Akhirnya pensyarah hina rakyat Kelantan mohon maaf secara terbuka
http://greenboc.blogspot.com, | 18 Okt 2012 |
Benarlah kata orang tua, hati-hati bermain api kelak merana diri. Inilah yang dihadapi Shafiei Rosli. Semalam ( kmarin bagi ore Kelate ) ada menghubungi pihak I ♥ KELANTAN untuk membantunya untuk menyiarkan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di mana jua berada.
Hasil konsultasi dengan beberapa admin lain, pihak I ♥ KELANTAN menggariskan prosuder permohonan maaf yang mana mestilah mengeluarkan satu kenyataan rasmi ( bertaip dan bertandatangan beliau sendiri ) untuk dipaparkan disini.
Alhamduillah, beliau mengaku akan kesilapannnya dan tidak akan mengulangi kenyataan berbaur 'hasutan dan anti-Kelantan' di laman FB , ditambah pula atas kapasiti beliau seorang warga akademik Tutor Sambilan di UTM Skudai.
Jika permohonan itu adalah langkah selamat untuk beliau mahu 'menyelamatkan' kerjaya beliau di UTM, sememangnya kami warga Kelantan amat mengecam sekeras-kerasnya. Namun melalui tulisannya, ada menyebut nama Allah pihak kami juga berharap benar-benar beliau meminta maaf atas kapasiti seorang Islam.
Walaubagaimanapun, isu ini sudah sampai kepada orang no 1 UTM, Skudai iaitu Naib Canselor UTM, Prof Zaini Ujang.
Ternyata, ini mempalit seribu kekesalan oleh warga akademik dari seluruh Malaysia terutama warga UTM sendiri atas keceluparan beliau menulis tanpa akal. Pihak I ♥ KELANTAN bukanlah mahu menjadi batu api ataupun membesarkan isu ini. Tetapi, bagi kami isu 'anti-Kelantan' wajar ditentang dan dihapuskan setelah hampir 22 tahun media perdana tempatan menghebohkan hanya keburukan warga Kelantan.
Di Kelantan, kami dididik oleh orang tua kami untuk tidak berdendam walau sejahat mana pun kejahatan yang dibuat kepada kami. Kami perlu bangkit menentang sesiapa saja yang menyiarkan apa-apa artikel ataupun pandangan 'anti-Kelantan' kerana ia ibarat menghina ibu kami, menghina bapa kami, menghina menteri besar kami, dan menghina Sultan Kami.
Ia sebagai pengajaran mana-mana pihak yang masih lagi memainkan isu 'anti-Kelantan' di masa akan datang. Kepada mereka diluar sana yang masih memainkan isu anti-Kelantan jangan biarkan kami rakyat Kelantan mengesan anda. Ingat, inilah padahnya bermain api.
Berikut merupakan kenyataan rasmi Rosli Shafiei, dari Johor berhubung kenyataan anti-Kelantan nya .
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info
yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak
mewakili Harakahdaily.
(Duta Amerika selepas diserang di Benghazi, Libya)
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton memberitahu CNN Isnin lalu bahawa dia bertanggungjawab untuk serangan ke atas misi diplomatik Amerika Syarikat bulan lepas di Benghazi, Libya.
"Saya akan bertanggungjawab untuk apa yang berlaku pada 11 September," ujar Clinton dalam satu temu bual semasa lawatan ke Lima, Peru. Beliau menegaskan Presiden Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden tidak terlibat dalam keputusan keselamatan yang berkaitan dengan konsulat.
Serangan ke atas misi Benghazi, dan respons pentadbiran Obama untuk keganasan, telah menjadi satu isu pilihan raya dan komen Clinton muncul sehari sebelum debat kedua antara Presiden Obama dan lawannya, Mitt Romney.
Romney berkata kematian Christopher Stevens, duta Amerika Syarikat ke Libya, dan tiga rakyat Amerika lain yang terbunuh di konsulat mendedahkan kelemahan dalam dasar luar Obama. Romney telah menuduh pentadbiran tidak menyediakan keselamatan yang mencukupi untuk diplomat Amerika dan menyalahtafsirkan sifat serangan tersebut.
Dasar luar dianggap sebagai kekuatan Obama, yang dipuji kerana membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan pengunduran tentera dari perang di Iraq dan Afghanistan.
Kongres telah menambhkan tekanan ke atas Jabatan Negara untuk memberi lebih maklumat mengenai serangan tersebut. Obama dan Clinton telah berikrar untuk melakukan siasatan penuh.
Clinton juga menafikan bahawa pihaknya pada awalnya mengaitkan keganasan tersebut dengan protes filem hina Nabi.
Sentiasa ada "kekeliruan" selepas serangan, ujar Clinton tentang hal tersebut.
KUALA LUMPUR:
Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang telah dikeluarkan baru-baru ini
adalah kemuncak lambang kegagalan Umno BN menguruskan kekayaan negara
dengan baik.
Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din berkata, ia amat bertentangan dengan prinsip wasatiyyah yang dicanangkan oleh Umno selama ini bahkan memalukan umat Islam di negara ini.
“Rakyat sudah bosan dengan pembaziran, kebocoran dan ketirisan yang berlaku. Rakyat sudah tidak mampu menanggung lagi kerajaan yang sedia ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Baginya, laporan audit itu memberikan isyarat bahawa Umno BN menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia sekarang yang mesti ditumbangkan dalam PRU13 yang akan datang.
"Busuk ikan bermula daripada kepala! Lihatlah bagaimana negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat telah mendapat pujian yang membanggakan dari pihak audit, itupun dengan pelbagai sekatan dan tekanan daripada pihak kerajaan pusat yang didukung oleh Umno BN.
“Bayangkan sekiranya Putrajaya kita takluki, insyaAllah lebih banyak lagi kemakmuran yang akan mengalir kepada rakyat," tegas beliau lagi.
Katanya, angka-angka ketirisan yang begitu menggerunkan telah dipaparkan secara rasmi di dalam laporan itu dan sekiranya dibiarkan berterusan nescaya negara akan menuju ke arah bankrap.
"Kekayaan Malaysia adalah anugerah Allah s.w.t, maka ianya mesti diuruskan mengikut kehendak Allah sebabnya apa yang perolehi selama ini adalah milik Allah, kegagalan untuk mengikut peraturan Allah sudah pasti akan mendatangkan mudarat kepada seluruh manusia.
"Kalau Umno BN terus diberi mandat untuk memerintah, selain daripada kita, generasi selepas kita juga turut menderita, kita yang menanggung hutang dan ketirisan yang berbilion ini," katanya lagi.
SHAH ALAM:
Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor seperti
dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 khususnya prestasi
kewangan.
Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya kepada media.
Menurut beliau, Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya;
1. Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan
2. Sembilan daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung
3. Peningkatan wang pelaburan pada 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM 928.61 juta. Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun ke lima berturut-turut
4. Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011
5. Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada tahun 2010
6. Pembayaran hutang awam sangat baik
7. Projek pembangunan sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus.
Mengenai Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), katanya, kerajaan negeri faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (ASAS) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan kerajaan Selangor ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham.
"Kita menggunakan kepakaran bagi menyelesaikan kerisauan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional ini. Kita telah membuat kajian keberkesanan TAWAS dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya. Kita hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat RM1,500 selepas berumur 18 tahun," katanya.
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menguruskan Skim TAWAS ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan, katanya.
Justeru, dakwaan Khir Toyo bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana YAWAS mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi.
Bagaimanapun, YAWAS mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang, jelas beliau yang merupakan bekas tokoh korporat yang berjaya.
Dari 2008 hingga 2011, kata Khalid, YAWAS telah menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini telah meringankan kos operasi.
Mengenai dakwaan bahawa skim ini tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar adalah tidak berasas.
YAWAS tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada YAWAS, jelasnya.
Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warga negara atau bukan warga Selangor.
YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar Skim ini. YAWAS menjangkakan pencapaian pendaftaran ialah 33.5% dan bukan 19.4%, jelasnya lagi.
Mengenai Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan adalah kerana pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah.
Pihak bank, tambahnya, telah meminta YAWAS menghentikan penghantaran sehingga mereka selesai memproses Sijil Simpanan Tetap yang tertunggak.
"Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank telah meningkat kepada RM4,159, 700 yang melibatkan 41,597 ahli. Seramai 24,473 telah menerima Sijil Simpanan Tetap, 16,748 masih dalam proses dan terdapat 30,000 permohonan yang menunggu giliran untuk dihantar kepada bank," beritahunya.
Pihak bank telah memaklumkan kes tertunggak hampir disiapkan dan bank bersedia untuk menerima penghantaran baharu untuk diproses.
"Perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada juruaudit ketika proses pengauditan dijalankan di pejabat YAWAS," beritahunya.
Bagaimanapun, tegas Khalid, Kerajaan Selangor menerima baik teguran ini dan akan terus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban di samping memastikan dana awam diguna dengan sebaiknya untuk kebajikan rakyat.
18 Oktober 2012
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedia mengadakan perbincangan dengan Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa berhubung isu
membabitkan kakitangan awam termasuk perkara berkaitan pertukaran
pegawai tinggi kerajaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha itu bakal dilakukan supaya perkara tersebut tidak akan menjejaskan pentadbiran negeri sekiranya pegawai tinggi Kerajaan Negeri ditukarkan.
Katanya, dalam sesi perbincangan itu kelak, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyatakan pendirian mereka bahawa sebarang pelantikan dan pertukaran tiga pegawai ‘ex-officio’ melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, ia perlu dibincangkan bersama Menteri Besar terlebih dahulu agar tidak mengganggu pengurusan negeri.
"Perbincangan ini akan berlangsung selepas selesai pembentangan Bajet 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), dijadualkan bermula 19 November ini.
"Keputusan ini diharap boleh menjadi satu permulaan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama pada masa hadapan tanpa gangguan masalah tidak sepatutnya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju agar Kerajaan Negeri menulis surat rayuan kepada KSN supaya tidak melaksanakan pertukaran terhadap Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ariff Abdul Rahman.
Katanya, Mohd Ariff diarahkan bertukar ke Putrajaya berkuat kuasa 15 Oktober lalu, bagaimanapun Kerajaan Negeri memohon agar pertukaran itu ditangguhkan buat sementara waktu.
"Kerajaan Negeri sedang menyiapkan Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada Sidang Dun, November depan, maka sebab itu kita mohon supaya pertukaran ini ditangguhkan.
"Kerajaan Selangor menghormati keputusan KSN ini, tetapi berharap pada masa hadapan, ia perlu diadakan perbincangan terlebih dahulu bersama Kerajaan Negeri sekiranya melibatkan pertukaran pegawai tinggi kerajaan demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi Selangor seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
"Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya kedudukan kewangan baik dengan peningkatan wang simpanan, hasil, pelaburan serta pengurusan kewangan dam sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT) mencatat keuntungan," katanya.
18 Oktober 2012
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan
dakwaan bahawa skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bakal lingkup
adalah tidak berasas.
Beliau berkata, syarikat yang menguruskan Tawas, Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) mendapat geran penuh Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan operasi dan penubuhannya bukan bertujuan mengejar keuntungan.
Bagaimanapun, katanya, Yawas mengambil inisitif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang.
"Kita faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (Asas) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan Kerajaan Selangor
ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham.
"Kita telah membuat kajian keberkesanan Tawas dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini, semalam.
Sebelum ini, menerusi blognya, www.drkhir.com, Mohamad Khir mempersoalkan, penubuhan Yawas pada 5 Februari 2009 menggunakan peruntukan besar di mana dana sebanyak RM8.5 juta disumbangkan Kerajaan Negeri dan RM5 juta bagi kos operasinya.
Mengulas mengenai bayaran skim Tawas, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka akan mendapat sejumlah RM1,500 selepas berusia 18 tahun.
"Pada awalnya, semua peserta akan dapat RM100, kemudian kita akan bayar RM70 setahun selama 18 tahun," katanya.
Mengenai dakwaan skim itu tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar, beliau mendakwa, tuduhan itu tidak berasas kerana Yawas tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat berikutan keengganan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan statistik yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada Yawas.
"Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warganegara atau bukan warga Selangor.
"Yawas mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar skim ini. Yawas menjangkakan, pencapaian pendaftaran ialah 33.5 peratus, bukan 19.4 peratus," katanya.
Berhubung dakwaan Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan, Abdul Khalid berkata, ia berlaku kerana pihak bank menghadapi kekangan pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah.
18 Oktober 2012
KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan
Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya
mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.
Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.
"DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.
"Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.
"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.
Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.
Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara.
"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya semalam.
Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang hukum hudud.
Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam.
Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.
Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu.
Saya akan tanggungjawab serangan Benghazi - Clinton
Terjemahan Mohamad Yahya, | 18 Okt 2012 |
(Duta Amerika selepas diserang di Benghazi, Libya)
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton memberitahu CNN Isnin lalu bahawa dia bertanggungjawab untuk serangan ke atas misi diplomatik Amerika Syarikat bulan lepas di Benghazi, Libya.
"Saya akan bertanggungjawab untuk apa yang berlaku pada 11 September," ujar Clinton dalam satu temu bual semasa lawatan ke Lima, Peru. Beliau menegaskan Presiden Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden tidak terlibat dalam keputusan keselamatan yang berkaitan dengan konsulat.
Serangan ke atas misi Benghazi, dan respons pentadbiran Obama untuk keganasan, telah menjadi satu isu pilihan raya dan komen Clinton muncul sehari sebelum debat kedua antara Presiden Obama dan lawannya, Mitt Romney.
Romney berkata kematian Christopher Stevens, duta Amerika Syarikat ke Libya, dan tiga rakyat Amerika lain yang terbunuh di konsulat mendedahkan kelemahan dalam dasar luar Obama. Romney telah menuduh pentadbiran tidak menyediakan keselamatan yang mencukupi untuk diplomat Amerika dan menyalahtafsirkan sifat serangan tersebut.
Dasar luar dianggap sebagai kekuatan Obama, yang dipuji kerana membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan pengunduran tentera dari perang di Iraq dan Afghanistan.
Kongres telah menambhkan tekanan ke atas Jabatan Negara untuk memberi lebih maklumat mengenai serangan tersebut. Obama dan Clinton telah berikrar untuk melakukan siasatan penuh.
Clinton juga menafikan bahawa pihaknya pada awalnya mengaitkan keganasan tersebut dengan protes filem hina Nabi.
Sentiasa ada "kekeliruan" selepas serangan, ujar Clinton tentang hal tersebut.
Audit 2011 bercanggah dengan prinsip wasatiyyah
Harakahdaily, | 18 Okt 2012 |
Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din berkata, ia amat bertentangan dengan prinsip wasatiyyah yang dicanangkan oleh Umno selama ini bahkan memalukan umat Islam di negara ini.
“Rakyat sudah bosan dengan pembaziran, kebocoran dan ketirisan yang berlaku. Rakyat sudah tidak mampu menanggung lagi kerajaan yang sedia ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Baginya, laporan audit itu memberikan isyarat bahawa Umno BN menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia sekarang yang mesti ditumbangkan dalam PRU13 yang akan datang.
"Busuk ikan bermula daripada kepala! Lihatlah bagaimana negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat telah mendapat pujian yang membanggakan dari pihak audit, itupun dengan pelbagai sekatan dan tekanan daripada pihak kerajaan pusat yang didukung oleh Umno BN.
“Bayangkan sekiranya Putrajaya kita takluki, insyaAllah lebih banyak lagi kemakmuran yang akan mengalir kepada rakyat," tegas beliau lagi.
Katanya, angka-angka ketirisan yang begitu menggerunkan telah dipaparkan secara rasmi di dalam laporan itu dan sekiranya dibiarkan berterusan nescaya negara akan menuju ke arah bankrap.
"Kekayaan Malaysia adalah anugerah Allah s.w.t, maka ianya mesti diuruskan mengikut kehendak Allah sebabnya apa yang perolehi selama ini adalah milik Allah, kegagalan untuk mengikut peraturan Allah sudah pasti akan mendatangkan mudarat kepada seluruh manusia.
"Kalau Umno BN terus diberi mandat untuk memerintah, selain daripada kita, generasi selepas kita juga turut menderita, kita yang menanggung hutang dan ketirisan yang berbilion ini," katanya lagi.
Kedudukan kewangan Selangor terus meningkat
Harakahdaily, | 18 Okt 2012 |
Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya kepada media.
Menurut beliau, Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya;
1. Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan
2. Sembilan daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung
3. Peningkatan wang pelaburan pada 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM 928.61 juta. Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun ke lima berturut-turut
4. Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011
5. Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada tahun 2010
6. Pembayaran hutang awam sangat baik
7. Projek pembangunan sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus.
Mengenai Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), katanya, kerajaan negeri faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (ASAS) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan kerajaan Selangor ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham.
"Kita menggunakan kepakaran bagi menyelesaikan kerisauan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional ini. Kita telah membuat kajian keberkesanan TAWAS dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya. Kita hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat RM1,500 selepas berumur 18 tahun," katanya.
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menguruskan Skim TAWAS ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan, katanya.
Justeru, dakwaan Khir Toyo bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana YAWAS mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi.
Bagaimanapun, YAWAS mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang, jelas beliau yang merupakan bekas tokoh korporat yang berjaya.
Dari 2008 hingga 2011, kata Khalid, YAWAS telah menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini telah meringankan kos operasi.
Mengenai dakwaan bahawa skim ini tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar adalah tidak berasas.
YAWAS tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada YAWAS, jelasnya.
Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warga negara atau bukan warga Selangor.
YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar Skim ini. YAWAS menjangkakan pencapaian pendaftaran ialah 33.5% dan bukan 19.4%, jelasnya lagi.
Mengenai Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan adalah kerana pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah.
Pihak bank, tambahnya, telah meminta YAWAS menghentikan penghantaran sehingga mereka selesai memproses Sijil Simpanan Tetap yang tertunggak.
"Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank telah meningkat kepada RM4,159, 700 yang melibatkan 41,597 ahli. Seramai 24,473 telah menerima Sijil Simpanan Tetap, 16,748 masih dalam proses dan terdapat 30,000 permohonan yang menunggu giliran untuk dihantar kepada bank," beritahunya.
Pihak bank telah memaklumkan kes tertunggak hampir disiapkan dan bank bersedia untuk menerima penghantaran baharu untuk diproses.
"Perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada juruaudit ketika proses pengauditan dijalankan di pejabat YAWAS," beritahunya.
Bagaimanapun, tegas Khalid, Kerajaan Selangor menerima baik teguran ini dan akan terus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban di samping memastikan dana awam diguna dengan sebaiknya untuk kebajikan rakyat.
24 sekolah agama di Johor di rumah kedai
LAPORAN AUDIT Kelemahan
kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ)
menyebabkan 24 buah sekolah agama diseluruh negeri itu ditempatkan di
pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai.
Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah.
"Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi.
"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana
pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik.
Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan.
Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama.
Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan.
Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta.
"Semenjak tahun 2009 hingga kini, tiada program baik pulih dilaksanakan walaupun terdapat permohonan pada tahun 2010 dan 2011 oleh SA Kampung Pasir Putih dan SA Pekan Nanas.
"Keadaan ini telah menyebabkan suasana tidak selesa dan selamat
kepada murid, guru dan harta benda sekolah selain mengaibkan imej SA berbanding sekolah kebangsaan," kata laporan itu.
Antara masalah lain yang dihadapi oleh sekolah agama di Johor ialah kekurangan kemudahan infrastruktur asas, perabot sekolah yang rosak dan uzur, kekurangan guru dan kakitangan sokongan serta pengurusan aset dan inventori yang perlu dibaiki.
Menurut maklum balas Jabatan Agama Johor dalam laporan itu menyebut, kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah agama disebabkan kekangan kewangan sehingga pihak mereka perlu peruntukan daripada Majlis Agama Islam Johor bagi memenuhi keperluan tersebut.
Maklum balas itu menyebut lagi, pada tahun 2011, tiada peruntukan untuk pembelian perabot diterima daripada kerajaan negeri.

Bincang sebelum tukar pegawai, MB saran Pusat
18 Oktober 2012
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha itu bakal dilakukan supaya perkara tersebut tidak akan menjejaskan pentadbiran negeri sekiranya pegawai tinggi Kerajaan Negeri ditukarkan.
Katanya, dalam sesi perbincangan itu kelak, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyatakan pendirian mereka bahawa sebarang pelantikan dan pertukaran tiga pegawai ‘ex-officio’ melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, ia perlu dibincangkan bersama Menteri Besar terlebih dahulu agar tidak mengganggu pengurusan negeri.
"Perbincangan ini akan berlangsung selepas selesai pembentangan Bajet 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), dijadualkan bermula 19 November ini.
"Keputusan ini diharap boleh menjadi satu permulaan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama pada masa hadapan tanpa gangguan masalah tidak sepatutnya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju agar Kerajaan Negeri menulis surat rayuan kepada KSN supaya tidak melaksanakan pertukaran terhadap Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ariff Abdul Rahman.
Katanya, Mohd Ariff diarahkan bertukar ke Putrajaya berkuat kuasa 15 Oktober lalu, bagaimanapun Kerajaan Negeri memohon agar pertukaran itu ditangguhkan buat sementara waktu.
"Kerajaan Negeri sedang menyiapkan Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada Sidang Dun, November depan, maka sebab itu kita mohon supaya pertukaran ini ditangguhkan.
"Kerajaan Selangor menghormati keputusan KSN ini, tetapi berharap pada masa hadapan, ia perlu diadakan perbincangan terlebih dahulu bersama Kerajaan Negeri sekiranya melibatkan pertukaran pegawai tinggi kerajaan demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi Selangor seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
"Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya kedudukan kewangan baik dengan peningkatan wang simpanan, hasil, pelaburan serta pengurusan kewangan dam sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT) mencatat keuntungan," katanya.
MB Selangor jamin Tawas tidak akan lingkup
18 Oktober 2012
Beliau berkata, syarikat yang menguruskan Tawas, Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) mendapat geran penuh Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan operasi dan penubuhannya bukan bertujuan mengejar keuntungan.
Bagaimanapun, katanya, Yawas mengambil inisitif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang.
"Kita faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (Asas) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan Kerajaan Selangor
ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham.
"Kita telah membuat kajian keberkesanan Tawas dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini, semalam.
Sebelum ini, menerusi blognya, www.drkhir.com, Mohamad Khir mempersoalkan, penubuhan Yawas pada 5 Februari 2009 menggunakan peruntukan besar di mana dana sebanyak RM8.5 juta disumbangkan Kerajaan Negeri dan RM5 juta bagi kos operasinya.
Mengulas mengenai bayaran skim Tawas, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka akan mendapat sejumlah RM1,500 selepas berusia 18 tahun.
"Pada awalnya, semua peserta akan dapat RM100, kemudian kita akan bayar RM70 setahun selama 18 tahun," katanya.
Mengenai dakwaan skim itu tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar, beliau mendakwa, tuduhan itu tidak berasas kerana Yawas tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat berikutan keengganan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan statistik yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada Yawas.
"Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warganegara atau bukan warga Selangor.
"Yawas mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar skim ini. Yawas menjangkakan, pencapaian pendaftaran ialah 33.5 peratus, bukan 19.4 peratus," katanya.
Berhubung dakwaan Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan, Abdul Khalid berkata, ia berlaku kerana pihak bank menghadapi kekangan pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah.
Pas anggap DAP lebih baik dari Umno
18 Oktober 2012
Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.
"DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.
"Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.
"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.
Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.
Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara.
"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya semalam.
Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang hukum hudud.
Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam.
Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.
Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu.
19 minutes ago
Khamis, 18 Oktober, 2012.
BERAT neh, mampuih la Umno nak jawab
RM207 Billion pampasan Buruh Paksa Zaman Jepun pun UMNO sapu??
Pada 1 September 2012 yang lalu, Utusan Malasyia menyiarkan satu artikel tentang penderitaan Pak Embong, yang pernah menjadi buruh paksa semasa pemerintahan Jepun dulu.
Ianya hanya berkisar tentang keadaan Abdullah Said,yang kini mencecah 84 tahun bapa kepada lapan anak itu sangat uzur dan sudah tidak mampu menguruskan diri. Malah, ada ketikanya dia sudah tidak mengenali sesiapa lagi.
Kira-kira enam tahun yang lalu, Abdullah Said ataupun Pok Embong menceritakan kepada media pengalamannya dibawa oleh tentera Jepun dari Terengganu menuju ke Burma.. baca di ( SINI )
Antara apa yang disiarkan oleh Utusan ialah..
Jelas Mariam, sepanjang pengetahuannya, lelaki itu juga kerap berulang-alik ke Kota Bharu, Kelantan ketika masih sihat kerana aktif sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam ke Burma 1942-1946 Malaysia.
"Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan.
"Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," katanya di akhir perbualan kami. Apa yang dimaksudkan oleh Mariam tentang "Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi,"?
Kerana ianya melibatkan kepentingan atau mungkin juga penyelewengan oleh UMNO maka Utusan tidak membongkar lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan 'Duit itu'..
Ini apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Duit itu'...
Semasa pemerintahan Jepun dulu, sekitar 72,000 rakyat negara ini telah dikerah untuk membina landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayaty. Dari sejumlah itu, hanya kira-kira 30,000 orang berjaya kembali kenegara ini manakala selebihnya mati atau hilang.
Selain daripada rakyat Malaya pada masa itu, buruh-buruh paksa juga dibawa dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Sejak tahun 1990an, beberapa usaha telah dibuat dinegara-negara ini untuk mendapat pampasan dari Kerajaan Jepun. Terdapat juga usaha dari Malaysia untuk mendapatkan pampasan tersebut tetapi tidak jelas siapakah yang melakukan inisiatif tersebut.
Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun.
Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan?
Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli.
Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011.
Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.
Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.
Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.
Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.
Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas.
Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleeh Kerajaan Jepun?
Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain?
Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut.
Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno?
(Boleh dengar ucapan Hj. Nizar semasa perbahasan Bajet 2013 disini yang menyentuh isu ini)
Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion.
Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan?
Sumber: ASD
— with Zulkifli Zulmie, Musa E Lamud Zalamuddin, Raja Mohd Shahrim and 47 others.BERAT neh, mampuih la Umno nak jawab

Tiada ulasan:
Catat Ulasan