Isnin, 29 Oktober 2012

JANGAN KITA ASYIK MENGAMBARKAN ORANG LAIN TAK ELOK...KITA SAJA BUAT ELOK DAN BETUL...RAKYAT TAHU YANG MANA2 KAKI SEMBANG JE LEBIH...BUAT2 JUGA...SONGLAP2 JUGA...SEMUA BERLUMBA MENGUMPUL KEKAYAAN

S'gor bina lebih 6000 rumah kos rendah sejak 2008

Harakahdaily, 29 Okt 2012
SHAH ALAM: Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, Pakatan Rakyat sehingga tahun ini telah berjaya menyiapkan pembinaan lebih 6000 buah rumah kos rendah bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling,  Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

Kesemuanya adalah berjumlah 6,000 buah rumah.

Sementara itu, sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan iaitu bagi derah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).

Menurut Iskandar, fakta itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

"Cara yang terbaik bagi Kerajaan Negeri untuk menjawab tohmahan-tohmahan ini adalah melalui fakta-fakta. Kerajaan Negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ianya ternyata tidak benar.

"Kegagalan menarik balik dakwaan ini mengesahkan bahawa mereka mengamalkan politik murahan yang tidak berdasarkan fakta-fakta yang sebenar tetapi fakta-fakta ciptaan mereka semata-mata," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

PAS cadang tubuh tribunal bantu Peneroka Koyah A

Harakahdaily, 29 Okt 2012
KINABATANGAN: PAS Sabah akan berusaha menubuhkan satu tribunal bagi penyiasat penyelewengan keatas para peneroka tanah di Koyah A yang telah dinafikan hak mereka jika Pakatan Rakyat menguasai tampuk pemerintahan Negeri Sabah dalam PRU 13 ini.

Tribunal ini akan mempunyai bidang kuasa melakukan siasatan serta kuasa memutus yang boleh memuktamadkan arahan memulangkan kembali geran-geran tanah  para peneroka di Koyah A malah dibanyak tempat lain seperti di Segaliud, Paitan, Beluran, Telupid, Merotai, Tongod dan Keningau.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah (gambar atas) dalam satu kenyataannya.

Menurut beliau, PAS Sabah mengikuti dengan serius pergolakan yang melanda para peneroka di Koyah A, Kinabatangan, dimana hak pemilikan ke atas tanah-tanah mereka telah dirampas secara licik oleh individu dan pemilik syarikat yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin atasan UMNO/BN.

"Bagi pihak PAS Negeri Sabah, saya menegaskan bahawa isu ini telah berlarutan selama lebih 20 tahun.

"Saya telah turut terlibat membantu para peneroka untuk mendapatkan semula hak-hak mereka seawal tahun 1994 lagi serta telah beberapa kali berusaha mengadakan pertemuan diantara para peneroka dengan 'penceroboh'  tanah ini yang juga terlibat dalam operasi kuari haram di Silam, Lahad Datu," katanya.

Namun, usaha-usaha yang beliau lakukan ini telah gagal kerana 'penceroboh' tanah ini enggan bertemu dengan para peneroka, kata Hamzah.

Menurutnya, setelah meneliti Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dimiliki 'penceroboh' tanah ini, beliau membuat satu kesimpulan yang tepat bahawa didalam syarikat tersebut terdapat beberapa pemimpin UMNO yang berpengaruh memiliki saham serta duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

"Disini lah punca sebenar kenapa masalah ini tidak boleh selesai dan telahpun berlanjutan selama lebih 20 tahun," kata beliau kepada Harakahdaily.

'Penceroboh' tanah ini, katanya, memiliki Sijil Anak Negeri dan mendakwa beliau sebagai seorang pribumi.
(Penduduk Koyah A berpiket bagi menuntut hak mereka..Sabahkini)

Tetapi rekod-rekod dokumen kelahiran beliau mengesahkan bahawa beliau dan juga ayah beliau adalah seorang pendatang dari Fujian, China.

Rekod dokumen peribadi beliau juga telah disiarkan dalam beberapa blog khususnya sabahkini.net

Tanah di kawasan Koyah A ini adalah anugerah Kerajaan Berjaya yang Ketua Meterinya masa itu ialah Datuk Harris Salleh.

Ia bertujuan supaya diusahakan oleh para peneroka yang sebahagian besarnya adalah petani dari kelompok Bumiputera Sabah yang berada dibawah paras miskin.

Masalah pencerobohan tanah di Koyah A ini timbul dizaman kerajaan PBS yang Ketua Menterinya masa itu ialah Datuk Pairin Kitingan.

Hampir 1 juta ekar tanah-tanah pekebun kecil anugerah Kerajaan Berjaya ini  telah dirompak oleh tauke-tauke kroni dizaman PBS dengan cara menukarkannya kepada geran besar, dan terus berlanjutan hingga saat ini.

"Jadi, kalau tanah-tanah peneroka ini dirompak dizaman PBS yang dipimpin oleh Datuk Pairin Kitingan satu ketika dulu, maka persoalannya ialah dimana pula kedudukan Datuk Pairin sekarang?

"Maka, saya katakan kepada para peneroka, kalaulah mereka mahu mendapatkan semula hak pemilikan keatas tanah-tanah mereka, pilihan yang ada ialah dengan menumbangkan kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang ini, yang jelas telah mengkhianati amanah rakyat Negeri ini, dalam PRU 13 akan datang," tegasnya.

Hamzah yakin, Pengarah Jabatan Tanah telah bertindak diluar bidangkuasanya apabila membenarkan geran-geran bertaraf 'smallholder' yang tidak melebihi 15 ekar telah di tukar (converted) menjadi geran besar (grand title/parent title) dan meluluskannya kepada syarikat 'penceroboh' ini.

"Saya pasti ada sesuatu imbuhan yang diterima oleh pihak yang bertanggungjawab meluluskan penukaran geran tanah ini kepada dari 'smallholder' kepada 'grand/parent title'. Hanya masa dan tempat akan menentukan kedudukan sebenarnya," dakwa beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Batu Sapi.

Nur Jazlan tersepit di celah warlord Umno Johor

Harakahdaily, 29 Okt 2012
KULAI: Datuk Nur Jazlan (gambar), Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings kini terumbang-ambing dan tersepit antara para warlord politik Johor.

Menurut laman KLDaily, beliau diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis ‘projek’ untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings.

Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China.

Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA.

Malangnya, konsep merit sebegini ditolak oleh kumpulan-kumpulan yang berkepentingan yang turut didokong oleh pembesar-pembesar dalam UMNO yang mengidamkan jawatan Pengerusi UDA, Ahli Parlimen Pulai dan juga Ketua Bahagian Pulai.

Ini ditambah pula dengan Nur Jazlan yang sememangnya dikenali sebagai seorang ‘lone ranger’ dalam UMNO Johor dan tidak sehaluan dengan warlord-warlord seperti Ghani Othman, Khaled Nordin, Razali Ibrahim dan Muhyiddin Yassin.

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengintai kerusi parlimen Pulai memainkan isu ini untuk menjatuhkan anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat ini.

Agenda Melayu merupakan senjata ampuh untuk menyerang kredibiliti sesetengah pihak seperti Khairy yang menjadi Pengerusi PUNB dan Azman Mokhtar yang juga Pengarah Urusan Khazanah.

Sedangkan isu sebenarnya adalah projek dan kontrak yang dikejar dengan didokong oleh kepentingan politik sesetengah pihak.

Politik UMNO tidak lari daripada 3K - kedudukan, kuasa dan kewangan, inilah yang menaikkan UMNO dan ini jugalah yang akan menjatuhkan UMNO.

PKNS: Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib

KLDaily, 29 Okt 2012
Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara.

Salakan Noh ini turut ditokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin.

Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan.

PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera.

Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu. Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri.

Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu.

Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu.

Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS.

Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak.

Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had.

- KL Daily - www.kldailyblog.wordpress.com

PBB gesa tindakan tamatkan keganasan di Myanmar

Terjemahan Mohamad Yahya, 29 Okt 2012
(PBB berkata lebih daripada 22,000 orang telah dipindahkan selepas pertempuran antara umat Islam dan Buddha.)


MYANMAR: PBB memanggil  untuk "tindakan segera" bagi mengelakkan tersebarnya keganasan antara komuniti di negeri Rakhine Myanmar, selepas pertempuran terbaru membunuh puluhan orang dan ribuan pula telah kehilangan rumah.

PBB melaporkan satu pasukan yang diketuai oleh Ashok Nigam, Penyelaras Residen dan Kemanusiaan, telah melawat negeri berkenaan dan melihat "skala besar kemusnahan rumah-rumah".

Kerajaan menganggarkan lebih daripada 22,500 orang telah dipindahkan dari rumah mereka pada minggu lepas dan lebih daripada 4,600 rumah telah dibakar.

Pasukan keselamatan telah dikerahkan ke kawasan-kawasan di mana pertempuran antara etnik Buddha Rakhine dan Muslim Rohingya meletus pada 21 Oktober lalu.

Ketegangan sangat tinggi di negeri Rakhine selepas umat Islam dipersalahkan kerana merogol dan membunuh seorang wanita Buddha Jun lalu, mencetuskan pertempuran maut mengakibatkan puluhan ribu orang terpaksa berpindah dari rumah asal mereka.

"Saya memandang serius dengan ketakutan dan ketidakpercayaan yang saya lihat di mata-mata pelarian dari kedua-dua komuniti," ujar Nigam dalam satu kenyataan.

"Ia adalah amat penting untuk kerajaan memastikan kedaulatan undang-undang terus wujud, menghalang mana-mana pihak menyebarkan keganasan dan terus menyampaikan mesej keharmonian," tambahnya lagi.

Pemimpin pelbagai agama bakal bertemu dalam GEMA 2012

Harakahdaily, 29 Okt 2012

(Dr Juanda bercakap semasa majlis berbuka puasa dan makan malam yang disertai oleh pemimpin pelbagai agama di Perlis)

KANGAR: Ketika masih panas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang Islam,  Persatuan Al-Islah Perlis akan menganjurkan Gerbang Muhibah Antara Agama atau GEMA 2012.

GEMA 2012 adalah program susulan, selepas suksesnya majlis berbuka puasa dan makan malam muhibah yang dijalankan pada 25 Ogos 2011 lalu oleh persatuan ini.

Program ini adalah anjuran Persatuan Al-Islah Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan diserikan lagi dengan keberangkatan Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.

GEMA 2012 akan diadakan pada hari Sabtu, 3 November 2012 mulai 8.30 pagi – 11.30 pagi di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis, Jalan Mata Ayer, Perlis.

Menurut pengarah program ini, Dr. Hazman Hassan, program ini akan disertai oleh pemimpin dari gereja Kristian, wat Budha, kuil Hindu, Gurdwara Sikh dan persatuan-persatuan Islam.

Mereka mensasarkan,  melalui GEMA 2012, suatu panduan am dalam berinteraksi antara penganut pelbagai agama dinamakan Inisiatif FAIZ bakal dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis.

Dalam majlis berbuka puasa dan makan malam muhibbah yang mereka anjurkan 25 Ogos lalu, wakil semua agama menyertainya.

Dalam majlis itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan kejayaan mengumpulkan pelbagai agama dalam satu majlis amat mengembirakan beliau.

"Tujuannya tidak ada lain melainkan untuk mengujudkan semangat muhibbah dan kerjasama antara satu sama lain.

"Ini adalah tuntutan semua agama dan juga bagi memenuhi tuntutan negara kita," kata Juanda.

Saya sebut tutup aurat untuk Islam – TG Nik Aziz

Muhammad Yusri Amin, 29 Okt 2012
KOTA BHARU: “Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun.

“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru  Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

“Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

“Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat,” ujarnya.

Sementara itu ditanya sama ada beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya ia terletak  kepada keputusan parti dan dirinya sendiri.

“Kalau saya rasa boleh bertanding, saya bertanding, namun kena dengar dahulu keputusan parti.

“Apabila parti buat keputusan bertanding maka bertandinglah kecuali saya kata tak boleh bertanding lagi kerana masalah kesihatan atau sebagainya.

“Tetapi selagi saya berasa masih boleh bertanding dan parti pun setuju maka saya bertandinglah,” katanya.

Menurutnya tidak ada had umur dalam perjuangan gerakan Islam kerana penamatnya ialah mati.

Mengenai calon dalam PRU-13, beliau berkata, PAS akan bertindak secara rapi dan berhati-hati berdasar kepada pengalaman lalu.

Ini kerana menurutnya negara ini bukan demokrasi sebenar sebaliknya hanya demokrasi buat-buatan sahaja.

“Kami tidak diberi lesen mengendalikan radio, surat khabar harian pun tak diluluskan permit, demikian juga dengan televisyen.

“Akses media sangat tidak adil.  Ini kerana mereka tahu perjalanan gerakan Islam adalah pada landasan yang betul.

“Apabila diberi peluang mendapat tempat dalam suratkhabar menyebabkan rakyat sedar dan menolak fahaman kebangsaan. Namun mereka sekat supaya rakyat terus jadi bodoh,” kata beliau.

CAP gesa haramkan shisha mudarat kesihatan

Harakahdaily, 29 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.
“Langkah ini perlu diambil dengan segera memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok,” kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.

Beliau berkata, penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.

Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

Jelas beliau lagi, dalam satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan yang memuatkan temubual dengan seorang pengamal perubatan mengenai bahaya menghisap shisha, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan.

Beliau menambah, penggunaan arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.

“Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.

“Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan,” katanya lagi.

Rapid: Penduduk terpaksa beli tanah RM80,000

Muhammad Faizal, 29 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu penduduk Pengerang bukan sahaja diarahkan berpindah bagi memberi laluan pembinaan projek 'Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) namun mereka juga terpaksa membeli tanah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri bagi penempatan baru.

Beliau yang ditemui di Parlimen turut menyatakan jumlah kos tanah yang perlu dikeluarkan oleh penduduk Pengerang hampir RM80 ribu mengikut keluasan tapak rumah.

"Kerajaan negeri tidak pernah mengambil sikap prihatin mereka terhadap penduduk Pengerang dalam soal pembangunan projek Rapid di sana.

"Yang mana kita sedia maklum penduduk bukan sahaja diarah keluar dari kampung tradisi tetapi penduduk juga turut diarahkan membayar tanah penempatan baru mereka bagi tujuan membina rumah mereka," jelas Salahuddin kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, beliau tidak mahu penduduk setempat terhasut dengan istilah jutawan segera yang dimainkan oleh Umno sekarang ini kerana telah banyak peristiwa yang berlaku kepada penduduk setempat setelah tanah yang mereka milik diambil oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan.

"Kita perlu melihat kepada peneroka di Felda Sendayan dan Felda LB Johnson yang mana kehidupan mereka lebih teruk setelah tanah mereka diambil dan pampasan dibayar.

"Kita tidak mahu situasi ini menimpa kepada penduduk Pengerang, bukan sahaja kehilangan tanah yang menjadi milik mereka malah kehidupan mereka terus tertekan apabila segala perancangan yang diwar-warkan tidak menepati apa yang diperkatakan," jelasnya lagi yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap).

Salahuddin memberitahu Pakatan Rakyat akan meneruskan kempen penerangan kepada penduduk Pengerang bagi memastikan agar nasib yang menimpa peneroka Sendayan dan LB Johnson tidak menimpa penduduk Pengerang.

AES wajar ditangguh, negeri Pakatan mahu kaji

Salmiyah Harun, 29 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan harus menangguh pelaksanaan sistem kamera automatik (AES) memandangkan 40 peratus daripada jumlah kamera tidak akan dipasang di negeri Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata peratusan menolak pemasangan AES sangat besar dan beliau merasakan kerajaan harus menilai semula pelaksanaan peraturan baru itu.

Katanya, negeri Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk menangguhkan pemasangan kamera AES sehingga kajian terperinci dilakukan termasuk mendapat pandangan daripada pengguna jalan raya.

Sebanyak 331 kamera yang akan dipasang di negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Jumlah itu adalah 40 peratus daripada jumlah kamera yang akan dipasang seluruh negara iaitu 831 kamera.

"Kerajaan pusat melaksanakan peraturan ikut suka mereka, Pakatan Rakyat mahu bincang dan sembang bersama rakyat terlebih dahulu berhubung pelaksanaan AES," katanya dalam sidang media lewat petang ini.

Mahfuz juga menolak bahawa penggunaan kamera AES boleh mengurangkan rasuah di kalangan anggota polis.

"AES tidak boleh atasi masalah rasuah sebab akan ada 'mobile camera' yang akan diuruskan oleh pegawai yang berkemungkinan berlaku macam-macam," katanya.

Bersama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang turut membidas Ketua Menteri Pengangkutan Kong Chong Ha yang memberikan autoriti kepada syarikat pengendali AES sehingga tempoh lima tahun.

"Kenapa perlu bagi kepada syarikat tersebut, selepas lima tahun baru kamera tersebut dikembalikan kepada kerajaan. Apa guna kita dapat balik selepas lima tahun? Saya tidak lihat apa kebaikan? Adakah kita akan guna selepas lima tahun? Pulang balik sebab sudah dapat untung," katanya.

Guan Eng turut menegaskan kerajaan pusat perlu mendapat permohonan daripada kerajaan negeri untuk memasang kamera tersebut.

"Exco sudah buat keputusan untuk tangguhkan, penangguhan bukan sekadar dapat maklumat yang terperinci bahkan perlu dibincangkan di peringkat kerajaan negeri khususnya pengguna," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau turut mempersoalkan tempoh saman AES akan dikeluarkan kepada pesalah trafik sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

"Bila saman akan sampai kepada pesalah, adakah lepas PRU? Saya dengar kerajaan sudah takut untuk keluarkan saman sebab berpuluh-puluh ribu pengguna jalan raya marah dengan peraturan ini," katanya.

Guan Eng turut menggelar kamera AES sebagai kamera 1Malaysia memandangkan ia mengenakan saman kepada rakyat 1Malaysia.

Tiada ulasan: