INSAFLAH..TINGGALKAN MAKSIAT...SOLATLAH... BERTAKWALAH...KITA SEMUA AKAN MATI...SYURGA ITU BENAR...NERAKA ITU BENAR..SEMUA YANG DATANG DARI QURAN ADALAH BENAR...APA YANG DIBAWA RASULLULLAH SAW JUGA BENAR..ALLAH ITU BENAR...BERIMANLAH..MASUKLAH ISLAM
Tumor di otak: 'Di sebalik musibah, rahmat besar menanti'
Intan Rohaizat Zakaria
27 Oktober 2012
27 Oktober 2012
Menyingkap kisah tragis yang menimpa dirinya, anak muda ini tidak dapat lupakan tarikh 1 September 2005 yang mengubah perjalanan hidupnya. Walaupun sudah tujuh tahun berlalu namun kisah ini masih segar dalam ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan.
“Ketika melintasi bawah LRT Masjid Jamek sekitar jam 11 malam, tiba-tiba muncul dua lelaki berwajah bengis meminta beg yang sedang saya sandang. Namun saya enggan berbuat demikian, kedegilan saya membuatkan mereka berang.
“Mereka kemudiannya memukul saya dengan sebatang kayu, saya rasa amat sakit di bahagian kepala dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu. Apabila buka mata saya sudah berada dalam ambulan menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Pemeriksaan rapi dilakukan, saya hanya mampu berdoa agar kesan kecederaan ini akan cepat pulih. Hasil imbasan CT mendapati ada ketulan darah beku di otak saya. Tetapi doktor mengatakan ketulan ini agak aneh. Lantaran, doktor melakukan imbasan MRI. Saya akur dengan keputusan doktor, saya juga tidak sabar untuk mengetahui apa sebenarnya yang bersarang di otak saya,” ujar Royzilee.
Hasil imbasan MRI amat mengejutkan, doktor mendapati terdapat tumor sebesar 6 sentimeter dalam otak Royzilee. Dia terkedu mendengar penjelasan doktor yang mengatakan tumor ini kemungkinan sudah bermula sejak usianya 16 tahun namun kehadirannya tidak disedari.
“Kata doktor jika tidak dikesan pada hari berkenaan, jangka hayat saya tinggal cuma tujuh bulan sahaja. Perasaan saya bercampur baur ketika itu, terkejut, sedih, bersyukur dan insaf dengan apa yang berlaku. Maha Suci Allah, saya berasa diri amat kerdil ketika itu,” cerita Royzilee.
Pengalaman aneh beri keinsafan
Keadaan semakin sukar buat Royzilee. Dia diberi kata dua: lakukan pembedahan segera tapi berdepan dengan risiko untuk lumpuh atau tunggu saja hari kematian. Selepas berfikir semasak-masaknya, Royzilee tekad melakukan pembedahan.
“Saya tiada pilihan lain ketika itu, hanya pembedahan peluang untuk saya meneruskan kehidupan. Saya sedar dengan keadaan diri saya yang kritikal tapi saya tidak mudah menyerah kalah, saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan.
“Sebelum melakukan pembedahan, saya menjalani rawatan dan mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar. Dalam tempoh itu, saya perlu makan sehingga 65 biji ubat sehari. Ini sebahagian usaha rawatan yang dilakukan,”katanya.
Tiba di hari pembedahan, Royzilee merasakan tubuhnya semakin lama semakin mengecil sebaik sahaja bius memasuki tubuhnya. Tiba-tiba dia berasa tersedar namun ketika itu tubuhnya dipegang erat dan diikat di atas meja sebelum otak ditebuk. Apa yang mampu dilakukan cuma menjerit sakit sekuat hati.
Belum pun hilang kesakitan, muncul pula lembaga hitam bermata merah. Royzilee diangkat dengan kasar sebelum diikat dan dipanggang hidup-hidup. Habis terbakar baju yang dipakainya. Bau hangit dagingnya terbakar menusuk rongga hidung. Perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Takut, gerun, sedih, geram bercampur baur.
Puas dipanggang, Royzilee diletakkan di atas batu berbara. Sungguh pun sakit, perasaan lapar turut menusuk perut. Tanpa berfikir panjang serpihan batu berbara dikutip lalu ditelan. Sakit dan panas melecurkan tekak sampai ke usus. Bila diangkat kepala, terlihat tulisan Iqra’bismirab tertera di langit berwarna merah. Di kiri kanannya, terdapat ramai lagi manusia mengalami nasib serupa. Malah ada antara perempuan yang makan rambut sendiri, barangkali tak mampu lagi menahan lapar sama seperti dirinya.
Dalam keadaan tertanya-tanya bilakah seksa bakal berakhir, Royzilee dapat merasakan ada satu tangan besar yang mengutip dirinya lalu dicampakkan ke padang pasir. Aneh, kulit yang tadinya rentung terbakar serta-merta mengelupas jadi bersih. Hatinya berdetik, kalaulah ini kiamat mana orang lain?
Ketika meninjau sekeliling, dia terlihat satu padang hijau. Dek kerana dahaga yang amat sangat, Royzilee berlari-lari anak menuju ke situ. Sebelum sempat memasuki kawasan subur tersebut, muncul seorang lelaki berjubah.
“Sambil tersenyum dia hulurkan pakaian pada saya. Di tangannya terdapat air dan sebiji kurma warna keemasan,” cerita Royzilee.
Sebaik sahaja air melalui tekak, bukan sahaja dahaga yang hilang tetapi kepuasannya tidak dapat digambarkan. Pada fikirannya bagai baru lepas minum selautan air dan tidak akan berasa dahaga lagi sampai 300 tahun. Bermacam-macam rasa makanan enak pula bagaikan terkandung dalam sebiji kurma yang diberikan padanya.
Selepas makan Royzilee dipelawa memasuki padang hijau. Namun dia meminta izin untuk menunggu orang tuanya datang terlebih dahulu. Dia memilih untuk menunggu di atas seketul batu berhampiran pintu masuk.
Tidak lama kemudian ibu bapa Royzilee muncul. Namun belum sempat dia menyentuh mereka, suasana di kiri kanannya terasa seperti ada aliran laju. Dalam keadaan panik dia menjerit sekuat-kuat hati sebelum tersedar berada di katil hospital.
Royzile lihat ibunya ada di sisi. Lepas berbicara dengan ibunya, muncul seorang lelaki di kepala katil. Wajah, tubuh lelaki tersebut persis dirinya namun berkulit bersih. Katanya sebelum hilang, ‘kalau kamu tahu alam barzakh maka kamu akan lupakan dunia’.
Keadaan ini membuatkan dia mula bingung, sama ada dia berada di dunia atau alam mana. Apatah lagi keanehan demi keanehan mula muncul. Antaranya melihat orang kenit yang amat ramai. Pernah satu masa, dia bersalam dengan seorang makcik yang kemudiannya menembus dinding. Telinga kanannya terdengar alunan muzik menenangkan manakala telinga kiri, diganggu irama bingit dan pelbagai lagi.
Kepala berasa kebas
Selepas berapa lama di hospital akhirnya Royzilee dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Yong Peng, Johor. Di rumah, dia tidak berani keluar kerana banyak perkara aneh masih mengganggu dirinya. Kejadian ini memberi seribu rahmat buat Royzilee, dia sedar inilah hidayah yang diberikan ALLAH.
Setelah dinasihatkan bapa, dia mulai solat dalam keadaan duduk. Secara perlahan-lahan Royzilee mendalami ajaran Islam. Dia mahu berjaya bukan hanya di dunia malah akhirat juga. Dia memanjat kesyukuran pada Ilahi kerana diberi peluang kedua untuk terus menikmati kehidupan ini.
“Selepas pembedahan itu, kepala saya sering berasa kebas, Walaupun dijirus dengan air tapi tak rasa apa-apa. Jadi saya minta pada ayah untuk pergi mandi air terjun. Syukur selepas duduk selama dua jam di bawah air terjun rasa kebas hilang sedikit demi sedikit itu pun setelah empat kali saya melakukannya,” kata Royzilee yang dibawa ke Air Terjun Berkok, Chaah oleh ayahnya.
Setelah lima bulan tinggal di kampung, ibu Royzilee mula mengimbau kisah silam yang pernah dilaluinya. Sebelum ini dia tidak diingatkan kerana dibimbangi mengganggu emosi yang belum stabil. Antara yang ditunjukkan adalah sekeping gambar yang tertera wajahnya bersama seorang wanita dan gadis kecil.
“Kata ibu, itu adalah isteri dan anak saya. Walaupun ibu berusaha mengingatkan saya namun saya masih berasa bingung kerana otak saya tidak mampu menganalisis sejauh mana kebenaran tersebut.
“Satu hari, ibu mengeluarkan sebuah ‘walkman’. Di dalamnya terdapat rakaman saya bermain muzik bersama kawan-kawan beberapa hari sebelum hari kejadian. Sungguh ajaib, sebaik sahaja rakaman tersebut didengar dunia saya bagai berputar-putar. Syukur saya sudah dapat mengingati siapa diri saya yang sebenar dan apa yang berlaku pada malam saya dipukul.
“Selepas ingatan saya pulih, saya minta izin keluarga untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pada mulanya, ayah saya keberatan kerana dia bimbang perkara buruk menimpa saya. Namun saya berjaya yakinkan keluarga, saya tidak mahu terus hidup begini sebaliknya saya mesti tabah agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,” cerita Royzilee.
Beri semangat kepada pesakit kanser
Jelas Royzilee, penyakit ini sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupannya. Tanpa disedari selama ini, penyakit tersebut banyak mempengaruhi tindakan dan keputusannya dalam hidup.
“Tak sangka, rupa-rupanya tumor di otak saya turut mempengaruhi emosi dan cara saya berfikir hinggakan rumah tangganya turut mendapat tempias. Sebelum ini, saya sering melakukan tindakan kurang bijak.
“Saya tidak akan sia-siakan peluang kedua ini, selain cuba perbaiki kelemahan yang ada, saya juga belajar menghargai insan-insan yang saya sayangi. Saya berusaha gigih memberikan yang terbaik untuk keluarga, isteri, Norhayati Abd Latif, 38, dan anak-anak, Syafira Irwayu, 13, dan Muhammad Adam Rizqin, 2.
“Sambil bekerja, saya menyertai Persatuan Barah Otak dan Urat Saraf. Saya sering mengunjungi pesakit di HKL untuk beri semangat dan sokongan moral pada mereka. Saya pernah melalui detik getir dalam kehidupan jadi saya amat faham perasaan pesakit kanser.
“Penyakit ini juga membuatkan saya begitu menitik berat kesihatan diri. Setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar kita ketahui keadaan diri kita. Jika ada penyakit, kita dapat mengesan lebih awal dan mempunyai peluang besar untuk rawatan dan kembali sembuh,” ujarnya mendapat sokongan isterinya yang merupakan jururawat pakar bagi kanser darah. Royzilee juga begitu terharu dengan pengorbanan kedua ibu dan ayahnya yang banyak membantunya ketika berdepan saat sukar.
JAUHILAH TAGHUT
Firman Allah s.w.t:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
"Barangsiapa menginginkan teman,
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
CUKUPLAH ALLAH BAGI SEGALA2NYA
"Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah qanaah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan
keempat-empat hal ini,
cukuplah neraka baginya."
1. Perkataan yang cantik - ALLAH
2. Lagu yang merdu - AZAN
3. Novel yang menarik - AL QURAN
4. Senaman Yang Baik - SOLAT
5. Diet yang mujarab - PUASA
2. Lagu yang merdu - AZAN
3. Novel yang menarik - AL QURAN
4. Senaman Yang Baik - SOLAT
5. Diet yang mujarab - PUASA
سُوۡرَةُ هُود
وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ
وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
(١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang
berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan
membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain
dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak
akan mendapat pertolongan. Hud(113)
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI
JADI PI LAH SURAU ATAU MASJID JIKA ADA PENGAJIAN@SELAIN SOLAT JEMAAH(JANGAN KITA BALIK BILA ADA PENGAJIAN...JIKA DAH PANDAI AJARLAH ORANG BERI PERCUMA JE...INI BODOH..TINGGALKAN MAJLIS ILMU PULA ...ITU TANDA SOMBONG)...CARI ILMU DAN AMAL..BUKAN ILMU CARI KITA...DAN BUKAN AMAL SURUH KITA BERAMAL...INGAT HIDUP HANYA SEKALI...BUKAN DUA TIGA KALI
Pengenalan
Ilmu
Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini cukuplah dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;
Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was).
Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Fardhu Ain: Ilmu yang wajib dipelajari seperti tauhid (mengesakan Allah yang Maha Agung), syariat (solat, mempelajari al-Quran atau mempelajari perintah dan larangan) dan tasauf (ilmu akhlak atau sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat yang dikeji seperti adab berjiran, adab bergaul, adab selisih faham, adab makan, adab mandi dan lain-lain).
Keingkaran untuk mempelajari fardhu ain ini bagi setiap individu hukumnya adalah berdosa.
Fardhu Kifayah: Ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu bagi mewakili orang Islam, atau untuk mewakili masyarakat.
Andaikata tiada seorang pun di kalangan orang Islam yang mempelajarinya, maka semua ahli masyarakat berdosa. Contohnya, ahli tafsir, usahawan, saintis, doktor dan lain-lain.
Tujuan Menuntut Ilmu
Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah dan juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih tinggi dari sebelumnya.
Dengan menuntut ilmu kita secara tidak langsung bukan sahaja mendapat petunjuk, malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Contohnya, dengan menuntut ilmu kita dapat;
Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar dan memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan untuk akhirat.
Maka antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala macam nikmat-Nya.
Dengan ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah dan kategorinya; dan dengan ilmu jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan; dan dengan ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat. Maka wajiblah kita bersyukur atas nikmat yang tak terhingga ini, iaitu nikmat akal dan ilmu pengetahuan.
Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Di dalam tafsir Ibn Katsir, antaranya diterangkan mengenai ayat di atas (Surah At-Taubah [9] : 122) sebagai dua tugas yang terpadu.
Sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya darjat orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad. Walau bagaimanapun, tidaklah bermaksud hendak meremehkan jihad menentang orang-orang yang memerangi Islam.
Persoalannya, bagaimana ilmu itu boleh menegakkan Agama Islam? Di sini, kita melihat dari segi faktor semasa sahaja.
Antaranya, kita perlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah.
Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa hingga tua kita dihadapkan dengan contoh ini; iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah - pengurus jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang jenazah.
Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya adalah; ahli tafsir, usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor, pakar komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat seperti remeh, tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah tertanam dalam akal fikiran kira sebelum ini.
Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara yang mudah dan memandang ringan padanya, akibatnya umat Islam (Malaysia khususnya) kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam pelbagai bidang.
Sekiranya umat Islam ketandusan para ilmuwan ini, maka siapakah yang ingin menghormati orang Islam?
Apalagi Agama Islam. Bukankah Allah yang Maha Agung telah berfirman;
Di dalam ayat yang lain Allah yang Maha Tinggi berfirman;
Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita mahu mempercayai cakap arkitek atau buruh binaan?
Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang berilmu lebih didengari percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya.
Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi, secara automatik memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama Islam dan penganutnya akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam, secara tidak langsung Islam dapat ditegakkan.
"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." - Surah As-Saff [61] :14
Ramai yang berpendapat adil bermaksud sama rata, ini adalah pemahaman yang salah. Jadi, berfikir dengan adil bermaksud menggunakan akal dalam mempertimbangkan sesuatu perkara agar bertepatan dan bersesuaian pada tempatnya.
"Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?" - Surah Yunus [10] : 35-36
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Dengan adanya ilmu, kita dapat membuat dan melaksanakan keputusan, ibadah, pekerjaan dan lain-lain hal berkaitan kehidupan dengan lebih bijak, tepat dan teratur; iaitu mengutamakan yang lebih penting dari yang penting. Antara beberapa contoh;
Antara Kesan atau Kelebihan Menuntut Ilmu
Bukanlah bermakna kita perlu belajar ilmu yang dapat mengubah 'KLCC' ke tempat lain sekelip mata, ini hanya contoh betapa hebatnya orang berilmu kerana doanya dimakbulkan dengan cepat, insyaAllah yang Maha Berkuasa. Zaman ini, jika ada seseorang berkata dapat mengubah sesuatu bangunan dalam sekelip mata ke tempat lain, itu adalah sihir.
Antara Halangan-Halangan Menuntut Ilmu
Diantara halangan yang menyebabkan ramai orang yang ambil remeh dalam hal menuntut ilmu, diringkaskan seperti berikut;
Sekiranya kita ragu-ragu tentang sesuatu perkara atau ingat-ingat lupa, janganlah berkata-kata untuk berbangga diri atau berasa malu cakap tidak tahu, tanyalah kepada orang yang berilmu.
Islam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam Agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu.
Namun perlu diingat setinggi mana ilmu kita, tidak dapat kita mengatasi mukjizat para Nabi as dan setiap yang mengetahui, ada lagi yang lebih mengetahui.
Marilah kita merenung ayat di bawah, luasnya ilmu Allah yang Maha Tinggi tidak terhingga. Allah yang Maha Agung berfirman dalam;
Bermula ilmu yang diwajibkan fardhu ‘ain pada menuntutkan akan dia tiga perkara:
1) Ilmu Tauhid iaitu dinamakan Ilmu Usuluddin dan dinamakan pula ilmu aqidah
2) Ilmu Syariah iaitu dinamakan Ilmu Furu’ dan dinamakan Ilmu Fiqh
3) Ilmu Batin iaitu dinamakan Ilmu Suluk dan Ilmu Thoriq dan dinamakan Ilmu Tasawwuf
Iaitulah yang tersebut didalam hadith S.A.W
(( طلب العلم فريضة على كل مسلم))
Ertinya: ((bermula menuntut Ilmu fardhu atas tiap-tiap orang yang muslim yang aqil baligh)).
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain pada menuntut Ilmu Tauhid itu iaitu sekira-kira menuntut ilmu yang diketahui dengan dia akan Zat Allah Ta’ala dan sekelian SifatNya yang salbiyah dan segala SifatNya yang subutiyyah dan segala Af’alNya. Dan demikian lagi mengetahui penghulu kita Nabi S.A.W dan mengetahui segala Rasul ‘Alaihimus Solatu Was Salam dan mengetahui akan yang didatangkan oleh mereka itu dan beriman akan dia seperti yang lagi akan datang bicaranya Ilmu Tauhid dan Ilmu Usuluddin dan Ilmu ‘Aqaid itu di dalam ini Insya Allah Ta’ala. Adanya memadalah fardhu ‘ain itu mengetahui Ilmu Tauhid yang didalam kitab ini dan yang di dalam Ihya’ Ulumuddin.
Adapun menghasilkan yang lebih daripada demikian itu seperti menguraikan dalil dan menolakkan akan syubhat jika didatangkan oleh orang maka iaitu fardhu kifayah jua bukan fardhu ‘ain. Dan tiada dituntut akan orang yang suluk yang menjalani jalan akhirat itu akan membanyakkan Ilmu Usuluddin yang fardhu kifayah itu dan hanyasanya yang dituntut akan mereka itu mengetahui fardhu ‘ain jua.
Dan dikerana inilah kata al-Syaikh al-‘Arif Billah Syaikh Qasim al-Halabi didalam kitabnya yang bernama Sairu al-Suluk
و لا ينبغي للسالك أن يتوغل في علم العقائد لأنه لا فائدة له فيه بل يأخذ منه بقدر ما يحتاج إليه
Ertinya: Dan tiada sayugiyanya bagi orang yang salik yang menjalani jalan akhirat itu bahawa membanyakkan didalam Ilmu ‘Aqaid yakni Usuluddin kerana bahawasanya tiada memberi faedah didalam membanyakkan akan yang demikian itu tetapi mengambil ia daripada Ilmu ‘Aqaid itu dengan sekira-kira yang muhtaj (perlu) kepadanya yakni sekadar fardhu ‘ain itu jua.
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain pada menuntut Ilmu Fiqh itu maka iaitu sekira-kira menuntut ilmu yang diketahui dengan dia itu akan fardhu toharah dan fardhu sembahyang dan puasa dan memberi zakat jika ia mempunyai nasab zakat dan naik haji jika ia kuasa akan dia dan demikian lagi mengetahui sekira-kira membatalkan sembahyang dan sekelian yang demikian itu.
Adapun membanyakkan akan bicara Ilmu Fiqh yang lebih daripada demikian itu iaitu fardhu kifayah jua. Tiada dituntut bagi orang yang salik itu pada membanyakkan Ilmu Fiqh yang fardhu kifayah itu.
Dan kerana inilah kata Imam al-Ghazali Rahimullah Ta’ala didalam Bidayatul Hidayah pada bicara orang yang mengajar ilmu dan orang yang belajar akan dia dengan katanya
وصد المتعلم عن أن يشتغل بفرض الكفاية قبل الفراغ من فرض العين
Ertinya: Sayugiyanya bagi orang yang mengajar ilmu itu bahawa menegahkan ia akan orang yang belajar ilmu itu daripada masyghul (menyibukkan diri) dengan belajar ilmu yang fardhu kifayah dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ilmu yang fardhu ‘ain yang tiga perkara itu iaitu Ilmu Tauhid dan Ilmu Syari’ah dan Ilmu Batin.
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain menuntut Ilmu Batin yakni Ilmu Tasawwuf itu maka iaitu sekira-kira menuntut Ilmu Tasawwuf yang menyucikan hati daripada segala sifat yang kecelaan seperti ‘ujub dan riya’ dan hasad dan takabur dan barang sebagainya daripada sifat kecelaan yang lagi akan datang bicaraan itu didalam kitab ini Insya Allah Ta’ala pada bicara muhlikat.
Dan demikian lagi wajib fardhu ‘ain itu berperangai dengan segala sifat yang kepujian seperti zuhud dan wara’dan ikhlas dan tawadhu’ dan sabar dan syukur dan barang sebagainya seperti yang lagi akan datang bicaraannya itu di dalam kitab ini pada bicara munjiyat Insya Allah Ta’ala. Dan memadalah fardhu ‘ain pada ilmu Ilmu Tasawwuf itu mengetahui barang yang didalam kitab ini dan barang yang di dalam Minhajul ‘Abidin seperti yang dikata oleh al-‘Arif Billah Muhyi al-Nufus al-Sayyid Abdul Qadir al-‘Aidrus didalam kitabnya bernama al-Duraru al-Samin fi Bayan al-Muhim min Ilmi al-Din dengan katanya
ولتحصيل هذا القدر يكفي العمل بكتاب منهاج العابدين وتفصيل هذا العلم ليس فرض العين
Ertinya: Dan menghasilkan pada Ilmu Tasawwuf yang fardhu ‘ain itu memadalah dengan mengamalkan yang didalam kitab Minhajul ‘Abidin bagi Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala, dan perceraiannya bicara ilmu yang lebih daripada yang tersebut didalam kitab Minhajul ‘Abidin iaitu bukannya fardhu ‘ain hanyasanya fardhu kifayah jua.
Tetapi sayugiyanya bagi orang yang berkehendak kemenangan di dalam akhirat itu bahawa membanyakkan menuntut Ilmu Tasawwuf yang fardhu kifayah itu, bersalahan fardhu kifayah yang lain daripada Ilmu Tasawwuf maka iaitu tiada dituntut membanyakkan akan dia itu.
Dan dikerana inilah kata Ibnu ‘Ibad R.A didalam Syarah Hikam dengan katanya
وهذه هي العلوم التي ينبغي للانسان أن يستغرق فيها عمره الطويل ولا يقنع منها بكثير ولا قليل وما سوى هذه العلوم قد لا يحتاج إليها وربما أضر بصاحبه مداومته عليها
Ertinya: Bermula segala ilmu ini yakni Tasawwuf ini iaitulah ilmu yang sayugiyanya bagi manusia itu bahawa mengkaramkan ia didalam menuntut akan dia oleh umurnya yang lanjut itu, yakni dihabiskannya umurnya itu di dalam menuntut Ilmu Tasawwuf itu, dan jangan memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai dengan sedikit.
Bermula ilmu yang lain daripada Ilmu Tasawwuf ini terkadang muhtaj (perlu) kepadanya dan terkadang memberi mudhorat ia dengan orang yang mengekali atas menuntut akan dia.
Dan kerana inilah kata Syaikh Hussain bin Abdullah Ba Fadhal didalam kitabnya yang bernama Fusul Al-Fathiyah dengan katanya
فدونك والتغلغل في علوم هذه الطائفة العارفة الصوفية المشغول بالله اقراء وقراءة وتدريسا ومطالعة في مصنفاتهم ومذاكرة لأنها تحي القلوب وتميت النفوس وتطلع العيوب التي هي سبب الحجاب والبعد عن الله وغيرهما من سائر العلوم غالبها يقسي القلب ويزين العيوب ويحجب عن الغيوب ويخشى عن المشتغلين بها من سوء الخاتمة لاستعظام نفوسهم والعجب الذي يخالطهم الا أن يشاركوا في الاطلاع على علوم القوم أما مع اهمال علوم هذه الطائفة الصوفية فالسلامة عزيزة
Ertinya: Maka sayugiyanya engkau ambil akan Ilmu Tasawwuf dan membanyakkan masuk di dalam menuntut Ilmu al-Thoifah al-‘Arifah al-Sufiyyah al-Masyghulah Billah pada hal mengajar akan dia dan membaca akan dia dan mentadarus akan dia dan muthola’ah akan dia dan muzakarah didalam kitab yang dikarang oleh mereka itu kerana bahawasanya yang demikian itu menghidupkan hati dan mematikan nafsu dan melihatkan ia aib dirinya yang iaitu sebab jadi dinding dan jauh daripada Allah Ta’ala.
Bermula ilmu yang lain daripada Ilmu Tasawwuf itu iaitu ghalib mengeraskan akan hati dan menambahi akan aib dan mendidingi ia daripada yang ghaib-ghaib dan ditakuti atas orang yang masyghul dengan dia itu mati dalam didalam kejahatan didalam maksiat kerana ghalib bagi orang yang masyghul dengan demikian itu jadi membesarkan ia akan dirinya mereka itu dan kerana ‘ujub mereka itu yang mencampuri akan ‘amal mereka itu melainkan jika menyekutui mereka itu didalam muthola’ah akan kitab Ahlu al-Sufi maka iaitu terkadang terpelihara daripada yang demikian itu. Adapun serta meninggalkan akan Ilmu Ahli al-Tho’ifah al-Sufiyyah ini maka sejahteranya itu sangat ‘aziz yakni sangat sedikit.
Dan dikerana inilah berkata Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala didalam Ihya’ Ulumuddin, ia naqal daripada setengah ulama’ yang ‘arifin dengan katanya
من لم يكن له نصيب من علم القوم يخاف عليه سوء الخاتمة وأدنى نصيب منه التصديق والتسليم لأهله
Ertinya: Barangsiapa tiada ada baginya bahagian daripada mengetahui ilmu kaum ahli al-Sufi itu nescaya ditakuti atasnya mati didalam kejahatan dan di dalam maksiat, dan sekurang-kurang bahagian daripadanya itu membenarkan akan ilmu kaum ahli al-Sufi itu dan mentaslimkan (menyerahkan) bagi ahlinya.
Dan kata penghulu ahli al-Sufi iaitu Junaid al-Baghdadi Rahimahullah Ta’ala
التصديق بعلمنا هذا ولاية صغرى
Ertinya: Bermula orang yang membenarkan dengan ilmu kami Ilmu Tasawwuf ini iaitu wali Allah yang kecil.
Kata Abi Yazid al-Busthomi Rahimahullah Ta’ala
اذا رأيت أحدا يحسن الظن بكلام أهل هذا الطريق فقل له يدعو لك فانه مجاب الدعوة
Ertinya: Apabila engkau lihat akan seorang yang baik sangkanya dengan perkataan kaum ahli al-Tarekah ini yakni Tarekah ahli al-Sufi ini, maka kata olehmu baginya bahawa mendoakan ia bagimu kerana bahawasanya adalah ia itu mustajab doanya itu.
Dan kata Ruwaim Rahimahullah Ta’ala
من آمن بكلامنا هذا ولو من وراء سبعين حجابا فهو من أهله
Ertinya: Barangsiapa percaya dengan perkataan kami ini yakni ahli al-Sufi ini dan jikalau daripada belakang tujuh puluh dinding sekalipun maka iaitu daripada ahlinya yakni adalah orang yang percaya akan perkataan ahli al-Sufi itu dan menjalani ia akan dia, dan jikalau belum sampai merasa akan mefaham akan perkataan ahli al-Sufi itu sekalipun, maka adalah iaitu dibilangkan daripada ahli al-Sufi.
Wa billahi taufiq wal hidayah.. Wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim
RUJUKAN:
Kitab Sairu al-Salikin karangan Syaikh Abdul Samad al-Falembani, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd, Juz 1, hal. 19-21.
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI
KLIK UNTUK QURAN TERJEMAHAN DAN BACAAN
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI
JADI PI LAH SURAU ATAU MASJID JIKA ADA PENGAJIAN@SELAIN SOLAT JEMAAH(JANGAN KITA BALIK BILA ADA PENGAJIAN...JIKA DAH PANDAI AJARLAH ORANG BERI PERCUMA JE...INI BODOH..TINGGALKAN MAJLIS ILMU PULA ...ITU TANDA SOMBONG)...CARI ILMU DAN AMAL..BUKAN ILMU CARI KITA...DAN BUKAN AMAL SURUH KITA BERAMAL...INGAT HIDUP HANYA SEKALI...BUKAN DUA TIGA KALI
WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA
Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.

Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib
mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak
sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian
seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan
sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta
telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang
mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan
muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari
guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang
oleh orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.
Hadis Kedua Puluh Satu
21- عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ
وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ
أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ. (أبو داود وابن ماجه)
21 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)"
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hadis yang kedua puluh satu ini menerangkan:
1) Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama.
2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
1) Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama.
2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
Huraiannya:
1) Ilmu-ilmu agama itu terbahagi dua:
Pertama - Ilmu-ilmu yang telah ditetapkan Tuhan menjadi Asas.
Kedua - Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu.
Bahagian yang pertama - Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:
(1) Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan
tidak dimansukhkan hukumnya, yang menjadi asas untuk dirujukkan
kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an yang "Mutasyabihat" (yang tidak jelas maksudnya).
(2) "Sunnah" atau "Hadis" Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan berkekalan diamalkan, kerana ialah yang menjadi keterangan dan ulasan bagi kitab Allah Al-Qur'an al-Karim.
(3) Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang ditetapkan atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau dengan jalan "Qiyas" (bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya).

Bahagian yang kedua - ilmu-limu yang dikehendaki oleh asas itu ialah:
Ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada hubungannya dengan pengertian maksud dan pengambilan hukum-hukum syarak (Istinbat); ilmu perubatan untuk menjaga dan memelihara kesihatan dan seterusnya ilmu-ilmu kemasyarakatan, pembangunan, perniagaan, perindustrian, pertanian, perikanan, pelayaran, penerbangan dan sebagainya dari tiap-tiap ilmu pengetahuan yang dikehendaki adanya dan tak dapat ditinggalkan untuk menjalankan segala urusan pentadbiran dan pertahanan negara meliputi segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang diperlukan oleh keadaan dan masa, asalkan tidak bertentangan dengan asas yang tiga itu.

(2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama) itu ialah:
Tiap-tiap ilmu pengetahuan yang tidak berdasarkan salah satu dari kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, lebih-lebih lagi yang bertentangan dengan kandungan keduanya atau dengan yang difahamkan dari keduanya, atau pun ilmu pengetahuan yang tak dapat memberi pertolongan untuk memahami kandungan keduanya.
Ilmu yang tersebut yang bukan sahaja tidak perlu dipelajari, bahkan boleh jadi ia dari ilmu-ilmu yang tidak memberi manfaat yang
disuruh oleh Rasulullah s.a.w. supaya umatnya memohon dilindungi dan
dijauhi oleh Allah Taala daripadanya, lebih-lebih lagi ilmu yang
membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti ilmu sihir, ilmu nujum (Astrologi) dan sebagainya.
Hadis Kedua Puluh Dua
22- عَنِ
ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا
الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ
النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ سَيُقْبَضُ وَتَظْهَرُ
الْفِتَنُ حَتَّى يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي فَرِيضَةٍ لَا يَجِدَانِ أَحَدًا
يَفْصِلُ بَيْنَهُمَا. (الدارمي والدارقطني)
22 - Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)
Hadis yang kedua puluh dua ini mengandungi:
(1) Perintah belajar dan mengajar.
(2) Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya.
(1) Perintah belajar dan mengajar.
(2) Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya.
Huraiannya:
(1) Perintah belajar dan mengajar:
Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini ialah:
Pertama - Segala ilmu pengetahuan yang berhubung dengan agama.
Kedua - Ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain.
Ketiga - Ilmu yang berhubung secara khusus dengan Al-Qur'an.

Sebagai sebuah kitab suci, kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan, baik pada sebutannya mahu pun pada cara bacaannya, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan secara khusus tentang wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh Allah Taala pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an dan Kamilah yang memeliharanya."
(2) Amaran tentang kehilangan ilmu dan akibatnya:
Oleh sebab Rasulullah s.a.w. ialah yang menyampaikan ilmu-ilmu agama dan Baginda juga seorang manusia yang akan mati maka Baginda menyuruh umatnya belajar dan mengajar segala jenis ilmu pengetahuan yang disampaikannya, kerana dengan kecuaian belajar dan mengajar maka ilmu pengetahuan akan beransur-ansur hilang, sehinggakan perkara-perkara fardu yang seorang mesti mengerjakannya pun akan berlaku padanya perselisihan dengan tidak didapati orang yang boleh menyelesaikannya.
Hadis Kedua Puluh Tiga
23- عَنْ
أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ
مُسْتَمِعًا أَوْ وَلَا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِكَ. (البزار)
23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)
Hadis yang kedua puluh tiga ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.
Huraiannya:
Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk
memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.
Ada
pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu
dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang
binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.
Hadis Kedua Puluh Empat
24- عَنْ
مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ
فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ
هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ
خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ. (البخاري ومسلم)
24 - Dari Muawiyah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kedua puluh empat ini menerangkan:
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama.
(2) Allah jualah yang mengurniakan ilmu pengetahuan.
(3) Sebahagian dari umat Muhammad s.a.w. tetap terus menjalankan kebenaran.
Huraiannya:
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama:
Di
antara ilmu-ilmu agama yang utama sekali pada nilaian Allah Taala ialah
ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana
ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan:
Pertama: - kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah `Azza wa Jalla. Dengan ilmu agama ini Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya - manusia yang lain - dalam keadaan kasih mesra dan bersih suci dari perasaan hasad dengki.
Kedua - dengan ilmu agama ini juga Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya, iaitu dengan menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.
Jika demikian natijah mengetahui ilmu agama, maka sudah tentu kejahilan terhadapnya membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan.
Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Maka sesiapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan, disebabkan usahanya bersungguh-sungguh mencari yang demikian, nescaya Allah jadikan dia seorang yang memahami ilmu agama Islam dengan secara mendalam kerana agama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari Allah untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat, meliputi jasmani dan rohaninya.
(2) Allah jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan:
Sebagaimana
yang sedia maklum, bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan
tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan
menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama, itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allah memberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya.
Rasulullah
s.a.w. telah pun menyampai dan membahagikan segala apa yang
diperintahkan dengan sehabis-habis daya usahanya dengan tidak
mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum dan yang lain dengan cara yang demikian sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya
tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara yang disampai dan
dibahagikan oleh Baginda, tetapi apa yang telah berlaku adalah
berlainan. Demikian pula halnya alim ulama yang menjadi waris Baginda untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agama, mereka hanya menyampaikan dan menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah kepada mereka untuk berbuat demikian.
Tentang adanya perbezaan faham - dalam dan ceteknya, luas dan sempitnya - di antara orang-orang yang menerima penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka yang demikian bukanlah tanggungan pihak yang menyampaikan bahkan fahaman yang luas dan mendalam itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut peraturan-Nya.
(3) Sebahagian dari umat Muhammad S.A.W. tetap terus menjalankan kebenaran.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. memberikan berita
gembira tentang kebenaran agama Islam - dengan sifatnya agama yang
diturunkan oleh Allah Taala untuk kebaikan jasmani dan rohani serta
kebahagiaan dunia dan akhirat - tetap terpelihara sekalipun dicuaikan dan tidak dihargai oleh golongan-golongan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata sebagaimana yang ternyata pada masa akhir-akhir ini.
Agama
Islam yang demikian keadaannya tetap dijalankan oleh sebahagian dari
umatnya dengan tidak tercacat bawaan mereka oleh sebarang angkara dari
pihak yang menyalahinya sehingga datang perintah Allah `Azza wa Jalla mematikan sekalian orang yang beriman dan tinggallah sahaja orang-orang yang tidak tahu menyebut nama "Allah" pun, maka pada zaman mereka inilah akan berlakunya hari qiamat.
Hadis ini juga memberi semangat dan menjamin keselamatan orang-orang Islam yang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya dengan sempurna.
Hadis Kedua Puluh Lima
25- عَنْ
أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى
وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ
مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ
الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ
اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ
مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً
وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ
وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ
لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي
أُرْسِلْتُ بِهِ. (البخاري ومسلم)
25 - Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku membawanya dari hidayat petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang keras yang hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanfaat kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta
mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula
sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, yang keadaannya hanyalah
tanah-tanah rata yang keras yang tidak lekat air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah orang yang mempunyai fahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah dan (bandingan orang) yang beroleh manfaat dari apa yang Allah utuskan aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga bandingan orang
yang tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu dan tidak
mahu pula menerima pertunjuk Allah yang aku diutuskan membawanya."
(Bukhari, Muslim dan Nas'ie)
Hadis yang kedua puluh lima ini menerangkan:
Kelebihan orang yang mengambil dan memberi manfaat dengan ilmu agama dan orang yang sebaliknya.
Huraiannya:
Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk membawa jalan pimpinan dan pertunjuk serta ilmu pengetahuan kepada umat manusia. Apa yang dibawa oleh Baginda itu bukan semua orang menerimanya dan bukan semua menolaknya. Untuk menjelaskan hal yang demikian Baginda membuat perbandingan yang bermaksud:

Hati manusia dengan ilmu pengetahuan adalah
ibarat bumi dengan air. Ada sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila
ditimpa hujan ia menyedutnya dan menumbuhkan tanaman yang berguna kepada
makhluk-makhluk yang hidup. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu dan menghafaznya serta ia menerima kesan dan pengaruh ilmu itu, yang menjadikan dia beramal dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Hati manusia yang sedemikian ini adalah sebaik-baik hati yang berhak dipuji dan dihormati.
Ada pula sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia akan menampung airnya dan memeliharanya dari meresap hilang dan dengan itu dapat digunakan oleh makhluk-makhluk yang lain, tetapi tanah itu sendiri tidak mendapat manfaat daripadanya dan tidak menumbuhkan tanaman; ia hanya dapat menumpang air untuk faedah makhluk-makhluk yang memerlukannya. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu pengetahuan dan menghafaznya dan dapat pula mengajarkannya kepada orang lain, tetapi ia sendiri tidak mendapat faedah beramal dengannya. Manusia yang hatinya demikian kalau ia telah berbuat baik dari segi menghafaz dan menyampaikannya kepada orang lain, tetapi ia telah melakukan perkara yang buruk, kerana ia tidak beramal dengannya, sedang tujuan beroleh ilmu ialah untuk beramal menurutnya.
Di antaranya ada pula bumi yang tanahnya tidak beroleh faedah dari air dan tidak dapat menahannya serta tidak dapat menumbuhkan sebarang tanaman.
Demikianlah pula hati manusia ada di antaranya yang tidak dapat
menerima ilmu pengetahuan dan dengan itu tidak dapat beramal dengannya.
Hati manusia yang demikian keadaannya adalah sejahat-jahat hati dan
seburuk-buruknya, kerana ia tidak mempunyai bahagian langsung dalam kebaikan, sama ada ilmu pengetahuan atau amal perbuatan, bahkan ia seperti haiwan, bahkan haiwan pun lebih baik lagi, kerana haiwan itu tidak akan mendapat balasan seperti yang akan didapati oleh manusia yang demikian keadaannya.
Kesimpulannya, hati manusialah yang wajib dibaiki supaya senang menerima apa yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. demi untuk mencapai kebahagiaan.
Hadis Kedua Puluh Enam
26- عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا
نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ
يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا
وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا
وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي
عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ
اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي
بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ
بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ
الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ
عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ. (مسلم وأبو داود والترمذي)
26 - Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah Al-Qur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat,
juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah
Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa
yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan
dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya".
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis yang kedua puluh enam ini menerangkan tentang:
(1) Galakan memberi pertolongan.
(2) Balasan usaha menuntut Ilmu.
(3) Rahmat dan pujian Tuhan didapati oleh orang-orang yang berhimpun membaca dan mengulangkaji kitab Allah.
(4) Amalan seseorang sahajalah yang menentukan maju mundnrnya.
Huraiannya:
(1) - Galakan memberi pertolongan.
Tiap-tiap orang dalam alam kehidupan dunia ini sudah tentu mempunyai hajat-hajat dan kemahuan untuk mendapat manfaat dan mengelakkan mudarat, sedang hajat-hajat dan kemahuan itu sebahagian besarnya tidak dapat dicapai melainkan dengan jalan bantu membantu dan tolong menolong antara satu dengan yang lain.
Keadaan yang demikian, tidak terlepas daripadanya seseorang pun, walau pun ia dari golongan yang senang lenang atau yang mempunyai kuasa. Oleh itu maka hidup secara bermasyarakat adalah suatu tabiat semula jadi umat manusia.
Maksud hadis ini di antara lain menerangkan bahawa: Memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya sama ada pertolongan itu kecil atau besar, amatlah baik kesudahannya kerana ia bukan sahaja akan mendapat pertolongan dan orang lain kelak, bahkan Allah Aza wa Jalla tetap memberikan pertolongan yang sejenis dengan perbuatannya yang baik itu
- bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Maka alangkah
bahagianya orang yang mendapat pertolongan dari Allah (S.W.T.) pada hari
yang tidak ada sesiapa pun dapat memberikan sebarang pertolongan?
Di antara pertolongan yang sangat-sangat digalakkan ialah:
Pertama - Menolong meringankan penderitaan dan memberi nafas baru kepada mana-mana orang mukmin yang menanggung sesuatu kesusahan yang menyesakkannya dan soal-soal hidup dalam alam dunia ini.
Sebenarnya pertolongan itu tidak terhad kepada orang-orang mukmin sahaja bahkan umum kepada tiap-tiap seorang manusia yang tidak memusuhi Islam dan juga kepada tiap-tiap haiwan yang lain dan binatang-binatang yang dibenarkan atau disuruh oleh agama membunuhnya.
Kedua - Menolong memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang mengalami kepayahan, yang dituntut oleh Islam menolongnya.
Misalnya: Orang yang menanggung hutang sedang ia tidak dapat membayarnya pada masa yang ditetapkan, maka orang yang demikian keadaannya dikehendaki menolongnya dengan jalan dibebaskan dari semua atau dari sebahagian hutang yang ditanggungnya atau pun diberi tempoh yang lain untuk memudahkan ia membayarnya.
Atau seseorang Islam yang sedang mengalami susah payah dalam sesuatu masalah agama, maka dikehendaki menolongnya dengan satu fatwa yang melepaskannya dan kesusahannya itu sekalipun fatwa itu tidak berdasarkan mazhab yang biasa diamalkannya.
Ketiga - Menolong menutup kesalahan atau keaipan orang Islam.
Menurut beberapa buah hadis, bahawa sesiapa yang mendedahkan keaipan saudaranya, nescaya Allah akan mendedahkan keaipannya sekalipun di rumahnya sendiri.
Sayugia disebut, manusia itu dua jenis:
(a) - Orang yang tidak terkenal melakukan sesuatu maksiat, maka orang yang demikian, kalaulah ia terlanjur melakukan sesuatu perkara yang buruk, maka dialah orang yang dikehendaki diberi pertolongan menutup keburukan atau keaipan yang dilakukannya dan tidak harus didedahkan atau diperkatakan, kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan mengumpat yang nyata haramnya.
(b) - Orang yang terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat, yang tidak menghiraukan apa yang dilakukannya dan tidak pula mengambil indah kepada apa yang dikatakan kepadanya maka orang yang demikan keadaannya dituntut membongkar kesalahannya supaya ia menerima hukuman.
Pertolongan menutup kesalahan dan keaipan seseorang Islam itu adalah dengan beberapa syarat:
Pertama - kesalahan yang dilakukan itu berhubung dengan hak Allah Taala.
Kedua - kesalahan itu dilakukan pada masa yang lalu.
Ketiga - kesalahan itu dilakukan oleh orang yang tidak terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat.
Keempat - orang itu tidak menjadi saksi atau rawi hadis atau pemegang amanah dan lain-lainnya dan orang-orang yang semestinya bersifat adil dan amanah.
Kesimpulannya: Orang yang memberikan pertolongan yang tersebut, tetap beroleh pertolongan Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya.
(2) - Balasan usaha menuntut ilmu:
Oleh kerana jalan-jalan dan cara bagi mencapai ilmu agama itu banyak, yang menghendaki seseorang penuntut berusaha dengan bersungguh-sungguh membanyakkan membaca, menulisnya, menghafaznya dan mengkaji serta saling ingat-mengingati sesama penuntut, maka Rasulullah s.a.w. memberi jaminan kepada orang yang menjalankan usaha itu, bahawa Allah Taala akan memudahkan baginya segala jalan yang menyampaikannya ke Syurga.
(3) Kelebihan berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya:
Berhimpun atau berjemaah dalam mengerjakan sesuatu amal ibadat, sangat-sangat digalakkan oleh Islam; di antaranya berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya, kerana Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya berbuat demikian dengan menyatakan bahawa mereka diberi perasaan ketenangan hati, dicucuri rahmat dalam segenap keadaan, dilingkungi oleh malaikat-malaikat berkat dan puji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya.
Keadaan yang demikian sangat-sangat dituntut untuk memimpin seseorang ke jalan mencapai keselamatan di dunia dan di akhirat, kerana sebahagian besar dari kacau bilau dan perbuatan maksiat adalah akibat dari dorongan jiwanya yang tidak ada perasaan ketenangan dan tidak dicucuri oleh rahmat Allah; dan sebaliknya perbuatan-perbuatan baik yang menatijahkan keselamatan adalah dari jiwa yang bersih dan tenang serta mendapat cucuran rahmat Allah `Aza wa Jalla.
Empat kelebihan yang
diberikan kepada orang-orang yang berhimpun membaca Al-Qur'an dan
mentadarusnya itu diberikan juga kepada orang-orang yang berhimpun dalam
majlis zikir (majlis menyebut dan mengingati Allah), sebagaimana yang tersebut dalam hadis Muslim.
Hadis Muslim ini, menurut pendapat Al-Saghani dalam syarh "Masyariq al-Anwar" adalah menjadi dalil tentang kelebihan tiap-tiap kumpulan yang berhimpun kerana Allah membaca Al-Qur'an, mendengar hadis Rasulullah s.a.w. atau mempelajari ilmu agama.
Kelebihan
berhimpun untuk "Zikir Allah" itu diterangkan pula dalam sebuah hadis
Bukhari dan Muslim yang ringkasan maksudnya seperti berikut:
Bahawa Allah Taala mempunyai Malaikat yang sentiasa berjalan di merata-rata tempat mencari kumpulan yang berhimpun untuk berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid; apabila mereka berjumpa kumpulan ahli zikir
itu mereka panggil memanggil sesama sendiri lalu mengerumuni kumpulan
itu serta menaunginya dengan sayap mereka berlapis-lapis hingga ke langit dunia. Setelah mereka mengadap Tuhan dan menjawab beberapa
pertanyaan, maka Tuhan menyatakan kepada mereka dengan firman-Nya:
"Hendaklah kamu menjadi saksi bahawa Aku telah mengampunkan dosa mereka sekaliannya." Mendengarkan firman Allah itu, salah satu di antara Malaikat yang tersebut berkata: "(Ya Tuhan Kami!) dalam kalangan ahli zikir itu ada seorang yang hanya datang kerana satu hajat yang lain, lalu duduk dengan mereka." Allah Taala menjawab: "Kumpulan itu ialah orang-orang yang sempurna kebaikannya, dengan kesempurnaan mereka tidak akan hampa orang yang duduk bersama-sama mereka".
(4) Amalan seseorang jualah yang menentukan maju mundurnya:
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa seseorang yang ingin membela nasibnya wajiblah ia belajar dan berusaha serta beramal; tidak harus ia bergantung kepada keadaan nasab keturunannya,
kerana Tuhan telah berfirman yang maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap
seorang, beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan apa yang mereka
telah kerjakan"; demikian juga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
mengingatkan kaum kerabatnya bahkan buah hatinya yang dikasihi, Sayidatina Fatimah, r.a., supaya masing-masing menebus diri dari azab seksa, dengan amal taat yang sempurna, kerana Baginda tidak berkuasa menolak sesuatu pun dari azab seksa Tuhan itu.
Sayugia direnung dan diteliti isi hadis ini, kalau Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan tidak sanggup mengelakkan azab seksa dari anaknya Sayidatina Fatimah r.a., kalau ditakdirkan cuainya dari beramal, pada hal Rasulullah
s.a.w. ialah Rasulullah dan Sayidatina Fatimah ialah anaknya yang
dikasihi, maka betapalah pula orang yang cuai menjalankan perintah beramal dengan mengharapkan kelebihan nasab keturunannya atau kebangsawanannya dan betapa pula halnya orang yang tergamak menyanggup memberi pertolongan, pada "hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain dan segala perkara pada hari itu tertentu bagi Allah! "
Permulaan Ibadah- Mengenal Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Anda
semua tentu sekali pernah mendengar tentang fardhu ain dan fardhu
kifayah bukan? Ya, Tentu sekali pernah kerana ia diajar sejak kecil
kerana ia adalah asas yang penting dalam sesuatu ibadah bagi Umat Islam.
Sebelum kita melakukan sesuatu ibadah, kita hendaklah tahu akan ibadah
tersebut dalam fardhu ain atau fardhu kifayah. Setiap umat Islam
dipertanggunjawabkan untuk melaksanakan perkara-perkara yang dituntut
dan difardhukan sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah.
Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Suka
untuk saya terangkan disini secara ringkasnya untuk kita sama-sama
faham dan boleh amalkan insyaAllah. Fardhu Ain ialah perkara yang wajib
ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika tidak ditunaikan maka berdosa.
contohnya seperti solat, puasa, zakat, cari ilmu dan sebagainya.
Ringkasnya fardhu ain ini wajib dibuat dan dilakukan oleh individu,
setiap dari kita yang bergelar Muslim.
solat lima waktu adalah contoh ibadah fardhu Ain
Fardhu
Kifayah pula ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota
masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atai
tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa.
Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti
pendidikan, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara lain yang
boleh mendatangkan kepentingan kepada Ummah. Malah pernah saya mendengar
kata-kata ilmuan agama dan ustaz yang mana sesebuah masyarakat yang ada
seorang hafiz atau hafizah telah terlepas dari fardhu kifayah. Jadi
kita tidak patut memandang hafiz dan hafizah ini sesuatu yang leceh atau
membazir masa bahkan ada segelintir dari kita yang memandang rendah
dengan melabelkan hafiz dan hafizah tidak setanding mereka yang menuntut
di Universiti atau kolej. Sungguh menyedihkan.
Menguruskan jenazah pun fardhu kifayah, kalau tiada siapa yang pandai siapa yang nak uruskan jenazah Muslim?? |
Beza Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Terdapat
perbezaan antara kedua-dua jenis fardhu ini, mungkin anda telah
mengetahuinya namun saya cuba untuk senaraikan dengan ringkas. Fardhu
Ain wajib dilakukan oleh setiap individu muslim manakala fardhu kifayah
pula menjadi kewajipab secara umum sahaja bagi golongan tertentu. Bagi
individu yang meninggalkan fardhu ain akan berdosa besar manakala
kewajipan telah tertunai sekiranya sabahagian telah menunaikan fardhu
kifayah. Fardhu ain meliputi ibadah secara langsung (direct) dengan
Allah S.W.T tetapi ibadah fardhu kifayah mempunyai pertalian dengan
masyarakat dan sesama manusia.
Akibat meninggalkan Fardhu Ain
1. Jiwa kita akan selalu rasa resah dan gelisah serta mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
2. Kita akan mudah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah @ melakukan dosa.
3. Tidak mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T
4. Maruah diri kita menjadi buruk dan tidak mampu dijaga.
5. Akhlak akan sentiasa buruk dan sering melanggar batas dalam Islam.
Akibat meninggalkan Fardhu Kifayah
1. Masyarakat Islam pasti akan mundur dan terkebelakang berbanding masyrakat lain dalam pelbagai bidang.
2. Kita ( Umat Islam) akan mudah ditipu, dipengaruhi dan dipermainkan oleh Umat lain.
3. Umat islam akan hidup dalam kemelaratan kerana tidak mahir dalam sesuatu bidang ilmu untuk meningkatkan taraf hidup kita.
Penting ke Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah???
YA.
SANGAT PENTING bagi kita umat Islam. Umat Islam yang mantap dalam
fardhu ain pasti menjadi individu yang taat akan perintah Allah, berilmu
dan beramal dengan fikiran yang positif dan rasional. Umat Islam juga
akan peka dan lebih berdaya saing untuk meningkatkan taraf hidup dan
ekonomi. kita juga akan menjadi contoh yang baik kepada Umat lain dalam
kehidupan seharian disamping dapat menjaga hubungan baik dengan Allah
dan manusia. Syiar Islam dapat ditegakkan dan kemajuan dalam negara akan
bertambah dari masa ke semasa. Negara Islam akan disegani dan dihormati
bukan sahaja dari aspek ekonomi malah dalam pelbagai bidang ilmu dan
kemahiran yang ada.
Anda
sendiri nampak akan kesan dan betapa pentingnya Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah ini bukan? insyaAllah, sama-sama kita cuba terapkan dalam hidup
kita sehari-harian. Sekali lagi penulis tekankan bahawa ini hanyalah
ringkasan dan catatan ilmu yang sedikit sahaja, hanya untuk perkongsian
dengan sahabat sekalian dan lebih kepada peringatan kepada diri sendiri
yang dhoif. Anda bebas untuk sebarkan dan share dengan semua diluar sana
kerana bagi saya ilmu itu adalah milik Allah. Kita hanya meminjam nya
untuk sementara. Anda setuju bukan? insyaAllah..sama-sama kita dapat
manfaat yer, InsyaAllah.
Tujuan Menuntut Ilmu
"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255Pengenalan
Ilmu
Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini cukuplah dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;
- Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
- Kajian dalam sesuatu perkara.
- Hadirnya makna dalam diri seseorang.
Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was).
Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Fardhu Ain: Ilmu yang wajib dipelajari seperti tauhid (mengesakan Allah yang Maha Agung), syariat (solat, mempelajari al-Quran atau mempelajari perintah dan larangan) dan tasauf (ilmu akhlak atau sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat yang dikeji seperti adab berjiran, adab bergaul, adab selisih faham, adab makan, adab mandi dan lain-lain).
Keingkaran untuk mempelajari fardhu ain ini bagi setiap individu hukumnya adalah berdosa.
Fardhu Kifayah: Ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu bagi mewakili orang Islam, atau untuk mewakili masyarakat.
Andaikata tiada seorang pun di kalangan orang Islam yang mempelajarinya, maka semua ahli masyarakat berdosa. Contohnya, ahli tafsir, usahawan, saintis, doktor dan lain-lain.
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam." - Sahih - Ibnu Majah [0184]
Isi PerbicanganTujuan Menuntut Ilmu
01.Memperbaiki Diri
"Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya
Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka
bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan
bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki
amalannya." - Surah Al-'Ankabuut 29 : 69
Antara tujuan utama kita dalam menuntut ilmu adalah agar dapat memperbaiki diri.Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah dan juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih tinggi dari sebelumnya.
Dengan menuntut ilmu kita secara tidak langsung bukan sahaja mendapat petunjuk, malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Contohnya, dengan menuntut ilmu kita dapat;
- Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah.
- Solat terasa lebih khusyuk dari sebelumnya.
- Peningkatan kerjaya.
02.Mensyukuri Nikmat Allah yang Maha Agung
"Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu
pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua
bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan
limpah kurnia-Nya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan
hamba-hamba-Nya yang beriman." - Surah An-Naml 27 : 15
Walaupun ayat berkenaan tentang ilmu yang diberikan kepada Nabi Daud as dan Nabi Sulaiman as, namun lafaznya umum.Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar dan memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan untuk akhirat.
Maka antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala macam nikmat-Nya.
Dengan ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah dan kategorinya; dan dengan ilmu jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan; dan dengan ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat. Maka wajiblah kita bersyukur atas nikmat yang tak terhingga ini, iaitu nikmat akal dan ilmu pengetahuan.
"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang
berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang
ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya
ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang
menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269
Khalifah Umar bin Abdul Aziz : "Barangsiapa beramal tanpa ilmu, maka yang rosak lebih banyak daripada yang benar."
03.Menegakkan Agama Islam
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang
beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar
sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya
orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang
dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang
keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;
mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan
Allah)." - Surah At-Taubah [9] : 122
Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan perintah dan
larangannya, melaksanakan hukum-hukumnya, dan menyebarkannya dengan
cara; melalui umat Islam yang beriman, beramal soleh dan bertamadun;
iaitu berpendidikan, mampu memerintah, adil dan mampu memikul
tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang Maha Tinggi di muka
bumi.Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Di dalam tafsir Ibn Katsir, antaranya diterangkan mengenai ayat di atas (Surah At-Taubah [9] : 122) sebagai dua tugas yang terpadu.
Sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya darjat orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad. Walau bagaimanapun, tidaklah bermaksud hendak meremehkan jihad menentang orang-orang yang memerangi Islam.
Persoalannya, bagaimana ilmu itu boleh menegakkan Agama Islam? Di sini, kita melihat dari segi faktor semasa sahaja.
Antaranya, kita perlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah.
Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa hingga tua kita dihadapkan dengan contoh ini; iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah - pengurus jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang jenazah.
Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya adalah; ahli tafsir, usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor, pakar komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat seperti remeh, tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah tertanam dalam akal fikiran kira sebelum ini.
Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara yang mudah dan memandang ringan padanya, akibatnya umat Islam (Malaysia khususnya) kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam pelbagai bidang.
Sekiranya umat Islam ketandusan para ilmuwan ini, maka siapakah yang ingin menghormati orang Islam?
Apalagi Agama Islam. Bukankah Allah yang Maha Agung telah berfirman;
"...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang
beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat..." - Surah Al-Mujaadalah 58 : 11
Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirnya mengenai ayat ini berkata,
'Darjat orang mukmin melebihi darjat orang bukan mukmin. Darjat orang
berilmu melebihi darjat orang yang tidak berilmu.'Di dalam ayat yang lain Allah yang Maha Tinggi berfirman;
"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah
yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9
Tentulah tidak sama antara orang yang pakar dan tidak pakar. Perkataan orang yang pakar lebih dipercayai.Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita mahu mempercayai cakap arkitek atau buruh binaan?
Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang berilmu lebih didengari percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya.
Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi, secara automatik memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama Islam dan penganutnya akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam, secara tidak langsung Islam dapat ditegakkan.
"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." - Surah As-Saff [61] :14
04.Berfikir Dengan Adil
Berfikir bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu,
manakala adil pula bermaksud meletakkan sesuatu perkara sesuai pada
tempatnya.Ramai yang berpendapat adil bermaksud sama rata, ini adalah pemahaman yang salah. Jadi, berfikir dengan adil bermaksud menggunakan akal dalam mempertimbangkan sesuatu perkara agar bertepatan dan bersesuaian pada tempatnya.
"Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?" - Surah Yunus [10] : 35-36
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Dengan adanya ilmu, kita dapat membuat dan melaksanakan keputusan, ibadah, pekerjaan dan lain-lain hal berkaitan kehidupan dengan lebih bijak, tepat dan teratur; iaitu mengutamakan yang lebih penting dari yang penting. Antara beberapa contoh;
- Mengutamakan mempelajari fardhu ain dari fardhu kifayah.
- Mengutamakan amal yang bermanfaat dari yang kurang bermanfaat seperti, memilih beramal dengan sedikit tetapi berterusan daripada beramal dengan banyak tetapi setahun sekali.
- Mengutamakan mengajar atau menyuruh anak-anak kecil bersolat dari berpuasa kerana biasanya orang yang tidak meninggalkan solat pasti berpuasa (yang berkemampuan) dan orang yang berpuasa belum tentu penuh solatnya. Sesuai dengan firman Allah yang Maha Tinggi dalam,
".....Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar...." - Surah Al 'Ankabuut [29] : 45
- Mengutamakan ibadah fardhu dari ibadah sunat dan mengutamakan sunat yang mu'akkad; iaitu sunat yang dituntut seperti mengutamakan solat rawatib mu'akkad, solat tahajjud daripada solat terawih, solat sunat musafir dan lain-lain.
- Mengutamakan mencintai Rasulullah saw daripada orang lain.
"Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda,
"Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi
daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia
semuanya". - Sahih Muslim [0035]
Ini hanya sebahagian contoh sahaja, banyak lagi perkara-perkara yang
perlukan pertimbangan akal yang adil dalam menjalani kehidupan di dunia
ini.
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai
arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manfaatnya..." - Surah Al-Baqarah [2] : 219
Ayat di atas sebagai contoh mengapa kita perlu berfikir dengan adil, ini adalah perkara yang sangat-sangat penting.Antara Kesan atau Kelebihan Menuntut Ilmu
01.Doa cepat dimakbulkan
"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu
pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam
sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di
sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk
mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat
pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah
syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa
yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana
sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah." - Surah An-Naml [27] : 40
Umum mengetahui ayat di atas mengenai pemindahan singgahsana Ratu
Balqis ke istana Nabi Sulaiman a.s. Malah jin 'Ifrit juga tidak dapat
menandingi kehebatan orang yang berilmu. Perlu diingat, kisah ini hanya
berlaku pada zaman Nabi Sulaiman a.s.Bukanlah bermakna kita perlu belajar ilmu yang dapat mengubah 'KLCC' ke tempat lain sekelip mata, ini hanya contoh betapa hebatnya orang berilmu kerana doanya dimakbulkan dengan cepat, insyaAllah yang Maha Berkuasa. Zaman ini, jika ada seseorang berkata dapat mengubah sesuatu bangunan dalam sekelip mata ke tempat lain, itu adalah sihir.
02.Dinaikkan darjat
"...Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman
di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." - Surah Al-Mujaadalah [58] : 11
Contoh yang paling mudah antaranya;- Peniaga yang mempelbagaikan jualannya dan kreatif, lebih banyak keuntungan dari peniaga yang menjual satu jenis barangan sahaja.
- Pekerja yang berilmu (mempunyai ijazah dan sebagainya) lebih tinggi gajinya dari pekerja yang kurang ilmunya.
- Pelajar yang tekun belajar, lebih pandai dari pelajar yang malas belajar.
- Guru dihormati oleh pelajarnya. Mereka yang tidak menghormati gurunya tergolong dalam orang yang jahil.
03.Tidak tersesat
"..dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu,
meyakini bahawasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka
beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah
Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
- Surah Al-Hajj [22] : 54
04.Dikurniakan nikmat kesabaran
"Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu:
"Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala
itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar." - Surah Al-Qasas [28] : 80
05.Dipermudahkan ke syurga
"Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa
saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan
memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga." - Sahih, At-Tirmidzi [2646]
Banyak lagi kelebihan-kelebihan orang-orang yang berilmu pengetahuan yang disebut di dalam Al-Quran dan hadis.Antara Halangan-Halangan Menuntut Ilmu
Diantara halangan yang menyebabkan ramai orang yang ambil remeh dalam hal menuntut ilmu, diringkaskan seperti berikut;
01.Anggap Diri Sudah Cukup
"Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang
diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka
merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka
dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu." - Surah Al-Mu'min [40] : 83
Menganggap segala pengetahuan mereka lebih banyak dari orang lain dan
tak perlu menuntut ilmu lagi. Hal ini hanyalah satu kesombongan dari
hasutan syaitan.
02. Sibuk
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." -
Surah Al-'Asr [103] : 1-3
Kesibukan adalah apabila kita tidak pandai menghargai masa. Semua
manusia akan mengalami kerugian kecuali empat sifat di atas, iaitu;- Iman - Memahami dan melaksanakan rukun iman.
- Amal soleh - Mentaati dan melaksanakan hukum-hukum, perintah dan larangan Allah yang Maha Agung.
- Nasihat kebenaran - Memberi pengajaran, bimbingan atau mengajak kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah kemungkaran.
- Menasihati agar bersifat sabar - Bersabar atau redha pada qada' dan qadar.
03.Lalai
Lalai terbahagi kepada dua, namun berkaitan iaitu;- Urusan di dunia - Membuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat pada diri dan masyarakat.
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini
hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan
bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya
harta dan anak,...." - Al-Hadiid [57] : 20
- Urusan menghadapi akhirat - Tidak mengingati mati lalu menjadi malas untuk beribadah, apalagi untuk menuntut ilmu.
".....Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." - Surah Ar-Ruum [30] : 8
Antara Akibat Jahil
01.Mengikut hawa nafsu
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu
syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu
dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." -
Surah Al-Jaatsiyah [45] : 18
Orang yang jahil hanya mengikut hawa nafsu sahaja dalam berfikir dan
menganggap akal dan ilmu pengetahuannya lebih hebat dari syariat, lalu
melanggar segala macam hukum dari al-Quran dan al-hadis.
02.Menjadi zalim dan tersesat
"Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa
nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang akan menunjuki orang
yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang
penolongpun." - Surah Ar-Ruum [30] : 29
Setelah mereka (orang-orang yang jahil) ini melanggar segala macam
syariat, maka mereka terdedah kepada kesesatan dan seterusnya berbuat
kezaliman; iaitu menyesatkan orang lain dan meruntuhkan akhlak
masyarakat yang terikut-ikut dengan mereka, akibatnya berlaku
ketidakharmonian dalam masyarakat.
03.Cenderung menjadi pengikut syaitan
"Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,..." - Surah Al-Hajj [22] : 3
Mereka yang tidak berilmu seringkali bercakap perkara yang mereka
agak-agak sahaja terutamanya dalam hal agama yang boleh membawa kepada
kekufuran tanpa mereka sedari. Perkataan yang mereka keluarkan tidak
lain, kecuali mengikuti hawa nafsu yang dibisikkan oleh syaitan sahaja.Sekiranya kita ragu-ragu tentang sesuatu perkara atau ingat-ingat lupa, janganlah berkata-kata untuk berbangga diri atau berasa malu cakap tidak tahu, tanyalah kepada orang yang berilmu.
"....maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui." - Al Anbiyaa' [21] : 7
KesimpulanIslam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam Agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu.
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya
dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam)
dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu
(mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - Ali 'Imran [3] : 18
Hanya dengan ilmulah kita dapat mempertabatkan umat Islam dan menjaga
kemuliaan Islam, yang kini dimana-mana pun umat Islam
diperbudak-budakkan dan agama Islam diperlekehkan.
"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari
kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang
terhadap orang-orang mukmin." - At Taubah [9] : 128
Marilah kita mencontohi sikap para Nabi 'alaihi salam; iaitu berasa
sedih akan penderitaan masyarakat Islam sekarang yang ditendang dan
dipermainkan sesuka hati. Moga-moga Allah yang Maha Penyayang
memenangkan kita ke atas musuh-musuh Islam.Namun perlu diingat setinggi mana ilmu kita, tidak dapat kita mengatasi mukjizat para Nabi as dan setiap yang mengetahui, ada lagi yang lebih mengetahui.
Marilah kita merenung ayat di bawah, luasnya ilmu Allah yang Maha Tinggi tidak terhingga. Allah yang Maha Agung berfirman dalam;
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk
(menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum
habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan
tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109
"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan
laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah
(kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Luqman [31] : 27
Rujukan:
Al-Quran terjemahan
Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Munir
Kitab-kitab hadis sahih
Krisis Dalam Pendidikan Islam [Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf ]
Ihya' Ulumuddin [Imam Al-Ghazali]
Ilmu Mantik [Ustaz Ab. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin]
Berfikir [Harun Yahya]
Fiqh Keutamaan [Dr. Yusuf Al-Qardhawi]
Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri [Za'ba]

ILMU FARDHU ‘AIN (WAJIB ATAS SETIAP INDIVIDU)
Bermula ilmu yang diwajibkan fardhu ‘ain pada menuntutkan akan dia tiga perkara:
1) Ilmu Tauhid iaitu dinamakan Ilmu Usuluddin dan dinamakan pula ilmu aqidah
2) Ilmu Syariah iaitu dinamakan Ilmu Furu’ dan dinamakan Ilmu Fiqh
3) Ilmu Batin iaitu dinamakan Ilmu Suluk dan Ilmu Thoriq dan dinamakan Ilmu Tasawwuf
Iaitulah yang tersebut didalam hadith S.A.W
(( طلب العلم فريضة على كل مسلم))
Ertinya: ((bermula menuntut Ilmu fardhu atas tiap-tiap orang yang muslim yang aqil baligh)).
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain pada menuntut Ilmu Tauhid itu iaitu sekira-kira menuntut ilmu yang diketahui dengan dia akan Zat Allah Ta’ala dan sekelian SifatNya yang salbiyah dan segala SifatNya yang subutiyyah dan segala Af’alNya. Dan demikian lagi mengetahui penghulu kita Nabi S.A.W dan mengetahui segala Rasul ‘Alaihimus Solatu Was Salam dan mengetahui akan yang didatangkan oleh mereka itu dan beriman akan dia seperti yang lagi akan datang bicaranya Ilmu Tauhid dan Ilmu Usuluddin dan Ilmu ‘Aqaid itu di dalam ini Insya Allah Ta’ala. Adanya memadalah fardhu ‘ain itu mengetahui Ilmu Tauhid yang didalam kitab ini dan yang di dalam Ihya’ Ulumuddin.
Adapun menghasilkan yang lebih daripada demikian itu seperti menguraikan dalil dan menolakkan akan syubhat jika didatangkan oleh orang maka iaitu fardhu kifayah jua bukan fardhu ‘ain. Dan tiada dituntut akan orang yang suluk yang menjalani jalan akhirat itu akan membanyakkan Ilmu Usuluddin yang fardhu kifayah itu dan hanyasanya yang dituntut akan mereka itu mengetahui fardhu ‘ain jua.
Dan dikerana inilah kata al-Syaikh al-‘Arif Billah Syaikh Qasim al-Halabi didalam kitabnya yang bernama Sairu al-Suluk
و لا ينبغي للسالك أن يتوغل في علم العقائد لأنه لا فائدة له فيه بل يأخذ منه بقدر ما يحتاج إليه
Ertinya: Dan tiada sayugiyanya bagi orang yang salik yang menjalani jalan akhirat itu bahawa membanyakkan didalam Ilmu ‘Aqaid yakni Usuluddin kerana bahawasanya tiada memberi faedah didalam membanyakkan akan yang demikian itu tetapi mengambil ia daripada Ilmu ‘Aqaid itu dengan sekira-kira yang muhtaj (perlu) kepadanya yakni sekadar fardhu ‘ain itu jua.
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain pada menuntut Ilmu Fiqh itu maka iaitu sekira-kira menuntut ilmu yang diketahui dengan dia itu akan fardhu toharah dan fardhu sembahyang dan puasa dan memberi zakat jika ia mempunyai nasab zakat dan naik haji jika ia kuasa akan dia dan demikian lagi mengetahui sekira-kira membatalkan sembahyang dan sekelian yang demikian itu.
Adapun membanyakkan akan bicara Ilmu Fiqh yang lebih daripada demikian itu iaitu fardhu kifayah jua. Tiada dituntut bagi orang yang salik itu pada membanyakkan Ilmu Fiqh yang fardhu kifayah itu.
Dan kerana inilah kata Imam al-Ghazali Rahimullah Ta’ala didalam Bidayatul Hidayah pada bicara orang yang mengajar ilmu dan orang yang belajar akan dia dengan katanya
وصد المتعلم عن أن يشتغل بفرض الكفاية قبل الفراغ من فرض العين
Ertinya: Sayugiyanya bagi orang yang mengajar ilmu itu bahawa menegahkan ia akan orang yang belajar ilmu itu daripada masyghul (menyibukkan diri) dengan belajar ilmu yang fardhu kifayah dahulu daripada selesai ia daripada menuntut ilmu yang fardhu ‘ain yang tiga perkara itu iaitu Ilmu Tauhid dan Ilmu Syari’ah dan Ilmu Batin.
Adapun qadar yang wajib fardhu ‘ain menuntut Ilmu Batin yakni Ilmu Tasawwuf itu maka iaitu sekira-kira menuntut Ilmu Tasawwuf yang menyucikan hati daripada segala sifat yang kecelaan seperti ‘ujub dan riya’ dan hasad dan takabur dan barang sebagainya daripada sifat kecelaan yang lagi akan datang bicaraan itu didalam kitab ini Insya Allah Ta’ala pada bicara muhlikat.
Dan demikian lagi wajib fardhu ‘ain itu berperangai dengan segala sifat yang kepujian seperti zuhud dan wara’dan ikhlas dan tawadhu’ dan sabar dan syukur dan barang sebagainya seperti yang lagi akan datang bicaraannya itu di dalam kitab ini pada bicara munjiyat Insya Allah Ta’ala. Dan memadalah fardhu ‘ain pada ilmu Ilmu Tasawwuf itu mengetahui barang yang didalam kitab ini dan barang yang di dalam Minhajul ‘Abidin seperti yang dikata oleh al-‘Arif Billah Muhyi al-Nufus al-Sayyid Abdul Qadir al-‘Aidrus didalam kitabnya bernama al-Duraru al-Samin fi Bayan al-Muhim min Ilmi al-Din dengan katanya
ولتحصيل هذا القدر يكفي العمل بكتاب منهاج العابدين وتفصيل هذا العلم ليس فرض العين
Ertinya: Dan menghasilkan pada Ilmu Tasawwuf yang fardhu ‘ain itu memadalah dengan mengamalkan yang didalam kitab Minhajul ‘Abidin bagi Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala, dan perceraiannya bicara ilmu yang lebih daripada yang tersebut didalam kitab Minhajul ‘Abidin iaitu bukannya fardhu ‘ain hanyasanya fardhu kifayah jua.
Tetapi sayugiyanya bagi orang yang berkehendak kemenangan di dalam akhirat itu bahawa membanyakkan menuntut Ilmu Tasawwuf yang fardhu kifayah itu, bersalahan fardhu kifayah yang lain daripada Ilmu Tasawwuf maka iaitu tiada dituntut membanyakkan akan dia itu.
Dan dikerana inilah kata Ibnu ‘Ibad R.A didalam Syarah Hikam dengan katanya
وهذه هي العلوم التي ينبغي للانسان أن يستغرق فيها عمره الطويل ولا يقنع منها بكثير ولا قليل وما سوى هذه العلوم قد لا يحتاج إليها وربما أضر بصاحبه مداومته عليها
Ertinya: Bermula segala ilmu ini yakni Tasawwuf ini iaitulah ilmu yang sayugiyanya bagi manusia itu bahawa mengkaramkan ia didalam menuntut akan dia oleh umurnya yang lanjut itu, yakni dihabiskannya umurnya itu di dalam menuntut Ilmu Tasawwuf itu, dan jangan memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai dengan sedikit.
Bermula ilmu yang lain daripada Ilmu Tasawwuf ini terkadang muhtaj (perlu) kepadanya dan terkadang memberi mudhorat ia dengan orang yang mengekali atas menuntut akan dia.
Dan kerana inilah kata Syaikh Hussain bin Abdullah Ba Fadhal didalam kitabnya yang bernama Fusul Al-Fathiyah dengan katanya
فدونك والتغلغل في علوم هذه الطائفة العارفة الصوفية المشغول بالله اقراء وقراءة وتدريسا ومطالعة في مصنفاتهم ومذاكرة لأنها تحي القلوب وتميت النفوس وتطلع العيوب التي هي سبب الحجاب والبعد عن الله وغيرهما من سائر العلوم غالبها يقسي القلب ويزين العيوب ويحجب عن الغيوب ويخشى عن المشتغلين بها من سوء الخاتمة لاستعظام نفوسهم والعجب الذي يخالطهم الا أن يشاركوا في الاطلاع على علوم القوم أما مع اهمال علوم هذه الطائفة الصوفية فالسلامة عزيزة
Ertinya: Maka sayugiyanya engkau ambil akan Ilmu Tasawwuf dan membanyakkan masuk di dalam menuntut Ilmu al-Thoifah al-‘Arifah al-Sufiyyah al-Masyghulah Billah pada hal mengajar akan dia dan membaca akan dia dan mentadarus akan dia dan muthola’ah akan dia dan muzakarah didalam kitab yang dikarang oleh mereka itu kerana bahawasanya yang demikian itu menghidupkan hati dan mematikan nafsu dan melihatkan ia aib dirinya yang iaitu sebab jadi dinding dan jauh daripada Allah Ta’ala.
Bermula ilmu yang lain daripada Ilmu Tasawwuf itu iaitu ghalib mengeraskan akan hati dan menambahi akan aib dan mendidingi ia daripada yang ghaib-ghaib dan ditakuti atas orang yang masyghul dengan dia itu mati dalam didalam kejahatan didalam maksiat kerana ghalib bagi orang yang masyghul dengan demikian itu jadi membesarkan ia akan dirinya mereka itu dan kerana ‘ujub mereka itu yang mencampuri akan ‘amal mereka itu melainkan jika menyekutui mereka itu didalam muthola’ah akan kitab Ahlu al-Sufi maka iaitu terkadang terpelihara daripada yang demikian itu. Adapun serta meninggalkan akan Ilmu Ahli al-Tho’ifah al-Sufiyyah ini maka sejahteranya itu sangat ‘aziz yakni sangat sedikit.
Dan dikerana inilah berkata Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala didalam Ihya’ Ulumuddin, ia naqal daripada setengah ulama’ yang ‘arifin dengan katanya
من لم يكن له نصيب من علم القوم يخاف عليه سوء الخاتمة وأدنى نصيب منه التصديق والتسليم لأهله
Ertinya: Barangsiapa tiada ada baginya bahagian daripada mengetahui ilmu kaum ahli al-Sufi itu nescaya ditakuti atasnya mati didalam kejahatan dan di dalam maksiat, dan sekurang-kurang bahagian daripadanya itu membenarkan akan ilmu kaum ahli al-Sufi itu dan mentaslimkan (menyerahkan) bagi ahlinya.
Dan kata penghulu ahli al-Sufi iaitu Junaid al-Baghdadi Rahimahullah Ta’ala
التصديق بعلمنا هذا ولاية صغرى
Ertinya: Bermula orang yang membenarkan dengan ilmu kami Ilmu Tasawwuf ini iaitu wali Allah yang kecil.
Kata Abi Yazid al-Busthomi Rahimahullah Ta’ala
اذا رأيت أحدا يحسن الظن بكلام أهل هذا الطريق فقل له يدعو لك فانه مجاب الدعوة
Ertinya: Apabila engkau lihat akan seorang yang baik sangkanya dengan perkataan kaum ahli al-Tarekah ini yakni Tarekah ahli al-Sufi ini, maka kata olehmu baginya bahawa mendoakan ia bagimu kerana bahawasanya adalah ia itu mustajab doanya itu.
Dan kata Ruwaim Rahimahullah Ta’ala
من آمن بكلامنا هذا ولو من وراء سبعين حجابا فهو من أهله
Ertinya: Barangsiapa percaya dengan perkataan kami ini yakni ahli al-Sufi ini dan jikalau daripada belakang tujuh puluh dinding sekalipun maka iaitu daripada ahlinya yakni adalah orang yang percaya akan perkataan ahli al-Sufi itu dan menjalani ia akan dia, dan jikalau belum sampai merasa akan mefaham akan perkataan ahli al-Sufi itu sekalipun, maka adalah iaitu dibilangkan daripada ahli al-Sufi.
Wa billahi taufiq wal hidayah.. Wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim
RUJUKAN:
Kitab Sairu al-Salikin karangan Syaikh Abdul Samad al-Falembani, Percetakan al-Mu’arif Sdn Bhd, Juz 1, hal. 19-21.
Perintah Menuntut Ilmu
Sesungguhnya Islam adalah syarat
keselamatan di sisi Allah. Islam tidak tegak dan tidak akan ada kecuali
dengan ilmu. Tidak ada cara dan jalan untuk mengenal Allah dan sampai
kepada-Nya kecuali dengan ilmu. Allah lah yang telah menunjukan jalan
yang paling dekat dan mudah untuk sampai kepada-Nya. Barangsiapa yang
menempuh jalan tersebut, tidak akan menyimpang dari tujuan yang
dicita-citakannya.
Jumhur ulama sepakat, tidak ada dalil
yang lebih tepat selain wahyu pertama yang disampaikan Allah SWT kepada
Rasul-Nya, Nabi Muhammad saw sebagai landasan utama perintah untuk
menuntut ilmu. Dijelaskannya pula sarana untuk mendapatkannya, disertai
bagaimana nikmatnya memiliki ilmu, kemuliaannya, dan urgensinya dalam
mengenal ke-Maha Agung-an Sang Khalik dan mengetahui rahasia penciptaan
serta menunjukkan tentang hakikat ilmiah yang tetap. Sebagaimana
firman-Nya : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,
dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan
perantara kalam (baca tulis). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya”. (Q.S. Al ‘Alaq [96]: 1-5).
Dalam ayat yang lain, Allah SWT juga berfirman : “…Katakanlah
: “ Adakah sama orang-orang yang mengetahui (ilmu agama Islam) dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah
yang dapat menerima pelajaran”. (Q.S. Az Zumar [39]: 9).
Para mufasir menyimpulkan firman Allah di atas, bahwa : 1). Tidaklah sama antara hamba Allah yang memahami ilmu agama Allah, yaitu yang menyadari dirinya, memahami tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mentaati segala perintah dan larangan-Nya, dengan orang-orang yang mendustakan nikmat-nikmat Allah, yang tidak mau mempelajari ilmu agama Allah; 2). Hanya orang-orang yang berakal sehatlah yang dapat mengambil hikmah atau pelajaran dari tanda-tanda kekuasaan Allah.

Terkait hal tersebut, Rasulullah saw
menandaskan bahwa menuntut, memahami dan mendalami ilmu agama Islam itu,
merupakan kewajiban utama setiap muslim. Sebagaimana hadis yang
diriwayatkan Abi Sufyan r.a., ia mendengar Rasulullah Saw telah bersabda
: “siapa yang dikehendaki menjadi orang baik oleh Allah, Allah akan memberikan kepahaman kepadanya dalam agama Islam”.
(H.R. Bukhari, Muslim). Memahami ilmu agama akan membuat seorang
muslim, baik dan benar dalam beribadah kepada Allah SWT, jauh dari
Bid’ah atau hal-hal lain yang membatalkan ibadah kita. Serta mampu
membentengi diri dan keluarga dari aqidah berbahaya.
Menuntut ilmu dalam Islam hukumnya wajib
(fardhu). Para ahli fiqih mengelompokannya dalam dua bagian, yaitu 1).
Fardhu ‘ain; dan 2). Fardhu kifayah. 1). Fardhu ‘ain : adalah setiap
ilmu yang harus dipelajari oleh setiap muslim tentang Ilmu Agama Islam,
agar akidahnya selamat, ibadahnya benar, mu’amalahnya lurus dan sesuai
dengan yang disyariatkan Allah Azza wa Jalla, yang tertuang dalam Al
Qur’an dan Sunah Nabi-Nya yang sahih. Inilah yang diperintahkan Allah
dalam firman-Nya, “Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang hak) Melainkan Allah”. (Q.S. Muhammad [47]: 19). Juga yang dimaksudkan oleh Rasulullah Saw dalam haditsnya, “ Mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim”.
(H.R. Ibnu Majah). Pengertian mencari ilmu di sini, adalah mencari ilmu
agama Islam, hukumnya wajib bagi laki-laki dan perempuan; 2). Fardhu
kifayah : adalah ilmu yang memperdalam ilmu-ilmu syariat dengan
mempelajari, menghafal, dan membahasnya. Misalnya spesialisasi dalam
ilmu-ilmu yang dibutuhkan umat Islam, seperti sistem pemerintahan,
hukum, kedokteran, perekonomian, dan lain-lain. Tapi jika sebagian dari
mereka ada yang mengerjakannya, maka gugurlah kewajiban dari yang
lainnya. Sedangkan jika tidak ada seorang pun yang melakukannya, maka
semua menanggung resikonya.
Inilah yang diserukan Allah SWT dalam firman-Nya, “Tidak
sepatutnya bagi orang-orang mukmin pergi semuanya (ke medan perang).
Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa
orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk
memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali
kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”. (Q.S. At-Taubah [9]: 122).
Bahwa tidak ada jalan untuk mengenal
Allah, meraih ridha-Nya serta menggapai keuntungan dan kedekatan
dengan-Nya, kecuali dengan ilmu. Ilmu adalah cahaya yang dengannya Allah
mengutus para Rasul, menurunkan kitab-kitab, dan dengannya pula memberi
petunjuk dari kesesatan dan kebodohan. Dengan ilmu terungkaplah seluruh
keraguan, khurafat dan kerancuan. (Q.S. Al Maidah [5]: 15-16) dan (Q.S.
Al-A’raf [7] : 157).
Allah SWT dan Rasul-Nya telah pula
menentukan pedoman bagi kita hingga akhir zaman, barangsiapa yang
berpegang teguh kepada Al Qur’an dan As Sunnah (Hadis) Sahih, tidak akan
sesat selamanya. Sebagaimana firman Allah SWT : “Hai orang-orang
yang beriman, taatilah Allah dan Taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di
antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rosul (sunnahnya), jika
kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian
itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya “. (Q.S. An Nisa [4] : 59). Dan hadits nabi Saw. “
…Sesungguhnya aku telah meninggalkan sesuatu bagimu, jikalau kamu
berpegang teguh dengannya, maka kamu tidak akan sesat selamanya, (yaitu)
Kitab Allah (Al Qur’an) dan Sunnah Nabi-Nya”. (H.R. Hakim; at-Targhib, 1 : 60).
Banyak jalan untuk menuntut ilmu agama.
Antara lain mengikuti majelis taklim yang istiqomah mengkaji Al Qur’an
dan As Sunnah sahih di berbagai tempat dan media. Ilmu agama ada di
Qur’an , Tafsir Qur’an, juga hadis-hadis sahih, yang sudah
diterjemahkan. Jika kita tidak memahami ilmu agama Islam, bagaimana kita
bisa tahu mana perintah dan larangan Allah ? Bagaimana kita bisa tahu
ibadah yang kita lakukan itu sah dan diterima Allah ? Tapi umat Islam
juga jangan sembarangan menimba ilmu. Salah-salah memilih sumber ilmu,
maka kelak ilmu yang dimiliki itu akan tersesat. Semoga Allah SWT
senantiasa melindungi diri kita dari berbagai kebatilan dan kemungkaran.
Amin. Wallahu a’lam.
Penulis, adalah peserta Majelis Taklim di beberapa Masjid antara lain Al furqan, Istiqomah, Viaduct, Salman ITB.
Penulis, adalah peserta Majelis Taklim di beberapa Masjid antara lain Al furqan, Istiqomah, Viaduct, Salman ITB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan