PAS tidak rugi kerjasama dengan DAP, NGO
Khairul Azlam Mohamad, | 14 Okt 2012 |
KUALA TERENGGANU: Kerjasama PAS dengan mana-mana parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak pernah merugikan parti sebaliknya pengaruh PAS berkembang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerjasama PAS dengan mana-mana pihak termasuk Umno pada tahun 1970 hingga 1978 tidak pernah merugikan parti.
(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi Awang menandatangani plak perasmian pejabat Masjid MTT Darul Iman).
Menurutnya, meski pun ketika itu PAS kehilangan kerajaan di Kelantan serta dipecat oleh Barisan Nasional (BN) tahun 1978.
Namun, katanya pengaruh PAS berkembang di seluruh kementerian, pusat pengajian tinggi serta jabatan kerajaan.
“Sepanjang kerjasama dengan mana-mana pihak PAS tidak pernah rugi, termasuk kerjasama dengan Umno tahun 1970-1978.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bulan Fisabilillah dan Kuliah Dhuha di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu, semalam.
Jelas beliau lagi, PAS turut menjalinkan kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1990 dan Barisan Alternatif (BA) dengan DAP tahun 1999.
Menurutnya, kerjasama PAS-Semangat 46 membawa kejayaan kepada PAS di Kelantan dan kerjasama BA-DAP berjaya menawan Terengganu tahun 1999.
“Tahun 2004, berlaku satu gelombang penipuan dan 2008 kita (PAS) mara semula. Di mana Pakatan Rakyat menang lima negeri iaitu Kelantan dipertahankan, Kedah kita (Pakatan Rakyat) tawan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
“PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Masalah jatuh (Perak) itu bab lain. Selangor untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pulau Pinang untuk DAP. Apa rugi kita, tidak ada yang rugi pun kepada PAS,” tegasnya.
Justeru, Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan kerjasama PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat mengikut garis panduan ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.
Menurutnya, sebarang kerjasama tersebut tidak bercanggah dengan Islam kerana PAS mempunyai prinsip agama yang teguh.
MCA Anti Islam
Nasrudin Hassan, | 14 Okt 2012 |
1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini
dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan
syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan
tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil
tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.
2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:
• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.
3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:
• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”
4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.
• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”
5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)
6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.
7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”
8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012
9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.
10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)
11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.
12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :
• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.
14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Kelantan isytihar 21 Okt cuti peristiwa
Mohd Nor Yahya, | 14 Okt 2012 |
KOTA BHARU: Kelantan
mengisytiharkan 21 Oktober ini cuti peristiwa sempena perlawanan akhir
bola sepak Piala Malaysia antara pasukan negeri itu dengan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Oktober di Shah Alam.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, sebentar tadi.
“Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) berharap orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” ujar beliau.
Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.
Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu.
Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti peristiwa lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri namun dari segi jumlah tidak dapat diberitahu lagi.

Pusat terhutang dengan Kelantan RM10.4 bilion
Aslani M, | 14 Okt 2012 |
BACHOK:
Kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) kini terhutang
dengan kerajaan Kelantan lebih RM10.43 bilion apabila gagal menjelaskan
bayaran royalti 5 peratus terhadap hasil petroleum dicari gali di
perairan negeri ini.
Ini adalah sejarah baru yang dicatat ketika negeri-negeri lain di Malaysia menambah jumlah hutang dengan kerajaan pusat sehingga ada yang melebihi RM1 bilion.
Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R), Nazri Deraman berkata, rakyat Kelantan dizalimi sejak 2004 sehingga sekarang apabila hak ke atas royalti dinafikan.
“Sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 begitu jelas di mana bayaran tunai perlu dibayar kepada negeri yang mengeluarkan minyak.
“Apabila perjanjian tidak dipatuhi tidakkah itu menggambarkan seperti sifat orang Yahudi yang memungkiri janji,” katanya pada ceramah mega R bersama Angkatan Amanah Merdeka di Padang Kemahkotaan di sini malam tadi.
Hadir sama Pengerusi Amanah Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan wakil-wakil rakyat.
Orang ramai memenuhi padang tersebut bagi mengikuti pendedahan pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai tuntutan Kelantan ke atas royalti minyak, namun beliau tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program lain.
Begitu juga anggota Exco kerajaan negeri,Datuk Husam Musa memberi ucapan secara langsung dari Kuala Lumpur melalui internet kerana menghadiri program lain di ibu negara.
Ramai yang hadir kalangan anak-anak muda yang memakai t-shirt bertulis R.
Nazri juga berkata, kerajaan BN menafikan hak ke atas royalty dan menggantikan dengan wang ihsan disalur melalui pemimpin Umno yang menguasai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
“Saya difahamkan lebih RM100 juta disalurkan melalui JPP melalui jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Umno Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
“Kita tidak tahu ke mana wang tersebut dibelanjakan kerana tidak pernah diauditkan. R telah menghantar surat memohon mendapat penjelasan mengenai wang ihsan, namun tidak dijawab sehingga sekarang,” katanya.
Husam berkata, Kelantan sepatutnya lebih pesat membangun berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mempunyai hasil petroleum. Namun apa yang berlaku sekarang Kelantan hanya menghirup kuah selepas isi diambil pihak lain.
“Sedangkan Allah anugerahkan bumi Kelantan dengan kekayaan sumber minyak dan gas,” ujarnya.
Dr Zayadi berkata, sepatutnya Bachok sudah lama berubah kerana kedudukannya paling hampir dengan telaga minyak iaitu kira-kira 140 batu nautika.
R jelajah utara
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, R dan Sekretariat Mahasiswa Kelantan Utara R (SAKU-R) menjelajah ke negeri-negeri sebelah utara semalam dengan disertai lebih 500 aktivis dengan menaiki 300 motosikal dan kereta.
Perlepasan jelajah utara itu dilakukan anggota Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar di Dataran Darulaman, Jitra kira-kira jam 10.30 pagi.
Konvoi singgah di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Sri Mentalon di Alor Setar dan diraikan Pegawai Khas Media Menteri Besar, Musaddak Ahmad.
Pada majlis tersebut R menyerahkan Plak Royalti yang ditandatangani Sultan Muhammad V pada 5 Jun 2012 yang mengesa gas didaratkan ke Bachok kepada wakil kerajaan Kedah.
Peserta konvoi juga menunaikan solat hajat di Sri Mentalon. Pada masa sama Buletin Royalti R sebanyak 5,000 keping dan sticker R - 5,000 keping diagih kepada orang ramai.
Konvoi tersebut melalui bandar Alor Setar, Arau, Kangar dan berakhir di Kuala Perlis.

Langat 2: Imej negara buruk di peringkat antarabangsa
Harakahdaily, | 14 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Johor Baharu semalam bahawa
Kerajaan Persekutuan akan meneruskan Projek Langat 2 walaupun tidak
mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Selangor akan memburukkan imej negara
di peringkat antarabangsa.
Kerajaan Persekutuan berkeras untuk meneruskan projek tersebut walaupun ia tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan atau bertentangan dengan rancangan tempatan yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri.
“Dengan keputusan itu, isu air di Selangor tidak akan hanya menjadi isu negeri atau isu kebangsaan tetapi akan menjadi isu antarabangsa,” kata Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar).
Katanya, apabila sebuah kerajaan dengan sewenang-wenangnya enggan menghormati undang-undang negara ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat antrabangsa.
Menurutnya, Pelabur-pelabur tidak akan berani lagi melabur di negara kita kerana tidak ada kepastian bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani akan dihormati.
Mereka, ujarnya akan merasakan pelaburan mereka tidak akan terjamin kerana undang-undang negara tidak akan dapat melindungi kepentingan mereka.
Juga, tambah beliau jika sebuah kerajaan sendiri tidak menghormati undang-undang maka ia tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat.
Beliau memberi dua kesan utama akibat dari keputusan Kerajaan Persekutuan itu.
“Pelaburan di negara kita akan menurun sama ada daripada dalam atau luar negara kerana pelabur-pelabur tidak akan lagi merasakan pelaburan mereka selamat. Peluang pekerjaan baru akan berkurangan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Selain itu, ujarnya undang-undang negara tidak lagi akan dihormati kerana rakyat akan beranggapan jika kerajaan boleh membelakangkan undang-undang maka rakyat juga tidak perlu patuh kepada undang-undang, maka jenayah akan meningkat.
Beliau menambah, imej negara juga akan menjunam kerana terdapat negara-negara lain yang mengamalkan sistem Persekutuan seperti di Malaysia, di antaranya adalah Australia dan Kanada.
Katanya lagi, kegagalan Kerajaan Persekutuan menghormati hubungan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Maka Kerajaan Persekutuan janganlah tergesa-gesa membuat keputusan untuk melanggar undang-undang negara. Buatlah keputusan dengan penuh kewarasan dan tidak dipacu oleh sentimen politik semata-mata,” ujarnya lagi.
Menurut Adun Chempaka itu, kesannya adalah kepada seluruh negara bukan hanya kepada negeri Selangor.
Saya merupakan Presiden Ikatan Persaudaraan Intelek (Intelek) yang
terdiri daripada bekas mahasiswa PLSP/ ITTHO/ KUiTTHO dan UTHM. Gabungan
mahasiswa ini adalah daripada mantan pimpinan MPM, MPP, JDS, JKKK,
KKDT, KKDK, JTPI, KKE, KKM, JKKK TDI, JKKK TF, JKKK Perwira, JKKTM, JK
Pelajar Tanpa Asrama dan lain-lain lagi ingin menyatakan hasrat
berkaitan isu-isu mutakhir ini di kampus yang kami sayangi.
Kami melihat mahasiswa kini disekat daripada menimba ilmu di luar bilik kuliah. Sewajarnya mahasiswa diberikan peluang, ruang dan kebebasan di dalam melatih diri dengan kemahiran insaniah yang selalu diperkatakan pihak pentadbiran universiti juga. Dapatan ilmu tambahan ini samada dalam bidang pengurusan mahupun politik dapat memastikan mahasiswa mampu mendepani cabaran masa hadapan sekaligus menjadi pemacu masa depan negara.
Justeru itu bagi memastikan mahasiswa menjadi seorang intelektual mereka perlu diberi ruang kebebasan berfikir dan mencari kebenaran berasaskan ilmu. Maka mahasiswa harus diberi ruang memilih apa yang mereka sukai.
Namun mutakhir ini, didapati ada pihak cuba merosakkan proses pembikinan kepimpinan negara apabila menyatakan bahawa mahasiswa tidak banyak beza dengan pelajar sekolah.
Pilihanraya Kampus
Di dalam kerancakan Pilihanraya Kampus baru-baru, terdapat banyak unsur-unsur yang tidak wajar berlaku di dalam institusi pendidikan. Kepercayaan mahasiswa akan terhakis jika kerap kali berlaku yang menghalang kebebasan mahasiswa.
Pembatalan pencalonan empat calon kerana belum selesai kes perbicaraan sedangkan kes sudah sekian lama berlaku. Adakah begitu banyak kes di mahkamah universiti sehingga mengambil masa empat lima bulan untuk diselesaikan? Atau bukti tidak cukup untuk mendakwa mahasiswa berkenaan? Ataupun adakah ini satu perancang jahat dalam memastikan mahasiswa yang berani kehadapan dibalut kejap dengan undang-undang yang disalahgunakan?
Pencabulan seterusnya berlaku lagi apabila 11 calon pula dibatalkan. Apa yang mendukacitakan terdapat pertindihan arahan daripada Pegawai HEP sendiri yang pada sebelah paginya membenarkan rakaman UCITV kemudian sebelah petang tidak membenarkan rakaman. Pihak HEP menggunakan alasan tiada surat atau memo dalam membenarkan rakaman. Sekali lagi, apakah ini juga perancangan jahat di dalam memastikan hak mahasiswa terhalang? Apa yang lebih mendukacitakan, rakaman yang dibuat belum di dipaparkan pada umum lagi walhal setiap apa yang hendak dilakukan calon perlu mendapatkan kelulusan HEP. Sebagai contoh manifesto, banner, poster dan lain perlu mendapat kelulusan HEP. Jadi rakaman yang belum pun di hantar ke HEP untuk mendapatkan kelulusan tiba-tiba dikira sebagai melanggar arahan. Sekali lagi kelihatan taktik yang dapat menghalang mahasiswa daripada mara ke hadapan.
Jika diselidik sebelum 2007 tiada langsung unsur-unsur ketidakadilan di dalam PRK. HEP terdahulu lebih telus dan adil.
Politik kampus bukan politik kepartian
Kejadian yang paling menyedihkan, terdapat rakaman ucapan TNC HEP UTHM, Prof Amir Hashim yang menyelitkan ucapan berbaur politik kepartian. Sebagai penjawat awam adalah tidak wajar ucapan berbaur hasutan dibuat kepada mahasiswa bagi mempengaruhi mereka atas jawatan yang dipegang. Diharap Prof dapat memohon maaf secara terbuka atas perkara yang berlaku.
Terdapat pelbagai lagi unsur politik dibawa ke universiti, antaranya ceramah kempen BN oleh Datuk Maslan sempena International Youth Day UNESCO pada 18 November 2011. Apatah lagi kejadian yang berlaku di dua Kolej Kediaman, Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail yang dimatikan lampu dan dipaksa menghadiri ceramah tersebut. Dalam ceramah tersebut didapati ceramah politik bukan tentang soal akademik. Lebih memburukkan keadaan mahasiswa pada ketika itu dalam minggu ujian.
Sekali lagi politik kepartian berlaku di UTHM berlaku apabila berlangsungnya pelancaran Kempen BN PollingAgent & Counting Agen (PACA) yang diadakan di Dewan Terbuka Ibrahim Ismail juga menunjukkan fasiliti awam untuk mahasiswa digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan pihak tertentu.
Kekecewaan sebagai mantan mahasiswa bertambah apabila tindakan Datuk Naib Canselor berada dalam kaca televisyen, menjadi salah seorang panel ketika persidangan Umno berlangsung. Pada pandangan kami, adalah tidak sesuai warga akademik terlibat secara terus dengan parti politik.
Kami tidak menghalang sekiranya pihak unversiti mahu mendedahkan mahasiswa dengan angin politik luar namun biarlah berpada-pada dan adil kepada semua parti politik lain dengan memberi ruang kepada mereka juga tetapi semua ini perlu pemantauan pihak universiti agar segalanya mengikut peraturan. Lebih baik dibuat secara perbincangan ilmiah sesuai dengan status UTHM sebagai institusi pendidikan.
Terbaru, berita TNC UTHM didakwa terlibat dengan rasuah. Walaupun masih belum disahkan bersalah isu ini sedikit sebanyak memburukkan nama UTHM setelah isu-isu sebelumnya. Kami berharap tindakan proakif pentadbir UTHM menangani isu ini.
Berdasarkan isu-isu di atas, harapan kami agar satu perubahan dibuat bagi memastikan UTHM kembali menjadi sebuah institusi pendidikan yang sebenar dan diyakini. Mahasiswa wajar diberikan ruang yang bagi menyatakan hak-hak mereka. AUKU hendaklah digunakan pada keadaan yang sesuai dalam menangani masalah mahasiswa. Tiada unsur-unsur luar yang mampu mengatur kecemerlangan UTHM yang sewajarnya diuruskan oleh warga Pentadbir UTHM yang berkaliber.
Moga UTHM terus berkembang maju ke hadapan dalam mendepani cabaran yang mendatang.
Yang Ikhlas,
Presiden Ikatan Persaudaraan Intelek (Intelek)
Kerajaan Persekutuan berkeras untuk meneruskan projek tersebut walaupun ia tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan atau bertentangan dengan rancangan tempatan yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri.
“Dengan keputusan itu, isu air di Selangor tidak akan hanya menjadi isu negeri atau isu kebangsaan tetapi akan menjadi isu antarabangsa,” kata Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar).
Katanya, apabila sebuah kerajaan dengan sewenang-wenangnya enggan menghormati undang-undang negara ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat antrabangsa.
Menurutnya, Pelabur-pelabur tidak akan berani lagi melabur di negara kita kerana tidak ada kepastian bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani akan dihormati.
Mereka, ujarnya akan merasakan pelaburan mereka tidak akan terjamin kerana undang-undang negara tidak akan dapat melindungi kepentingan mereka.
Juga, tambah beliau jika sebuah kerajaan sendiri tidak menghormati undang-undang maka ia tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat.
Beliau memberi dua kesan utama akibat dari keputusan Kerajaan Persekutuan itu.
“Pelaburan di negara kita akan menurun sama ada daripada dalam atau luar negara kerana pelabur-pelabur tidak akan lagi merasakan pelaburan mereka selamat. Peluang pekerjaan baru akan berkurangan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Selain itu, ujarnya undang-undang negara tidak lagi akan dihormati kerana rakyat akan beranggapan jika kerajaan boleh membelakangkan undang-undang maka rakyat juga tidak perlu patuh kepada undang-undang, maka jenayah akan meningkat.
Beliau menambah, imej negara juga akan menjunam kerana terdapat negara-negara lain yang mengamalkan sistem Persekutuan seperti di Malaysia, di antaranya adalah Australia dan Kanada.
Katanya lagi, kegagalan Kerajaan Persekutuan menghormati hubungan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Maka Kerajaan Persekutuan janganlah tergesa-gesa membuat keputusan untuk melanggar undang-undang negara. Buatlah keputusan dengan penuh kewarasan dan tidak dipacu oleh sentimen politik semata-mata,” ujarnya lagi.
Menurut Adun Chempaka itu, kesannya adalah kepada seluruh negara bukan hanya kepada negeri Selangor.
Surat terbuka kepada Naib Canselor UTHM
Presiden Intelek, |
Kami melihat mahasiswa kini disekat daripada menimba ilmu di luar bilik kuliah. Sewajarnya mahasiswa diberikan peluang, ruang dan kebebasan di dalam melatih diri dengan kemahiran insaniah yang selalu diperkatakan pihak pentadbiran universiti juga. Dapatan ilmu tambahan ini samada dalam bidang pengurusan mahupun politik dapat memastikan mahasiswa mampu mendepani cabaran masa hadapan sekaligus menjadi pemacu masa depan negara.
Justeru itu bagi memastikan mahasiswa menjadi seorang intelektual mereka perlu diberi ruang kebebasan berfikir dan mencari kebenaran berasaskan ilmu. Maka mahasiswa harus diberi ruang memilih apa yang mereka sukai.
Namun mutakhir ini, didapati ada pihak cuba merosakkan proses pembikinan kepimpinan negara apabila menyatakan bahawa mahasiswa tidak banyak beza dengan pelajar sekolah.
Pilihanraya Kampus
Di dalam kerancakan Pilihanraya Kampus baru-baru, terdapat banyak unsur-unsur yang tidak wajar berlaku di dalam institusi pendidikan. Kepercayaan mahasiswa akan terhakis jika kerap kali berlaku yang menghalang kebebasan mahasiswa.
Pembatalan pencalonan empat calon kerana belum selesai kes perbicaraan sedangkan kes sudah sekian lama berlaku. Adakah begitu banyak kes di mahkamah universiti sehingga mengambil masa empat lima bulan untuk diselesaikan? Atau bukti tidak cukup untuk mendakwa mahasiswa berkenaan? Ataupun adakah ini satu perancang jahat dalam memastikan mahasiswa yang berani kehadapan dibalut kejap dengan undang-undang yang disalahgunakan?
Pencabulan seterusnya berlaku lagi apabila 11 calon pula dibatalkan. Apa yang mendukacitakan terdapat pertindihan arahan daripada Pegawai HEP sendiri yang pada sebelah paginya membenarkan rakaman UCITV kemudian sebelah petang tidak membenarkan rakaman. Pihak HEP menggunakan alasan tiada surat atau memo dalam membenarkan rakaman. Sekali lagi, apakah ini juga perancangan jahat di dalam memastikan hak mahasiswa terhalang? Apa yang lebih mendukacitakan, rakaman yang dibuat belum di dipaparkan pada umum lagi walhal setiap apa yang hendak dilakukan calon perlu mendapatkan kelulusan HEP. Sebagai contoh manifesto, banner, poster dan lain perlu mendapat kelulusan HEP. Jadi rakaman yang belum pun di hantar ke HEP untuk mendapatkan kelulusan tiba-tiba dikira sebagai melanggar arahan. Sekali lagi kelihatan taktik yang dapat menghalang mahasiswa daripada mara ke hadapan.
Jika diselidik sebelum 2007 tiada langsung unsur-unsur ketidakadilan di dalam PRK. HEP terdahulu lebih telus dan adil.
Politik kampus bukan politik kepartian
Kejadian yang paling menyedihkan, terdapat rakaman ucapan TNC HEP UTHM, Prof Amir Hashim yang menyelitkan ucapan berbaur politik kepartian. Sebagai penjawat awam adalah tidak wajar ucapan berbaur hasutan dibuat kepada mahasiswa bagi mempengaruhi mereka atas jawatan yang dipegang. Diharap Prof dapat memohon maaf secara terbuka atas perkara yang berlaku.
Terdapat pelbagai lagi unsur politik dibawa ke universiti, antaranya ceramah kempen BN oleh Datuk Maslan sempena International Youth Day UNESCO pada 18 November 2011. Apatah lagi kejadian yang berlaku di dua Kolej Kediaman, Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail yang dimatikan lampu dan dipaksa menghadiri ceramah tersebut. Dalam ceramah tersebut didapati ceramah politik bukan tentang soal akademik. Lebih memburukkan keadaan mahasiswa pada ketika itu dalam minggu ujian.
Sekali lagi politik kepartian berlaku di UTHM berlaku apabila berlangsungnya pelancaran Kempen BN PollingAgent & Counting Agen (PACA) yang diadakan di Dewan Terbuka Ibrahim Ismail juga menunjukkan fasiliti awam untuk mahasiswa digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan pihak tertentu.
Kekecewaan sebagai mantan mahasiswa bertambah apabila tindakan Datuk Naib Canselor berada dalam kaca televisyen, menjadi salah seorang panel ketika persidangan Umno berlangsung. Pada pandangan kami, adalah tidak sesuai warga akademik terlibat secara terus dengan parti politik.
Kami tidak menghalang sekiranya pihak unversiti mahu mendedahkan mahasiswa dengan angin politik luar namun biarlah berpada-pada dan adil kepada semua parti politik lain dengan memberi ruang kepada mereka juga tetapi semua ini perlu pemantauan pihak universiti agar segalanya mengikut peraturan. Lebih baik dibuat secara perbincangan ilmiah sesuai dengan status UTHM sebagai institusi pendidikan.
Terbaru, berita TNC UTHM didakwa terlibat dengan rasuah. Walaupun masih belum disahkan bersalah isu ini sedikit sebanyak memburukkan nama UTHM setelah isu-isu sebelumnya. Kami berharap tindakan proakif pentadbir UTHM menangani isu ini.
Berdasarkan isu-isu di atas, harapan kami agar satu perubahan dibuat bagi memastikan UTHM kembali menjadi sebuah institusi pendidikan yang sebenar dan diyakini. Mahasiswa wajar diberikan ruang yang bagi menyatakan hak-hak mereka. AUKU hendaklah digunakan pada keadaan yang sesuai dalam menangani masalah mahasiswa. Tiada unsur-unsur luar yang mampu mengatur kecemerlangan UTHM yang sewajarnya diuruskan oleh warga Pentadbir UTHM yang berkaliber.
Moga UTHM terus berkembang maju ke hadapan dalam mendepani cabaran yang mendatang.
Yang Ikhlas,
Presiden Ikatan Persaudaraan Intelek (Intelek)
Erdogan bidas PBB tidak bertindak ke atas Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 14 Okt 2012 |
ISTANBUL: Perdana
Menteri Turki, Tayyip Erdogan Sabtu lalu membidas Majlis Keselamatan
PBB kerana tidak bertindak ke atas Syria, berkata badan dunia telah
mengulangi kesilapan yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai di
Bosnia pada tahun 1990-an.
Tentera Presiden Bashar al-Assad menggunakan serangan udara dan artileri ke atas pemberontak, dengan konflik 19-bulan ini berisiko menyeret kuasa-kuasa serantau.
Turki semakin terlibat selepas memintas pesawat Syria yang didakwa membawa peluru buatan Rusia untuk tentera Syria, sekaligus membangkitkan kemarahan Moscow dan Damsyik.Turki turut menyeru untuk campur tangan, termasuk penguatkuasaan zon larangan terbang kepada pesawat asing untuk menghentikan serangan udara oleh kuasa Assad.
Tetapi kebarangkalian untuk PBB campur tangan adalah amat tipis. China menegaskan penyelesaian untuk krisis Syria mesti datang dari Syria sendiri manakala Rusia berkata masih ramai rakyat Syria yang menyokong Assad. Sementara itu, negara-negara Barat enggan untuk melakukan apa-apa tindakan ketenteraan yang boleh mencetuskan perang serantau.
"Majlis Keselamatan PBB tidak campur tangan dalam tragedi yang telah berlaku di Syria selama 20 bulan, di sebalik usaha-usaha kami ini," kata Erdogan kepada persidangan di Istanbul yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Setiausaha Liga Arab, Nabil Elaraby. "Wujudnya satu sikap yang menggalakkan, yang memberi lampu hijau kepada Assad untuk membunuh puluhan atau ratusan rakyatnya setiap hari."
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu bertemu utusan khas PBB, Lakhdar Brahimi, Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle dan Perdana Menteri Libya semasa pemberontakan, Mahmoud Jibril untuk membincangkan isu Syria di luar persidangan Istanbul.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata minggu ini Brahimi akan melawat Syria tidak lama lagi untuk cuba memujuk Assad untuk memanggil gencatan senjata serta-merta.
Memori Srebrenica
Majlis Keselamatan PBB, yang terbahagi antara kuasa-kuasa Barat di satu pihak dan Rusia dan China di pihak yang lain, terbukti tidak berdaya untuk menghentikan konflik yang bertukar ke perang saudara dan membunuh lebih daripada 30,000 orang.
Erdogan berkata sistem yang membolehkan satu atau dua negara menghalang campur tangan dalam krisis kemanusiaan adalah amat zalim, dan Syria akan kekal dalam sejarah sebagai kegagalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sama seperti Bosnia pada 1990-an.
"Sangat menyedihkan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lemah hari ini sama seperti 20 tahun yang lalu apabila ia menonton pembunuhan beramai-ramai ratusan ribu orang di Balkan, Bosnia dan Srebrenica," kata Erdogan kepada persidangan Istanbul.
Pembunuhan beramai-ramai Julai 1995 di Srebrenica adalah yang terburuk di tanah Eropah sejak Perang Dunia Kedua, di mana pengaman Belanda PBB meninggalkan kawasan selamat yang telah ditetapkan PBB ketika serangan tentera Serb, yang kemudiannya membunuh 8,000 umat muslim dan mayat-mayat mereka ditolak menggunakan jentera ke dalam lubang.
Pegawai Turki menyatakan mereka berharap untuk memujuk Moscow, yang menjual senjata kepada Syria sebanyak $ 1 bilion tahun lepas, supaya tidak memberi tentangan di Majlis Keselamatan dan jika ia berjaya, China akan turut menyusul.
Namun hubungan antara Ankara dan Moscow semakin teruk tenggelam Rabu lalu selepas Turki mendaratkan pesawat penumpang yang terbang dari Moscow dan secara terbuka menuduh Rusia mengangkut peralatan ketenteraan kepada tentera Assad.
Rusia berkata tiada senjata dalam pesawat berkenaan dan ia adalah penghantaran kelengkapan radar yang sah di sisi undang-undang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan