Khamis, 25 Oktober 2012

DIA ELOK MASUK PERKASA...MANA ADA KEKUATAN JIKA BERJUANG SEOLAH2 SORANG DIRI...SOK LUSA ABIS SUARA...DUDUKLAH UMAH DIAM2..AKIDAH YANG SAH DAN IBADAH TERIMA ATAU TAK...ALLAH AJE YANG TAHU

Adakah RM40 juta untuk Umno Sabah wang haram?

Anis Nazri, 25 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan  Rakyat menuntut enam penjelasan daripada Umno Sabah, khususnya Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman berhubung skandal RM40 juta. Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata enam persoalan itu perlu diperjelaskan ekoran penafian ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini.
Bercakap kepada media di parlimen, semalam, Shamsul berkata Rahman yang menyifatkan dakwaan  Pakatan Rakyat itu sebagai 'imaginasi' hanya berterusan mengelirukan rakyat, sedangkan ia hanya menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai skandal tersebut.
Shamsul berkata sejak 2009 hingga 2012, tiada penafian dilakukan Musa mahupun Umno Sabah, sebaliknya  terpaksa menunggu hingga tiga tahun.
Beliau berkata pihaknya pernah mengemukakan laporan rasmi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) berhubung penahanan rakyat Malaysia, Michael Chia yang disyaki membawa wang haram di dalam mata wang Singapura berjumlah 16 juta dollar Singapura bersamaan RM40 juta.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana pembuktian yang kredibel dapat dilakukan Umno Sabah bahawa RM40 juta tersebut merupakan dana Umno Sabah.
"Adakah mereka bersedia untuk diaudit secara professional untuk membuktikan penafian mereka tersebut boleh diterima?" soal beliau.
Selain itu, Pemuda Pakatan Rakyat turut mempersoalkan apakah wujud kebarangkalian wang tersebut merupakan wang haram yang dialirkan kepada Umno Sabah, mengapa rakyat Sabah terus tertindas dengan tajaan dan sumbangan yang begitu banyak untuk Sabah.
Malah, layanan berbeza ke atas Musa berbanding kes melibatkan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, kata Shamsul perlu dipersoalkan.
Justeru, Pemuda Pakatan Rakyat mendesak agar Umno Sabah, khusus Musa menjawab secara berfakta, berbanding mengatakan Pakatan Rakyat berimaginasi untuk mencemarkan reputasi Musa.
Turut serta pada sidang media tersebut, ahli parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen; ahli parlimen Rasah yang juga Pengerusi Kebangsaan DAPSY, Anthony Loke
Kes rayuan pembunuhan Altantuya ditangguh lagi - pada saat akhir

  • Hafiz Yatim
  • 8:04AM Okt 25 2012
Mahkamah Rayuan telah sekali lagi menangguhkan pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan tersebut yang dijadual didengar pada bulan Ogos telah ditangguhkan dan tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, ketika dihubungi semalam berkata, tiada tarikh baru yang ditetapkan.

altantuya razak baginda murder 110707 sirul escortedHazman tidak membalas SMS Malaysiakini mengenai sebab pendengaran kes rayuan tersebut ditangguhkan.

Apabila pendengaran kes rayuan tersebut yang dijadualkan pada 27
Ogos ditangguhkan pada bulan Julai, peguambela berpendapat ia disebabkan oleh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada April 2009, Azilah dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan dihukum mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.

Penghakiman bertulis hanya dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini.

Penangguhan secara tiba-tiba semalam itu dilihat sebagai aneh kerana hanya minggu lepas peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, mengesahkan pendengaran kes rayuan itu akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Hasnal juga memberitahu Malaysiakini bahawa mahkamah telah memberi amaran kepada peguambela ketika itu bahawa tiada lagi penangguhan akan dibenarkan.

Pada masa itu, Malaysiakini juga meminta pengesahan daripada seorang timbalan pendakwaraya kanan yang terlibat mengendalikan kes tersebut, dan beliau berkata ia akan berjalan seperti yang dijadualkan, sambil berkata Pejabat Peguam Negara sedang sibuk membuat persediaan.

Umno restui Soi Lek guris hati umat Islam

Harakahdaily, 22 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Persidangan Tahunan MCA pada 21 Oktober lalu menjawab persoalan kenapa mereka begitu agresif menentang dan memperlekehkan hukum Islam.

“Rupa-rupanya kerana beliau takut tewas dan menganggap bahawa PRU13 ialah perjuangan hidup mati MCA, segala tindak tanduk pemimpin MCA seperti binatang yang sedang meronta-ronta hendak menghembus nafas terakhir.

“Inilah satu cara untuk menarik sokongan orang Cina kepada BN. MCA sedar daripada 10 orang Cina yang ditemui, hendak mencari seorang yang menyokong BN sudah hampir tiada,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menjadi suatu yang pelik pula segala kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam seolah-olah direstui oleh Umno sehingga Soi Lek mengatakan Datuk Ayub Rahmat Ahli Dewan Umno Johor hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri, Umno masih tersenyum lebar seolah-olah Umno sudah hilang kejantanan.

Justeru, ujarnya cuba bayangkan jika ucapan itu dikeluarkan oleh pemimpin DAP sudah tentu laporan polis oleh Umno dan NGO serta siri-siri demonstrasi akan dibuat di seluruh negara.

Beliau berkata, MCA dengan agresif hina Islam demi kelangsungan politik MCA yang semakin lemas, manakala Umno semakin semput.

Katanya lagi, di antara kenyataan pemimpin Mca untuk menakutkan orang bukan Islam ialah Soi Lek marah kepada Cikgu Normala Sudirman di Tenang yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki.

“Marah kepada Kelantan kerana cuti Hari Raya Haji dua hari. Mengatakan negara Islam negara rasuah dan membawa kemunduran.

“Datuk Donard Lim Pengerusi Perhubungan MCA Selangor mengatakan, MCA akan pastikan negeri yang dimenangi oleh BN tidak akan laksanakan Islam,” ujarnya lagi.

Idris menambah, Presiden MCA juga dengan lantang mengatakan dia berani melawan Umno untuk menentang hudud di dalam forum pada 18 Februari 2012.


Baginya, segala bentuk penghinaan dan serangan MCA direstui oleh Umno, sehingga mereka diam membisu.

Katanya, Umno sedar sebahagian besar orang Melayu tidak bersama Umno, manakala orang bukan Melayu menyokong Pakatan Rakyat.

Oleh itu, ujar beliau jalan keluar ialah MCA mesti menarik sokongan orang Cina supaya jangan mengundi DAP dan Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya perhitungan Umno dan MCA itu silap.

“Orang bukan Islam lebih memahami Islam, dan lebih takut negara akan hancur akibat rasuah, pemborosan dan penyelewengan jika mandat diberikan kepada BN,” katanya.

Hina Islam: Umno subahat demi jaga hati MCA

Harakahdaily, 22 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Ulama Umno sepatutnya mengajar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa menghina hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Soi Lek selaku Presiden MCA di Perhimpunan Agung MCA ke-59, kelmarin.

Katanya, Chua nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

“Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina hudud,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Begitu juga, jelasnya memperlekehkan hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan Rasul-Nya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah hudud.

Justeru, kata beliau memperlekeh dan menghina hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta hudud dan pembawa risalahnya.

“Jika Umno begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., Umno juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud.

“Tetapi Umno nampaknya tidak akan menegur Datuk Seri Chua kerana penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. melalui Hudud menguntungkan politik Barisan Nasional khususnya untuk menarik undi orang Cina,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS.

Buktinya, kata beliau ucapan Chua tersebut dibuat di hadapan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedikit pun tidak menegurnya.

Bahkan, ujarnya ketika sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung tersebut, Datuk Seri Chua berkata "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain”.

“Kenyataan seumpama ini menggambarkan bahawa Umno bersubahat menolak hudud demi menjaga hati MCA lebih daripada menjaga hati Rasulullah s.a.w,” katanya lagi.




Takbir Raya (Terjemahan)

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan Maha Agong
dan segala puji bagi Allah

Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Tuhan melainkan Allah

Tiada yang kami sembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Basar
dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar

Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah

Dr Hasan Ali hanya sebagai alat Umno

Harakahdaily, 15 Okt 2012
KOTA BHARU: Kenyataan bekas seorang ahli PAS yang dipecat supaya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am menjelaskan keadaan sebenar Datuk Dr Hasan Ali sebagai alat Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kenyataan bekas anggota Exco Selangor itu selari dengan kehendak Umno.

“Adakah beliau juga sudah menjadi alat Umno. Beliau tidak berhak buat desakan sebab sudah pun ditolak dan dipecat sebagai ahli PAS,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Hasan dalam laporan media tajaan Umno semalam dilaporkan mendesak Mursyidul Am PAS berundur dan menyerah jawatan kepada timbalannya, Datuk Dr Harun Din.

Kenyataan itu juga diulas seorang lagi bekas pemimpin PAS, Datuk Nakhaie Ahmad dengan menyatakan sokongan kepada saranan Hasan.

Dr Mohamed Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan Hasan cuba melagakan Mursyidul Am dan timbalannya dianggap sebagai suatu tindakan yang berniat jahat.

“Mursyidul Am PAS mendapat sokongan padu ahli-ahli dan penyokong PAS. Keputusan untuk bersama Pakaran Rakyat adalah keputusan bersama PAS Pusat.

“Kami ingin berterus terang bahawa ahli PAS kesal dan terguris hati dengan tindakan Dr Hasan Ali. Beliau patut ingat budi PAS padanya.

“Baru masuk PAS terus diberi kepercayaan menjadi Naib Presiden, menang dua kerusi Dun dan Parlimen serentak atas tiket PAS, kemudian pegang Exco juga atas tiket PAS, namun hari ini mengambil sikap bermusuh pula dengan PAS,” katanya.
Hasan Ali syaki MCA, DAP berpakat tarik sokongan Cina
9:21PM Okt 24 2012
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliazlanau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

"Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

NONE"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya

Patut pun 83 peratus orang Melayu tak solat
Posted on Saturday, October 20 @ 02:31:48 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: anaabdullah

" Tidak lama dahulu penulis ada dengar sendiri salah seorang ustazah dalam rancangan tanyalah ustazah TV 9 mengatakan poligami bukan “sunnah”.Baru baru ini ustaz Ghazali Ibrahim dalam rancangan Taskirah TV Al Hijrah pula mengatakan orang bujang  tak  apa solat lebih kurang.

Pada hemat penulis ia salah perlu diperbetulkan. Kalau tidak solat akan jadi adat bukan ibadat pada generasi kini dan akan datang.

Sama ada ustaz Gahazali Ibrahim sedar atau tidak kita yang prihatin dengan dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW wajib mengambil berat agar kesalahan itu tidak berterusan.

Penulis tidak tahu dari mana kaedah dakwah yang di gunakan, sedangkan  Rasulullah SAW menyatakan menerusi sabdanya yang bermaksud:” Barang siapa yang tinggal solat dengan sengaja, kafir”.
Yang peliknya dan sangat menyedihkan mengapa ustaz Ghazali Ibrahim berkata, orang bujang boleh solat lebih kurang, sedangkan tinggal solat jadi kafir.
 Apakah  orang bujang atau dengan kata lain zaman bujang boleh solat lebih kurang, iaitu boleh solat dan boleh tak solat.
Setahu penulis orang yang belum baligh sahaja yang tak wajib solat dan boleh tak apa tak solat,tetapi usia 7 tahun disuruh solat miskipun belum wajib solat kepadanya. manakala orang bujang tak boleh tinggalkan solat hatta sakit, tidak ada harapan sembuh sekalipun.
Barangkali kaedah yang digunakan itu semata mata untuk menggalakkan orang bujang meremeh remeh mengerjakan solat lima waktu, tanpa menyedari ia adalah punca 83 peratus orang melayu di Malaysia kini tak solat lima waktu.
Lebih lebih lagi Islam memerintah ibubapa memukul anak anak mereka berusia 10 tahun, jika  meninggalkan solat, sedangkan mereka belum lagi diwajibkan solat. Apatah lagi orang bujang yang sudah di wajibkan solat.
Penulis percaya dan yakin pendekatan seumpama ini datang dari orang melayu yang berfahaman Islam lebral. Atau dengan kata lain mereka terdiri daripada pendakyah islam lebral yang sangat berbahaya.
Mereka menggunakan fikiran, termasuk mentafsir Al Quran boleh dilakukan melalui imagenasi yang sangat dilarang dan bertentang dengan ajaran islam yang disampaikan oleh Rasululllah SAW.
Penulis cukup bimbang dengan pendekatan yang salah dan tidak  diperbetulkan akan lahirlah orang melayu yang berfahaman islam liberal bahawa solat sebagai adat bukan lagi ibadat. Puasa dianggap adat bukan lagi ibadat,zakat dianggap adat bukan lagi ibadat, haji dianggap adat bukan lagi ibadah.
Apa akan jadi dengan orang melayu jika salah berterusan dan  tidak diperbetulkan?

Hudud: MCA hina Islam, bukan serang PAS

Muhammad Faizal, 22 Okt 2012
SHAH ALAM: MCA sebenarnya telah menghina Islam bukannya PAS dalam soal pelaksanaan hukum hudud, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malah menurutnya lagi, apa yang dilakukan oleh MCA itu membuktikan kegagalan Umno dalam mendidik MCA untuk menghormati kaum serta agama lain.

"Apa yang dilakukan oleh MCA itu membuktikan kegagalan Umno untuk mendidik MCA agar menghormati agama lain sehinggakan MCA berani bertindakan sedemikian.

"Selain itu juga tindakan MCA itu bukannya menyerang PAS tetapi telah menghina agama Islam dan seluruh orang Melayu di negara ini," jelasnya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 telah memberitahu lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Malah, beliau yang turut menyatakan DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara ini adalah satu penipuan besar.

"Menghina hukum hudud bukannya menghina PAS tetapi Chua Soi Lek telah menghina Islam dan kita tidak setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

"Tetapi kenapa Umno berdiam diri dalam soal ini dan ia seolah-olah Umno sendiri merestui apa yang dilakukan oleh Presiden MCA itu," ujar Mohamad.

Beliau tidak mahu atas tindakan keceluparan pemimpin MCA yang terus menghina Islam akan menyebabkan timbulnya ketegangan agama di negara ini.

"Kita tidak kisah kalau Umno ingin bekerjasama dengan MCA tetapi tindakan Umno membiarkan MCA terus menghina Islam adalah perkara yang tidak boleh dibiarkan," tegasnya.

Setelah menghina hudud, MCA terima upah RM30 juta...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 23 Okt 2012

Setelah menghina Hudud, MCA terima upah RM30 Juta dari Najib..

Berbaloi juga nampaknya Presiden MCA, Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya mempermainkan hukum hudud dan memburuk-burukkan negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 baru-baru ini.

Ianya dimulakan oleh Presiden MCA itu sendiri kononnya berdasarkan SMS yang dia terima dia kata 1.2 juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika Hukum Hudud dilaksana.

Baca http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/10/setelah-menghina-hudud-mca-terima-upah.html

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
 Group Murtad Menghina Allah di Facebook
Posted on Wednesday, October 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Berita Oleh: laniismaa

"Apa dah jadi ni, kini wujud satu 'group' murtad terbuka di Facebook untuk Malaysia dan Singapura. Group yang dinamakan "Murtad In Malaysia & Singapore" diwujudkan secara terbuka mencari ahli.

Mereka meletakkan tanda 'No' pada kalimah Allah yang nyata menghina Allah dan Islam.


Kini 130 ahli menyertai group tersebut. SKMM dan kementerian berkaitan perlu memandang serius tentang perkara ini. EkELEH.COM "
PERKASA: Haram umat Islam undi MCA
2:34PM Okt 19 2012
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

NONE"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Apa tujuan Soi Lek?
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam".

"Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya.

azlanMenyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan.

Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya.

"Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain.

"Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.
Mufti Perak: Tegur pemimpin jihad paling besar
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
25 Oktober 2012
Harussani: Tuduhan itu tidak benar
HAIRUSSANI ZAKARIA
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, menjadi satu keperluan untuk menegur pemimpin yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan ia juga harus dianggap sebagai satu "jihad paling besar."
Beliau berkata, tugas itu wajib kepada semua umat Islam terutama yang mempunyai kelebihan.
"Golongan ulama memang perlu tegur pemimpin, saya juga tegur pemimpin, hampir ke semua Perdana Menteri pernah saya tegur termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas).
"Memetik hadis Nabi, menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad yang paling besar.
"Tugas itu perlu dimainkan oleh semua orang tetapi selalunya dilihat sebagai tugas ulama kerana mereka mempunyai kelebihan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, kelebihan itu bukan sahaja daripada ilmu yang dimiliki ulama terbabit tetapi termasuklah peluang yang lebih mudah untuk bertemu dan bercakap dengan pemimpin itu.
Kelmarin, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat boleh menegur pemimpin tetapi perlu secara tertib.
"Kritik kesalahan dan pengurusan itu tapi pilih perkataan yang elok seperti manusia yang bertamadun. Sebut perkataan yang tegas dan bermaksud," katanya pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin.
Harrussani berkata, ada orang menggunakan medan syarahan atau media massa menegur pemimpin.
Katanya, teguran yang dibuat perlulah secara beradap dan tidak menyinggung perasaan individu yang ditegur itu.
"Semua orang ada egonya, jadi adalah lebih baik menggunakan cara yang bersesuaian untuk menegur orang itu supaya tidak mengguris hatinya.
"Kalau kita mahu tegur cara tugas mereka, boleh menulis surat untuk menasihatinya dan jika punya kesempatan, bertemu secara terus adalah lebih baik," katanya.
Katanya, mereka yang menegur seseorang itu melalui ucapan dianggap sebagai mengumpat.
"Kita tidak perlu menegur orang itu sehingga memberi aib kepadanya. Gunakan cara yang lebih diplomasi," katanya.

Mengapa Fathul Bari tidak bantah Chua Soi Lek?

Azhar Yahya, 19 Okt 2012
Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut.
Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak Umno dalam berbicara tentang agama.

Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam.

Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas?

Isu-isu yang merugikan politik Umno ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam.

Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh Umno untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Umno menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan Umno ke mana sahaja mereka pergi.

Nampaknya Datuk Seri Chua belajar daripada Umno untuk menakutkan rakyat dengan menghina hukum Hudud. Beliau begitu berani menghina kerana yakin tidak ada sesiapa pun daripada kalangan pemimpin dan Ulamak Umno termasuk Fathul Bari akan menegur dan mengambil tindakan kepadanya.

Beliau yakin Umno dan Ulamaknya tidak akan berbuat apa-apa kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina.

Kalau PAS yang menegurnya, beliau tidak ambil kisah kerana memang sifat PAS yang suka membangkang.

Ini bukan kali pertama Umno dan ulamanya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina hudud.

Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, Umno dan ulamanya juga senyap tidak membantah.

Malah beliau juga menegaskan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.

Mungkin kerana ugutan keras MCA akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan hudud menyebabkan Umno dan ulamanya termasuk Fathul Bari menikus demi kepentingan survival politik mereka walaupun terpaksa menggadaikan Islam.

Penulis ialah Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat).
Asri: Ulama hanyut apabila sertai Umno
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
24 Oktober 2012
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya  percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.

Kenapa Umno Takut Kepada Tuan Guru Nik Aziz
Posted on Wednesday, October 24 @ 23:11:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

Oleh Idris Ahmad
Tiba-tiba pemimpin Umno, Utusan Malaysia, bekas pemimpin Pas yang kena pecat Datuk Dr Hassan Ali, Ustaz Nakhaei Hj Ahmad yang keluar daripada Pas menyuruh Tuan Guru Nik Aziz berundur daripada jawatan Mursyidul Am Pas.


TIdak pernah berlaku di dalam mana-mana organisasi mereka yang bukan ahli hendak menentukan kepimpinan di dalam sebuah organisasi.
Pas sebagai sebuah parti yang matang sesuai dengan usianya sudah menjangkau 61 tahun tentu tahu apa yang Pas putuskan. Tiba-tiba musuh Pas sedih kerana Tuan Guru Nik Aziz mencemar perjuangan Islam Pas.
Sejak bila pula Umno dan media Umno iktiraf Pas sebagai parti Islam? Bukankah selama ini Umno mengatakan Pas bukan parti Islam. Pujian ini seperti kata-kata Saidina ALi Karramallahuwajhah "Kalimah itu betul, maksud yang dikehendaki batil". Ertinya puji ada makna yang tersirat.
Tidak perlulah Umno cuba hendak melaga-lagakan pemimpin Pas. Semua keputusan Pas bukan diputuskan oleh seorang, sebaliknya dimesyuarat terlebih dahulu. Agenda peribadi tidak akan diterima di dalam Pas.
Tuan Guru Nik Aziz masih diperlukan di dalam barisan pimpinan Pas. Dia tetap menjadi ikon, segala buah fikirannya tetap segar yang boleh menggoncang kuasa kerajaan BN. Beliau telah berjaya menunjukkan kepada masyarakat Pas bukan semacam Umno, meletakkan orang agama hanya untuk membaca doa tahlil dan marhaban sahaja. Mulut penuh dengan "sagon" yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dan penyelewingan oleh kerajaan.
Tuan Guru Nik Aziz telah memimpin perubahan di dalam pentadbiran negeri kemudian idea ini ditiru oleh kerajaan BN. Antaranya ialah cuti dua hari, rumah 3 bilik, pinjaman tanpa faedah, pajak gadai Islam, penggunaan dinar.
Jika pemimpin Umno dan media Umno kononnya hendak membela Pas dengan meminta supaya Tuan Guru NIk Aziz berundur kerana beliau telah terkeluar daripada dasar Pas. Permintaan Umno ini sama seperti musang meminta supaya menjaga reban ayam.

Rumah: Dakwaan Donald Lim tidak berdasarkan fakta

Harakahdaily, 25 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berpandangan dakwaan Datuk Donald Lim tidak berdasarkan fakta, tidak cermat, mengelirukan dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang timbalan menteri.


Ini ekoran Donald Lim selaku Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi MCA Negeri Selangor telah mendakwa di lobi Parlimen pada 22 Oktober lepas bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak membina rumah mampu milik.

Menurut Iskandar, rakyat sedia maklum akan projek-projek perumahan rumah mampu milik yang dibina di Negeri Selangor sama ada oleh kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri atau pemaju-pemaju swasta.

Katanya, kerajaan negeri sedia ada telah menggalakan pemaju-pemaju membina rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk dibina rumah kos rendah atau di mana tidak ada permintaan untuk rumah kos rendah.

“Beberapa siri lawatan telah turut saya lakukan untuk projek-projek tersebut malah harga  jualan rumah mampu milik di Selangor adalah di antara RM85,000 hingga RM150,000 iaitu jauh lebih rendah dari projek rumah mampu milik kerajaan Persekutuan, Prisma yang dijual sehingga RM300,000.

“Walau bagaimanapun saya hanya akan mengumumkan senarai projek-projek rumah mampu milik yang sedang dibina dan yang telah diluluskan pada 1 November 2012 untuk memberi peluang kepada Datuk Donald untuk menarik balik dakwaan beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan jika Donald Lim gagal, maka tidak ada pilihan lain selain daripada meletakkan jawatan.

Audit 2011: Kerajaan BN terus seleweng, membazir

Dewan Ulamak PAS, 19 Okt 2012
Laporan Audit 2011 sekali lagi mendedahkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang berterusan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Saban tahun laporan audit dikeluarkan dengan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan di dalam tadbir urus kewangan, namun ianya terus berlaku seolah-olah ia tidak diambil berat oleh kerajaan. Ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan penbambahbaikan.

Apa yang dibimbangi laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara hanya sekadar untuk memenuhi kewajipan sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab mengaudit perbelanjaan kerajaan semata-mata dan hanya untuk melengkapkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen.
Laporan audit dijalankan melalui 4 jenis pengauditan, antaranya :-
Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah
diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Pengauditan Pematuhan - untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di
Kementerian/Jabatan Persekutuan dilaksanakan mengikut undang-undang dan
peraturan kewangan yang berkaitan.

Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan
Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamat yang ditetapkan.

Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan - untuk menilai sama ada pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan dengan teratur.

Persoalannya, adakah kerajaan dan Jabatan Audit Negara hanya berselindung di sebalik kaedah pengauditan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telah menjalankan pengauditan secara professional dengan menggunakan kaedah yang betul tetapi dalam masa yang sama, ada perkara-perkara yang menimbulkan banyak keraguan terutama projek-projek yang tidak dinyatakan di dalam laporan audit tersebut.

Amat wajar rakyat meneliti beberapa intisari kepada laporan audit 2011 yang jelas menunjukkan berlakunya beberapa perkara yang membimbangkan tentang gejala penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang pasti disebalik perkara tersebut akan menguntungkan sesetengah pihak yang tertentu dan membebankan negara dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku.


Intisari laporan yang boleh diteliti melalui beberapa Kementerian dan agensinya,antaranya ;

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah
kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan   kenaikan yuran perunding;
ii. pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada bayaran yuran khidmat nasihat kewangan   berjumlah RM1.06 juta kepada CIMB Investment Bank Bhd. dan Maybank Investment   Bhd. adalah pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian Pengangkutan (Kementerian)    tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain;
iii. kelewatan dalam pengambilan tanah di antara 82 hingga 1,227 hari;
iv. pelantikan kontraktor tidak secara pembidaan kompetitif;
v. syarat kontrak yang tidak menjamin kepentingan Kerajaan; dan
vi. kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti.


KEMENTERIAN PELANCONGAN

Pengurusan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan
Objektif program penyediaan/peningkatan kemudahan pelancongan adalah untuk menyedia
dan menambahkan lagi kemudahan asas/infrastruktur pelancongan serta membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan. Kementerian Pelancongan Malaysia (Kementerian) telah diperuntukkan sejumlah RM795.15 juta dibawah RMKe-9 dan PRE. Jumlah peruntukan ini adalah untuk melaksanakan 846 projek infrastruktur dan penyenggaraan, di mana ia meliputi sejumlah RM548.81 juta untuk 210 projek pembinaan infrastruktur dan sejumlah
RM246.33 juta untuk 636 projek penyenggaraan. Setakat bulan Disember 2011 sejumlah RM772.41 juta (97.1%) telah dibelanjakan.

Pada keseluruhannya pengauditan yang dijalankan mendapati bilangan projek yang dilaksanakan adalah memuaskan di mana sebanyak 742 (87.7%) daripada 846 projek telah disiapkan. Bagaimanapun, daripada sampel projek yang diaudit terdapat kelemahan seperti berikut:

i.bayaran telah dibuat untuk kerja pembinaan/bekalan yang tidak dilaksanakan/dibekalkan;


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional

Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi tujuan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Perolehan 1,293 item peralatan berjumlah RM63.02 juta telah diuruskan secara tender terbuka yang melibatkan 14 syarikat. Baki peruntukan berjumlah RM13.81 juta pula disalurkan kepada 85 Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Vokasional (SMV) untuk tujuan perolehan secara sebut harga atau/dan pembelian terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya perolehan peralatan MPAV adalah memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. satu syarikat masih gagal membekalkan 2 jenis peralatan bernilai RM1.50 juta;
ii. sebanyak 139 unit peralatan bernilai RM2.21 juta tidak mengikut spesifikasi;
iii. sebanyak 30 unit peralatan bernilai RM337,077 telah dibayar sebelum diuji lari;
iv. tuntutan yang meragukan untuk bekalan peralatan MPAV bernilai RM1 juta;
v. sebanyak 2,447 unit peralatan bernilai RM7.39 juta masih belum/tidak digunakan    sehingga tarikh lawatan Audit; dan
vi. pemantauan secara fizikal yang dilaksanakan sama ada di peringkat Kementerian atau negeri tidak disokong dengan laporan mengenainya.


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut:

i. pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan;
ii. yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta   telah dibayar;
iii. bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani;
iv. asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3  adalah diragui;
v. kerja pembinaan yang berkualiti rendah;
vi. perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000; dan
vii. sebanyak 158 unit kuarters yang siap dibina masih belum diduduki oleh kakitangan hospital.

Pihak Audit mengesyorkan Kementerian mempertimbangkan tindakan seperti berikut:

i. mempertimbangkan tindakan terhadap pegawai yang memperakukan dan meluluskan   bayaran kepada perunding sebelum perjanjian ditandatangani;
ii. memantau kerja kontraktor dan memastikan kerja yang tidak mengikut spesifikasi, tidak  sesuai dan belum dilaksanakan dapat dibuat dengan segera agar hospital baru dapat  beroperasi secara maksimum. Tindakan juga perlu diambil terhadap kontraktor sekiranya  gagal melaksanakan kerja tersebut; dan
iii. tawaran perlu dibuka kepada agensi Kerajaan yang lain sekiranya pegawai di hospital
tidak berminat mendiami kuarters tersebut bagi mengelakkan pembaziran.


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Pembinaan Dan Perolehan Peralatan Pembelajaran Pusat Latihan
Teknologi Tinggi (ADTEC)

Setakat tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia (Kementerian) telah membina 8 Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di seluruh Malaysia termasuk 4 yang baru siap dibina
pada tahun 2009 hingga 2011.

Bagi perolehan peralatan pembelajaran, di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)  sejumlah RM228 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan perolehan dibuat secara rundingan terus.

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara amnya prestasi pembinaan 4 ADTEC iaitu Taiping,Kemaman, Bintulu dan Jerantut adalah memuaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya seperti berikut:

i. empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga 6 lanjutan masa melibatkan tempoh antara 90 hingga 706 hari. ADTEC Jerantut mengalami kelewatan yang paling lama iaitu sehingga 706 hari (23 bulan);
ii. prestasi perolehan peralatan pembelajaran adalah kurang memuaskan kerana
kelewatan melaksanakan proses rundingan harga mengakibatkan peralatan
pembelajaran tidak dapat dibekalkan sebaik sahaja bangunan disiapkan; dan
iii. terdapat kerja yang tidak mematuhi spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai. Namun
begitu, Kementerian telah memberikan komitmen untuk memperbaiki kelemahan yang
dibangkitkan di mana tindakan segera telah diambil terhadap beberapa kelemahan/
kecacatan kerja yang dilaporkan.

Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan seperti berikut:

i. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) perlu mempercepatkan proses perolehan peralatan
pembelajaran bagi memastikan kemasukan pelajar dapat dibuat mengikut perancangan
asal serta keupayaan serta kapasiti bangunan dapat diuji bersama-sama dengan
peralatan pembelajaran sebelum berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
Bagaimanapun, JTM juga bertanggungjawab untuk memastikan proses perolehan
peralatan pembelajaran dibuat dengan teratur bagi mengelakkan Kerajaan mengalami
kerugian;
ii. Kementerian/JKR hendaklah menyenaraihitamkan kontraktor/ konsultan yang gagal
melaksanakan kerja pembinaan mengikut syarat kontrak

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera Bagi Angkatan Tentera Malaysia

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi
12 projek Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) yang dibina dalam RMKe-9 dan pengurusan RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
i. kontraktor gagal menyiapkan projek dalam tempoh kontrak asal dan diberi lanjutan masa
antara 94 hingga 1,240 hari;
ii. projek RKAT yang telah siap mempunyai bilangan kecacatan pembinaan dan kerosakan
yang tinggi dan kontraktor gagal membaikinya dalam tempoh tanggungan kecacatan;
iii. peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1,297.18 juta berbanding kos
kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta;
iv. kelemahan dalam pengurusan kemudahan RKAT yang disediakan seperti RKAT tidak
diduduki sepenuhnya, kualiti perabot yang rendah dan tahap kepuasan penghuni
terhadap kemudahan RKAT adalah kurang memuaskan; dan
v. pentadbiran kontrak dan pengurusan penyenggaraan yang kurang memuaskan.
RAHSIA
Pihak Audit mengesyorkan supaya Kementerian mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja pembinaan dan penyediaan
kemudahan RKAT adalah berkelayakan dan berwibawa;
ii. membuat pemeriksaan dan memastikan kontraktor membaiki kerosakan/kecacatan yang
ditemui dengan segera sebelum memulangkan Bon Pelaksanaan atau sebelum Tempoh
Tanggungan Kecacatan tamat. Pelarasan harga projek bagi kerja-kerja yang tidak
disempurnakan oleh kontraktor hendaklah dibuat;
iii. melaksanakan pengurusan nilai bagi semua projek yang bernilai RM50 juta untuk
mendapat value for money dalam perbelanjaannya;
iv. memastikan kesemua unit RKAT sedia ada digunakan secara optimum dan mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi mengisi RKAT yang masih kosong dan memperbaiki unit
RKAT yang rosak; dan
v. memastikan klausa kontrak dikuatkuasakan bagi menjamin kepentingan Kerajaan serta
mengelakkan implikasi kewangan yang akan merugikan Kerajaan.


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Polis DiRaja Malaysia

Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah


Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah adalah memuaskan di mana ia telah dapat disiapkan dan berjaya mencapai objektif pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan seperti berikut:

i. projek mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada tempoh
projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh
sebenar pemilikan tapak;
ii. projek lewat disiapkan dari tarikh asal projek sepatutnya siap di mana 2 lanjutan masa
selama 299 hari telah diluluskan (Fasa I) dan 3 lanjutan masa selama 528 hari telah
diluluskan (Fasa II);
iii. terdapat reka bentuk/spesifikasi yang tidak sesuai serta terdapat kerja pembinaan yang
tidak memuaskan/tidak siap; dan
iv. Kementerian tidak merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan pembersihan
bagi kawasan pembinaan setelah projek diserahkan kepada pengguna.

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama
tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, pihak Audit mengesyorkan pihak yang
terlibat melaksanakan perkara seperti berikut:

i. Kementerian/Kementerian Kewangan perlu mengambil tindakan segera terhadap
permasalahan yang wujud di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Ini
bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan objektifnya dapat
direalisasikan mengikut perancangan. Ia juga bagi memastikan Kontraktor tidak terjejas
dengan sebarang keputusan yang tertangguh oleh pihak Kerajaan yang memberi kesan
kepada pematuhan Kontraktor terhadap jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan;RAHSIA
ii. Kementerian perlu memastikan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan
diperolehi sebelum sesuatu kerja pembinaan ditawarkan;
iii. Kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perunding yang gagal mengambil kira
keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang menyebabkan
ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna dengan
menyenaraihitamkan perunding berkenaan daripada mengambil bahagian dalam manamana
projek pembinaan Kerajaan di masa hadapan;
iv. Kementerian melalui perunding yang dilantik perlu memastikan kerja yang dilaksanakan
oleh Kontraktor mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi menjamin kualiti
pembinaan;


Pihak Jabatan Audit  Negara turut menunjukkan bukti penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran melalui penemuan-penemuan audit yang telah dilaporkan di dalam Laporan Maklum Balas Aktiviti Badan Berkanun.

Penemuan audit yang perlu diberi perhatian antaranya :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pelantikan Konsultan Progam TUKAR

Semakan Audit mendapati pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR telah diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus. Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. Selain itu, SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut. Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 30 Mei 2011.

Syarikat ini telah melaksanakan pengubahsuaian kedai runcit, bekalan peralatan dan P.O.S System kepada 111 koperasi yang terlibat dengan program TUKAR dengan jumlah peruntukan RM5.40 juta. Sehingga bulan Mei 2012, SKM telah membayar balik tuntutan pembekalan sejumlah RM5.41 juta kepada syarikat itu dengan menggunakan peruntukan RMKe-10 berjumlah RM3.05 juta dan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi berjumlah RM2.36 juta.

Pada pendapat Audit, SKM perlu memastikan setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan dilakukan hendaklah mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis daripada Kementerian Kewangan perlu diperoleh bagi pengecualian terhadap peraturan yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan semua perolehan mematuhi peraturan serta mengelakkan ketidakpatuhan dalam proses perolehan. SKM memaklumkan permohonan kelulusan khas dan perolehan secara runding terus telah dikemukakan pada 5 Jun 2012.

SKM telah menerima kelulusan khas perolehan secara rundingan terus dari Kementerian Kewangan bagi perkhidmatan/bekalan program pemodenan kedai runcit koperasi untuk pembayaran kepada Felda Trading Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2012 bagi tempoh selama 5 tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. SKM telah mengeluarkan surat tawaran perlantikan konsultan dan pembekal melalui surat bertarikh 27 Januari 2012.

Amat wajar perkara ini diberi perhatian kerana dilihat ada unsur penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku melalui pelantikan Konsultan tersebut. Amalan tatacara yang tidak mengikut prosedur seperti  ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.

Di dalam laporan Maklum Balas tersebut banyak teguran yang telah dibuat oleh pihak audit terhadap Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM terutama melibatkan beberapa perkara lain yang berkaitan tatacara pelantikan konsultan.

Lembaga Getah Malaysia LGM

Penemuan audit banyak berkaitan dengan pembelian peralatan yang kategorikan belum digunakan, tidak digunakan dan tidak digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa kes yang seumpama itu di dalam penemuan audit berkaitan dengan Lembaga Getah Malaysia,  antaranya :

Contoh peralatan yang belum digunakan :

Lawatan Audit 19 Disember 2011 mendapati 6 jenis peralatan berjumlah RM5.22 juta masih belum dipasang dan telah disimpan di premis pembekal dan pihak yang dilantik olehnya. Semakan lanjut mendapati tiada surat atau perjanjian yang menyatakan pembekal dan pihak yang dilantik olehnya boleh menyimpan komponen peralatan tersebut bagi pihak LGM.

Contoh peraltan yang tidak digunakan :

Peralatan 13L dan 100L Fermenters telah diterima oleh LGM pada bulan Disember 2008. Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan ini telah siap dipasang sepenuhnya tetapi tidak digunakan. Tempoh peralatan tidak digunakan selama 36 bulan kerana masih belum ada keperluan bagi tujuan penyelidikan menyebabkan objektif pembelian peralatan tidak tercapai.

Contoh peralatan yang tidak digunakan sepenuhnya:

Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan berjumlah RM1.71 juta telah dipasang tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana objektif pembelian. Peralatan ini hanya dapat digunakan untuk mengujilari Profile Product dan Surface Product. Perkara ini disebabkan komponen peralatan iaitu Cooling dan Cutter Line belum dibeli untuk menghasilkan produk. Semakan Audit mendapati komponen peralatan ini tidak dimasukkan dalam spesifikasi pembelian Cold Feed Extruder. Mengikut Minit Mesyuarat Ringkasan Projek Pembangunan RMKe-9, peruntukan yang tidak mencukupi menyebabkan pembelian komponen peralatan terpaksa ditangguhkan.

Laporan audit 2011 telah menggunakan beberapa perkataan seperti; “kurang memuaskan”, “kelemahan”, “beberapa kelemahan”, “tidak digunakan”, “belum digunakan” dan “tidak digunakan sepenuhnya”. Penggunaan perkataan tersebut telah mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran.

Ini adalah sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,terdapat banyak lagi penemuan-penemuan yang ditunjukkan di dalam Laporan Audit 2011. Semua penemuan ini jelas menunjukkan salah urus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan dan agensi di bawahnya. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang banyak sehingga mencecah berbillion ringgit.

Rakyat mesti berazam untuk menghukum kerajaan dalam PRU 13 nanti, kerajaan yang sanggup berbelanja besar dan membazir demi kepentingan mereka dan kelompok tertentu bukan untuk rakyat. Penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran tersebut sekaligus akan meningkatkan kadar hutang negara. Ini akan menyebabkan rakyat terus dibebani dengan hutangh Negara yang tidak berkesudahan.

Disediakan oleh Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tiada ulasan: