Rabu, 31 Oktober 2012

YANG MINAT DENGAR CERAMAH AGAMA NI ADALAH ORANG2 BERJUANG AGAMA...BANYAK USTAZ2 YANG TAK JELAS PENDIRIAN...DITINGGALKAN@TAK DATANG DENGAR LAGI...AHLI2 MAKSIAT MANA NAK DENGAR CERAMAH AGAMA...ALLAH TAHU MANA USTAZ KEJAR DUNIA...DAN CARI JALAN SELAMAT DAN SELESA

Kenyataan Akhbar PAS Selangor Berhubung Provokasi MCA
Posted on Wednesday, October 31 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Khalid Samad

PAS Selangor melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang sedang diancam kepupusan. Oleh itu mereka sedang berkerja keras untuk membuktikan relevensi mereka kepada masyarakat, khususnya masyarakat keturunan Tiong Hua, melalui isu sensasi dan kontroversi.

Di antara isu sensasi adalah persoalan hutang Talam yang telah berjaya dipungut balik oleh kerajaan PR Selangor tetapi di putar-belit sebaliknya sebagai usaha ‘bail-out’ untuk syarikat kroni PR. Sedangkan semua tahu, dari sudut kronisma, Talam telah dibenarkan berhutang sebanyak RM372 juta pada zaman pemerintahan BN kerana mereka merupakan syarikat kroni BN. Rakyat Selangor telah mendapat manfaat dari pengambil balik hutang dari Talam melalui pinjaman mikro-kredit SkimSel dan MIMBAR yang dibiayai oleh sebahagian dari duit yang diperolehi dari Talam. PAS Selangor juga hairan mengapa isu ini tidak dibawa oleh ADUN BN, 18 dari mereka dari UMNO, di dalam DUN. Sebaliknya ia dibawa oleh wakil MCA yang bukan ADUN tetapi Ahli Parlimen sambil yang di DUN diam seribu bahasa. Pada masa yang sama ianya juga tidak merupakan isu yang dibahas semasa AGM MCA dan ini membuktikan ianya hanya sandiwara untuk tatapan awam.

Isu terbaru adalah kenyataan provokasi terhadap PAS dan ajaran agama Islam. Walaupun cuba diselindungi dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada PAS dan bukan terhadap Islam itu sendiri, hakikatnya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya perlaksanaan undang-undang hudud. Ianya ditokok-tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri.

PAS Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak pihak MCA untuk melonjakkan imejnya di kalangan masyarakat Tiong Hua dengan kononnya ‘bertindak berani’ menegur PAS. PAS sedar pandangan MCA tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka. Sebaliknya ianya merupakan jenis politik murahan yang akan ditolak oleh masyarakat Tiong Hua yang secara umumnya menghormati agama Islam dan tidak ingin campur tangan dalam soal ajaran-ajarannya.

Pada masa yang sama, ianya merupakan ‘red herring’ atau sesuatu yang menarik perhatian masyarakat sehingga lupa akan isu sebenar yang berada dihadapan mereka. Persoalan yang berada dihadapan masyarakat ialah persoalan pemilihan kepimpinan yang baru yang bebas dari rasuah, penyelewengan dan kronisma. Pendedahan demi pendedahan berhubung persoalan rasuah dan kronisma tidak mampu ditangani mereka maka taktik ‘red herring’ ingin mereka gunakan dan diharap dapat membantu mereka.

Melalui isu dan tuduhan provokasi, MCA juga mengharapkan PAS akan bertindak dan menjadikan isu hudud dan Negara Islam isu utama pilihan raya sehingga meminggirkan kehendak dan aspirasi masyarakat bukan Islam yang buat masa ini hanya ingin melihat kepimpinan yang bersih dan amanah. Ia dianggap berpotensi untuk menjadikan hubungan di antara parti-parti PR tegang dan menyulitkan kerjasama.

PAS Selangor juga tidak menolak kemungkinan bahawa UMNO jugalah yang merupakan dalang disebalik kenyataan MCA kebelakangan ini. Melalui kenyataan tersebut maka diharapkan ketegangan akan terhasil melalui mana UMNO dan BN boleh mendakwa ianya adalah kerana sikap dan pandangan PAS yang kononnya ekstrim. Dengan itu mereka boleh memujuk masyarakat Tiong Hua untuk kembali memberi undi kepada BN.

Oleh itu, PAS Selangor menyeru semua pihak, khususnya ummat Islam, untuk bertenang dan tidak bertindak melalui reaksi yang keterlaluan. Sebaliknya, marilah kita sama sama menghukum MCA dan UMNO dalam PRU ke-13 yang akan datang. Apabila masyarakat Malaysia dibebaskan dari dikongkong pemimpin BN yang sering mengadu-domba rakyat, maka akan terhasil sebuah Negara yang benar-benar bersatu atas dasar saling hormat-menghormati dan pengiktirafan hak asasi setiap kaum dan bangsa. Ketika itu barulah keunggulan Islam mampu diserlahkan oleh ummat Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


 Bandar baru Perkasa Alam di Kuala Nerus
Posted on Wednesday, October 31 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"

Saya tidak terkejut apabila membaca rencana Dr Syed Azman Syed Ahmad yang bertajuk: tanah kerajaan Terengganu di Lelong.

Kenapa?  Kerana kerajaan Terengganu bukan saja ketika diterajui oleh Datuk Seri Ahmad said, malah sejak dulu dulu  lagi kes sama dibiarkan begitu.


Tanah milik rakyat yang diambil oleh kerajaan dengan tujuan pembangunan untuk rakyat juga dan diberi kepada syarikat sysrikst tertentu akhirnya hilang dek dilelong oleh bank.
Pada hal kerajaan ada kuasa dan ada kemampuan untuk mengambil balik tanah tanah yang dilelong bank itu. Tetapi malangnya enggan berbuat demikian.

Kita tidak tahu mengapa pihak kerajaan membiarkan tanah tanah milik melayu asalnya terlepas ke tangan bukn Melayu.
Sekarang ini kerajaan sedang berusaha untuk mengambil tanah milik orang melayu di Kuala Nerus seluas 378 ekar.
Pemgambilan itu dibuat atas nama pembangunan ekonomi rakyat iaitu membina Bandar baru “Perkasa Alam”.
Yang malangnya Bandar baru perkasa Alam itu akan di swastakan kepada tauke China beralamat di Johor Baharu.
Hendak kata kerajaan Terengganu tidak mampu membina Bandar baru perkasa Alam  semacam mustahil.
Ini pasti ada benda yang tidak kena berlaku pada  kerajaan yang diterajui Ahmad said. Kalau  tidak mengapa Bandar baru perkasa alam akan diserahkan kepada tauke China.
Saya di fahamkan tauke china yang akan diberi projek  membina Bandar baru perkasa Alam itu tauke china  Singapura yang beralamt di Johor Baharu.
Tauke China yang telah diberi kepercayaan orang kerajaan Terengganu yang diterajui Datuk Seri Ahmad said itulah yang sambut lelongan salah sebuah  Bank, iaitu tanah milik melayu di Wakaf Tembesu seluas 25 ekar.
Yang palik dan malang lagi bangunan kedai  tiga dan empat tingkat sejumlah 178 unit diatas tapak seluas 25 ekar itu tak sampai  30 orang  dibeli oleh orang Melayu.
Orang Melayu tidak diberi pelaung untuk membeli bangunan kedai yang berharga dari RM 1 juta keatas dengan alasan bangunan yang sedia ada itu sudah habis dibeli oleh orang china.
Bangunan 178 unit berharga antara RM 800,hingga RM 1 juta itu jelas menafikan hak Melayu, kerana tak sampai 30 orang dibeli oleh Melayu. 

 Ronnie Liu dedahkan teloq tembelang MIC
Posted on Wednesday, October 31 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Alhusseyn

Berlagak bukan main lagi mantan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sewaktu mengetuai satu demonstrasi dihadapan Kuil Batu Caves bagi membantah projek pembinaan Kondominium 29 tingkat di situ. Samy Vellu dan MIC cuba berlagak hero kaum India kononnya prihatin dgn Kuil Batu Caves itu...


Sebenarnya MIC bertujuan mahu menggunakan isu tersebut sebagai kempen PRU-13 yg hampir menjelang ini.

Tapi malang sekali, isu tersebut telah mendedahkan tembelang MIC yang sebenarnya memang jijik dan busuk. MIC adalah petualang kepada kaumnya sendiri bila terbukti bahawa projek kontraversi tersebut diluluskan sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor.

Exco Selangor, Ronnie Liu pada 24 Oktober lalu, mendakwa A.Kohilan dan ahli parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek kondominium kontroversi 29 tingkat di Batu Caves.

"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya di sini

Tanpa disedari, P.Kamalanathan yang marah-marah dengan dakwaan Liu itu telah mendedahkan dan mengakui sendiri bahawa “Projek itu diluluskan pada September 2007” - projek kontraversi itu telah diluluskan semasa MB Khir Toyo atau Umno/BN perintah Selangor. Ha! ha! Mana Samy Vellu mahu taruk muka dia sekarang?

Sementara itu, Kohilan yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selama 11 tahun daripada 1997 hingga 2008, menafikan penglibatannya. Projek itu diluluskan pada September 2007. “ Saya pun tidak terlibat,” katanya di sini

"Saya hanya ahli majlis, bukan saya yang memberi kelulusan. OSC dalam majlis yang beri kelulusan, saya tidak terlibat…” Kata Kohilan yang lebih kurang sama tahap bangangnya itu dengan Kamalanathan. Buat apalah Barisan Nasional lantik orang-orang bangang macam ini jadi wakil rakyat?
Malah Kohilan lebih menakjubkan kita lagi bila dia bertanya kepada Ronie Liu : 'Apa peranan ahli majlis era Pakatan?' Ha! ha! ha! ...

Dia sepatutnya tanya soalan itu kepada dirinya sendiri kerana dia adalah ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ketika projek itu diluluskan. Kesian.Begitu sekali bangangnya tambi ini!

Bijak betul Ronie Liu, dia berjaya memerangkap Kamalanathan dan mendedahkan betapa bodohnya Kamalanathan ini!

Liu juga berjaya menjadikan Kohilan menggelabah dan mendedahkan kepada kita bahawa dia tidur sahaja selama ini sewaktu jadi ahli majlis dahulu….

........
http://alhusseyn51.blogspot.com


  Bung Mokhtar: AES tidak sesuai sekarang, PRU 13 makin hampir
Posted on Wednesday, October 31 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh M.I

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Walaupun pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) baik ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.

Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN
“Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.
“Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.
“AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya,” kata Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Kesemua empat negeri yang diperintah oleh PR telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan AES yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.
“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya - Malaysia Insider

.............
Komen WM : Maknanya selepas PRU-13 sesuai untuk mencekik dan merompak wang rakyat!!!


 Menanti impak besar himpunan di Seremban, 3 Nov
Posted on Wednesday, October 31 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Siri demonstrasi aman, perhimpunan raksasa atau perarakan besar-besaran menuntut proses pilihan raya yang bersih dan adil, sejak kali pertama diadakan pada November 2007, sememangnya mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat semakin meningkat, tanda kesedaran rakyat terhadap tuntutan asas demokrasi itu bertambah terbuka dan menyeluruh. Proses pendemokrasian yang merupakan trend global dan fenomena sejagat tidak mampu disekat lagi. Malah Malaysia seharusnya berada dalam liga teratas bersama negara-negara demokratik yang memberi peluang sepenuhnya rakyat untuk berpartisipasi secara bebas.

Dalam himpunan terakhir, Bersih 3.0, pada April 2012, penyertaan masyarakat Tionghua lebih menyerlah, menunjukkan keresahan berdepan pelbagai penipuan dan manipulasi semasa pilihan raya kini dikongsi lebih ramai khalayak. Ia juga bukti nyata bahawa tsunami politik Mac 2008 masih mempunyai momentum yang kuat.

Pemerintahan Najib Razak cuba memberi reaksi positif, dengan melakukan beberapa pembaharuan politik dan berusaha menampakkan imej lebih baik, untuk sedia mendengar kehendak rakyat, meskipun dalam masa sama, tumpuan diberikan bagi memalitkan wajah hodoh buat peserta dan penganjur Bersih.

Iklan tanpa berbayar di TV digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan "Bersih Yang Kotor". Malang sekali, kian kerap ia diputar, penonton semakin jelak dan mual. Media baru terutama YouTube menjadi agen paling efektif memaparkan klip video adegan sebenar, menyanggah tohmahan peserta melakukan keganasan.

Bersih juga dipersepsikan seperti kebangkitan rakyat di Timur Tengah (apa salahnya demonstrasi menggulingkan diktator seperti Hosni Mubarak, kan?), untuk menghitamlegamkan lagi pemimpin Pakatan yang bersama dalam perarakan besar-besaran sekitar Dataran Merdeka itu.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAS) terpaksa ditubuhkan, membabitkan wakil Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat; 22 cadangan telah dikemukakan selepas mengadakan siri mesyuarat dan pertemuan awam, termasuk menganjurkan lawatan kerja ke luar negara. Meneliti proposalnya itu, jawatankuasa tersebut seperti mahu menjawab lapan tuntutan utama Bersih, sekali gus menunjukkan kerajaan peka dengan desakan rakyat.

Namun begitu, senarai daftar pemilih yang cukup meragukan, terutama di kerusi-kerusi tumpuan BN, langsung tidak dibersihkan, malah semakin menimbulkan tanda tanya dengan penemuan dan pendedahan yang mengejutkan. Nama-nama pengundi yang pelik dan aneh muncul, di samping alamat sama dikongsi begitu ramai pemilih, dengan bilangan yang tidak munasabah langsung.

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dilihat sebagai agensi kerajaan yang terbabit aktif dalam komplot BN bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara, bagi mempertahankan Putrajaya dan menawan negeri-negeri yang kini diterajui Pakatan, terutama sekali Selangor.


Tuntutan akses media yang bebas dan adil pula langsung tidak dipedulikan. Pastinya Najib, melalui menteri berkaitan, Dr Rais Yatim akan mengemukakan cadangan seolah-olah Pakatan juga mempunyai ruang untuk berbicara langsung dengan rakyat, sekurang-kurangnya dapat membentangkan manifesto dalam siaran televisyen semasa berkempen nanti (jangan lupa, dengan syarat ketat yang mengikat).

Ia sekadar mahu mengaburi pandangan umum, sedangkan belum pun Parlimen dibubarkan, siaran TV, baik RTM mahupun stesen swasta sudah dipenuhi slot propaganda BN. Saya kira berbanding semasa era Abdullah Ahmad Badawi dan juga Dr Mahathir Mohamad, dakyah politik BN melalui kaca TV begitu ketara sekali di zaman Najib, terutama melalui lagu-lagu dan iklan politik tidak berbayar yang "disamarkan".

Justeru, apabila dimaklumkan satu Himpunan Kebangkitan Rakyat, menyamai Bersih 4.0, bakal diadakan sebelum Parlimen dibubarkan, saya menyokong penuh saranan itu sambil mengharapkan penganjurannya lebih tersusun dan sistematik lagi. Sesunguhnya padang permainan sama rata, dengan peraturan dan pengadil yang adil, harus diwujudkan terlebih dahulu, sebelum wisel ditiup!


Saya mendengar idea awal mengenai perhimpunan mega itu, yang diharapkan mampu mengumpulkan sejuta orang, apabila berkunjung ke pejabat bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadhir, di Seri Kembangan semasa Ramadan lalu.

Kadir secara serius mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran Pakatan Rakyat, dengan target menghimpunkan sejuta orang, di sebuah lokasi tertutup, seumpama Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam, bagi menunjukkan kesatuan padu parti-parti pembangkang, dan menolak dakyah elit pemerintah yang sentiasa mencari jalan untuk "mengacau-bilaukan" seteru politiknya.

"Ya, kita boleh boleh namakan apa saja, misalnya Bersih 4.0, dan saya boleh menjadi tenaga pentingnya ... Bariskan serentak pemimpin utama Pakatan, dan buat pengisytiharan bagi menamatkan salah faham, khususnya antara PAS dan DAP. Memang selama ini pun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berucap berulang kali mengenai hal itu," tegas Kadir, sambil bertanya apakah saya juga setuju dengan cadangan tersebut.

"Selepas himpunan sejuta di Kuala Lumpur, maka kita akan berpindah ke negeri-negeri, dengan matlamat 100,000 hadirin. Kita perlu himpunan yang mendatangkan impak besar kepada pengundi sebelum PRU13," kata Kadir sambil merujuk kejayaan himpunan Hijau anjuran PAS. "Tapi kali ini ia membabitkan semua parti pembangkang," tambahnya.

Kadir mencadangkan agar himpunan itu memfokuskan kepada tuntutan akses media yang adil dan bebas. Katanya, isu media merupakan antara perkara paling pokok dalam sistem demokrasi dan proses pilihan raya. Ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh, katanya, sambil menekankan bahawa maklumat harus sampai ke segenap pelosok tanah air dan setiap pintu rumah.

"Tidak semestinya apabila kita berada di pihak yang benar, seperti dalam isu air di Selangor, maka rakyat secara automatik akan memihak kepada kita sekiranya kempen penerangan atau penjelasan kerajaan negeri tidak disusun dengan baik," ujar Kadir.

"Meneliti propaganda yang dimuatkan khususnya dalam TV, saya harap kita jangan pandang mudah perkara ini. Saya perhatikan, ia juga boleh mempengaruhi penonton, apatah lagi jika dipersembahkan dalam bentuk yang boleh menarik perhatian awam," katanya.

Sekiranya cadangan awal Kadir itu menjadi salah satu pendorong himpunan seumpama Bersih 4.0 digerakkan, bedanya cuma pelancarannya kini dibuat di Seremban Jaya, bukan di Stadium Bukit Jalil, dan ia tidak bertaraf program kemuncak yang mensasarkan sejuta kehadiran.

Namun begitu, ramai mengharapkan Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 3 Nov ini menjadi pencetus terbaik, bukan sahaja bagi meneruskan tekanan dan lobi agar proses pilihan raya berjalan adil, bebas dan bersih, tetapi juga berupaya menyuntik semangat buat petugas Pakatan melakukan pecutan di pusingan terakhir menjelang tarikh pembubaran Parlimen.

Sebahagian rakan-rakan melahirkan keraguan mampukah Seremban menjadi tuan rumah yang dapat mengumpulkan 100,000 orang? Kebimbangan itu bersandarkan kepada promosi dan hebahan yang kurang menonjolkan, malah masih ramai aktivis parti yang tidak mendapat maklumat mengenainya.

Negeri Sembilan dilihat mempunyai keistimewaan tertentu, terutama dari segi kedudukannya yang strategik bagi memberi laluan buat momentum tsunami politik 2008 bergerak ke selatan. Dalam PRU13, Pakatan hanya kekurangan empat kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru. Majoriti dua pertiga BN dalam sidang Dun sudah berjaya dipecahkan.

Meskipun himpunan 3 Nov ini bukannya lanjutan demonstrasi Bersih kerana ia dianjurkan Pakatan sendiri dan tidak melibatkan gabungan NGO seperti tiga perhimpunan terdahulu, saya kira bukan hanya jumlah kehadiran yang perlu dititik-beratkan, tetapi impak terhadap tuntutan membersihkan daftar pemilih dan akses media harus diambil kira.

Berbeda dengan Himpunan Hijau anjuran PAS yang mencapai kejayaan gemilang, terutama di majlis pelancarannya di Stadium Darul Aman, Alor Setar, awal Jun lalu, program di Seremban Jaya Sabtu ini mempunyai objektif lebih khusus, terutama untuk menarik perhatian seramai mungkin rakyat bagi mengenakan tekanan berterusan kepada pemerintah.

Selama ini, dalam keadaan agak uzur, Alhamdulillah, saya tidak pernah absen daripada mengikuti siri perarakan Bersih di Kuala Lumpur. Dan secara peribadi, saya berasa seronok, enjoy dan puas hati, meskipun tidak dapat berada dalam kelompok puluhan ribu demonstran, sekadar menjadi pemerhati di tepi jalan!

Semoga Seremban menjadi saksi, bukan sahaja kepada kemeriahan peserta yang dijangka memakai baju pelbagai warna khas (kuning, oren, hijau dan merah), mewakili tuntutan berbeda dengan hasrat yang sama, tetapi juga kepada tekad membara dan keazaman yang padu setiap rakyat yang mahukan proses pilihan raya negara ini menjadi lebih matang dan demokratik 


 Tanah YS Telus
Posted on Wednesday, October 31 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ILHAM MARZUKI

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah).

Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta ("in cash and kind").

Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV. Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razak, Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses “forensic audit” tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata. Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara "runding terus" semasa zaman BN tidak lama dahulu.

ILHAM MARZUKIPengurus Besar 
Yayasan Selangor
Tempoh Tamat, Pemuda Akan Menghadap Yang Di Pertuan Agong !
Posted on Wednesday, October 31 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Khairul FaiziIsu penghinaan berulang kali yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap Islam serta perundangannya bukan satu perkara baru. Terbaru pada 24 Oktober yang lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyerahkan satu memorandum kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang meminta beliau untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang menghina hudud.
Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan memorandum yang dihantar seakan-akan ‘dibakul sampahkan’ oleh beliau dan pimpinan MCA. Di dalam memorandum tersebut, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memberikan tempoh kepada beliau selama seminggu untuk memohon maaf dan menarik semula kenyataan beliau yang menghina hudud.
Dengan ini Dewan Pemuda PAS Malaysia memaklumkan bahawa tempoh yang diberikan telah tamat. Dewan Pemuda PAS Malaysia kini sedang mengatur satu gerakkan himpunan besar-besaran ke Istana Negara dan berusaha untuk menyerahkan satu memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.
Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, sudah sampai masanya untuk Yang Di Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi di dalam perlembagaan Malaysia. Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia merancang untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong untuk menyampaikan aduan ini dalam masa yang terdekat sejurus selepas Yang Di Pertuan Agong berangkat pulang daripada menunaikan Haji.

Disediakan oleh ;
Khairul Faizi Ahmad KamilSetiausaha,Dewan Pemuda PAS Malaysia



 MAJLIS AMAL DANA TKO, Tempahan Tiket Dibuka Sekarang
Posted on Wednesday, October 31 @ 16:28:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: wan_jtk

"Alhamdulillah, akhirnya Kelab TKO telah berjaya merangka Program MAJLIS AMAL DANA TRANUNGKITE ONLINE (TKO) ini yang bakal diadakan pada 8 Disember 2012 di Sebuah Restoran di Ampang.

Konsep Program ini adalah untuk beramal dan menyampaikan sumbangan bagi memberi sokongan kepada pihak www.tranungkite.net untuk melangsungkan perjuangan mereka setanding dengan media massa utama lain.
Kehadiran Jemputan Khas yang pasti adalah Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Pihak Kelab TKO akan cuba mendapat tiga lagi Tokoh Utama Seperti YB Nurul Izzah, Dr Harun Din dan antara yang menarik tetapi agak mencabar adalah MB Selangor.
TARIKH : 8 Dec 2012 (Sabtu)
WAKTU : 1pm - 4pm
TEMPAT : RESTORAN HADRAMAWT
No.357, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Dengan berkonsepkan Makan Tengah Hari, Penganjur akan berusaha untuk memastikan program ini memberi manfaat yang baik kepada Tetamu Pelanggan Sekalian.
Tiket yang di Jual berHarga seperti dibawah:
1) Tiket Biasa : RM70 / seorang  
2) Tiket VIP    : RM125 / seorang -(Terhad 3 Meja utk 8 Orang)
3) Tiket VVIP  : RM250 / seorang -(Terhad 3 Meja utk 8 Orang)


Segala Tempahan untuk membeli Tiket Tempat Duduk, boleh SMS dahulu kepada No 0133931057(WAN) atau 0193815382(ROMZI).

Duit Tempahan boleh dibuat ke No Akaun:

1) TKO GLOBAL (Maybank, ATM atau Kaunter Sahaja)

No Acc: 564726100475 
2) Wan Shafareen Bin Wan Abdul Halim(Bendahari TKO) (Maybank, Boleh melalui Online) 
No Acc: 164726003365.
Sebarang sumbangan atas sempena Program Jamuan ini amat diperlukan, Sila Maklum melalui SMS setelah membuat kemasukan Sumbangan atau Belian Tiket. 
Akhir Selepas Program ini, segala kutipan hasil keuntungan akan disalurkan terus ke akaun pihak www.tranungkite.net. 
 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2149&postdays=0&postorder=asc&start=0

 Madrasah Salihiah tidak diroboh
Posted on Wednesday, October 31 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog Warta Kedah

GUAR CHEMPEDAK – Kerajaan negeri akur dengan arahan mahkamah sebelum ini agar Madrasah Salihiah tidak dirobohkan malah jentera-jentera berat juga tidak dibenarkan berada disekitar madrasah tersebut.

Demikian penjelasan Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah 2012 di Guar Chempedak.

Kes dulu Menteri Besar tidak termasuk sebagai defendan tapi sekarang dimasukkan pula. Tapi saya minta tangguh dulu kerana tidak dapat hadir pada hari perbicaraan tersebut,”jelasnya.

Menurutnya lagi, beliau akan tubuhkan team untuk mempertahankan kerajaan negeri dan tidak menggunakan khidmat peguam biasa. Oleh sebab itu penangguhan perbicaraan mohon ditangguhkan kerana peguam berkenaan sedang menunaikan haji di Mekah.
“Saya melihat kes ini lebih kepada politik dan ianya sudah banyak kali diubah. Yang sebenarnya mereka inginkan projek ini tertangguh dan ini memberi peluang kepada mereka menempelak kerajaan negeri kononnya gagal membangunkan Aman Central ini,” sambungnya lagi.
Tambah beliau lagi, sekiranya kerajaan negeri menang dalam kes berkenaan, madrasah berkenaan akan dirobohkan mengikut perancangan awal dan digantikan dengan surau yang lebih besar dan selesa seperti mana yang maklumkan dahulu.

 PAS Pulaukan sahaja Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Posted on Wednesday, October 31 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: Yangretibase

"Saya berpendapat, tiada untungnya dan tiada faedahnya bagi PAS berwacana, bermuzakarah, berdialog dan berbincang mengenai apa-apa isu sekalipun dengan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Hasilnya sifar. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Mensia-siakan masa sahaja.

Dengan kata lain, Dr Mohd Asri wajar dipulaukan sahaja oleh PAS. Walau bagaimanapun, sekiranya PAS berasa kasihan pada Dr Mohd Asri dan ingin menyelamatkan aqidahnya, maka molek sangatlah bagi PAS berterus terang memaklumkan kepadanya bahawa aqidahnya sangat meragukan.

Minta dia memberikan pensohihan dan pengakuan yang boleh menghilangkan keraguan orang kepadanya.

Terdapat beberapa soalan yang wajib dijawab oleh Dr Mohd Asri seperti berikut:
1) "Adakah Dr Mohd Asri memisah dan mengasingkan politik daripada Islam sehingga politik itu kelihatan sebagai satu entiti yang tersendiri?"
Soalan yang saya kemukakan ini berdasarkan kenyataan Dr Asri baru-baru ini, "Politik dan agama memang patut bergabung, kerana agama membimbing politik". Daripada kenyataanya ini, sangat jelas Dr Asri memisah dan mengasingkan politik daripada agama (Islam).
Apa hukumnya berfahaman begitu? Adakah sesuatu walau sebesar zarah sekalipun, terasing atau terpisah daripada Islam, sedangkan setiap gerak-geri kita manusia dikira dosa dan pahalanya oleh Allah SWT? Lagipun, aspek politik pemerintahan negara merupakan juzuk terbesar dalam Islam yang diamanahkan kepada manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi?

2) Apa maksud sebenar Dr Mohd Asri apabila dia mengatakan bahawa dia lebih rela negara sekular? Adakah dia menolak negara Islam? 

3) Apa maksud sebenar Dr Asri apabila dia asyik mengatakan 'agama dijadikan alat politik'? Minta dia berikan contoh sebagai bukti.
Saya berpendapat, sangatlah mustahil manusia mampu memanipulasi dan memutarbelitkan Islam sebagaimana dakwaan Dr Asri, sehingga Islam itu menjadi negatif dan jahat seperti hantu dan syaitan.
Sesungguhnya Islam senantiasa terpelihara oleh Allah SWT, Tuhan Yang Maha Memelihara.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.




Tiada ulasan: