Selasa, 16 Oktober 2012

NAMA PUN TIBAI...MEMANG DIA TIBAI LAH...HARAP2 DIAKHIRAT TAK KENA TIBAI LAH

Kenapa Lelaki Haram Memakai Emas
Posted on Monday, October 15 @ 16:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: blalang

"*Sekadar Gambar Hiasan Shj.

Dari Abi Musa RA bahawa Rasulullah saw bersabda, ”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..” [HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih] 1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah SWT turun melalui RasulNya, para sahabat tak pernah bertanya dan langsung melakukannya ketika itu juga. Hampir jarang ada penjelasan ilmiah.

Dan biasanya kemudian, pada beberapa ratus tahun lagi tersingkap kebenaran misteri dalam berbagai perintah Rasul itu. Begitu pula dengan larangan lelaki memakai perhiasan dibuat dari emas termasuk emas putih.
Secara medis, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka dampak yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “).
Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ? Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui keuzuran.
Fakta: Pakar perubatan di China telah membuat rawatan ‘Negatively Charged Gold Nanoparticles’ untuk mengubati Alzheimer.
Mahabesar Allah. Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net.


Bila yang pakar pun kecundang
Posted on Monday, October 15 @ 17:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Roslan SMS

Satu berita menarik perhatian saya dalam akhbar The Star hari ini [pautan]. Bukan cerita politik, dah muak agaknya baca berita politik hari-hari. Kali ini berkenaan kehidupan seharian. Berita berkenaan kematian seorang tukang telek nasib atau ahli nujum di Chennai, India.

Ceritanya seekor gajah yang di bawa ke perkarangan sebuah kuil di sana bagi tujuan pemujaan telah membelasah si ahli nujum tadi, P Ganesan dengan belalainya apabila Ganesan menganggunya. Akibatnya Ganesan telah meninggal dunia.

Seorang tukang telek yang kerjanya menelek nasib, membaca masa depan orang lain, akhirnya mati tanpa sempat membaca nasibnya sendiri!
Begitulah kuasa Allah swt, cerita ini memberi iktibar kepada saya agar jangan kita menyangka kita ini pakar dan hebat dengan sesuatu yang ada pada kita, semuanya hiasan semata-mata dan kekadang “artificial”. Kalau Allah hendak memberi Ia memberi dan kalau Ia mahu mengambil kembali, sekelip mata sahaja, subhanallah.

Benarlah firman Allah swt:
“Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (An-Naml: 65)

Sumber: n32.blogspot.com



Subhaanallah, planet terbentuk daripada belian
Posted on Monday, October 15 @ 06:40:32 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: detikislam

"detik islam

Pasukan gabungan penyelidik Amerika-Perancis menemui sebuah planet yang diperbuat daripada berlian. Ini bukan mengada-ada, sebahagian besar susunan bahan planet yang diberi nama '55 Cancri e 'itu terdiri daripada berlian.

Ketua pasukan penyelidik dari Yale University, Nikku Madhusudhan, mengatakan, '55 Cancri e 'berukuran dua kali lebih besar dengan saiz lapan kali ganda daripada Bumi. Planet itu terletak di konstelasi Cancer, sekitar 40 juta tahun cahaya dari Bumi.

Para astronomi sejatinya telah mengesan planet ini sejak tahun lalu. Pengesanan itu kemudian dilanjutkan dengan pemerhatian oleh pasukan penyelidik terhadap radius dan massa planet untuk menentukan sususan kimianya.


"Permukaan planet itu lebih mungkin berupa grafit dan berlian daripada berupa air dan granit," kata Madhusudhan seperti dilaporkan AFP, Jumaat (12/10).

Lebih lanjut, '55 Cancri e 'bergerak mengelilingi sebuah bintang yang disebut '55 Cancri'. Jarak antara keduanya sangat dekat sehingga satu kali revolusi (satu tahun) hanya memerlukan masa 18 jam. Akibat jaraknya yang sangat dekat dengan bintangnya, suhu '55 Cancri e 'sangat panas. Suhu dianggarkan mencapai rata-rata dua ribu darjah celcius.

http://detikislam.blogspot.com"
Antara Najib dan Anwar siapa yang rakyat pilih
Posted on Monday, October 15 @ 10:38:05 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Perkataan “pilih” memang tidak boleh dipisahkan dengan pilihanraya umum yang mana mengundi itu sebagai satu syarat untuk memilih satu satu parti menerusi calon calon yang bertanding untuk memerintah negara.

Maka rakyat dberi peluang untuk mengundi dan memilih mana mana calon yang bertanding dalam pilihanraya umum yang diadakan lima tahun sekali.

Hari ini kita ada dua tokoh yang diberi perhatian khsusus dan jadi pilihan rakyat, macam juga pilihanraya “presiden” di Amerika Syarikat antara Barack Obama dan Mitt Romney bekas gabenor Massachusetts.

Di Malaysia nama Najib dan Anwar disebut siapakah yang rakyat pilih. Di Amerika syarikat nama Obama masih mengatasi pencabarnya. Tetapi dimalaysia nama Najib seakan berada dibawah berbanding Anwar.

Najib walaupun perdana menteri yang telah sedang dan akan mengadakan pelbagai transformasi masih tidak dapat mengatasi Anwar miskipun ketua pembangkang di Parlimen yang dianggap pandai berjanji tetapi dikatakan berbohong.

Najib walaupun presiden umno dan pengerusi Barisan Nasional tetap berusaha dengan sedayaupaya untuk memenangi PRU 13, termasuk memberi bantuan RM 500 kepada isi rumah dan RM 250 kepada orang bujang untuk mengatasi Anwar.

Setakat hari ini nama Najib masih juga tidak boleh mengatasi Anwar yang yang kononnya tidak buat apa apa, kecuali hanya berjanji itu dan ini yang kadang kadang ada yang tidak masuk akal.

Pada penulis, walaupun debat antara Obama dengan Romney dibuat secara langsung, juga debat antara Najib dan Anwar berlangsung secara tidak resmi dan telah dibuat penilaian oleh rakyat siapakah yang akan mereka pilih.

Di Amerika Syarikat apabila rakyat pilih Obama bermakna Romney kalah. Berbeza di Malaysia. Apabila rakyat pilih Najib, tidak bermakna Anwar yang Kalah, kerana kedua dua tokoh Negara ini bertanding sebagai Ahli parlimen.

Mungkin Najib dipilih di Parlkimen Pekan Pahang dan Anwar pula di pilih di Parlimen Pemantang Pauh Pulau Pinang. Najib menang. Anwar menang. Jika BN mempunyai majority dalam parlimen maka dialah yang memerintah. Nasjiblah perdana menteri.

Jika Anwar di pilih di parlimen permantang Pauh PR mempunyai minority, Anwar tetap akan jadi ketua pembangkang miskipun pengaruhnya mengatasi Najib.

Pada penulis, kedua dua tokoh politik Negara memang mereka menajdi pilihan rakyat. Yang akan menantukan siapa akan jadi perdana ialah majority ahli parlimen yang bertanding antara BN dan PR."
Dr Hasan Ali hanya sebagai alat Umno
Posted on Monday, October 15 @ 14:38:37 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber HarakahDaily

KOTA BHARU: Kenyataan bekas seorang ahli PAS yang dipecat supaya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am menjelaskan keadaan sebenar Datuk Dr Hasan Ali sebagai alat Umno. 
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kenyataan bekas anggota Exco Selangor itu selari dengan kehendak Umno.

Adakah beliau juga sudah menjadi alat Umno. Beliau tidak berhak buat desakan sebab sudah pun ditolak dan dipecat sebagai ahli PAS,” katanya pada satu kenyataan di sini.
Hasan dalam laporan media tajaan Umno semalam dilaporkan mendesak Mursyidul Am PAS berundur dan menyerah jawatan kepada timbalannya, Datuk Dr Harun Din.
Kenyataan itu juga diulas seorang lagi bekas pemimpin PAS, Datuk Nakhaie Ahmad dengan menyatakan sokongan kepada saranan Hasan.
Dr Mohamed Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan Hasan cuba melagakan Mursyidul Am dan timbalannya dianggap sebagai suatu tindakan yang berniat jahat.
“Mursyidul Am PAS mendapat sokongan padu ahli-ahli dan penyokong PAS. Keputusan untuk bersama Pakaran Rakyat adalah keputusan bersama PAS Pusat.
“Kami ingin berterus terang bahawa ahli PAS kesal dan terguris hati dengan tindakan Dr Hasan Ali. Beliau patut ingat budi PAS padanya.
“Baru masuk PAS terus diberi kepercayaan menjadi Naib Presiden, menang dua kerusi Dun dan Parlimen serentak atas tiket PAS, kemudian pegang Exco juga atas tiket PAS, namun hari ini mengambil sikap bermusuh pula dengan PAS,” katanya.

Ceramah TIBAI di Sungai Rokam penuh dengan maki hamun
Posted on Monday, October 15 @ 15:07:08 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog bumiperak


Zahid Mat Arip bekas Naib Pemuda PKR sebagai wakil TIBAI dan Zulkifli Nordin bekas ahli Parlimen PKR dari Kulim sebagai wakil JATI di ceramah bersama UMNO dan Perkasa.


Sebahagiannya golongan remaja yang diangkut dengan lebih dari 10 buah bas bagi meramai orang


 Bas-bas menurunkan penumpang dari luar kawasan jika tidak ceramah Hamidah Osman sudah tentu tiada sambutan.


Bukan datang sahaja... cukup dengan jamuan makan, kenderaan dan upah.

Sumber: bumiperak


Audit: 23 syarikat untung RM255b, hanya 10 bayar dividen
Posted on Monday, October 15 @ 15:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Sinar Harian

Parlimen[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Laporan Audit Negara 2011 merumuskan sebanyak 23 syarikat kerajaan mencatatkan keuntungan RM255.8 bilion sepanjang tiga tahun antara 2008 dan 2010 manakala sembilan lagi mengalami kerugian terkumpul RM2.5 bilion.
Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga berkata, daripada 23 syarikat yang memperolehi keuntungan RM255.8 bilion, hanya 10 syarikat membayar dividen kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM109.364 bilion manakala

Parlimen 
empat syarikat yang lain hanya membayar dividen bagi tahun-tahun tertentu.
"Sebanyak 20 daripada 25 syarikat telah membayar cukai bagi tiga tahun berturut-turut berjumlah RM81.382 bilion kepada kerajaan," katanya dalam laporan yang diedarkan di Parlimen.
Seksyen 6(d) Akta Audit 1957 mengehendaki Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan untuk menilai sama ada aktiviti kerajaan diuruskan dengan cekap, berhemat dan selaras dengan objektif aktiviti berkenaan.
Pengauditan tersebut melibatkan pelbagai aktiviti seperti pembinaan, infrastruktur, penyenggaraan, pengurusan aset, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan hasil, pelajaran, kesihatan, pertanian, modal insan dan program peningkatan sosioekonomi.
Katanya, laporan ini mengandungi perkara yang telah diperhatikan hasil daripada pengauditan terhadap 58 aktiviti atau projek di bawah 28 kementerian atau Jabatan Persekutuan dan pengurusan tujuh syarikat kerajaan.
"Pada umumnya, terdapat kelemahan seperti 'improper payment', kerja atau bekalan tidak mengikut spesifikasi atau tidak berkualiti atau tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, pengurusan hasil dan pengurusan aset kerajaan," kata Ambrin dalam laporan kali ini.
Katanya, kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan atau prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan; kurang teliti semasa merancang program atau projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender; tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja-kerja kontraktor atau vendor ataupun perunding; kurang kemahiran dalam pengurusan projek; lewat membuat keputusan mengenai perolehan; sistem maklumat jabatan atau agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini; kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program atau projek; kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset; dan kekurangan pegawai untuk mengutip hasil.
Ambrin berkata, bagi membantu kementerian atau jabatan atau syarikat kerajaan memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 dan
2010, sebanyak 547 syor telah dikemukakan untuk tujuan tersebut.
Katanya, pemeriksaan susulan yang dijalankan setakat 30 April lalu mendapati 241 (96.4 peratus) daripada 250 syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 telah diambil tindakan dengan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.
"Manakala bagi tahun 2010, sebanyak 220 (74.1 peratus) daripada 297 syor yang dikemukakan telah diambil tindakan.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2011 ini pula, katanya, sebanyak 356 syor telah dikemukakan kepada Kementerian atau jabatan atau syarikat kerajaan berkenaan untuk tindakan pembetulan atau bagi mengelakkan kelemahan yang sama daripada berulang. Jabatan ini akan membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang berkenaan terhadap syor tersebut dan akan melaporkan kedudukan terkininya dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012.
Laporan Audit Negara berkata, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menyatakan bahawa bayaran dividen sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai setiap tahun perlu dibayar kepada kerajaan sebagai pemegang saham.
Sekiranya keuntungan lebih diperoleh bagi sesuatu tahun kewangan, peratusan dividen perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa  menjejaskan kedudukan kewangan syarikat.
Laporan itu menambah, sehingga tarikh pengauditan pada bulan Mei 2012, adalah didapati 14 atau 29 peratus syarikat daripada 47 syarikat telah membayar dividen bagi tahun kewangan 2010 yang berjumlah RM49.488 bilion.
"Daripada jumlah tersebut 10 syarikat memperolehi keuntungan dan membayar dividen selama tiga  tahun berturut-turut berjumlah RM109.364 bilio," katanya.
Sepuluh syarikat yang membayar dividen sepanjang tiga tahun ialah Petronas  RM109,000 juta, Felcra (RM13.50 juta), Perbadanan Nasional Berhad (RM30.04 juta), Amanah Raya Berhad (RM2.70 juta), Malaysian Kuwaiti Investment Corporation Sdn. Bhd. (RM14.04 juta), Prokhas Sdn. Bhd. (RM 6.75 juta), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM280 juta), Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (RM2.06 juta), Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (RM12.32 juta) dan Sirim Berhad (RM2.96 juta).

Bekas ahli USNO dipelawa sertai PAS
Posted on Monday, October 15 @ 17:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber DPP Sabah

PAS Sabah mempelawa semua bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) untuk menyertai parti itu untuk merealisasikan sebuah 'perjuangan berasaskan keadilan dan kesejahteraan rakyat negeri itu'.

Ketika membuat pelawaan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata parti itu telahpun menerima banyak permohonan dari bekas ahli USNO, khususnya dari daerah Tawau.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pihaknya PAS Sabah telah menghantar permohonan mereka untuk menjadi ahli PAS kepada ibupejabat PAS pusat.

"Terdapat sejumlah ahli USNO dari Sandakan dan Kota Kinabalu yang juga telah mengisi borang keahlian PAS dan telah diterima menjadi ahli," katanya.

Hamzah berkata, perjuangan PAS mempunyai banyak persamaan dengan USNO di mana asas perjuangan kedua-dua parti ini adalah berdasarkan kepada keadilan sejagat.

"Allahyarham Tun Mustapha, pengasas USNO dan Bapa Kemerdekaan Sabah mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Allahyarham Datuk Yusof Rawa, Presiden PAS kelima selepas Datuk Asri Muda," katanya.

Beliau berkata, Allahyarham Tun Mustapha juga mempunyai hubungan yang baik dengan Subky Latiff, seorang wartawan dan penulis terkenal, yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Menurutnya, UMNO pernah melukakan hati Allahyarham Tun Mustapha sewaktu parti itu hendak memulakan langkah mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Oleh itu, Hamzah mendakwa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Tun Mustapha di Kudat kelmarin "tidak lebih hanya sebagai sebuah lakonan dan helah yang agendanya cuba melunakkan hati para penyokong dan ahli USNO".

"PAS Sabah menasihatkan para penyokong serta ahli USNO agar 'tidak jatuh di lubang yang sama sebanyak dua kali'.

"Insiden yang pernah menimpa USNO juga telah dialami PAS di mana PAS yang telah berkorban dengan menyertai BN atas pelawaan UMNO pada tahun 1974, akhirnya ditendang keluar oleh UMNO apabila merasakan UMNO tercabar dengan kekuatan PAS yang semakin meningkat," dakwanya.

Hamzah mendakwa, USNO juga 'pernah ditendang keluar oleh UMNO' kerana parti itu membangkitkan isu penyerahan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya, PAS bersedia mempertimbangkan cadangan bagi meletakkan beberapa bekas pemimpin USNO sebagai calon untuk pilihan raya umum ke-13.

"PAS Sabah telahpun bermesyuarat sebelum ini dan bakal mengumumkan keputusannya pada masa yang sesuai," tambah Hamzah.

Sumber: Pemuda PAS Sabah


Pegawai kastam 'membeli-belah' RM1.82 juta
Posted on Monday, October 15 @ 14:46:15 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aidila Razak

Seorang pegawai kastam membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan yang mencecah RM1.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Pegawai tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan itu, telah membuat pesanan secara lisan bagi barangan tersebut, yang sesetengahnya berharga ribuan ringgit, dan melebihi kuantiti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penetapan Permohonan Pembelian Peralatan Logistik Pencegahan.

Pegawai itu membuat pesanan berikut:
  • Tambahan 50 sistem GPS sedangkan dia hanya diberi kuasa untuk membuat pesanan bagi 30 sahaja, pada harga RM6,174 setiap satu;
  • Tambahan 100 lampu Search Light Hell sedang jumlah yang diluluskan adalah 50 sahaja pada harga RM1,292,60 setiap;
  • 60 lampu beacon pada harga RM1,311 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.
  • 250 lampu suluh yang boleh dicas semula pada harga RM1, 217,16 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.
  • 100 walkie-talkie pada harga RM5,259 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.
Pegawai tersebut telah tidak diberi kuasa untuk membuat pesanan  bagi lampu beacon, lampu suluh dan walkie-talkie.
Menurut laporan audit, pembelian itu dibuat pada 2007 tetapi pembekalnya, True Target Resources, tidak dapat dibayar kerana bil tersebut telah melebihi bajet perolehan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ia menambah, Perbendaharaan pada tahun 2010 telah meluluskan 
pembayaran dan satu siasatan dijalankan terhadap pelanggaran peraturan tersebut.

Kementerian Kewangan pada 22 Disember 2010 telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kastam supaya membuat laporan polis terhadap pegawai terbabit.

"Bagaimanapun, tiada tindakan diambil terhadap pegawai terlibat kerana beliau telah meletakkan jawatan dengan notis 24 jam pada 26 Februari 2008," kata laporan audit tersebut.

Pada 24 Mei 2012, Jabatan Kastam membuat laporan polis terhadap 
pegawai berkenaan.

 

Tiada ulasan: