Jumaat, 12 Oktober 2012

IA KENAL SYAITAN2 TU TAPI IA MEMILIH HABUAN DUNIA DARI HABUAN AKHIRAT...JIKA IKHLAS PUN... ADA KITA NAK DITIPU YANG KEDUA KALI KE...JANGAN KITA MEMBERI FATWA@HUKUM MENYESATKAN ORANG LAIN...SEDANGKAN AGAMA BUKAN BIDANG KITA...MALAH KITA BANYAK LANGGAR AJARAN ALLAH(MAKSIAT).... KITA LANGGAR BEGITU AJE TANPA SEGAN SILU DAN RASA TAKUT PADA ALLAH

PRU13: SPR sudah sedia 85%
Wartawan Sinar Harian
12 Oktober 2012
Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof - Foto Sinar Harian Rosli Talib
PUTRAJAYA –  Persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka diadakan bila-bila masa, sudah mencapai 85 peratus, demikian menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Bercakap dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian Online di pejabatnya di sini hari ini, Abdul Aziz berkata, hanya tinggal beberapa perkara yang perlu diuruskan kerana ia melibatkan kos yang tinggi jika dibuat terlalu awal.

“Saya difahamkan kalau dakwat, kita tidak boleh beli sekarang. Dakwat tidak boleh disimpan lebih tiga bulan.

“Nak tempah kapal terbang, nak tempah helikopter, sewa pun mahal... beratus-ratus ribu, kemudian bolehlah ambil dakwat kita dan sebagainya,” katanya merujuk kepada kos pengangkutan dan tempoh sah laku dakwat kekal, yang pertama kali akan digunakan.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pilihan raya kali ini perlu dilakukan dengan teliti memandangkan beberapa perubahan besar telah dilakukan seperti penggunaan dakwat kekal dan undi awal bagi menggantikan undi pos di kalangan anggota tentera, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan isteri masing-masing kerana bertugas pada hari pengundian.

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini terlalu banyak perkara baru. Jadi kita perlu berhati-hati.

“Sebagai contoh penggunaan dakwat  kekal dan pengundian awal akan dilaksanakan dalam PRU yang akan datang. Ini kali pertama akan digunakan. Bunyinya memang mudah tetapi melaksanakannya, ia adalah perkara yang perlu berhati-hati. Takut tersilap dan sebagainya," ulasnya.

“Jadi maknanya kalau dari segi persediaan itu, saya boleh katakan 85 peratus. Cuma ada beberapa perkara (sahaja lagi perlu disiapkan)… tapi kalau kata pilihan raya esok, tak bolehlah," kata beliau dengan berseloroh.

Sekiranya Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013, pilihan raya selewat-lewatnya akan diadakan pada penghujung Jun atau awal Julai 2013.

Angin bertiup kencang, PRU13 tidak akan diadakan tahun ini bagi memberi laluan kepada beberapa insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2013 sampai kepada rakyat.

Namun ada juga desas-desus yang mengatakan Najib akan membubarkan Parlimen bulan depan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013 manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing.

Mengulas negeri-negeri pembangkang seperti Selangor yang mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan jika Parlimen dibubar awal, Abdul Aziz berkata, “kalau undi tidak dibuat terlalu awal, semua akan ikut... kalau buat November, saya rasa semua ikut.”
Presiden Pas: 'Amat bodoh kalau ditipu syaitan dikenali'
Abdul Hadi Awang
12 Oktober 2012
PARA ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus di kalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.
Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.
Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.
Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya: (Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).
Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).
(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).
Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman  tersebut walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan  daripada berbagai bangsa bukan Islam seperti melayan utusan daripada negara luar  termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya:
المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).
(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).
Pas adalah parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka Pas tidak boleh disamakan dengan Umno.
Begitu juga hubangan Pas dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada al- Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.
Hubungan Pas dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan tahaluf  yang berpandukan nas tersebut di atas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep tahaluf  siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.
Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama Pas Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama Umno, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal.
Cukuplah menegakkan Islam ala Umno yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.
Melayu yang perkasa bersama Umno, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.
Pas ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. Pas tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat ALLAH kepada seluruh alam. Pas boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas ALLAH.
Pas pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama Umno dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama Umno, Pas memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli Parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama Umno.
Kemudian Pas dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan Pas Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh Umno dan rakan-rakannya melalui sidang khas Parlimen dan pilihan raya khas  selepas itu. Lalu Pas bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. Pas adalah tersendiri, tidak sama dengan Umno.
Maka Pas tidak perlu berkiblat ke arah Umno dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya Pas tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi Pas memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.
Pas pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada Umno. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.
Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Pas, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya Pas mengadakan  tahaluf  siyasi bersama PKR yang juga berpecah daripada Umno. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.
Pas mengucapkan terima kasih kepada Umno dan media yang menjadi khadamnya kerana sangat bersimpati terhadap Pas kerana kononnya bimbang  Pas akan menjadi parti melukut di tepi gantang.
Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan Pas selagi Pas tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama Umno sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain.
Kaum lain di kalangan bukan Islam pula jangan takut bersama Pas kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam Umno atau bersekongkol bersama Umno.
Di sepanjang kerjasama Pas dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walaupun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjasama PAasdalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah Pas ditendang keluar.
Pengaruh Pas dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran Pas dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.
Kerjasama Pas bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun 90-an berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama Pas dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.
Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan Pas memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  PKR dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walaupun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.
Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.
Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan Umno berjuang menegakkan hukum hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih 50 tahun. Sebenarnya Umnolah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.
Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. Pas mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.
Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh Pas sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.
Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran Pas dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik  menjadi sasaran Umno bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisme.
Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini  tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah  Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat Umno dengan Melayu dan Islam anutannya.
Kepada semua pihak yang bersimpati dengan Pas, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada Umno parti Maha Esa.
Kepada ahli dan penyokong Pas saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam Pas, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. Pas tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada ALLAH. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.
Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas
Pelawaan Umno tidak ikhlas, tegas Pas
NURUL AINI MOHAMED ALI
12 Oktober 2012
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas mengulangi pendirian menolak ajakan berterusan Umno mahu menjalin kerjasama sambil menyifatkan pelawaan itu bukan kerana perpaduan ummah, sebaliknya hanya bermotifkan politik semata-mata.

Sehubungan itu Pas menegaskan pihaknya tidak akan "melayan mereka", meskipun Umno kelihatan mengulangi pelawaan pihaknya sejak 2008.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak akan wujud kerjasama antara Pas dan Umno walaupun atas dasar perpaduan ummah kerana baginya isu perpaduan dalam konteks negara sengaja ditimbulkan tetapi ia bukan tujuan utama.

“Kami tidak akan kerjasama dengan Umno. Mereka (Umno) hanya guna isu perpaduan dalam negara tetapi realitinya, perpaduan yang dibangkitkan itu hanya menjurus kepada kepentingan politik semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menyokong kuat agar Pas dan Umno menjalin kerjasama demi perpaduan umat Islam dan ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dijadikan realiti.

Menurutnya, jika dilihat dari sejarah, Pas dan Umno sendiri pernah berada dalam kerajaan campuran pada awal 1970-an.
“Saya tidak nafikan Pas dan Umno pernah jalin kerjasama dengan mewujudkan kerajaan campuran satu ketika dahulu tetapi kami sendiri sudah belajar dari pengalaman lepas,

“Sebaliknya yang berlaku ialah, jika mereka (Umno) terdesak, baru mahu berpakat supaya bersatu tetapi tindakan mereka tidak sejajar dengan apa yang mereka lakukan,” tegas Tuan Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau menghargai ajakan Umno supaya menjalin kerjasama bersama Pas tetapi mereka tidak akan melayan ajakan tersebut.

“Bagi saya, ajakan yang dibuat ini sebagai satu perangkap semata-mata kerana Umno mula tergugat dengan sokongan rakyat yang diberi kepada Pas ketika ini,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

Sebelum ini, Nasharudin mengingatkan Pas supaya tidak terlalu mengejar kuasa hingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali turut sepakat dengan pandangan yang diberi oleh Tuan Ibrahim dan menegaskan sekali lagi yang tidak akan wujud kerjasama antara Pas dan Umno buat masa ini.

“Pendirian kami tetap sama, kerjasama antara Pas dan Umno tidak akan wujud,” tegasnya.

Beliau berkata, pihaknya percaya yang ajakan itu bukan semata-mata kerana perpaduan tetapi hanya bermotif ajakan politik.

“Mereka (Umno) ajak bersatu tetapi saya yakin yang mereka cakap dalam konteks politik saja," ujarnya.

Beliau juga menambah, Pas ketika ini hanya akan fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Kita tak mahu layan mereka, itu pendirian kita,” tegasnya.
Abdullah: Anggota Pas perlu nilai kenyataan Shahnon

12 Oktober 2012
Abdullah: Musyawarah perlu jadi budaya semua kaum
Tun Abdullah Ahmad Badawi
KEPALA BATAS - Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat terutama anggota PAS menilai sendiri kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mempertikaikan perjuangan parti itu sekarang.
 
Bekas Perdana Menteri itu berkata berkata kenyataan Shahnon jelas menggambarkan rasa kecewanya terhadap parti itu yang semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.
 
"Saya tidak perlu komen apa-apa kerana semua orang melihat dan  mendengar apa yang beliau (Shahnon) cakap, jadi mereka (orang ramai)  terutama ahli parti itu (Pas) patut berfikir.
 
"Saya juga rapat dengan beliau (Shahnon) dan saya percaya apa  yang dia cakap itu adalah reaksi dan luahan kepada parti itu (PAS) yang  dilihat tidak memperjuangkan dasar politik mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
 
Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas Program 'Jom P Bantu' anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).
 
Beliau diminta mengulas kenyataan Shahnon tentang perjuangan politik PAS yang tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.
 
Menurut Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup, tindakan parti itu menuruti kehendak politik DAP  bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam  memperjuangkan Islam. - Bernama
Puad: Pas tidak lagi juang agama Islam
MASTURAH SURADI
12 Oktober 2012
Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi
KOTA TINGGI – Pas bukan lagi parti yang memperjuangkan agama Islam kerana mereka tidak berani berdepan dengan DAP, demikian dakwa Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata, contoh yang paling jelas dapat dilihat apabila pemimpin Pas berdiam diri apabilaKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku yang ditulis seorang penulis berfahaman liberal.

"Perkara itu hanya ditegur oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad. Di sini kita dapat lihat pemimpin Pas tidak berani untuk tegur Anwar.

“Malah kini Ketua Pemuda Pas turut menjadi mangsa selain bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang memberitahu DAP mempunyai agenda lain," katanya.

Menurutnya, daripada terus ditipu di siang hari oleh DAP, lebih baik Pas bekerjasama dengan Umno.

“Sebelum ini pun Pas dan Umno pernah bekerjasama ketika kerajaan campuran sebelum tertubuhnya kerajaan Barisan Nasional (BN). Begitu pun mereka tetap percaya kepada DAP,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Tajol di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim; dan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Md Din Hussein.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut yakin bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berjaya menawan Johor sebaliknya mendakwa PR Johor kini sedang berhadapan dengan masalah tidak mempunyai keselarasan sesama mereka.

“Semua orang tahu rahsia dan masalah yang dihadapi antara Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dengan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Mereka pasti tidak boleh tawan Johor, sebaliknya saya amat yakin BN boleh tawan dua per tiga undi pada PRU-13 nanti,” katanya.
Royalti: Pakatan pertikai kenyataan Petronas
Nizam Zain
12 Oktober 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) hari ini mempertikai kenyataan Petronas semalam, yang mendakwa operasinya akan terjejas jika bayaran royalti kepada negeri-negeri dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kepada 20 peratus.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Petronas bersengkongkol dengan Kerajaan Persekutuan untuk menghentam Bajet PR 2013 yang menjanjikan bayaran royalti pada kadar 20 peratus jika mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“Saya bimbang Petronas dikenakan tekanan untuk sama-sama menghentam dan mengkritik Bajet Pakatan Rakyat.

“Petronas turut terseret dalam permainan politik Barisan Nasional terutamanya apabila Pakatan Rakyat telah jelas bahawa kenaikan mekanisme itu langsung tiada kena-mengena dengan hasil dan operasi Petronas kerana ia datang daripada peruntukan tambahan daripada belanjawan persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Petronas mengeluarkan kenyataan bahawa operasi dan hasilnya akan terjejas sekiranya bayaran royalti kepada negeri-negeri dinaikkan kepada 20 peratus.

Petronas juga berkata, peningkatan ini akan menjejaskan pembayaran cukai pendapatan syarikat minyak itu sekali gus keuntungan syarikat itu juga akan merosot menyebabkan bayaran dividen kepada pemegang saham turut berkurangan.

Walaupun kenyataan Petronas itu tidak merujuk kepada janji Bajet PR menaikkan royalti 20 peratus, namun syarikat minyak itu menyatakan kebimbangan akan kehilangan projek terancang dengan modal sebesar RM170 bilion yang dirancang untuk lima tahun akan datang.

Mengulas lanjut, Rafizi menjelaskan, tambahan 15 peratus royalti yang terkandung dalam Bajet PR 2013, yang dibentang baru-baru ini, akan diperutukkan daripada belanjawan Kerajaan Persekutuan.
"Pembayaran cukai dan royalti oleh syarikat-syarikat minyak yang lain sebenarnya lebih daripada cukup untuk diperuntukkan sebagai tambahan royalti untuk menaikkan lima peratus kepada 20 peratus,” katanya.

Selain itu katanya, setiap tahun pengeluaran minyak dan gas dijangka mencecah sehingga RM70 bilion, bukan sahaja daripada Petronas tetapi merangkumi syarikat-syarikat minyak yang lain.

“Apakah Kerajaan Persekutuan tidak boleh untuk memastikan bahawa sebahagian kecil daripada RM70 bilion itu dikhaskan kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dan gas supaya pembangunan di negeri-negeri tersebut boleh berjalan sama cepat dengan di tempat-tempat lain,” jelasnya lagi.
Pas nampak tidak untung, Nasha ada pilihan
ARASHY AZIM
12 Oktober 2012
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
ANALISIS - Sementara Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Pas berhadapan dengan episod kedua pemimpin pusatnya dilihat 'mencabar' kedudukannya dalam Pakatan Raktyat (PR). Awal tahun ini, arena politik nasional dan Pas melihat nasibat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang berakhir dengan pemecatan beliau.

Hujung tahun 2012 pula, melihat pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pendirian Pas dalam PR khususnya hubungan dengan DAP.

Melihat kepada perkembangan semasa, penganalisis politik Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, kenyataan Nasharudin pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC Selasa lalu jelas tidak akan menguntungkkan parti tersebut.

"Beliau (Nasharudin) sebagai pemimpin yang paling senior dalam parti tidak sepatutunya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Ini satu perkara yang tidak akan menguntungkan Pas sendiri disebabkan oleh beberapa perkara," kata beliau yang juga pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Apabila ditanya berkenaan tindakan yang bakal diambil terhadap beliau, katanya: "Itu tertakluk kepada mereka untuk menentukan, dan saya merasakan ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku."

Menurut beliau lagi, kenyataan yang bercanggah dengan prinsip parti sepatutnya diselesaikan di kalangan pemimpin mereka sahaja kerana ini akan mempengaruhi pengundi pada PRU13.

Pemimpin kanan Pas dan rakan mereka dalam PR juga mendakwa Nasharudin tidak membangkitkan isu berkenaan dalam mana-mana mesyuarat mereka.

"Beliau seharusnya berbincang dengan pucuk pimpinan parti sahaja, daripada menggunakan medan lain yang tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana dalam beberapa bulan ini kita dapat melihat tidakkan beliau (Nasharudin) banyak bersifat bersendirian," tambah beliau.

Pada masa sama, beliau menyatakan jika tidak berpuas hati dengan parti, beliau sendiri seharusnya keluar dari parti.

Ogos lalu, Nasrudin sudah pun menegaskan bahawa tidak akan keluar parti untuk menyertai Umno seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.

"Daripada nak mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan, baiklah ahli politik mana-mana parti tidak kira Pas, DAP, PKR mahupun BN isytihar keluar parti," tambah beliau.

Jelasnya, PRU-13 yang semakin hampir adalah masa yang sesuai untuk pengundi melihat tingkah laku pemimpin parti politik untuk memilih calon yang paling sesuai untuk memimpin mereka.

Sementara itu, Prof Dr. Ahmad Atory Hussain menyifatkan kenyataan Nasharudin sebagai pandangan peribadi tentang hala tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut.

"Beliau tidak mencabar, cuma beliau memberikan pandangan tentang arah tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut," kata beliau.

Tambah beliau, Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, hanya menyatakan pendirian seharusnya Pas tidak boleh ikut parti dalam PR yang bertentangan dengan prinsip mereka.

"Pas seharusnya tegas dalam pendirian mereka walaupun berada dalam PR, dan mereka tidak seharusnya berdiam diri," katanya.

"Disebabkan Pas berdiam diri, inilah yang membuatkan Nasharudin tidak suka kerana ramai yang akan mempersoalkan tindakan parti tersebut termasuk para pengundi Pas sendiri," tambah beliau.

Kata beliau lagi, dalam matlamat PR untuk menawan Putrajaya, Pas hanya berdiam diri tentang perkara yang penting untuk menegakkan Islam di Malaysia.

"Demi menguasai Putrajaya, Pas sanggup mendiamkan diri tentang perkara pokok dalam Islam apabila berdepan dengan dengan kepimpinan PR yang lain," katanya.

"Kalau beginilah keadaanya, dan perkara ini tidak dapat diselesaikan menjelang pilihan raya, ia akan menjadi satu masalah yang besar kepada Pas sendiri dan akan memberi kesan terhadap hubungan dengan parti- parti lain," tambah penganalisis ini.

Pengundi adalah bijak dan mereka akan menilai semula kredibiliti Pas, malah kemestian untuk membuat satu pendirian yang tegas adalah perlu, kata beliau.

Pada masa yang sama, Ahmad Atory turut mengulas tentang Kabinet bayangan PR yang kemungkinan Pas tidak akan mengetuainya jika perkara ini berlarutan.

"Pas seharusnya menjadi 'juara' dan ini adalah harapan rakyat terutama orang Islam yang mengundi Pas untuk melihat pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri... jika masalah ini tidak selesai, sampai bila-bila parti tersebut tidak akan mentadbir," jelas beliau.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat, ia bersifat mencabar Pas kerana parti terbabit tidak akan menguasai Putrajaya jika masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan.
Namun beliau menyatakan ia bukan tindakkan yang janggal kerana tujuanya adalah untuk menasihat.

Sejak pendirian terbaru ini muncul, Pas kelihatan tenang dalam menghadapnya. Kitaran isu yang menyepit Pas dan DAP berterusan sementara ramai mula menghitung hari PRU13 yang bakal menjelang tiba.

Pas seolah-olah kelihatan tidak untung dalam isu ini. Nasharudin pula nampak ada pilihan untuk dibuat.

Tiada ulasan: