Khamis, 18 Oktober 2012

PANAS...HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU...SEBENAR2NYA

Rais Yatim, ini rumah siapa, dan siapakah wanita di depan rumah ini?

LIHAT gambar di bawah ini baik-baik. Rumah siapakah ini, dan siapakah yang berdiri di depan rumah ini? Anda sahabat pembaca semua tak perlu jawab, kerana soalan ini bukan ditujukan kepada anda, sebaliknya soalan yang perlu dijawab oleh YB Datuk Seri Utama Rais Yatim.



Rumah ini terletak di salah sebuah kampung di Banjarnegara, Indonesia sekitar 12 jam perjalanan dari Bandar Jakarta, Indonesia jika menaiki kereta.

Wanita yang berdiri bersama suaminya di depan rumah ini sangat rapat dengan Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (sebut menteri propaganda Barisan Nasional).

Esok satu sidang media akan diadakan oleh aktivis maya (cyberwarrior) yang juga merupakan NGO, Jingga 13 berhubung gambar rumah dan wanita di atas. Para wartawan dan pengamal media dijemput hadir untuk membuat liputan.

Tarikh: 19 Oktober 2012
Masa: 2.30 petang (Selepas solat Jumaat)
Tempat: Pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Komplek Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

ReJaM© "Mulai esok, menteri propaganda Umno/BN takkan dapat tidur malam" 
Baca juga di sini: [ASD]


RAIS YATIM!! Ini rumah SIAPA ???
Posted on Thursday, October 18 @ 00:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Anak Sungai Derhaka


Soalan di atas bukannya ditanya oleh aku.. tapi ditanya oleh sebuah NGO iaitu Jingga 13 kepada YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim..
NGO tersebut bertanya kepada Rais Yatim, kerana Robengah pernah berkerja dengannya di Malaysia suatu masa dulu..

Disamping bertanya rumah siapakah dalam gambar di atas mereka juga mendesak agar Rais menjelaskan dari manakah sumber kemewahan Robengah di Banjanegara, Indonesia hingga beliau mampu hidup senang.

Kerana menurut jurucakap mereka, mana mungkin seorang amah mampu membina rumah bernilai hampir RM100K dengan hanya lima tahun bekerja di Malaysia. 

Kesenangan dan kemewahannya terserlah dengan tersergamnya rumah beliau yang dianggarkan bernilai RM100,000.00

Ini dari Saudara Fariz Musa..

MEMORANDUM KEPADA YB DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM ; 

JINGGA 13 DESAK RAIS YATIM JELASKAN DARI MANAKAH SUMBER KEMEWAHAN ROBENGAH DI BANJANEGARA , INDONESIA HINGGA MAMPU HIDUP SENANG DAN PUNYAI RUMAH DIANGGARKAN RM100 RIBU

TARIKH :l 19 OKTOBER
JAM : 2.30 PETANG ( SELEPAS SOLAT JUMAAT )

TEMPAT : KEMENTRIAN PENERANGAN , KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN , KOMPLEKS SULTAN ABDUL SAMAD , JALAN RAJA , KUALA LUMPUR

Gambar diatas sumbernya di ( SINI 
 
 RAIS YATIM!! Ini rumah SIAPA ???





Rais: Dakwaan pada kami sesat & sempit
  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:49PM Okt 18 2012
 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menepis tanggapan bahawa kementeriannya menggunakan dana awam untuk menerbitkan buku Panduan Penjelasan Isu Semasa yang memuatkan agenda BN.

"Itu pandangan sempit dan sesat. Kerja kementerian penerangan, menerangkan sesuatu. Kerajaan ditohmah atau bekalan air di Selangor tidak sampai kepada rakyat, kita menerangkan sebab musababnya.

NONE"Apakah ini menyalahgunakan kuasa? Tidak. Sekiranya audit negara tidak membuat sedemikian, pihak pembangkang harus menutup mulut. Tetapi kalau audit kata ini menyalahgunakan kuasa, barulah kita mengambil perhatian dan siasat," katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bawah kementerian penerangan menerbitkan buku yang antaranya mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jutawan Yahudi George Soros.

Buku setelah 322 halaman itu turut menyentuh pelbagai lagi isu semasa, termasuk kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene dan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Pada Mac lalu, Rais dilapor berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

RM5-6 setiap naskhah
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan melancarkan "Pemasyhuran U-Pustaka" di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kementeriannya bertanggungjawab menerangkan dasar kerajaan dan produk 1Malaysia.

"Oleh itu, sebelum membuka mulut, saya harap mereka berfikir," katanya yang juga ahli parlimen Jelebu.

Sementara itu, Rais juga berkata, buku itu mendapat sambutan hangat daripada pihak yang ingin menjelaskan isu berkaitan politik, pentadbiran dan hal-ehwal negeri di seluruh negara, termasuk di negeri pembangkang Kedah dan Selangor.

NONE"Penjelasan ringkas yang terdapat dalam buku ini, amat berguna oleh kerana ia memberi penjelasan yang dikatakan menepati apa yang perlu diterangkan.

"Ia tidak panjang, tetapi pendek dan tepat untuk mudah difahami," katanya sambil menambah saiznya juga menyebabkan ia mudah dibawa.

Ditanya kos yang dibelanjakan untuk tujuan itu, menteri penerangan berkata, sebanyak RM5 hingga RM6 diibelanjakan untuk sebuah buku.

Bagaimanapun, tambahnya, perkara itu tidak penting kerana pembaca patut memfokuskan kepada kandungannya yang "dapat memberi peluang untuk menentukan kedustaan pada yang benar".

"Pihak yang mendakwa sesuatu, kita jelaskan dengan objektif dan fakta bersekali dengan penerangan jelas," katanya.

Tiada ulasan: