Jumaat, 19 Oktober 2012

SLOGAN MENAWAN DAN INDAH...SLOGAN JE...AMALAN ENTAHLAH...ALLAH LEBIH TAHU APA NIAT MEREKA

AES: Mana prinsip rakyat didahulukan?

Tuan Ibrahim Tuan Man, 18 Okt 2012
Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh pengguna jalanraya.

PAS mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna.

Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya.

Ini kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km sejam dan ianya sangat tidak masuk akal. Kereta lembu pun lebih laju dari itu.


PAS meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak.

Bayangkan kalau hanya dalam masa 8 hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.

Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.

Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibendung, sudah pasti  ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya.


PAS mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.

PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan menindas rakyat akan diteliti semula.

Beri kami satu peluang untuk buktikan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
18 Oktober 2012

Memahami remaja melalui ‘Travelog Budak Mentah’

Kemilau Publika, 17 Okt 2012

Penampilan buku ‘Travelog Budak Mentah’ di pasaran  boleh disifatkan sebagai satu persembahan yang cukup santai dipersembahkan kepada anak-anak muda yang sezaman dengan penulis, yang mungkin berbeza pengalaman dengan remaja sekarang.

Penulis yang baru menjangkau umur dua puluh tahun kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Kerana pada remaja kini, budaya internet, telefon bimbit, facebook, whatsApp dan lain-lain istilah yang sangat melalaikan tetapi ianya dimanfaatkan oleh penulis seperti Hafizul. Mungkin remaja lain tidak ada daya kreativiti sedemikian.

Ramai yang kagum dengan kemampuan persembahan Hafizul yang teliti dalam menceritakan perjalanan dan mungkin juga pengalaman hidup yang dilaluimya.

Beliau begitu yakin dengan mengemukakan beberapa elemen berteraskan agama, maka hidup seseorang itu akan dinaungi rahmat Allah yang menjurus kepada kebahagiaan sejati.

Paling penting adalah nilai hikmah yang disampaikan oleh penulis sangat menyentuh. Kerana setiap kejadian itu semestinya ada hikmah yang terlindung.

Terdapat remaja pada usia penulis, kadang-kadang hala tuju hidupnya terbabas dengan faktor yang tidak sihat hingga hilang kawalan jati diri sekali gus terjebak pada perkara yang dibenci Allah, Rasul-Nya, ibu bapa, anggota masyarakat dan mungkin juga adik beradik sendiri.

Mudah-mudahan permulaan ini menghasilkan lebih banyak lagi penulisan dan catatan berguna, bukan sahaja manfaatnya dirasakan buat diri sendiri, malah boleh dikongsi maklumatnya oleh masyarakat, sahabat handai dan mereka yang mencari kebenaran, Insya Allah.

Buku ini sudah berada di pasaran, dapatkan naskhah anda di kedai-kedai buku berhampiran atau sila lawati www.kemilau.net.my.

BUKU-BUKU SEBELUM INI

Kolum Subky Latif dibukukan
Agar Haji Tidak Sia-Sia
Zikir Ibu Mengandung
Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit

10 peratus jahat, 90 peratus dizalimi

Subky Latif, 18 Okt 2012
Jalan raya mulai dipasang kamera bagi memerangkap mana-mana kenderaan yang memandu lebih dari had laju yang ditetapkan – biasanya 90 kilometer per jam.

Belumlah kamera itu ada di setiap batu di setiap jalan. Setakat beberapa belas yang baru dipasang di jalan-jalan yang tidak putus-putus lalu lalangnya, luar biasa jumlah yang telah diperangkap. Atas satu mangsa dikenakan RM300, berpuluh, bahkan beratus ribu denda dapat dipungut kerajaan buat satu hari.

Ia boleh mengalahkan pungutan tol oleh syarikat konsesi jalan bertol.  

Setiap pemandu itu samalah nasibnya dengan pelanduk dekat jerat. Pelanduk memang lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Mana jerat yang dipasang di tempat laluan pelanduk, maka mengena sajalah jerat. Suka atau tidak suka pelanduk akan masuk perangkap, bukan sekali dua bahkan berkali-kali.

Tujuan kamera perangkap itu adalah bagi mencegah kemalangan trafik gara-gara 10 peratus pemandu gila. Pemandu gila inilah kira-kira yang menjadi punca utama kemalangan itu. Memandu lebih had boleh menyebabkan kemalangan tetapi tidak semestinya jadi punca utama kemalangan.

Bukan saja memandu laju mengundang malang, tetapi memandu terlalu perlahan pun boleh mengundang kecelakaan. Bahkan kereta yang  tidak bergerak di tepi jalan boleh menyebabkan kenderaan lain berlanggar.

Seperti sudah disepakati punca kecelakaan ialah oleh 10 peratus pemandu gila yang tidak sayangkan nyawa dan keselamatan, membabi buta di jalan raya  dan jalan raya itu macam dia saja yang punya. Adalah 90 peratus lagi, sekalipun memandu lebih daripada had laju, tetapi mereka bukan gila, ia tidak dikira punca kecelakaan.

Apakah patut dan adil gara-gara 10 peratus pemandu gila-gila itu, maka 90 peratus lagi yang berhati-hati terpaksa menanggung hukuman yang disebabkan oleh orang lain? Dibimbangi tindakan itu menzalimi 90 peratus pemandu yang sopan.

Ada pun hukuman atas kecelakaan itu telah diswastakan. Yang berkuasa atas urusan mendenda itu ialah syarikat membekalkan kamera itu. Hanya RM150 daripada denda itu untuk kerajaan manakala separuh lagi pergi kepada syarikat yang membekalkan kamera.

Yang mengaut untung atas kecelakaan itu ialah syarikat yang membida kamera. Siapa yang dapat konsesi menghukum pemandu itu? Ia diyakini tidak ditender. Sama seperti syarikat kroni lain, ia diyakini diberi kepada kroni yang tahu bagaimana laba besar boleh diperoleh daripada masalah lalu lintas dan kecelakaan jalan raya.

Maka  sistem memasang kamera itu yang utamanya ialah untuk mendapatkan keuntungan  daripada masalah yang hadapi, ada pun soal mencegah kecelakaan itu telah jadi tujuan sampingan. Apabila mencari duit jadi motif utama, maka kerajaan boleh didakwa sebagai pihak yang lebilh  suka melihat banyaknya kecelakaan – kecederaan dan kematian.

Kerajaan dan syarikat konsesi telah berkongsi keuntungan daripada kecelakaan jalan raya. Lebih banyak kemalangan lebih baik kerana kerana memberi pulangan yang banyak kepada kerajaan  dan konsesi.

Justeru, kerajaan boleh ditempelak, ia tidak suka kecelakaan lalu lintas berkurangan atau diminimakan kerana merugikan konsesi.

Pihak konsesi tahu bahawa kecelakaan jalan raya akan sentiasa berlaku dan ia sukar dicegah. Sistem jalan raya yang baik, dan kereta dan motosikal  bertambah setiap masa, teknologi bertambah canggih bagi melanjukan kenderaan, orang yang berpendapatan kecil pun boleh memiliki kenderaan, maka semuanya ini mengundang kecelakaan jalan raya.

Daripada menyaksikan kecelakaan itu sebagai suatu tragedi, maka ada untungnya kalau ia mendatangkan duit  dengan senang.

Dengan fikiran yang sedemikian pemandu yang tidak  gila terpaksa didenda. Tidakkah ia menzalimi orang yang banyak dan tidakkah langkah memasang kamera itu sama dengan apa yang dibahasakan marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Audit 2011: Selamatkan amanah yang hilang

Nasrudin Hassan, 18 Okt 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru  seluruh rakyat khususnya golongan muda supaya bersikap cakna dan prihatin terhadap kualiti urustadbir kewangan negara dan negeri sebagaimana yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Peranan yang dimainkan oleh pihak Ketua Audit Negara adalah sangat penting di dalam menjunjung prinsip keadilan dan hisbah (ombudsman) yang menuntut pihak kerajaan supaya mengamalkan dasar dan sistem pengurusan khazanah negara dengan amanah dan akauntabiliti yang tinggi demi menjaga dan mengawasi kemaslahatan seluruh rakyat.

Laporan ini juga adalah selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki Ketua Audit Negara untuk mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti kementerian serta agensi kerajaan, dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di Parlimen.

Menarik untuk diketahui bahawa secara keseluruhannya bagi tahun 2011, kerajaan Persekutuan telah menerima hasil berjumlah RM185 bilion, peningkatan sebanyak 16% berbanding hasil pada tahun 2010 yang berjumlah RM159.65 bilion dan ianya merupakan hasil yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007.

Walaubagaimanapun, tahap disiplin pengurusan fiskal kerajaan memerlukan komitmen reformasi yang serius dari semua peringkat. Laporan Ketua Audit Negara telah mencatatkan kerajaan telah meluluskan peruntukan mengurus berjumlah RM178 bilion yang juga merupakan peruntukan tertinggi diluluskan dalam tempoh 5 tahun, namun peruntukan tersebut tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang berjumlah RM183 bilion dan memerlukan peruntukan tambahan yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 30 Mei 2012 bagi menampung defisit peruntukan tersebut.

Kerajaan Persekututan terus merekodkan kadar defisit berturut-turut sejak 1998 dan pada tahun 2011 mencatatkan defisit berjumlah RM42.5 bilion dengan nisbah kepada KDNK pada paras 4.82%, yang mana kurangan ini telah ditampung dengan pinjaman dari dalam dan luar negeri yang berjumlah RM113 bilion.

Menurut pemerhatian yang dibuat oleh Institut Polisi Studi DPPM, rakyat sewajarnya bimbang terhadap paras hutang awam yang menunjukkan graf kenaikan yang tidak sihat. Pada akhir tahun 2011, hutang kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM456 bilion yang terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM438 bilion dan hutang luar negeri yang berjumlah RM18 bilion.

Ini menatijahkan nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK pada paras 51.7%, peningkatan sebanyak RM49 bilion (12%) berbanding hutang pada tahun 2010 yang berjumlah RM407 bilion. Lebih membimbangkan, jika kadar hutang persekutuan ini ditambah dengan kadar pinjaman yang dijamin berjumlah RM116 juta, nisbah hutang sebenar kepada KDNK telah pun melepasi paras kritikal 65%, dan ini menuntut kepada urustadbir yang telus dan mampan untuk mengelakkan negara terjerumus ke kancah kelembapan ekonomi dan belenggu hutang.

Justeru, Pemuda PAS di semua peringkat diseru untuk menggerakkan usaha-usaha kempen dan penerangan secara tersusun di peringkat nasional dan lokal supaya rakyat dan generasi muda bangkit memperjuangkan keadilan bagi menyelamatkan  amanah yang semakin hilang di tangan segelintir pemimpin yang  alpa dan leka di dalam negara kita. Selamatkan Malaysia!

Disediakan oleh:
NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia

Berteman nyamuk di rumah orang tua Sabah

  • Aidila Razak
  • 4:31PM Okt 18 2012
Penghuni di rumah jagaan warga tua di Sabah terpaksa tidur bertemankan nyamuk, mandi dengan air sejuk, tidak diberi makan selepas jam 5 petang, dan diberi makan bahan yang tidak sesuai atau tidak dapat dikunyah.

Malah, tiada rekod bahawa ubat-ubatan diberikan kepada penghuni di salah satu rumah jagaan yang diaudit, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Pemeriksaan audit mendapati seramai 81 daripada 150 penghuni menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi, kenicng manis, hiperkolesterolemia, gout dan lain-lain.

"Pemberian ubat di RWT (Rumah Warga Tua) Air Panas kepada penghuni yang menghidap penyakit tidak dapat disahkan kerana tiada rekod disediakan," laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, pegawai rumah jagaan yang ditemubual memberitahu pegawai audit bahawa beliau tidak menyedari keperluan untuk merekodkan pemberian ubat.

NONEPenghuni di RWT Sri Harapan di Sandakan dan RWT Sri Pritchard di Papar pula tidak diberi makan selepas jam 5 petang, walaupun garis panduan jabatan kebajikan menetapkan makan disajikan antara jam 9 hingga 9.30 malam.

Panduan jabatan tersebut menetapkan supaya sajian disajikan mengikut waktu – sarapan (7 pagi), minum pagi (10 pagi), makan tengahari (12.30 petang), minum petang (3.30 petang), makan malam (6.30 petang) dan minum malam (9 malam).

NONEMinum pagi tidak disediakan di RWT Air Panas dan RWT Sri Harapan, manakala makan malam dan makan lewat malam hanya disediakan dalam perbezaan masa satu jam di Sri Harapan.

Pegawai dietetik dari Hospital Queen Elizabeth yang diminta pandangan dalam audit tersebut juga mendapati makan yang diberikan kepada penghunti tidak sesuai bagi orang tua dan orang sakit.

Ia mendapati, makanan yang diberikan sama ada terlalu keras atau terlalu besar, yang memberi masalah kepada penghuni yang tak bergigi, memakai gigi palsu atau yang menghadapi masalah pernafasan.

Makanan yang berkalori tinggi dan berlemak turut disajikan kepada individu yang mengalami masalah jantung dan obesiti.

Rel pemegang, kelambu dan pemanas air tidak disediakan.

Malah, tingkap di sesetengah ruang tidur di Sri Harapan tidak boleh ditutup. Kelambu pula tidak disediakan di RWT tersebut dan juga di Sri Pritchard.
DAP: Dana RM40 juta Umno Sabah ragukan
JAMILAH HAMZAH
18 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - DAP hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri menjalankan siasatan terhadap sumbangan RM40 juta yang didakwa diterima oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana statusnya meragukan meskipun ia dikatakan sebagai sumbangan politik sah.

Pemimpin pusat DAP, Tan Kok Wai berkata, jawapan yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat pagi ini mengenai sumbangan diterima Musa tidak munasabah dan perlu disiasat oleh SPRM sendiri, bukannya diserahkan kepada pihak berkuasa antirasuah Hong Kong.

Tambahnya, walaupun dana diperolehi oleh Musa daripada ahli perniagaan Hong Kong itu telah 'direstui' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wang sumbangan politik tetapi rakyat masih ingin mengetahui statusnya.

Minggu lalu, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul.

"Wang itu walaupun dikatakan milik parti, tetapi rakyat masih meragui wang itu datang secara bersih atau pun tidak.

"Walaupun wang itu diberi 'restu' oleh Perdana Menteri, tapi statusnya meragukan, SPRM perlu menjalankan tanggungjawabnya, jangan lepas tangan kepada pihak Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong sahaja.

"Ini jelas menunjukkan SPRM tidak memainkan peranannya, SPRM tidak menyiasat kes RM40 juta dan Perdana Menteri yang bagi perlindungan kepada Ketua Menteri Sabah," kata Kok Wai pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Nazri berkata, ICAC sedang menyiasat wang yang diterima oleh Sabah daripada ahli perniagaan Hong Kong.

Dalam perbahasan itu juga, Nazri berkata siasatan juga telah dilakukan kepada pemimpin-pemimpin BN dan PR yang terlibat dalam penyalahguna wang dan rasuah.

Mengulas lanjut, Kok Wai yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin DAP dan Ahli Parlimen Cheras  juga mencabar BN agar mendedahkan akaun tabungnya yang didakwa tidak mengeluarkan resit dan gagal diumumkan secara terbuka jumlah kutipan wang derma tersebut.

Beliau berkata, DAP akan mengumumkan jumlah dana yang diperolehi pihaknya bagi membina bangunan parti itu di Pulau Pinang, yang menelan belanja RM2.2 juta, sekiranya BN turut berbuat demikian.

"Kita tak sembunyikan wang diperolehi, kita memang kutip derma secara terang, tak ada nak sembunyi.

"Ini berkaitan imej dan nama baik negara, oleh itu SPRM perlu melakukan siasatan terhadap wang RM40 juta itu," katanya lagi.
Pas: AES canggah slogan Rakyat Didahulukan
Tuan Ibrahim Tuan Man
18 Oktober 2012
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
$entry.content.caption.value
RAKYAT khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun iaa ditentang oleh pengguna jalanraya.
Pas mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna.
Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, kelohan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya. Ini kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km/sejam dan ia sangat tidak masuk akal. Kereta lembu pun lebih laju dari itu.

[RUANG BAGI PEMBACA BERI PANDANGAN: Sistem AES: Pandangan anda?]

Pas meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.
Lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak. Bayangkan kalau hanya dalam masa lapan hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.
Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.
Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibedung, sudah pasti  ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya.
Pas mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.
PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan,menindas rakyat akan diteliti semula.
Beri kami satu peluang untuk buktikan.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

18 Oktober 2012

Panas ! Kerana Altantuya Najib Terpaksa Pertahan Musa Aman....???


Semalam Aku sembang-sembang di kedai kopi, lepas layan gusti di astro biasa lah ahli-ahli politik kedai kopi dok melabun pasai politik semasa.  Dalam dok sembang Pak Aus tuan kedai kata " Pasai apa tok Najib dok pertahan musa aman tentang dana asing bagi kat UMNO Sabah"  semua yang ada dok tang tu tengangga mulut..heh masing-masing tak tau nak jawab. 

Tulah...dia kata dari dok jengui facebook lanie...dia dok fikirk teori dia pasai kes Altantuya. Sambung lagi...cuba hangpa tengok sapa selamat najib kes bunuh tunya tentu ghani patail kan....hangpa kan taktau ghani dan musa ada sangkut adik beradik...jadi nak selamatkan musa tok najib dah kena ugut....betul jugak jampuk mat cop....hang pakai apa dok baca facebook lanie....pak aus jawab pakai ipad..... Jampuk zul....canggih jugak orangtua nie umuk dah 66 tahun pakai ipad...sambil belek iphone dia. Aku tambah semangkuk dan sokong memang betuii tu....depa kata tunggu apalagi  boh kasi kauu...dalam blog.....aku tambah kena tangkap hangpa jamin.........

Hangpa layan pulak sambungan cerita dibawah.......
RM40 Juta: Najib Didakwa Lindungi Musa


 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba melindungi Datuk Seri Musa Aman berhubung skandal wang RM40 juta kepada Umno Sabah, kata Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

“Saya rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan khususnya berkaitan RM40juta dari Hong Kong ke Sabah.”

“Walaupun Nazri(Aziz) kata Pesuruhjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) sedang menyiasat tetapi apakah yang perlu dibuat oleh SPRM adalah wang yang diperolehi oleh Ketua Menteri Sabah dari Hong Kong adalah SPRM juga perlu siasat kerana ia melibatkan nama baik negara dan kerajaan,” katanya di lobi Parlimen.

Tegasnya, apa yang perlu dijelaskan kepada rakyat adakah wang berkenaan untuk Umno Sabah atau milik peribadi Musa yang juga Ketua Menteri Sabah.

Lebih dikesalkan, kenyataan Najib yang dilihat cuba memberikan perlindungan kepada Musa.

Pada tahun 2008, seorang ahli perniagaan Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki memiliki wang berjumlah RM40 juta.

Beliau turut dikatakan ‘rapat’ dan ‘mempunyai hubungan baik’ dengan Musa.

Tan juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Nazri Aziz berhubung pertanyaan beliau pada sesi soal jawab Dewan Rakyat.

Soalan beliau berkait mengenai jumlah ahli-ahli Kabinet sehingga Adun yang sedang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

Nazri menurut jawapannya menyatakan, beliau tidak boleh mendedahkan jumlah pegawai yang sedang disiasat oleh SPRM sebaliknya hanya boleh mendedahkan jumlah mereka yang didakwa.
Lagi berita lengkap disini   Skandal Musa calar visi Najib

Kedahkini

Imam masjid dipecat gara-gara menegur aktiviti karaoke dalam kawasan surau

SEORANG imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraoke di dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut  memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani.



Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/imam-masjid-dipecat-gara-gara-menegur.html#ixzz29fp0wvwA

Tiada ulasan: