Rabu, 17 Oktober 2012

JANGAN BERCAKAP BENDA YANG KITA TAK TAHU...BEGITU JUGA KOMEN...KITA NON MUSLIM NAK BERKATA TENTANG ISLAM TAK MANISLAH...HIDUP BERNEGARA PERLU ADA ADAB...CUBA LIHAT SURAH AL KAFIRUN...

Penemuan mengejutkan Laporan Audit Negara 2011 untuk N.Sembilan

17 Okt 2012
Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah: Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada tahun 2010.

Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.


Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.

Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya. Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.


Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.

Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.

2. Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.

3. Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.

YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta.


YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta. Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.

2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.

3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.


Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:

1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.

2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit

3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:

1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.

2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.

2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.

3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Pemuda PAS lapor polis isu twitter Tan Keng Liang

17 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS memandang serius isu tulisan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang dalam twitter yang didakwa telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Kandungan tulisan itu (gambar) antara lain mempersoal dan mempersenda arahan pakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada orang Islam.

Laporan polis itu akan dibuat Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) di Balai Polis Dang Wangi pagi ini.

Rombongan mereka akan diketuai ketuanya Kamaruzzaman Mohamad bersama pimpinan DPPWP yang lain.

Sementara itu semalam, PAS kawasan Sabk Bernam turut membuat tindakan serupa, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.

Laporan diketuai Ketua Dewan Pemuda Ustaz Labib Abd Jalil bersama Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor Azhar Achil.

Dalam polis itu, mereka mendesak pihak polis menyiasat tulisan itu yang didakwa telah menghina agama Islam.

“Tan bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam. Soal menutup aurat bukan arahan parti PAS tetapi ianya adalah tuntutan Islam.

“SAMM mendesak polis membuka kertas siasatan dan Tan perlu ditahan dan telefon bimbitnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya, “ kata Azhar.

Laporan sama turut dibuat Pemuda PAS Negeri Sembilan yang diketuai ketuanya Mohd Khairil Anuar Wafa dan ketua penerangan, Norazman Mohamad.

Turut serta wakil SAMM Negeri Sembilan yang diketuai penyelaras bersama negeri, Norazizi A Aziz.

“Twitter Tan benar-benar ‘kurang ajar’ dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki ‘jambu’ di dalam PAS terangsang.

“Malah Tan lebih ‘kurang ajar’ apabila berkata seandainya jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlit termasuk bukan Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang," kata Norazizi.


سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤)وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
Surah Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)
 
 

Tak habis2 nak politikkan soalan exam (gambar)

17 Okt 2012
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/227424_282700795182106_1731133906_n.jpg
Jika bukan kerana Allah SWT yang Maha Pencipta sudah tentu saya tidak wujud.... Ingatlah wahai kerajaan tolong jgn ungkit tanggungjawab kau sebagai pemimpin....
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Kenapa penyata kewangan negara tidak disertakan

17 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempersoalkan laporan Ketua Audit Negara yang tidak disertakan dengan kedudukan penyata kewangan Kerajaan Malaysia untuk tahun 2011.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ia sepatutnya menjadi perkara asas dan perlu dimasukkan ke dalam laporan tersebut.

Tambahnya lagi situasi yang sama juga turut berlaku pada laporan belanjawan 2013 yang mana penyata kewangan kerajaan bagi tahun 2011 tidak disertakan bersama.

"Saya tengah menyemak laporan yang baru kita perolehi ini, persoalan saya dengan tidak memasukkan laporan tersebut adakah ia akan memberi kesan kepada aspek keabsahan.

"Anggaran belanjawan kita itu satu perkara yang perlu kita selidik dan kalau ada masalah keabsahan maka tidak ragu-ragu lagi bahawa Parlimen perlu mencetak semula dokumen anggaran yang baru bagi tujuan dibekalkan kepada sidang Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, setelah kelulusan diperolehi barulah kerajaan memperolehi kebenaran dari segi undang-undang dan perlembagaan untuk membelanjakan peruntukan yang telah diperolehi.

"Ini persoalan yang agak besar dari segi keabsahan dokumen-dokumen kerajaan yang dibentangkan kepada parlimen.

"Kita dari Pakatan Rakyat tidak mahu persoalan tersebut mengganggu manfaat yang sepatutnya dirasai rakyat dan dalam masa yang sama kita juga turut tidak mahu rakyat dilibatkan dengan cara menggunakan wang negara dengana cara yang tidak sah," sambung beliau lagi.

Beliau menyifatkan tindakan tidak menyertakan laporan penyata belanjawaan kerajaan adalah satu kecuaian yang amat besar dan tidak pernah berlaku sepanjang beliau berada di Parlimen bagi tempoh 4 tahun ini.

"Kecuaian jelas berlaku dalam penyediaan dokuman kerajaan dan kalau sebelum ini kesilapan hanya berlaku pada cetakan perkataan atau susunan ayat tapi kali ini sebaliknya berlaku dan ia suatu yang serius.

"Tapi kali ini amat ketara kerana dokumen itu seolah-olah sengaja tidak disertakan dan nampak jelas lambatnya penyerahan Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan ada berlakunya penyaringan mana yang perlu disertakan dan mana yang perlu dikeluarkan.

Azan yang juga turut mendesak agar kerajaan memberi alasan munasabah mengikut perlembagaan dan beliau yakin tidak ada alasan yang dibenarkan oleh perlembagaan bagi membenarkan perkara itu berlaku.

Teras, Salimah sokong iklan wanita tutup aurat

17 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Negeri Kedah menyokong penuh keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang menetapkan peraturan pakaian model wanita yang menutup aurat dan berpakaian sopan dalam pengiklanan di bandaraya tersebut.
Demikian dinyatakan Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Salimah Negeri Kedah, Rubiyah Haron dalam kenyataan bersama.

Kata mereka, peraturan untuk menetapkan garis panduan mengenai penggunaan model wanita dalam iklan khusus untuk orang Melayu Islam dan umumnya untuk kaum lain adalah munasabah dan sangat dituntut dalam hukum syariat.

Kenyataan penuh mereka sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Negeri Kedah menyokong penuh keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang menetapkan peraturan pakaian model wanita yang menutup aurat dan berpakaian sopan dalam pengiklanan di bandaraya tersebut.

Peraturan untuk menetapkan garis panduan mengenai penggunaan model wanita dalam iklan khusus untuk orang Melayu Islam dan umumnya untuk kaum lain adalah munasabah dan sangat dituntut dalam hukum syariat.

Kami melihat ia bukan suatu yang tidak rasional kerana semua kaum di Malaysia harus menghargai etika dan kehormatan wanita bila menggunakan model wanita dalam iklan seperti dipapan iklan.

Teras dan Salimah tidak nampak kenapa ia harus ditentang kerana ini merupakan suatu yang memberi kesan kepada maruah kaum wanita. Wanita tidak harus menjadi alat yang merendahkan maruah diri dalam industri iklan.

Apakah hanya kerana ia dituntut oleh Islam untuk dikenakan ke atas orang Melayu Islam pihak DAP Kedah tidak bersetuju dengan peraturan  tersebut?

Pihak DAP Kedah perlu faham bahawa mengenakan peraturan wanita yang sesuai dengan kehendak Islam adalah kewajipan agama yang tidak ada kena mengena dengan politik.

Peraturan itu yang juga menetapkan penggunaan model wanita bukan Islam dalam iklan hendaklah mengguna pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata juga sesuai dan perlu.

Kami yakin semua kaum dan agama menghormati kemulian wanita yang tidak harus dihina dan dieksploitasi hanya kerana mahu melariskan penjualan barangan.

Kami percaya bahaya menjadikan tubuh wanita untuk tujuan komersil adalah bertentangan dengan rukun negara yang disepakati semua iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.

Kami menegaskan bahawa ketetapan untuk menguatkuasakan peraturan itu hendaklah dilaksanakan tanpa lengah.

Malah contoh peraturan yang ada di negeri Kelantan dan tidak ditentang oleh mana-mana pihak dari kalangan kaum lain yang bukan Islam sepatutnya di contohi dan diambil pengajaran oleh DAP Kedah.

Kami menggesa agar hak kaum Muslimin untuk menetapkan peraturan yang sesuai dengan tuntutan syariat untuk orang Islam sendiri jangan diganggu oleh kepentingan politik.

Kami juga menuntut supaya maruah wanita hendaklah dipertahankan demi memelihara kemulian mereka. Desakan pasaran untuk mengkomersilkan tubuh wanita adalah suatu penghinaan yang tidak boleh dikompromi.

Adakah GST dilaksanakan tahun depan?

17 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada pihak kementerian mempunyai rancangan untuk melaksanakan GST pada tahun depan.


Beliau mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan bagi jawab yang turut disenaraikan hari ini ialah daripada Ahli Parlimen Tumpat dan Kuala Terengganu.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memajukan lagi Pelabuhan Tok Bali.

Mohd. Abdul Wahid bin Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Pelajaran menyatakan nama-nama Sekolah di Negeri Terengganu yang berkaitan dengan perkara berikut:-

(a) telah dikeluarkan tender bagi pembinaan blok gantian baru dan bangunan blok tambahan baru pada tahun 2007 hingga kini tetapi dibatalkan pembinaannya dan jumlah kos yang terlibat; dan

(b) telah siap dibina tetapi ada bangunan blok yang tidak boleh digunakan kerana berlaku mendapan tanah dan apakah usaha mengatasinya serta kos yang terlibat.

Apa sebab Musa tarik balik saman ke atas Anwar?

16 Okt 2012
SUSUPAN PETANG

Keputusan bekas IGP Musa Hasan menarik balik saman malu terhadap Anwar Ibrahim mungkin tidak mengejutkan kerana ia adalah perkara biasa saja, tetapi tidak begitu bagi saya. Ia semacam ada sesuatu perkembangan baru di antara kedua-dua bekas IGP dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Musa dan Anwar: Berdamai?
Musa menyaman Anwar kerana berhubung insiden peristiwa "mata lebam" di mana Musa dikaitkan sebagai turut terlibat dalam peristiwa tersebut dan dituduh menyembunyikan beberapa fakta dalam proses penyiasatan peristiwa berkenaan. Ekoran itu menyebabkan Anwar bertindak membuat laporan polis terhadap Musa dan Peguam Negara Abdul Gani Patail.

Alasan Musa untuk menarik saman itu kerana berlaku salah faham oleh pihak defedan (Anwar) berhubung kedudukannya ketika itu, dan beliau menerima untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung hari ini, sebaliknya penyelesaian di luar mahkamah dicapai. Keputusan itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tiada sebarang kos dikenakan oleh mahkamah untuk mana-mana pihak atas penyelesaian itu.

Mungkin penyelesaian sebegitu biasa berlaku dalam mana-mana kes mahkamah di dunia tetapi kes di antara Musa dengan Anwar ini seakan ada kesitimewaannya dan sedikit unik. Yang menjadi persoalan kenapa semudah itu kedua pihak khasnya Musa untuk menerima penyelesaian itu? Kalau Anwar yang menarik ia mudah untuk difaham tetapi ini Musa?

Jika diikutkan senario, pihak Musa yang bersungguh untuk menyaman Anwar kerana Anwar dikatakan telah memburukkan reputasinya menerusi laporan polis bersama Gani Patail. Tetapi apabila Musa Hasan sedia menarik balik saman itu ia agak anih sedikit dan menimbulkan tanda soal dalam minda? Apakah sebelum memutuskan untuk saman Anwar, Musa tidak membuat penyelidikan dan kajian mendalam?

Di sini tidak perlu diulas panjang lebar mengenai perkembangan ini. Atas semangat Islam eloklah kalau ada perdamaian di antara mereka. Bagaimana pun kita tunggulah apakah perkembangan selepas ini. Persoalan apakah ada natijah atau pun cerita lain di sebalik penarikan balik saman itu akan terdedah juga di hujung waktu nanti. Mungkinkan Musa sudah insaf?

Yang jelasnya Musa yang selaku penyaman kenapa bersedia untuk menarik semula saman berkenaan? Bukankah dengan bertindak demikian orang akan menganggap Musa hangat-hangat tahi ayam atau tersalah membuat perhitungan. Moral di sebalik penarikan itu menjadikan Anwar dianggap di pihak yang benar. Dan saya tetap mempercayai tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada?  [wm.kl. 5:42 pm 16/10/12]
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily

Tiada ulasan: