Selasa, 16 Oktober 2012

EGO MEMANG DILARANG DALAM ISLAM

Buangkan EGO dalam berjamaah , sabar & istiqomah berusaha untuk PRU-13
Posted on Sunday, October 14 @ 11:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber PAS Pasir Salak

Meniti perjalanan perjuangan memerlukan ketekunan, kesabaran dan segala macam sifat2 positif yang lain. Begitu juga dalam perjuangan meniti arus pemerintah dan rakyat masa kini cabaran semakin kuat.

Dugaan demi dugaan semakin memerlukan kematangan insan untuk terus matang dalam perjuangan

Organisasi Islam juga perlu mantap dalam menghadapi pemikiran masyarakat kini. Kematangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sangat penting kerana sesungguhnya kepimpinan yang adil, telus , wibawa dan ikhlas bekerja inilah yang sangat2 dinantikan dan diperhatikan bagi mendapatkan sokongan.

Tidak semudah yang disangkakan. Maka dengan itu, bilamana seseorang ahli memberikan pandangan dan teguran seharusnya kita bersyukur kerana dengannya kita dapat menginsafi dan mengkoreksi diri bahawa sesungguhnya kejayaan jemaah itu diutamakan bukan hanya mementingkan diri sendiri. Semua insan tersedia EGO masing-masing, namun sejauhmana sifat -ve ini dapat dijana dengan sebaik mungkin dalam membina kekuatan berjemaah.

1. Niat kerana Allah SWT. Firman Allah SWT:
قل إن صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين
Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.( Al-An’aam 162 )

2. Sanggup berkorban.Samada harta, nyawa, masa dan tenaga. Firman Allah SWT:
تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم
Maksudnya: Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.(As-Saff 11)

3. Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. Sabda Nabi SAW :
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله (ص) قال: والذي نفسى بيده,
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu bahawa RasuluLlah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada di dalam genggamannya, tidaK sempurna iman seseorang kamu sehingga aku dikasihinya melebihi dari ibu bapanya dan anaknya.( H.R Bukhari)

4. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
فاستقم كما أمرت
Maksudnya:Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.(Hud 112)

5. Mempunyai personaliti diri sesuai dengan tuntutan islam. Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال رسول الله (ص): المؤمن القوي خير
وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu, RasuluLlah SAW bersabda: “ Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai daripada mukmin yang lemah”. (H.R Muslim).

6. Mematuhi arahan. Mentaati arahan ketua untuk menjamin kekuatan dan kejayaan dalam setiap perjuangan. Firman Allah SWT:
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin dikalangan kamu. ( An-Nisaa’ 59 )

7. Mempunyai semangat berpasukan. Firman Allah SWT:
إن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (As-Saff 4)

8. Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya: “Dan bersabarlah di atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(Luqman 17).
(petikan pena : Blog Ust Fadli Ibrahim)

Hakikat kesalahan kita perlu diterima dan tekanan buat insan lain seharusnya dengan ertikata berkerjasama. Sokongan dan kemenangan akan hadir bilamana jemaah bersatu berorganisasi menjalankan tugas. Jika idea kita diterima dan ditolak maka seharusnya kita terus bersama berjuang, bukan bermuka masam.

Alhamdulillah jemaah Islam negara kita semakin matang untuk berusaha kearah kemenangan. Demi bermatlamatkan kemenangan wadah Islam menerusi tahalus siasi. Jom ke masjid... tuntut Ilmu dan berjemaah saban hari.

Sumber: paspasirsalak.blogspot.com


  Lafaz kalimah syahadah pada cincin Barack Obama
Posted on Sunday, October 14 @ 10:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: DetikIslam

"cincin obama detik islam blog Seorang pakar Islamologi asal AS, Mark A Gabriel, meneliti foto-foto tentang cincin milik Presiden Barack Obama yang kini beredar di internet.

Menurut analisanya, cincin yang selalu dikenakan Obama di jari manis tangan kirinya itu benar mempunyai ukiran bermotif kaligrafi lafaz syahadah.

"Saya menyimpulkan bahawa kalimah pertama syahadah terukir di cincin itu," katanya seperti dipetik laman World Net Daily (WND).

Ia menjelaskan, kaligrafi kalimah 'La Ilaha Illallah' pada cincin Obama terbahagi dalam dua bahagian. Di bahagian atas, tertulis huruf Arab, Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa 'La Ilaha' yang bermaksud 'Tidak Ada Tuhan'.

detikislamblogspot

Lalu pada bahagian bawah, terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa 'Illa Allah' yang bermakna 'Selain Allah'. Jika kedua-dua bahagian tersebut dibaca bersambung maka akan terbentuk kalimah 'La Ilaha Illallah' yang bermakna 'Tiada Tuhan Selain Allah'.

"Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada," ujar Gabriel.

http://detikislam.blogspot.com"


 Dosa Siapa? Ustaz Nasha atau Segelintir Ahli PAS?
Posted on Sunday, October 14 @ 06:16:06 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: BayangDiAir

"Hanya kerana segelintir, ya segelintir yang  mengenepikan akhlak berjamaah, akhirnya berlakulah apa yang sedang berlaku. Penulis masih ingat babak-babak dramatik dalam pemilihan kepimpinan terakhir PAS. Ada segelintir rakan sejamaah yang 'menendang' Ustaz Nasha melalui pelbagai fitnah dan tuduhan yang menyakitkan hati beliau. Dia rasanya cukup terhina pada waktu itu sedangkan sebelumnya beliau telah malu dengan ucapan keras secara terbuka oleh Mursyidul Am. 

  Dalam episod itu, penulis rasa amat terkilan akan sikap 'ala UMNO' yang ditonjolkan dalam 'perebutan' jawatan tertinggi PAS. Penulis cukup benci cara UMNO berpolitik dan begitulah juga sikap penulis terhadap segelintir pemimpin dan blogger yang bersikap 'ala UMNO' tadi. Cara Ustaz Nasha diundurkan amat tidak cerdik malah memualkan. Bukan diundurkan tetapi bagai dihalau sahaja layaknya. Terima atau tidak, ini adalah pandangan mata fikir penulis sendiri dengan tujuan untuk mengingatkan kita semua akan dosa-dosa yang tidak disedari namun Allah Maha Mengetahui. Kepada yang segelintir itu, bertaubatlah dan memohon ampunlah.

Kini, giliran Ustaz Nasha bagai terlucut segala ilmu dan akhlaknya. Apa yang pernah dinasihatkan dan diajarkannya kepada ahli-ahli PAS, dicabulinya dan dicanggahinya sendiri.  Entah ke mana soal taat akan pemimpin, akhlak dalam perbezaan pendapat, serangan bersama terhadap penentang hudud, UMNO, tahaluf siyasi dan sebagainya? Bagai sindiran Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Nasha  berpusing 180° lalu menghalakan muncung senapang ke arah jamaah yang pernah dipimpinnya pada hierarki kedua tertinggi.
Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Ustaz Nasha bagai mengharapkan agar beliau dipecat oleh rakan-rakan seperjuangannya di dalam PAS. Inilah yang dapat disimpulkan daripada intipati ucapannya. Dia sudah ada agenda tersendiri....bukan lagi agenda PAS. Hanya masa akan menjadi saksi apabila tiba saatnya.
Kini, siapa yang rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan akidah Ustaz Nasha? Adakah  TG Nik Aziz, TG Haji Hadi atau Hassan Akidah yang lebih dahulu membawa diri? Tiadakah sesiapa di dalam PAS yang sudi menghulurkan tangan, ziarah dan memurnikan suasana? Kalau kepada kaum Iban yang belum Islam di hutan tebal Sarawak kita sanggup menempuh halangan demi dakwah dan perjuangan, masakan rakan seperjuangan yang hampir lemas di depan mata kita sanggup biarkan begitu sahaja. Fikir-fikirkan. Ini dosa siapa dan siapa berdosa?

 1,2,3,4 lekuk...Tua Muda Semua UMNO Ketok. Satu Lagi Projek Tipu & Susahkan Rakyat
Posted on Sunday, October 14 @ 04:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Telok Bakong Online

Hari ini Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak yang diragui kesahaannya itu telah turun ke Seri Iskandar untuk merasmikan projek Perumahan Tentera di RPT Sungai Tumboh pada 10 pagi 11hb Oktober 2012.Kira kira 300 orang pesara tentera telah dipilih untuk menyertai skim ini. Projek ini diandaikan dapat membantu pesara tentera untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Namun setelah diketahui bagaimana skim ini dijalankan telah wujud banyak sungutan dari peserta peserta. Antara rungutan yang dilemparkan oleh mereka ialah harga rumah yang terlalu tinggi. Dikhabarkan harga rumah yang tarwarkan bermula dari RM 80,000.Peserta juga turut mempertikaikan kenapa kontraktor perumahan tidak boleh dilantik oleh peserta sendiri,ini adalah kerana peserta tidak dapat membuat pilihan untuk mengurangkan kos rumah mereka.Kos membuat rumah yang ditawarkan adalah terlalu tinggi dan menyebabkan peserta yang rata rata nya berpangkat rendah tidak berkemampuan untuk membayar ansuran bulanannya yang terlalu tinggi.

Pihak Telok Bakong Online pernah mengutarakan permasalahan ini dengan tajuk artikel "Wira Tidak Didendang". Inilah sebahagian dari petikan artikel.Apa yang menjadi kebimbangan TBO telah jadi kenyataan. Diminta KERABAT supaya dapat mengbongkar sekiranya ada penyelewengan,kronisme dan penyalahgunaan kuasa dalam perkara ini.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan mahu menonjolkan diri didalam pembelaan nasib bekas tentera ini,Projek Perumahan Tentera 1Malaysia telah diwujudkan.Melalui projek kerjasama antara AP Land Development Sdn Bhd (AP Land) dengan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPAT), penjawat tentera Malaysia diandaikan mampu memiliki rumah sendiri menerusi Skim Perumahan Anggota Tentera 1 Malaysia. Projek kerjasama antara 2 pihak ini akan dijangka memulakan pembinaan perumahan bermula April 2011 di setiap negara, perjanjian usaha sama ditangani secara rasmi pada 5 Januari 2011 lalu Dianggar 20,000 unit rumah akan dibina di seluruh negara dalam tempoh lima tahun bagi projek bernilai RM3 bilion.Namun, masalah berlaku berikutan harga bagi setiap unit rumah itu ditawarkan kepada anggota tentera adalah dalam lingkungan RM 96,000 hingga RM 195,000. Dianggarkan 80 peratus anggota tentera yang bersara tidak memiliki rumah.

Harga tersebut mungkin bersesuaian pada mereka yang berjawatan tinggi dalam tentera.Bagaimana dengan tentera yang berpangkat rendah dan mempunyai gaji yang hanya cukup untuk menyara hidup seharian sahaja.Lebih parah kepada mereka yang berpencen yang mana kadang-kadang pesara terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dan sebagainya untuk menampung kos hidup yang tinggi.Jikalau sebuah rumah yang paling murah sudah mencecah RM 80,000 pesara terpaksa meminjam dari bank dan akhirnya pesara menderita akibat membayar hutang dan faedah bank yang tinggi.Sepatutnya rumah rumah kos rendah dan sederhana dibina supaya ianya bersesuaian dengan tahap ekonomi mereka yang terlibat.Dengan harga yang mahal dan monopoli oleh syarikat pembinaan menampakkan ada kejanggalan dan kegiatan mengaut keuntungan oleh pihak pihak tertentu.

Msinc-Korang fikir fikirkan lah kenapa skim ini direka sebegini rupa..korang pikir sapa yang untung?... pesara tentera?... siapa?... siapa?... kalau tak sedor sedor lagi tak tau ler aku... itu pun masih sokong uuummmnnuuuu lagi... isk... isk...

Sumber: Telok Bakong Online


  Punca pakatan dan Barisan Boleh Gagal
Posted on Sunday, October 14 @ 06:03:06 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DukunPasir

"Jika didalam DAP ada Karpal Singh yang satu satunya pemimpin keturunan Singh tiada bola hoki dikepala, Dalam MCA pula ada Chua Soi Lek pemimpin tertinggi MCA yang matanya tak berapa nak celik. Kedua dua pemimpin ini menjadi faktor kepada pengurangan Undi parti masing masing ,tahap sokongan rakyat akan terjejas disebabkan dua pemimpin ini .

Karpal Singh walaupun nampak hebat dan bijak sebagai peguam tetapi nampak KURANG ILMU bab berpolitik mungkin juga sebab tiada bola hoki dikepala. Chua Soi Lek yang matanya memang tak berapa nak celik ni pula ,tidak langsung nampak cerdik dikepala atas tetapi lebih cerdik dikepala bawah. Kenyataan demi kenyataan dari dua pemimpin ini yang nyata MENOLAK ISLAM akan menghakis sejumlah besar sokongan rakyat .

TIDAK PERNAH KAH MEREKA BERDUA NI BERFIKIR yang dalam negara kita ni BUKAN cuma ada orang CINA dan Orang INDIA keturunan Singh saja?? ADAKAH DAN BONGOK SANGATKAH MEREKA NI SEHINGGA TERLUPA DALAM HAMPIR SEMUA KAWASAN YANG PARTI MEREKA TANDINGI BAIK ADUN MAHUPUN PARLIMEN, UNDI MELAYU yang HAMPIR 100% UMAT ISLAM AMAT PERLU?

SEDARKAH CHUA SOI LEK YANG TAK BERAPA NAK CELIK, MCA hampir lenyap DISEBABKAN TINDAKAN MEREKA YANG MENOLAK ISLAM ......Lihat saja pendekatan yang diambil DAP walaupun tidak disenangi Karpal Singh ....pemimpin pemimpin muda DAP di Selangor dan Pulau Pinang boleh duduk semeja dengan orang melayu malah menganjurkan adat dan budaya Islam seperti dibulan puasa dan sambutan Maulidur Rasul . Inilah kunci PERPADUAN KAUM ! Inilah kunci keutuhan satu satu parti untuk berjaya.

TAPI KENAPA MCA TAK NAMPAK PERKARA NI? Dan UMNO sebagai parti teras tidak berusaha ke arah ini? Tak perlu membuang masa MENGUTUK, MENGHINA MELALUI FITNAH KERANA BUDAYA POLITIK BEGITU SUDAH KETINGGALAN ZAMAN....Rakyat sudah cerdik ,rakyat bukan saja membaca Utusan Malaysia sambil melayan Tv3 dan tv1, tetapi rakyat juga MEMBACA DAN MENILAI MEDIA INTERNET yang lebih bebas......Paling penting JANGAN INGAT RAKYAT TIDAK BOLEH BERFIKIR!!!

Dalam parti masing masing ada peranan ......DAP nak memerintah dan melaksanakan dasar mereka sendiri memang tak BOLEH DAN TAK AKAN BOLEH .......TETAPI DAP berupaya untuk merialisasikan misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya!! Manakala MCA pula BERUPAYA menyekat kemaraan Pakatan Rakyat seterusnya mengekalkan UMNO terus berkuasa mungkin untuk sepenggal dua !

Ingat!! Melawan ISLAM ber erti menolak 1 undi kerana negara ni majoritinya dimiliki oleh orang ISLAM......Celiklah mata wahai Chua Soi Lek dan Karpal Singh !

Sumber - http://jomgelakla.blogspot.com/2012/10/punca-utama-barisan-dan-pakatan-akan.html "


 Tanaman sireh
Posted on Saturday, October 13 @ 16:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Anim Agro

SIREH (Piper betle)
merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga PIPERCEAE yang tumbuh di negara kita.

Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu kesihatan manusia.

Daun Sireh juga merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India menggunakan daun sireh dalam banyak acara keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh adalah seperti Sirih Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih.

Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' (Thailand). Orang lelaki Myanmar memakan sireh dengan kapor sebagai satu kemestian apabila daun ini bersama kapor dijual di merata penjuru semua pekan di negara tersebut semasa saya melawat Myanmar pada 2009. Artikel kali ini saya menulis teknologi mengenai sireh untuk tujuan bacaan umum bagi semua.

Kajian saya dari laporan statistik jabatan berkaitan tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman sireh di Malaysia tetapi saya anggarkan sekitar 80-90 hektar CHE. Kebanyakan pokok sireh ditanam secara kecil-kecilan di kawasan keliling rumah walau pun beberapa kali saya melawat kebun tanaman sireh secara monokrop di Johor Bahru, Seremban dan di Selangor dan Perak. Kebanyakan penanam sireh secara monokrop adalah bangsa India bersama-sama dengan tanaman bunga melur dan pokok pisang. Sireh adalah tumbuhan yang mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan khusus yang rumit. Tanaman sireh tidak mempunyai banyak masaalah serangan penyakit dan serangga perosak.

Pokok Sireh adalah jenis tumbuhan menjalar atau 'merambat' yang melilit kayu penyokong atau pagar rumah atau pokok kayu dengan ketinggian maksima 15 meter. Batangnya berwarna coklat kehijauan mampu melilit pokok semenjak peringkat pucuk. Daun Sireh berwarna hijau gelap berkilat dengan bentuk hati (Heart) sama seperti daun kadok. Ukuran daun sireh lazimnya sekitar 5 cm lebar dan 7 cm panjang dengan bentuk yang tirus dan tajam dihujungnya. Daun ini mengeluarkan bau yang sedap apabila diramas-ramas dengan tangan. Bunga sireh jenis majmuk dengan kelopak yang berwarna putih kekuningan berukuran 1.5-3.0 cm panjang dengan mempunyai 2 filamen bunga jantan. Buah sireh berbentuk bulat dengan warna hijau pudar.

Banyak jenis tanah yang sesuai untuk penanaman sireh dan tanah yang mempunyai saliran yang baik, agak lembap dan mempunyai banyak bahan organik disyorkan. Penanaman sireh menggunakan KERATAN BATANG sebagai benih dimana batang sireh yang mempunyai lebih dari 3-4 mata pada ruas (nodes) sesuai duntuk ditanam. Sediakan tiang kayu kayu penyokong sepanjang 7-8 kaki dan tanam sedalam 1.5-2.0 kaki dalam tanah dangan jarak 1.0-1.5 meter. Jarak antara barisan adalah 1.5 - 2.0 meter. Benih keratan sebanyak 2-3 keratan ditanam dipangkal tiang sedalam 1-2 matatunas. Bubuh baja organan pada pangkal tiang sebelum menanam. Siram keratan sehingga tumbuh. Pokok sireh perlu dilatih menjalar pada tiang atau pancang pada peringkat awal penanaman. Pokok sireh yang berumur lebih 4-6 bulan dengan ketinggian 0.5-1.0 meter boleh mula dipetik daunnya secara berperingkat-peringkat.

Daun sireh digunakan dalam adat istiadat melayu semenjak zaman dahulu mungkin semanjak sejarah Kesultanan Melaka lagi. Daun sireh memang sinonim dengan 'Tepak Sireh' yang merupakan satu alatan untuk makan sireh dalam adat lama (Lihat foto tepak sireh). Daun sireh juga dijadikan 'Sireh Junjung' dalam istiadat meminang atau akad nikah sebagai syarat hantaran yang mesti ada dalam masyarakat Melayu. Susunan daun sireh di adun dengan beberapa bunga lain sehingga setinggi 1.0-2.0 kaki diletak diatas bekas khas. Daun sireh juga diabadikan dalam banyak corak lukisan 'batek chanting' atau Batek Lukis sebagai satu rekabentuk yang unik.

Kegunaan sireh lebih menonjol dalam dunia perubatan dan menjaga kesihatan manusia. Sireh yang di ekstrak untuk mendapatkan minyak sireh yang mengandungi komponen Cuginol dan Kavikol digunakan dalam banyak industri kosmetik seperti minyak menegangkan urat dan kulit muka untuk kecantikan. Di antara hasil kajian mendapati daun sirih atau 'Piper Betle' mengandungi PATI MINYAK yang bahan-bahan utamanya ialah CUGINOL dan KAVIKOL. Bahan-bahan aktif di dalamnya pula seperti FLAVORNOID dan POLYPHENOL boleh menegangkan kulit dan juga mengelakkan kedut-kedut di muka yang bermakna ianya boleh membawa kesan awet muda. Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga didakwa turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Bidang perubatan herba di Malaysia menurut sejarah menganggap sirih adalah tumbuhan asli di negara kita dan saya dapati antara jenis-jenis sirih tempatan ialah Sirih Melayu, Sirih cina, Sirih india, Sirih Jawa dan juga Sirih Indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk memanaskan badan. Dikalangan masyarakat India pula lebih mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut. Namun begitu bagi masyarakat Melayu yang lebih lama dengan sejarah sirih tahu akan kepelbagaian kegunaannya iaitu samada bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan kebudayaan. Kini dengan adanya perkembangan teknologi-bio daun sireh telah diproses dan boleh dimasukkan dalam bekas untuk dipasarkan sebagai produk kesihatan atau kosmetik. BioSirih Cosmetics contohnya adalah sebuah syarikat 100% status milik bumiputra yang komited untuk mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kosmetik dan kesihatan yang didapati bermutu tinggi dan berkesan dengan menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal serta selamat digunakan. Tumpuan-tumpuan syarikat ini antaranya ialah produk-produk yang berasaskan pengunaan herba-herba tempatan terutamanya pati minyak daun sirih melambangkan ketulenan kosmetik sejak zaman berzaman.

Kini khasiat-khasiat daun sirih ini telah digabung dengan khasiat yang terdapat dalam limau purut. LIMAU PURUT (Citrus hystrix) mempunyai khasiat antaranya untuk melembut, melebat, merapi dan mengharumkan rambut dan mengatasi masalah kulit kepala serta melegakan migraine, merangsang perjalanan darah dan mengatasi bau badan. Asid Citric (AHA) yang terkandung membanut mengekalkan kelembapan kulit. Vitamin B dan C serta Potasium pula meningkatkan daya ingatan dan membantu memulihkan tekanan darah. Kajian mengenai pokok sireh dan daun sireh telah banyak dijalankan tetapi perlu dipertingkatkan dalam penghasilan 'end product' untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Semuga tumbuhan yang mudah ditanam dan diuruskan ini akan menjadi satu industri yang menonjol di negara kita dimasa akan datang.

TANAM SIREH... DI KELILING RUMAH...
DAUN DIPETIK.. DENGN BERHEMAH...
BANYAK KHASIAT... BAGI SURIRUMAH...
DAHLAH AWET MUDA... SEMAKIN PERAMAH...

Related Articles:

1. Daun Kadok (Klik disini)
2. Daun Palas (Klik disini)
3. Daunn Ketupat (Klik disini)
4. Daun Salam(Klik disini)
5. Daun Kemangi(Klik disini)

By,
M Anem
Melaka,
Malaysia.
(15 Zulhijjah 1432H)


Sumber Rasmi: animhosnan.blogspot.com


 Masjid terbesar dan termegah di dunia
Posted on Saturday, October 13 @ 18:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kamal_hasan

"Koleksi Masjid terbesar dan termegah di seluruh dunia.

Info berkaitan keluasan dan kapasiti jemaah. Marilah kita menghayati keindahan dan sejarah masjid-masjid di seluruh dunia.


Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi



Masjidil Haram atau Masjid Suci, adalah masjid terbesar di dunia. Terletak di kota Mekah Saudi Arabia, masjid tersebut mengelilingi Ka’bah, tempat orang Muslim menghadap di waktu solat sehari-hari dan dianggap sebagai tempat tersuci di bumi oleh umat Islam.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Agung. Masjid ini memiliki kawasan mencukupi seluas 400.800 meter persegi (99,0 hektar) termasuk luar dan dalam ruang berdoa dan dapat menampung sehingga 4 juta jamaah semasa musim haji

 Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi


Masjid Nabawi yang sering disebut Masjid Nabi, adalah sebuah masjid yang terletak di kota Madinah. Sebagai tempat peristirahatan terakhir dari Nabi Islam Muhammad, dianggap sebagai tempat tersuci kedua dalam Islam.

Salah satu rekabentuk yang paling terkenal dari mesjid ini adalah Kubah Hijau di tengah-tengah masjid, tempat makam Nabi Muhammad berada.

Perkara ini tidak diketahui dengan pasti bila dibangunkan kubah hijau tetapi naskah menanggalkan pada awal abad ke-12. Kubah ini dikenali sebagai Kubah Hijau Nabi. Para penguasa Islam setelahnya memperluas dan menghiasinya.

Masjid ini aslinya adalah sebuah bangunan terbuka. Reka bentuk dasar bangunan telah ditiru dalam pembangunan masjid lain di seluruh dunia. Masjid ini juga berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat, pengadilan, dan sebuah sekolah agama.

Dalam Islam Haram hukumnya membuat makam di dalam masjid, jadi Masjid Nabawi bukan tempat peristirahatan terakhir dari Rasullullah Muhammad. Akan tetapi akibat dari perluasan masjid menjadikan makam Rasullullah Muhammad berada di dalam Masjid. Makam Rasullullah Muhammad berada di dalam kamar beliau di rumahnya yang berada di sebelah masjid pada masa itu.

Masjid Al-Aqsha di Palestin


Masjid Al-Aqsa awalnya masjid kecil yang dibangun oleh Khulafa ar- Rasyidin, khalifah Umar Bin Khattab, tapi dibangunkan dan diperluaskan kembali oleh Khalifah Bani Umayyah Abdul-Malik Bin Marwan dan diselesaikan oleh puteranya al-Walid Bin Abdul Malik pada tahun 705 Masehi.

Setelah gempa bumi di tahun 746, masjid tersebut benar-benar hancur dan dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah al-Mansur pada tahun 754.
 

Masjid Al-Fath di Bahrain


Masjid Al-Fath, juga disebut sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya Al Fath, merupakan salah satu daripada masjid terbesar di dunia yang mampu manampung lebih dari 7000 orang jamaah solat dalam waktu yang sama.

Masjid tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid ini terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah bandar kecil yang berlokasi di ibu kota Manama.

Masjid Sultan Ahmad di Turki

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZoiL8k3RPGtJapz547U1Yd9k0xG6g_fa2xak__uXQmKyKx4T2EYl-Lx-DYBwqqoup0AN0cppyGaByaYV0E2Kj4gPqLTJ0pune0V95ftCTi3dmuSBxCoxoA2cvo_HWHpY72mCA_YYVUNg/s400/MasjidSultanAhmadTurki2.jpg

Masjid Sultan Ahmad merupakan masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan kekalifahan Ustmaniah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 – 1923 M.

Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana seramik biru yang menghiasi dinding dan interiornya. Masjid tersebut dibangun antara tahun 1609 dan 1616 M, selama pemerintahan Sultan Ahmad 1.

Seperti kebanyakan masjid-masjid lain, bangunan itu juga terdiri dari kuburan, madrasah dan sebuah hospice. Masjid Sultan Ahmad telah menjadi daya tarik pealncong terkenal di Istanbul.

Samb: http://silverheritage.blogspot.com"

Tiada ulasan: