Selasa, 16 Oktober 2012

KITA MERANCANG...ALLAH JUGA MERANCANG...MALAH LEBIH AWAL...RANCANGAN KITA YANG BELUM SEMUA DALAM ILMU ALLAH...LAGI SATU KITA LUPA....ALLAH JUGA MENGHUKUM...ALLAH BOLEH MENGHUKUM DIMANA2 DAN DENGAN PELBAGAI CARA...MAKA TAKUTLAH...FIKIR2KAN LAH

Para Dermawan Rahsia Musa Aman: Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah
Posted on Monday, October 15 @ 19:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Sarawak Report

Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.
Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.
Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO?
Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!
Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.
Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.
Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?
Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).
Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.
Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.
Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!
Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.
Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.
Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!
Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:
“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik,” katanya, katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.
Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya,” [New Straits Times]
Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah.
MUSA’S SECRET DONORS -We Blow The Whistle On UMNO’s Sabah Kickbacks!This weekend Malaysia’s PM, Najib Razak, indicated it was perfectly “proper” for his party to accept secret donations of millions of dollars from undisclosed sources.
He was referring to the RM40million that the Hong Kong authorities seized in 2008 in the possession of a courier Michael Chia, who was in the process of trafficking the money in a suitcase to Sabah.
For the past four years the Chief Minister of Sabah, Musa Aman, has strenuously denied that this money had anything to do with him or indeed that he had “any business association whatsoever” with Michael Chia.
However, the Prime Minister has now been forced to admit in the face of overwhelming evidence that the money was linked to Musa. He is nevertheless trying to make the ‘excuse’ that the purpose was to spend it on their own political party UMNO.
In any other country such an excuse would be treated as an admission of enormous guilt, because of course it is just as criminal to launder illegal money on behalf of your political party as it is for yourself!
But in the looking glass world of an utterly corrupted Malaysia under BN, it appears that Najib is hoping that enough of his followers will accept that Musa can be excused prosecution on these grounds.  After all Najib desperately needs Sabah’s votes to hang on to power at the General Election.
What about the payments to Musa’s kids?
Musa Aman time for an apology – for years he denied the money was anything to do with him. He accused Sarawak Report of fraud and defamation. Now it has been admitted by the PM that the money was destined for him to spend on his political party UMNO
This startling and shocking recent series of admissions and excuses by BN’s leadership over the past days has been met with silence from Musa himself.  But, since he has been now confirmed by his own party as the man behind the money in the black bag, he should at the very least be making some apologies for lying for so long that he had nothing to do with this affair.
Musa should also say sorry for denying his association with Michael Chia, who was bringing him this money and he should say sorry to Sarawak Report, whom he accused of publishing forged documents and spreading falsehoods.
Meanwhile, BN/UMNO has brought not the slightest piece of evidence to back up its claims about where the money was destined and it is still refusing to admit where it came from!
Let us make clear again, if this money was legitimate then it would have been simple to transfer from one bank account to another.  So, why would anyone attempt to smuggle RM40 million in dirty notes if it was legitimate cash?
This entire shambles of an excuse about payments to UMNO is anyway completely destroyed by the proof that Michael Chia was also making payments from his accounts to Musa’s own sons as a standing arrangement over many years.
Was the education of Musa’s sons in Australia and their spending money ‘UMNO party business’?
Don’t rely on “forged documents” from Sarawak Report for the proof on this matter. Go to the High Court of Singapore and look at the depositions made by the Swiss UBS Bank, which has been seeking to defend its management of these accounts for Michael Chia.
In its evidence the bank swears to a series of payments from these accounts made out to the sons of Musa Aman!
Excerpt from UBS Bank evidence to the High Court of Singapore in the case of Blisstop Corporation & Zenique Investments Vs UBS Bank and (Michael Chia’s wife) Yap Loo Mien – Suit No 752 2010/N
These recorded payments perfectly match the bank statements we ourselves have acquired from the MACC’s own investigation of this matter (now being suppressed by UMNO ministers), which puts paid to the notion of “forgery” once and for all.
Confirmed – the payments referred to by UBS in its own court depositions are amongst the very ones registered in the statements we have, which were submitted to the MACC investigation
This wipes away the thin excuse (as if it ever was an excuse) that the Chairman of UMNO Sabah was only using this money to his political advantage as opposed to his personal advantage.  Some of this money was definitely also funding his family.
The reason for transparency
Even more astonishing is the Prime Minister’s insistence that the world should take on faith his half-hearted and belated confessions about this affair.  While he has admitted the money was indeed for UMNO, he refuses to say where it came from !
Is the world really supposed to take on trust that this sordid transaction, involving used notes stuffed into suitcases was all above board and there was no hint of corruption involved? If so, why is the PM not prepared to provide the evidence?
It seems BN are saying that the methods used by the rest of the civilised world to ensure accountability are not needed by BN, because we can trust them not to accept corrupt money!
The key donors – we expose the source of the money! 
In which case the Prime Minister will surely not mind if we spell out some of the sources of the funds that have been pouring into the UBS accounts managed by Michael Chia in Hong Kong, from which he pulled the RM40 million.
These documents all form part of the MACC investigation, which is now being suppressed by Ministers.
Donor 1Andrew and Freddy Lim, Sabah timber tycoons
The Lim brothers have numerous concessions provided by Yayasan Sabah of which Musa Aman is the Chairman (as well as being Chief Minister and of course the Chairman of UMNO).  These are some of the concessions:
Concessions provided to Andrew Lim, according to documents in the possession of the MACC investigation.
Our researches show that the companies Maxland Sdn Bhd, Cergas Kenari Sdn Bhd, Maju Sinar Sdn Bhd are all run by Priceworth Industries Sdn Bhd of which Andrew Lim is the boss. Lim is also the controller and shareholder of numerous other timber companies in Sabah.
The registered shareholder of for example Bountiful Returns Sdn Bhd, which received a logging permit for 8,000 hectares of “Primary Virgin Forest” at Kuamat in 2003 (see above) is Andrew Lim.
Lim Nyuk Foh is Andrew Lim
Andrew Lim and his brother Freddy Lim were also behind the timber agents Wayco Enterprises Ltd, based in Hong Kong and the company Hillywell Inc. which were paying millions of dollars into Michael Chia’s UBS accounts.  These payments were highlighted by the Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC) in their investigations.
Numerous payments from Wayco and Hillywell were made into Chia’s accounts. Should secret donations from timber barons receiving timber concessions go unrecorded by UMNO?
If there is nothing wrong with millions of dollars being donated to Sabah UMNO (Chaired by CM Musa Aman) from timber barons who have received valuable concessions granted by the Board of Yayasan Sabah (Chaired by CM Musa Aman), why does the Prime Minister leave it to Sarawak Report to make all this public?
He should openly admit his donors and say he is proud that UMNO Sabah benefits from millions in timber kickbacks for licences that have destroyed great areas of remaining virgin forest and that it is pleased to receive these moneys in unmarked, dirty notes, transported by illiterate couriers in black bags (Chia, who is registered on numerous timber concessions himself and has a string of flash motors, has described himself as illiterate many times in court depositions).
Chia Tien Foh is the Michael Chia who was arrested carrying RM40million in a bag from Hong Kong. UMNO has now admitted that the money was destined for CM Musa Aman to spend on the party’s election costs in 2008. Fuller details required!
Donor 2 – Ting Pek Kiing, Sarawak Tycoon/ Ngui Ing Chuang/ Simon Ling
Companies associated with Sarawak tycoon Ting Pek Kiing have also received numerous concessions from Yayasan Sabah. Meanwhile other companies associated with the tycoon have at the same time generously donated to the accounts from which Michael Chia drew USD$16million (RM40million) to bring to Musa in 2008.
Simon Ling Ding Dieng is Ting Pek Kiing’s cousin and business partner and he has received concessions as has timber baron Ngui Ing Chuang.
Some of the companies awarded concessions which were owned by these businessmen
So, no surprise that Ngui Ing Chuan and Ting Pek Kiing’s own son Peter Ting (Ting Sie Huong) turn out to be the key shareholders of a company Borion which has paid numerous large payments into the accounts of Michael Chia, which were then drawn from to provide this payment to Sabah UMNO’s Chairman, Musa Aman!
Chia has received payments from Borion into numerous different accounts, including the one he withdrew money from for the Sabah UMNO Chairman, Musa Aman
Donor No 3 – Admond Looh, Sabah timber tycoon
Java Industries’ Admond Looh Boon Chai (sometimes called Edmond) also received a great number of timber concessions through a large number of companies, listed by the MACC in one of the documents we have received.

Edmond/Admond Looh (Looh Boon Chai) was the Chief Executive Director of Java Industries until 2010 and organiser of numerous concessions from Yayasan Sabah through many companies
Looh was also the controller of a number of companies which paid substantial sums into the network of companies controlled by Michael Chia on behalf of Musa Aman (as has now been admitted).  These companies included Well Capital Finance, Ever Fame Enterprises and Multilink Star Incorporated.
Looh knew just what he was paying Chia for – the transaction was labelled “payment for concession”! Is this acceptable income for Sabah UMNO?
Mr Looh was always very particular in making sure that his telegraphic transfers to Chia’s companies spelt out the reasons for the payments, perhaps in case the recipient might not remember what these particular millions were for.
The MACC has evidence of numerous payments from Looh’s companies, after all he had numerous concessions granted by Musa Aman in his capacity as Chairman of Yayasan Sabah.
“Deposit for logging concession”! Mr Looh’s helpful reminder in this payment from Multilink Star
In fact money was pouring in from Mr Looh’s various companies into Chia’s accounts over a number of years and all this information is with the MACC!
Zenique was just one of the BVI companies that Chia controlled to accept these payments
There is a good deal more evidence of such kickback payments in the mass of documentation that is available to the MACC.  However, clearly BN has now made a judgement that kickbacks are OK as long as they are destined for their own political party (as opposed to others?).
This is how the Prime Minister answered awkward questions over the weekend:
Every political party has a right to receive political donations,” he said, adding that the political donation was done in a proper and acceptable manner.
Mr Najib declined to reveal the source and added that the opposition also received political donations. ”The opposition also receives donations and they don’t disclose,”[New Straits Times]
Such claims deserve to be tested in court.
PARA DERMAWAN RAHSIA UNTUK MUSA – Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah!


Dana asing seludup RM40 juta, Jingga 13 buat laporan Polis esok

LAPORAN Polis akan dibuat oleh Jingga 13 terhadap Dato Seri Najib Razak, Dato Seri Panglima Musa Aman, Micheal Chia dan Umno Sabah berkaitan penyeludupan wang haram RM40 juta, untuk Umno Sabah. 

Tarikh : 16 Okt, 2012 
Masa : 2.30 ptg , 
Tempat: Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. 

Jingga13 dengan segala hormatnya menjemput semua media untuk membuat liputan. 

Terima kasih 

Fariz Musa 
Ketua koordinator Jingga13 Malaysia 

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pendedahan laporan hasil siasatan SPRM oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz di parlimen bahawa wang RM40 juta yang diseludup masuk ke negara ini dari Hong Kong adalah untuk Umno Sabah. 

Najib Razak pula dalam satu kenyataannya di akhbar tempatan menyebut bahawa ia merupakan "sumbangan politik". Persoalannya di sini, adakah dana asing seludup dibawa masuk ke negara ini tidak menyalahi undang-undang dengan alasan ia sebagai sumbangan politik?


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/dana-asing-seludup-rm40-juta-jingga-13.html#ixzz29QgGTl5f


  Kahwin: Lelaki perlu 3 ‘ras’ bukan jutaan ringgit...!
Posted on Tuesday, October 16 @ 02:43:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Lanh14

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  Renungan  Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

SEORANG saudara meminta saya berceloteh mengenai kisah kahwin didakwa menelan belanja RM1.3 juta dengan dihadiri 130,000 tetamu yang berlangsung berhampiran kampung saya baru-baru ini.

Maaflah, saya keberatan berbuat demikian. Ini bukan kerana kerana saya tidak hadir malah tidak dijemput pun ke majlis itu bagi membolehkan saya mudah berceloteh mengenainya tetapi bimbang terlebih celoteh; takut-takut nanti kalau saya kahwinkan anak saya, saya pula terikut-ikut gaya mewah berkenaan, saya terlebih pula – mengata dulang..., awak pula lebih teruk!
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya ‘terbaca’ kisah perkahwinan yang hebat-hebat. Dulu semasa kecil, saya kuat berangan dengan membaca buku hikayat Melayu lama (Penglipur Lara) seperti Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Demam, Hikayat Awang Suluh Merah Muda dan Hikayat Malim Dewa.
Tentunya saya sudah lupa jalan cerita kisah-kisah ini tetapi ingatan terhadap gambaran perkahwinan putera dan puteri raja masih tertancap di minda.
Pesta kahwinnya berlangsung 7 hari 7 malam, atau lebih dahsyat lagi 40 hari 40 malam dengan ‘kerak nasi membukit’, ‘darah sembelihan lembu macam sungai’ malah ada puisi khas mengenai tetamu (rakyat) iaitu “yang capik datang bertongkat, yang buta datang berpimpin, yang pekak datang bertanya, yang kurang mengekor angin.” Agaknya, jika semua rakyat datang, tidak sukar mengumpulkan 100,000 tetamu!
Kisah cinta asyik mahsyuk Sultan Mahmud Melaka terhadap Puteri Gunung Ledang juga saya ikuti penuh minat. Puteri itu melalui Tun Mamat dikatakan meminta antara lain; tujuh dulang hati kuman, tujuh dulang hati nyamuk, dibina jambatan emas menghubungkan Gunung Ledang dengan Melaka dan semangkuk darah anakanda Sultan, Raja Ahmad sebagai hantaran peminangan. Sultan Mahmud dikatakan tidak sanggup menyediakan darah Raja Ahmad, jadi perkahwinan itu tidak menjadi kenyataan.
Selepas mengikuti ‘kisah-kisah perkahwinan yang dahsyat’ ini, saya ‘berat hati’ untuk membuat ulasan majlis perkahwinan dekat kampung saya itu yang khabarnya dimasukkan ke dalam buku Rekod Malaysia sebagai majlis perkahwinan mencatatkan paling ramai tetamu iaitu 130,000 orang.
Pada pendapat saya yang daif ini, jumlah kehadiran atau kos perkahwinan (130,000 orang dengan kos RM1.3 juta) tidak ada apa-apa sumbangan bagi kebahagiaan pasangan suami isteri agar hidup mereka penuh kasih sayang sepanjang hayat dengan berpandukan kehendak Islam.
Apa yang berlaku selepas perkahwinan perlu diberi penekanan; berhubung perkara ini saya sungguh tertarik dengan celoteh Ustaz Mohamad Abdullah Al-Amin di Radio IKIM baru-baru ini mengenai hal yang perlu ada pada pengantin lelaki baru dan lama dalam melayari rumah tangga. Beliau memberitahu lelaki perlu ada ‘3 ras’ bagi membina rumah tangga bahagia.
‘Ras’ pertama adalah ‘waras’, katanya. Orang lelaki mesti waras dalam segala tindak tanduknya. Sentiasa sabar dan tenang. Matang dalam pemikiran. Semua tindakan dan keputusan dibuatnya adalah berpandukan kehendak agama. Tidaklah dengan mudah bertindak memukul atau menceraikan isteri.
Dalam kes orang mengahwinkan anak, tak tahulah kita lelaki yang berbelanja jutaan ringgit atau mengharapkan kehadiran ratusan ribu tetamu di majlisnya sebagai orang waras atau tidak.
‘Ras’ kedua adalah ‘beras’. Ertinya lelaki mestilah sentiasa memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya. Nafkah perlu dipenuhi; termasuk dari segi keperluan makanan. Orang Malaysia (Melayu), makanan asasinya nasi (beras) jadi pastikan bekalan beras sentiasa ada dalam rumah.
‘Ras’ ketiga adalah ‘keras’. Hah! Hah! Hah! ‘Keras’ ini bermakna kesihatan. Orang lelaki mesti menjaga kesihatan diri. Makan dan minumlah bahan baik-baik seperti madu dan makanan tambahan kesihatan. Jangan lupa bersenam, jaga badan. Tak guna ada wang berjuta-juta ringgit (termasuk untuk kahwinkan anak) jika tak ada ‘ras’ ketiga ini! Jadi jagalah ‘ras’ ini baik-baik!!!
http://lanh14.blogspot.com/ 

 Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Kuala Cahaya tidak tergendala
Posted on Tuesday, October 16 @ 03:15:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog Warta Kedah

KUALA KETIL – Laporan media baru-baru ini yang menyatakan bahawa  Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Kuala Cahaya, Mukim Teloi Kanan tergedala adalah tidak benar kerana ianya dalam proses akhir sebelum beroperasi.

Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Air Darul Aman (SADA), Rofedi Sulaiman berkata, projek tersebut dalam proses terakhir iaitu proses pengumpulan dokumen penduduk.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan ringkas  SADA dengan penduduk kampung.
“Projek bekalan ini sebenarnya sudah siap sepenuhnya iaitu melibatkan jarak sepanjang empat kilometer.
“Namun, kami sedang menunggu dokumen lengkap sebelum diserahkan kepada pihak SADA dalam tempoh terdekat. Pengumpulan dokumen tersebut merupakan prosedur penting sebelum bekalan air disalurkan kepada penduduk kampung,” katanya.
Menurutnya lagi, dokumen ini penting bagi memastikan penduduk kampung bersetuju menerima paip baru yang bernilai kira-kira RM500 ribu.
Sebenarnya tiada isu mengenai projek terbengkalai seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini. Keadaan ini adalah disebabkan salah faham penduduk mengenai status projek ini.
Turut hadir, Adun Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof.
Sementara itu, sejak 10 tahun dalulu penduduk kampung ini hanya bergantung kepada telaga yang tidak dapat menampung keperluan penduduk.
Namun, pembinaan projek ini dapat memberi sinar baru kepada penduduk kampung yang memerlukan bekalan air yang bersih dan sempurna.

 Rakaman video Shahrizat Jalil selak kain ditayangkan di mahkamah.
Posted on Tuesday, October 16 @ 03:23:28 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.

Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.

Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk ‘bergaduh’.

“Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah.“Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia,” katanya.

Sebelum itu, Ranjit menayangkan video (klik di sini) ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya berdurasi 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut.

Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno

Nota kaki: Jika Shahrizat selak kain ke paras pinggang, rasanya biawak pun pening sebab nampak belukar busuk berlendir.
 
 Sistem ekonomi Bawaan Umno BN Bercanggah dengan Islam
Posted on Tuesday, October 16 @ 03:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: sripetaling

"Gombak : Umno BN secara konsisten terus menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia. Kegagalan ini meletakkan Umno BN tidak layak untuk menguruskan kekayaan negara.Sistem cukai yang membebankan hanya mengkayakan kelompok kecil yang tertentu.

Demikian tegas sebahagian pembentang kertas kerja Wacana Analisis Bajet yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah dan Dewan Pemuda PAS Wilayah baru-baru ini di KUIZM

Menurut salah seorang pembentang, Zaharuddin Mohamed iaitu salah seorang ahli Majlis Syura PAS menegaskan sudah tiba masanya rakyat Malaysia bangkit daripada lamunan tidur untuk melakukan perubahan memilih alternatif yang telah dikemukakan oleh Islam untuk menangani isu ekonomi Malaysia yang semakin tenat ini.

Menurut beliau lagi, sistem polisi cukai yang diguna pakai oleh kerajaan Umno BN sekarang jelas bertentangan dengan Islam dan meenjadikan rakyat seolah-olah hamba yang bekerja untuk kelompok kecil tertentu di dalam negara ini.
Beliau turut mengulas tentang fenomena 'occupy wallstreet' yang berlaku di negara luar tetapi seolah-olah cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan di negara ini. Ianya adalah fenomena 1% 'against' 99%. 99% mewakili rakyat manakala 1% mewakili golongan elit yang menguasai kekayaan negara.
"Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebankan dengan cukai yangberlambak-lambak tetapi terpaksa bekerja untuk mengkayakan individu-individu tertentu yang menjadi golongan elit di negara ini" ujar beliau lagi.
sumber :http://ulamak.pas.org.my/v2



Tiada ulasan: