Myanmar halang pejabat OIC dibuka di Ranggon
Aljazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 16 Okt 2012 |
(OIC tidak diberi kebenaran untuk menubuhkan pejabat perhubungan bagi membantu pelarian umat Islam Rohingya selepas bantahan oleh sami-sami Buddha.)
RANGGON: Kerajaan Myanmar berkata mereka tidak akan membenarkan Organisation of Islamic Co-operation (OIC) untuk membuka sebuah pejabat perhubungan selepas ribuan orang awam dan sami Buddha berarak membantah rancangan tersebut.
Myanmar dan OIC bersetuju bulan lepas untuk membuka pejabat untuk memberi bantuan kepada umat Islam yang dipindahkan akibat pertempuran.
Kementerian Maklumat Isnin lalu memaparkan kenyataan di laman webnya bahawa pembukaan pejabat tersebut tidak akan dibenarkan kerana rakyat Myanmar tidak mahukannya.
"Kita tidak boleh menerima mana-mana pejabat OIC di sini," Oattamathara, seorang sami yang mengetuai protes di Mandalay, hab ekonomi dan kebudayaan Myanmar, memberitahu agensi berita AFP.
Satu kenyataan yang disiarkan di laman web presiden pula memaparkan,"Kerajaan tidak akan membenarkan pembukaan pejabat OIC kerana ia tidak selaras dengan keinginan orang ramai."
Ketegangan agama antara Buddha-Rohingya semakin teruk selepas pertempuran Jun lalu di barat Rakhine yang menyebabkan puluhan orang mati dan puluhan ribu pula terpaksa berlindung di pusat perlindungan sementara.
Golongan sami adalah golongan yang berada di barisan hadapan kebangkitan pro-demokrasi 2007 yang dihancurkan secara kejam oleh bekas junta.
Mereka juga terlibat dalam siri protes terhadap OIC dan 800 ribu warga Rohingya yang tidak mempunyai negara, dan digambarkan oleh PBB sebagai salah satu minoriti di dunia yang paling dianiayai.
Anggota OIC yang mempunyai keahliam seramai 57 orang itu melawat Rakhine bulan lepas selepas dakwaan dari kumpulan hak asasi bahawa pasukan keselamatan melepaskan tembakan kepada Rohingya semasa pergolakan, isu yang menyebabkan kebimbangan di seluruh dunia Islam.
Rohingya, yang bercakap dialek yang sama dengan bahasa negara jiran, Bangladesh iaitu bahasa Bengali, dilihat oleh kerajaan dan warga Myanmar sebagai pendatang haram.
Ketegangan di Rakhine turut merebak ke Bangladesh, di mana polis baru-baru ini melaporkan mereka telah menahan hampir 300 orang yang dikaitkan dengan keganasan yang mensasarkan rumah dan kuil Buddha.
Duta PBB gesa gencatan di Syria sempena Aidil Adha
Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 16 Okt 2012 |
(Brahimi bertemu dengan pemimpin Iran bagi selesaikan konflik di Syria)
Lakhdar Brahimi mengatakan perang saudara di Syria semakin buruk. Beliau menekankan tentang keperluan yang mendesak untuk menghentikan pertumpahan darah.
Kenyataan Isnin lalu itu dibuat di akhir lawatan beliau ke Iran di mana beliau telah bertemu dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, penyokong utama Presiden Syria, Bashar Assad.
Brahimi melawat rantau ini untuk mengadakan perbincangan mengenai cara-cara untuk menyelesaikan krisis Syria.
Gesaan beliau untuk gencatan senjata berkemungkinan mendapat sambutan dingin di Syria di mana aktivis mengatakan lebih daripada 32,000 orang telah terbunuh dalam krisis berusia 19 bulan itu.
Sebahagian besar panggilan genjatan senjata sebelum ini telah diabaikan.
Rayuan Nasima bertemu ayah di penjara Manila
-, | 16 Okt 2012 |
Mulanya saya bercadang nak mencatatkan agak terperinci tentang perkembangan keluarga bekas tahanan ISA, Jamal Azahari, yang memerlukan sokongan kewangan agak besar bagi membolehkan mereka ke Manila bertemu ketua keluarga trrcinta yang sejak sekian lama dipisahkan secara paksa.
Namun, kesihatan yang sering terganggu tidak memungkinkan saya berkongsi rasa lebih jauh lagi. Yang penting, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada penderma yang budiman di atas sumbangan ikhlas anda selama ini, sentiasa prihatin dan turut gelisah dengan kesengsaraan mangsa kezaliman.
Terima kasih dan terima kasih, hanya Allah dapat mengganjarinya sebagai amal soleh tuan-puan sekalian; saya dapat merasai getar suara syahdu anak-anak Jamal Azahari, yang cukup gembira dengan bantuan itu, setiap kali saya memaklumkan jumlah wang yang dimasukkan dalam akaun mereka.
Alhamdulillah, Nasima, anak sulung Jamal Azahari, yang kini dipenjarakan di Filipina selepas dibebaskan dari Kem Kamunting lima tahun lalu, memaklumkan kepada saya beberapa hari lepas, bahawa bantuan awal yang telah disalurkan kepada mereka sudahpun digunakan untuk membeli tiket sehala ke Manila, hampir RM5,000, untuk lapan beranak itu.
Saya cuba berbicara dengan ibu mereka, Norhatta tetapi Nasima memberitahu emaknya tidak sihat, dan hanya mampu menitipkan salam. Mereka dijadual bertolak hujung hulan ini dari Sandakan. Empat tahun lalu, keluarga besar itu dapat bersua muka dengan Jamal Azahari, juga melalui sumbangan yang kami usahakan, dan mereka tinggal di Manila dan kemudiannya di kampung halaman, di selatan Filipina selama lebih 10 bulan.
Maaf, saya terpaksa sekali lagi merayu jasa baik dan keprihatinan anda untuk terus menderma dan menyumbang kepada keluarga Jamal Azahari yang masih teraniaya, bagi memudahkan perjalanan mereka melalui kapal laut itu, serta dapat menampung keperluan seharian semasa berada di Manila dan dapat menjenguk sanak saudara di kampung asal mereka. Kebanyakan keluarga mereka di sana juga terhimpit kehidupan mereka.
Salurkan terus sumbangan anda kepada akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM 564070000336. Terima kasih jika anda dapat membantu sebelum 20 Oktober ini...
------
Berikut adalah artikel H Fansuri ketika keluarga Nasima berkunjung ke Manila berjumpa Jamal Azahari buat kali pertama selepas dibebaskan dari Kem Kamunting dan dipindahkan ke penjara di Filipina:
Oleh H FANSURI
(Lutfi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak mangsa ISA)
"Mereka kini seolah-olah terperangkap di Manila," kata Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika mengulas perkembangan baru berhubung tragedi yang menimpa ahli keluarga bekas tahanan ISA, Abdul Jamal Azhari dan isterinya Norhatta.
Jamal yang dikaitkan dengan perjuangan Moro, barangkali bukanlah nama besar seperti besarnya perjuangan Norlaila Othman ketika membebaskan suaminya Mat Sah Mat Satray. Namun begitu, penderitaan yang menimpa mereka sekeluarga masih menjalar sehingga kini.
Dua bulan lalu, mereka sembilan beranak berangkat ke Filipina menziarahi Abdul Jamal yang sedang sakit kronik, sejenis barah, atas biayaan pembaca Harakah, tapi sekarang terdesak hidup mereka termasuk kesukaran untuk kembali ke Sandakan," kata Ahmad Lutfi yang sentiasa menghubungi keluarga malang itu.
Tambahnya, kos sewaan rumah penginapan di Manila agak mahal dan dalam keadaan tiada pekerjaan, maka mereka kini umpama hilang tempat pergantungan di negeri orang. Saudara-mara Jamal juga susah hidup mereka. Belanja sara hidup di sana juga tinggi.
Abdul Jamal juga perlu mendapat rawatan alternatif, menambahkan lagi keperitan hidup. Penyakit kansernya makin serius dan menurut anak-anaknya yang menelefon Lutfi dari Manila, keadaan ayah mereka bertambah teruk.
"Sejak ditahan ISA di Kamunting, keadaan hidup keluarga Jamal cukup sukar. Semua anak-anaknya tidak bersekolah. Pembebasan Jamal seolah-olah tidak membawa makna apabila beliau dihantar pulang ke Filipina dan dipenjarakan dalam keadaan sakit-sakit," ujar Lutfi.
Keluarga malang itu juga serba kekurangan, termasuk dokumen pengenalan dan perjalanan. Setelah melepaskan rindu-dendam kepada Jamal, mereka perlu pulang ke Sandakan. "Sekurang-kurangnya di Sabah, ada sesuatu yang boleh diusahakan untuk meneruskan kehidupan," kata Lutfi, memetik kata-kata Jamal kepadanya, melalui panggilan telefon.
Kos penerbangan pulang ke Sandakan pastinya menelan belanja ribuan ringgit.
"Saya baru menerima panggilan telefon daripada Abdul Jamal yang meminta bantuan saya agar berbuat untuk membantu keluarga beliau yang kini menjalani kehidupan yang terlalu sukar di Filipina," sambung Lutfi lagi.
Petang 26 Januari, menjelang Maghrib, Jamal menelefon Lutfi. Menyedari itu adalah panggilan dari Manila, Lutfi kemudian menghubunginya semula. Perbualan sulung itu, bagi Lutfi, cukup mengesankan. "Riak suaranya tenang walaupun saya tahu keperitannya seperti tak dapat ditanggung lagi. Beliau sentiasa mengaitkan bicaranya dengan keagungan Allah dan persaudaraan Islam."
Anak sulung mereka, masih gadis belasan tahun, Nasima, menjadi sandaran untuk mengendalikan urusan seharian. Dia agak kerap menghubungi Lutfi memaklumkan keadaan ayahnya sebelum Jamal sendiri dapat berbicara langsung dengan Ketua Pengarang Harakah itu.
Sebelum ini, akhbar Harakah berjaya mengutip dana khusus untuk membantu hal-ehwal pendidikan anak-anak Jamal. Bagaimanapun sebahagian besar dana itu telah dimanfaatkan sebagai belanja perjalanan keluarga Jamal ke Manila.
Semua anak-anaknya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyukarkan usaha untuk menyekolahkan mereka. Sudahlah hidup susah, peluang menambah ilmu juga tersekat.
"Anak-anak Abdul Jamal contohnya tidak boleh bersekolah disebabkan ketiadaan dokumen yang sah. Kebanyakan mereka tidak mengenal huruf," tambah Ahmad Lutfi.
Jamal termasuk dalam kumpulan 13 bekas tahanan ISA yang dibebaskan Mohd Najib Abdul Razak bersempena perlantikannya sebagai Perdana Menteri, pada 3 April tahun lalu. Sehingga kini, hampir setahun Jamal terpasung di Manila. Sudah dua kali rombongan Harakah, diketuai Ahmad Lutfi, berkunjung ke rumah mereka Batu 19, Sandakan untuk meninjau keadaan dari dekat.
Dalam kunjungan itu, Harakah mendapati kedai runcit Norhatta yang lusuh, usang dan tidak terurus itu bukanlah aset besar yang boleh menampung perjalanan mereka ke Manila untuk bertemu Jamal.
Jamal dibebaskan daripada penjara Kamunting bersama rakan-rakannya yang lain, Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil dan Admi Pindatun; turut bebas bersama ialah warganegara Indonesian Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril, termasuk lima warga Filipinan Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam and Husin Alih.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga Abdul Jamal Azhari dan Norhatta boleh menyalurkan terus ke dalam akaun HARAKAHDAILY DOT COM, Maybank 564070000336.
"Saya menyeru kepada orang ramai, bantulah keluarga malang ini. Mereka memang amat memerlukan sokongan dan bantuan anda," ujar Lutfi penuh mengharap.
Kempen media baru: SPR jangan jadi Pak Pandir
Harakahdaily, | 16 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Semua sedia maklum BN telah tewas di media sosial, walaupun terpaksa
menggunakan askar upahan untuk menyerang, namun ditangkis oleh tentera
siber Pakatan Rakyat yang bertugas secara sukarela.
“Akhirnya BN terpaksa menggunakan kuasa yang ada untuk membendung maklumat kelemahan BN daripada di ketahui oleh rakyat melalui media sosial,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya cadangan SPR supaya parti politik jangan menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, blog selepas tengah malam hari mengundi adalah satu cadangan Pak Pandir.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah di Kuantan, semalam.
Bagi Idris, maksud tersirat tidak lain dan tidak bukan untuk menyekat pengaruh kempen Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan rakyat.
“Kenapa SPR tidak berani menghalang kempen BN melalui televisyen sehingga tamat hari mengundi?” tanya beliau.
Bahkan, ujarnya sewaktu pembuangan undi berjalan radio dan televisyen terus rancak memburuk-burukkan parti lawan.
Tambah beliau, tiga himpunan Bersih yang diadakan di ibu negara, antara tuntutannya ialah supaya parti yang bertanding dapat akses media dengan adil tetpi sampai hari ini tuntutan itu ibarat meminta sisik daripada ikan keli.
Tiba-tiba, ujar beliau SPR pula mencadangkan supaya media sosial tidak lagi boleh digunakan selepas waktu kempen tamat.
SPR akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.
“Kita mengharapkan jangan pula ada gangguan talian untuk akses media sosial sewaktu kempen pilihan raya berjalan.
“Kenapa BN terlalu takut dengan media sosial? Bukankah BN sudah memiliki dan menguasa televisyen dan radio untuk membantu kempen mereka?” katanya.
Menurutnya, BN sekarang terlalu takut dengan bayang-bayang, sehingga tunggul kayu disangka hantu.

Beras subsidi dijual di pasaran terbuka - Audit
Harakahdaily, | 16 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Program Subsidi Beras di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas
Tani (KPDIAT) untuk memastikan penyaluran beras Beras Super Tempatan
kepada golongan yang berpendapatan rendah dikritik hebat oleh Ketua
Audit Negara (KAN) kerana gagal mencapai matlamat dan tiada pemantauan
sehingga beras yang disubsidikan didapati dijual di pasaran terbuka.
Beras subsidi dijual di luar pasaran
Lawatan Audit telah dibuat ke 4 negeri iaitu Kedah, Perak, Sarawak dan Selangor untuk melihat pelaksanaan program subsidi beras telah mendapati 4 pemborong tidak mengemukakan akaun harian stok dan seorang pemborong tidak mengemaskinikannya.
1. Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak
apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti Islam .
2. Saya melihat beliau pura-pura bertanya "Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti Islam?
3. Persoalannya "Kenapa pula Setiausaha Agung MCA bertanya demikian? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya di dalam media milik mereka The Star, secara konsisten menegaskan kepada masyarakat non Muslim bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud" ?
4. Ertinya, MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masaalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat? Dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti Islam pula? MCA lah yang sangat ketara sikap anti Islamnya.
5. Pemimpin MCA juga selalu mengulang kenyataannya bahawa "DAP tunduk kepada PAS"
6. Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung MCA tersebut, sebaliknya yang pasti ialah MCA sangat tegar menentang Islam.
7. Presiden MCA pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional. Ekoran ugutan keras MCA, sehingga kini Umno terpaksa menikus demi kepentingan kelangsungan politik mereka.
8. Pada 4 December 2011, selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Datuk Seri Chua Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan. Malah, beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.
9. Menambah "kecutnya” Umno berdepan MCA ialah apabila Presiden MCA itu menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012 (sebagai respon kepada ADUN Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor) bahawa : "ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam."
10. Dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas MCA agar tidak biadab terhadap Islam dan penganutnya seperti menuduh hilang akal, habis idea dan sebagainya.
Laporan Audit : Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus
Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.
Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.
Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.
Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.
Penyumbang utama hasil
Sebuah premis pemborong di Kamunting, Taiping, Perak mendapati lesen yang tidak dipamerkan, akaunnya diselenggara di tempat lain, tanpa papan tanda syarikat dan tiada punca kuasa elektrik.
“Pihak Audit tidak dapat memastikan kesahihan operasi pengampitan dijalankan di bangunan tersebut kerana semasa lawatan didapati tiada punca kuasa elektrik di dalam bangunan tersebut dan mesin untuk mengampit diikat dengan tali,” kata Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan audit 2011 yang dikeluarkan semalam.
Lebih buruk lagi, KAN juga mendapati beras subsidi dijual di pasaran terbuka di pasaraya Sri Aman, Sarawak dan Semenyih di Selangor.
“Ini membolehkan semua golongan pengguna termasuk warga asing dan pengusaha makanan memperoleh beras tersebut tanpa kawalan dan seterusnya menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan,” tambahnya.
KAN juga kesal tiada pemantauan yang dilakukan oleh KPDIAT ke atas Program Subsidi Beras. Semakan Audit mendapati hanya satu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pemborong tetapi tidak terjumpa minit mesyuarata, manakal tahun 2011 satu mesyuarat Jawatankuasa Kuota Beras Subsidi telah diadakan pada 3 Oktober 2011.
Tiada garis panduan untuk memilih pemborong
KPDIAT juga dikritik KAN kerana tidak menyediakan garis panduan yang jelas dan komprehensif untuk mencapai objektif Program Subsidi Beras.
KAN juga membidas KPDIAT gagal untuk memperincikan proses pemilihan pemborong untuk memastikan proses pemilihan dibuat dengan telus dan mengambil kira keupayaan pemborong.
Selain itu, semakan audit juga mendapati tiada perjanjian ditandatangani antara KPDIAT dengan pemborong bagi Fasa I dan II. Hanya Surat Setuju Terima pelantikan sebagai pengedar beras subsidi dikeluarkan kepada pemborong bagi Fasa I.
Surat Setuju Terima, kata KAN juga mengandungi kelemahan kerana didapati tidak menyatakan dengan jelas klausa tindakan yang boleh dikenakan sekiranya pemborong melakukan kesalahan.
“Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan kerajaan,” kata KAN.
Tidak mencapai matlamat
Program Subsidi Beras yang diluluskan kabinet pada 2008 telah diberikan kepada Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Dan Pengilang Padi Swasta bagi pengeluaran Beras Super Tempatan ST15% untuk Semenanjung Malaysia dan Beras Import S15% untuk Sabah dan Sarawak dengan kandungan beras hancur 15%.
Ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dan keperluan pengguna yang semakin meningkat serta mengekalkan harga kawalan beras subsidi dari RM1.65 per kg hingga RM1.80 per kg mengikut zon di peringkat pengguna; dan juga menampung kerugian pengilang untuk mengeluarkan beras subsidi.
BERNAS bertanggungjawab untuk mengeluarkan beras, menentukan pengambilan beras sama ada di Kompleks BERNAS atau (kilang bumiputera di bawah Program Pusat Belian) SPB, mengagihkan beras kepada pemborong dan membuat tuntutan bayaran.
“Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2011 hingga Januari 2012 mendapati objektif Program Subsidi Beras belum dicapai sepenuhnya di mana tiada satu mekanisme diwujudkan bagi memastikan golongan sasar yang ditetapkan mendapat manfaat daripada program ini,” kata KAN.
Sasaran pengeluaran beras subsidi, kata KAN gagal dicapai sepenuhnya di mana prestasi pengeluaran beras subsidi bagi Semenanjung Malaysia bagi tempoh bulan Januari hingga Mac 2009 (Fasa I) adalah tidak memuaskan kerana hanya mencapai 23.5% daripada sasaran yang ditetapkan 94,000 metrik tan.
Bagaimanapun prestasi tersebut meningkat dari tempoh bulan April 2009 hingga Disember 2011, di mana pengeluaran adalah 34,929 mt (metrik tan) untuk Semenanjung Malaysia dan 16,156 mt sebulan untuk Sabah dan Sarawak, namun ia tetap gagal mencapai sasaran 40,000 mt untuk Semenanjung dan 20,000 untuk Sabah dan Sarawak.
KPDIAT tidak cukup duit bayar BERNAS
Sejak Program Subsidi Beras dilaksanakan iaitu mulai bulan September 2008 hingga 2011, KAN berkata sejumlah RM1.828 bilion telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM2.101 bilion.
Daripada itu, KAN mendapati daripada tuntutan berjumlah RM1.606 bilion yang dikemukakan setakat 31 Disember 2011 oleh BERNAS hanya sejumlah RM1.363 bilion (84.9%) telah dibayar oleh KPDIAT.
KPDIAT memberikan alasan bahawa peruntukan yang diterima tidak mencukupi untuk menjelaskan tuntutan subsidi beras oleh BERNAS.
Lebih teruk ialah KAN mendapati Ibu Pejabat KPB (Seksyen Kawalselia Padi dan Beras) tidak menyediakan daftar untuk merekodkan semua tuntutan yang diterima daripada BERNAS dan Pengilang Swasta.
“Dengan itu, tuntutan yang dikemukakan oleh BERNAS tidak dapat dipantau dan perancangan untuk pembayaran tidak dapat dilakukan secara tepat,” kata KAN.
Beras subsidi dijual di luar pasaran
Lawatan Audit telah dibuat ke 4 negeri iaitu Kedah, Perak, Sarawak dan Selangor untuk melihat pelaksanaan program subsidi beras telah mendapati 4 pemborong tidak mengemukakan akaun harian stok dan seorang pemborong tidak mengemaskinikannya.
Umno menikus di hadapan MCA
Nasrudin bin Hassan, | 16 Okt 2012 |
2. Saya melihat beliau pura-pura bertanya "Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti Islam?
3. Persoalannya "Kenapa pula Setiausaha Agung MCA bertanya demikian? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya di dalam media milik mereka The Star, secara konsisten menegaskan kepada masyarakat non Muslim bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud" ?
4. Ertinya, MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masaalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat? Dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti Islam pula? MCA lah yang sangat ketara sikap anti Islamnya.
5. Pemimpin MCA juga selalu mengulang kenyataannya bahawa "DAP tunduk kepada PAS"
6. Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung MCA tersebut, sebaliknya yang pasti ialah MCA sangat tegar menentang Islam.
7. Presiden MCA pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional. Ekoran ugutan keras MCA, sehingga kini Umno terpaksa menikus demi kepentingan kelangsungan politik mereka.
8. Pada 4 December 2011, selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Datuk Seri Chua Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan. Malah, beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.
9. Menambah "kecutnya” Umno berdepan MCA ialah apabila Presiden MCA itu menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012 (sebagai respon kepada ADUN Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor) bahawa : "ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam."
10. Dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas MCA agar tidak biadab terhadap Islam dan penganutnya seperti menuduh hilang akal, habis idea dan sebagainya.
Hasil Selangor meningkat 114.3%: Tiada sebab untuk rakyat tukar kerajaan
http://greenboc.blogspot.com, | 16 Okt 2012 |
Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.
Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.
Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.
Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.
Penyumbang utama hasil
Sebuah premis pemborong di Kamunting, Taiping, Perak mendapati lesen yang tidak dipamerkan, akaunnya diselenggara di tempat lain, tanpa papan tanda syarikat dan tiada punca kuasa elektrik.
“Pihak Audit tidak dapat memastikan kesahihan operasi pengampitan dijalankan di bangunan tersebut kerana semasa lawatan didapati tiada punca kuasa elektrik di dalam bangunan tersebut dan mesin untuk mengampit diikat dengan tali,” kata Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan audit 2011 yang dikeluarkan semalam.
Lebih buruk lagi, KAN juga mendapati beras subsidi dijual di pasaran terbuka di pasaraya Sri Aman, Sarawak dan Semenyih di Selangor.
“Ini membolehkan semua golongan pengguna termasuk warga asing dan pengusaha makanan memperoleh beras tersebut tanpa kawalan dan seterusnya menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan,” tambahnya.
KAN juga kesal tiada pemantauan yang dilakukan oleh KPDIAT ke atas Program Subsidi Beras. Semakan Audit mendapati hanya satu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pemborong tetapi tidak terjumpa minit mesyuarata, manakal tahun 2011 satu mesyuarat Jawatankuasa Kuota Beras Subsidi telah diadakan pada 3 Oktober 2011.
Tiada garis panduan untuk memilih pemborong
KPDIAT juga dikritik KAN kerana tidak menyediakan garis panduan yang jelas dan komprehensif untuk mencapai objektif Program Subsidi Beras.
KAN juga membidas KPDIAT gagal untuk memperincikan proses pemilihan pemborong untuk memastikan proses pemilihan dibuat dengan telus dan mengambil kira keupayaan pemborong.
Selain itu, semakan audit juga mendapati tiada perjanjian ditandatangani antara KPDIAT dengan pemborong bagi Fasa I dan II. Hanya Surat Setuju Terima pelantikan sebagai pengedar beras subsidi dikeluarkan kepada pemborong bagi Fasa I.
Surat Setuju Terima, kata KAN juga mengandungi kelemahan kerana didapati tidak menyatakan dengan jelas klausa tindakan yang boleh dikenakan sekiranya pemborong melakukan kesalahan.
“Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan kerajaan,” kata KAN.
Tidak mencapai matlamat
Program Subsidi Beras yang diluluskan kabinet pada 2008 telah diberikan kepada Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Dan Pengilang Padi Swasta bagi pengeluaran Beras Super Tempatan ST15% untuk Semenanjung Malaysia dan Beras Import S15% untuk Sabah dan Sarawak dengan kandungan beras hancur 15%.
Ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dan keperluan pengguna yang semakin meningkat serta mengekalkan harga kawalan beras subsidi dari RM1.65 per kg hingga RM1.80 per kg mengikut zon di peringkat pengguna; dan juga menampung kerugian pengilang untuk mengeluarkan beras subsidi.
BERNAS bertanggungjawab untuk mengeluarkan beras, menentukan pengambilan beras sama ada di Kompleks BERNAS atau (kilang bumiputera di bawah Program Pusat Belian) SPB, mengagihkan beras kepada pemborong dan membuat tuntutan bayaran.
“Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2011 hingga Januari 2012 mendapati objektif Program Subsidi Beras belum dicapai sepenuhnya di mana tiada satu mekanisme diwujudkan bagi memastikan golongan sasar yang ditetapkan mendapat manfaat daripada program ini,” kata KAN.
Sasaran pengeluaran beras subsidi, kata KAN gagal dicapai sepenuhnya di mana prestasi pengeluaran beras subsidi bagi Semenanjung Malaysia bagi tempoh bulan Januari hingga Mac 2009 (Fasa I) adalah tidak memuaskan kerana hanya mencapai 23.5% daripada sasaran yang ditetapkan 94,000 metrik tan.
Bagaimanapun prestasi tersebut meningkat dari tempoh bulan April 2009 hingga Disember 2011, di mana pengeluaran adalah 34,929 mt (metrik tan) untuk Semenanjung Malaysia dan 16,156 mt sebulan untuk Sabah dan Sarawak, namun ia tetap gagal mencapai sasaran 40,000 mt untuk Semenanjung dan 20,000 untuk Sabah dan Sarawak.
KPDIAT tidak cukup duit bayar BERNAS
Sejak Program Subsidi Beras dilaksanakan iaitu mulai bulan September 2008 hingga 2011, KAN berkata sejumlah RM1.828 bilion telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM2.101 bilion.
Daripada itu, KAN mendapati daripada tuntutan berjumlah RM1.606 bilion yang dikemukakan setakat 31 Disember 2011 oleh BERNAS hanya sejumlah RM1.363 bilion (84.9%) telah dibayar oleh KPDIAT.
KPDIAT memberikan alasan bahawa peruntukan yang diterima tidak mencukupi untuk menjelaskan tuntutan subsidi beras oleh BERNAS.
Lebih teruk ialah KAN mendapati Ibu Pejabat KPB (Seksyen Kawalselia Padi dan Beras) tidak menyediakan daftar untuk merekodkan semua tuntutan yang diterima daripada BERNAS dan Pengilang Swasta.
“Dengan itu, tuntutan yang dikemukakan oleh BERNAS tidak dapat dipantau dan perancangan untuk pembayaran tidak dapat dilakukan secara tepat,” kata KAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan