Ahad, 14 Oktober 2012

BILA SIJAHIL...NAK MENUNJUKKAN ISLAMNYA...PEKA PADA ISLAM...SEDANGKAN MEREKA TAK SEDAR DIRI YANG MEREKA MASIH JAHIL TENTANG ISLAM

Warga estet dakwa kehidupan terpinggir

Khairil Abdul Rahim, 13 Okt 2012
KUALA LIPIS: “55 tahun merdeka nasib warga estet tidak terbela, janji BN gagal ditepati”, demikian bunyi ayat yang terpampang pada banner semasa menyambut kedatangan konvoi ‘PAS Cakna ke kawasan Parlimen Lipis’ di Ladang Benta dekat sini baru-baru ini.
Rombongan PAS Pahang itu hadir bagi mendengar sendiri keluhan masyarakat berketurunan India pekerja estet yang mendakwa tiada pihak yang menitikberatkan kebajikan mereka selama ini.

Seorang penduduk, R Krishnan, 62 menceritakan, majoriti warga estet khususnya buruh ladang masih tercicir daripada menikmati peluang kehidupan lebih baik dan selesa berbanding pekerja sektor lain.

“Kami menyumbangkan tenaga untuk kemajuan ladang dan ekonomi negara. Namun peluang kami untuk memiliki rumah sendiri masih samar-samar begitu juga dengan pendidikan lebih terjamin,” katanya.

Jelasnya, banyak kali pihak kerajaan turun berjanji untuk membela nasib mereka yang mencurahkan bakti kepada pendapatan pertanian negara sepanjang hayat, namun semuanya sekadar tinggal janji.

Estet Benta dikatakan antara ladang getah terawal di negeri Pahang yang dibuka oleh saudagar Inggeris manakala pekerja-pekerjanya dibawa dari India oleh penjajah Inggeris ketika itu.

Menurut penduduk, setelah ratusan tahun berlalu dan 55 tahun merdeka, tidak banyak perubahan yang diperolehi penduduk manakala anak-anak yang berjaya menghuni di luar.

Seorang lagi penduduk, M Rajma, 55, berkata kebanyakan penduduk masih mendiami rumah bersaiz kecil dan tidak selesa yang disediakan oleh pengurusan estet.

Lebih menyedihkan katanya, mereka terpaksa mencari rumah lain jika ketua keluarga berhenti daripada menjadi pekerja ladang.

“Kami menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan untuk membeli rumah sendiri kerana ketiadaan jaminan daripada majikan. Kami juga tiada apa-apa boleh dicagarkan.

“Kami sukar untuk menyertai mana-mana skim perumahan mampu milik tajaan kerajaan walaupun keluhan kami sudah disuarakan sejak sekian lama,” katanya.

Tambahnya, kerajaan mencanangkan kemajuan rakyat di serata negara namun nasib kami yang berada di negeri Perdana Menteri sendiri jauh terpinggir daripada arus kemajuan.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengetuia konvoi berkenaan, turut menerima memorandum (gambar di atas) berhubung nasib warga estet yang memerlukan pembelaan dan perumahan lebih baik itu.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengambil serius mengenai aduan berhubung nasib pekerja ladang swasta itu yang seolah-olah tidak pernah dibela.

“Sekiranya PR berjaya mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang, kita akan menyediakan perancangan khusus bagi membela nasib mereka,” ujarnya.

Muslimat sumbang gelang emas RM3,000

Salmah Mat Husain, 13 Okt 2012
PENGKALAN CHEPA: Seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai RM3,000 telah didermakan oleh seorang muslimat untuk dana Pilihanraya Umum 13 bagi Dun Chempaka.
(Tuan Guru Nik Aziz menunjukkan gelang emas yang disumbangkan oleh seorang muslimat)

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika membuat pengumuman itu memberitahu gelang tangan berkenaan didermakan untuk Muslimat Dun Chempaka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Mawaddah dan Pertandingan Kerajinan Tangan Dun Chempaka pagi tadi.

Menurutnya, tidak ramai yang sanggup menderma barang kemas yang sering di pakainya, apa lagi dengan kadar harga bukan sedikit.

“Saya serahkanlah pada Muslimat Chempaka, nak buat apa tentang barang kemas ni, nak jual ke atau macamana kemudian masukkan sumbangan itu dalam tabung sebagaimana yang dihajati,”ujarnya.

Beliau juga berkata hanya mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi sanggup berbuat demikian tanpa diminta.

Menyentuh tentang keluarga mawaddah hanya Islam sahaja yang tonjolkan perkara berkenaan.

“Yang lain hanya mampu menyogok rakyatnya atau pengikutnya dengan wang ringgit dan kebendaan semata-mata,”ujarnya.

Sempena majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penerima Skim Az-Ziwaj, selain itu penerima anugerah keluarga mawaddah melalui tiga kategori antaranya zamrud dan delima.

Biadab! Kaabah dihina di Megamall Kuantan

http://wargamarhaen.blogspot.com, 13 Okt 2012

Oiii UMNO Hang pa Buta ke?? Kaabah di HINA di Mega Mall Kuantan!!!! Mana Hassan Aqidah!! Mana PERAKASA!!!!

BIADAB! Kaabah dihina di Megamall Kuantan.

Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama Islam serta merta!

Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang?

*Pihak Jabatan Perdana Menteri tak nak cancelkan ke event ni? seperti mana mu arahkan kuliah Ustaz Azhar dibatalkan serta merta di UMP??? ABU!!

SEBARKAN DAN PROTEST SEHINGGA EVENT KURANG AJAR INI DIBATALKAN SERTA MERTA!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Umno halang perjuangan untuk tegak Islam

Anis Nazri, 13 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan bukan DAP yang menghalang perjuangan PAS menegakkan Islam, sebaliknya Umno yang bersikap sedemikian. Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Iskandar al- Hiss, berkata perjuangan PAS untuk menegakkan syariat Islam selama ini terhalang dengan sikap Umno yang berkuasa.
"Ketika ini, DAP tidak memerintah di peringkat pusat.  Yang banyak menghalang kerja PAS untuk menegakkan Islam ini adalah Umno.

"Sejak kita merdeka 55 tahun, apa yang Umno tidak buat untuk menghalang PAS untuk tegakkan Islam?" soal beliau.
Tegas beliau lagi, halangan yang dilakukan Umno itu boleh dibuktikan ketika kerajaan Kelantan meluluskan enakmen undang-undang Islam negeri itu pada 1994.
"DAP tidak menghalang dengan kuasa.  Mereka hanya mengeluarkan kenyataan yang bagi kami hanya sebagai satu pandangan yang berbeza.  Yang mana perbezaan itu, Insya-Allah boleh diperbincangkan dari masa ke masa di dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi.
Beliau juga memberitahu Pemuda PAS memulakan pecutan terakhir menjelang pilihan raya umum dengan melancarkan roadshow Selamatkan Malaysia ke seluruh negara, selain melancarkan janji-janji anak muda yang ditawarkan Pakatan Rakyat melalui manifestonya.
Tanpa memperincikan butiran janji-janji tersebut, beliau berkata dewan itu akan menumpukan kepada tiga kerangka besar, meliputi aspek ekonomi, sosial dan pendidikan.
"Butiran lanjutnya, akan kita fokuskan ketika pelancarannya nanti.  Buat masa sekarang tiga kerangka itulah yang akan kita tekankan kepada anak-anak muda," tegas beliau pada sidang media Pemuda PAS, di Pejabat Agung PAS Pusat, hari ini.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan, Ustaz Ridhuan Mohd Nor, dan Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan.
Mengupas cerita mitos di Pahang
Wartawan Sinar Harian
13 Oktober 2012
Mengupas cerita mitos di Pahang
Mengupas cerita mitos dalam edisi Pahang
KISAH mitos atau legenda sudah menjadi sebahagian daripada nilai kepercayaan masyarakat. Bahkan setiap bangsa dan peradaban di dunia ini memiliki cerita mitos mereka sendiri sama ada berkaitan kewujudan sesuatu tempat mahupun untuk menggambarkan kehebatan keturunan mereka.

Namun kebanyakan kisah mitos ini jarang berpijak atas logik akal atau dalam erti kata lain tiada bukti kesahihannya. Malahan ada cerita-cerita mitos yang diwarisi sejak turun temurun dikisahkan dalam penceritaan yang cukup melampau.

Seperti manusia mampu bertukar menjadi buaya, sumpahan keramat bertukar batu dan sebagainya.

Sinar Harian menjejaki kisah mitos dan legenda yang sering menjadi buah mulut kalangan masyarakat di negeri ini sebagai satu pendedahan atau informasi sahaja.

Tiada ulasan: