Selasa, 16 Oktober 2012

BAGAIMANA ISU HUDUD...RASUAH...TAK SOLAT...BUANG ANAK...PEMBELIAN HARGA MELAMPAU@TIPU...DEDAH AURAT...BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN DIPUSAT PENGAJIAN TINGGI DAN SEKOLAH DLL...JANGAN SEMBANG AJE...BAGAIMANA NAK JAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT DIAKHIRAT NANTI

Audit 2011: Tindakan sivil ke atas NFCorp ditimbang
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 Oktober 2012
Parlimen
Laporan maklumbalas
KUALA LUMPUR – Projek Pusat Fidlot Kebangsaan (PFN) yang menjadi topik hangat tahun lalu kini dalam proses tindakan susulan dan belum selesai sepenuhnya, kata Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, pihak kerajaan kini sedang mengambil beberapa langkah bagi mengkaji semula hala tuju projek berkenaan dan berkemungkinan mengambil tindakan sivil ke atas  National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Isu itu menjadi perhatian selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 diumumkan tahun lalu.

“Beberapa siri perbincangan telah pun diadakan oleh pihak Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti tindakan-tindakan sesuai yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap NFCorp.

“Keputusan mengenai hala tuju projek PFN ini masih lagi diteliti oleh Kementerian Kewangan dan akan dibincangkan bersama dengan Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan selanjutnya oleh pihak Kerajaan,” dedah laporan itu.

Bagaimanapun, setakat ini pihak kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan bersabit hala tuju projek terbabit.

Ekoran dakwaan penyalahgunaan dana awam berjumlah RM250 juta menerusi projek PFN ini, yang terus-terusan menjadi modal pembangkang, akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Shahrizat April lalu.

Perbicaraan mengenai skandal penyelewengan PFN kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Shahrizat memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berhubung projek kontroversi itu.

Pendengaran kes saman fitnah yang difailkan oleh Shahrizat setakat ini menyaksikan beberapa klip video yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah ke atas beliau ditayangkan.

Projek PFN termasuk antara 74 kelemahan yang belum selesai diambil tindakan susulan setelah menerima teguran daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Antara perkara yang dibangkitkan berhubung projek PFN ini ialah Program Pembangunan Usahawan yang belum dilaksanakan oleh NFCorp untuk melahirkan 130 pengusaha ladang satelit dan draf Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi program tersebut masih belum dimuktamadkan.

“Pembayaran baki geran berjumlah RM6.48 juta ditangguhkan sehingga Kajian Viabiliti Projek dan Model Bisnes, yang disiapkan pada 5 April 2011 dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan.

“Obligasi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani membangunkan abattoir berkapasiti sembelihan 350 ekor sehari ditangguhkan sehingga Kajian 'Viability and Business Model Project' dijalankan.

“Obligasi NFCorp yang dinyatakan dalam Perjanjian Pelaksanaan untuk membina kilang makanan ternakan dan kilang bio-gas masih belum dilaksanakan,” tambah laporan itu lagi.

Bahkan, laporan berkenaan juga memaklumkan enam kemudahan infrastruktur seperti kolam takungan, jalan masuk, pagar berangkai dan jalan perimeter tidak disenggarakan dengan memuaskan oleh NFCorp dan Kementerian terbabit.
SPR larang kempen guna media sosial selepas tengah malam
NOOR AZIANTY NORMAN
15 Oktober 2012
PRU13
Wakil parti politik yang hadir turut diberikan demonstrasi proses pengundian.
KUANTAN – Semua parti politik diingatkan supaya tidak menjalankan kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti termasuk penggunaan media baru seperti facebook, twitter, blog atau sebagainya.

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, SPR akan mendapatkan kerjasama

daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.

“SPR sudah memberikan tempoh yang cukup kepada parti yang terlibat dalam pilihan raya untuk mengadakan kempen. Justeru gunakanlah masa yang diberi itu sebaik-baiknya, serta hentikan kempen bila sudah tamat waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat pada Majlis Perjumpaan Bersama Wakil Parti Politik dan Media Negeri Pahang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini, semalam.

Katanya, SPR tidak mempunyai kepakaran untuk menangani masalah tersebut serta memerlukan kerjasama SKMM selaku badan yang

 bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan komunikasi.

“Jika dahulu, kempen yang dijalankan mungkin hanya melibatkan penggantungan bendera atau poster-poster sesebuah parti politik. Namun

kini dengan kecanggihan teknologi, terdapat banyak medium yang boleh dijadikan penyebar maklumat.

“Justeru, saya harap semua parti politik dapat mematuhi undang-undang ini supaya bebas daripada sebarang tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, SPR turut meminta pengundi untuk meletakkan kepercayaan kepada suruhanjaya itu sebagai pelaksana pilihan raya yang

telus.

“Jangan ada rasa ragu-ragu terhadap pegawai SPR yang bertugas ketika pilihan raya nanti kerana perasaan itu akan mendorong seseorangberfikiran negatif sekali gus meletakkan SPR sebagai badan yang tidak jujur.

“Cuba tanamkan keyakinan kepada SPR kerana kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik ketika hari mengundi serta menjalankan

tanggungjawab dengan penuh kejujuran,” katanya.

Dalam sesi taklimat itu, turut diadakan demonstrasi proses pengundian dan penggunaan dakwat kekal.
Kementerian Hal Ehwal Islam boleh tangani pelbagai isu

15 Oktober 2012
Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR - Cadangan menubuhkan sebuah Kementerian Hal Ehwal Islam dilihat mampu menangani isu berkaitan agama termasuk tuntutan hak asasi manusia yang keterlaluan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kementerian itu juga boleh mengurangkan kebimbangan umat Islam berhubung perkara bercanggah dengan ajaran Islam serta pegangan Ahli Sunnah seperti penerbitan buku yang mengelirukan.
  
"Saya amat bersetuju kementerian ini diwujudkan kerana tekanan atau serangan yang berlaku sejak kebelakangan ini, khususnya berkaitan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang bersangkut-paut dengan soal hukum," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
  
Cadangan penubuhan kementerian itu disuarakan Datuk Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) ketika sesi perbahasan, namun pernah dibangkitkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Ogos 2011.
  
Bagaimanapun, Jamil Khir berkata kerajaan berpendapat agensi dan jabatan berkaitan hal ehwal Islam masih sesuai diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya lebih berkesan dalam melaksanakan program serta aktivitinya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pada masa ini, kerja penyelarasan bagi menangani masalah melibatkan umat Islam dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama negeri dan agensi berkaitan.
  
Taib Azamudden, yang bangun mencelah, berkata beliau yakin cadangan penubuhan Kementerian Hal Ehwal Islam itu akan diterima Majlis Raja-Raja.
  
"Kementerian yang khusus dapat membantu pengurusan yang cekap sehingga ke peringkat negeri. Kita tidak mahu pengurusan Islam seolah-olah ibarat melepas batuk di tangga.
  
"Saya bukan menafikan kemampuan sedia ada, tetapi penting pengurusan Islam dilaksanakan dengan lebih matang dan dapat diuruskan di bawah satu bumbung," katanya.
  
Persidangan Dewan bersambung esok. - Bernama
Malaysia sambut Aidiladha pada 26 Oktober

15 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
  
"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.
  
"Oleh yang demikian, Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober, 2012" katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama
 YE LAH KATAKAN....BAGAIMANA DIRI TENTANG RASUAH SERTA PENYELEWENGAN SEMASA JADI MB....HINGGA KALAH

Khir Toyo: ‘Jangan nanti skim Tawas jadi skim was-was’
Dr Mohamad Khir Toyo
15 Oktober 2012
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
LAPORAN Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.
 Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM ,500.00.
Biarpun telah menghabiskan RM500,000 untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.
Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.
Menurut maklumat dalam laman webnya, Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM8.5 juta untuk dana Tawas dan RM5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas.
LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek Yawas bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa.
LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi Yawas dan seterusnya manfaat Skim Tawas."
Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM7.82 juta telah dibelanjakan.
Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebannyak RM4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan RM1.18 juta? Atau adakah wajar RM4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas?
Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini.
Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.
Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was.
* DIpetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo
Kes tembak: Ibu tunggal saman polis

15 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal hari ini memfailkan saman terhadap seorang anggota polis, Ketua Polis Daerah Sentul, dan dua lagi berhubung kejadian menembak secara salah terhadapnya di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2), di sini dua tahun lepas.
  
Norizan Salleh, 23, memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Daim Gamany & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.
  
Beliau menamakan anggota polis itu hanya sebagai Mohd Firdaus yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Sentul defendan kedua, dan Ketua Polis Negara defendan ketiga.
  
Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan keempat.
  
Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa ketika kejadian, dia bersama tiga lagi rakannya berada di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2), tiba-tiba muncul sebuah kereta peronda polis sambil seorang anggota mengeluarkan sepucuk senjata api dan mengacukannya ke arah kenderaan mereka.

Katanya, kereta itu yang dipandu oleh rakan Norizan telah dikejar dan tembakan bertubi-tubi dilepaskan dari kereta peronda tersebut dan salah seorang polis tersebut adalah defendan pertama.
  
Ibu kepada seorang anak itu, mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menendangnya yang cuba keluar dari kereta tersebut untuk meminta pertolongan malah ketika berjaya keluar dari kereta tersebut, defendan pertama turut memijak belakangnya dan menyebabkan jatuh tersungkur.
  
Katanya, dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan selama empat hari sebelum dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN), selama sembilan hari.  
  
Dia mendakwa, kejadian tersebut yang berpunca daripada sifat cuai, terburu-buru, tidak kisah, tidak mengikut prosedur yang betul dan sah dan/atau tanpa justifikasi yang sah dan munasabah dari pihak defendan.
  
Norizan yang diwakili peguam Latheefa Koya, memberitahu berdasarkan laporan perubatan terdapat dua kesan luka di pergelangan tangan kanan selain luka tembakan di bahagian dada manakala laporan x-ray menunjukkan ada kesan peluru menembusi paru-parunya.

Akibat daripada kejadian itu, dia mengalami kesukaran untuk membuat kerja-kerja yang berat ataupun untuk tempoh masa yang lama, dan telah kehilangan peluang pekerjaan untuk menyara hidupnya.
  
Selain menuntut ganti rugi khas iaitu perubatan yang belum dijelaskan sebanyak RM18,161, wanita itu turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan/atau ganti rugi teladan, faedah lapan peratus, kos dan sebarang relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.  - Bernama

LAGI TEMBAK MUSUH...LAGI BANYAK PELURU TEMBAK BALIK KEARAH DIRI SENDIRI....SEBAB DIRI PUN BUKAN GULUNGAN SUCI BERSIH...MALAH BANYAK SKANDAL
Isu Soros jadi 'bumerang' buat BN, kata Pakatan
JAMILAH HAMZAH
15 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kenyataan dibuat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengenai George Soros,  sering berubah-ubah disebabkan agenda politik mereka dan bakal menjadi "bumerang" kepada perikatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada tahun 1997 dan 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Soros adalah penyangak mata wang, namun pada tahun 2006, Dr Mahathir menafikannya setelah pertemuan mereka diadakan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pada 2012 kerajaan BN menimbulkan semula isu Soros dan mengaitkannya dengan PR yang menerima dana daripadanya serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin turut mengubah 'skrip' percakapannya mengenai Soros.

Justeru, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kenyataan daripada pemimpin BN bercanggah dan sering berubah-ubah apabila bukti berjaya didedahkan oleh pemimpin PR.

"Kenyataan pemimpin BN yang sering berubah mengenai Soros, memang mempunyai agenda politik tertentu.

"Hari ini kata lain, esok kata lain, dan Soros tak pernah jumpa Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan pemimpin PR yang lain, tetapi kita tengok Soros berjumpa dengan Perdana Menteri dan pemimpin Umno," katanya kepada Sinar Harian Online.

Akhbar semalam memetik Muhyiddin dilaporkan berkata, isu George Soros yang ditimbulkan kembali bukan bertujuan dijadikan modal politik tetapi sebagai peringatan tentang tindakan penyangak mata wang itu yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Beliau juga berkata, tidak timbul isu itu akan memberi kesan buruk kepada BN kerana banyak pihak yang mempersoalkan peranan penyangak mata wang berbangsa Yahudi itu yang membantu beberapa pertubuhan di negara ini untuk menjatuhkan kerajaan dan mempertikaikan banyak perkara.

"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah satu perkara bahaya. Peringatan oleh Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan-badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara.

"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita. Kita tidak gunakan itu sebagai 'political mileage' tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas Soros boleh "memakan diri sendiri" kelak.

Mengulas lanjut, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pula berkata, isu Soros yang dimainkan BN adalah untuk menjadikan bahan mengaitkan individu tertentu pada tahun 1990 yang terlibat dengan penyangak mata wang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, isu Soros akhirnya menjadi 'bumerang', yang akan makan diri sendiri seperti yang dikatakan oleh Saifuddin, ahli Majlis Tertinggi Umno, baru-baru ini.

"Isu Soros sengaja dibangkitkan untuk mengaitkan beberapa pemimpin PR yang akhirnya menjadi 'bumerang' kepada mereka (BN)," katanya.
Salahuddin: Pas tidak goyah diserang bertubi-tubi
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 Oktober 2012
Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM –  Pas tidak akan goyah mahupun terjejas meskipun berhadapan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas ahlidan pemimpin, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian, Salahuddin menegaskan, walaupun ramai yang masuk dan meninggalkan parti itu, kemudian muncul dengan pelbagai dakwaan tidak berasas,ia tidak mengubah apa-apa dalam Pas sebaliknya hanya merugikan individu berkenaan.

“Pas pernah kehilangan orang nombor satu, presidennya, timbalannya, naibnya, setiausaha agungnya. Ini sejarah yang pernah dilalui.

“Jadi, Pas tidak tersentuh dengan hal-hal seperti ini. Nak datang dengan seribu kehendak, sama dengan parti mereka akan diberikan tempat dan kepercayaan. Nak pergi, pergilah. Parti tidak rugi apa-apa,” kata Salahuddin.
Mutakhir ini parti Islam itu dikritik hebat dari pelbagai sudut oleh bekas pimpinannya yang meninggalkan parti ekoran tidak berpuas hati dengan prinsip perjuangan Pas yang dikatakan sudah beralih arah.

Bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa lantang mengkritik kepimpinan parti Islam itu yang dakwanya lebih mengutamakan kuasa sementara agama diletakkan di tangga kedua.

Sementara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan susulan tindakannya mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP.

Hasan kemudian meminta tempat Nik Aziz digantikan dengan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Salahuddin berkata, kritikan mereka yang meninggalkan parti itu sama ada melibatkan dasar atau hala tuju parti, tidak mendatangkan kesan atau mencacatkan rekod parti itu.

“Allahyarham Datuk Asri Muda pernah meninggalkan Pas. Datuk Nakhaei Ahmad juga. Bukan dari jawatan yang kecil termasuklah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Riuhlah seminggu dua, tetapi Pas tidak goyah dengan mereka ini.

“Bagi saya, apa yang penting, rekod kita. Amanah yang diberikan itu yakin atau tidak. Yang penting adalah, Pas terus melangkah ke hadapan walaupun datang ujian sepanjang perjalanan,”katanya.

Bahkan ujarnya, sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman, Pas memahami lenggok suara-suara bekas ahlinya yang sudah kehilangan kuasa.

“Ada beberapa isu tidak perlu dijawab oleh parti kerana pandangan tersebut lahir daripada pandangan individu sendiri, di mana suatu ketika dulu pernah berada di tempat pemenang utama parti.

“Tiba-tiba apabila tiada di posisi itu, dan mengatakan perkara yang lain. Sebab itu, Pas berpengalaman menghadapi orang-orang seperti ini,”ujarnya lagi.

CUMA BN DAN UMNO JADI BURUK DIPANDANG DI MATA RAKYAT
Shahrizat: 'Saya bukan beban pada BN, Umno'

15 Oktober 2012
Shahrizat Abdul Jalil
Shahrizat Abdul Jalil
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan beliau menjadi bebanan kepada Barisan Nasional, Umno dan kerajaan berikutan skandal projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
  
Shahrizat, yang memberi keterangan pada prosiding kes saman fitnah beliau terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli di Mahkamah Tinggi di sini, berkata peletakan jawatannya pada April lepas juga bukanlah kerana menjadi bebanan parti yang diwakili.
  
Ketua Wanita Umno itu berkata tindakan meletak jawatan adalah satu pengorbanan untuk keluarga akibat fitnah tersebut.
  
"Saya meletak jawatan untuk membersihkan nama saya dan keluarga, serta berkorban demi parti," katanya ketika disoal balas peguam Ranjit Singh, yang mewakili Mohd Rafizi.
  
Shahrizat turut memberitahu mahkamah Zuraida dan Mohd Rafizi telah menzalimi serta memfitnahnya dengan mengeluarkan kenyataan seperti didakwa.
  
Beliau juga menyalahkan mereka berikutan tersiarnya berita (di beberapa laman portal) berhubung saranan beberapa bekas pemimpin tertinggi UMNO seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Rafidah Aziz, yang memintanya meletak jawatan.
  
Ditanya Ranjit rasional tindakan meletak jawatan sedangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau bebas daripada projek NFC, Shahrizat berkata, "Ia kerana kata-kata fitnah daripada kedua-dua defendan terhadap saya dan keluarga. Saya mempunyai suami dan tiga orang anak, dan mahu bersama mereka."
  
Shahrizat menyifatkan serangan itu bagaikan dirancang dan amat kejam kerana ia mempersoal tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri, ibu, wanita dan pemimpin.
  
Pada 19 Januari lepas, beliau memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnahnya dalam isu NFC.
  
Beliau menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi sebagai ganti rugi teladan dan teruk, selain injunksi bagi menghalang defendan terus mengeluarkan kenyataan, sama ada secara lisan atau penerbitan, terhadapnya berhubung NFC atau syarikat bersekutu.
  
Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung 18 Mac tahun depan. - Bernama
 
Salahuddin: Johor penting bagi PR tawan Putrajaya
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 Oktober 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM –  Hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini mungkin satu misi yang mustahil sekiranya tiada “perubahan landskap politik di Johor”, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Anak kelahiran Kampung Serkat, Johor ini juga berkata, negeri ‘deposit tetap’ Barisan Nasional seperti Sabah dan Sarawak juga harus diterokai parti pembangkang jika mahu menjejakkan kaki ke Putrajaya.

“Mereka cukup selesa di tiga negeri itu,” ujar Salahuddin dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian yang disiarkan hari ini.

Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di tanah kelahirannya setelah dua kali bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian iaitu 2004 dan 2008.

Baru-baru ini beliau memberitahu akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya kali ini.

Menurut Salahuddin, berdasarkan pemerhatiannya, suasana politik di negeri itu kini sudah berubah dan ia memberi sinar harapan kepada pembangkang.

“.... saya sudah faham dengan senario politik di sana kerana saya orang sana dan memulakan kerjaya saya di sana sejak 30 tahun lalu.

“Jadi apabila ada perubahan politik, saya nampak sinar yang sangat cerah untuk berlaku. Jadi penting bagi saya menjanjikan sesuatu kepada politik khususnya kepada rakyat Johor

“Tanpa ada satu perubahan landskap politik di Johor itu saya rasa sukar untuk PR melangkah ke Putrajaya,” ujar beliau.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Pakatan Rakyat berjaya melebarkan sayap ke beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang di samping mempertahankan Kelantan.

Perak kemudiannya jatuh semula ke tangan Barisan Nasional pada 2009.

Tiada ulasan: