“Kami masih perlukan Tok Guru” – Siti Zailah
Muhammad Yusri Amin, | 25 Okt 2012 |
“Walau apa pun kata musuh, tetapi kemampuan Tok Guru terbukti dan diakui oleh semua pihak sampai ke peringkat antarabangsa,” kata Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata, kehebatan dan keistimewaan yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebabkan pemimpin Umno-BN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad makin resah dan gelisah.
Justeru katanya mereka cuba menyerang kepimpinan dan peribadi Mursyidul Am PAS.
“Dr Mahathir dan Umno-BN sudah habis ikhtiar mahu menawan Kelantan sejak 22 tahun lalu. Bermacam-macam senjata mereka cuba termasuk menyerang peribadi Tok Guru,” katanya.
Beliau yang juga anggota Parliman Rantau Panjang ditemui pada program Penghayatan Hari Wuquf Peringkat Negeri di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV di sini hari ini.
Lebih 1,000 sebahagian besar muslimat hadir pada program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Dr Mohammad Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar. Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus, dan pensyarah Universiti Malaya, Roslan Mohammad.
Siti Zailah juga berkata, Umno cuba mengalih isu dengan melaga-lagakan pimpinan PAS dengan DAP supaya orang Cina hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat.
Kata beliau isu terbaru apabila pemimpin MCA mempertikaikan hukum hudud sehingga melempar tuduhan jelik dengan mendakwa Tok Guru Nik Aziz menggalakkan orang merogol wanita Cina.
“Ini adalah satu fitnah yang sangat biadab. Kami menuntut MCA menarik balik dakwaan fitnah itu,” katanya.
Baru-baru ini Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie melemparkan tomahan terhadap Tuan Guru Nik Aziz kononnya membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Ekoran itu Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke bangkit mempertahankan Menteri Besar Kelantan di persidangan parlimen dengan menyifatkan kenyataan Seah sebagai biadap.
Program Penghayatan Hari Wuquf diadakan sejak awal 1990-an sempena Hari Wukuf di Padang Arafah. Sempena program berkenaan diadakan solat hajat dan ceramah agama.
Nik Aziz: Tahniah DAP berani bidas MCA
Mursyidul
Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP
Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa
beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.
Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.
"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.
Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.
Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".
Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.
Loke: Surat buktikan kemurahan hati
Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!
Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

- Din Menteri · Pengulas Tertinggi · SMA Negeri 1 Bandung
- Kamarudin Hj Omar · Pengulas TertinggiDin Menteri, engkau x faham apa yg *dikiaskan* oleh TGNA.....rajin2 lah duduk didlm majlis ilmu,,,insyaallah! nanti akan faham.
- Hanif Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MIMOS Berhad
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 146 subscribers
- Mohd Adi Petra · Pengulas TertinggiDin Menteri - kalau kalau tak faham apa yg dimaksudkan Tok Guru dgn mencarut dan samneng tu kamu tanya sendiri Tok Guru. Jangan kamu jadi seperti senator Wanita MCA tg salah faham dgn mengatakan Tok Guru menggalakkan perempuan yg tak menutup aurat dirogol.Tak payah kamu heboh kat sini.Berapabyk ilmu ugama kamu berbanding dgn Tok Guru Nik Aziz?
- Abdillah Alwi · Pengulas Tertinggi · Pasti Kg LautDin Menteri ,aku syorkan ko banyak2 la pergi kuliah ustaz azhar.kalu tak uai pun takpe,ko g la kat ufb ..biar cerah sket mata hati tu
- Jamaludin AR · Pengulas Tertinggi
- Ali Shaari · Pengulas Tertinggi · Kupang di SMK Syed Abu Bakar,Kupang, Kedah
- Razali Muaz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pasir Gudang, Johor, Malaysiadin menteri belajar lagi
- Awang Leleh · Pengulas TertinggiDin Menteri :Lagi hang komen lagi namapak hang bodo........jangan komen hang pi mengaji di Masjid atau Surau dulu macam yang memberi komen syorkan.......
- John Albab · Pengulas TertinggiDin Menteri ;Syabas bro,masih setia kekal sebagai pencacai tegar Umngok Bee END?Apa pun bro,majoriti pengundi dah tak sabar nak ABU (Asal Bukan Umngok )pada PRU ke 13? camne tu? Takbir?
- Mohd Jihan Hussein · SMK Aminuddin Bakikwn bukn pakar tafsir tp isu tu dh lama org je yg tk phm atau tknk phm (org2 umngok laa) yg kwn igt TGNA terjemahkan maksud surah AL-MASSAD atau yg biasa org baca tabad yada abi la biu.... kan dlm surah ni ALLAH mencarut dgn menggunakan perkataan yg bermaksud "maka CELAKA lah engkau abi lahap....." kan maksud CELAKA kat sini ialah sejenis maki hamun atau mencarut apa yg tak betul dn salah nya wallhuallam
- Khairul Anuar Bin Kamaruddin · Pengulas Tertinggi · International Islamic University
- Pelangi Petang · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Gobuk Kara · Pengulas Tertinggi · University putung gatahTabik hormat dengan Nik Aziz dan Anthony Loke.. Sya sokong PR sampai bila2..
- Tsabit Zaid · Pengulas Tertinggi
- Gobuk Kara · Pengulas Tertinggi · University putung gatahRamesh Rao Krishnan Naidu, ko jgn ketawa.. kita sama sj beruk.. cuma kmu beruk keling dari India mari.. Tenguk depan cermin.. rupa ko pun mcm beruk.. Tak percaya, tanya kaum2 lain di Malaysia..tak malu.
- Gobuk Kara · Pengulas Tertinggi · University putung gatah
- Muhammad Amin · Bekerja di Putra Palace Hotel
- Jamaludin AR · Pengulas Tertinggi
- Razali Muaz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pasir Gudang, Johor, MalaysiaRamesh Rao Krishnan Naidu kalau beruk pun faham kau manusia tak faham maknaya kau lagi teryk lagi beruk
- Sashvin Saran · Pengulas Tertinggi
- Putra Kb · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaya, Kuala Lumpur
- Basseth Noordeen · Pengulas Tertinggi · Assistant Manager di Aeon
- Lee Larry · Pengulas TertinggiHighly respected by ALL races....Hidup Tok Guru Nik Aziz....Selamat Aidil Adha Tok Guru !!!
- Zaza Cool · Pengulas Tertinggi · Software Engineer di Mahindra Satyam
- Yazrin Yasin · Pengulas Tertinggi · Senior Lecturer di Universiti Terbuka MalaysiaNampaknya gelombang demi gelombang yang dibawa umno di Kelantan terus tak menjadi...gelombang dah jadi ombak kecil...kini tinggal kucahnya sahaja di gigi pantai. Hidup Nik Aziz dan hidup Rakyat Kelantan yang mengundi PAS. PAS selamanya Kerajaan Kelantan!
- Yazrin Yasin · Pengulas Tertinggi · Senior Lecturer di Universiti Terbuka MalaysiaKami sokong Tok Guru Nik Aziz bertanding lagi di DUN Kelantan dan menang kekal menjadi Menteri Besar sampai mati.Rakyat Kelantan dan Nik Aziz sudah sebati. Kami sokong PAS dan kami undi PAS
- Armiens Shani · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 146 subscribersJika ada penjuak dan anjing kurap yg mahu melihat DAP dan PAS membawa haluan sendiri.. boleh ambil tali dan gantung diri sendiri.. usaha itu gagal.. PAS, DAP dan PKR akan terus bersatu demi rakyat..penyatuan itulah yg amat menakutkan UMNO...pemimpin seperti TGNA dihormati oleh semua lapisan masyarakat.. merentasi sempadan bangsa dan agama..sokonglah PR utk penyatuan rakyat dan negara...
- Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 146 subscribers
- Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini kateringRMS, WALAUPUN SAYA TAK AKAN BERSEKONKOL DENGAN PUAK2 NI, TAPI DALAM HATI INI MENGHARAP KJ DAN KUNCU2 NYA BERSUARA MEMBEDAS KENYATAAN PENZINA MCA TU, SAMPAI PETANG NI MEREKA MASIH MENIKUS, MUJURLAH ADA MP DARI DAP MEMPERTAHAN TUAN GURU, DEPA2 NI BUKANNYA TAK MARAH SAYA PERCAYA LEBIH MARAH DARI KITA, TAPI KALAU TEGUR JAWABNYA TAHUN DEPAN HILANG NAMA JADI CALON
- Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 146 subscribersMohd Nozani Ghazali Cuba bor teliti betul.. lihat kronologi.. maka akan fahamlah kenapa KH terus menikus... bila ada penerbit filem dari USA menghina Islam.. KJ mengabil kesempatan utk menonjolkan diri sebagai pejuang Islam.. keran dia tahu.. musuh itu beratus ribu kilometer.. jadi dia mengunakan isu itu sebagai platform terbaik sebagai politician opportunis..kini bila indidividu itu dedepan mata.. beliau stuck dlm kandang ciptaan UMNO.. Najib tidak mengutuk kenyataan Sex Lek.. tidak ada hint langsung.. malah diberikan RM30 juta.. dan selagi Najib tidak mengkritik selagi itulah KJ dan semua menteri pencacai akan senyap seolah penghinaan pada hukum Islam itu diwajarkan..
- Ahmad Albab · Pengulas Tertinggi · SDH
- Ahmad Albab · Pengulas Tertinggi · SDH
- Hans Saiful · Pengulas Tertinggi · SMJCTerima kasih MCA kerana memberi undi orang Melayu ke Pakatan. Tok Guru moga sihat walafiat dan boleh mentadbir negeri Kelantan untuk 5tahun lagi. Kepada saudara Anthony Loke tahniah kerana mempertahan kan Tok Guru dari difitnah.
- Yazrin Yasin · Pengulas Tertinggi · Senior Lecturer di Universiti Terbuka MalaysiaDAP lebih cerdik dan berwawasan berbanding MCA...pemimpin MCA ada skandal sex tetapi pemimpin DAP bersih dari salahlaku sex...bab sex makan di luar cua soi lek tak boleh mengalah
- Nazri Omar · Pengulas Tertinggi · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
- Mata Pena Ku · Pengulas Tertinggi
- Rank Wwow · Pengulas Tertinggi · Harvard UniversitySEDARLAH WAHAI AHLI REJIM UMNO...
POLITIK UMNO HANYA MEROSAKAN BANGSA,
POLITIK UMNO HANYA FITNAH & MENIPU,
POLITIK UMNO HANYA LUCAH DAN JIJIK... - Tenggiling Landak · Langgani · Pengulas Tertinggi · Pasang Poster Pilihanraya di Buah Nangka Untung Mati Negeri OrangTak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz
- MEMANG TEPAT DAN BETULLAH NAJIB TAK ADA MARUAH DAN MEMANG TEPATLAH KATA MAHATHIR UMNO SYAITAN YANG DIKENALI - Kapal Terbang Kertas · Pengulas Tertinggi · Accademia delle Belle Arti di Napoliair mata tuan guru sering berlinangan kerana ketakwaan dan penuh kesedihan melihat ramai melayu kian lupa agama...Allah selamatkanlah hamba2Mu yg soleh...aminn
- Jamaludin Hasran · Pengulas Tertinggi · UPM Serdang SelangorGelombang bola menang 3 piala. Gelombang hijau menang satu negara
- Tok AyahLi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Berjuang Di Jalan AllahSyukur Alhamdulillah..Walaupun berbeza Bangsa & Agama, Saling hormat-menghormati sesama mereka..Terbaik Tok Guru & Anthony Loke..
- Danial Kawaii · Bagi arnab makan di Shah Alam, Malaysianik aziz MB paling comel..akhlak n moral cantik..
- Sulaiman Yusof · Pengulas TertinggiKadang kala orang2 Cina lebih peka berkenaan hal2 orang Islam dari orang Melayu atau pemimpin2 UMNO sendiri. Aku masih teringat satu ketika dulu Dr, Tan Chee Khoon MP Batu (kalau tak silap) telah membawakan hal siswazah lulusan Al Azhar Mesir...bila balik ke Malaysia hanya diberi katogori C dlm perkhidmatan kerajaan. Jadi ustad biasa sahaja. Dr. Tan Chee Khoon berhujjah bahawa Universiti Al Azhar adalah Universiti yang tertua didunia telah mengeluarkan ilmuan yang baik diseluruh dunia...mengapa kerajaan Malaysia tidak iktiraf kelulusan mereka sama spt Universiti lain? Tunku Abd.Rahman sebagai PM memberikan reaksi positif selepas itu....dan JPA mengiktiraf kelulusan Univeisti Azhar ini dan di gredkan ke katogori A. Saya amat respek kpd ahli politik spt Dr.Tan Chee Khoon...dan skrg muncul pulak YB Loke...juga mula mendapat perhatian ku....Mana Ibrahim Al Katakki, mana Hassan Ali dan mana menteri2 UMNO dan mana Mufti2.
- Aminuddin Mohamed · Bekerja di Telekom Malaysia BerhadBenar Pak Long Sulaiman Yusof...Pasal UMNO ni takda apa benda pun yg boleh kita nak harapkan lagi dah..
- Muhd HazmiBETUL LAH UMNO BN TELAH BERJAYA MEMPROPAGANDAKAN DAN MEROSAKKAN KEPERCAYAAN ORANG MELAYU SEJAK 30TAHUN DULLU LAGI KONONNYA CINA MCA LEBIH DARIPADA CINA DAP. YG JELAS DAP MENGHORMATI PAS DAN PKR. MCA MENGIKUT KAWANNYA UMNO BN. UMNO BN GAGAL MENDIDIK MCA MALAH BERJAYA SUPAYA MCA MENGIKUT RENTAK TARI UMNO BN. TAHNIAH KEPADA DAP.INGAT DAP TELAH MEMBELA SEORANG GADIS MELAKA.... TAPI AKHIRNYA DIA YANG DIPENJARAKAN. TERIMA KASIH YAB .LGE.
- Putera Bangsa · Pengulas Tertinggi · Bangalore UniversityBetul2 wahai Tok Guru ku....
For sure, there is no hope for UMNO to protect Islam, even to protect Malay. For UMNO leaders, the most important for them is to protect their monies, properties, lands, cars, families, wives, sons and daughters. Therefore, it is the right and responsibility of Malaysia people as the whole to change Najib, UMNO and entire corrupt leaders of BN in this coming election….Rakyat has no choice, but to change for better Malaysia. - Masmin Kadad · Pengulas Tertinggi · Manager di Puncak Damai RestaurantApa nasip Datuk Najib pimpin BN,, MCA diharap meraih undi kaum Cina utk BN, pilihlah isu sensitif sprti Hudud,, yg kena Smash UMNO Najib. Betul..patutnya UMNOlah yg bangun awal membantah Sui Lek kerana menghina Islam,, ini terbalik DAP mempertahan NIKZIZ dari tuduhan wanita MCA. Wajar kalau TGNA perlekeh UMNO penakut. Tak ada sorangpun pemimpinnya yg bangun menentang Preseden MCA kerana menghina agama Islam. Nasiplah Mufti Perak masih berjiwa Mufti Bebas Harus Sani). Kalau Soi Lek di Negara Arab,, dah lama jalan. Tapi Soi Lek dpn UMNO dipuja sahabat..Kemana hilangnya pemimpin2 UMNO Malaysia, tak sorangpun bangun mempertahankan Islam dihina oleh Pemimpin BN sendiri. Malu saya punya PM Islam yg Dayus, malu saya pd Muhiddin Yasin, mana Syed Habasyi, mana KJ, Mana Syafie Afdol?.Mana pemimpin tertinggi UMNO yg sering melalak menghunus keris mempertahankan Melayu Islam? Mana Hisamuddin..kata pertahankan kesucian Islam...Amat memalukan pemimpin2 UMNO yg sedikit tidak terguris hati bila Islam diperlekeh dihina oleh manusia Biadap dari MCA. Mana perginya samseng2 politik menteri UMNO Maslan, MD.Isa, Noh Omar, Nazri, Rais. Muhiddin.SEMUA PEMIMPIN KECUT TAKUT-PENAKUT, HILANG TELUR,,, tak mampu mempertahankan ajaran agama Islam...Sayapun menyatakan UMNO tak boleh harap langsung utk menjaga Melayu dan Agama Islam di Negara ini.
- Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
- Simon Satujuh · Miri, SarawakInilah yang kita hendak perpaduan dalam perkatan rakyat. Bersatu dalam apa apa masalah. TAHNIAH DAP. KAMI......PILIH .......PKR.
- Andy Phoon · Langgani · Pengulas Tertinggiumno hanya lah jaga kepentingan krony mereka sahaja. rakyat jelata? islam? sorry.....
- Harum Maya · Pengulas Tertinggi · Uum sintok kedahBedzanya antara UMNO/MCA dan PAS/DAP... dah lebih 50thn Umno bergaul dgn Mca, berbanding setahun jagung Pas bergabung dgn Dap....Umo diam menikus apabila Mca menghina Islam lebih memalukan depan Presidennya,
berbanding Dap yang berani melenting apabila Mca menghina Agama Islam... - Azroy Roy · Pengulas Tertinggi · Universiti oxfordAmin.Begitu terharu dgn tindakan Bukan Berani Bukan Islam membela golaongan Ulama (TGNA) Semoga TGNA tabah dlm menghadapi Serangan Liar Syaitan Di kenali.Kami Anak Muda Sentiasa menyokong Penuh Pimpinan TGNA Dan Pimpinan Yg menegakkan Kebenaran >Syabas Buat YB Loke
- Haji Tarmizi Bin Abdullah · Pengulas TertinggiBetul tu YB/MB Tuan Guru Nik Aziz, UMNO tak berupaya jaga Melayu, tak berkemampuan jaga Agama Islam, macam mana nak tadbir negara -- tadbir anak bini pun longgar....
- Ab Wahab Jusoh · Pengulas Tertinggi · University of MalayaKENYATAAN PRESIDEN mca MENYEMARAKKAN LAGI SOKONGAN RAKYAT KPD PR.
- Putera Semantan · Pengulas TertinggiCina MCA ni hina dan maki mcmana pun hukum ALllah depan Umno, parti setan dikenali itu sampai bila2 takkan berani angkat muka pun membantah rakan sekutunya itu. Bahkan di sesetengah tempat bila Cina MCA maki hukum Allah, cai2 tadi turut bertepuk tangan tanda setuju. Itulah hakikatnya....
- Azman Shah · Pengulas TertinggiApa lagi yang orang Islam boleh harapkan dari umno ni ? Zero, tak ada apa2 lagi yang boleh diharapkan.Lembu2 yang akan dikorbankan sempena Hari Raya AidilAdha esok lebih mulia dan tinggi nilainya dari umno yang tidak berguna se sen pun.Selamat Hari Raya Qurban pada semua pembaca MK..
- Mohd Salleh Ahmad · Pengulas Tertinggi · Pegawai Penyelaras di Kesatuan Sekerja Industri Elektronik wilayah Selatankeberanian sesuatu organisasi bergantung pada pimpinan utamanya ! Jika peminpinnya tiada tidur maka seluruh ahli2nya juga kehilangan telur... itu sebab wujudnya ABU ...agar telur dikembalikan pada pemiliknya...
- Mdyusof Saadmd · Pengulas Tertinggi · Melaka
- Mohd Salleh Ahmad · Pengulas Tertinggi · Pegawai Penyelaras di Kesatuan Sekerja Industri Elektronik wilayah Selatan
- Kamal Koh · Langgani · Pengulas Tertinggi · Universiti Jamaatul Tabligh · 142 subscribersBahasa Loke menampakkan Ketua Pemuda DAP amat menghormati Tok Guru Nik Abdul Aziz! Amat malang ada orang Melayu sendiri terlalu jahil atau taksub kepada politik UMNO sehingga sanggup menghina Tok Guru dengan bahasa kesat!
- Pak Teh MAk TEhh · Pengulas TertinggiMudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada Anthony Loke. Dipanjangkan umur, dimudahkan segala urusan dunianya dan dimurahkan rezkinya.....amin
- Tian Peng Ng · Langgani · Penang, MalaysiaTGNA don't worry chinese in Malaysia believe you.
MCA don't have any topic politic for this round election.
only a question why UMNO muslim folks did not support u?
but i still believe muslim non-umno are fully support you. - Norhasiah Ibrahim · Bekerja di Smk setapak indah klterasa bagaikan beginilah Rasulullah s.a.w. disokong da dodokong oleh datu dan bapa saudaranya yang tidak bersyahadah dalam membela perjuangan Islam Rasulullah. Dalam suasana hari ini yang muslim dalam kebimbangan kehilangan undi tiba-2 yang tidak bersyahadah datang membela kepimpinan ulama walau hanya dengan lidahnya sahaja
- Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Employee di AbyKamshar Enterprise sdn. bhd.Insya Allah jika kita berdakwah secara baik, seperti pepatah Melayu tarik rambut dalam tepung, rambut berjaya ditarik tapi tepung tak berselerak begitulah cara kta berdakwah. Adakah UMNO berdakwah sedemikian rupa atau leka dengan kekayaan dunia?
- Hadi Kamaruzzaman · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Peraknmpk dah UMNO ni takut ke MCA...berani je dpn tv blkg habuk pun tarak..debat takut, tegur MCA pun takut, kat bini pun takut...woi pencacai...korg bukn main bodek boss korg yg bacul tu buat ape.....
- Aminuddin Jusoh · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.
- Wfauzdin Ns · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ex ArmySkrg mana satu yg harbi? Najib sila jwb selepas kamu khatam bab najis ok.....
- Alfakir Ibnullah · Universiti Malayaaku ramai kawan cina ada yg dah masuk islam alhamdulillah..tapi ada yg belum dapat hidayah sedih jugak sbb matlamat akhir kita adalah Syurga mudah2han ALLAH berikan hidayat kpd DAP ..insyaallah
- Asri Aris Mohamed · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuli di Penarek Bechaorg bukan Islam pun amat mnghormati tok guru berbeza dgn cai2 umno yg mengaku Islam tapi sanggup memaki dan menghina ulama.
- Pattin Tajuddin · Pengulas Tertinggi · Sekolah Keb LKTP Jengka 17Din menteri,, aku sekolahkan mu c kit,, mak mu beranak dekat mu ikut mana, , lubang mana mu tubik,,dah kalu org cakap mu kuar ikut lubang mok mu,, tak kan itu mu tuduh aku mencarut,, paham dok g,, kalu mu dok paham gak,, mu bodo lebih dari lembu,,
- Abu Mirza · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, KelantanYa Allah ...berilah Hidayahmu pada Loke..sesunnguh Islam D Malaysia perlu org seperti loke
- Mohd Yusof Muda · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pesara KerajaanFitnahlah TGNA...rakyat lebih kenal dan percaya kepadanya...
Kemunculan semula bekas ketua bahagian dihalang
Fuad HadiNata, | 25 Okt 2012 |
PASIR PUTEH: Kemunculan semula bekas ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamaruddin Mohd Noor dengan agenda keluar masuk kampung difahamkan tidak disenangi kepimpinan Umno sekarang.
Malah mereka dikatakan cuba menghalang pergerakan Kamaruddin dengan menghantar “orang suruhan” mengganggu bekas pemimpin terbabit.
Pada 12 Oktober lalu rombongan Kamaruddin cuba dihalang empat lelaki ketika menziarahi penduduk di Kampung Panggong, Dun Limbongan Pasir Puteh.
Pada kejadian itu beberapa saksi memberitahu pembantu bekas Adun Semerak itu didatangi empat lelaki ketika Kamaruddin makan pagi bersama penduduk kampung di sebuah kedai kopi.
"Salah seorang terus mendekati pembantunya dan cuba menarik tangan supaya masuk ke dalam sebuah kereta jenis Perdana V6 dengan alasan untuk berbincang.
“Saya mendengar pembantu itu menolak dengan baik pelawaan tersebut. Bagaimanapun salah seorang lelaki berteriak dengan keras supaya pembantu itu pergi juga berbincang dalam kereta.
"Tiba-tiba lelaki itu menendang di bahagian depan kaki pembantu berkenaan sambil menghamburkan pelbagai cemuhan. Dia juga mengeluar kata-kata kesat kepada Kamaruddin,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau yang enggan dikenali berkata, ekoran insiden itu Kamaruddin bersama isterinya Datin Siti Fatimah Iskandar dan pembantunya beredar meneruskan ziarah warga emas di Kampung Bukit Tanah, Selising.
Bagaimanapun menurutnya tidak lama kemudian empat lelaki tadi sampai di mana seorang daripadanya cuba merampas kamera dipegang pembantu tadi, namun gagal.
"Bila dia gagal merampas kamera lelaki itu mahu menumbuk pembantu Kamaruddin tetapi gagal kerana sempat ditepis beberapa kali,” dakwa beliau.
Bagaimanapun pembantu terbabit yang juga enggan dikenali ketika dihubungi berkata, kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis.
Beliau juga memberitahu sebelum kejadian berlaku Kamaruddin dan isteri menziarahi seorang penduduk yang hendak menunaikan ibadat haji di Kampung Gong Serai.
Kamaruddin difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, disebut-sebut bakal calon BN di kerusi parlimen Pasir Puteh.
Bagaimanapun kelibat Kamaruddin dikatakan tidak disenangi ketua bahagian sekarang, Zawawi Othman, seorang bekas guru yang dianggap mencabar kedudukannya.
Menurut sumber lain pula kemunculan semula Kamaruddin yang dilihat ramai lebih rapat dengan akar umbi membuatkan Umno Pasir Puteh sekarang bergolak semula.
Jamuan laksa kutip dana lebuh raya rakyat
Yakub Dasan, | 25 Okt 2012 |
Semalam Masjid An-Nur Kubang Bemban menganjurkan jamuan laksa bagi mengutip derma dana lebuh raya rakyat menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai yang dirancang kerajaan negeri.
Pengerusi program tersebut, Che Pa Che Jid berkata, kira-kira 200 kilogram laksa disediakan bagi jamuan lebih kurang 1,000 orang untuk mengisi dana wakaf projek berkenaan.
“Program bermula selepas solat Zohor sehingga waktu Isya. Sambutan orang ramai Alhamdulillah begitu menggalakkan sekali.
“Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad, penghulu-penghulu mukim dan orang ramai hadir memberi sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan untuk rakyat.
“Orang ramai tidak putus-putus datang. Mungkin kami masjid mukim pertama di Kelantan menganjurkan program seumpama ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.
Menteri Kerjaraya sebelum ini dilapor meminta kerajaan Kelantan memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah bekalan air bersih, berbanding mengutip derma membina lebuh raya rakyat.
Sebelum ini wat-wat Siam di seluruh Kelantan menganjurkan kutipan derma bagi mengisi dana wakaf lebuh raya rakyat. Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di Wat Machimmaran, Tumpat.
Lebih RM60,000 dikumpul masyarakat Siam dalam bentuk pokok duit. Wakil-wakil wat kemudian menyerahkan pokok duit tersebut kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Che Pa berkata, usaha dilakukan itu sebagai aspirasi kepada pihak-pihak lain untuk turut sama mengadakan program serupa bagi sama-sama mengisi dana wakaf lebuh raya rakyat.
“Sedekah jariah digalakkan Islam terutamanya perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai seperti lebuh raya. Projek itu dinafikan kerajaan pusat jadi kita sebagai rakyat perlu mengambil inisiatif sendiri,” ujarnya.
Menurutnya jumlah kutipan disasarkan kira-kira RM20,000. Kutipan juga akan dilakukan secara berterusan selepas ini.
Kata beliau juga wang kutipan derma itu akan diserah kepada kerajaan negeri.
Penghulu Mukim Kubang Bemban, Abdul Aziz Che Yusoff berkata, biar pun keadaan hujan dan cuaca mendung, namun orang ramai tetap datang menjamu selera sambil menderma.
Batu besar dibaling ke pejabat DAP Perak
Dua
ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini
menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh.Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.
Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.
"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.
Syed Husin: Anwar beritahu Zul minta bayaran
Senator
PKR Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya
kepadanya bahawa anggota parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli
Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan
kepada ketua pembangkang itu bertanding.
"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.
Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".
Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".
Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.
Menurut Syed Husin lagi, Anwar memberitahunya, Zulkifli meminta bayaran RM60,000 sebagai balasan untuk mengosongkan kerusi parlimennya.
Perkara yang sama katanya turut dinyatakan Anwar kepada ahli-ahli biro politik PKR.
"Perkara itu bukan sahaja diberitahu pada saya tetapi juga kepada biro politik," katanya.
Justeru, beliau percaya Anwar bercakap benar tentangnya.
Beliau turut percaya kepada Anwar kerana beliau telah mengenali Anwar buat masa yang lama.
"Beliau adalah pelajar saya (di Universiti Malaya), rakan tahanan saya (dalam penjara) dan kemudiannya pemimpin saya.
"Jadi apabila beliau beritahu (perkara itu), saya percayakannya," kata Syed Husin.
Bercakap lanjut, Syed Husin berkata Zulkifli berbohong dalam tulisan blognya yang menjadi tumpuan utama saman itu.
Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Zulkifli sebagai wakil Anwar dan menawarkan jawatan dalam anak syarikat Selangor sebagai balasan mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.
"Apa yang beliau sebutkan adalah bohong sepenuhnya apabila mendakwa saya mewakili Anwar.
"Beliau juga berbohong tentang dakwaan saya memberitahunya saya dijanjikan jawatan senator jika melepaskan jawatan timbalan presiden PKR," kata Syed Husin.
Tambahnya lagi, kesediaan Zulkifli melepaskan kerusinya walaupun belum bersetuju berbuat demikian jika syaratnya tidak dipenuhi memberikan gambaran salah kepada orang ramai.
"Kepada orang ramai, beliau akan kelihatan seperti malaikat apabila menarik diri (daripada kerusinya).
Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya sementara Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan dan Aziz.
Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera itu akan disambung semula pada 5 November depan.
Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca doa walaupun bukan Islam.
Atar bersama dua lagi bapa - Hassan Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka ditampar, terpaksa meredah tiga jam perjalanan dari Pos Bihai untuk membuat laporan di balai polis Gua Musang.
Pos Bihai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu.
Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa, tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam.
Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.
Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.
Bercakap dalam satu forum di Kuala Lumpur malam tadi, penganalisis tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bekerjasama dengan baik dengan parti-parti di Sabah.
"Saya fikir (bagi) pembangkang untuk menumbangkan BN di Sabah, ia
mesti bersatu dan membentuk pakatan pembangkang yang sangat kuat.
"(Bagaimanapun) saya tidak fikir ia sedang berlaku sekarang," katanya di forum yang diadakan untuk menandakan pelancaran buku Democracy at stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Ahli akademik itu berkata kemungkinan berlaku pertandingan banyak penjuru di kalangan parti-parti pembangkang akan mengurangkan sebarang peluang mereka untuk menang.
Masalah ini mungkin dapat diselesaikan jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memujuk orang kuat Sabah seperti Jeffrey Kitingan untuk bersama Pakatan.
Bagaimanapun, beliau merasakan adalah sangat sukar bagi Pakatan
untuk memujuk orang yang berfikiran bebas seperti Jeffrey (kanan).
"Jeffrey kata partinya (State Reform Party) mahu bertanding semua 60 negeri kerusi di Sabah dan empat hingga lima kerusi (parlimen) majoriti Kadasan Dusun," kata penganalisis lagi.
Jika perancangan Jeffrey itu diteruskan, maka ia akan menjejaskan peruntukan kerusi di kalangan parti-parti pembangkang yang mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
Beliau juga berkata tindakan dua ahli Parlimen (MP) BN Sabah keluar BN baru-baru ini tidak banyak menguntungkan Pakatan.
Katanya, Anwar sedang cuba menggunakan Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin, tetapi beliau tidak fikir yang pengaruh mereka akan melampaui Tuaran.
Beliau menasihatkan Anwar supaya memberi perhatian yang lebih kepada isu-isu tempatan untuk meningkatkan peluang Pakatan Rakyat menang ke atas Sabah.
Pada bulan Ogos, MP Tuaran Bumburing dan MP Beaufort Lajim keluar dari BN untuk menyertai Pakatan.
Jika tidak ditangani dengan baik, perdana menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu, kata bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.
"Ia bermaksud bahawa jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan politik, dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira 'sendirian berhad'," kata Phang berkata dengan sinis.
"Ini akan memudarkan usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke arah sia-sia jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus.
"Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya."
Semasa persidangan Persatuan Antarabangsa Pihak Berkuasa Antirasuah (IAACA), isu sumbangan politik dibangkitkan dan panel bersetuju ia boleh dianggap sebagai rasuah jika ia tidak dilakukan secara telus.
Semalam, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini ahli parlimen Bebas Lajim Ukin berkata, beliau tidak pernah tahu Umno Sabah mempunyai begitu banyak wang.
Beliau mahu Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta "sumbangan politik", dan mana-mana pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut.
Ditemui selepas membuat laporan tersebut di Bank Negara di Kuala Lumpur, Rafizi berkata integriti dan reputasi bank pusat kini dipertaruhkan.
Kerana tindakan pantas Bank Negara sebelumnya berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang perbankan, maka Rafizi berkata, beliau merasakan orang ramai mengharapkan Bank Negara mengambil tindakan pantas yang sama mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001, terutamanya apabila kesalahan itu lebih banyak memudaratkan reputasi negara.
Rafizi sendiri telah didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun kewangan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation, berikutan siasatan oleh Bank Negara.
"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.
Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".
Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".
Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.
Menurut Syed Husin lagi, Anwar memberitahunya, Zulkifli meminta bayaran RM60,000 sebagai balasan untuk mengosongkan kerusi parlimennya.
Perkara yang sama katanya turut dinyatakan Anwar kepada ahli-ahli biro politik PKR.
"Perkara itu bukan sahaja diberitahu pada saya tetapi juga kepada biro politik," katanya.
Justeru, beliau percaya Anwar bercakap benar tentangnya.
Beliau turut percaya kepada Anwar kerana beliau telah mengenali Anwar buat masa yang lama.
"Beliau adalah pelajar saya (di Universiti Malaya), rakan tahanan saya (dalam penjara) dan kemudiannya pemimpin saya.
"Jadi apabila beliau beritahu (perkara itu), saya percayakannya," kata Syed Husin.
Bercakap lanjut, Syed Husin berkata Zulkifli berbohong dalam tulisan blognya yang menjadi tumpuan utama saman itu.
Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Zulkifli sebagai wakil Anwar dan menawarkan jawatan dalam anak syarikat Selangor sebagai balasan mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.
"Apa yang beliau sebutkan adalah bohong sepenuhnya apabila mendakwa saya mewakili Anwar.
"Beliau juga berbohong tentang dakwaan saya memberitahunya saya dijanjikan jawatan senator jika melepaskan jawatan timbalan presiden PKR," kata Syed Husin.
Tambahnya lagi, kesediaan Zulkifli melepaskan kerusinya walaupun belum bersetuju berbuat demikian jika syaratnya tidak dipenuhi memberikan gambaran salah kepada orang ramai.
"Kepada orang ramai, beliau akan kelihatan seperti malaikat apabila menarik diri (daripada kerusinya).
Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya sementara Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan dan Aziz.
Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera itu akan disambung semula pada 5 November depan.
'Murid Orang Asli ditampar tak baca doa makan'
Sekumpulan
ibu bapa membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai di Pos Bihai
dekat Gua Musang kerana menampar anak mereka yang tidak membaca doa
makan.Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca doa walaupun bukan Islam.
Atar bersama dua lagi bapa - Hassan Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka ditampar, terpaksa meredah tiga jam perjalanan dari Pos Bihai untuk membuat laporan di balai polis Gua Musang.
Pos Bihai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu.
Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa, tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam.
Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.
Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.
Penganalisis: Pakatan belum mampu tewaskan BN Sabah
Pakatan
Rakyat tidak cukup kuat untuk menewaskan BN di Sabah walaupun gabungan
pembangkang dari Semenanjung itu telah dapat menembusi negeri di
Malaysia Timur itu, kata seorang penganalisis politik.Bercakap dalam satu forum di Kuala Lumpur malam tadi, penganalisis tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bekerjasama dengan baik dengan parti-parti di Sabah.
"Saya fikir (bagi) pembangkang untuk menumbangkan BN di Sabah, ia
mesti bersatu dan membentuk pakatan pembangkang yang sangat kuat.
"(Bagaimanapun) saya tidak fikir ia sedang berlaku sekarang," katanya di forum yang diadakan untuk menandakan pelancaran buku Democracy at stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Ahli akademik itu berkata kemungkinan berlaku pertandingan banyak penjuru di kalangan parti-parti pembangkang akan mengurangkan sebarang peluang mereka untuk menang.
Masalah ini mungkin dapat diselesaikan jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memujuk orang kuat Sabah seperti Jeffrey Kitingan untuk bersama Pakatan.
Bagaimanapun, beliau merasakan adalah sangat sukar bagi Pakatan
untuk memujuk orang yang berfikiran bebas seperti Jeffrey (kanan).
"Jeffrey kata partinya (State Reform Party) mahu bertanding semua 60 negeri kerusi di Sabah dan empat hingga lima kerusi (parlimen) majoriti Kadasan Dusun," kata penganalisis lagi.
Jika perancangan Jeffrey itu diteruskan, maka ia akan menjejaskan peruntukan kerusi di kalangan parti-parti pembangkang yang mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
Beliau juga berkata tindakan dua ahli Parlimen (MP) BN Sabah keluar BN baru-baru ini tidak banyak menguntungkan Pakatan.
Katanya, Anwar sedang cuba menggunakan Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin, tetapi beliau tidak fikir yang pengaruh mereka akan melampaui Tuaran.
Beliau menasihatkan Anwar supaya memberi perhatian yang lebih kepada isu-isu tempatan untuk meningkatkan peluang Pakatan Rakyat menang ke atas Sabah.
Pada bulan Ogos, MP Tuaran Bumburing dan MP Beaufort Lajim keluar dari BN untuk menyertai Pakatan.
Dana RM40 juta: K'jaan tetapkan duluan luar biasa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.Jika tidak ditangani dengan baik, perdana menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu, kata bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.
"Ia bermaksud bahawa jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan politik, dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira 'sendirian berhad'," kata Phang berkata dengan sinis.
"Ini akan memudarkan usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke arah sia-sia jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus.
"Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya."
Semasa persidangan Persatuan Antarabangsa Pihak Berkuasa Antirasuah (IAACA), isu sumbangan politik dibangkitkan dan panel bersetuju ia boleh dianggap sebagai rasuah jika ia tidak dilakukan secara telus.
Semalam, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini ahli parlimen Bebas Lajim Ukin berkata, beliau tidak pernah tahu Umno Sabah mempunyai begitu banyak wang.
Bank Negara digesa siasat 'sumbangan' RM40j
Pengarah
Strategi PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Bank Negara hari ini,
menggesa bank pusat itu menyiasat hartawan balak Michael Chia dan
beberapa pemimpin Umno berhubung dakwaan kemungkinan berlaku pengubahan
wang haram.Beliau mahu Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta "sumbangan politik", dan mana-mana pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut.
Ditemui selepas membuat laporan tersebut di Bank Negara di Kuala Lumpur, Rafizi berkata integriti dan reputasi bank pusat kini dipertaruhkan.
Kerana tindakan pantas Bank Negara sebelumnya berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang perbankan, maka Rafizi berkata, beliau merasakan orang ramai mengharapkan Bank Negara mengambil tindakan pantas yang sama mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001, terutamanya apabila kesalahan itu lebih banyak memudaratkan reputasi negara.
Rafizi sendiri telah didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun kewangan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation, berikutan siasatan oleh Bank Negara.
Pelajar buang anak baru lahir dalam tali air ditahan
Polis
menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang
bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di
Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di Kangar awal hari ini.
Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.
Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.
Katanya polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi.
Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.
Zull Aznam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan