Jumaat, 19 Oktober 2012

SIKAP TAK ELOK KALAU BEGINI....DIA BOLEH ORANG TAK BOLEH...DIA BOLEH BUAT...ORANG TAK BOLEH BUAT...ORANG LAIN JAHAT DAN BODOH....DIA BAIK DAN PANDAI...ALLAH TAHU SAPE YANG SEBENAR BEGITU DAN BEGINI

PPIM dakwa Starbucks salur wang pada Yahudi

  • Zulaikha Zulkifli
  • 10:39AM Okt 19 2012
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK) – yang didakwa bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada Yahudi.

"Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman.

"Mereka (Yahudi) membunuh bukan sahaja orang Islam tetapi kanak-kanak juga. Sebab itu kita letak mereka di bawah anugerah tiada kemanusiaan," katanya pada sidang media di ibu negara semalam.

Nadzim juga berkata, mereka menamakan organisasi tersebut berdasarkan aduan yang diterima sebelum ini.

Malaysiakini telah menghubungi Starbucks Corporation melalui alamat emel yang diperolehi melalui laman starbucks.com.my bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan serta pencalonan untuk anugerah tersebut.

Tiada maklum balas diberikan setakat ini.

Selain anugerah OXK, PPIM semalam turut melancarkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) bagi kempen ke atas organisasi yang didakwa menindas serta mendiskriminasi pengguna.

Bagi calon anugerah OXP, PPIM menamakan pasaraya Giant, pasaraya The Store, organisasi kewangan Bank Rakyat, firma Malaysian Building Society Berhad (MBSB), penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro dan agensi tiket, Ticket Charge.

Bagaimanapun, organisasi yang dinamakan PPIM sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) melahirkan rasa "kurang senang" kerana dibariskan dalam senarai tersebut.

The Store misalnya berkata perkara dibangkitkan itu sebagai "kesilapan teknikal" cawangan pasarayanya sementara Giant pula berkata belum maklum berhubung perkara tersebut.

Malaysiakini masih cuba mendapatkan reaksi daripada syarikat lain yang dinamakan PPIM.
Pemuda PAS: Soi Lek dirasuk 'syaitan yang dikenali'?
9:58AM Okt 19 2012
Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai “meracau” dan cuba menjadi “hero kartun” apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ketuanya Nasrudin Hassan mempersoalkan kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu ekoran ia hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali, sekali gus dianggap tidak profesional dan tidak bernilai akademik.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan“Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk 'syaitan yang dikenali' sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali?” katanya.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Dalam kenyataannya semalam, Nasrudin berkata, Pemuda PAS mendesak Dr Chua segera memohon maaf kepada umat Islam dan seluruh rakyat kerana didakwa mencetus keresahan masyarakat.

“Ini adalah fitnah yang melampau. Sedangkan rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah SWT ini, sementara non-Muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka,” katanya.

Nasrudin juga menyeru supaya rakyat bijak memilih pemimpin masa depan negara, sekali gus menolak “syaitan yang dikenali bersama komponennya yang semakin meracau di usia lewat”.

chua soi lek video blog on hudud 01Istilah “syaitan yang dikenali” digunakan meluas oleh pembangkang bagi menyindir BN ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribahasa Inggeris “better to choose the devil you know than the angel that you don’t know” (terjemahan langsung: lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali).

Cemuhan serupa turut disuarakan ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon yang berkata Chua "berkhayal" sehingga mengeluarkan dakwaan "mengarut" seperti itu.

"Dr Chua seperti meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, kafe siber dan refleksologi akan ditutup.

"Sebaliknya di dalam Selangor, ADUN MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeri telah banyak meluluskan bilangan lesen kafe siber dan rumah urut yang sendirinya bertentangan dengan kenyataan Chua," katanya lagi.
MP pertahan Musa Aman, sumbangan RM40j
11:51AM Okt 19 2012
MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan menangkis serangan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dengan alasan, gabungan parti pembangkang juga menurutnya meraih sumbangan untuk kegiatan mereka.

Serangan berkenaan menunjukkan dwistandard pemimpin Pakatan Rakyat sedangkan penyaluran sumbangan dariapda sesiapa sekalipun tidak menyalahi peruntukan undang-undang, katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha BN Sabah itu berkata, pemimpin Pakatan sebelum ini menyerang Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, namun mengubah strategi apabila kerajaan mengumumkan mengenai status siasatan ke atas sumbangan wang RM40 juta itu.

"Bila sumbangan jatuh ke kantung Umno, sumbernya mesti didedahkan serta mereta. Tapi adakah anda dengan pembangkang mengisytihar sumber derma yang mereka terima setakat ini?

"Kita semua tahu bahawa pembangkang juga menerima sumbangan politik daripada semua pihak.

"Contohnnya, ibu pejabat baru parti itu di Pulau Pinang yang DAP perolehi dalam tempoh dua tahun membentuk kerajaan di Pulau Pinang.

"Bangunan DAP Pulau Pinang itu dilaporkan melibatkan kos sekitar RM3.5 juta. Menurut ketua DAP Pulau Pinang, wang itu dikutip melalui derma. Nampaknya, wang berjuta-juta ringgit sudah dikutip setakat ini," katanya.

Katanya lagi, Musa sebelum ini diserang dengan dakwaan "merampas dan menjarah kawasan yang kaya dengan sumber balak" oleh pembangkang.

Sedangkan, Musa berusaha untuk mempertahankan hasil balak dan hutan tersebut daripada dirampas individu tidak bertanggungjawab, katanya.

Hinggakan, usaha itu menjadikan Musa menjadi "kesayangan" oleh kumpulan pencinta alam sekitar  dunia, katanya.
Saifuddin Abdullah: Usah pertikai kesetiaan saya
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
19 Oktober 2012
Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR –  Ekoran kenyataannya dikatakan mengundang kontroversi sehingga dilabel mengamalkan politik ‘makan keliling’ kerana kenyataan berkaitan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan George Soros, Datuk Saifuddin Abdullah meminta semua pihak agar tidak mempertikaikan kesetiaannya terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Sebenarnya saya sedih kerana kenapa sampai saya perlu cakap begitu (kesetiaan kepada Umno) sebab ini tidak relevan langsung, tetapi apa boleh buat," kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini.
Katanya: "Orang tak akan puas hati. Saya cakap begitu pun ada orang yang masih tidak puas hati. Jadi apa yang boleh saya buat?"
"Kita sepatutnya sudah sampai ke tahap politik di mana tak perlu lagi ungkapan 'kesetiaan saya tidak berbelah bahagi', itu sudah tidak perlu cakap lagi. Itu kalau tahun 70-an bolehlah," kata beliau dalam temubual bersama Sinar Harian Online, semalam.
Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berhadapan kritikan keras beberapa pihak dalam Umno sendiri yang mengecam pendirian kononnya beliau mempertahankan Suaram dan Soros.
Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Saifuddin tidak wajar mengamalkan politik 'makan keliling' dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suaram, yang didakwa menerima dana daripada Soros, penyangak mata wang berbangsa Yahudi.
Muhammad mendakwa Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.
Beliau juga mengandaikan kenyataan Saifuddin itu seolah-olah menunjukkan beliau tidak yakin Umno dan BN akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menjelaskan hal itu, Saifuddin berkata, beliau bukan menyokong atau pun memihak kepada Suaram mahupun Soros.
Namun beliau mengamalkan politik baru berasaskan ilmu di mana seseorang tidak boleh terlalu cepat menghukum mana-mana pihak tanpa berfikir panjang dan rasional.
Menurut Ahli Parlimen Temerloh ini, tindakan menghukum pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan yang membela nasib rakyat seperti Suaram hanya akan menyebabkan Umno-BN kehilangan 30 peratus undi golongan pertengahan dan pengundi atas pagar yang lebih mesra dengan NGO-NGO ini.
"Mereka ini ramai yang simpati dan ramai yang rapat dengan badan-badan masyarakat sivil. Tak semestinya Suaram. Menyerang keterlaluan sebuah badan masyarakat sivil itu boleh menyebabkan kita kelihatan seolah-olah menyerang keseluruhan masyarakat sivil yang diminati oleh sebahagian besar daripada 30 peratus itu.
"Sebab itu, saya sangat berhati-hati. Sebab itu, saya tidak berminat untuk menyerang Suaram walaupun tidak semestinya saya bersetuju dengan Suaram. Kalau mereka salah, mereka salahlah," ujarnya lagi.
Saifuddin juga menegaskan, mana-mana pihak harus melihat kes Suaram secara rasional dan bukannya melakukan pembunuhan karakter secara melampau sehingga menyebabkan rakyat marah dan muak.
Menurut Saifuddin, Suaram tidak melakukan kesalahan kerana menerima dana asing sepertimana Umno Sabah juga menerima dana dari luar melainkan jika organinasi itu melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
"Saya bukannya membela Suaram atau menyokong Soros, kita semua tahu apa isunya. Saya cuma tidak begitu bersetuju kalau kita terlalu cepat menghukum mereka," tegas Saifuddin.
Menurutnya, Umno-BN amat memerlukan undi 30 peratus pengundi atas pagar dan ia tidak akan berhasil sekiranya ada pihak dalam parti cuba menyemarakkan pembunuhan karakter ke atas pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil yang dekat di hati rakyat kelas pertengahan ini.
"Kempen BN tak cukup kalau bergantung kepada pengundi tradisi sahaja.
"Mereka (golongan pertengahan) tidak minat (pembunuhan karakter), mereka sudah jelak perkara yang mengaibkan orang sebaliknya mereka mahu melihat debat politik, wacana, mereka mahu melihat ahli politik itu berhujah dengan bernas.
"Kalau kita berasaskan politik baru, yang berasaskan politik ilmu, kita harus menilai," tegas Saifuddin lagi.
Husam Musa bidas kenyataan Shaziman
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
19 Oktober 2012
Datuk Husam Musa
$entry.content.caption.value
KOTA BHARU - “Kalau asyik tunggu pertimbangan, sampai bila Kelantan nak dapat lebuh raya” tegas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan pihaknya tidak pernah membatalkan projek pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, terdapat kekeliruan mengenai kenyataan Shaziman mengenai kos yang dikemukakan bagi jajaran 77 kilometer itu yang didakwa tinggi.

“Saya kurang jelas apa yang dinyatakan, mungkin, (pembaikan jalan Kota Bharu-Kuala Krai) jika itu maksudnya sudah tentu RM1.6 bilion itu besar jumlahnya, tetapi apa yang kita laksanakan ini adalah lebuh raya (baru), ia dua perkara yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin Shaziman ketika menggulung  Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat menyatakan, pihaknya tidak membatalkan projek itu sebaliknya menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding cadangan asal.

Terdahulu beliau mahu Kerajaan Kelantan menumpukan usaha menyelesaikan isu air bersih di negeri itu berbanding mengutip derma bagi membina lebih raya.

Husam berkata pihaknya tidak menunggu lebih lama untuk mengetahui pertimbangan Kerajaan Pusat kerana keperluan lebuh raya itu kini penting untuk rakyat Kelantan.

“Itu baru pertimbangan, belum tahu lulus tidak lulus lagi dan jika lulus pula berapa lama untuk memulakan projek itu,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Shaziman yang bersedia untuk memberi bantuan teknikal dalam pembinaan lebuh raya itu, Husam berkata, beliau tidak percaya dengan kata-kata sahaja, malah mahu menteri itu beri surat pengesahan kepada Kerajaan Negeri.

Semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berakhir Rabu lepas, Husam berkata, pihak kontraktor akan mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat itu selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku November dan Disember ini.
Salahuddin: Jangan layan suara sumbang pertikai kerjasama Pas-DAP
NURUL AINI MOHAMED ALI
19 Oktober 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM- Pas tidak akan 'ambil pusing' cubaan pihak-pihak tertentu yang terus mempertikaikan kerjasama parti itu dan DAP kerana percaya kesetiaan dalam Pakatan Rakyat (PR) menjadi tunjang utama perjuangan.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya percaya DAP merupakan rakan setia dalam PR dan tiada perkara yang perlu dibimbangkan ekoran kerjasama kedua-dua parti.
"Walaupun ada yang mengatakan DAP anti-Islam, kita tidak pernah ambil pusing.
"Apa yang penting, selama ini kami saling hormat-menghormati dan saling mempercayai dasar perjuangan PR, itu yang paling utama," katanya kepada Sinar Harian Online.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw kelmarin meminta pihak-pihak terbabit tidak mempertikaikan kerjasama Pas dan DAP kerana perkara itu tidak pernah menjadi batu penghalang untuk mereka terus bekerjasama.
Isu DAP anti-Islam timbul susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa MCA sebagai anti-Islam.
Ekoran kenyataan itu, MCA pula membalas dengan mencabar Nasrudin harus menjawab persoalan "adakah Pas juga menganggap DAP sebagai anti-Islam?"
Tambah Salahuddin, kesetiaan antara Pas dan DAP amat penting bagi membuktikan semangat juang mereka atas nama PR.
"Walaupun kami berbeza pendapat berhubung isu pelaksanaan hukum Hudud, ini tidak pernah menjadi masalah kerana isu ini sudah dapat diselesaikan.
"Pelaksanaan hudud ini merupakan hak Pas dan DAP perlu hormati," katanya.
Beliau juga berkata, perjuangan dasar mereka tidak pernah berubah dan saling bekerjasama seperti penghapusan rasuah di negara ini yang dipersetujui bersama.
"Jadi, tidak perlu melayan suara sumbang yang mahu laga-lagakan kami. Selagi berpegang kepada dasar perjuangan PR, tidak timbul juga soal mahu keluar dari perikatan ini," tegasnya.
Najib: Pakatan tidak mampu terajui negara

19 Oktober 2012
Najib Tun Razak
Najib berucap pada Majlis Ramah Mesra Warga Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) bersama Perdana Menteri di Pengkalan TLDM.- fotoBERNAMA
LUMUT -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai tiga parti berbeza sanggup bersandiwara dan berpura-pura sesama sendiri semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Beliau berkata berbeza dengan pakatan pembangkang, BN tidak bercakap soal mahu menjatuhkan mana-mana parti politik.

"Itu sahaja matlamat mereka, dan ini bukan bermakna mereka boleh dipercayai untuk memimpin negara kita," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung yang diadakan sempena lawatan beliau ke selatan Perak.

Najib berkata, anggota pakatan pembangkang sebenarnya tidak sebulu antara satu sama lain dan sebab itulah mereka sehingga kini tidak berani menubuhkan kabinet bayangan, bertanding dalam pilihan raya umum dengan menggunakan satu simbol atau membentangkan hanya satu manifesto pilihan raya.

Tegas beliau, BN sebaliknya merupakan sebuah kerajaan yang padu dan bertindak dengan satu suara dalam memperjuang agenda pembangunan negara.

Perdana Menteri menekankan bahawa BN merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat dan ia memikul tugas berat itu sebaik mungkin.

Ini, menurut beliau, dicerminkan melalui pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini yang berpaksikan kepada usaha mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara.

Najib mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan kata-kata manis atau janji yang ditabur pihak pembangkang.

Sambil menarik perhatian bahawa mereka sememangnya petah bercakap, Perdana Menteri mengingatkan: "Tapi pilihan raya ini bukan soal orang petah bercakap.

Kalau kita nak pilih orang petah bercakap, kita pilih orang yang jual ubat di tepi jalan yang kata ubat mereka boleh sembuhkan pelbagai penyakit."

Beliau turut merujuk kepada pemimpin sebuah parti pembangkang yang bertindak keluar parti setelah menyedari agenda perjuangan parti itu sebenarnya membawa keburukan kepada negara. - Bernama

Tiada ulasan: