Subscribe · 12 minutes ago
Sayu ..Sebak.. Sedih.. Pilu..
Sanggup "DIA" perlakukan begitu...
Kami GRASSROOT tetap bersama Tok Guru Nik Aziz...Kami sanggup berpanas berhujan memenangkan "DIA".. Ganjaran ALLAH yang kami harab... Jamaliah Sudin Mazidah Ghazi Ummu Aiman Ummi Anni Habibah Rasdi Azakiah Ahmad Noor Ra Masitah Noordin Mamie Cool MH Shamsinar Abdul Aziz — with Mohd Razif Maslan, Mimie Lee Peace, Aiman Athirah Al Jundi and 21 others.
· Share
- You and 23 others like this.
- Zaleha Md Said comment yg meruntun hati..
Hj Dasuki Anidez ·
YB Hassan Ali..Menjadi YB atas tiket PAS. Pernah menjadi MP Parit Buntar dan Adun Sg Burung, Selangor 1999-2004. Pernah menjadi Ketua Pembangkang di DUN Selangor. Semuanya saya rasa dapat elaun pencen. Dan kini dapat pula elaun Adun Gombak Setia, Selangor.Semuanya elaun yg dapat tak perlu sumbangkan kepada parti kerana parti memecat (ruginya parti). Dapat 100% elaun tu. Syukur lah dapat menyara diri dan keluarga..semuanya kerana ahli dan pengundi Pas yang bertungkus lumus memenangkannya..Tak nafilah kewibawaan YB sendiri yg membuatkan YB menang, namun sumbangan ahli dirasakan lebih banyak. Kesian ahli-ahli Pas ini yang bukan ramai yang kaya..Tak macam kebanyakan ahli parti suteru. TAK KESIAN KE YB, AHLI PAS YG KEBANYAKAN PESAWAH PADI DI KAWASAN PARLIMEN PARIT BUNTAR ???? (Tak dapat elaun macam YB). Tak perlu bantu wang ringgit..Paling tidak usah mengguris hati mereka (termasuk Nenda saya yang baru meninggal dunia, arwah nenda saya kata dulu 1999, dia undi bulan...Syukur sangat YB Hassan Ali menang..sampai dia puasa nazar..Bila kenangkan menitis air mata saya....!!! - Hasan Husin pak hasan memang manusia tak berprinsip, mcm lalang.... elokla tu la ni satu kapal dgn pak Berahim...
- Jamaluddin Rahman xpa kak Zaleha Md Said itu semua mrupakan sunnah perjuangan islam ada yg gugur d tengah jln, bg aku ianya lebih kpd tapisan dari Allah sbelum kita d beri kemenangan InsyaAllah
17 hours ago
DUA SPESIS DI PINGGIRKAN KEPADA UMNO— with Abe Mat Rayyan, Abd Razak Ibrahim, Alias Ali and 46 others.
------------------------------------
SEKALI lagi mahu cerita kisah Ust Nasha. Seronok juga melayan karenah dia ni. Dulu koi seronok melayan karenah Hasan Jati, sekarang ni kembar dia pula. Koi amat setuju dengan pandangan Mahfuz Omar yang menyatakan PAS tidak kisah Us Nasha mahu berunding atau bekerjasama dengan Umno kerana tiada kena mengena dengan PAS.
Bagi Koi, usahkan berunding, jika Us Nasha mahu masuk dalam kelambu Umno pun tidak mengapa sebab suatu ketika Us Nasha ini pernah cuba menjengok dalam kelambu Umno sewaktu bermulanya hikayat "Kerajaan Perpaduang". Semua orang tahu kisah itu, jika anda tidak tahu cuba bertanya dengan YB Khalid Samad, MP Shah Alam. Beliau amat fasih dan hafal dengan "Hikayat Kerajaang Perpaduang" tersebut. Jadi, pelik apanya jika sekarang Us Nasha mahu masuk kelambu Umno?
Mungkin masuk di dalam kelambu terasa segan macam Hasang Jati yang segan untuk masuk dalam kelambu Umno. Maka, si Hasang ini hanya menempek di luar saja jadi balaci. Kesihan dia. Begitu jugalah dengan si ustaz sekor ni. Mahu masuk di dalam kelambu Umno terasa malu tapi mahu. Hakikatnya kedua-dua ekor spesis ni memang teringin sangat mahu berada di dalam satu kelambu dengan para-para perasuah yang ada, tapi apakan daya.
Oleh itu, biarkan saja Us Nasha meroyan sendirian. Bila dia sudah habis gila meroyannya, barulah PAS campakkan dia kat Umno untuk Umno jadikan balaci macam si Hasang Jati tu. Sekarang suara Hasang Jati pun dah hilang. Maklumlah, ceramah pun tak ada orang mahu dengar dan puak-puak tu pun tak larat nak sponsor semua ceramah mengarut dia tu. Umno sudah terasa bahawa memelihara spesis Hasang tidak langsung memperkuatkan parti sekular tersebut. Adakah dengan memelihara Us Nasha nanti Umno akan kuat sedikit dari sekarang? Jauh sekali, kerana yang ada Phd pun tak boleh nak bantu Umno apatah lagi si Nasha.
Mahu tak mahu kita dah dapat saksikan betapa hinanya mereka yang membelakangkan perjuangan Islam dan perjuangan rakyat. Kehinaan tertinggi di dunia ini tunggu sahaja masa PRU nanti di mana kita akan lihat dua spesis ini beraksi. Jika mereka mendapat undi agak lebih baik sikit dari Ibrahim Alkataki, kira mereka berdua ini hebatlah. Tapi jika mereka mendapat undi lebih teruk dari Raja katak Pasir Mas tersebut, eloklah mereka duduk di dalam hutan berkawan dengan kera daripada tebal muka berdepan dengan masyarakat.
Hasan Ali mahu Nik Aziz lepas jawatan mursyidul amPresiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga Datuk Hasan Ali menuntut supaya mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – yang bertegas untuk meneruskan kerjasama PAS dengan DAP – supaya menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Haron Din yang kini menjadi timbalan mursyidul am.
Akhbar edisi hujung minggu Utusan Malaysia melaporkan, Hasan menuntut demikian untuk mengelakkan "nasi menjadi bubur" kerana ahli akar umbi PAS dakwanya menentang kerjasama dengan DAP.
"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai mursyidul am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.
Hasan turut mengapi-apikan perkara itu dengan membangkitkan pendirian pemimpin DAP ke atas pelaksanaan hukum hudud yang dakwanya "mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong PAS".
"Lupakah Nik Aziz dan orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang berterusan menghina Islam dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud?," kata Hasan lagi dalam laporan itu.
Tambahnya, beliau bimbang sokongan yang dinyatakan Nik Abdul Aziz itu menjadikan "golongan parasit menjadi lebih ganas menghentam Islam serta perjuangan Islam".
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu galak menyuarakan kritikan ke atas PAS dan Pakatan Rakyat sebaik dipecat daripada parti awal tahun ini atas tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.
Kenyataan itu timbul ekoran laporan media semalam berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz yang positif ke arah kerjasama dengan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan