku Muhammad menghala ke pusat bandar.
“Sampai di lokasi, kereta itu seolah-olah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan dan sebatang tiang lampu  sebelum terbang masuk ke laluan bertentangan.
“Sebuah kereta di laluan itu gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki remaja terbabit hingga kedengaran bunyi dentuman amat kuat,” katanya.
Menurutnya, dia berlari untuk membantu mangsa bagaimana pun terpaksa membatalkan hasratnya itu kerana takut melihat darah yang keluar daripada bahagian anggota mangsa yang cedera hingga menitis ke atas jalan.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu membawa mangsa yang cedera ke tepi jalan sementara menunggu ambulans tiba,” katanya.
Isteri jadi ahli geng peragut
NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
13 Oktober 2012
 Harun Idris
Harun menunjukkan antara dompet wanita yang ditemui bersama ahli sindiket peragut bersiri yang berjaya ditahan.
LEDANG – Demi cinta, seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk suaminya, walaupun terpaksa menjadi ahli sindiket peragut bersiri.
Namun cinta mereka akhirnya membawa ke tirai besi apabila kegiatan jenayah yang dilakukan berjaya dihidu polis.
Demikian nasib seorang kerani wanita yang ditahan bersama empat lelaki pada 25 September lalu di beberapa lokasi berbeza kerana dipercayai menjadi ahli kumpulan peragut bersiri yang dikehendaki setelah terbabit lebih 12 kes ragut dan samun sekitar daerah ini.
Wanita berusia 27 tahun itu merupakan isteri kepada salah seorang ahli kumpulan berkenaan yang sudah bergiat aktif dengan kegiatan meragut sejak setahun lalu.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kegiatan kumpulan berkenaan terbongkar selepas pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di sebuah rumah di Jalan Cabau Kampung Chondong, Jasin, Melaka, kira-kira jam 4.30 pagi.
Menurutnya, suspek dikehendaki polis berhubung dengan laporan berkaitan kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
“Selepas tangkapan suspek pertama, pihak polis berjaya menjejaki suspek seterusnya iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun di Jalan Sialang, Tangkak pada jam 6.15 pagi.
“Lelaki itu ditahan kerana disyaki terlibat kes ragut bersangkutan dengan laporan di Balai Polis Sungai Mati,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, ketika ditahan, polis turut merampas dua paket plastik lut sinar yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin dan syabu.
Katanya, hasil siasatan, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan beberapa kes ragut di daerah Ledang, selain didapati positif dadah jenis heroin.
“Kita turut merampas dua beg tangan wanita  mengandungi pelbagai kad ATM, MyKad dan lesen memandu dipercayai milik mangsa yang diragut.
“Suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu berkaitan jenayah dan dadah.  Manakala suspek kedua, mempunyai tiga rekod penyalahgunaan dadah,” katanya.
Harun berkata, susulan itu, pihak polis berjaya memberkas tiga lagi suspek iaitu dua lelaki yang masing-masing berusia 28 tahun dan seorang wanita di Sungai Mati juga Muar untuk membantu siasatan.
Jelasnya, kesemua suspek didapati turut terlibat dalam kes ragut di daerah berhampiran seperti Segamat, Muar dan Melaka.
“Suspek kemudiannya diserahkan ke IPD Muar untuk tindakan lanjut.
“Nilai rampasan dianggarkan RM10,000 dan kebanyakan barangan kemas milik mangsa sudah  dijual ke kedai pajak gadai dan sebahagiannya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan untuk melupuskan bukti kegiatan mereka,” katanya.


Website JPN dedah warga asing dengan MyKad palsu boleh mengundi!

LIHAT keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011.

Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad pengenalan.

http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar/sabah21092010.pdf



Ini bermakna keratan akhbar ini adalah keratan yang sah. Ia melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki rakyat Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu.

"Salleh Samsul dari Kampung Likas di sini, mengaku bersalah di hadapan majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen yang memegang nombor bersiri 670110-12-5035 di bawah namanya sendiri" lapor keratan akhbar itu.

Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan bahawa kad pengenalan ataupun MyKad yang dipegang oleh Salleh Samsul itu adalah palsu.

Apa yang menghairankan, semakan di laman rasmi rasmi Suruhanjaya Pilihanraya mendapati nombor MyKad palsu ini sah sebagai salah seorang pengundi atau dengan kata lainnya pemegang MyKad palsu ini boleh mengundi dalam pilihanraya.



Bagi memastikan kesahihan pendedahan ini silalah semak sendiri di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya sebelum mereka memadamnya untuk menghapuskan bukti penipuan ini klik sini [SPR].


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/website-jpn-dedah-warga-asing-dengan.html#ixzz29Ben8wJa

Tiada ulasan: