Selasa, 16 Oktober 2012

PENYELEWENGAN NI ALLAH LEBIH TAHU...ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK MENGHUKUM BAIK DIDUNIA MAUPUN AKHIRAT...MEREKA TAK TERLEPAS

Menteri: Tiada peruntukan halang syarikat, NGO terima dana asing

  • Abdul Rahim Sabri
  • 5:08PM Okt 15 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata tiada peruntukan dalam Akta Syarikat dan Akta Pertubuhan yang menghalang mana-mana pertubuhan atau syarikat menerima dana asing.
Katanya, kerajaan boleh mengesan penyaluran dana asing melalui dokumen yang diterima daripada organisasi dan syarikat tersebut.
Namun, tiada peruntukan dalam kedua-dua akta berkenaan yang membolehkan kerajaan menghalang pertubuhan atau syarikat berkenaan daripada menerima dana asing.
Jelasnya, pertubuhan dan syarikat perlu menghantar dokumen antaranya akaun untung rugi dan laporan pengarah yang diaudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta minit mesyuarat atau aktiviti tahunan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pemantauan.
Tindakan itu ditetapkan mengikut Akta Syarikat dan Akta Pertubuhan bagi membolehkan SSM atau ROS memantau dan melihat pergerakan aktiviti tahunan organisasai terlibat.
"Sekali gus, jika terdapatnya timbul penyaluran dana asing kepada syarikat dan pertubuhan berkenaan, maklumat itu boleh diketahui oleh SSM dan ROS.
"Bagaimanapun, dalam kedua-dua akta ini, tidak ada peruntukan yang menghalang syarikat dan pertubuhan menerima asing tersebut.

"Sehubungan dengan itu, tidak ada pendakwaan boleh dibuat terhadap mana-mana syarikat atau pertubuhan yang menerima dana asing itu," katanya.

Nazri bagaimanapun berkata pendakwaan tetap boleh dijalankan ke atas pertubuhan haram yang beroperasi tanpa didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan.

Katanya, ia yang merupakan satu kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000, di bawah subseksyen 6(3), Akta 335 Akta Pertubuhan.

Beliau yang juga ahli parlimen Padang Rengas berkata dalam Dewan Rakyat sewaktu menggulung ucapan rang undang-undang perbekalan 2013 bagi Jabatan Perdana Menteri.
Majuikan digulung untuk lepaskan tanggungan
5:09PM Okt 15 2012
LAPORAN AUDIT Mesyuarat khas jemaah lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada 19 April lalu telah bersetuju supaya anak syarikat badan berkanun itu - Majuikan Sdn Bhd (MSB) - digulungkan bagi melepaskan tanggungan dan menyelesaikan kesemua tindakan undang-undang ke atas MSB.

Proses penggulungan MSB akan dimulakan sebaik sahaja mendapat kelulusan menteri, demikian menurut Laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.

Menurut laporan tersebut, pengurusan MSB telah menghenti atau menamatkan operasi anak-anak syarikat dan cawangan yang rugi.

LKIM akan melaksanakan pengecilan operasi syarikat dengan mendormankan syarikat induk dahulu dan juga memberhentikan kakitangan dengan pampasan mengikut undang-undang buruh sedia ada dan seterusnya menjualkan anak-anak syarikat MSB mengikut nilai pasaran setelah mendapat kelulusan menteri.

Menurut laporan itu, tindakan tersebut adalah penyelesaian menyeluruh bagi mengelakkan pihak LKIM daripada terus menanggung kerugian yang berterusan.

Sementara proses penggulungan berjalan, mesyuarat khas jemaah lembaga LKIM itu juga telah bersetuju supaya dilaksanakan tindakan untuk mengecilkan operasi syarikat dilaksanakan seperti berikut:
Anak Syarikat:

1. Majuikan Fish Protech Sdn Bhd ditutup pada 27 Julai 2012 dan akan disewa kepada Tiger Taipan Sdn Bhd JV Gabungan Koperasi Universiti Berhad pada 1 Oktober 2012 dengan kadar sewa RM5,000 sebulan.

2. Barra Cafe SDN BHD ditutup pada 18 Jun 2012 dan akan diserahkan kembali kepada pemilik premis secara 'making good' sebanyak RM40,000 dan aset serta kelengkapan akan dijual kepada Koperasi Kakitangan LKIM/Majuikan dengan nilai yang sama pada tarikh 5 September 2012.

Cawangan:
1. Kilang Chendering Terengganu ditutup operasi pada 20 Julai 2012 dan akan diserahkan kepada LKIM pada satu tarikh yang akan dipersetujui (anggaran Oktober 2012).

2. Kilang Makanan Udang Pantai Merdeka telah disewa kepada Double A Z Trading pada 1 Mei 2012 dengan kadar sewa RM7,000 sebulan.

3. Kilang IKS Kuantan akan dibeli asetnya oleh Persatuan Nelayan Negeri Pahang PENEPA dengan harga tawaran RM350,000 pada bulan September 2012.

4. Kilang Majuikan Fish Centre Bangi dicadang dijual kepada LKIM dengan harga tawaran yang akan ditetapkan kemudian.

5. Sukran Tok Bali telah ditutup pada Februari 2012 dan akan diserahkan kepada LKIM pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian (anggaran Oktober 2012).

6. Sukran Naka masih beroperasi dan akan diserahkan kepada LKIM pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian (anggaran Oktober 2012).

7. Bangunan ibupejabat Tingkat Bawah disewa kepada LKIM (RM2,000). Tingkat satu disewa kepada Warisan Biduanda
(RM1,200) dan Tingkat 2 disewa kepada Syaraman Sdn Bhd (RM1,800) dengan jumlah besar RM5,000 sebulan.

Menurut laporan tersebut, LKIM amat peka dengan situasi kerugian berterusan dan kes-kes mahkamah yang dihadapi oleh Majuikan.

Sejak pertengahan tahun 2011, menurut laporan itu lagi, LKIM telah menerima beberapa cadangan daripada Majuikan seperti rancangan pengsrukturan semula, pembelian pengurusan (management buyout - MBO) dan pengecilan syarikat.

Bagaimanapun, tambahnya, LKIM mengalami kekangan berikutan kes-kes mahkamah yang dihadapi oleh Majuikan di mana mempunyai risiko yang tinggi sama ada akan digulung oleh pihak plaintif atau penghutang.

Oleh yang demikian, tambahnya, LKIM telah mendapatkan nasihat panel peguam dalam menentukan arah tuju syarikat Majuikan dan sehingga kini pilihan yang terbaik adalah penggulungan secara sukarela.

Bagaimanapun, tambahnya, ia tertakluk kepada keputusan kementerian berkenaan.

Manakala tindakan mengutip hutang akan dilakukan oleh pihak yang akan dilantik oleh mahkamah melalui likudiasi.
"Bagaimanapun, keputusan bagi perlaksanaan ini bergantung kepada kelulusan menteri," katanya.
Pensyarah sementara UiTM dilantik tanpa bukti tamat pengajian
5:46PM Okt 15 2012
LAPORAN AUDIT Semakan audit mendapati 15 penerima biasiswa - yang terdiri daripada seorang peringkat PhD dan 14 peringkat sarjana - telah dilantik sebagai pensyarah sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003 hingga 2009 tanpa bukti mengemukakan bukti telah tamat pengajian.

Mereka telah dilantik berdasarkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM), demikian menurut laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.

"Mengikut borang tersebut 15 penerima biasiswa itu menyatakan telah menamatkan pengajian tetapi masih belum menerima keputusan rasmi daripada Universiti berkaitan.

"Pelantikan ini adalah bertentangan dengan prosedur pelantikan pensyarah sementara kerana tidak mengemukakan bukti tamat pengajian," kata laporan tersebut.

Katanya, ini disebabkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM tidak menghendaki sesalinan skrol, transkrip atau pengesahan universiti tempat pengajian dikemukakan bersama sebagai bukti tamat pengajian.

"Oleh itu semua 15 pensyarah sementara ini telah berkhidmat selama dua hingga lapan tahun tetapi tidak dapat diserap ke jawatan tetap.

"Pada pendapat Audit, UiTM hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi Universiti berkaitan bagi memastikan 15 pensyarah sementara tersebut telah tamat pengajian dengan jayanya," kata laporan tersebut.

Selain itu, tambahnya, UiTM perlu memastikan semua penerima biasiswa TPM mengemukakan bukti tamat pengajian dengan jayanya semasa melaporkan diri.

"UiTM memaklumkan pemegang biasiswa bertanggungjawab memberitahu UiTM jika ada perubahan status Ijazah sepertimana perkara 10 (d) dalam Memorandum Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa.

"Selain itu, Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk) pada 27.02.2012 telah membuat keputusan pemegang biasiswa TPM yang melaporkan diri selepas tamat tempoh pengajian tanpa mengemukakan salinan surat Senat bagi pengesahan tamat pengajian, tidak akan dilantik ke jawatan pensyarah," kata laporan itu lagi.

Menurut laporan itu, semakan Audit mendapati JPSM (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia) dan JPbSM tidak  mempunyai prosedur kerja yang lengkap untuk pengurusan biasiswa TPM.

"Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur. Selain itu, Pejabat PUU tidak mempunyai prosedur kerja terperinci berkenaan tempoh masa dan kekerapan bagi pengeluaran notis serta surat peringatan," tambahnya.

Sementara itu, tambahnya, semakan lanjut terhadap 48 fail pemegang biasiswa TPM yang pecah kontrak di Pejabat PUU mendapati ia tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini, kata laporan itu lagi.

Menurutnya, proses kerja yang tidak lengkap menyebabkan tindakan undang-undang dan susulan sukar diambil kerana didapati lima fail tiada dokumen asal perjanjian dan surat tawaran. 30 fail tiada dokumen asal perjanjian dan kesemua 48 fail itu tiada kertas minit dan senarai semak kandungan.

Sementara itu, dalam jawapannya, UiTM memaklumkan mengenai penambahbaikan terhadap memorandum baru biasiswa dengan memasukkan klausa tambahan iaitu pegawai hendaklah mengemukakan surat Senat/surat pengesahan universiti tempat pengajian semasa atau selepas melaporkan diri sebagai bukti tamat pengajian.

UiTM juga telah memberi maklumbalas pada 25 Jun 2012 berdasarkan surat daripada Jabatan Audit Negara bertarikh 14 Jun 2012 mengenai Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2011.

Dalam surat tersebut, UiTM memohon para 10.4.4.1 -“JPSM dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap dengan pengurusan biasiswa TPM. Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur” digugurkan kerana JPSM tidak terlibat dengan pengurusan biasiswa TPM, hanya melibatkan urusan pelantikan TPM sebagai pensyarah.

JPbSM pula, jelas UiTM, mempunyai prosedur kerja yang lengkap dan terperinci melibatkan pengurusan biasiswa sepertimana yang telah dilampirkan selepas mesyuarat 'exit conference' pada 27 April 2012.

"PUU dalam proses merangka prosedur kerja yang lengkap melibatkan urusan mengambil tindakan undang-undang ke atas tindakan pecah kontrak.

"Bagi proses tindakan undang-undang, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia hanya mengemukakan salinan dokumen berkaitan untuk tindakan pihak PUU," jelas UiTM.
Mindef bayar RM3.2b untuk kuarters 'tak memuaskan'

  • Aidila Razak
  • 6:19PM Okt 15 2012
Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.
Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.

NONELaporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.

Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL – satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn  Bhd.

Menurut laporan tersebut, USL didapati "tidak berpengalaman" dan pegawai teknikal syarikat itu pula "kurang kompeten" untuk menyiapkan projek tersebut.
Nurul Izzah dakwa Felda beli sawit segar murah

  • Nigel Aw
  • 1:24PM Okt 15 2012
dikemaskini PKR hari ini menyelar tindakan Felda yang didakwa membeli buah sawit segar di bawah harga pasaran yang akan menjejaskan pendapatan peneroka.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa Felda hanya membayar kira-kira 10 peratus daripada harga pasaran.

Penang local council forum Nurul IzzahBercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, beliau mendakwa maklumat itu diperoleh daripada memo yang dihantar menggunakan kepala surat Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Memorandum itu memaklumkan, berkuatkuasa 1 Oktober, semakan semula harga tandan buah segar (FFB) berdasarkan harga pasaran Crude Palm Oil (CPO) ditolak RM200 untuk setiap tan metrik.

Tindakan itu, seperti dibacakan Nurul Izzah, diambil ekoran pasaran yang tidak stabil dan permintaan rendah.

Justeru, anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata, peneroka sekarang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus.

Beliau menyifatkan situasi itu ibarat "sudah jatuh, ditimpa tangga".
VIDEO l 4.58 min
MP DAP masih tak puashati laporan audit lewat

  • Hazlan Zakaria
  • 2:49PM Okt 15 2012
Dua ahli parlimen pembangkang membidas kerajaan ekoran kelewatan dua minggu dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011 di Dewan Rakyat.

Dua ahli parlimen tersebut ialah Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

NONEPerkara itu dibangkatkan oleh Fong dan disokong oleh Kulasegaran
selepas sesi soal jawab di Dewan pagi ini.

Kulasegaran menegaskan bahawa konvensyen parlimen Westminster menentukan bahawa laporan audit perlu dibentangkan bersama dengan bajet.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar menolak aduan mereka dengan berkata, setahu beliau, tidak terdapat konvensyen berkaitan pembentangan laporan tersebut pada masa tertentu.

Menurut Wan Junaidy, sebarang laporan dibentangkan pada bila-bila masa Dewan bersidang.

Beliau mengingatkan ahli parlimen bahawa ada masa sewaktu perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan tersebut yang dibentangkan pagi ini.
Nazri: Laporan audit puji Pakatan bukti tiada niat jahat

  • Abdul Rahim Sabri
  • 7:10PM Okt 15 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata laporan Ketua Audit Negara yang memuji peningkatan hasil negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat membuktikan kerajaan tidak ada "niat jahat" untuk menyembunyikan fakta dalam laporan tersebut.

"Kalau kita nak menyembunyikan fakta, kita sepatutnya mencari jalan untuk menutup pujian (Ketua) Audit Negara yang diberikan kepada Pakatan. Itu sahaja (sudah) membuktikan kita tidak ada niat (jahat).

"Ini membuktikan ada negeri Pakatan yang bagus dan ada negeri yang diperintah BN yang bagus... Mana yang bagus kita mengucapkan tahniah," katanya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung laporan audit negara yang dibentang hari ini memuji kenaikan hasil di negeri yang ditadbirkan Pakatan Rakyat.

Nazri juga berkata kenaikan hasil kerajaan merupakan hasil usaha yang dilakukan agensi badan kerajaan termasuk pihak kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Sejambak bunga kita boleh berikan (kepada mereka), bukan kepada menteri-menteri kerana yang buat kerja adalah mereka semua (badan kerajaan)," katanya Nazri.

MP Padang Rengas itu berkata tujuan laporan itu dibentangkan hari ini – selepas dua minggu Bajet 2013 dibentangkan – untuk membolehkan ahli parlimen memfokuskan kepada perbahasan bajet terlebih dahulu.

Ahli dewan juga mempunyai masa seminggu untuk meneliti laporan tersebut memandangkan minggu ini adalah minggu para menteri menggulung perbahasan, katanya.

"Sebab itulah kita mengeluarkan laporan audit hari ini. Itulah alasan kita. Kalau dituduh hendak menyembunyikan sesuatu, lebih baik tak usah bentang langsung.

"Tapi akhirnya kita bentangkan juga... kerana alasan tadi. Dan ia tidak menyalahi apa-apa peraturan Dewan Rakyat," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail bahawa laporan audit itu disaring sebelum dibentangkan, Nazri berkata dakwaan tersebut "tidak berasas".

"Dalam pengurusan kewangan negara, tidak ada kemampuan bagi kita untuk menyembuyikan apa-apa kerana rakyat sekarang sudah canggih.

"Saya kira dia cakap demikian kerana saya kira, kalau dia dalam kerajaan, dia nak buat macam tu kot?... Jadi orang yang jahat sahaja memikir perkara yang jahat," katanya.

Sehubungan itu, perkara tersebut "tidak perlu diambil berat" memandangkan dakwaan itu dibuat tanpa bukti kukuh.
'Bagaimana 9 peratus mahu bentuk negara Kristian?'

  • Susan Loone
  • 11:54AM Okt 15 2012
Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

NONEBerdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.

"Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat," katanya.

Bercakap dalam forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.

Kira-kira 40 peserta hadir dalam program tiga jam itu. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Fadlullah Jamil dan Presiden Insitut Al-Qaiyyim Abdul Rasyid Idris turut bertindak sebagai ahli panel.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pada 9 Oktober lalu mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan kemenangan DAP di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

DAP Sarawak bagaimanapun sehari selepas itu menafikannya dan menyifatkan dakwaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Tiada ulasan: