Rabu, 31 Oktober 2012

DEDAH JANGAN TAK DEDAH...SEGALA PENIPU DAN SEGALA KELENTUNG MEREKA

Teladan Bumi Andalusia Yang Kering Kontang
Posted on Wednesday, October 31 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuhikam

"Suatu waktu di zaman salah satu pemerintahan khalifah, bumi Andalusia dilanda kemarau panjang yang sangat fatal.  Padang dan lembah menjadi gersang, onak dan sungai menjadi kering kontang, rumput dan pokok menjadi kuning, akhir nya gugur rebah kebumi.

Rakyat jelata terpaksa berdepan seribu kepayahan dan kesulitan untuk hidup. Bahan makanan dan minuman menjadi mahal . Keresahan dan pergaduhan tercetus di seluruh pelusuk negeri.

Khalifah telah memanggil semua menteri dan pembesar, termasuk ulamak ke istana untuk bersidang bagi mencari jalan penyelesaian.  Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan majlis sembahyang istisqa yakni pohon hujan dari rahmat Allah secara besar-besaran disebuah lapangan.
Semua rakyat, pembesar, menteri dan ulamak telah berhimpun disebuah lapangan di tengah kota.  Seperti biasa sebelum solat istisqa diadakan khalifah akan berucap kepada rakyatnya.  Dengan penuh kebesaran sang khalifah bangun dan bergerak perlahan-lahan memanjat mimbar untuk berucap.  Rakyat dibawah tertunggu-tunggu untuk mendengar amanat dari khalifah, tapi sang khalifah kelihatan terketar-ketar tidak dapat berucap, membisu dan kelihatan terpinga-pinga.  Keadaan ini berlangsung sampai beberapa ketika.  Suasana menjadi kecuh, ricuh  dan geger.  Semua hadirin menjadi terkejut dan kehairanan.
Lalu bangun seorang pembesar cuba mengatasi keadaan kebisuan itu.  Dia menaiki mimbar dan mengambilalih podium untuk cuba berucap, tapi pembesar itu jugak menjadi bisu dan tidak dapat berucap secara tiba-tiba.  Keadaan keriuhan menjadi semakin lebih kacau.
Melihat keadaan yang  memalukan dan luar biasa ini, bangun seorang ulamak dengan penuh takzim memanjat mimbar dan mengambilalih podium  dengan harapan beliau pasti boleh berucap dan menyelamatkan keadaan. Tapi anihnya, sang ulamak ini jugak menjadi kelu, bisu dan tidak boleh berucap walau sepatah kata pun.
Semua hadirin semakin terkejut dan panik. Keadaan keramaian menjadi semakin hiruk pikuk.
Tiba-tiba bangun seorang pemuda yang sangat gemilang wajahnya.  Perlahan-lahan dia menghampiri mimbar dan memanjat menuju ke podium dengan penuh ketenangan dengan  langkah yang teratur.  Hadirin menjadi senyap dan tenang seketika melihat anak muda yang tidak dikenali ini.
Dengan mata yang berkaca-kaca anak muda ini memberi salam.  Hadirin terkejut kerana anak muda yang seorang ini bisa berkata-kata dengan lancar dan jernih.
Dengan lantang, tegas dan mendayu, anak muda ini berkhutbah bahawa segala musibah kemarau dan ksengsaraan yang berlaku adalah akibat kesalahan dan dosa-dosa khalifah, ulamak, pemimpin dan pembesar semuanya.  Kezaliman penguasa keatas rakyatnya, kehidupan bermewah-mewah, boros dan penipuan penguasa telah menyebabkan kemurkaan  Allah. 
Lalu pemuda itu meminta semua penguasa, termasuk khilafah, menteri dan ulamak membuat pengakuan di hadapan rakyat jelata dan bertaubat kepada Allah diatas segala dosa-dosa kepada rakyat .  Mendengar khutbah pemuda itu  semua hadirin menangis.  Penguasa menangis menyesali.  Ulamak menangis.  Dan khalifah menangis tersedu-sedu, menyesali dan pohon keampunan.
Melihat itu, sang pemuda itu berkata “apabila penguasa bumi sudah takut kepada tuhannya, akan redhalah penguasa langit”.  Bersama dengan berjurai turunnya air mata khalifah, hujan pun mulai menitik turun perlahan-lahan, kemudian semakin lebat, semakin lebat dan lebat.

 Wan Azizah Tidak Payahlah Bertanding
Posted on Wednesday, October 31 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Sayuti
Tampaknya Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Dr Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kali ini dia akan bertanding di kerusi Dun. Dipetik dari satu laporan menurutnya beliau masih belum tentukan Dun mana, sama ada Selangor atau pun Pulau Pinang yang akan ditandingi. Katanya juga, parti akan menentukan kawasan mana untuk dia bertanding.

Sekali tenguk kenyataan itu serius, tetapi saya tidak mengira Wan Azizah sendiri serius untuk bertanding. Bagi saya tidak perlu beliau berbuat begitu. Cukuplah suaminya Anwar dan anaknya Nurul Izzah saja mengambil bahagian sementara beliau lebih afdal menjadi penasihat dari rumah.

Walaupun kronisme dalam politik perkara biasa, tetapi dalam konteks hari ini dan suasana kini tidak elok kalau suami isteri dan anak bertanding. Apakah Anwar atau keluarganya ingin mencatat rekod di mana tiga beranak berada dalam dewan dan paerlimen serentak? Mahu mengatasi keluarga Lim Kit Siang di mana dia, anak dan menantu berada dalam dewan?

Atau Karpal Singh di mana dia dan anaknya Deo berada dalam parlimen? Hanya kalau itu tujuan Wan Azizah bertanding tidak wajar untuk bekas MP Permatang Pauh itu ikut sama bertanding. Saya jamin kalau 'Nonaku Azizah' bertanding dia boleh menang. Namun atas kapasitinya dan melihat kepada pencapaiannya tidak sesuai kalau beliau bertanding.

Saya harap ura-ura Azizah akan turun gelanggang sekali lagi tidak akan menjadi kenyataan. Anwar diminta waras di dalam hal ini. Jika Azizah diharap meneruskan perjuangan atas andaian Anwar terpaksa berundur atas sebab-sebab tertentu, bukankah Nurul Izzah sudah ada sebagai galang gantinya.

Dunia tidak mahu melihat akan berlaku perebutan jawatan dalam sebuah parti di antara anak dengan ibu. Dalam politik serba boleh berlaku kerana setiap individu atau tokoh itu akan ditentukan oleh penyokong dan bukan pertimbangan peribadi. Sekiranya Wan Azizah digembur untuk menjadi pemimpin masa akan datang pasti dia akan bertembung dengan Nurul Izzah yang nampak sedang mempersiapkan diri.

Lagipun penyertaan Wan Azizah akan menjadi ejekkan dan persendaan oleh pihak lawan kelak. Lebih merumitkan lagi ia akan dijadikan precedent oleh mana-mana pihak untuk berbuat demikian. Kalau ini berlaku dan orang lain juga ingin meletakkan isteri, anak, dan menantu serentak tidak boleh dibantah sebab presiden dan penasihat umum Keadilan juga berbuat demikian.

Politik memang tidak waras tetapi orang yang waras boleh mewaraskan politik. [wm.kl.12:55 t/hari 30/01/12]

......
http://msomelayu.blogspot.com

  Dah Fikir Panjang Sebelum Hina Hukum Allah
Posted on Wednesday, October 31 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz Nor Amin

Sejak akhir-akhir ini sering telinga kita didendangkan dengan hudud, ada yang menghina dan ada yang menyokong. Hati saya berbisik dan bertanya “ehs… tak takut ka depa nie dengan Allah, cakap sesuka hati perut depa je. Semua benda nak ikut logik akal tanpa didinding dengan dalil Al-Quran dan hadis. Tak takut ke akidah tu rosak, tak takut ke azab Allah.”


Beginilah jadinya apabila hujah tidak disandarkan kepada dalil Al-Quran, hadis dan hujah ulamak. Tiada manusia yang tidak perlukan sandaran atau pedoman kerana ia pasti akan terpesong. Di jalan raya juga ada papan tanda penunjuk arah, di pasaraya atau mana-mana tempat ada penunjuk arah untuk ke tandas, surau, tempat makan atau sebagainya. Logiknya manusia tidak boleh terlepas dari perlembagaan yang digubal oleh Allah iaitu Al-Quran dan hadis. Bila datang daripada Allah, maka pasti kita sebagai hamba wajib menurutinya walaupun perintah tersebut tidak menepati logik akal kita. Saya kurang risau apabila orang bukan Islam memberikan komen yang negatif tentang hudud, sebab mereka jelas-jelas tidak percaya tentang ketauhidan Allah, tidak yakin dengan Al-Quran dan hadis dan jelas mereka menolak ajaran Islam itu secara mentah-mentah kerana mereka bukan Islam. Apabila di hari perhitungan nanti mereka tetap juga akan dicampakkan ke dalam neraka Allah dulu, kini dan selamanya. Firman Allah yang bermaksud :

"Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) Iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di Dalam azab (neraka)." (Al-Maidah : 80)

Janganlah disebabkan mulut yang celupar mengeluarkan komen yang bukan-bukan tentang hukum Allah dapat mengundangkan kemurkaan Allah. Sangat malang bagi mereka yang biadap kepada Allah, kerana hidup mereka tidak akan memperolehi keamanan di dunia dan di akhirat. Kalau pun mereka rasa senang di dunia disebabkan harta yang melimpah ruah serta kekuasaan, maka ingatlah itu adalah balasan Allah untuk mereka yang derhaka agar mereka memperolehi sebanyak mungkin kenikmatan dunia agar mereka lupa akan perintah dan larangan Allah. Makin lama hidup di dunia, semakin banyaklah dosa yang mereka lakukan. Apabila di hari perhitungan nanti, Allah akan siksa mereka dengan siksaan yang pedih dan dahsyat. Ketika itu tiada siapa yang mampu menolong mereka, masa itu juga mereka memekik dan berteriak kesakitan akan azab Allah. Kemudian mereka merayu kepada Allah supaya dikembalikan mereka ke dunia untuk melaksanakan segala suruhan dan perintah Allah, tetapi jawapan Allah disebalik apa yang mereka harapkan.

Jadi jelas, kalau diri itu tidak mempunyai ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam, maka janganlah memberikan komen, kerana komen tersebut boleh mengundang padah. Alangkah cantiknya hal-hal yang berkaitan dengan agama diserahkan kepada orang yang lebih tahu untuk memberikan ulasan dan pandangan. Inilah baru dinamakan disiplin ilmu. Contoh saya berikan di sini kalau kita sakit, mesti kita rujuk kepada doktor, bukan rujuk kepada pomen kereta. Sebab doktor lebih layak untuk memberikan perkhidmatan di atas kesakitan yang kita alamami. Tidak ada alasan lagi bagi semua manusia, permasalahan agama mestilah dirujuk kepada orang yang alim tentang agama. Firman Allah yang bermaksud :


"Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl : 43)

Menjadi masalah apabila orang agama merahsiakan perkara kebenaran, mereka sanggup menjual agama semata-mata kerana duit, harta pangkat dan perut sahaja. Mereka ini dikenali sebagai ulamak suk (jahat). Walaupun jelas perkara tersebut jahat dan bercanggah dengan Islam, mereka boleh memusing hujah-hujah tersebut dengan bersandarkan kepada dalil Al-Quran dan Hadis sehingga menjadikan perkara yang bertentangan dengan Islam itu menjadi betul. Contoh yang dapat kita lihat, ada seorang tokoh agama bergelar Doktor Falsafah dan sekarang bergelar senator mengeluarkan hujah bahawa "hukum hudud tidak lagi relaven pada zaman sekarang, kerana ia sudah kuno." Banyak lagi hujah cacian dan pandangan yang tidak betul diberikan oleh beliau. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat." (Riwayat Abu Daud)

Sedarkah kita, menghina atau mempersendakan hukum Allah boleh menyebabkan iman menjadi rosak, erti kata lain terkeluar dari Islam atau murtad. Segala amalan ibadah kebaikan dan pahala yang dibuat selama hidup di dunia ini dihapuskan oleh Allah dan dikekalkan sahaja perbuatan kejahatan dan dosa yang telah mereka lakukan selama ini.
Kepada sesiapa yang sering berhujah dengan mengatakan begitu dan begini tentang hukum Allah hanya berbekalkan logik akal dan nafsu semata-mata, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, beristiqfar, bersyahadah dan kembali ke pangkal jalan kerana pintu taubat masih terbuka kepada sesiapa yang insaf dan kembali kepangkuan Islam yang sebenar. Bagi mereka yang tidak mahu bertaubat walaupun diberikan nasihat, apabila sampai ke suatu tahap dia boleh ditahan dan boleh dihukum bunuh (rujuk kepada kitab fiqh bab jenayah).


Ada orang kata "kami tidak terlibat dengan mereka yang menghina hukum Allah, tetapi kami hanya menyokong sahaja". Jawapan daripada saya, sokong diibarat bersubahat dan mereka ini akan menerima saham dari segala kesalahan atau dosa yang dilakukan oleh orang yang menghina hukum Allah. Jadi berhati-hatilah sebelum menyokong mana-mana individu, jangan disebabkan dia, kita yang menyokong dihumban ke dalam neraka Allah.

Jangan dijadikan soal politik itu ke hadapan, jadikan Islam itu dihadapan, kerana politik itu tidak menjamin syurga kepada kita. Boleh dijamin syurga apabila sesuatu politik itu menjadikan Islam sebagai teras atau perlembagaannya. Setiap apa yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis dilaksanakannya tanpa ada apa-apa bantahan. Maka ini barulah dinamakan "dengar dan taat". Jika kita tidak memihak ke mana-mana badan politik, maka lebih baik kita berdiam dan jangan mengeluarkan apa-apa komen yang berkaitan hukum Allah. Takut nanti komen kita jadi tidak betul, tak pasal-pasal sesat dan menghina hukum Allah. Awas sebelum berkata-kata...

.......
http://www.ustaznoramin.com

  Pantau Pengaruh Al Qaeda Di Malaysia
Posted on Tuesday, October 30 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan memantau pergerakan perkembangan gerakan Al Qaeda di negara ini. Ini berikutan dakwaan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Beirut, Lubnan kerana disyaki terlibat dengan rangkaian Al Qaeda.


DPPM melihat perkara ini amat serius dan ia perlu ditangani secara menyeluruh kerana ia melibatkan keselamatan negara. Apa yang merisaukan adalah ada rakyat Malaysia yang berjaya direkrut menjadi ahli al Qaeda sehingga fahaman ini mampu menyebar luas di kalangan segelintir masyarakat. Lebih membimbangkan lagi apabila fahaman al Qaeda cuba diterapkan di negara ini sehingga mampu memburukkan keadaan.
DPPM khuatir jika pelajar yang ditangkap ini mendapat kefahaman yang salah terhadap Islam serta perjuangan Islam sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak diingini. Jihad yang sepatutnya difahami dalam aspek yang luas disempitkan sehingga disalah tafsirkan kepada hanya satu aspek sahaja.
Keadaan ini akan menyebabkan ketakutan masyarakat khususnya bukan Islam sehingga menimbulkan jurang yang mendalam antara umat Islam dan bukan Islam. Malah, ia juga akan menjadi sebab agama Islam dibenci oleh golongan bukan Islam.
DPPM mengingatkan bahawa PAS menolak fahaman melakukan keganasan bagi menegakkan Islam. PAS menolak kaedah matlamat menghalalkan cara sebaliknya memilih jalan muwajahah silmiyyah (berhadapan secara aman) bagi menegakkan Islam di negara ini. PAS akan tetap komited dengan kaedah demokrasi di negara ini meskipun ia penuh dengan ketempangan dan jalannya pula jauh serta berliku-liku.
Akhirnya, DPPM menasihatkan umat Islam supaya mempelajari Islam melalui ulama’ yang muktabar di negara ini. Banyak ruang dan kaedah bagi berdakwah dan menegakkan Islam. Perjuangan Islam adalah suatu jalan yang jauh, yang perlu dilalui dengan kesabaran, keikhlasan dan istiqomah. Para Nabi a.s., sahabat-sahabat malah para alim ulama’ silam telah menunjukkan jalan dakwah dan jihad perjuangan ini yang penuh hikmah dan kesabaran meskipun mereka dipenjara, dibunuh, dan dibuang negeri.
RIDUAN MOHD NORKetua PeneranganDewan Pemuda PAS Malaysia

 Syyy.. jangan marah Pak Menteri yeeer...
Posted on Tuesday, October 30 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Sharpshooter

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak terbabit kerana dalam kes NFC, perkara itu dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.

Bercakap dalam Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab, menteri undang-undang itu berkata, akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan NONEInstitusi Kewangan (Bafia).

"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," katanya separuh berseloroh.

"Asalnya ialah (isu) kerahsian, iaitu elemen yang penting. Kalau dia tiup terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, nak lindungi apa lagi?

"Yang kedua, kita mesti faham, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh lindungi orang yang buat kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower (pemberi maklumat). Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah."

Beliau mengulas perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang mahu tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 

 Dedahkan Pihak Meluluskan Projek Kondo Batu Caves
Posted on Tuesday, October 30 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan Selangor mendedahkan maklumat siapa yang meluluskan projek Kondominium 29 tingkat di Batu Caves bagi mendapatkan kebenaran. Tindakan ini penting supaya kerajaan pakatan Rakyat tidak dipersalahkan ekoran projek tersebut kerana ia pastinya akan menjejaskan sokongan rakyat khususnya pengundi India.

DPPM melihat jika kerajaan Selangor tidak tampil ke hadapan dengan mengemukakan bukti dan dokumen siapakah dalang disebalik projek tersebut, selamanya rakyat akan menuding jari kepada kerajaan PR Selangor dan menuduh kerajaan PR membelakangi kepentingan kaum India. Sedangkan kerajaan Selangor tidak berhasrat dan berniat berbuat demikian kerana kepentingan kaum India serta Tionghua masih dijaga dengan baik termasuk hak mereka terhadap rumah ibadat mereka.
Selain itu, kerajaan Selangor juga perlu memberikan penjelasan disebalik kelulusan projek tersebut supaya masing-masing faham cerita di sebaliknya. Tidak timbul konflik yang berlarutan sehingga menjadi isu yang akan dimainkan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka. Bagi DPPM, kerajaan Selangor perlu melihat kepentingan orang ramai serta rungutan rakyat khususnya penganut Hindu kerana projek tersebut terletak berhampiran kawasan rumah ibadat mereka.
Oleh yang demikian, DPPM bersetuju dengan pandangan banyak pihak supaya kerajaan Selangor berusaha membatalkan projek tersebut serta merta bagi mengelakkan polemik yang berpanjangan. Ia menjadi suatu pengajaran bahawa seharusnya sebelum meluluskan sesuatu projek kerajaan perlu berbincang dan mendapat pandangan rakyat terlebih dahulu terutama orang tempatan bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati di kemudian hari.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia 


 PKNS Perkukuh Agenda dan Keperluan Rakyat
Posted on Tuesday, October 30 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Ole KLDailyBlogSHAH ALAM, SELANGOR – PKNS tidak pernah lari daripada tujuan asal penubuhannya pada tahun 1964 untuk meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu dan Bumiputera. Demikian kenyataan oleh Ishak Hashim, Pengurus Bahagian Perhubungan Awam PKNS hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menegaskan bahawa PKNS dalam suasana persekitaran pembangunan dan kemajuan yang semakin mencabar, ia menuntut PKNS untuk menggunakan pendekatan yang pelbagai dan kreatif untuk meningkatkan tahap ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Salah satu inisiatif korporat yang dilaksanakan oleh PKNS adalah menerusi pelaburan dan pengurusan hartanah secara lebih efektif dan efisyen.
Tambah beliau lagi, aset-aset komersil iaitu Kompleks PKNS, Shah Alam; Kompleks PKNS, Bangi; SACC Mall, Shah Alam; Wisma Yakin, Kuala Lumpur dan Menara PKNS, Petaling Jaya masih kekal milik PKNS. Aset-aset ini akan dipindah milik kepada anak syarikat milik penuh PKNS, Private Real Estate Company (PREC), bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan aset yang lebih berkesan.
Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau turut menyatakan bahawa sejak tahun 2008, sebanyak 82% daripada para peniaga yang menyewa ruang niaga di aset-aset milik PKNS terdiri daripada usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera.
“ PKNS prihatin dengan keluhan para peniaga yang inginkan tapak niaga yang dapat menarik pembeli, mempunyai kemudahan awam yang pelbagai dan diselenggara dengan baik. Sehubungan dengan itu, PREC merancang untuk memenuhi kehendak para peniaga,” ujar beliau.
Sebagai contoh, sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan Kompleks PKNS Shah Alam. Malah PREC akan menaiktaraf bangunan secara berterusan bagi meningkatkan nilai aset-aset tersebut. Kiosk-kiosk perniagaan baru juga akan turut diwujudkan untuk disewakan kepada para peniaga Melayu dan Bumiputera, khususnya.
Selain daripada itu, pelbagai program promosi secara usahasama dengan organisasi seperti para usahawan muda Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengadakan ‘flea market’ akan dilaksanakan bagi menarik para pengunjung ke aset-aset komersil milik PKNS dan seterusnya meningkatkan tahap keusahawan para pelajar Melayu dan Bumiputera.
PREC dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS juga akan menambah ruang-ruang tapak niaga di aset-aset ini bagi usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera untuk menjual produk keluaran mereka. Sejak tahun 2008, lebih daripada 6,000 usahawan Bumiputera telah menikmati faedah daripada program-program pembangunan usahawan oleh PKNS.
“ PKNS akan terus mengangkat darjat dan martabat kaum Melayu dan Bumiputera menerusi program-program ekonomi yang lebih inovatif dan sofistikated bagi menjana pendapatan berterusan bagi keuntungan kaum Melayu dan Bumiputera keseluruhannya,” tegas beliau lagi.-KLd.
- www.kldailyblog.wordpress.com -

 TKM 1 lancar sistem eJKKK
Posted on Tuesday, October 30 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Sharpshooter
Peserta Majlis Pelancaran eJKKK


Secara umumnya objektif sistem eJKKK ialah:

1. Menyediakan akses maklumat berkaitan JKKK secara atas talian secara mudah dan cepat.

2. Memantapkan proses pemantauan aktiviti dan prestasi JKKK secara lebih tepat dan cepat.

3. Mewujudkan persekitaran komunikasi dan pengkalan data yang lebih cekap antara Pejabat Timbalan Ketua Menteri (I), Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan, Pejabat Daerah dan JKKK.

TKM 1 Melancarkan eJKKK
4. Mewujudkan budaya ICT dalam pentadbiran setiap JKKK Negeri Pulau Pinang. Sistem ini telah dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (SUK) serta Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) bermula pada tahun 2010 dan siap sepenuhnya untuk ujian penggunaannya pada awal tahun 2012 ini.

Kini, sistem Fasa Pertama yang telah siap sepenuhnya ini membolehkan urusan seperti pendaftaran dan penamatan keahlian JKKK boleh dilakukan secara atas talian (online) tanpa melalui proses dokumentasi yang panjang. Selain itu, sistem ini juga menyediakan maklumat data yang lengkap mengenai struktur organisasi dan maklumat peribadi setiap ahli JKKK seluruh negeri Pulau Pinang.

Jika sebelum ini data hanya di kumpulkan di dalam rekod di setiap pejabat daerah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kini data tersebut dapat di akses dengan mudah, cepat dan tepat oleh sesiapa sahaja selepas sistem ini di buka untuk akses umum.

Namun, untuk permulaan fasa pertama ini pihak berkuasa negeri yang terdiri daripada Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) sahaja dibenarkan untuk menggunakan sistem ini.

Pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri kini sedang giat memuat-naik data tambahan seperti info dan peta kawasan, senarai kemudahan, maklumat pasar malam, Pasukan Peronda Sukarela, pelaksanaan mesyuarat bulanan, pembayaran elaun dan aktiviti-aktiviti JKKK ke dalam sistem eJKKK ini yang telah memasuki pembangunan fasa ke-2.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/  





Tiada ulasan: