Khamis, 25 Oktober 2012

IDEA NYA YANG PENUH TEORI...BANYAK PERKARA YANG TAK TERJADI...JANGAN KITA SYOK SENDIRI

Falsafah Korban Menurut Islam
Posted on Wednesday, October 24 @ 23:14:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan

Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.

Ibadah korban dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmatnya, dipanjangkan umur kesejahteraan akal fikiran dan agama sebagai ikutan kepada peristiwa Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih anaknya Ismail yang diadaptasikan semula oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam syariatnya.

Pensyariatan ibadah korban ini telah dijelaskan oleh Allah (s.w.t) didalam firmanNya dalam surah al-Kauthar yang bermaksud: “Maka sembahlah Tuhan engkau dan berkorbanlah”.

Kalimah “dan berkorbanlah” atau “wanhar” dalam ayat ini boleh diertikan dengan sembelihan yang dilakukan selepas solat Hari Raya Aidil Adha. Didalam ayat ini, perintah untuk melakukan korban diterangkan secara berturut selepas perintah sembahyang. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah korban sehingga Allah memilih untuk meletakkannya seiring dengan kewajiban sembahyang. Perkara ini dikuatkan lagi dengan munajat Nabi Ibrahim yang diceritakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud, “ Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku serta matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam”. ( al-An’am : 163)

Pensyariatan mengenai ibadah korban tersebut mempunyai falsafahnya yang tersendiri iaitu bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengalirkan darah melalui ibadah tersebut. Konsep korban yang dijelaskan oleh syariat jika dilihat secara terperinci mempunyai beberapa rahsianya yang tersendiri yang tidak dapat dinilai melalui penglihatan mata kasar.Konsep ta’abbudiyah yang dijelaskan dalam ibadah korban ini hanyalah sebagai salah satu daripada hakikat memperhambakan diri kepada Allah kerana konsep ini jika dihayati adalah mencakupi seluruh syariat itu sebenarnya. Islam sebagai agama yang agung diatas muka bumi ini senantiasa menganjurkan umatnya untuk berkorban ke jalan Allah tanpa mengira waktu senang atau susahnya.

Apa yang penting seseorang itu mestilah bersiap sedia untuk berkorban dengan seluruh dirinya dan jiwa raganya sepertimana firman Allah yang bermaksud “ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( al-Taubah: 41). Ayat ini memerintahkan kepada kita untuk berjihad kepada Allah melalui dua cara iaitu melalui diri dan juga melalui harta. Jadi ibadah korban ini juga termasuk didalam ibadah yang berteraskan kepada harta yang memerlukan kepada kemampuan dari segi kewangan untuk melaksanakannya.Oleh itu saranan ini juga adalah untuk mengikis sifat bakhil dan kedekut yang ada pada jiwa seseorang dan melatihnya supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah.

Selain daripada itu ibadah korban juga melatih diri dalam melahirkan individu yang berani. Tanpa keberanian sesuatu ibadah dan tuntutan Ilahi yang berbentuk pencegahan sudah pasti tidak akan terlaksana. Keberanian ini diaplikasikan di dalam ibadah tersebut dimana orang yang melakukan ibadah korban tersebut disunatkan untuk menyembelih sendiri binatang yang dikorbankannya dan jika ini tidak dapat dilakukan maka disunatkan juga untuk dia melihat dengan mata kepalanya sendiri darah yang mengalir keluar daripada binatang tersebut. Keberanian ini jika dilihat bukannya tertumpu kepada ibadah ini sahaja tetapi terdapat juga dalam ibadah-ibadah lain seperti berjihad di medan peperangan yang memerlukan kepada keberanian untuk memacu kuda, bermain senjata, memanah dan sebagainya.

Konsep kerjasama juga dititikberatkan dalam pensyariatan tersebut dimana ianya didapati melalui kerjasama semasa melakukan penyembelihan binatang korban tersebut. Kerjasama masyarakat yang menjadi amalan masyarakat Islam sebenarnya menjadi asas kepada mewujudkan masyarakat yang sihat dan saling bermuafakat dalam gerak kerja sama ada berkerjasama dalam melakukan perkara al-Ma’ruf atau mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar.

Konsep lain yang juga diterapkan disini adalah mengenai hakikat perkongsian yang diterapkan melalui perkongsian tujuh bahagian binatang yang boleh dikorbankan. Pengkongsian yang dianjurkan oleh Islam itu bukannya sekadar berkongsi semata-mata dalam satu bahagian daripada tujuh bahagian bahkan menekankan kepada perkongsian tentang cara pengagihan supaya tidak berlaku ketidak adilan dan berat sebelah dalam mengagihkan daging binatang sembelihan. Persepakatan dalam ibadah ini juga nantinya akan melahirkan sifat toleransi dalam masyarakat dimana seseorang dalam bahagiannya akan bertolak ansur dengan yang lainnya dan meredhai antara satu sama lain tanpa mempertikaikan tentang banyak atau kurangnya bahagian yang diterima.

Pendek kata amalan korban tersebut bukannya untuk melahirkan manusia yang mementingkan diri sendiri,ego dan sebagainya tetapi adalah untuk mewujudkan ikatan ukhuwwah dan menjalin kerjasama antara masyarakat setempat untuk melahirkan ummah yang utuh demi kepentingan agama yang dicintai.

Artikel ini merupakan karangan al-marhum Ustaz Rosdi Yusof yang telah kembali ke rahmatullah sehari sebelum Hari Raya Korban 1428H (2007M). Hari Raya Korban pada tahun itu merupakan ibadat korban terakhir yang al-marhum sempat lakukan. Artikel ini pernah diterbitkan dalam satu penerbitan dalaman di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute, Kulim, Kedah.

Al-fatihah buat yang dikasihi Ustaz Rosdi Yusof.


 12 Tips Software Yang Perlu Ada Dalam Komputer Anda
Posted on Thursday, October 25 @ 17:14:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Surau al-Ikhwan

Setiap software semua adalah versi percuma dan tak perlu keluarkan duit sesen pun.

Dan ia adalah terbaik yang pernah aku pakai dan guna sekarang. Laptop aku jadi mantop dan smooth je.

1. Software Free Antivirus yang terbaik sepanjang zaman:

Note: Jangan install ketiga-tiga antivirus ini dalam komputer/laptop anda. Ia boleh menyebabkan komputer/laptop anda jadi hang sebab ia akan jadi pening kerana ketiga-ketiga antivirus telah aktif. Install salah satu antivirus seperti diatas. Pastikan juga anda selalu update antivirus anda.

2. Ccleaner - Software yang clean segala-gala fail-fail sementara dalam komputer/laptop anda seperti:
  • Internet Explorer
  • Firefox
  • Google Chrome
  • Opera
  • Safari
  • Windows – Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files dan Log files.
  • Registry cleaner
  • Third-party applications
  • 100% Spyware FREE
Note: Pastikan anda dapatkan yang terkini DISINI


3. 7zip - Open Source software yang unzip fail-fail yang mempunyai kapasiti yang besar dan boleh mengecilkan fail-fail kepada saiz yang dikehendaki. Ia menyokong fail-fail yang berformat 7z, ZIP, GZIP, BZIP2, TAR, ARJ, CAB, CHM, CPIO, DEB, DMG, HFS, ISO, LZH, LZMA, MSI, NSIS, RAR, RPM, UDF, WIM, XAR dan Z. Download DISINI


4. Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera - Ketiga-tiga browser ini mempunyai kelebihan dan kehebatan sendiri:
5. PDF Creator - Satu lagi software dari open source yang aku selalu guna untuk create pdf. Download DISINI

6. CPE17 Antiautorun Killer - Software yang remove virus dari external HD dan pendrive. Made In Thailand punyer... Tapi jangan risau..ia ada dua bahasa iaitu Thailand dan English. Anda perlu copy ke drive C dan klik 2 kali..Ia akan tertera di Tray windows komputer/laptop anda. Download DISINI

7. Adobe Reader atau Foxit Reader - Software yang wajib perlu ada dalam komputer/laptop anda. Ia ditugaskan untuk membaca fail pdf.
8. Adobe Flash Non IE dan Adobe Flash IE - Setiap komputer/laptop memerlukan software ini untuk melihat animasi dalam sesuatu website. Anda boleh download software: DISINI

9. Adobe Shockwave - Membenarkan anda melihat kandungan web interaktif seperti games, business presentations, entertainment dan advertisements dari web browser anda. Anda boleh download: DISINI

10. Java Runtime Environment - Download DISINI

11. Teracopy - Untuk melajukan proses copy dan paste sesuatu fail. Anda boleh download: DISINI


12. Unlocker - Jika anda mempunyai masalah tidak boleh delete fail contohnya Access Is Denied, software ini akan membantu anda untuk delete fail tersebut. Malah ia boleh melajukan sistem windows anda. Download DISINI. Yaaaa... itulah 12 software percuma yang perlu anda install dalam komputer/laptop anda. Tiada bayaran dan ia adalah percuma.

Sumber: suraual-ikhwan.blogspot.com



DAP MCA bersatu : Satu teori untuk melemahkan PR
Posted on Thursday, October 25 @ 15:43:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Parlimen Kota Raja

Bacalah komen manusia hipokrit dan suka mencelah tengah dan mengambil kesempatan ini.

Ianya merupakan satu teori mengarut dan bertujuan untuk melumpuhkan kekuatan PR dan menghilang sokongan Melayu kepada DAP dan PR.

Teori ini diguna kan bagi menutup kesilapan dan ketidak mampuan Umno menangani keceluparan dan kebiadapan Chua Soi Lek dan Senator Eng Sai Kee dalam isu hudud serta TGNA.

Umno pasti kecundang dalam isu ini dan menyedari hal tersebut simamat ini digunakan oleh umno untuk menimbulkan kegelisahan dikalangan orang Melayu dengan harapan Melayu akan kembali bersatu dengan teori "bodoh dan tak masuk akal dari Presiden Jati ini.

Hassan Ali dalam isu hanya menjadi "budak suruhan Umno"

Bagi sesetengah orang melayu teori ini memang logik bagi mereka.

Adalah menjadi tanggung jawab bagi semua jentera parti untuk memberi penerangan kepada rakyat jelata tentang pembojongsn Hassan Ali ini yang selepas ini pasti mendapat sokongan kuat dari media arus perdana umno.

PAS Kota Raja mengambil langkah awal dengan membawa penceramah DAP kekawasan Melayu bagi menafikan teori Umno ini di Ceramah di Jalan Kebun semalam.

Malaysikini melapurkan Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

 "Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud. Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS. "Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.

Sumber: p111kotaraja.blogspot.com


  Jabatan Agama juga ada unsur songlap?
Posted on Thursday, October 25 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber UtaraNews

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi.

Laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 juta dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera.

Hasil penemuan itu dinyatakan dalam pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara terhadap MAIPS - antara lapan agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeriksaan itu. Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:

  • Buku tunai dan daftar mel tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.

  • Baki panjar wang runcit tidak bersamaan dengan wang tunai di tangan.

  • Buku tunai tidak disemak setiap hari.

  • Baki wang yang tidak dapat diagihkan selepas tempoh 21 hari tidak dikembalikan untuk diakaunkan dengan segera.
Antara semua enam agensi dan jabatan kerajaan di negeri Perlis, MAIPS berada di tahap paling rendah memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang. "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik.

Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan prestasi kewangannya mencatatkan peningkatan apabila mengumpul pendapatan kedua terbanyak selepas Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). MAIPS mencatat pendapatan sebanyak RM39.34 juta, manakala PKENPs memperolehi RM39.92 juta.

Sumber: UtaraNews.com


  Jambu Bol
Posted on Wednesday, October 24 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Anim Agro

Jambu Bol (Syngium malaccense) merupakan sejenis pokok buah-buahan saka yang juga di panggil "Malay Apple" atau ada yang panggil Jambu Jamaika atau Jambu Melaka.

Nama biasa kampong saya disekitar Muar, Johor ialah Jambu Bol yang dimakan segar dan mempunyai bunga yang bermarna merah serta cantik (Lihat foto bunga disebelah). Pokok Jambu Bol boleh dikategorikan sebagai Jenis Buah Nadir kerana pokok ini kini agak jarang ditemui. Mungkin generasi muda sekarang tidak kenal pun pokok Jambu Bol. Tidak ada maklumat mengenai keluasan tanaman jambu bol di Malaysia. Penulis pernah makan dan kutip buah jambu bol masa kecil dulu di kampong di Muar Johor dari pokok yang dekat sekolah rendah. Artikel ini saya menulis teknologi tanaman jambu bol berdasarkan ilmu pengetahuan dari bertugas sebagai agen pengembangan dan pembacaan dari buku-buku teknikal serta sesawang internet.

Pokok jambu bol mempunyai batang yang kuat dan mampu tumbuh membesar sehingga 20-25 meter tinggi. Daunnya berwarna hijau gelap dan tebal berukuran 30 cm panjang dan selalunya ada bintil-bintil (Lihat foto daun di sebelah). Bunga jambu bol mempunyai jambak berwarna merah ungu dan cantik. Buah jambu bol muda berwarna hijau dan akan menjadi merah ungu bercampur hijau apabila masak. Rasa buah jambu bol sangat masam semasa muda dan bertukar masam manis apabila masak. Biji jambu bol bulat sebesar buah pingpong (Jenis besar) dan keras. Berat buah lingkungan 200-400 gram sebiji yang berangkai antara 6-10 biji satu tangkai. Jika tidak dituai buah jambu bol akan gugur ketanah bersama biji dan akan tumbuh jadi anak pokok. Belum ada buah jambu bol yang diproses untuk dijadikan produk lain sehingga kini. Daun muda atau pucuk jambu bol pernah digunakan sebagai ulam makan dengan nasi seperti rasa daun pokok gajus.

Pokok jambu bol biasa ditanam menggunakan biji matang yang telah bercambah atau ambil anak benih dari bawah pokok sedia ada. Pokok ini belum ada laporan ditanam secara komersil secara tungga (monocrop) di Malaysia. Pokok ini ditanam keliling rumah oleh orang dulu-dulu sebagai hiasan dan untuk pengeluaran hasil kegunaan sendiri. Pembacaan penulis dari majalah Trubus menyatakan sebaiknya pembajaan menggunakan baja organik sebanyak 6 kg sepokok setiap 3 bulan dan baja NPK 15:15:15 sebanyak 1 kg sepokok pada pokok berumur 6 tahun. Ketika pokok berbunga tambah baja NPK sebanyak 330 gram sepokok dan baja tambahan Kalium 330 gram sepokok pada minggu ke 4 dan ke 7. Kajian teknikal menyatakan Kalium akan memaniskan buah dan mengurangkan buah jambu bol gugur. Tambah unsur kalsium (Ca) untuk mengurangkan keguguran buah. Perbanyakan baja organik seperti tahi kambing dan lain-lain baja organik. Amalan membakar sampah atau membakar daun2 dibawah atau hampir pokok menyebabkab 'Nafthaline' dalam asap mempengaruhi pokok uuntuk kerap berbunga.

Bagi mendapatkan buah berkualiti boleh di buat pembukusan buah (Jika pokok tidak terlalu tinggi) dan buat penjarangan buah. Serangan Lalat buah (Bactocera spp) akan merosakkan kualiti buah jambu bol dan di kawal sebaiknya dengan kaedah membalut atau gunakan umpan protin. Musuh lain adalah seperti tupai, monyet, kelawar dan burung yang makan buah hampir masak. Penuaian dijalankan dengan menggunakan galah yang berkarung agar buah tidak jatuh ketanah. Pastikan buah telah cukup masak apabila hampir keseluruhan akan berwarna merah dan gredkan mengikut saiz. Jarang-jarang kita lihat jambu bol di jual dimana-mana tempat di Malaysia. Kalau ada pun mungkin di kedai buah di pekan-pekan kecil. Buah jambu bol yang masak sedap untuk dimakan segar. Harga sekilogram dipasaran pun pun tidak menentu tetapi anggaran penulis lingkungan RM 3.00 - RM 5.00 sekilogram.

Penanaman jambu bol boleh di kaji semua untuk kegunaan genarasi akan datang. Kajian ekonomi dan maklumat pakej teknologi tanaman ini perlu disediakan. Penanaman jambu bol mungkin dijadikan sebagai tanaman keliling rumah di kampong atau boleh di komersilkan jika ada yang berminat. Kawasan taman bunga atau tempat rekreasi Majlis Daerah dan Perbandaran wajar di tanam dengan jambu bol untuk rujukkan pengunjung disamping memperkenalkannya kepada generasi muda. Diharap artikel ini memberikan sedikit maklumat mengenai tanaman jambu bol yang semakin pupus di negara kita. Wasaalam...

JAMBU BOL.... BUAHNYA MENARIK...
POKOK BESAR.... HASIL ORGANIK....
SUKAR NAK BELI.... JANGANLAH SERIK....
PERLU DIKAJI.... DAN LIHAT BALIK...

By
M Anem
Parit Bengkok, Ledang,
Johor
Malaysia

Sumber Asal: animhosnan.blogspot.com


  Mawi Bodek Restu Najib Nak Buat Filem Felda
Posted on Wednesday, October 24 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"Mawi atau Asmawi Ani yang semakin menyepi kini ingin bangkit kembali dengan mendedahkan sampai masanya untuk melaksanakan cita-citanya sebagai anak jati Felda yang berjaya. Dia mahu membuat filem tentang Felda.

"Saya selama ini bercita-cita mahu buat sebuah filem tentang Felda. Saya percaya ia boleh jadi filem yang menarik yang boleh dibanggakan oleh anak jati Felda macam saya," kata Mawi.


Menurutnya, yang berharap rancangan untuk membuat filem Felda ini akan mendapat restu dari PM Najib Tun Razak. Dia juga bercadang untuk menemui Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.

"Sebagai anak Felda, saya sangat bersyukur dan gembira kerana saya lahir dari keluarga Felda. Banyak manfaat yang kami perolehi dan sebagai membalas jasa, saya rasa adalah wajar untuk saya mengusahakan filem ini," ujar anak jati Felda Taib Andak Kulai Johor ini.

"Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Saya masih lagi perlu mencari pengisian, iaitu isi cerita dalam Felda yang boleh menarik orang ramai datang ke panggung," katanya.

Cita-cita untuk menghasilkan filem Felda ini mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana kata Mawi, dia mahu filem tersebut menemui lebih 365,000 peneroka seluruh negara yang ada sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

"Saya hanya berharap pilihanraya tidak berlaku dalam masa terdekat ini. Jika boleh biarlah saya sempat keluar filem itu terlebih dulu," ujarnya sambil menyifatkan pilihanraya akan datang ada keistimewaan tersendiri untuknya.

Ini kerana, selain mahu menghasilkan filem sebelum detik penting itu, Mawi juga untuk pertama kalinya akan menjalankan kewajibannya sebagai rakyat Malaysia.

Ekeleh: Teringat filem Dua Alam Dr Rozmey sebelum ini... riuhnya ya Allah.... EkELEH.COM"


 MPK Tahan Lori Lori Buang Sampah Haram
Posted on Wednesday, October 24 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog Selangorku

KLANG 24 OKT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menahan sebuah lori atas kesalahan menjalankan aktiviti pembuangan sampah secara haram, baru-baru ini.

Tindakan itu dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 dilakukan dalam satu operasi di Jalan Temenggung, baru-baru ini.




Ahli majlis, Azmi Jusoh berkata, beliau menerima maklumat awal daripada penduduk dan segera mengadakan pemantauan sebelum bertindak menahan lori terbabit untuk diambil keterangan.
Katanya, kontraktor berkenaan sering menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk membuang sampah memandangkan lokasi itu agak lapang dan memudahkan mereka mencampak sampah dari atas lori.
“Tindakan mereka merupakan satu pengkhianatan kerana mereka adalah pihak yang dipertanggungjawabkan membersihkan kawasan namun menggunakan cara mudah bagi mengaut keuntungan.
“Malah lebih mengejutkan, mereka dengan beraninya membuang sampah ini pada waktu siang tanpa menghiraukan mereka yang lalu lalang di sini,” katanya dalam satu kenyataan.
Azmi berkata, kontraktor itu akan dikenakan kompaun dan jika berterusan, majlis akan mengambil tindakan yang lebih tegas termasuk membatalkan permitnya.
Sehubungan itu, MPK meminta orang ramai yang terlihat mana-mana individu yang membuang sampah di tempat awam supaya segera memaklumkan kepada pihaknya.
“Majlis dengan kerjasama pemimpin setempat akan terus memantau kerja-kerja kontraktor bagi memastikan tiada pihak yang lepas tangan dan melakukan tugasan sambil lewa,” katanya.

 

 Group Murtad Menghina Allah di Facebook
Posted on Wednesday, October 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"Apa dah jadi ni, kini wujud satu 'group' murtad terbuka di Facebook untuk Malaysia dan Singapura. Group yang dinamakan "Murtad In Malaysia & Singapore" diwujudkan secara terbuka mencari ahli.

Mereka meletakkan tanda 'No' pada kalimah Allah yang nyata menghina Allah dan Islam.


Kini 130 ahli menyertai group tersebut. SKMM dan kementerian berkaitan perlu memandang serius tentang perkara ini. EkELEH.COM "


 Bajet defisit 15 tahun berturut-turut, negara di ambang musnah – Anwar
Posted on Wednesday, October 24 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Mohd Martin KaharKeadilanDaily

KUALA LUMPUR 24 Oktober
: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut sejak 1998 dan berkemungkinan berlanjutan hingga 2015 ekoran salah urus tadbir dan rasuah berleluasa.

“Negara mengalami defisit 15 tahun berturut-turut sejak saya dipecat pada 1998 hingga 2012. Dalam Bajet 2013 yang sedang kita bahas juga mengalami defisit. Dijangka berterusan sehingga 2015 dan mungkin seterusnya,” katanya dalam laporan perbahasan bajet Kementerian Kewangan.

Anwar berkata, hutang negara tidak termasuk jaminan hutang sudah mencecah RM476 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP) pada penghujung 2011.

“Ini amat mencemaskan kerana hampir mencecah 55 peratus daripada KDNK iaitu paras bahaya sesebuah negara sebelum terjerumus dalam kebankrapan seperti Greece,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997, belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus.

“Bandingkan prestasi ini dengan Menteri Kewangan sekarang yang disandang Datuk Seri Najib Razak dari 2009 hingga 2011 yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja,” katanya.

Syorkan Turki sebagai model untuk reformasi ekonomi, politik

Membandingkan dengan Turki sebelum ini, Anwar berkata, negara tersebut hampir muflis disebabkan pertumbuhan ekonomi hanya empat peratus selain menangung hutang hingga 74 peratus daripada KDNK.

Bagaimanapun katanya, setelah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih pemerintahan, pertumbuhan ekonominya meningkat 6.8 peratus pada 2002 hingga 2008.

Malah di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Taib Erdogan, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Turki mencatat mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia iaitu 8.4 peratus daripada KDNK pada 2011.

Anwar turut menempelak Umno BN kononnya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan ekonomi sedangkan negara di ambang muflis angkara kepincangan pengurusan ekonomi.

“Rekod jelas membuktikan kerberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN,” tegasnya.

Beliau mengulangi gesaan supaya rakyat bersedia menukar kerajaan sebelum negara dilanda krisis ekonomi dan peningkatan hutang di bawah pemerintahan Umno BN.
 

PANAS! Wang Tunai RM40 Juta Bukan Untuk Umno!
Posted on Wednesday, October 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Jalan Pulang



“Derma politik” kontroversi RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri, Musa Aman rupanya telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi “seorang pemimpin Umno”, dakwa bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Wilfred Mojilip Bumburing yang kini merupakan ahli parlimen bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga “pemimpin Umno” yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah.
“Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?

“Jika wang itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu?” katanya dalam kenyataan tersebut.

Bekas timbalan pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.

Bumburing juga mempersoalkan mengapa BN menolak untuk mendedahkan sumber dana, dengan mengatakan ia memberikan persepsi seolah-olah pemimpin gabungan pemerintah tersebut membiarkan rasuah berleluasa.

Beliau mengkritik Setiausaha Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan mengatakan bahawa ahli parlimen Kota Belud ini telah berkali-kali mempertahankan derma dengan mengatakan tiada apa-apa kesalahan dalam sumbangan berkenaan.

“Pengakuan (Abdul Rahman) juga meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab seperti dari mana wang itu datang?

“Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?” soalnya.

Bumburing dan seorang lagi MP Sabah, Lajim Ukin meninggalkan BN baru-baru ini dan berikrar untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Altantuya.

Awal bulan ini, didedahkan di parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi persoalan adalah "derma politik" untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

Menurut laporan lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas permintaan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong, selepas seorang ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia.

Akan tetapi, penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes terhadap ketua Umno Sabah itu.

Ali parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penutupan kes tersebut dan menuntut pentadbiran Najib Altantuya mendedahkan sumber derma tersebut dan peristiwa tepat membawa kepada siasatan pada Musa.

Menurut laman pembocor maklumat Sarawak Report, yang pertama mendedahkan kes tersebut, peniaga kayu dari Sabah, Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) dengan wang tunai dalam bentuk matawang dolar Singapura.

Pada ketika itu, Chia dilaporkan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong wang tersebut adalah untuk Musa.


Dalam pendedahan April lepas Sarawak Report turut mendedahkan dokumen dikatakan dari ICAC Hong Kong menunjukkan peguam Sabah itu memegang US$30 juta (RM90 juta) dalam akaun bank Swiss (trustee) untuk Musa.

Laporan itu juga mendakwa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam matawang Euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura telah disalurkan dari beberapa firma diuruskan oleh Chia yang berpangkalan di Hong Kong untuk beberapa syarikat British Virgin Island dan seterusnya kepada akaun peguam di Swiss yang dimiliki peguam tersebut.

Tetapi apabila menjelaskan isu ini di Parlimen Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa Chia tidak pernah ditangkap dengan wang tunai di Hong Kong dan tidak pernah ditangkap oleh ICAC.

Nazri berkata RM40 juta sebenarnya dibekukan dalam akaun pelaburan di Hong Kong, yang kemudiannya perlu dipindahkan ke sebuah akaun dalam bank Switzerland.

"Itu adalah pemahaman saya dalam kes itu," katanya kepada Dewan.

Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com


  "Kekeliruan” Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei
Posted on Wednesday, October 24 @ 14:27:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Dewan Muslimat

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Berhubung “Kekeliruan” Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei


1. DMPP melihat kenyataan Heng Seai Kei ini daripada dua sudut:

Pertama : Kemungkinan Heng tersilap dan terkhilaf kerana tidak memahami mantik serta bombastiknya seni bahasa Melayu itu khususnya yang digunakan oleh Tuan Guru ketika mengulas soal aurat serta budaya mendedahkan aurat sehingga cenderung mengundang fitnah serta merangsang “manusia” yang melihatnya, berdasarkan kepada hukum fitrah manusia yang lemah dan mudah terangsang.

Kedua : Kemungkinan Heng yang sebenarnya faham maksud sebenar ceramah Tuan Guru, tetapi sengaja mengambil kesempatan itu bagi memesongkan fahaman masyarakat Cina yang masih “diperbodohkan” oleh MCA dan digunakan semahunya untuk menarik sokongan undi kaum Cina khususnya, seterusnya memastikan relevansi serta survival MCA yang umum tahu kini sangat tertekan dan terancam dengan kebijaksanaan hatta kematangan DAP.

2. Seandainya sebab Pertama tadi menjadi penyebab kepada “kekeliruan” Wanita MCA ini, maka Muslimat PAS bersedia dan menawarkan satu Sidang Meja Bulat Wanita khusus bagi membolehkan masalah ini ditangani dengan sebaiknya secara objektif dan rasional. Kita akan membantu mereka untuk faham dan menjernihkan kekeliruan ini. Islam itu agama Rahmat (kasih sayang). Rogol dan Zina jelas adalah dosa besar. Mana mungkin kita di dalam PAS mengatakan ianya boleh, apatah lagi menggalakkannya pula seperti mana tuduhan Heng yang juga disokong oleh Presidennya, Chua Soi Lek. Muslimat bersedia menanggung semua perbelanjaan mengadakan Sidang Meja Bulat ini dan kita jemput pimpinan dan penyokong kalangan Wanita MCA untuk hadir. Sidang ini inshaAllah akan dijalankan secara bertamaddun tanpa perlu laluan kepada mana-mana unsur provokasi terancang pihak-pihak yang berkepentingan. Objektif Sidang ini jelas iaitu tanggungjawab menerangkan kepada mereka yang barangkali tidak faham ataupun keliru. Justeru kerana kita tahu UMNO gagal menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan MCA faham dan hormat Islam walau telan sekian lama bersama dan bekerjasama.

3. Sebaliknya, jika sebab Kedua itu menjadi punca kepada tindakan Heng ini, maka Muslimat PAS mendesak Heng SEGERA meminta maaf atau kita akan mengambil beberapa tindakan susulan yang selari dengan undang-undang. Ini kerana tuduhan itu sangat biadap, liar dan merosakkan perpaduan kaum dan agama yang sekian lama kita usahakan, pertahankan dan saling hormati. Heng dan Wanita MCA mesti bertanggungjawab dan harus bersedia mengamalkan budaya politik yang lebih sihat untuk dicontohi oleh generasi akan datang.

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (Malaysia)
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2012
www.muslimat.pas.org.my


  Pulangkan duit gaji perolehan daripada hasil judi, arak
Posted on Wednesday, October 24 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog lanh14

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


   Seorang ustaz pernah memberitahu penulis supaya mengasingkan wang faedah (riba) yang dimasukkan dalam akaun bank. Dulu faedah dibayar sekali gus dalam setahun, tidak sekerap sekarang. Disebabkan simpanan saya tidak banyak, jumlah faedahnya kecil saja, tidak lebih RM100.
 
Katanya, keluarkanlah wang faedah itu dan berikan kepada pihak yang mahu melakukan projek pembangunan umum seperti membina jalan dan jambatan serta membiayai program sekolah seperti sukan tahunan dan majlis penyampaian hadiah.
 
Menurutnya, wang itu perlu dikeluarkan, usah dibekukan dalam akaun. “Ini penting kerana wang itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan dan kepentingan umum. Tetapi janganlah wang itu untuk kegunaan sendiri atau memasukkannya dalam tabungan berkaitan ibadat seperti tabung masjid,” pesannya.
 
Demikianlah betapa sejak dulu lagi, kita diajar supaya mengasingkan wang perolehan daripada sumber haram dan diragukan supaya tidak bercampur dengan hasil halal yang diperolehi melalui titik peluh kita.
 
Lima belas tahun lalu, apabila usia semakin meningkat, saya mulai sedar bahawa wang gaji yang saya perolehi daripada kerja perit jerih itu terdapat juga unsur-unsur meragukan.
 
Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat akhbar gergasi, surat khabar yang diterbitkan mengandungi unsur-unsur tidak sihat seperti penyiaran iklan arak dan judi. Surat khabar Melayu harian berbahasa Melayu sehingga hari ini masih menyiarkan keputusan nombor ekor (judi) manakala akhbar bahasa Inggeris selain menyiarkan keputusan judi turut menyiarkan iklan arak.
 
Perolehan daripada iklan judi dan arak dicampurkan bagi meningkatkan pendapatan syarikat dan wang inilah digunakan oleh membayar gaji pekerja termasuk pemberian bonus dan x-gratia dua atau tiga kali ganda gaji asal pada setiap hujung tahun.
 
Disebabkan isu wang perolehan daripada hasil judi ini menjadi hangat suatu ketika dulu, terluanglah kesempatan untuk saya 'refresh' (mengingatkan kembali) pengurusan media massa, tauke-tauke media dan juga kepada peneraju negara mengenai satu dua perkara yang tidak Islamik dalam pekerjaan kita.
 
Selain wang haram judi, diharapkan kita dapat 'berfikir lagi jauh ke depan' untuk sama-sama memansuhkan unsur-unsur tidak Islamik lain termasuk dalam akhbar - sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
 
Akhbar-akhbar berbahasa Melayu, terutamanya terbitan hari minggu - dalam usaha bersaing untuk muncul sebagai akhbar No 1 negara, menyajikan ruangan dan gambar-gambar artis wanita dalam keadaan tidak senonoh sama sekali.
 
Gambar wanita mendedahkan pangkal buah dada, kadang-kadang terlondeh dengan hanya menutup 'benda itu' saja, nampaknya sudah menjadi perkara biasa, seolah-olah ia sudah diterima masyarakat.
 
Seorang tuan guru pernah menegur dengan berkata: "Nampaknya semua orang sudah jadi syaitan bisu, tidak ada orang berani menegur, hatta sekalipun anaknya berpakaian tidak senonoh."
 
Jika bahan bacaan berkenaan dikhaskan untuk pembaca dewasa, 'damage' (kerosakan)nya tidaklah sebegitu besar berbanding statusnya sebagai akhbar untuk seisi keluarga.
 
Alangkah malunya seorang bapa apabila si anak terikut-ikut mahu memperagakan pakaian yang digayakan artis dalam akhbar ataupun bertanyakan soalan sensitif apabila tidak faham sesuatu yang dibacanya dalam ruangan seks dan rumahtangga.
 
Selain menyiarkan gambar-gambar tidak senonoh, sesetengah akhbar masih bebas menyiarkan iklan arak malah semua akhbar menyiarkan keputusan empat nombor ekor (judi) sekalipun dalam akhbar yang sama mungkin ada rencana yang menyatakan haram dan padahnya berjudi atau minum arak.
 
Seorang wartawan muda pernah menghubungi saya, mengemukakan soalan dan meminta nasihat: "Saya kerja di………sebagai penyunting bahagian sukan. Apabila saya 'buat page tu, di tepinya ada 'ad' (advertisement) 'empat nombor ekor'. Macam mana ni bang, pendapatan saya ni haram ke halal, atau saya dikira syubahat ke bang?" Saya katakan kepadanya, tanyalah ustaz, tentulah ustaz lebih arif.
 
Demikian betapa serba salahnya seseorang Muslim yang bekerja dalam suasana (environment) demikian kerana apabila dia mendirikan solat, dia akan memohon - ya Allah, Kau tunjukkanku jalan yang lurus - jadi kalau Allah sudah bukakan pintu hatinya untuk mengikuti jalan lurus, tentulah suasana tidak Islamik itu tidak akan mententeramkan jiwanya.
 
Jadi jawapan yang terbaik bagi syarikat akhbar ini, asingkan wang haram seperti hasil iklan judi, arak dan penjualan majalah separuh lucah daripada perolehan lain. Gunakan ‘wang haram’ itu untuk membiayai projek awam seperti pembikinan jalan dan jambatan manakala wang halal itu membayar pekerja yang mahukan gaji bersih daripada unsur syubahat.
 
Kepada pekerja yang prihatin termasuk wartawan yang beriya-iya mahukan golongan veteran di Pulau Pinang memulangkan wang yang didakwa ‘daripada hasil judi’, kini tibalah giliran anda untuk memulangkan sebahagian gaji anda selama ini kerana ia juga daripada sumber haram iaitu iklan empat nombor ekor (judi).
 
Kepada pemimpin Umno-BN termasuk Adun atau ahli Parlimen yang bercakap berdegar-degar dalam isu judi ini, pulangkanlah sebahagian daripada elaun atau gaji anda kerana sebahagian daripada wang berkenaan adalah daripada sumber (cukai) judi, tidakkah anda sedar kedai judi berlambak di seluruh tanah air manakala di Genting Highlands terpacak salah sebuah pusat perjudian paling besar di Asia?
 
Demikian juga dengan cukai rokok dan cukai arak. Perolehan cukai arak terlalu besar memandangkan terlalu banyak premis menjual minuman keras ada di seluruh negara, malah tin dan botol arak bersepah-sepah di jalanan, menunjukkan betapa hebatnya pengunaan arak di negara ini.
 
Malah ada laporan menyebut pengambilan minuman keras di negara ini adalah antara 10 negara tertinggi di dunia, menyamai sesetengah negara di Eropah. Hakikat inilah negara yang dicanangkan sebagai negara Islam contoh, tetapi bagaimana pengambilan arak boleh menyamai Perancis atau Denmark?
 
  Jelas sebahagian hasil negara adalah daripada sumber haram dan meragukan termasuk cukai arak, judi dan rokok. Kepada kakitangan awam yang prihatin terutama orang politik yang terkinja-kinja bercakap mengenai arak dan judi, silalah kembalikan wang elaun atau gaji anda yang dipercayai ada unsur-unsur haram itu atau syubahat itu. Lakukan ini, jangan pandai bercakap saja! 
 
 Kisah Pedagang Kambing
Posted on Wednesday, October 24 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuhikam

"Setelah selesai melayani pembeli, Asep seorang pedagang kambing menghampiri seorang ibu. Dari penampilan sang ibu itu, tampaknya dia tidak seperti mampu atau bertujuan untuk membeli kambing. Tapi pedagang kambing itu sempat jugak menawarkan barang dagangannya kepada si ibu itu.

“Silakan Bu.." Pelawa pedagang kambing.

“Kalau yang itu berapa Bang?” Ia menunjuk kambing yang paling murah.

"Yang itu 600 ribu, Bu"

"Harga sebetulnya, berapa?"

"500 ribu deh. Harga sebegitu untung saya kecil bu, tapi biarlah.."

“Wang saya cuma 450 ribu, boleh nggak?”.

Aduh, Asep Si pedagang kambing berbisik dalam hati: "Itu harga modalnya."
Setelah berfikir dan mengambilkira beberapa perkara akhirnya ia bersetuju, lalu berkata: "Biarlah..boleh”

Atas persetujuan, Asep sanggup menghantar kambing itu kerumah si ibu itu. Ketika sampai di rumah si ibu itu, ia terkejut! Astaghfirullaah al 'azhim. Allaahu Akbar !"

Terasa mengigil seluruh badan Asep ketika melihat keadaan rumah ibu tadi. Dia tinggal bertiga dengan seorang nenek yakni emaknya dan seorang anaknya di rumah gubuk buruk berlantai tanah.

Asep menjenguk dalam rumah kecil itu, tidak ada tempat tidur atau kasur. Yang ada pangkin kayu beralas tikar lusuh. Dan di atas pangkin itu, terdapat seorang nenek tua kurus sedang tidur merengkuk.

“Mak ... bangun Mak. Lihat Umi bawa apa nih," si ibu mengejutkan ibunya dan nenek tua itu bangun dari tidurnya.

"Umi sudah beli kambing qurban buat emak. Nanti kita bawa ke masjid ya Mak..."

Nenek tua itu kelihatan kaget. Sorot matanya terpancar kebahagiaan. Sambil mengelus-ngelus kambing yang baru dibeli itu, nenek tua itu berkata, "Alhamdulillaah .. akhirnya kesampaian juga niat emak untuk berqurban..."

Akhirnya si ibu tadi berpaling kepada Asep dengan wajah kebahagiaan sambil berkata “ Ini wangnya, bang. Ma'af ya kalau saya menawar harga kambing tadi sangat murah. Saya cuma kuli cuci. Telah lama saya mengumpul wang buat beli kambing yang saya niatkan buat qurban emak saya"

Asep Pedagang kambing kaget , bergetar angguta badannya “ Ya Allah , ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hamba-MU yang satu ini. Hamba-MU yang ini miskin harta tapi dia kaya iman”.

Seperti bergetar bumi ini setelah Asep mendengar kalimat dari sang ibu itu. "Bang ini ongkos penghantarannya!" katanya.

“Sudah bu, tak apa penghantaranya saya yang bayar," tuturnya.

Ia cepat-cepat pergi sebelum ketahuan sembab matanya dan karena tak sanggup melihat keluarga yang tinggi keimannya dan ia terasa seperti mendapat "teguran" dari Allah Subhanna hu wataaalla.

Cerita ini disesuaikan dari majalah Sabili (edisi online)."
 
 Hutang kenduri kahwin masalah besar di negara ini.
Posted on Wednesday, October 24 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: amkns

"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan menghadapi masalah hutang yang serius disebabkan kos majlis perkahwinan yang tinggi. Hinggakan ada yang meminta bantuan nasihat AKPK apabila keluarga pengantin perempuan menetapkan mas kahwin sehingga RM20,000. Dan ada juga ibu bapa yang menggunakan simpanan KWSP untuk perbelanjaan perkahwinan anak-anak, di mana simpanan KWSP sepatutnya digunakan untuk hari tua.

Sudah menjadi lumrah sekarang ini rakyat Malaysia membuat pinjaman dan menggunakan kad kredit untuk membayar kos perbelanjaan majlis perkahwinan.
Wedding debt a serious problem
The Sun Daily
KUALA LUMPUR (Oct 24, 2012):The problem of Malaysians running up debts because of their weddings has become serious. 
Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) chief executive officer Koid Swee Lian advised young couples who are planning their weddings to consult the agency for advice and guidance. 
She said the agency found that it has become increasingly common for Malaysians to take loans or depend on their credit cards to pay for their marriage expenses. 
The money is usually spent on wedding receptions or infant formula when the first-born arrives. 
She said many factors cause married couples to run into debt, chief among them being the hefty wedding bill. She disclosed that a would-be-bride once sought the agency's help because her mother was asking the would-be-groom for RM20,000 in dowry. 
"We also found parents taking out their EPF to help pay for their children's weddings. This is not encouraged," she said. 
According to statistics, from 2006 to September this year, a total of 198,870 people had sought AKPK's help and 81,596 of them are enrolled in the agency's debt management programme.
 

 PANAS! Pakatan Mampu Menang 27 Kerusi Di Sabah Dan Sarawak!
Posted on Wednesday, October 24 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Jalan Pulang
Nampaknya semakin jelas tsunami politik kali kedua bakal melanda dan kali ini Sabah dan Sarawak seakan tidak mampu untuk menahannya lagi.

Itulah yang diucapkan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin semasa berucap dalam ceramah sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Melati, Setapak, kelmarin yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Dalam ucapannya, Lajim berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinannya di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang turut hadir di majlis itu.

"Kepada saudara-saudara di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara-saudara semua bahawa Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini," katanya.

Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak.

"Saya tak perlu sebut Sarawak, kerana Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang-kurangnya 12 hingga 16 kerusi parlimen tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat.

Sabah mempunyai 25 kerusi manakala Sarawak pula 31 kerusi yang menjadikannya satu perempat daripada 222 kerusi parlimen keseluruhan di negara ini.

Lajim meletakkan jawatan serta-merta sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu pada Jun lalu dan bertindak melepaskan semua jawatannya dalam Umno serta mengisytiharkan dirinya mesra Pakatan Rakyat hujung Julai lalu.

Beliau kini memimpin Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang berhasrat untuk menumbangkan pentadbiran BN di Negeri di Bawah Bayu itu.

Lajim juga memohon maaf atas tindakannya meluluskan kontrak pembersihan kepada syarikat Alam Flora ketika menyandang jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dedahnya lagi, Lajim menceritakan bahawa beliau meluluskan kontrak berkenaan atas arahan perdana menteri.

"Saya kena ikut arahan dari big boss (perdana menteri, Najib Altantuya), " katanya yang turut mengaku bebas rasuah sewaktu beliau bersama BN.

Syarikat itu didakwa menjalankan tugas pembersihan sampah yang tidak sempurna di negeri Selangor dengan tujuan mensabotaj pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

Berikutan itu, kerajaan Selangor pada Oktober tahun lalu memutuskan untuk tidak meneruskan penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora.

"Saya tak rasuah. Tiga bulan saya keluar Umno belum ada fail kena cari untuk saya.

"Kalau ada pun itu akan dibuat-buat pemimpin Umno untuk memalukan saya sahaja," katanya yang mengisytiharkan dirinya mesra Pakatan Rakyat baru-baru ini.




 Gerakan, Mca Dan Umno Hina Islam Dan Ulama
Posted on Wednesday, October 24 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: mohdnoorawang

"(RAKYAT DIHATI KU DALAM MASA YANG SAMA PITIS@WANG DIHATI MU (pemimpin BN/UMNO) ok tak kalau kita ubah motto BN/UMNO ?

BALA menimpa umat Islam Malaysia. Komponen BARISAN NASIONAL (MCA. GERAKAN DAN UMNO) menghina ulama Islam dan ugama Islam. Terkini MCA dengan lantang dan secara terbuka menghina ulama Islam Malaysia dan ugama Islam dengan beberapa kenyataan terbuka dari mulut ketua parti MCA mereka.

Lebih menghina lagi tiada kenyataan balas dari pemimpin UMNO termasuk ketuanya Datuk Najib Razak. Dan yang paling trajis lagi tiada respon dari cerdikpandai ugama Islam (pusat pengajian tinggi, JAKIM, Ngo's Islam dan Jabatan Mufti seluruh negeri ). Bagaikam lembu kenyang dan menjadi bisu serta pekak segera diatas kenyataan pemimpin parti BN terutama MCA yang cukup celupar dan sangat jahat menghina Islam dan ulama.
Mengapa MCA cukup berani menghina Islam dan ulama?. Jawapan yang paling mudah ialah kerana pemimpin UMNO ketua nombor wahid dalam baba menghina Islam dan ulama. Bermula era Tun Mahathir menjadi perdana menteri sehingga sekarang pemimpin umno menolak Islam.
Sehingga hari ini tiada  pun tindakkan atau ucapan balas dari pemimpin UMNO, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) menegur dan menasihat ketua MCA yang bermulut jahat tentang Islam dan ulama.
Tepat apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir parti BN termasuk MCA, dan semua komponen adalah parti syaitan yang dikenali. syaitan memang suka yang jahat dan sesat. Tidak hairan pemimin BN/UMNO kerjanyasuak makan wang haram.
Terkini dipasaran BN/UMNO Sabah terlibat dengan wang haram sebanyak RM40 juta dan  kenyataan dari pemimpin UMNO dari parti syaitan wang tersebut tidak salah jika untuk tabung UMNO. Hidup BN/UMNO kerana wang rasuah dan  kronisma.
Begitu juga dengan AES (kamera yang dipasang oleh JPJ Malaysia seluruh Malaysia adalah kerja jahat dan kejam dari pemimpin BN/UMNO. Dua syarikat yang diberi konsesi selama 66 bulan adalah syarikat dari MCA dan UMNO yang mengaut untung setiap tahun sebanyak RM700 juta.
Ayuh kita tumbangkan BN tahun pilihanraya pada PRU yang akan datang. Jangan biarkan koponen parti syaitan yang dikenali BN/UMNO berkuasa.  


Tiada ulasan: