Nik Aziz: Tahniah DAP berani bidas MCA
Mursyidul
Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP
Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa
beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.
Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.
"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.
Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.
Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".
Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.
Loke: Surat buktikan kemurahan hati
Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!
Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.
26 Oktober 2012
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menyeru wakil
rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih
hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Beliau berkata dalam mesyuaratnya, jawatankausa kerja pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes "terkecuali", seseorang anggota parti itu dibenar menyandang kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Karpal berkata, beliau berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu.
"Keadaan terkecuali ini perlu diambil kira dalam erti kata sebenarnya. Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang menyandang dua kerusi mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan memilih satu kerusi sahaja.
"Mereka patut berbuat demikian demi kepentingan pakatan pembangkang. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mampu tangani secara langsung isu yang
melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata terserahlah kepada CEC untuk memutuskan kerusi mana yang perlu dilepaskan oleh calon.
Kini, sembilan wakil rakyat DAP menyandang dua kerusi, tiga daripada mereka di Pulau Pinang iaitu Guan Eng, Timbalan ketua Menteri P. Ramasamy dan ketua DAP negeri Chow Kon Yeow.
Karpal berkata, langkah melepaskan kerusi tidak sepatutnya menjadi masalah sekarang kerana DAP tidak lagi kekurangan calon berkebolehan berbanding sebelum ini. - Bernama
26 Oktober 2012
BERIKUT adalah transkrip penuh Wacana Sinar Harian
Siri Ke-15 bertajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin diadakan di
Kompleks Media Karangkraf Selasa lalu. Wacana
ini membariskan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pemuda Umno dan Pengerusi Biro IPT, Syahrin Md Jamaludin serta dikendalikan Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik sebagai moderator.
MODERATOR: Apa pandangan ahli panel mengenai tajuk wacana Sinar Harian Siri Ke -15: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin?
DR SIDDIQ: Tajuk ini menepati situasi keadaan sekarang. Ramai ulama lupa tugas sebagai penasihat dan pendidik. Ramai pemimpin lupa erti dan definisi kepimpinan. Kebanyakan pemimpin tidak merasa amanah berat kerana apa yang dirasakan adalah sedapnya menjadi orang besar. Mereka menyangka menjadi pemimpin mudah, mengarah, mengarah, kemudian marah marah. Pemimpin tugasnya berat dan masalahnya masyarakat salah faham kepimpinan kerana mereka tidak dapat membezakan di antara pemimpin dan orang besar.
Pemimpin itu taklif atau bertanggungjawab dan amanah. Ia berbeza dengan orang besar.
Orang besar yang diabadikan dalam puisi seorang guru agama, Mustofa Bisri iaitu Orang Kecil dan Orang Besar. “Orang besar bercakap seenaknya manakala orang kecil, paling-paling dibicarakan. Orang kecil salah, tidak salah, disalahkan manakala orang besar benar, tidak benar, dibenarkan.” Masalah kepimpinan memerlukan peranan ulama kerana ulama pewaris Nabi. Pada 1957, Hamka menulis buku Kenangan-Kenangan Kemerdekaan mengupas tajuk pewaris Nabi dan mengingatkan para ulama sebagai pewaris Nabi termasuklah Nabi Musa yang menasihati Firaun. Pemerintah harus dinasihati apabila berada di puncak kuasa kerana di situlah ujiannya.
DR ASRI: Ulama dan pemerintah adalah isu agama. Satu fakta isu agama kerana agama mempunyai kekuatan tersendiri dalam masyarakat Islam dan masyarakat lain yang berpegang kepada agama mereka, maka tentu tokoh agama akan diheret.
Ulama akan terbabit dalam hal ini. Sejarah Islam dan tradisi pemikiran Islam, ulama tampil beri pandangan di hadapan pemerintah. Pertarungan begitu banyak membabitkan antara tokoh agama dan pemerintah, Ini bukan baru, bukan politik sains atau dipolitikkan zaman ini tetapi realiti kerana ulama memainkan peranan mereka.
Kebelakangan ini, apabila berlaku kebangkitan di negara Arab, desas-desus kebangkitan rakyat, maka ulama dibincangkan. Dunia Internet yang terbuka dan maklumat dibincangkan banyak pihak, maka orang bertanya apa hubungan antara pemerintah dengan ulama. Sejauh manakah ulama boleh menegur pemerintah?
Maka timbul pandangan termasuk yang disiarkan media bahawa ulama tidak boleh menegur pemerintah secara terbuka, ulama hendaklah menegur secara tertutup. Ulama tidak boleh mengkritik pemerintah secara terbuka kerana itu menyalahi disiplin agama. Saya rasa keseluruhan rakyat Malaysia Muslim dan bukan Muslim bersetuju ulama mesti berperanan dan menegur pemerintah. Kita mungkin berbeza pendapat bagaimanakah ulama menegur pemerintah. Bolehkah mengkritik secara terbuka mereka? Adakah ulama perlu berjumpa dalam bilik pemerintah, mengampu, terus tegur, berbahasa atau apa sahaja, ini sahaja perbincangan kita.
SYAHRIN: Saya bersetuju dengan kedua-dua ahli panel. Mengajak penonton untuk mengkaji ulama. Orang muda hari ini mudah sangat menggunakan ulama. Sedangkan apa yang kita faham, ulama ini dari dulu selepas zaman Rasulullah memang menjadi perbahasan mengenai definisi dan tafsiran ulama, sebab itu melewati zaman Rasulullah, zaman itu Rasulullah betul-betul mendominasi ilmu ketuhanan, ketakwaan dan kepimpinannya.
Pasca selepas penjajahan, ini yang tercetus perbahasan, Bagaimanakah ulama layak dan dirinya boleh disebutkan seperti tadi? Orang yang boleh ditafsirkan ulama, supaya dengan cara itu masyarakat jelas. Dalam masyarakat banyak generasi muda dan masyarakat terperangkap dengan dakwaan ulama, apabila label ulama, boleh ubat penyakit, mereka terpedaya.
Kita perlu memeriksa kenapa mudah penipuan? Ini kerana ulama, keupayaan menggunakan al-Quran untuk rawat penyakit. Kita tidak menolak kebolehan dan kemahiran itu.
Eksploitasi tersebut menyebabkan masyarakat mudah tertipu hanya dengan tafsiran ulama. Mendalami tafsiran supaya masyarakat jelas dan fokus, orang yang jauh latar belakang tidak langit dan bumi ulama, hidayah berpakaian status ulama, seminggu boleh memfatwakan pelbagai perkara.
Adakah semudah ini gambaran ulama yang akhirnya gagal berdepan isu menasihati kepimpinan. Ia akan menjadi fitnah. Ulama sebenar adakah yang hanya menguasai ilmu agama, alim ulama? Bagaimana ulama yang berilmu? Banyak tafsiran orang berilmu, tetapi mereka mempunyai ilmu bukan disiplin agama, ilmu dunia kepentingan agama, maka mereka ini ialah sarjana atau tokoh ilmuwan.
MODERATOR: Ramai yang berkelulusan Timur Tengah atau jurusan agama merasakan diri ulama dan cuba jadi modal mengkritik dan berpolitik. Sedangkan zaman kegemilangan Islam, ulama hasilkan ilmu, kesarjanaan karya. Tetapi sekarang ini, sesetengah masyarakat mengaku ulama dan mahu keuntungan politik. Apakah dalam kes ini, ulama perlu neutral?
DR SIDDIQ: Yang bermasalah ialah orang merasakan mengaku ulama, ulama sebenar tradisi Islam yang tidak merasa diri ulama, tetapi diiktiraf umat Islam berdasarkan keilmuan, kewibawaan, integriti moral dan penampilannya sebagai teladan dalam masyarakat. Mereka disanjung bukan saja beri ilmu dan mendidik tetapi perilaku menjadi contoh dan teladan. Ulama zaman keemasan Islam berwibawa dan dihormati. Ulama berilmu dan takut kepada ALLAH ialah ulama dalam al-Quran. Ciri- ciri ulama ialah takut kepada ALLAH. Takut kepada bos, itu bukan ulama pewaris Nabi. Ulama pewaris Nabi mempunyai ciri-ciri ulama ialah orang keilmuan, perwatakan dan komitmen perjuangan.
MODERATOR: Dr ada menyebut, untuk menegur ulama sama ada secara terang atau senyap. Ada pendapat, kena senyap, terdapat ulama pemimpin tidak boleh ditegur secara terang-terangan Bagaimana cara untuk menegur?
DR ASRI: Menariknya, golongan yang menyatakan tidak boleh menegur pemerintah secara terangterangan. Dosa manusia ada dua iaitu satu dosa dengan Tuhan, membabitkan zina dan minum arak. Saya bersetuju dalam dosa kategori ini tidak boleh cakap di khalayak awam, kerana perkara ini boleh diselesaikan dengan dia. Hadis Nabi menyuruh tutup aib orang. Parti- parti politik mengkritik isteri perdana menteri, menteri dan sebagainya. Isteri perdana menteri membabitkan isu peribadi tidak memakai tudung, tidak boleh dipolitikkan.
Apabila membabitkan urusan awam, kepentingan rakyat, bagaimana Parlimen dan persidangan Agung Umno membincangkan masalah negara. Cuma kita bersetuju, tidak patut, jadi profesional mengkritik kerajaan.
Mengkritik kesalahan dan pengurusan apa yang kerajaan buat, pilih perkataan elok sesuai sebagai manusia bertamadun. Tidak perlu mencarut, menggunakan perkataan lucah. Guna perkataan tegas tetapi mempunyai makna yang jelas kepada pemerintah. Aliran yang menyatakan tidak boleh menegur pemerintah secara terbuka tidak benar kerana membabitkan soal
kepentingan awam dan boleh kata apa sahaja kepada pemimpin, tidak benar. Tegurlah dengan berdisiplin.
MODERATOR: Apakah peranan ulama dalam Umno, boleh Ustaz Syahrin terangkan?
SYAHRIN: Saya setuju dengan Dr Asri membangkitkan soal kaedah menegur walaupun pada awal tadi saya masih belum berbicara ulama yang mana boleh menegur pemimpin.
Ini kerana tafsiran ulama sekarang ini, saya sebagai pemimpin akar umbi masyarakat, dari sudut pemahaman terhadap siapa itu ulama, orang kampung akan mudah ditipu ulama jadian dalam mengubat nikah batin dan sebagainya.
Kes ini banyak berlaku. Oleh yang demikian, kita perlu beri pemahaman luas apakah jenisjenis tafsiran ulama ini. Berdasarkan fakta dalam kitab, ulama adalah mereka yang mempunyai ilmu yang mendekatkan dirinya dengan ALLAH dan boleh menyumbang kembali kepada agama ALLAH. Ulama yang seperti inilah yang diharapkan oleh Dr Asri tadi untuk berada dalam masyarakat menegur kepimpinan memberi perkara-perkara yang baik.
Saya dalam Umno berlatar belakang pendidikan Islam menyertai Umno dan masuk dalam jabatan agama selama sepuluh tahun. Orang berkata, saya satu-satunya budak belajar agama dan fikiran tidak waras masuk Umno, ini kerana katanya, Umno sering menutup pintu terhadap tekanan dan perkara yang melibatkan agama.
Dalam Umno, kita mempunyai musyawarah membolehkan kita menegur secara terbuka, baik terhadap ketua pemuda cawangan sehingga ke peringkat akar umbi. Paling sedikit pun, setahun sekali isu ini pasti dibawa sampai ke perhimpunan agung.
Saya sendiri terbabit langsung salah seorang menyampaikan bahas perhimpunan agung 2004 mewakili pemuda bercakap mengenai kurang menitik beratkan pendidikan Islam dan kemudian hasilnya lahirlah J-Qaf dan sebagainya.
Maknanya, saya nampak ruang itu ada, namun sejauh mana ulama hari ini mampu dan sanggup menggunakan platform yang tersedia untuk menegur kepimpinan dalam Umno, tepuk dada tanya sendiri. Saya mengambil tanggungjawab itu untuk melaksanakan perkara-perkara itu. Saya yakin di bawah kepimpinan
Presiden kami hari ini, kita mampu untuk mendengar segala permintaan yang disampaikan dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.
MODERATOR: Boleh buktikan perubahan yang telah berjaya dibuat Umno?
SYAHRIN: Saya sendiri pada 2004 berbahaskan soalan itu dan dijawab dalam mesyuarat agung bahawa J-Qaf diperkenalkan seluruh negara.
MODERATOR: Dr Asri pernah jadi mufti, boleh terangkan peranan mufti dalam menasihati pemimpin?
DR ASRI: Saya rasa kemungkinan ruang itu tidak dinafikan langsung. Dalam konteks Malaysia tidak menafikan lagi cuma wujud kesan dan akibatnya kerana keberanian mana-mana ulama untuk berbuat demikian. Melainkan kerana dia Umno, namun saya rasa, masalahnya bukan Umno tetapi kerana Umno adalah pemerintah. Apabila ada teguran sampai ke peringkat atas, pihak menegur akan menerima akibatnya, bukan sahaja ulama, bukan ulama pun akan kena. Namun, kita lihat masalah dalam Umno ataupun dalam parti pemerintah secara keseluruhannya, banyak tokoh agama apabila masuk ke sana akan hanyut.
Saya baik dengan kawan-kawan Umno mereka berkata ustaz tu lebih Umno dari pada kami. Soal dalam Umno adalah mereka mempunyai satu budaya tersendiri, saya tidak
menyokong mana-mana parti, tetapi jika kita ambil perbandingan antara perhimpunan agung Umno dan Pas, walaupun bagus dari segi perbahasan, namun agama itu tidak terlalu kuat.
MODERATOR: Bagaimana pula dengan Pas, jika pemimpin itu ulama, macam mana pemimpin tersebut wajar ditegur?
DR ASRI: Saya rasa perkara itu juga menjadi satu masalah dalam Pas, cuma Pas sekarang masih belum menjadi pemimpin negara lagi. Jika perkara ini tidak dibahaskan hari ini, kita khuatir akan jadi macam Iran, yang mana tidak boleh disentuh pun pemimpinnya. Kalau kita tidak berhati-hati mana-mana parti politik termasuk Pas akan menghadapi isu ini kelak kerana ditambah pula dengan isu pemimpin.
SYAHRIN: Saya cuma ingin memberitahu bahawa Umno buka pintu kepada semua tokoh yang merasakan ingin berjuang bersama. Ini kerana terbukti dalam Umno kita bukan setakat tegur ketua cawangan ramai tahu Presiden parti kita suruh turun apabila kesan pilihan raya 2008 kita mendapati bahawa perlunya satu pelan peralihan kuasa.
MODERATOR: Bagaimana pula peranan ulama dalam dua tempoh berbeza iaitu ketika Dr Siddiq berada dalam Abim dan selepas keluar dari Abim?
DR SIDDIQ: Dari sudut pandang ulama harus mengusai semua perkara, Namun, terdapat perbezaan dengan realiti yang berlaku sekarang. Seperti Dr Asri sendiri yang menjelaskan bahawa pemimpin terlalu sombong. Saya ingin menyebut pengalaman saya alami, iaitu kita perlu menghitungkan realiti dan ada waktunya kita perlu berundur. Ulama perlu mengundurkan diri demi maruah. Saya juga pernah digoda untuk masuk politik tetapi terdapat rakan-rakan dan ulama yang menasihatkan jangan berbuat sedemikian kerana dalam politik pendapat tak diutamakan, sebaliknya pendapatan. Jadi kesimpulannya bahawa kita harus menegakkan nusus dan memahami realiti yang sedia berubah.
MODERATOR: Adakah Syahrin sendiri setuju perkara ini wujud dalam Umno?
SYAHRIN: Sebenarnya secara kebetulan wakil Umno sahaja yang ada di sini, kalau ada wakil Pas kita boleh kongsi dan jika ada wakil PKR, lebih baik. Realitinya, kita perlu utamakan permintaan rakyat. Sebab itu, sebagai pemimpin kita perlu bijaksana dalam menguruskan hal dalam ekonomi.
DR ASRI: Saya nak bertanya kerana saya merasakan Umno sendiri yang menyuburkan budaya itu, kerana masalah hulur ini tidak diselesaikan jika Umno terus dengan cara sebegitu, sehingga mana-mana parti yang datang pun terpaksa ikut rentak yang sama. Ini kerana orang Melayu khususnya, sudah terbiasa dengan cara menghulur. Saya rasa dalam Umno, jangan raikan ulama yang suka mengampu, kerana budaya seperti ini perlu dihapuskan.
SYAHRIN: Memang kita selalu mendidik masyarakat jangan suka meminta-minta, kita boleh cakap tetapi berapa tahun boleh berubah. Saya yakin hari ini dilema yang wujud adalah bukan sahaja acara bola sepak, program Maulidur Rasul pun berjela-jela surat untuk mohon sumbangan dari pemimpin.
DR ASRI: Kita perlu ucap terima kasih kepada saudara Syahrin kerana dia menjawab dengan jujur dalam hal ini. Saya tidak berkempen mana-mana parti tetapi kalau Umno begitu parah, Umno patut berundur. Saya tidak berkempen tetapi kalau tak boleh diubati, dan kalau naik pun sama. sampai bila pun budaya menghulur tidak akan berubah.
SYAHRIN: Ini bukan memberi sumbangan untuk meraih undi, ia adalah tanggungjawab kita kepada ahli. Saya sebagai Ketua Pemuda Umno mempunyai 74 cawangan dan setiap cawangan ada 2O orang ahli, yang menaikkan saya sebagai seorang pemimpin. Saya perlu menjaga kebajikan mereka.
DR ASRI: Memang benar saya setuju, tetapi masalahnya sekarang kita telah wujudkan budaya, siapa ada duit dia layak jadi pemimpin. Walaupun bagus macam mana sekalipun individu itu dia patut berundur ke belakang kerana ada pihak dikuasai oleh orang yang banyak duit.
MODERATOR: Dr Siddiq, teruk sangat orang Melayu?
DR SIDDIQ: Pada masa kini politik wang adalah satu kenyataan. Masalahnya orang Melayu masa kini, apabila ditanya menangani penyakit, bagaimana mahu mengubatinya jika doktornya itu juga sakit. Saya setuju dengan pandangan Dr Asri bahawa kita perlu perbetulkan cara pengangkatan pemimpin kerana orang yang mahu diangkat sebagai pemimpin itu perlu bersih dan baik. Oleh yang demikian mekanisme pengangkatan pemimpin itu perlu betul. Jangan sampai yang diangkat itu adalah pemimpin yang bermasalah. Jika itu terjadi, ini namanya mekanisme ‘enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas’.
MODERATOR: Bilakah orang Melayu ini menjadi rosak?
DR. SIDDIQ: Apabila kepimpinan Melayu dipegang oleh mereka yang sebenarnya sudah tercabut daripada akar Melayu dan tercabut dari Islam.
MODERATOR: Sebagai penggulungan, apakah pandangan dan perkara yang perlu dimainkan para ulama menjelang serta sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini?
SYAHRIN: Pandangan saya mudah, saya berpegang pada konsep, saya berpandangan kita rakyat Malaysia sudah berada dalam keadaan di mana kita patut mensyukuri nikmat yang ada sebagai generasi masyarakat. Golongan ulama perlu tampil ke hadapan untuk yakinkan rakyat, dan rakyat hendaklah menjaga nikmat yang ALLAH sudah berikan itu.
Bagi sesiapa yang merasai nikmat itu, perlu disyukuri dan kekalkan keamanan sedia ada.
DR. ASRI: Sememangnya banyak kebaikan di negara ini berbanding negara lain, malah
pemerintah juga telah melakukan tugas dengan kadar-kadar yang tertentu. Namun, saya rasa setiap rakyat Malaysia juga tidak dapat menafikan terdapat banyak kecacatan dan kekurangan yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat . Maka, ulama harus membaiki hal itu seperti kecacatan, kemungkaran dan kelemahan yang ada dengan
cara mereka yang relevan.
DR. SIDDIQ: Ulama di mana-mana pun dan pada bila-bila pun bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan, dan tugas ini tidak boleh dikompromikan. Namun, untuk memastikan perkara itu, kita harus ada keberanian, tidak ada gunanya kekuatan kalau tidak ada keberanian, bak kata pepatah “apa guna pergi ke
bendang kalau tidak menanam padi, apa guna keris di pinggang kalau tidak berani mati”. Orang Melayu sering memusakai kata-kata berhikmah seperti “berani kerana benar takut kerana salah” tetapi situasi ini sudah berubah sekarang, yang mana banyak orang berani walaupun salah kerana dilindungi, dan takut walaupun benar kerana benar ini sudah tidak didaulatkan.
Oleh sebab itu, kita harus seberani para ulama terdahulu, untuk itu, kita harus bebas, bebas membebaskan diri. Saya tidak fikir orang yang tidak bebas akan bebas mengeluarkan pendapat, jadi apabila kita terlalu bergantung maka kita akan kehilangan kebebasan. Malah, saya terkesan dengan sikap seorang ulama yang bernama Shahnon, yang inginkan kebebasan berekspresi dan menyatakan kebenaran tanpa takut pada sesiapa. Beliau hidup sederhana dengan membiasakan diri dengan hanya makan roti kering dicelup air garam sahaja. Lalu, bertanya seorang sahabat, mengapa kamu sezuhud ini, dan jawabnya, ini bukan zuhud tetapi supaya aku tidak memerlukan mereka (sambil jarinya menuding ke arah satu pusat kekuasaan). Saya berpendapat, ulama seperti ini, yang akan berani dan mampu menegakkan kebenaran di mana-mana
pun dan pada bila-bila pun.
26 Oktober 2012
KANGAR - Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai
membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin bagi
membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 9.47 malam semalam.
Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah.
Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam kelmarin disebabkan komplikasi bersalin.
Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.
Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan. - Bernama
JANGAN TEGUR BERPILIH2 DEMI KEPENTINGAN PERIBADI
25 Oktober 2012
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
berkata, menjadi satu keperluan untuk menegur pemimpin yang gagal
menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan ia juga harus dianggap
sebagai satu "jihad paling besar."
Beliau berkata, tugas itu wajib kepada semua umat Islam terutama yang mempunyai kelebihan.
"Golongan ulama memang perlu tegur pemimpin, saya juga tegur pemimpin, hampir ke semua Perdana Menteri pernah saya tegur termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas).
"Memetik hadis Nabi, menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad yang paling besar.
"Tugas itu perlu dimainkan oleh semua orang tetapi selalunya dilihat sebagai tugas ulama kerana mereka mempunyai kelebihan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, kelebihan itu bukan sahaja daripada ilmu yang dimiliki ulama terbabit tetapi termasuklah peluang yang lebih mudah untuk bertemu dan bercakap dengan pemimpin itu.
Kelmarin, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat boleh menegur pemimpin tetapi perlu secara tertib.
"Kritik kesalahan dan pengurusan itu tapi pilih perkataan yang elok seperti manusia yang bertamadun. Sebut perkataan yang tegas dan bermaksud," katanya pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin.
Harrussani berkata, ada orang menggunakan medan syarahan atau media massa menegur pemimpin.
Katanya, teguran yang dibuat perlulah secara beradap dan tidak menyinggung perasaan individu yang ditegur itu.
"Semua orang ada egonya, jadi adalah lebih baik menggunakan cara yang bersesuaian untuk menegur orang itu supaya tidak mengguris hatinya.
"Kalau kita mahu tegur cara tugas mereka, boleh menulis surat untuk menasihatinya dan jika punya kesempatan, bertemu secara terus adalah lebih baik," katanya.
Katanya, mereka yang menegur seseorang itu melalui ucapan dianggap sebagai mengumpat.
"Kita tidak perlu menegur orang itu sehingga memberi aib kepadanya. Gunakan cara yang lebih diplomasi," katanya.
25 Oktober 2012
SHAH ALAM - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh
dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua,
T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N. Pathmanabhan
pada 30 Ogos 2010.
Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini
hari ini.
Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.
Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin
Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama.
Kesemua itu merupakan cadangan yang diberikan oleh Ishak kepada Thilaiyalagan, 21, semasa menyoal balas tertuduh kedua itu pada perbicaraan di sini.
Bagaimanapun, semua cadangan itu dijawab 'tidak setuju' oleh Thilaiyalagan yang diperintah membela diri bersama bekas peguam Pathmanabhan, 43, serta
pekerja ladang R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Ishak mencadangkan kepada Thilaiyalagan bahawa terdapat dua kereta jenis BMW telah masuk ke Ladang Gadong antara pukul 5 dan 6 petang, 30
Ogos 2010, dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Saya cadangkan dalam kedua-dua kereta itu ada seorang wanita Melayu dan tiga lelaki Melayu bersama Pathmanabhan," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak
setuju.
Thilaiyalagan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa selepas Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin tiba di ladang, tertuduh telah diarahkan oleh Pathmanabhan untuk menangkap dan mengikat mereka.
"Awak telah arahkan Matan dan K.Sarawanan (saksi ke-59 pendakwaan) untuk ambil diesel di ladang dan diserah kepada awak setelah bunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Kemudian awak bersama Sarawanan telah angkat empat orang itu dan letak atas longgokan kayu yang telah disusun terlebih dahulu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
"Selepas itu awak, Matan dan Sarawanan letak kayu atas badan mayat dan telah curahkan minyak atas mayat seterusnya bakar semua mayat itu," cadang Ishak dan
tertuduh menjawab tidak setuju.
"Zink juga telah digunakan sebagai lapik di tempat pembakaran itu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa pada 31 Ogos 2010 kira-kira pukul 8 pagi, dia dan Matan telah memungut sisa pembakaran mayat dan
memasukkannya ke dalam sebuah tong biru.
Ketika ditanya sama ada dia ada berbincang dengan tertuduh lain mengenai pembelaannya di mahkamah, Thilaiyalagan menjawab: "Saya tidak pernah bincang
pembelaan saya bersama tertuduh lain."
"Saya cadangkan awak bersama-sama tiga tertuduh lain telah merancang untuk membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sejak 29 Ogos 2010," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 6 November ini. - Bernama
25 Oktober 2012
SHAH ALAM - "Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?" Ini
persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya
mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama
yang menyertai Umno sebagai hanyut.
"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.
Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.
"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.
"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.
"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.
Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."
"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.
Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.
"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.
Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.
Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.
Fathul Bari menyertai Umno dua tahun lalu.
25 Oktober 2012
SHAH ALAM - Pas Selangor mendakwa Umno sedang berusaha mengetengahkan
MCA sebagai hero dan tidak menolak kemungkinan bahawa parti itu menjadi
dalang di sebalik kenyataan provokasi MCA kebelakangan ini terutama
menyentuh tentang hukum hudud.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman mendakwa, sejarah membuktikan bahawa Umno menolak usaha untuk pelaksanaan hudud sejak ia diperkenalkan pada 1993 di Kelantan.
Menurutnya, kenyataan media yang dikeluarkan MCA yang menghasilkan ketegangan seakan didalangi Umno.
“Terkini kenyataan provokasi terhadap Pas dan ajaran Islam. Walaupun cuba diselindungkan dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada Pas dan bukan Islam, sebaliknya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya pelaksanaan hukum hudud.
“Ia ditokok tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri,” katanya dalam sidang media, semalam.
Beliau berkata, Pas Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak MCA untuk melonjakkan imejnya dalam kalangan masyarakat Tionghoa dengan kononnya ‘bertindak berani’ menegur Pas.
“Pandangan MCA dilihat tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa sama, Abd Rani turut mempersoalkan kewajaran isu yang dibangkitkan wakil MCA dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) sedangkan Ahli
Parlimen Barisan Nasional (BN) ramai dalam sidang tersebut.
“Ini menunjukkan MCA cuba ditampilkan sebagai hero dan ia sebagai sandiwara untuk tatapan awam bagi meraih undi khususnya masyarakat Tionghoa,” katanya.
Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Syria memaklumkan tenteranya masih mengkaji cadangan untuk gencatan
senjata Aidil Adha dengan kumpulan penentang, bercanggah dengan
pengumuman pengantara antarabangsa, Lakhdar Brahimi bahawa Damsyik telah
bersetuju untuk melakukan gencatan senjata.
Dengan Aidil Adha bermula pada waktu matahari terbenam, maka Khamis akan menjadi ujian pertama sama ada kedua-dua belah pihak bercadang untuk melakukan gencatan senjata, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.
Brahimi, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, berkata pada satu sidang akhbar di Kaherah Rabu lalu bahawa kedua-dua kerajaan dan kebanyakan kumpulan penentang akan melakukan gencatan senjata untuk Aidil Adha.
Sejam kemudian, Kementerian Luar Syria berkata dalam satu kenyataan bahawa cadangan itu masih dikaji dan "kedudukan muktamad mengenai isu ini akan diumumkan pada (Khamis),"
Satu perjanjian gencatan senjata sebelum ini pada April lalu gagal dalam masa hanya beberapa hari, dengan pihak kerajaan dan pembangkang masing-masing menuduh satu sama lain sebagai pihak yang melanggar perjanjian.
Susan Rice, duta Amerika ke PBB, memberitahu pemberita bahawa "banyak pihak berasa ragu-ragu mengenai prospek gencatan senjata walaupun untuk sementara waktu, berdasarkan rekod Assad memungkiri janji".
Beliau berkata Amerika Syarikat "menyokong" panggilan Brahimi untuk gencatan senjata, tetapi dia menambah bahawa "Kerajaan mesti membuat langkah yang pertama".
Brahimi telah berulang-alik ke Timur Tengah sejak dua minggu lalu berusaha memujuk puak yang bertelagah dan penyokong antarabangsa mereka untuk berdamai - termasuk perbincangan dengan Presiden Syria Bashar al-Assad di Damsyik hujung minggu lalu.
Agensi berita Reuters melaporkan bahawa Brahimi kemudian pada Rabu memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa Assad telah menerima gencatan senjata sempena Aidil Adha, yang bermula pada hari Khamis dan berlangsung selama empat hari.
Brahimi tidak menyatakan tempoh masa yang tepat untuk perjanjian tersebut. inisiatif itu juga tidak termasuk rancangan untuk pemerhati antarabangsa. (Aljazeera)
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata mangsa yang berusia 43 tahun itu hanya menyedari terdapat kesan tembakan tersebut ketika hendak keluar bekerja pukul 8 pagi ini.
Pemeriksaan polis di kawasan rumah tersebut mendapati ada tiga kesan tembakan dan polis menemui tiga kelongsong peluru bersaiz sembilan milimeter di kawasan berhampiran, katanya kepada pemberita, di Klang.
Katanya rakaman kamera litar tertutup di rumah mangsa mendapati tiga lelaki menaiki dua motosikal jenis Honda dan memakai topi keledar dengan penutup muka berhenti di hadapan rumah mangsa dan melepaskan tembakan.
Kejadian itu dipercayai berlaku pukul 11.40 malam, sambil katanya menambah polis sedang menyiasat motif insiden.
Katanya menurut mangsa yang tinggal di rumah berkenaan sejak dari zaman kecil, kejadian itu merupakan kali pertama.
Mangsa tinggal di rumah itu bersama enam anggota keluarganya dan seorang pembantu rumah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.
"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.
Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.
Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".
Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.
Loke: Surat buktikan kemurahan hati
Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!
Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.
Karpal: DAP terima polisi tanding satu kerusi
26 Oktober 2012
Beliau berkata dalam mesyuaratnya, jawatankausa kerja pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes "terkecuali", seseorang anggota parti itu dibenar menyandang kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Karpal berkata, beliau berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu.
"Keadaan terkecuali ini perlu diambil kira dalam erti kata sebenarnya. Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang menyandang dua kerusi mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan memilih satu kerusi sahaja.
"Mereka patut berbuat demikian demi kepentingan pakatan pembangkang. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mampu tangani secara langsung isu yang
melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata terserahlah kepada CEC untuk memutuskan kerusi mana yang perlu dilepaskan oleh calon.
Kini, sembilan wakil rakyat DAP menyandang dua kerusi, tiga daripada mereka di Pulau Pinang iaitu Guan Eng, Timbalan ketua Menteri P. Ramasamy dan ketua DAP negeri Chow Kon Yeow.
Karpal berkata, langkah melepaskan kerusi tidak sepatutnya menjadi masalah sekarang kerana DAP tidak lagi kekurangan calon berkebolehan berbanding sebelum ini. - Bernama
Wacana: Ulama harus bebas, membebaskan diri
26 Oktober 2012
ini membariskan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pemuda Umno dan Pengerusi Biro IPT, Syahrin Md Jamaludin serta dikendalikan Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik sebagai moderator.
MODERATOR: Apa pandangan ahli panel mengenai tajuk wacana Sinar Harian Siri Ke -15: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin?
DR SIDDIQ: Tajuk ini menepati situasi keadaan sekarang. Ramai ulama lupa tugas sebagai penasihat dan pendidik. Ramai pemimpin lupa erti dan definisi kepimpinan. Kebanyakan pemimpin tidak merasa amanah berat kerana apa yang dirasakan adalah sedapnya menjadi orang besar. Mereka menyangka menjadi pemimpin mudah, mengarah, mengarah, kemudian marah marah. Pemimpin tugasnya berat dan masalahnya masyarakat salah faham kepimpinan kerana mereka tidak dapat membezakan di antara pemimpin dan orang besar.
Pemimpin itu taklif atau bertanggungjawab dan amanah. Ia berbeza dengan orang besar.
Orang besar yang diabadikan dalam puisi seorang guru agama, Mustofa Bisri iaitu Orang Kecil dan Orang Besar. “Orang besar bercakap seenaknya manakala orang kecil, paling-paling dibicarakan. Orang kecil salah, tidak salah, disalahkan manakala orang besar benar, tidak benar, dibenarkan.” Masalah kepimpinan memerlukan peranan ulama kerana ulama pewaris Nabi. Pada 1957, Hamka menulis buku Kenangan-Kenangan Kemerdekaan mengupas tajuk pewaris Nabi dan mengingatkan para ulama sebagai pewaris Nabi termasuklah Nabi Musa yang menasihati Firaun. Pemerintah harus dinasihati apabila berada di puncak kuasa kerana di situlah ujiannya.
DR ASRI: Ulama dan pemerintah adalah isu agama. Satu fakta isu agama kerana agama mempunyai kekuatan tersendiri dalam masyarakat Islam dan masyarakat lain yang berpegang kepada agama mereka, maka tentu tokoh agama akan diheret.
Ulama akan terbabit dalam hal ini. Sejarah Islam dan tradisi pemikiran Islam, ulama tampil beri pandangan di hadapan pemerintah. Pertarungan begitu banyak membabitkan antara tokoh agama dan pemerintah, Ini bukan baru, bukan politik sains atau dipolitikkan zaman ini tetapi realiti kerana ulama memainkan peranan mereka.
Kebelakangan ini, apabila berlaku kebangkitan di negara Arab, desas-desus kebangkitan rakyat, maka ulama dibincangkan. Dunia Internet yang terbuka dan maklumat dibincangkan banyak pihak, maka orang bertanya apa hubungan antara pemerintah dengan ulama. Sejauh manakah ulama boleh menegur pemerintah?
Maka timbul pandangan termasuk yang disiarkan media bahawa ulama tidak boleh menegur pemerintah secara terbuka, ulama hendaklah menegur secara tertutup. Ulama tidak boleh mengkritik pemerintah secara terbuka kerana itu menyalahi disiplin agama. Saya rasa keseluruhan rakyat Malaysia Muslim dan bukan Muslim bersetuju ulama mesti berperanan dan menegur pemerintah. Kita mungkin berbeza pendapat bagaimanakah ulama menegur pemerintah. Bolehkah mengkritik secara terbuka mereka? Adakah ulama perlu berjumpa dalam bilik pemerintah, mengampu, terus tegur, berbahasa atau apa sahaja, ini sahaja perbincangan kita.
SYAHRIN: Saya bersetuju dengan kedua-dua ahli panel. Mengajak penonton untuk mengkaji ulama. Orang muda hari ini mudah sangat menggunakan ulama. Sedangkan apa yang kita faham, ulama ini dari dulu selepas zaman Rasulullah memang menjadi perbahasan mengenai definisi dan tafsiran ulama, sebab itu melewati zaman Rasulullah, zaman itu Rasulullah betul-betul mendominasi ilmu ketuhanan, ketakwaan dan kepimpinannya.
Pasca selepas penjajahan, ini yang tercetus perbahasan, Bagaimanakah ulama layak dan dirinya boleh disebutkan seperti tadi? Orang yang boleh ditafsirkan ulama, supaya dengan cara itu masyarakat jelas. Dalam masyarakat banyak generasi muda dan masyarakat terperangkap dengan dakwaan ulama, apabila label ulama, boleh ubat penyakit, mereka terpedaya.
Kita perlu memeriksa kenapa mudah penipuan? Ini kerana ulama, keupayaan menggunakan al-Quran untuk rawat penyakit. Kita tidak menolak kebolehan dan kemahiran itu.
Eksploitasi tersebut menyebabkan masyarakat mudah tertipu hanya dengan tafsiran ulama. Mendalami tafsiran supaya masyarakat jelas dan fokus, orang yang jauh latar belakang tidak langit dan bumi ulama, hidayah berpakaian status ulama, seminggu boleh memfatwakan pelbagai perkara.
Adakah semudah ini gambaran ulama yang akhirnya gagal berdepan isu menasihati kepimpinan. Ia akan menjadi fitnah. Ulama sebenar adakah yang hanya menguasai ilmu agama, alim ulama? Bagaimana ulama yang berilmu? Banyak tafsiran orang berilmu, tetapi mereka mempunyai ilmu bukan disiplin agama, ilmu dunia kepentingan agama, maka mereka ini ialah sarjana atau tokoh ilmuwan.
MODERATOR: Ramai yang berkelulusan Timur Tengah atau jurusan agama merasakan diri ulama dan cuba jadi modal mengkritik dan berpolitik. Sedangkan zaman kegemilangan Islam, ulama hasilkan ilmu, kesarjanaan karya. Tetapi sekarang ini, sesetengah masyarakat mengaku ulama dan mahu keuntungan politik. Apakah dalam kes ini, ulama perlu neutral?
DR SIDDIQ: Yang bermasalah ialah orang merasakan mengaku ulama, ulama sebenar tradisi Islam yang tidak merasa diri ulama, tetapi diiktiraf umat Islam berdasarkan keilmuan, kewibawaan, integriti moral dan penampilannya sebagai teladan dalam masyarakat. Mereka disanjung bukan saja beri ilmu dan mendidik tetapi perilaku menjadi contoh dan teladan. Ulama zaman keemasan Islam berwibawa dan dihormati. Ulama berilmu dan takut kepada ALLAH ialah ulama dalam al-Quran. Ciri- ciri ulama ialah takut kepada ALLAH. Takut kepada bos, itu bukan ulama pewaris Nabi. Ulama pewaris Nabi mempunyai ciri-ciri ulama ialah orang keilmuan, perwatakan dan komitmen perjuangan.
MODERATOR: Dr ada menyebut, untuk menegur ulama sama ada secara terang atau senyap. Ada pendapat, kena senyap, terdapat ulama pemimpin tidak boleh ditegur secara terang-terangan Bagaimana cara untuk menegur?
DR ASRI: Menariknya, golongan yang menyatakan tidak boleh menegur pemerintah secara terangterangan. Dosa manusia ada dua iaitu satu dosa dengan Tuhan, membabitkan zina dan minum arak. Saya bersetuju dalam dosa kategori ini tidak boleh cakap di khalayak awam, kerana perkara ini boleh diselesaikan dengan dia. Hadis Nabi menyuruh tutup aib orang. Parti- parti politik mengkritik isteri perdana menteri, menteri dan sebagainya. Isteri perdana menteri membabitkan isu peribadi tidak memakai tudung, tidak boleh dipolitikkan.
Apabila membabitkan urusan awam, kepentingan rakyat, bagaimana Parlimen dan persidangan Agung Umno membincangkan masalah negara. Cuma kita bersetuju, tidak patut, jadi profesional mengkritik kerajaan.
Mengkritik kesalahan dan pengurusan apa yang kerajaan buat, pilih perkataan elok sesuai sebagai manusia bertamadun. Tidak perlu mencarut, menggunakan perkataan lucah. Guna perkataan tegas tetapi mempunyai makna yang jelas kepada pemerintah. Aliran yang menyatakan tidak boleh menegur pemerintah secara terbuka tidak benar kerana membabitkan soal
kepentingan awam dan boleh kata apa sahaja kepada pemimpin, tidak benar. Tegurlah dengan berdisiplin.
MODERATOR: Apakah peranan ulama dalam Umno, boleh Ustaz Syahrin terangkan?
SYAHRIN: Saya setuju dengan Dr Asri membangkitkan soal kaedah menegur walaupun pada awal tadi saya masih belum berbicara ulama yang mana boleh menegur pemimpin.
Ini kerana tafsiran ulama sekarang ini, saya sebagai pemimpin akar umbi masyarakat, dari sudut pemahaman terhadap siapa itu ulama, orang kampung akan mudah ditipu ulama jadian dalam mengubat nikah batin dan sebagainya.
Kes ini banyak berlaku. Oleh yang demikian, kita perlu beri pemahaman luas apakah jenisjenis tafsiran ulama ini. Berdasarkan fakta dalam kitab, ulama adalah mereka yang mempunyai ilmu yang mendekatkan dirinya dengan ALLAH dan boleh menyumbang kembali kepada agama ALLAH. Ulama yang seperti inilah yang diharapkan oleh Dr Asri tadi untuk berada dalam masyarakat menegur kepimpinan memberi perkara-perkara yang baik.
Saya dalam Umno berlatar belakang pendidikan Islam menyertai Umno dan masuk dalam jabatan agama selama sepuluh tahun. Orang berkata, saya satu-satunya budak belajar agama dan fikiran tidak waras masuk Umno, ini kerana katanya, Umno sering menutup pintu terhadap tekanan dan perkara yang melibatkan agama.
Dalam Umno, kita mempunyai musyawarah membolehkan kita menegur secara terbuka, baik terhadap ketua pemuda cawangan sehingga ke peringkat akar umbi. Paling sedikit pun, setahun sekali isu ini pasti dibawa sampai ke perhimpunan agung.
Saya sendiri terbabit langsung salah seorang menyampaikan bahas perhimpunan agung 2004 mewakili pemuda bercakap mengenai kurang menitik beratkan pendidikan Islam dan kemudian hasilnya lahirlah J-Qaf dan sebagainya.
Maknanya, saya nampak ruang itu ada, namun sejauh mana ulama hari ini mampu dan sanggup menggunakan platform yang tersedia untuk menegur kepimpinan dalam Umno, tepuk dada tanya sendiri. Saya mengambil tanggungjawab itu untuk melaksanakan perkara-perkara itu. Saya yakin di bawah kepimpinan
Presiden kami hari ini, kita mampu untuk mendengar segala permintaan yang disampaikan dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.
MODERATOR: Boleh buktikan perubahan yang telah berjaya dibuat Umno?
SYAHRIN: Saya sendiri pada 2004 berbahaskan soalan itu dan dijawab dalam mesyuarat agung bahawa J-Qaf diperkenalkan seluruh negara.
MODERATOR: Dr Asri pernah jadi mufti, boleh terangkan peranan mufti dalam menasihati pemimpin?
DR ASRI: Saya rasa kemungkinan ruang itu tidak dinafikan langsung. Dalam konteks Malaysia tidak menafikan lagi cuma wujud kesan dan akibatnya kerana keberanian mana-mana ulama untuk berbuat demikian. Melainkan kerana dia Umno, namun saya rasa, masalahnya bukan Umno tetapi kerana Umno adalah pemerintah. Apabila ada teguran sampai ke peringkat atas, pihak menegur akan menerima akibatnya, bukan sahaja ulama, bukan ulama pun akan kena. Namun, kita lihat masalah dalam Umno ataupun dalam parti pemerintah secara keseluruhannya, banyak tokoh agama apabila masuk ke sana akan hanyut.
Saya baik dengan kawan-kawan Umno mereka berkata ustaz tu lebih Umno dari pada kami. Soal dalam Umno adalah mereka mempunyai satu budaya tersendiri, saya tidak
menyokong mana-mana parti, tetapi jika kita ambil perbandingan antara perhimpunan agung Umno dan Pas, walaupun bagus dari segi perbahasan, namun agama itu tidak terlalu kuat.
MODERATOR: Bagaimana pula dengan Pas, jika pemimpin itu ulama, macam mana pemimpin tersebut wajar ditegur?
DR ASRI: Saya rasa perkara itu juga menjadi satu masalah dalam Pas, cuma Pas sekarang masih belum menjadi pemimpin negara lagi. Jika perkara ini tidak dibahaskan hari ini, kita khuatir akan jadi macam Iran, yang mana tidak boleh disentuh pun pemimpinnya. Kalau kita tidak berhati-hati mana-mana parti politik termasuk Pas akan menghadapi isu ini kelak kerana ditambah pula dengan isu pemimpin.
SYAHRIN: Saya cuma ingin memberitahu bahawa Umno buka pintu kepada semua tokoh yang merasakan ingin berjuang bersama. Ini kerana terbukti dalam Umno kita bukan setakat tegur ketua cawangan ramai tahu Presiden parti kita suruh turun apabila kesan pilihan raya 2008 kita mendapati bahawa perlunya satu pelan peralihan kuasa.
MODERATOR: Bagaimana pula peranan ulama dalam dua tempoh berbeza iaitu ketika Dr Siddiq berada dalam Abim dan selepas keluar dari Abim?
DR SIDDIQ: Dari sudut pandang ulama harus mengusai semua perkara, Namun, terdapat perbezaan dengan realiti yang berlaku sekarang. Seperti Dr Asri sendiri yang menjelaskan bahawa pemimpin terlalu sombong. Saya ingin menyebut pengalaman saya alami, iaitu kita perlu menghitungkan realiti dan ada waktunya kita perlu berundur. Ulama perlu mengundurkan diri demi maruah. Saya juga pernah digoda untuk masuk politik tetapi terdapat rakan-rakan dan ulama yang menasihatkan jangan berbuat sedemikian kerana dalam politik pendapat tak diutamakan, sebaliknya pendapatan. Jadi kesimpulannya bahawa kita harus menegakkan nusus dan memahami realiti yang sedia berubah.
MODERATOR: Adakah Syahrin sendiri setuju perkara ini wujud dalam Umno?
SYAHRIN: Sebenarnya secara kebetulan wakil Umno sahaja yang ada di sini, kalau ada wakil Pas kita boleh kongsi dan jika ada wakil PKR, lebih baik. Realitinya, kita perlu utamakan permintaan rakyat. Sebab itu, sebagai pemimpin kita perlu bijaksana dalam menguruskan hal dalam ekonomi.
DR ASRI: Saya nak bertanya kerana saya merasakan Umno sendiri yang menyuburkan budaya itu, kerana masalah hulur ini tidak diselesaikan jika Umno terus dengan cara sebegitu, sehingga mana-mana parti yang datang pun terpaksa ikut rentak yang sama. Ini kerana orang Melayu khususnya, sudah terbiasa dengan cara menghulur. Saya rasa dalam Umno, jangan raikan ulama yang suka mengampu, kerana budaya seperti ini perlu dihapuskan.
SYAHRIN: Memang kita selalu mendidik masyarakat jangan suka meminta-minta, kita boleh cakap tetapi berapa tahun boleh berubah. Saya yakin hari ini dilema yang wujud adalah bukan sahaja acara bola sepak, program Maulidur Rasul pun berjela-jela surat untuk mohon sumbangan dari pemimpin.
DR ASRI: Kita perlu ucap terima kasih kepada saudara Syahrin kerana dia menjawab dengan jujur dalam hal ini. Saya tidak berkempen mana-mana parti tetapi kalau Umno begitu parah, Umno patut berundur. Saya tidak berkempen tetapi kalau tak boleh diubati, dan kalau naik pun sama. sampai bila pun budaya menghulur tidak akan berubah.
SYAHRIN: Ini bukan memberi sumbangan untuk meraih undi, ia adalah tanggungjawab kita kepada ahli. Saya sebagai Ketua Pemuda Umno mempunyai 74 cawangan dan setiap cawangan ada 2O orang ahli, yang menaikkan saya sebagai seorang pemimpin. Saya perlu menjaga kebajikan mereka.
DR ASRI: Memang benar saya setuju, tetapi masalahnya sekarang kita telah wujudkan budaya, siapa ada duit dia layak jadi pemimpin. Walaupun bagus macam mana sekalipun individu itu dia patut berundur ke belakang kerana ada pihak dikuasai oleh orang yang banyak duit.
MODERATOR: Dr Siddiq, teruk sangat orang Melayu?
DR SIDDIQ: Pada masa kini politik wang adalah satu kenyataan. Masalahnya orang Melayu masa kini, apabila ditanya menangani penyakit, bagaimana mahu mengubatinya jika doktornya itu juga sakit. Saya setuju dengan pandangan Dr Asri bahawa kita perlu perbetulkan cara pengangkatan pemimpin kerana orang yang mahu diangkat sebagai pemimpin itu perlu bersih dan baik. Oleh yang demikian mekanisme pengangkatan pemimpin itu perlu betul. Jangan sampai yang diangkat itu adalah pemimpin yang bermasalah. Jika itu terjadi, ini namanya mekanisme ‘enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas’.
MODERATOR: Bilakah orang Melayu ini menjadi rosak?
DR. SIDDIQ: Apabila kepimpinan Melayu dipegang oleh mereka yang sebenarnya sudah tercabut daripada akar Melayu dan tercabut dari Islam.
MODERATOR: Sebagai penggulungan, apakah pandangan dan perkara yang perlu dimainkan para ulama menjelang serta sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini?
SYAHRIN: Pandangan saya mudah, saya berpegang pada konsep, saya berpandangan kita rakyat Malaysia sudah berada dalam keadaan di mana kita patut mensyukuri nikmat yang ada sebagai generasi masyarakat. Golongan ulama perlu tampil ke hadapan untuk yakinkan rakyat, dan rakyat hendaklah menjaga nikmat yang ALLAH sudah berikan itu.
Bagi sesiapa yang merasai nikmat itu, perlu disyukuri dan kekalkan keamanan sedia ada.
DR. ASRI: Sememangnya banyak kebaikan di negara ini berbanding negara lain, malah
pemerintah juga telah melakukan tugas dengan kadar-kadar yang tertentu. Namun, saya rasa setiap rakyat Malaysia juga tidak dapat menafikan terdapat banyak kecacatan dan kekurangan yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat . Maka, ulama harus membaiki hal itu seperti kecacatan, kemungkaran dan kelemahan yang ada dengan
cara mereka yang relevan.
DR. SIDDIQ: Ulama di mana-mana pun dan pada bila-bila pun bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan, dan tugas ini tidak boleh dikompromikan. Namun, untuk memastikan perkara itu, kita harus ada keberanian, tidak ada gunanya kekuatan kalau tidak ada keberanian, bak kata pepatah “apa guna pergi ke
bendang kalau tidak menanam padi, apa guna keris di pinggang kalau tidak berani mati”. Orang Melayu sering memusakai kata-kata berhikmah seperti “berani kerana benar takut kerana salah” tetapi situasi ini sudah berubah sekarang, yang mana banyak orang berani walaupun salah kerana dilindungi, dan takut walaupun benar kerana benar ini sudah tidak didaulatkan.
Oleh sebab itu, kita harus seberani para ulama terdahulu, untuk itu, kita harus bebas, bebas membebaskan diri. Saya tidak fikir orang yang tidak bebas akan bebas mengeluarkan pendapat, jadi apabila kita terlalu bergantung maka kita akan kehilangan kebebasan. Malah, saya terkesan dengan sikap seorang ulama yang bernama Shahnon, yang inginkan kebebasan berekspresi dan menyatakan kebenaran tanpa takut pada sesiapa. Beliau hidup sederhana dengan membiasakan diri dengan hanya makan roti kering dicelup air garam sahaja. Lalu, bertanya seorang sahabat, mengapa kamu sezuhud ini, dan jawabnya, ini bukan zuhud tetapi supaya aku tidak memerlukan mereka (sambil jarinya menuding ke arah satu pusat kekuasaan). Saya berpendapat, ulama seperti ini, yang akan berani dan mampu menegakkan kebenaran di mana-mana
pun dan pada bila-bila pun.
Ibu bapa gadis buang bayi ke dalam tali air ditahan
26 Oktober 2012
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 9.47 malam semalam.
Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah.
Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam kelmarin disebabkan komplikasi bersalin.
Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.
Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan. - Bernama
JANGAN TEGUR BERPILIH2 DEMI KEPENTINGAN PERIBADI
Mufti Perak: Tegur pemimpin jihad paling besar
25 Oktober 2012
Beliau berkata, tugas itu wajib kepada semua umat Islam terutama yang mempunyai kelebihan.
"Golongan ulama memang perlu tegur pemimpin, saya juga tegur pemimpin, hampir ke semua Perdana Menteri pernah saya tegur termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas).
"Memetik hadis Nabi, menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad yang paling besar.
"Tugas itu perlu dimainkan oleh semua orang tetapi selalunya dilihat sebagai tugas ulama kerana mereka mempunyai kelebihan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, kelebihan itu bukan sahaja daripada ilmu yang dimiliki ulama terbabit tetapi termasuklah peluang yang lebih mudah untuk bertemu dan bercakap dengan pemimpin itu.
Kelmarin, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat boleh menegur pemimpin tetapi perlu secara tertib.
"Kritik kesalahan dan pengurusan itu tapi pilih perkataan yang elok seperti manusia yang bertamadun. Sebut perkataan yang tegas dan bermaksud," katanya pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin.
Harrussani berkata, ada orang menggunakan medan syarahan atau media massa menegur pemimpin.
Katanya, teguran yang dibuat perlulah secara beradap dan tidak menyinggung perasaan individu yang ditegur itu.
"Semua orang ada egonya, jadi adalah lebih baik menggunakan cara yang bersesuaian untuk menegur orang itu supaya tidak mengguris hatinya.
"Kalau kita mahu tegur cara tugas mereka, boleh menulis surat untuk menasihatinya dan jika punya kesempatan, bertemu secara terus adalah lebih baik," katanya.
Katanya, mereka yang menegur seseorang itu melalui ucapan dianggap sebagai mengumpat.
"Kita tidak perlu menegur orang itu sehingga memberi aib kepadanya. Gunakan cara yang lebih diplomasi," katanya.
Mahkamah: Sosilawati dibaring, ditikam di tengkuk
25 Oktober 2012
Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini
hari ini.
Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.
Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin
Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama.
Kesemua itu merupakan cadangan yang diberikan oleh Ishak kepada Thilaiyalagan, 21, semasa menyoal balas tertuduh kedua itu pada perbicaraan di sini.
Bagaimanapun, semua cadangan itu dijawab 'tidak setuju' oleh Thilaiyalagan yang diperintah membela diri bersama bekas peguam Pathmanabhan, 43, serta
pekerja ladang R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Ishak mencadangkan kepada Thilaiyalagan bahawa terdapat dua kereta jenis BMW telah masuk ke Ladang Gadong antara pukul 5 dan 6 petang, 30
Ogos 2010, dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Saya cadangkan dalam kedua-dua kereta itu ada seorang wanita Melayu dan tiga lelaki Melayu bersama Pathmanabhan," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak
setuju.
Thilaiyalagan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa selepas Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin tiba di ladang, tertuduh telah diarahkan oleh Pathmanabhan untuk menangkap dan mengikat mereka.
"Awak telah arahkan Matan dan K.Sarawanan (saksi ke-59 pendakwaan) untuk ambil diesel di ladang dan diserah kepada awak setelah bunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Kemudian awak bersama Sarawanan telah angkat empat orang itu dan letak atas longgokan kayu yang telah disusun terlebih dahulu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
"Selepas itu awak, Matan dan Sarawanan letak kayu atas badan mayat dan telah curahkan minyak atas mayat seterusnya bakar semua mayat itu," cadang Ishak dan
tertuduh menjawab tidak setuju.
"Zink juga telah digunakan sebagai lapik di tempat pembakaran itu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa pada 31 Ogos 2010 kira-kira pukul 8 pagi, dia dan Matan telah memungut sisa pembakaran mayat dan
memasukkannya ke dalam sebuah tong biru.
Ketika ditanya sama ada dia ada berbincang dengan tertuduh lain mengenai pembelaannya di mahkamah, Thilaiyalagan menjawab: "Saya tidak pernah bincang
pembelaan saya bersama tertuduh lain."
"Saya cadangkan awak bersama-sama tiga tertuduh lain telah merancang untuk membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sejak 29 Ogos 2010," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 6 November ini. - Bernama
Bukti jelas ulama Umno hanyut, Asri jawab Fathul
25 Oktober 2012
"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.
Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.
"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.
"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.
"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.
Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."
"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.
Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.
"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.
Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.
Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.
Fathul Bari menyertai Umno dua tahun lalu.
Pas Selangor: Umno dalang kenyataan provokasi MCA
25 Oktober 2012
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman mendakwa, sejarah membuktikan bahawa Umno menolak usaha untuk pelaksanaan hudud sejak ia diperkenalkan pada 1993 di Kelantan.
Menurutnya, kenyataan media yang dikeluarkan MCA yang menghasilkan ketegangan seakan didalangi Umno.
“Terkini kenyataan provokasi terhadap Pas dan ajaran Islam. Walaupun cuba diselindungkan dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada Pas dan bukan Islam, sebaliknya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya pelaksanaan hukum hudud.
“Ia ditokok tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri,” katanya dalam sidang media, semalam.
Beliau berkata, Pas Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak MCA untuk melonjakkan imejnya dalam kalangan masyarakat Tionghoa dengan kononnya ‘bertindak berani’ menegur Pas.
“Pandangan MCA dilihat tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa sama, Abd Rani turut mempersoalkan kewajaran isu yang dibangkitkan wakil MCA dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) sedangkan Ahli
Parlimen Barisan Nasional (BN) ramai dalam sidang tersebut.
“Ini menunjukkan MCA cuba ditampilkan sebagai hero dan ia sebagai sandiwara untuk tatapan awam bagi meraih undi khususnya masyarakat Tionghoa,” katanya.
Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Gencatan senjata Aidil Adha tunggu respons Assad
Terjemahan Mohamad Yahya, | 25 Okt 2012 |
Dengan Aidil Adha bermula pada waktu matahari terbenam, maka Khamis akan menjadi ujian pertama sama ada kedua-dua belah pihak bercadang untuk melakukan gencatan senjata, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.
Brahimi, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, berkata pada satu sidang akhbar di Kaherah Rabu lalu bahawa kedua-dua kerajaan dan kebanyakan kumpulan penentang akan melakukan gencatan senjata untuk Aidil Adha.
Sejam kemudian, Kementerian Luar Syria berkata dalam satu kenyataan bahawa cadangan itu masih dikaji dan "kedudukan muktamad mengenai isu ini akan diumumkan pada (Khamis),"
Satu perjanjian gencatan senjata sebelum ini pada April lalu gagal dalam masa hanya beberapa hari, dengan pihak kerajaan dan pembangkang masing-masing menuduh satu sama lain sebagai pihak yang melanggar perjanjian.
Susan Rice, duta Amerika ke PBB, memberitahu pemberita bahawa "banyak pihak berasa ragu-ragu mengenai prospek gencatan senjata walaupun untuk sementara waktu, berdasarkan rekod Assad memungkiri janji".
Beliau berkata Amerika Syarikat "menyokong" panggilan Brahimi untuk gencatan senjata, tetapi dia menambah bahawa "Kerajaan mesti membuat langkah yang pertama".
Brahimi telah berulang-alik ke Timur Tengah sejak dua minggu lalu berusaha memujuk puak yang bertelagah dan penyokong antarabangsa mereka untuk berdamai - termasuk perbincangan dengan Presiden Syria Bashar al-Assad di Damsyik hujung minggu lalu.
Agensi berita Reuters melaporkan bahawa Brahimi kemudian pada Rabu memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa Assad telah menerima gencatan senjata sempena Aidil Adha, yang bermula pada hari Khamis dan berlangsung selama empat hari.
Brahimi tidak menyatakan tempoh masa yang tepat untuk perjanjian tersebut. inisiatif itu juga tidak termasuk rancangan untuk pemerhati antarabangsa. (Aljazeera)
Datuk terkejut bunyi disangka mercun, rupanya tembakan
Seorang
lelaki bergelar 'Datuk' terkejut apabila mendapati bunyi letupan yang
disangka mercun sebenarnya tembakan yang mengenai pagar rumahnya di
Taman Eng Ann, di Klang malam semalam.Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata mangsa yang berusia 43 tahun itu hanya menyedari terdapat kesan tembakan tersebut ketika hendak keluar bekerja pukul 8 pagi ini.
Pemeriksaan polis di kawasan rumah tersebut mendapati ada tiga kesan tembakan dan polis menemui tiga kelongsong peluru bersaiz sembilan milimeter di kawasan berhampiran, katanya kepada pemberita, di Klang.
Katanya rakaman kamera litar tertutup di rumah mangsa mendapati tiga lelaki menaiki dua motosikal jenis Honda dan memakai topi keledar dengan penutup muka berhenti di hadapan rumah mangsa dan melepaskan tembakan.
Kejadian itu dipercayai berlaku pukul 11.40 malam, sambil katanya menambah polis sedang menyiasat motif insiden.
Katanya menurut mangsa yang tinggal di rumah berkenaan sejak dari zaman kecil, kejadian itu merupakan kali pertama.
Mangsa tinggal di rumah itu bersama enam anggota keluarganya dan seorang pembantu rumah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Adakah Soi Lek tukar MCA kepada parti pendusta?
Lim Kit Siang, | 25 Okt 2012 |
Adakah
Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah menukar MCA kepada
“Malaysian Charlatans (Pendusta) Party” dengan mendiamkan diri terhadap
jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom di Parlimen berkenaan hudud pada Selasa lalu, lantas mendedahkan
kepura-puraan kempen MCA ke atas hudud sejak dua tahun lalu?
Semalam, dalam kenyataan media saya ““Perjanjian Syaitan” UMNO/MCA disahkan oleh Mahathir dalam tempoh 24 jam”, saya telah melontarkan sebuah soalan kepada Chua dan pemimpin MCA adakah jawapan Parlimen Jamil yang menyebut “jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam” itu mewakili pendirian MCA di dalam Kabinet dan Barisan Nasional, “jika tidak, apa yang akan mereka lakukan tentangnya”.
Masih tiada jawapan lagi dan yang ada cuma senyap sunyi!
Bagaimana ini boleh terjadi apabila sejak dua tahun lalu, Chua telah mengepalai puak-puaknya yang terdiri daripada menteri-menteri dan timbalan menteri MCA mengelilingi negara dengan satu-satunya tema kempen iaitu – adalah “tipu” untuk mengatakan hudud tidak akan melibatkan orang bukan Islam.
Melalui gaya Chua dan pemimpin-pemimpin MCA dalam kempen jelajah negara mereka sejak dua tahun lalu, mereka tentu sekali akan “memarahi” Jamil kerana “menipu” di Parlimen, adakah mereka akan meminta tindakan yang keras terhadap Jamil daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional MCA di dalam Barisan Nasional atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO disebabkan jawapan parlimen Jamil?
Atau adakah Chua dan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin MCA cuma bermain politik, tanpa benar-benar yakin dengan apa yang diperjuangkan, dan peranan mereka hanyalah seperti yang digambarkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir iaitu: ““pendirian tidak bertolak ansur” MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan “menakut-nakutkan” komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam”, disebabkan itulah MCA “tidak pernah membantah” apabila Mahathir secara sebelah pihak, sembarangan dan tidak mengikut perlembagaan membuat “deklarasi 929” bahawa Malaysia adalah Negara Islam pada Persidangan Delegasi Nasional Gerakan, 29 September 2001.
Tidak seperti MCA, pendirian DAP terhadap hudud jelas, konsisten dan berpegang pada prinsip – bahawa ia tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia yang majmuk dan ia bukannya sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, MCA hanya memainkan wayang politik yang tidak bertanggungjawab memandangkan apabila sampai kepada analisis terakhir, mereka akan menurut kehendak dan arahan UMNO sebagaimana yang terjadi ketika “Deklarasi 929” yang tidak mengikut perlembagaan mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam.

MIC seru kaum India bantah kondo dibina di Batu Caves
Presiden
MIC, Datuk Seri G Palanivel menyeru kaum India dari seluruh negara
supaya menyatakan bantahan mereka secara aman bagi menghentikan
pembinaan kondominium 29 tingkat dalam kawasan Batu Caves.
Katanya, kerajaan Selangor patut campurtangan dan menghentikan segera pembinaan kondominium tersebut.
Kerajaan negeri, tegasnya, tidak wajar mengambil risiko kerana kawasan itu adalah bukit batu kapur bukan granit seperti di Damansara.
Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata batu kapur mudah menyerap air dan mengembang terutama ketika hujan lebat.
"Kondo itu dan juga gua mungkin runtuh, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang sekiranya aktiviti pembangunan terus dibiar berlaku di situ," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kerajaan Selangor harus mengenal pasti kawasan baru untuk projek kondominium tersebut.
- Bernama

about an hour ago
Jumaat, 26 Oktober, 2012.
KANTOI! Pemimpin MIC Sendiri Luluskan Projek Kondo Batu Caves!
— with Pkrssu Sg Siput, Nooriyah Mohd Ali, AnakSungai Derhaka and 47 others.KANTOI! Pemimpin MIC Sendiri Luluskan Projek Kondo Batu Caves!
Adehh, kalau banyak ni saja yang datang, mau bungkus lagi MIC.
Demonstrasi yang dikepalai bekas Presiden parti itu, Samy Vellu yang kunun membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor cuma 300 saja yang turun!
Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.
Mengapa boleh jadi begitu?
Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.
Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.
Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.
Xavier pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kununnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.
Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.
Khalid pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.
Timbalan menteri luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.
Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang.
JALAN PULANG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan