Ahad, 14 Oktober 2012

BILA TAK MAHU MENGAKU SALAH...BILA TAK MAHU DIKALAH...KALAH MENANG ADAT BERTANDING...JIKA TAK MAU DIKALAH LAKUKAN YANG BAIK2....YANG BETUL2...JANGAN ZALIM DLL...RAKYAT DAH CERDIK...KEBURUKAN DAPAT DIBONGKAR DENGAN KECANGGIHAN IT

Kes Suaram: Ismail Sabri serah kepada AG
JAMILAH HAMZAH
14 Oktober 2012
Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya siasatan berkenaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah lengkap dan Pejabat Peguam Negara akan mengambil tindakan susulan segera.

Katanya, Pejabat Peguam Negara tidak meminta maklumat lanjutan selepas kertas siasatan kali kedua diserahkan.

Sehubungan itu kata beliau, kementeriannya tidak akan campur tangan dalam kes tersebut kerana sudah pun mengemukakan laporan siasatan untuk tindakan susulan.

Ismail Sabri memberitahu, "saya yakin kes Suaram ini telah lengkap."

"Saya yakin Peguam Negara akan teruskan tindakan, kalau cepat, cepatlah," kata beliau kepada pemberita pada  program Penjaja 1Malaysia (PP1M) di Pusat Penjaja Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, di sini, hari ini.

Baru-baru ini,  Ismail Sabri dilaporkan berkata, siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ada transaksi dana antara Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) dan Suaram iaitu badan bukan kerajaan yang mengaku menerima dana asing untuk menjalankan program berkaitan hak asasi manusia.

Menteri itu mahu siasatan dibuat bagi menentukan sama ada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa menyalur dana Suaram berkaitan dengan penyangak mata wang, George Soros.

Ismail Sabri turut meminta Bank Negara, Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan menjalankan siasatan bagi menentukan status Suaram.

SSM telah menghantar kertas siasatan kali pertama bulan lalu. Bagaimanapun Pejabat Peguam Negara telah meminta SSM menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suaram dan SISB atas alasan kertas siasatan yang dikemukakan SSM tidak lengkap untuk Pejabat Peguam Negara merangka pertuduhan.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak akan campur tangan lagi kerana Peguam Negara akan meneruskan tindakan lanjut.

Tambah beliau, kuasa SSM hanya setakat memberi cadangan kepada Peguam Negara, selebihnya adalah tindakan agensi itu.

"Kita serahkan kepada Peguam Negara, kita tak ada kuasa selain bagi cadangan.

"Kalau Peguam Negara nak percepatkan, percepatkanlah... saya tak boleh campur dah kalau peguam nak ambil kes segera," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menghadiri majlis pagi ini enggan memberi komen mengenai isu  berhubung dakwaan Jaringan Melayu Malaysia bahawa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suaram, mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

"Saya tiada komen, sekarang saya ikut program kerajaan...," kata beliau.

PP1M yang turut dihadiri hampi 600 peserta, terdiri daripada badan pertubuhan bukan kerajaan, sukarelawan, badan beruniform termasuk 38 buah gerai, mengambil bahagian untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap imej gerai di Malaysia.
Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah
  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:36PM Okt 12 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:

"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut.
Kit Siang gesa RCI untuk dana asing Umno
7:43PM Okt 13 2012  
DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.

Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan BN sendiri.

NONE"Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim.

Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang.

Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya.

Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Dalam poket Soroskah pemimpin kita?
  • Husam Musa
  • 11:41AM Okt 12 2012
 
ULASAN Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang.

Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman.

Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal - tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan.

Malang, bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar mahkamah atas satu isu demi satu isu yang lain.

Hampir saban minggu Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong.

Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya, Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu, Utusan menjatuhkan dirinya?

Apa yang PM bincangkang?
Penjelasan beberapa paderi atas laporan Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak.

Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya umat Melayu.

Pendedahan kian tersebar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di Amerika Syarikat - sewaktu Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk - menemplak Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti.

Belum lama laporan muka depan Utusan "Lagi Kaitan Soros". Kenapa Utusan tidak sanggup 'memukadepankan' laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata Utusan seharusnya tidak membezakan sesiapa.

Bertemu, bersua muka dan ‘secara sulit beragenda' dengan Soros, tanpa dimaklumkan kepada rakyat jelata, menjadi sebesar-besar tanda tanya: "Dalam poket Soroskah pemimpin kita?"

Apakah yang dibincangkan? Apa pentingnya perdana menteri yang baru memegang jawatan menemui ‘Penyangak Yahudi' (Seperti logik di ketengahkan Utusan) seperti Soros?

Ke pangkal jalan
Tidak dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri.

Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan Utusan berunsur seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi dijangkau.

Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdr Ketua Pengarang sendiri, anak cucu pengerusi dan ahli lembaga pengarah Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka.

Tidakkah terbetik di hari saudara-saudara kecemburuan terhadap runtuhnya nanti akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan membinasakan ‘lawan' dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak, apa lagi nas Tuhan.

Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional dan beretika.

Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat.

Islam selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan terhormat.

Maafkan saya.


HUSAM MUSA exco kanan kerajaan Kelantan. Tulisan ini asalnya surat terbuka Husam kepada Utusan yang disiarkan dalam Harakahdaily. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Ahli perniagaan wanita didakwa bunuh suami, model
3:05PM Okt 12 2012  
Seorang ahli perniagaan wanita hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan membunuh suaminya dan seorang model sambilan, bulan lepas.
Yau Chooi Thin, 29, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap suaminya Leong Kian Sheong, 37, seorang pengusaha kedai tayar dan Vivien Wong, 20, yang juga seorang pelajar, bersama-sama dua orang yang masih bebas dan empat orang yang telah dituduh di No. 1 Jalan SP6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, antara jam 6.10 pagi hingga 6.45 pagi 13 September lalu.
Bagi kesalahan itu, Yau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Aina Azahra Arifin menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Siamala, manakala Yau diwakili peguam Geethan Ram Vincent.
- Bernama

Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir mula dikutuk pencacai Umno..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 09 Okt 2012

Kecoh dibeberapa blog hiburan dan juga blog pencacai UMNO bila mana Sifu Industri muzik Malaysia, Datuk M.Nasir dikhabarkan semakin aktif berpolitik bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semuanya gara-gara Parti Keadilan Rakyat memuatnaik sebuah video lagu berjudul ‘Panji Keadilan’ dilaman You Tube.

Ini kerana walaupun tidak dinyatakan dalam deskripsi video, ianya jelas merupakan suara M. Nasir dakwa mereka..

Ini dari sebuah Blog Hiburan..

Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik’nya.

Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini di’khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.

Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di’nyanyikan oleh M. Nasir.

Walaupun tidak di’nyatakan dalam deskripsi video, ia’nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di’cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.

Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut di’heret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.

Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lain’nya ~ RotiKaya

Ini pula dari blog pencacai UMNO yang merupakan teman tapi musuh satu Parlimen dengan aku..

Sapa yang tak kenal dengan M Nasir beb.. Gua sebelum ni pun minat dengan lagu-lagu ciptaan beliau..

Tapi semenjak kontroversi kenyataan M Nasir yang persoalkan 'siapa Mahathir' tak lama dulu, gua dah mula 'dingin' dengan individu yang digelar sifu dalam industri muzik negara ni..

Yang terkini, M Nasir didakwa menjadi penyanyi kepada lagu rasmi PKR iaitu Panji Keadilan.. Dah habis fikir ke M Nasir tu bila dia terima tawaran untuk nyanyi lagu rasmi parti pemuja Anwar tu beb?

Kalau betullah M Nasir yang menyanyikan lagu PKR tu, gua anggap dia memang manusia yang tak kenang budi dan tak tahu diuntung..

Kita semua tahu bahawa M Nasir adalah warganegara Singapore dan telah mendapat PR di negara ni.. M Nasir juga menjadikan Malaysia yang aman damai ni sebagai tempat dia untuk cari rezeki..

Dan kalau M Nasir tergamak untuk bersekongkol dengan Pakatan laknatullah tu, gua rasa dia berhak untuk dimaki hamun oleh gua..

Apapun.., kita tunggu penjelasan dari tuan empunya diri.. Itupun kalau dia berani bagi kenyataan lah yee.. ~ Media Permatang Pauh

Lebih banyak lagi kutukan dalam Blog-blog pencacai UMNO.. korang carilah ya.. kalau malas tak apa.. korang anggaplah semua blogger pencacai UMNO tu sama saja sifatnya dengan blog 'Teman tapi Musuh satu Parlimen dengan aku tu..

Mengapa agaknya M.Nasir dikutuk oleh kebanyakkan Blogger pencacai UMNO?

Adakah mereka terlupa bahawa artis juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang mana demokrasi adalah amalan negara kita.

Oleh kerana demokrasi yang diamalkan setiap rakyat termasuk artis adalah bebas untuk menyokong mana-mana parti politik..

Itu adalah hakikat demokrasi..

Jadi kalau pencacai-pencacai UMNO tu mahu semua artis hanya menyanyikan lagu menyokong UMNO/BN.. korang suruh Najib tukar demokrasi tu kepada kuku besi..

Ini adalah Video tersebut...
http://www.youtube.com/watch?v=jr8DwD3P9i4

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
 

Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir dikutuk, terhangat

Harakahdaily, 14 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Ulasan blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com bagaimana Sifu Industri muzik Malaysia, Datuk M.Nasir dikutuk pencacai Umno gara-gara sebuah video musik yang dimuatnaikkan oleh PKR berjudul ‘Panji Keadilan’ di laman You Tube merupakan artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-41.



Ini kerana walaupun tidak dinyatakan dalam deskripsi video, ianya jelas merupakan suara M. Nasir dakwa mereka.

Di tangga kedua mengenai nasib Restoran Sekinchan Ikan Bakar akibat kebangkitan rakyat tulisan blog http://greenboc.blogspot.com .

Analisa Harakahdaily bagaimana Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi Ketua Pembangkang kerana perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pula menduduki tempat ketiga.

Berita Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu. menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima ialah berita blog http://shalehudin.blogspot.com bertajuk ‘Tolong jangan gelak’ menampilkan Najib, yang tidak berani berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 7 Ocktober hingga 13 Oktober, 2012.

1
Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir mula dikutuk pencacai Umno..
2
Restoran Ikan Bakar Sekinchan terima bahana lawan kebangkitan rakyat
3
Ketua pembangkang: Muhyiddin bakal cipta sejarah
4
Kedutaan di Doha tutup 3 hari kerana Rosmah
5
Tolong jangan gelak...
6
Kantoi! Azan dedah pembohongan Zahid
7
Kereta berjenama pun China boleh tiru (gambar)
8
Gambar pondok tol ajaib di tahun 2013
9
Najib #tanyaNajib kena teruk di Twitter terhangat
10
PRU13 tahun ini! - Anwar Ibrahim

Tiada ulasan: