Jumaat, 19 Oktober 2012

KUASA HEBAT CAMNE PUN...TAK BOLEH LAWAN KEKUASAAN ALLAH SWT

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tersungkur (Video)
Posted on Friday, October 19 @ 13:17:22 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: setisab

"Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tersungkur (Video)SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, mempunyai sejarah kehilangan kasut dan satu lagi insiden melibatkan alas kakinya itu membuat Cik Gillard tersungkur dalam kejadian yang menjadi tajuk berita semalam.

Pemimpin wanita pertama negara itu, yang minggu lalu menarik perhatian antarabangsa kerana ucapan pedas tentang seksisme dan sifat benci perempuan, baru sahaja meletakkan lingkaran bunga di tugu peringatan Gandhi di New Delhi kelmarin, apabila beliau tersungkur di hadapan kamera. 

(Video)

Beliau sedang berjalan ke arah wartawan bagi mengadakan sidang media apabila tumit kasut tingginya terbenam dalam rumput yang lembut dan beliau terserembab.

Cik Gillard segera bangun sambil tertawa.
Klip video yang menunjukkan beliau terjatuh dimainkan berkali-kali di Australia semalam dan juga digunakan bagi rancangan berita Amerika serta di laman media sosial.
Penulis ruangan gosip akhbar tabloid Sydney, Daily Telegraph, menganalisis bagaimana rumput dan kasut tumit tinggi tidak boleh bertemu.
"Rumput - tidak boleh merentasinya dengan lemah gemalai menggunakan kasut tumit tinggi, tidak boleh terserembab ke atasnya dengan memakai jaket (warna) krim dan bangun tanpa sebarang kotoran," nyata akhbar itu.
"Berita baik adalah, Cik Gillard tidak luka dan sekurang-kurangnya mempunyai gaya membersihkan dirinya dan ketawa."
Cik Gillard pernah kehilangan kasutnya, sedang beliau dibawa pergi daripada penunjuk perasaan semasa menghadiri satu acara di Canberra Januari lalu.
Kasutnya kemudian ditemui di laman lelong, eBay. - AFP.

Ulamak Pelapis PAS :Mana Perginya Fathul Bari?
Posted on Friday, October 19 @ 15:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: sripetaling

"ThumbnailOleh: Ustaz Azhar bin Yahya, Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Hudud dilaksanakan di Malaysia, ramai tertanya-tanya, dimanakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut

Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak UMNO dalam berbicara tentang agama. Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam.

Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas. Isu-isu yang merugikan politik UMNO ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam.
Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. UMNO menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan UMNO ke mana sahaja mereka pergi.
Nampaknya Datuk Seri Chua belajar daripada UMNO untuk menakutkan rakyat dengan menghina hukum Hudud. Beliau begitu berani menghina kerana yakin tidak ada sesiapa pun daripada kalangan pemimpin dan Ulamak UMNO termasuk Fathul Bari akan menegur dan mengambil tindakan kepadanya. Beliau yakin UMNO dan Ulamaknya tidak akan berbuat apa-apa kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina. Kalau PAS yang menegurnya, beliau tidak ambil kisah kerana memang sifat PAS yang suka membangkang.
Ini bukan kali pertama UMNO dan Ulamaknya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina Hudud. Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, UMNO dan Ulamaknya juga senyap tidak membantah. Malah beliau juga menegaskan bahawa Hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita disamping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.
Mungkin kerana ugutan keras MCA akan keluar Barisan Nasional jika UMNO melaksanakan Hudud menyebabkan UMNO dan Ulamaknya termasuk Fathul Bari menikus demi kepentingan survival politik mereka walaupun terpaksa menggadaikan Islam.

Minta bantuan ada tak rujukan kitab/hadith kepada kenyataan ini.
Posted on Friday, October 19 @ 14:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: akula70

"solat2Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.

4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.

5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya."

Takdir Allah, Terdedah Fitnah MCA dalam BN lebih bahayakan UMNO
Posted on Thursday, October 18 @ 10:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: wan_jtk

" 
Umat ISlam tidak perlu ragu-ragu lagi, malah Umat Islam dalam Barisan Nasional tidak perlu ragu-ragu lagi dengan sikap tidak cermat setiap komponen Barisan Nasional yang semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan sumber "Cap Ayam" untuk memperburukkan lagi pandangan Bukan-Islam terhadap usaha PAS memperjuangkan keadilan Islam.

Dari Harakahdaily:

“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.>
Hanya berdasarkan sms seorang Presiden PARTI komponen Barisan Nasional ini terus memperburukkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia ini.

Jikalau bercakap soal adakah nasib semua kita akan terabai dibawah Pakatan Rakyat, adakah kita masih mahu memperjudikan nasib kita dibawah Barisan Nasional yang dari masa ke masa UMNO seolah segan tanpa seurat pun benang di tubuh akibat di aibkan oleh MCA dihadapan mata Rakyat terutama Umat Islam.
"

Ramai tak tahu apa itu AES, hantu atau perompak modern
Posted on Thursday, October 18 @ 10:15:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: mohdnoorawang

"Ramai rakyat Malaysia tidak ambil peduli dan tidak tahu apa itu AES. Pada dasarnya AES ialah hantu jembalang tanah dan ajen perompak modern wang rakyat Malaysia dari pemandu pemotoran di Malaysia. AES ditubuhkan oleh Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia (JPJ) . AES dilaksanakan konsesi kroni BN/UMNO untuk merompak wang pemandu pemotoran  dibawah selian JPJ.

AES ialah Sistem Pengkuasaan Automatik atau dalam bahasa inggerisnya Automatid Enforment System. Dengan bahasa mudah faham ialah pemasangan kamera automatik dijalan raya Malaysia dan lampu isyarat. Kaedah pemasang ialah sistem BOOT (Built, Operate, Own and Transfer) oelh dua syarikat milik UMNO (alibaba)  dan MCA .
Menjelang tahun 2013 sebanyak 831 AES dipasang seluruh negara dengan tempuh kontrak selama 66 bulan oleh dua syarikat kroni BN/UMNO yang diluluskan oleh JPJ. Sistem AES berkuatkuasa 23 September 2012.
Setiap saman yang dikeluarkan oleh Sistem AES/JPJ kepada pemandu pemotoran dikenakan RM300. (sabit kesalahan). Selama lapan hari sisteem AES dilaksanakan oleh JPJ  sebanyak 170 juta saman dikeluarkan.
Yang menjadi tanya tanya kenapa sistem AES beri kepada syarikat persendirian?. Kenapa pehak JPJ sendiri yang mengendalikan ?. Kedua sistem AES yang dikendalikan ada unsur kejam dan merompak wang pemandu pemotoran secara agak brutal dan jahat. 
Apa tidak syarikat yang mengendalikan AES memperolehiwang dari pesalah AES sebanyak RM16 sekeping saman yang dikeluarkan EAS dan JPJ. Kedua syarikat tersebut mendapat untung satu  beroperasi sebanyak RM300-RM500 juta satu tahun .Untuk mudah faham alagi banyak saman AES dikeluarkan lagi banyak wang masuk dalam syarikat tersebut.
Ayuh sebagai rakyat Malaysia kita anjurkan satu demotrasi seluruh pejabat JPJ  Malaysia bagi membantah sistem AES dan JPJ yang tidak adil dan kejam. Ini lebih kurang apa itu AES dan JPJ secara mudah faham.
"

ALLAH Tunjuk Dosa TUN DR. Mahathir?
Posted on Thursday, October 18 @ 17:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: DukunPasir

"Diantara semua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathirlah yang paling lama memegang tampuk kuasa.Dan Tun lah antara Perdana Menteri yang pernah bersalam dengan penulis,jika tak silap waktu tu penulis baru darjah 4, Memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa termasuk Pembangkang, Tun banyak membawa pembangunan kepada negara kita. Banyak pencapaian yang dapat kita bangga dan rasai hingga kini hasil dari usaha Tun Dr. Mahathir..

TETAPI semua itu lenyap dan makin dilupakan disebabkan sikap Tun sendiri DEMI MENYELAMATKAN UMNO yang makin tenggelam dan karam.Banyak kenyataan dan isu isu yang dikeluarkan oleh Tun umpama MENDEDAHKAN DOSA DOSA DAN KESILAPAN DIA SELAMA INI ....Apa yang membimbangkan ialah rakyat akan lebih membenci Tun selepas ini. 

Isu Syaitan ,Soros, kerugian bank negara semuanya makan diri beliau sendiri, ada perkara yang sebelum ni kita tak tahu HABIS TERBONGKAR kerana SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU ,BIAR APA JUA ALASAN DIBERI RAKYAT MENILAI DARI PERSEPSI LAIN ... 

Politik zaman Tun sudah tidak sama dan tidak boleh dipakai sama sekali zaman teknologi maklumat ini, jika dulu Tun boleh berkata, Jalan ini Umno yang buat dan rakyat akan terima, tapi sekarang Rakyat sudah tidak terima alasan itu kerana jalan itu MESTI DIBUAT oleh yang memerintah! 

Sebab itulah disarankan Tun diamkan diri, lagipun yang sepatutnya lawan pembangkang ialah DS Najib bukan lagi Tun.lagipun bukankah Tun yng mahu DS Najib jadi Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO jadi mestilah Tun kena yakin dengan kemampuan beliau. Tun pun dah jadi ahli biasa...lihat contoh Adullah Badawi,Musa Hitam  RAKYAT  lebih kenang jasa mereka kerana sikap berkecuali ....

Bukan menidakkan kemampuan Tun tetapi rasanya masa sudah tidak sesuai untuk Tun kembali aktif, tiada siapa dalam dunia ni sempurna, masa inilah kita insafi diri dan perbaiki diri , yang lepas biarkan berlalu dan saya yakin jika Pakatan berjaya pun mereka tidak tergamak MENGHUKUM TUN DR. MAHATHIR ! 
"

Utusan fitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, main sentimen perkauman lagi
Posted on Thursday, October 18 @ 19:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber RoketKini 

GEORGE TOWN, 18 OKTOBER: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini memperlekehkan usaha UMNO dan lidah rasminya, Utusan Malaysia untuk memainkan sentimen perkauman melalui fitnah jahatnya dengan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang kononnya meminggirkan masyarakat Melayu. 
Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan Malaysia yang menuduh bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera untuk membina rumah kos rendah sebagai tindakan yang memakan diri sendiri.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilyah Pulau Pinang (PERDA), Dato Azhar Ibrahim dilaporkan Utusan Malaysia menyelar keputusan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan dana bernilai RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik.
“Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan,” kata Guan Eng.
Menurut beliau lagi, sejak tahun 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.
Guan Eng turut berkata bahawa sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.
“RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang,”
“Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi,” ujar beliau.
Untuk mengelakkan tuduhan sedemikian katanya, wang kerajaan negeri digunakan dahulu, memandangkan wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 unit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah sahaja sudah menjangkau RM35 juta.
Menurut beliau lagi, “Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan jaminan untuk membina rumah mampu milik dan dibukti dengan rumah pangsa. Kerajaan negeri, tidak seperti kerajaan UMNO-BN yang berjanji selama 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas dan masih tidak dibina sehingga hari ini,” sambil memberitahu bahawa 330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.
“Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?” soal beliau. – Roketkini.com


KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Lumut Terbongkar
Posted on Thursday, October 18 @ 19:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Jalan Pulang

Kedatangan Perdana Menteri Najib Altantuya ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini rupanya bukan setakat lawatan biasa tetapi rupanya ada udang di sebalik megi! Selain memuji kununnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai institusi yang begitu penting dan perlu terus dipertahan serta diperkuat dalam semua dimensi dan aspek, kedatangannya adalah untuk memastikan undi tentera tidak terlepas ke tangan Pakatan Rakyat!

Walaupun menteri besar haram Perak, Zambry Kadir bukanlah calon pilihan Najib Altantuya semasa rampasan kuasa di negeri itu pada 4 Februari 2009, tetapi jika sudah terdesak, yang lawan akan menjadi sahabat untuk berpaut di dahan yang rapuh.

Turut hadir selain Zambry adalah menteri pertahanan Zahid Hamidi yang juga difahamkan goyah di parlimennya sendiri di Bagan Datoh serta ahli parlimen Lumut yang juga menteri pengangkutan, Kong Cho Ha yang menang tipis dengan majoriti hanya 174 undi pada pilihanraya umum lalu.

Semua orang mengetahui bahawa TLDM kini diletakkan sebagai 'kem panas' berikutan salah seorang bekas panglimanya telah menyertai Pakatan Rakyat.

Dan ini menyebabkan undi anggota tentera laut kini seolah-olah terpisah dua apabila semakin ramai anggota tentera di kem tentera laut terbesar di negara itu menunjukkan simpati kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Selain isu perumahan anggota tentera yang seakan tidak pernah selesai, kebajikan anggota tentera lain-lain pangkat seolah diabaikan Kementerian Pertahanan apabila tiada satu pun langkah konkrit dilakukan untuk menyelesaikan masalah sejak lebih 30 tahun itu.
 
Maka ura-ura bahawa Pakatan Rakyat akan meletakkan calon dari kalangan bekas anggota tentera bagi menentang Zambry di DUN Pangkor tambah meresahkan menteri besar yang dilantik mahkamah itu.

Kebimbangan Zambry ada asasnya apabila sebelum kedatangan Najib Altantuya, telah banyak program bermotifkan politik dan memancing undi dilakukan yang menyebabkan sedikit ketidak selesaan di kalangan anggota tentera yang dianggap berkecuali dari fahaman politik.

Persoalannya, mampukah kehadiran Najib Altantuya menyelamatkan Zambry dari ambang kekalahan atau adakah ini satu petanda besar bahawa Barisan Nasional (BN) kini terdesak mengekspliotasi anggota tentera untuk memenangi pilihanraya umum?

Jelas kini, Zambry mahupun Najib Altantuya sudah merasai bibit-bibit kekalahan hingga terpaksa mengerah seluruh anggota perkhidmatan awam termasuk anggota tentera supaya hadir ke majlis politik walaupun berselindung di sebalik nama Jamuan Rakyat 1Malaysia.

Harapnya kini anggota tentera kian sedar dari lamunan panjang dan berani mengubah corak geopolitik negara kerana tentera adalah benteng pertahanan negara yang tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan manipulasi politik sempit BN!



Isu SUK : Utusan Tembak Peluru Tabur
Posted on Friday, October 19 @ 08:26:13 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog wartautara.com
Pada hari (kelmarin) giliran Utusan Malaysia (UM) milik UMNO pula memainkan peranannya mengeksploitasi isudesakan ahli-ahli majlis PBT Kedah supaya Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir meletakkan jawatannya. UM mencipta isubaru kepada pembaca iaitu PAS lawan KCS.

Tujuan UM mencipta isu baru adalah untuk meraih simpati dikalangan pegawai tadbir negeri (KCS), ahli-ahli politik UMNO/BN mau pun rakyat negeri Kedah kepada datuk Rasli.


Di samping, rakyat akan menyokong UMNO/BN dalam PRU 13 akan datang.Adakah usahanya berjaya atau pun gagal,UM sendiri tidak pasti. Peranannya ialah menulis dan menyampaikan maklumat mengikut kehendak dan niatnya adalah penting.

Artikel yang ditulis tidak lebih seperti melepaskan tembakan peluru tabur, barangkali bertujuan untuk mengenakan sesiapa yang ada di lapang sasarnya.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mobilasi Isu Pencabulan Akta 171, Basir Bin Ismail bahawa, sudah sekian lama rakyat tahu UM kerjanya adalah membuat fitnah, membuat laporan tidak tepat, provokatif serta menyelewengkan fakta.
Matlamatnya ialah memesongperhatianrakyatkepadatindakanahli-ahli majlis, di waktu yang sama cuba menjadi batu api menghasut pegawai tadbir negeri (KCS) supaya bangun mempertahakan datuk Rasli yang semakin lemah dan tidak keruan.
Saya juga terfikir dari mana sumber penulis UM dapat maklumat yang mengatakan Pas lawan KCS.Apa guna Pas nak lawan KCS, sedangkan Pas tahu hampir 80 peratus KCS sokong tindakan ahli-ahli majlis melanyak bos (Setiausaha Kerajaan) mereka. Malah selepas ahli-ahli majlis mengadakan himpunan aman tersebut, ada pegawai tadbir negeri yang menjemput dan membelanja mereka minum di kantin Wisma Darul Aman sebagai tanda kepuasandan kegembiraan amat sangat kerana bos mereka dilanyak.
Seorang pegawai tadbir negeri berkata, kalau boleh buat tiap-tiap minggu sampai Tok Li tersembam ke bumi. Memang patut buat macam tu, sebab terlalu ramai yang dia telah menginayai pegawai tadbir negeri yang bukan kroninya.
Basir menyelar UM,“kalau sekadar kutip maklumat di tepi longkang busuk atau pun di dalam parit, macam mana berita nak ada kualiti, buang masa pembaca saja. Lebih baik tulis perkara lain yang boleh memberi manfaat kepada para pembacanya”.
Katanya, matlamat ahli-ahli majlis mahu datuk Rasli meletakkan jawatannya.Selagi dia tidak letak jawatan, maka desakan akan kami teruskan dengan apa ju acara dan pendekatan”.
Tindakan kami adalah berasas dantidak perludipertikaikan olehmana-mana pihak termasuk penulis UM.Ahli-ahli majlis PBT Pakatan Rakyat tidak dungu seperti ahli-ahli majlis UMNO/BN Kedah.Kami faham tentang undang-undang PBT, sebab itu kami berani lawan datuk Rasli.
Kini kami telah mendapat pelbagai lagi salah laku datuk Rasli kepadara kyat, pegawai tadbir negeri (KCS) dan kerajaan negeri sejakiamenjawat sebagai SFO (Ketua Pegawai Kewangan) hinggalah menjadi Setiausaha Kerajaan (SS). Kesalahan yang dilakukanperlu dibayar dengan perletakkan jawatannya.
Sesungguhnya rakyat Kedah, KCS tidak akan membiarkan beliau bermaharajalela di dalam kerajaan negeri demi kepentingan peribadi, keluarga, kronidan UMNO/BN. Di bawah dipaparkan di antara salah laku datukRasli yang akan didedahkan kepada umum sedikit masa lagi. Mudah-mudahan pendedahan tersebut akan membantu UM menutup mulut busuknya rapat-rapat dan member tumpuan kepada isu lain yang lebih menguntungkan UMNO/BN.
Antara Salah Laku Datuk Rasli Yang Tidak Boleh Dimaafkan Oleh Rakyat Kedah, Pegawai Tadbir Negeri (KCS) Dan Kerajaan Negeri Kedah Ialah:-
(1) Pada tahun 2008 DatukRasli terlibat dengan rasuah di dalam projek pembangunan ibu pejabat baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).
Di mana, ketika itu datuk Rasli sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Perolehan Negeri Kedah dengan menaikkan harga pembinaan Kompleks MajlisPerbandaran Sungai Petani Kedah yang ditawarkan oleh kontraktor dengan harga RM40 juta kepada RM46 juta (kenaikan RM6 juta) tanpa persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
MajlisMesyuaratKerajaanNegeri Kedah ketika meluluskan pelantikan kontraktor pembinaan komplekstersebut bersetuju dengan jumlah RM40 juta sebagai harga siling.
Tindakan Rasli ini tidak bersandarkan kepadam ana-mana peraturan kewangan daniadilakukan sebelum projek dimulakan lagi.
Bagi menutup kesnya di siasat oleh SPRM, pada tahun 2010, datuk Rasli telah mengambil tindakannya meletak anak saudaranya, Puan Rozaina Binti Datuk Paduka Mohd Radzi sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani bertujuan untuk menghalang fail berkaitan projek pembangunan ibu pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani dari diserahkan kepada pihak SPRM.
Berdasarkan peri laku tersebut SPRM berhak menyiasat dan mendakwa Rasli di atas perbuatan rasuah.
(2) Datuk RaslidilantiksebagaiPengerusiJawatankuasa Zakat egeri Kedah telah bertindak tidak membahagi-bahagikan wang zakat kepada asnaf yang layak selama 3 tahun berturut-turut. Di mana, wang zakat terkumpul sebanyak RM 107 juta seolah-olah dihalang dari diserahkan kepada asnaf yang layak kerana bimbang penerima zakat akan mendapat nikmat di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.
Walaupun wang zakat tidak agihkan kepada asnaf yang layak, datuk Rasli telah mengambil kesempatan di dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Zakat Negeri Kedah 2012 mengeluarkan bonus Hari Raya AidilFitri sebanyak RM 1,000 dari wang zakat tersebut kepada setiap AJK Zakat Negeri.
Satu laporan telah disediakan oleh pihak tertentu untuk diserahkan kepada Seri Paduka Yang DiPertuan Agong selepas Baginda Tuanku berangkat pulang dari tanah suc I Makkah Al Mukarramah
(3) Datuk Rasli adalah satu-satunya Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertindak menghalang kenaikan pangkat pegawai tinggi tadbir negeri. Dimana, beliau telah menghalang kenaikan pangkat Datuk Pengarah UPEN dan Datuk Ketua Pen. Setiausaha (Pentadbiran) keGredJUSA C.
Sepatutnyakedua-dua pegawai tadbir negeri tersebut telah menikmati kenaikan pangkat sejak lapan bulanlalu. Kejahatanya menyebabkan pegawai tadbi rnegeri yang lain tidak berpeluang naik pangkat dan mengisi gred N54, N52, N48 dan N44. Tindakannya adalah taktiknya untuk memberi peluang ke pada anak, keluarga serta kroninya mengisi kekosongan jawatan tersebut apa bila pihak yang berkenaan pencen.
Dipahamkan bahawa SPA akan membawa perkara ini kepengetahuan Seri Paduka baginda DiPertuaAgong.
Berdasarkan salah laku di atas, datuk Rasli tidak layak menjawat sebagai Setiausaha KerajaanNegeri.Perbuatannya amat memalukan system perkhidmatan awam negeri Kedah. Lain-lain salah lakuakan dipaparkan di masa yang sesuai.



Tempat kerja berjauhan dari keluarga masalah terbesar anggota perkhidmatan awam kini
Posted on Friday, October 19 @ 06:42:03 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tuan Ibrahim

Institusi keluarga kini semakin pincang. Terdapat pelbagai kes di dalam sistem perkhidmatan negara yang tidak mengambil kira soal kebajikan dan status keluarga.

Mutakhir ini, terdapat banyak aduan melibatkan pertukaran atau penempatan kakitangan perkhidmatan awam yang tidak mengambil kira lokasi kerja antara suami dan isteri, sehingga mereka terpaksa berjauhan.

Lebih malang, bila berlaku penempatan baru kakitangan tidak mengambil kira faktor ini menyebabkan ada suami bertugas di Semenanjung, manakala isteri bertugas di Sabah atau Serawak. Bahkan ada suami berulang alik antara Kedah dan Pahang, Melaka dan Perlis dan selainnya.

Keadaan ini menyebabkan wujud pelbagai masalah rumahtangga, bebanan ekonomi, tekanan jiwa dan stres menyebabkan kualiti perkhidmatan awam terjejas. Bahkan terdapat pelbagai kes perceraian, perkelahian suami isteri dan lain berpunca dari tempat kerja berjauhan.

Bebanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat menyebabkan suasana pekerjaan mulai berubah pada skala besar, di mana suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung bebanan ekonomi. Bahkan ada yang terpaksa sering melakukan kerja tambahan selepas waktu pejabat.

Kerajaan diminta meneliti persoalan ini secara dekat kerana soal kebajikan kakitangan bukan sahaja pemberian bonus kakitangan, elaun dan gaji tetapi yang lebih utama ialah suasana kerja yang selesa dan menyeronokkan. Kerana bebanan kerja yang berat akan dirasai ringan, bilamana kita seronok melakukannya.



Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
19 October 2012


Masjid daif perlu dibaiki segera di Sabah
Posted on Friday, October 19 @ 02:02:12 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"KOTA MARUDU 18 Okt. 2012 - Meskipun keadaan Masjid Nurhikmah Kampung Bintasan Laut di sini agak uzur, namun, para jemaahnya tetap mengerjakan ibadah solat di situ tanpa ragu-ragu.

Selain itu, mereka juga terdedah kepada bahaya apabila sesetengah bahagian lantai masjid reput dan beberapa bahagian masjid yang berusia lebih 30 tahun itu juga dimakan anai-anai.

Pengerusinya, Zaton Mumin, 40, berkata, setiap kali hujan para jemaah juga terpaksa beralih tempat untuk bersembahyang kerana hujan menitis di ruang solat akibat bumbung dan siling usang turut bocor.

"Kami telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa agama di Daerah Kecil Matunggong untuk pembaikan masjid tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan.

Sumber: utusan.com.my

"

Solat Selamatkan Nyawanya
Posted on Friday, October 19 @ 12:52:24 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: DukunPasir

"PIN PIN!! " . Imran segera bunyikan hon kereta kerana lama menanti dalam kereta didepan rumah rakan niaganya. Hatinya mula resah takut lewat untuk bertemu pelanggan pukul 3 petang ini. Ikutkan hati mahu saja Imran telefon lagi sekali Fahmi rakannya itu....AH!! Sabar ..sabar... bisik hatinya yang mula panas itu.

Sori Im...aku solat dulu nanti dah sampai sana tak sempat " Fahmi segera masuk kedalam kereta .....Imran cuma diam.....tak berani nak berbeta walaupun nak marah kerana lama menanti.. Imran sedar dia selalu tak solat. Kereta dipecut laju menuju ke destinasi.

"Fail fail termasuk geran semua you dah bawak Mie". Imran cuba mengalih tajuk untuk LARI tanggungjawabnya kepada Allah!  

"Ada ...semua ada," Jawab Fahmi ringkas sambil meneliti semua dokumen yang diperlukan.

"Itu kot rumah Haji Ali ...." Kereta mereka menghampiri rumah sederhana besar milik Haji Ali. Kelihatan Haji Ali dah sedia menanti kehadiran mereka berdua......

Perbincangan untuk urusan beli tanah bergerak mesra ....semesra Haji Ali melayan dua orang usahawan muda yang punya cita cita tinggi.

"Alhamdulillah....selesai juga semuanya, terima kasih Tuan Haji sudi berurusan dengan kami. " Fahmi tersenyum puas sambil bersalam erat dengan Haji Ali ...
" Lain lain urusan nanti kami uruskan, baki bayaran pun kami akan uruskan secepat mungkin". Imran ketawa sambil turut bersalam dengan Haji Ali tanda setuju semuanya berjalan lancar. 


"Eh! Jemputlah minum dulu...penat Mak Aji kamu masakkan tadi..." Pelawa Haji Ali mengajak mereka ke meja makan....

"Haha ..baik baik, tapi kami TAK BOLEH lama sangat ni, saya nak ke Putrajaya selepas ni..kawan dah tunggu kat sana.". Imran berkata sambil menuju ke meja makan diikuti Fahmi yang cuma tersenyum.

Seelok mereka melangkah untuk keluar rumah, Azan ASAR kedegaran!! 

"Dah masuk Asar pun....alang alang jom kita solat jemaah dulu,nanti balik tak risau dah nak uruskan lain lain urusan" .Haji Ali berkata sambil menuju ke paip di depan rumahnya......FAHMI MEMANDANG IMRAN...Tahu sangat dia perangai rakan niaganya ini yang tidak pentingkan solat..tetapi AMAT TETAPI WAKTU JIKA BERJANJI !! .... Sebab itulah Fahmi cuma diam , tunggu apa jawapan Imran.......

" Er...betul juga tuuu...". Jawab Imran ringkas, Fahmi TERSENTAK! Adakah Imran Ikhlas nak solat? atau semata mata nak menjaga hati Haji Ali...Ah!! Husnozon sajalah ..moga moga Imran benar benar berubah! Kata hati Fahmi sambil turuti langkah Imran menuju ke paip untuk mengambil air sembahyang. 

Dalam perjalanan mereka untuk balik, Fahmi dapat rasakan Imran mungkin tidak ikhlas solat tadi....matanya asyik melihat Jam ditangan .....Imran sudah lewat....Imran lewat sebab terpaksa SOLAT .....tapi Fahmi diam saja dengan gelagat Imran. 

PUTRAJAYA ........Imran sudah sampai untuk menyelesaikan urusan kerja kedua nya hari ini...... Imran segera masuk bangunan Alamanda didepannya....matanya asyik memerhatikan jam....memang lewat ni..selalunya dia akan tunggu orang....pantang sangat Imran kalau ORANG TERPAKSA TUNGGU DIA ! 

Sampai di depan pintu kedai emas milik rakannya......dua orang polis sedang berlalu keluar....Eh! bukan dua saja, tapi ramai polis dan orang ramai dalam kedai emas ini....matanya mencari rakannya....matanya ternampak salah seorang pekerja yang dikenalinya disitu. 

"Kenapa ni Mas'ah". Apa berlaku ni...." Imran mula resah dan tak sedap hati dengan situasi yang agak kalut dalam kedai ini. 

"Kedai kami kena rompak sebentar tadi....En. Rahmat cedera kena tembak ....dah dibawa ke Hospital ......". IMRAN  TERSANDAR DIDINDING SAMPAI TERDUDUK LEMAH....bukan memikirkan kedai dirompak tetapi MEMIKIRKAN ............

KERANA SOLAT LAH DIA MASIH BERNYAWA....Jika tidak mungkin Imran  juga salah seorang mangsa dalam kejadian rompakan bersenjata ini yang boleh meragut nyawanya. 
"

Soros amat berkuasa ?
Posted on Friday, October 19 @ 12:59:12 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: tokpepijat

"Sekonyong-konyong Dr Mahathir keluarkan "fatwanya" , "Barang siapa undi PR bermakna undi untuk Soros". Dan undi untuk Soros bermakna jual negara kepada Soros. 
Tiada diketahui mengapa Mahathir berfatwa demikian. Ada dua persepsi tentang "fatwa"itu. Pertamanya, Mahathir mahu kenakan PMNajib. Mahathir tahu Najib ada berjumpa Soros.Bagi Mahathir, dengan fatwanya itu bakal makan diri PMNajib. Mengapa? Bukankah Mahathir juga ada bermesra dengan Soros selepas puas memaki hamun Soros?

Mahathir cerdik. Beliau beranggapan rakyat tidak sangat peduli dengan pertemuan beliau dengan Soros kerana beliau kini tidak lagi duduk kerusi PM. Berbeza dengan PMNajib. Pertemuan PMNajib dengan Soros memberi kesan yang besar kepada UMNO apabila Mahathir keluarkan "fatwanya".

Semua orang tahu bahawa antara perangai hodoh dan buruk Mahathir ialah memaki,menyerang sesiapa sahaja yang tidak berkenan di hatinya. Ghafar Baba, Musa Hitam,Anwar Ibrahim dan Abdullah Badwi antara mangsa yang pernah "diratah" oleh Mahathir.

Kini giliran Najib pula menunggu giliran ! Mujur Rosmah Mansor senantiasa bersamanya dan memberi motivasi untuk PMNajib menghadapi serangan ganas Mahathir !

Keduanya, terfikirkah kita apabila PMNajib mengatakan bukan dia nak berjumpa Soros tetapi Soros mahu berjumpa dengannya.

Di sini, kita terfikirkan hebatnya Soros sampai boleh "beri arahan" kepada Najib agar berjumpa dengannya. Begitu juga pertemuan Soros dengan Mahathir dulu. Adakah Soros arahkan agar Mahathir "mengadap" beliau atau Mahathir jumpa Soros untuk mengemis duit Soros ?

Apakah tandanya kepada kita jika dua orang pemimpin negara berjumpa Soros? Adakah Soros "amat berkuasa" ke atas pemimpin UMNO ? 

Apakah peranan sebenar Soros dan kaitannya dengan pimpinan negara kita?

Adakah Mahathir dan Najib sudah masuk dalam poket Soros?


Setakat ini Soros masih berdiam diri. Pada diri Soros ada banyak rahsia pimpinan UMNO.

Final PM 2012 : Pas Selangor Perlu Berdakwah
Posted on Friday, October 19 @ 13:08:05 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: bukitkeplu

"Telah ditakdirkan Final Piala Malaysia Tahun ini antara Negeri Serambi Mekah melawan Pasukan Perajurit Negara di Negeri Selangor Di Bawah PR yang rakan kongsinya adalah PAS. 

Apa yang ingin saya ketengahkan disini adalah seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz agar penyokong Kelantan Jangan tinggalkan solat ketika menonton bola .Namun pemandangan biasa bila berlaku final hanya sebahagian kecil yang bersolat Maghrib mungkin faktor utamanya kapasiti Stadium mencecah 80 ribu sedangkan surau yang disediakan hanya mampu memuatkan kurang dari 200 jemaah.

Dan paling utama tidak ada galakan dari pihak bekuasa.

Pada Final kali ini rasanya adalah menjadi tanggungjawab PAS Selangor untuk menggunakan ruang yang ada memohon jasa Baik MB Selangor/kerajaan Negeri Selangor disamping MBSA bagi merealisasikan pesanan dan harapan Tuan Guru Nik Aziz.Antara inisiatifnya Pihak Pengurusan Stadium perlu membuat pengumunan rasmi menggalakkan penonton bersolat Maghrib disamping itu pihak MBSA juga perlu memperbanyakkan tempat wuduk sementara disekeliling stadium,Mudahan Final Piala Malaysia Kali ini akan terserlah roh-roh islam Di Negeri Selangor.Saya yakin majoriti penyokong akan solat Maghrib kerana kebanyakan yang datang adalah penyokong Serambi Mekah.




"
 


Tiada ulasan: