Musa Hassan tarik balik saman terhadap Anwar
Bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik balik saman
fitnah terhadap Datuk seri Anwar Ibrahim berkaitan laporan polis oleh
ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka bukti dalam perbicaraan
Liwat 1.Penarikan balik saman oleh Musa bekas direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman di mahkamah yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.
Peguam N Surendran yang mewakili Anwar berkata ekoran penarikan balik saman tersebut, mereka tidak menuntut kos.
Daging kerbau, makanan luput tarikh di kantin sekolah
LAPORAN AUDIT Kantin
di sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik/vokasional,
teknikal dan sekolah agama bantuan kerajaan menyajikan daging kerbau
beku yang diimport dan bukannya daging lembu segar seperti dalam kontrak
perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), Laporan Ketua Audit Negara
2011.Bukan sahaja makanan yang tidak mematuhi keperluan nutrien, malah setor kantin-kantin tersebut juga menyimpan barangan yang telah luput tarikh guna dan jenama makanan yang tidak diluluskan oleh kementerian.
Mengikut kontrak, kontraktor hendaklah memastikan bahan makanan seperti bahan mentah dan bahan kering yang digunakan berkualiti,
halal, tidak luput tarikh guna, mengikut spesifikasi, jenama dan tertakluk kepada akta makanan yang sedang berkuatkuasa.
Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh pihak berkuasa manakala ikan hendaklah dalam keadaan segar.
Semakan Audit mendapati sebahagian daripada syarat kontrak ini tidak dipatuhi oleh kontraktor kantin. Ini adalah penemuan audit di 30 kantin sekolah di Terengganu, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Selangor.
Sepuluh kantin menggunakan bahan mentah seperti daging kerbau yang dimport dan ikan sejuk beku yang tidak segar untuk hidangan pada murid, manakala kantin di 21 sekolah lagi tidak membekalkan item bahan kering mengikut jenama, spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan dalam kontrak.
Sebagai contoh, pengusaha kantin tidak menggunakan Horlicks seperti yang dinyatakan dalam kontrak, tetapi sebaliknya menggunakan Coco Tiger.
Mereka tidak menggunakan minyak masak jenama Pisau seperti dalam kontrak tetapi menggunakan bukan minyak masak Mibo.
Bagi kicap pula, mereka sepatutnya menggunakan kicap cap Kipas dan cap Ayam. Tetapi mereka menggunakan kicap cap Angsa Mas.
Manakala kordial Sunquick digunakan menggantikan jus Peel Fresh.
Sos tiram, sos tomato dan mentega yang telah luput tarikh guna, seawal dua bulan sebelum diaudit, ditemui di beberapa setor manakala sebuah sekolah di Johor menggunakan minyak masak yang diisi dalam botol minyak terpakai.
Sedang mengikut kontrak, minyak masa hendaklah dibekal dalam tin atau botol bermetri dan apabila digunakan untuk menggoreng hanya dibenarkan untuk digunakan sekali sahaja..
Seorang pengendali kantin sekolah di Selangor menggunakan bahan perasa makanan yang tidak digalakkan, manakala pewarna dan perisa minuman digunakan di sekolah-sekolah di Johor.
Seorang pengendali kantin sekolah di Sabah pula didapati menghidangkan mi kosong tanpa sayur-sayuran, dan ini melanggar kontrak, manakala yang lain menggunakan bekas memasak yang berkarat dan dimasak di kawasan yang kotor.
Dalam reaksinya, Kementerian Pelajaran berkata ia akan menyiasat perkara itu dan memberi amaran terhadap pengendali kantin terbabit dan mengambil tindakan terhadap mereka jika tidak terdapat sebarang peningkatan.
"Kementerian mengambil perhatian serius. Menggunakan minyak masak yang diisi di dalam botol minyak terpakai merupakan satu tindakan penipuan... pihak kontraktor telah diberi peringatan tegas bagi memastikan perkara ini tidak berulang.
"Pihak sekolah telah membuat teguran kepada pihak kontraktor berkenaan kawalan pnggunaan bahan serta perasa makanan yang tidak digalakkan di dalam penyediaan makanan dan minuman di sekolah."
Mengikut kontraktor, mereka menggunakan daging kerbau dan ikan yang sejuk beku yang tidak segar kerana kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak untuk hidangan kepada murid.
Nakhaie pula sokong Haron Din ganti Nik Aziz
Seorang
lagi bekas pemimpin PAS Datuk Nakhaie Ahmad tampil menyatakan sokongan
kepada saranan bekas rakan sejawatannya dalam parti itu, Datuk Hasan
Ali, yang menggesa supaya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan
jawatan mursyidul am parti.
Kenyataannya itu disuarakan ketika Hasan, yang menyarankan supaya jawatan itu digantikan oleh timbalan mursyidul am Datuk Haron Din, menerima kritikan keras daripada pemimpin PAS atas saranannya itu.
Laporan akhbar pro-BN, Berita Harian hari ini menyatakan Nakhaie membuat saranan itu kerana percaya kenyataan Nik Aziz sejak kebelakangan ini bertentangan dengan prinsip PAS untuk memperjuangkan negara Islam.
Nakhaie (kiri) juga menyifatkan Nik Aziz sebagai "liabiliti" kepada PAS dan "ada ketikanya terlalu memuji DAP sehingga mengakibatkan PAS dilihat berpuak-puak".
"Ada ketikanya pimpinan PAS lain terpaksa mempertahankan semua kenyataannya walaupun kadangkala ai memberi impak negatif terhadap parti," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau mendakwa, tindakan Nik Aziz yang menyokong DAP walau parti itu mempertikai pelaksanaan hudud "menimbulkan kemarahan ahli, pengikut dan pemimpin" PAS.
Nakhaie yang menyertai Umno pada 1989 juga mendakwa, pemimpin berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan perkara itu kerana hormat pada Nik Aziz.
Nakhaie merupakan antara individu yang terlibat dalam penganjuran seminar pada Selasa lalu yang menampilkan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Laporan Berita Harian itu juga menyebut bahawa PAS akan membentuk jawatankuasa khas untuk menjelaskan isu parti tersebut kepada Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad yang menyuarakan kritikan ke atas asas perjuangan parti itu.
Laporan yang memetik kenyataan anggota jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad itu menyebut, jawatankuasa itu akan memberi penjelasan kerana Shahnon mungkin terpengaruh dengan berita dan khabar angin.
16 Oktober 2012
SHAH ALAM - Pemuda Pas berkata pihaknya ada tiga bukti Umno
terpaksa tunduk terhadap ugutan dan tindak tanduk MCA terutamanya dalam
isu-isu berkenaan dengan Islam.
Ketuanya, Nasrudin Hassan mendakwa, pada 23 September 2011, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pernah menegaskan di hadapan media, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN).
Katanya, ekoran ugutan keras MCA itu, sehingga kini Umno terpaksa 'menikus' demi kepentingan survival politik mereka.
"Bukti kedua, pada 4 Disember 2011, selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.
"Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita disamping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam," katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.
Ujar beliau lagi, bukti ketiga terhadap dakwaan beliau ialah Umno bertambah 'kecut' apabila berdepan MCA apabila Presiden MCA itu menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012, sebagai respons kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor bahawa: "Adun Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam."
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha yang menempelak kenyataan beliau apabila menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti-Islam.
Semalam, Cho Ha menimbulkan persoalan di sebalik dakwaan Ketua Pemuda Pas itu dan mengemukakan soalan adakah Pas juga menganggap DAP sebagai anti-Islam?
Nasrudin turut mempersoalkan mengapa Cho Ha mengemukakan pertanyaan sedemikian sedangkan dakwa beliau, pemimpin-pemimpin MCA, terutamanya dalam media milik mereka secara konsisten menegaskan kepada masyarakat bukan Islam bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud.
"Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud dan apa masalah DAP bersama Pas dalam Pakatan Rakyat (PR)?
"Apa perlunya Pas menganggap DAP anti-Islam pula? MCAlah yang sangat ketara sikap anti-Islamnya kerana pemimpin MCA juga selalu mengulangi kenyataan bahawa 'DAP tunduk kepada Pas'," dakwa beliau lagi.
Sehubungan itu, Nasrudin berpendapat, persoalan yang dikemukakan oleh Cho Ha itu tidak wajar dibangkitkan, sebaliknya apa yang pasti, MCA masih tegar menentang Islam.
Malahan, menurut Nasrudin, jika dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas parti komponen BN itu agar tidak biadab terhadap Islam serta penganutnya seperti menuduh hilang akal dan habis idea.
15 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Kira-kira 300 petugas di bangunan Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) Kuala Lumpur, Kampung Attap di sini digemparkan hari ini
dengan panggilan mengenai "lima butir bom" akan diletupkan.
Panggilan tersebut diterima oleh seorang operator telefon LHDN kira-kira pukul 9.30 pagi mengakibatkan petugas di bangunan bergegas mengosongkan bangunan setinggi 21 tingkat itu.
Seorang pekerja Kumpulan Wang Simpanan Guru yang ditempatkan di bangunan berkenaan, Aishah Salim berkata, beliau difahamkan operator telefon tersebut menerima panggilan yang mengatakan terdapat bom dalam salah satu pejabat LHDN di bangunan itu yang akan meletup pukul 10.30 pagi.
"(Lelaki) Pemanggil tersebut mengatakan beliau tidak suka LHDN dan akan meletupkan pejabat LHDN yang terletak di tingkat 20 dan 21," kata Aishah, 40, kepada pemberita.
Ekoran itu, pihak pengurusan bangunan terus mengarahkan bangunan dikosongkan sebelum menghubungi pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima maklumat mengenai bom itu daripada seorang pegawai keselamatan bangunan tersebut pukul 10.11 pagi sebelum menghantar unit bom ke tempat kejadian.
"Unit bom telah membuat 'flushing' di tempat kejadian dan kita juga arahkan semua staf untuk meninggalkan bangunan tersebut.
"Siasatan di tempat kejadian kemudiannya tidak menjumpai apa-apa yang disyaki dan pekerja dibenarkan memasuki bangunan semula," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. - Bernama
16 Oktober 2012
(Wartawan yang menyertai Misi Kemanusiaan ke Myanmar anjuran Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) baru-baru ini)
Kehilangan 11 ahli keluarga tersayang dalam sekelip mata sudah cukup memberi trauma. Apatah lagi kedua-dua ibu bapa dan dua daripada tiga anaknya antara yang nyawanya diragut. Air mata memang sudah menjadi mainan Saidatul Nisa Abu Sayaf, 25.
Kini, yang tinggal hanya suami dan seorang anak, tempat bergantung harap serta saudara sesama Muslim yang bersama menumpang teduh di Kem Penempatan Sementara Penduduk di Bawdhupa, sejak tercetusnya pergolakan etnik di Rakhine, Mei lalu.
Dengan wajah hiba, wanita Rohingya ini menceritakan kisahnya. Sepatah demi sepatah jawapan yang keluar daripada mulut wanita ini, walau penulis tidak memahami bahasa yang dituturkannya. Mujur, seorang lelaki Rohingya yang boleh bertutur Bahasa Melayu, membantu menterjemah kata-katanya.
Daripada apa yang dikongsi, timbul rasa simpati kepada wanita ini. Dengan disaksikan puluhan manusia yang mengelilingi kami, ditambah sinaran matahari terik di atas kepala, rentetan hidupnya benar-benar menyentuh hati. Andainya diri berada di tempat wanita ini, adakah kita sekuat dia?
Kongsi penderitaan
Realitinya, bukan wanita ini sahaja yang kehilangan ahli keluarga dan sanak saudara, malah ramai lagi yang tampil bercerita kepada kami kepayahan dan penderitaan mereka. Hakikatnya, kehilangan seorang ahli keluarga sahaja sudah meninggalkan kesan tragis dalam diri, apatah lagi 11 orang insan tersayang sekali gus.
Kisah wanita ini, antara puluhan yang dikongsi oleh masyarakat Rohingya apabila rombongan sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dalam Misi Kemanusiaan ke Myanmar seramai 56 orang, menjejakkan kaki di kem penempatan sementara penduduk di sekitar Rakhine, Sittwe.
Mereka bukan sekadar kehilangan insan-insan tersayang, tetapi desakan meneruskan kehidupan memaksa mereka melalui kesukaran dengan segala keterbatasan di bumi bertuah Myanmar.
Perintah berkurung dari jam 7 malam sehingga 6 pagi, makanan dicatu, tiada sekolah, tiada kemudahan klinik yang sempurna, rumah yang serba daif dengan tiada bekalan elektrik dan air yang sempurna.
Itu yang mereka lalui ketika ini di Rakhine yang pastinya membuatkan hati sukarelawan hiba dan insaf. Dari raut wajah mereka, sudah cukup menggambarkan kepayahan hidup yang mereka alami.
Paling meruntun hati dan perasaan sukarelawan, tatkala doa dibacakan oleh wakil KP1M, Ustaz Rusdin Mahamud, titis jernih air mata mengalir di pipi mereka, hatta kanak-kanak dan golongan dewasa Rohingya.
Air mata itu seolah-olah menggambarkan keperitan hidup yang mereka dilalui, hanya berserah kepada Maha Pencipta, bilakah penderitaan ini akan berakhir.
Barangkali juga air mata itu tanda syukur kepada Ilahi, buat pertama kalinya, ada pihak luar yang simpati akan nasib yang menimpa mereka. Berulang kali ucapan terima kasih meniti di bibir.
Dan buat kanak-kanak Rohingya, sebatang gula-gula lolipop begitu besar ertinya. Mungkin itu pertama kali mereka menikmati manisan sebegitu seumur hidup, walaupun terpaksa berpusu-pusu dan berebut-rebut mendapatkannya.
Bagi pakar perubatan yang turut sama dalam misi, masa yang singkat dimanfatkan sebaiknya dengan memberi keutamaan kepada warga emas dan kanak-kanak. Pilu melihat susuk tubuh mereka yang lesu dan tidak bermaya akibat kurang pemakanan berkhasiat.
Tiba saatnya, setiap pertemuan pasti diiringi perpisahan. Ketika rombongan sukarelawan berlalu pergi, lambaian sayu dan linangan air mata mengiringi pemergian kami dan sukar mentafsir erti pandangan mereka.
Pastinya kami, peserta sukarelawan begitu terkesan akan senario kehidupan mereka. Meski serba daif, mereka terus tabah dan kuat meneruskan kehidupan yang belum pasti. Doa kami, semoga ada cahaya di hujung terowong buat masyarakat Rohingya suatu masa nanti.
Agih bantuan
Misi Kemanusiaan KP1M ke Myanmar membawa 580 tan bantuan kepada penduduk Myanmar yang ditempatkan di kem-kem tanpa mengira kaum dan agama sejak tercetusnya perbalahan etnik di Rakhine, Sittwe.
Atas nama kemanusiaan, Malaysia membuktikan bantuan yang disalurkan oleh KP1M merentasi agama dan kaum di Rakhine.
Pelbagai barangan keperluan berupa makanan, minuman dan bekalan perubatan diagihkan sebaik kapal yang membawa bantuan tiba dari Yangon, 4 Oktober lalu di Pelabuhan Sittwe.
Sepanjang tiga hari di Rakhine, lapan kem dan dua kampung Rohingya dan Buddha serta sebuah hospital telah menerima bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Dianggarkan lebih 75,000 Rohingya ditempatkan di beberapa pusat penempatan di seluruh Sittwe manakala penganut Buddha pula ditempatkan di beberapa pusat penempatan berasingan.
Usaha KP1M ini berjaya mencatat sejarahnya apabila buat pertama kalinya, Myanmar membenarkan peserta misi bantuan masuk ke negara itu dalam jumlah yang ramai.
Walaupun pelbagai kekangan pada awalnya, hubungan dua hala dan kerjasama baik yang terjalin antara Malaysia dan Myanmar, merealisasikan harapan KP1M.
Selaku penaung KP1M, sokongan dan peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu berkesan untuk meyakinkan Presiden Myanmar, Thein Sein untuk merealisasikan usaha ini.
Duta Malaysia di Myanmar, Dr Ahmad Faizal Muhamad pada mulanya, mengakui misi ini dilihat sebagai mustahil. Masakan tidak, tiada negara luar mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibenarkan oleh kerajaan Myanmar untuk menghulurkan bantuan.
“Sebaik sahaja misi ini tiba di Yangon, saya berdoa supaya bantuan yang ingin disampaikan kepada penduduk Myanmar ini berhasil kerana bagi saya misi ini adalah mustahil. Namun hasil kerjasama baik antara kedua-dua negara, akhirnya ia dapat direalisasikan,” katanya.
Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kejayaan misi ini membuktikan keakraban kepimpinan negara, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepimpinan kerajaan Myanmar iaitu Presiden Thein Sein.
“Kerana itulah kita amat dihormati dan disegani dan walaupun pelbagai kekangan dan rintangan kami hadapi, tetapi akhirnya mereka membuka segala ruang untuk kita melakukan misi tersebut,” katanya.
Azeez berkata, perancangan rapi selama dua bulan diperlukan bagi mengatur misi ini, meskipun sebelum ini berpengalaman menganjurkan 26 misi di negara luar yang terlibat dalam kancah peperangan atau dilanda bencana alam.
Beliau mengakui walaupun misi ke-27 KP1M ke Myanmar yang paling sukar, namun bersyukur dengan kelancaran misi tersebut dan meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Myanmar di atas kerjasama yang sangat baik selain mengawal
keselamatan sukarelawan dengan baik.
Syukuri nikmat perpaduan
Bagi semua peserta misi ini, banyak pengalaman yang kami peroleh dan pelajari sepanjang tiga hari berada di Rakhine, Sittwe.
Pergolakan etnik yang berlaku, menjadi pengajaran dan iktibar yang cukup berguna supaya jangan sesekali mencemari perpaduan dan kesejahteraan yang telah kita nikmati.
Rakyat Malaysia yang dikurniakan keamanan dan kemewahanhidup seharusnya bersyukur dengan kemakmuran yang telah kita kecapi selama 55 tahun kemerdekaan negara.
Elakkan perkara menyentuh sensitiviti kaum, bangsa dan agama rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Jangan ada sikap hasad dengki, dendam dan iri hati kerana nikmat yang kita peroleh di negara bertuah Malaysia, jauh lebih baik daripada mereka.
Perlu diingat, keamanan dan kemakmuran negara yang kita peroleh kini, tidak berlaku sekelip mata. Bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan dan berharap negara tercinta ini akan terus aman, makmur dan sejahtera selamanya.
16 Oktober 2012
ROMPIN - Polis mencari tiga lelaki warga Indonesia berusia lingkungan
20-an bagi membantu siasatan kes samun dan pecah rumah di daerah ini
awal pagi Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan, Johari Jahaya berkata, ketiga-tiga lelaki yang dikehendaki polis itu dikenali sebagai Budin, Usop dan Iskandar.
Menurutnya, mereka adalah satu kumpulan yang amat diperlukan bagi membantu polis menangani beberapa kes pecah rumah dan samun yang bukan saja berlaku di Rompin malah di negeri ini.
“Ketiga-tiga lelaki ini amat penting bagi membantu polis menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan samun termasuk kejadian terbaru di Kampung Bangkong minggu lalu,” katanya.
Johari berkata, polis minta sesiapa yang mempunyai maklumat tiga lelaki itu supaya segera hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fairuz Ahmad (019-2771382) atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Rompin) (09-4145222).
“Polis difahamkan, ketiga-tiga individu yang dikehendaki ini juga pernah bekerja sebagai buruh ladang di Johor,” katanya.
Sinar Harian Jumaat lalu melaporkan tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun dua rumah di Kampung Bangkong, awal pagi Khamis lalu.
Bagaimanapun, seorang suspek berjaya dicekup sewaktu cuba melarikan diri dalam kelambu di sebuah ladang kelapa sawit di kampung itu.
Kesemua suspek dipercayai memecah masuk sebuah rumah kira-kira jam 3.35 pagi sewaktu seorang mangsa sedang tidur.
Pemilik rumah itu hanya menyedari rumahnya dipecah masuk kira-kira jam 6 pagi selepas kejadian dan mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak akibat digeledah.
Suspek kemudiannya memecah masuk pula sebuah lagi rumah tidak jauh dari situ kira-kira jam 4.30 pagi dan mengugut seorang mangsa di sebuah bilik di rumah itu dengan menggunakan parang.
Kesemua suspek dipercayai melarikan diri ke sebuah ladang di kampung itu sebelum ditemui sedang lena dalam kelambu.
Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya meloloskan diri daripada dicekup polis sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan di tempat persembunyian mereka.
16 Oktober 2012
KIJAL – Seorang pelajar tingkatan empat maut dalam keadaan mengerikan
selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta
BMW, di Kilometer 136.2 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Gerai
Lemang Kijal, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Che Ku Mohd Shafiq Asmawi Che Ku Mohd Sani, 16, beralamat di Taman Air Jerneh, Kemasik yang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, mati serta merta di tempat kejadian.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Kerteh itu yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 Dream, dipercayai berlanggar secara berdepan dengan kereta yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa tercampak ke tepi jalan.
Sejurus kemalangan itu, motosikal ditemui kira-kira 42 meter dari tempat mangsa yang juga anak sulung dari empat beradik terbaring.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian itu berkata, akibat pertembungan itu motosikal yang dinaiki mangsa terputus dua, sementara kereta BMW yang dinaiki seorang kontraktor remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan hasil pemeriksaan didapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah pada bahagian dada kanan dan paha kanan. Jenazahnya dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2 pagi.
“Bagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan. Justeru kita harapkan orang awam yang melihat kejadian tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan,” katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh datang ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 09-859 2222.
16 Oktober 2012
DUNGUN - Impian seorang suami untuk menimang cahaya mata kedua tidak
kesampaian apabila dia menemui ajal dipercayai lemas ketika memancing di
sebatang sungai, berdekatan rumahnya, dekat sini, Sabtu lalu.
Mohd Sufian Ramli, 26, sedang menunggu saat kelahiran anak keduanya itu selepas mendirikan rumah tangga hampir lima tahun bersama Mazila Mohamad, 25.
Mazila berkata, dia dijangka melahirkan anaknya bulan depan, namun mereka berdua masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir.
Katanya, pemergian suaminya secara tiba-tiba itu amat mengejutkan, apatah lagi di saat dia amat memerlukan suami di sisi untuk menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Menurut Mazila, dia tidak menyangka perkara buruk bakal berlaku pada suaminya kerana pada hari kejadian, tiada sebarang perubahan ditunjukkan arwah yang bekerja sebagai operator mesin rumput di sebuah syarikat yang
menjalankan kerja pembersihan di Bukit Bauk itu.
“Hari itu semasa keluar, dia tidak beritahu apa-apa, cuma cakap dia takkan pulang lagi.
“Saya cuma faham yang dia tidak akan balik ke rumah kerana masa itu dia tinggalkan saya di rumah ibunya, tak sangka pula dia benar-benar pergi buat selamanya,” kata Mazila yang masih sedih dengan kejadian itu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Mohd Sufian yang keluar memancing disedari hilang setelah mangsa yang berasal dari Kampung Alor Mak Bah itu tidak hadir kenduri 40 hari arwah bapanya di rumahnya dekat Delong.
Bapa saudara arwah, Mohd Rosli Hamzah, 43, yang mengesyaki perkara buruk mungkin berlaku pada mangsa yang difahamkan turut menghidap sawan itu, kemudiannya cuba menjejaki anak saudaranya itu dengan mencarinya di sungai berdekatan sebelum menemui sepasang selipar, joran serta dua ekor ikan dalam bot gentian kaca milik arwah tersadai di sebatang pokok.
Namun, mayat mangsa kemudiannya ditemui pasukan penyelamat di dasar sungai, di lokasi dia dipercayai hilang jam 9.46 pagi keesokan harinya.
Hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa akibat lemas dan polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut.
16 Oktober 2012
PERSIARAN GURNEY – Pengalaman terjumpa rantai emas dalam timbunan
sampah tidak mungkin akan dilupakan seorang pemungut barangan terpakai,
Boon Siew Chin, 65, dari Tanjung Tokong di sini.
Dia yang melakukan pekerjaan itu selama 12 tahun, berkata, ia adalah barangan berharga pertama dijumpainya di Pantai Persiaran Gurney.
“Setiap pagi saya akan ke sini untuk kutip botol, kotak dan juga barang-barang yang boleh digunakan semula, tetapi pada hari yang bertuah itu saya terjumpa kotak kecil dalam selut dan sampah.
“Selepas membukanya saya amat terkejut kerana ada rantai emas dan saya segera membawanya ke kedai emas untuk bertanyakan jika ia tulen atau tidak, rupa-rupanya memang emas tulen,” katanya.
Punca pendapatannya itu pernah dianggap gila oleh sesetengah sanak saudaranya kerana biasanya orang mengutip siput ataupun kerang di tepi-tepi laut ketika air surut, berbeza bagi Siew Chin yang lebih suka mengutip sampah.
Siew Chin memaklumkan rutinnya bermula setiap pagi iaitu seawal jam 7 hinggalah 10 pagi ketika air sedang surut.
“Ini kerja yang saya buat kalau orang tidak panggil saya untuk cat rumah atau baiki paip air. Kalau datang sini memang saya boleh punggah dua guni botol.
“Botol yang saya kutip ini banyak di permukaan selut. Daripada air laut telan botol ini, lebih baik saya ambil dulu dan jual. Boleh buat duit,” katanya.
Pantai di sepanjang Persiaran Gurney sememangnya menjadi tempat paling popular dikunjungi orang ramai, khasnya pada waktu malam.
Namun mendukacitakan apabila pada waktu siang keadaan lautnya begitu kotor dan menjijikkan dengan selut dan taburan sampah yang dibuang orang ramai.
Kenyataannya itu disuarakan ketika Hasan, yang menyarankan supaya jawatan itu digantikan oleh timbalan mursyidul am Datuk Haron Din, menerima kritikan keras daripada pemimpin PAS atas saranannya itu.
Laporan akhbar pro-BN, Berita Harian hari ini menyatakan Nakhaie membuat saranan itu kerana percaya kenyataan Nik Aziz sejak kebelakangan ini bertentangan dengan prinsip PAS untuk memperjuangkan negara Islam.
Nakhaie (kiri) juga menyifatkan Nik Aziz sebagai "liabiliti" kepada PAS dan "ada ketikanya terlalu memuji DAP sehingga mengakibatkan PAS dilihat berpuak-puak".
"Ada ketikanya pimpinan PAS lain terpaksa mempertahankan semua kenyataannya walaupun kadangkala ai memberi impak negatif terhadap parti," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau mendakwa, tindakan Nik Aziz yang menyokong DAP walau parti itu mempertikai pelaksanaan hudud "menimbulkan kemarahan ahli, pengikut dan pemimpin" PAS.
Nakhaie yang menyertai Umno pada 1989 juga mendakwa, pemimpin berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan perkara itu kerana hormat pada Nik Aziz.
Nakhaie merupakan antara individu yang terlibat dalam penganjuran seminar pada Selasa lalu yang menampilkan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Laporan Berita Harian itu juga menyebut bahawa PAS akan membentuk jawatankuasa khas untuk menjelaskan isu parti tersebut kepada Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad yang menyuarakan kritikan ke atas asas perjuangan parti itu.
Laporan yang memetik kenyataan anggota jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad itu menyebut, jawatankuasa itu akan memberi penjelasan kerana Shahnon mungkin terpengaruh dengan berita dan khabar angin.
Pas dakwa Umno 'menikus' depan MCA
16 Oktober 2012
Ketuanya, Nasrudin Hassan mendakwa, pada 23 September 2011, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pernah menegaskan di hadapan media, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN).
Katanya, ekoran ugutan keras MCA itu, sehingga kini Umno terpaksa 'menikus' demi kepentingan survival politik mereka.
"Bukti kedua, pada 4 Disember 2011, selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.
"Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita disamping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam," katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.
Ujar beliau lagi, bukti ketiga terhadap dakwaan beliau ialah Umno bertambah 'kecut' apabila berdepan MCA apabila Presiden MCA itu menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012, sebagai respons kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor bahawa: "Adun Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam."
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha yang menempelak kenyataan beliau apabila menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti-Islam.
Semalam, Cho Ha menimbulkan persoalan di sebalik dakwaan Ketua Pemuda Pas itu dan mengemukakan soalan adakah Pas juga menganggap DAP sebagai anti-Islam?
Nasrudin turut mempersoalkan mengapa Cho Ha mengemukakan pertanyaan sedemikian sedangkan dakwa beliau, pemimpin-pemimpin MCA, terutamanya dalam media milik mereka secara konsisten menegaskan kepada masyarakat bukan Islam bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud.
"Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud dan apa masalah DAP bersama Pas dalam Pakatan Rakyat (PR)?
"Apa perlunya Pas menganggap DAP anti-Islam pula? MCAlah yang sangat ketara sikap anti-Islamnya kerana pemimpin MCA juga selalu mengulangi kenyataan bahawa 'DAP tunduk kepada Pas'," dakwa beliau lagi.
Sehubungan itu, Nasrudin berpendapat, persoalan yang dikemukakan oleh Cho Ha itu tidak wajar dibangkitkan, sebaliknya apa yang pasti, MCA masih tegar menentang Islam.
Malahan, menurut Nasrudin, jika dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas parti komponen BN itu agar tidak biadab terhadap Islam serta penganutnya seperti menuduh hilang akal dan habis idea.
Petugas bangunan LHDN gempar ‘lima butir bom’
15 Oktober 2012
Panggilan tersebut diterima oleh seorang operator telefon LHDN kira-kira pukul 9.30 pagi mengakibatkan petugas di bangunan bergegas mengosongkan bangunan setinggi 21 tingkat itu.
Seorang pekerja Kumpulan Wang Simpanan Guru yang ditempatkan di bangunan berkenaan, Aishah Salim berkata, beliau difahamkan operator telefon tersebut menerima panggilan yang mengatakan terdapat bom dalam salah satu pejabat LHDN di bangunan itu yang akan meletup pukul 10.30 pagi.
"(Lelaki) Pemanggil tersebut mengatakan beliau tidak suka LHDN dan akan meletupkan pejabat LHDN yang terletak di tingkat 20 dan 21," kata Aishah, 40, kepada pemberita.
Ekoran itu, pihak pengurusan bangunan terus mengarahkan bangunan dikosongkan sebelum menghubungi pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima maklumat mengenai bom itu daripada seorang pegawai keselamatan bangunan tersebut pukul 10.11 pagi sebelum menghantar unit bom ke tempat kejadian.
"Unit bom telah membuat 'flushing' di tempat kejadian dan kita juga arahkan semua staf untuk meninggalkan bangunan tersebut.
"Siasatan di tempat kejadian kemudiannya tidak menjumpai apa-apa yang disyaki dan pekerja dibenarkan memasuki bangunan semula," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. - Bernama
Air mata Rohingya...
16 Oktober 2012
Kehilangan 11 ahli keluarga tersayang dalam sekelip mata sudah cukup memberi trauma. Apatah lagi kedua-dua ibu bapa dan dua daripada tiga anaknya antara yang nyawanya diragut. Air mata memang sudah menjadi mainan Saidatul Nisa Abu Sayaf, 25.
Kini, yang tinggal hanya suami dan seorang anak, tempat bergantung harap serta saudara sesama Muslim yang bersama menumpang teduh di Kem Penempatan Sementara Penduduk di Bawdhupa, sejak tercetusnya pergolakan etnik di Rakhine, Mei lalu.
Dengan wajah hiba, wanita Rohingya ini menceritakan kisahnya. Sepatah demi sepatah jawapan yang keluar daripada mulut wanita ini, walau penulis tidak memahami bahasa yang dituturkannya. Mujur, seorang lelaki Rohingya yang boleh bertutur Bahasa Melayu, membantu menterjemah kata-katanya.
Daripada apa yang dikongsi, timbul rasa simpati kepada wanita ini. Dengan disaksikan puluhan manusia yang mengelilingi kami, ditambah sinaran matahari terik di atas kepala, rentetan hidupnya benar-benar menyentuh hati. Andainya diri berada di tempat wanita ini, adakah kita sekuat dia?
Kongsi penderitaan
Realitinya, bukan wanita ini sahaja yang kehilangan ahli keluarga dan sanak saudara, malah ramai lagi yang tampil bercerita kepada kami kepayahan dan penderitaan mereka. Hakikatnya, kehilangan seorang ahli keluarga sahaja sudah meninggalkan kesan tragis dalam diri, apatah lagi 11 orang insan tersayang sekali gus.
Kisah wanita ini, antara puluhan yang dikongsi oleh masyarakat Rohingya apabila rombongan sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dalam Misi Kemanusiaan ke Myanmar seramai 56 orang, menjejakkan kaki di kem penempatan sementara penduduk di sekitar Rakhine, Sittwe.
Mereka bukan sekadar kehilangan insan-insan tersayang, tetapi desakan meneruskan kehidupan memaksa mereka melalui kesukaran dengan segala keterbatasan di bumi bertuah Myanmar.
Perintah berkurung dari jam 7 malam sehingga 6 pagi, makanan dicatu, tiada sekolah, tiada kemudahan klinik yang sempurna, rumah yang serba daif dengan tiada bekalan elektrik dan air yang sempurna.
Itu yang mereka lalui ketika ini di Rakhine yang pastinya membuatkan hati sukarelawan hiba dan insaf. Dari raut wajah mereka, sudah cukup menggambarkan kepayahan hidup yang mereka alami.
Paling meruntun hati dan perasaan sukarelawan, tatkala doa dibacakan oleh wakil KP1M, Ustaz Rusdin Mahamud, titis jernih air mata mengalir di pipi mereka, hatta kanak-kanak dan golongan dewasa Rohingya.
Air mata itu seolah-olah menggambarkan keperitan hidup yang mereka dilalui, hanya berserah kepada Maha Pencipta, bilakah penderitaan ini akan berakhir.
Barangkali juga air mata itu tanda syukur kepada Ilahi, buat pertama kalinya, ada pihak luar yang simpati akan nasib yang menimpa mereka. Berulang kali ucapan terima kasih meniti di bibir.
Dan buat kanak-kanak Rohingya, sebatang gula-gula lolipop begitu besar ertinya. Mungkin itu pertama kali mereka menikmati manisan sebegitu seumur hidup, walaupun terpaksa berpusu-pusu dan berebut-rebut mendapatkannya.
Bagi pakar perubatan yang turut sama dalam misi, masa yang singkat dimanfatkan sebaiknya dengan memberi keutamaan kepada warga emas dan kanak-kanak. Pilu melihat susuk tubuh mereka yang lesu dan tidak bermaya akibat kurang pemakanan berkhasiat.
Tiba saatnya, setiap pertemuan pasti diiringi perpisahan. Ketika rombongan sukarelawan berlalu pergi, lambaian sayu dan linangan air mata mengiringi pemergian kami dan sukar mentafsir erti pandangan mereka.
Pastinya kami, peserta sukarelawan begitu terkesan akan senario kehidupan mereka. Meski serba daif, mereka terus tabah dan kuat meneruskan kehidupan yang belum pasti. Doa kami, semoga ada cahaya di hujung terowong buat masyarakat Rohingya suatu masa nanti.
Agih bantuan
Misi Kemanusiaan KP1M ke Myanmar membawa 580 tan bantuan kepada penduduk Myanmar yang ditempatkan di kem-kem tanpa mengira kaum dan agama sejak tercetusnya perbalahan etnik di Rakhine, Sittwe.
Atas nama kemanusiaan, Malaysia membuktikan bantuan yang disalurkan oleh KP1M merentasi agama dan kaum di Rakhine.
Pelbagai barangan keperluan berupa makanan, minuman dan bekalan perubatan diagihkan sebaik kapal yang membawa bantuan tiba dari Yangon, 4 Oktober lalu di Pelabuhan Sittwe.
Sepanjang tiga hari di Rakhine, lapan kem dan dua kampung Rohingya dan Buddha serta sebuah hospital telah menerima bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Dianggarkan lebih 75,000 Rohingya ditempatkan di beberapa pusat penempatan di seluruh Sittwe manakala penganut Buddha pula ditempatkan di beberapa pusat penempatan berasingan.
Usaha KP1M ini berjaya mencatat sejarahnya apabila buat pertama kalinya, Myanmar membenarkan peserta misi bantuan masuk ke negara itu dalam jumlah yang ramai.
Walaupun pelbagai kekangan pada awalnya, hubungan dua hala dan kerjasama baik yang terjalin antara Malaysia dan Myanmar, merealisasikan harapan KP1M.
Selaku penaung KP1M, sokongan dan peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu berkesan untuk meyakinkan Presiden Myanmar, Thein Sein untuk merealisasikan usaha ini.
Duta Malaysia di Myanmar, Dr Ahmad Faizal Muhamad pada mulanya, mengakui misi ini dilihat sebagai mustahil. Masakan tidak, tiada negara luar mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibenarkan oleh kerajaan Myanmar untuk menghulurkan bantuan.
“Sebaik sahaja misi ini tiba di Yangon, saya berdoa supaya bantuan yang ingin disampaikan kepada penduduk Myanmar ini berhasil kerana bagi saya misi ini adalah mustahil. Namun hasil kerjasama baik antara kedua-dua negara, akhirnya ia dapat direalisasikan,” katanya.
Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kejayaan misi ini membuktikan keakraban kepimpinan negara, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepimpinan kerajaan Myanmar iaitu Presiden Thein Sein.
“Kerana itulah kita amat dihormati dan disegani dan walaupun pelbagai kekangan dan rintangan kami hadapi, tetapi akhirnya mereka membuka segala ruang untuk kita melakukan misi tersebut,” katanya.
Azeez berkata, perancangan rapi selama dua bulan diperlukan bagi mengatur misi ini, meskipun sebelum ini berpengalaman menganjurkan 26 misi di negara luar yang terlibat dalam kancah peperangan atau dilanda bencana alam.
Beliau mengakui walaupun misi ke-27 KP1M ke Myanmar yang paling sukar, namun bersyukur dengan kelancaran misi tersebut dan meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Myanmar di atas kerjasama yang sangat baik selain mengawal
keselamatan sukarelawan dengan baik.
Syukuri nikmat perpaduan
Bagi semua peserta misi ini, banyak pengalaman yang kami peroleh dan pelajari sepanjang tiga hari berada di Rakhine, Sittwe.
Pergolakan etnik yang berlaku, menjadi pengajaran dan iktibar yang cukup berguna supaya jangan sesekali mencemari perpaduan dan kesejahteraan yang telah kita nikmati.
Rakyat Malaysia yang dikurniakan keamanan dan kemewahanhidup seharusnya bersyukur dengan kemakmuran yang telah kita kecapi selama 55 tahun kemerdekaan negara.
Elakkan perkara menyentuh sensitiviti kaum, bangsa dan agama rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Jangan ada sikap hasad dengki, dendam dan iri hati kerana nikmat yang kita peroleh di negara bertuah Malaysia, jauh lebih baik daripada mereka.
Perlu diingat, keamanan dan kemakmuran negara yang kita peroleh kini, tidak berlaku sekelip mata. Bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan dan berharap negara tercinta ini akan terus aman, makmur dan sejahtera selamanya.
Tiga warga Indonesia dicari
16 Oktober 2012
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan, Johari Jahaya berkata, ketiga-tiga lelaki yang dikehendaki polis itu dikenali sebagai Budin, Usop dan Iskandar.
Menurutnya, mereka adalah satu kumpulan yang amat diperlukan bagi membantu polis menangani beberapa kes pecah rumah dan samun yang bukan saja berlaku di Rompin malah di negeri ini.
“Ketiga-tiga lelaki ini amat penting bagi membantu polis menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan samun termasuk kejadian terbaru di Kampung Bangkong minggu lalu,” katanya.
Johari berkata, polis minta sesiapa yang mempunyai maklumat tiga lelaki itu supaya segera hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fairuz Ahmad (019-2771382) atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Rompin) (09-4145222).
“Polis difahamkan, ketiga-tiga individu yang dikehendaki ini juga pernah bekerja sebagai buruh ladang di Johor,” katanya.
Sinar Harian Jumaat lalu melaporkan tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun dua rumah di Kampung Bangkong, awal pagi Khamis lalu.
Bagaimanapun, seorang suspek berjaya dicekup sewaktu cuba melarikan diri dalam kelambu di sebuah ladang kelapa sawit di kampung itu.
Kesemua suspek dipercayai memecah masuk sebuah rumah kira-kira jam 3.35 pagi sewaktu seorang mangsa sedang tidur.
Pemilik rumah itu hanya menyedari rumahnya dipecah masuk kira-kira jam 6 pagi selepas kejadian dan mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak akibat digeledah.
Suspek kemudiannya memecah masuk pula sebuah lagi rumah tidak jauh dari situ kira-kira jam 4.30 pagi dan mengugut seorang mangsa di sebuah bilik di rumah itu dengan menggunakan parang.
Kesemua suspek dipercayai melarikan diri ke sebuah ladang di kampung itu sebelum ditemui sedang lena dalam kelambu.
Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya meloloskan diri daripada dicekup polis sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan di tempat persembunyian mereka.
Pelajar mati peha terputus
16 Oktober 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Che Ku Mohd Shafiq Asmawi Che Ku Mohd Sani, 16, beralamat di Taman Air Jerneh, Kemasik yang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, mati serta merta di tempat kejadian.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Kerteh itu yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 Dream, dipercayai berlanggar secara berdepan dengan kereta yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa tercampak ke tepi jalan.
Sejurus kemalangan itu, motosikal ditemui kira-kira 42 meter dari tempat mangsa yang juga anak sulung dari empat beradik terbaring.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian itu berkata, akibat pertembungan itu motosikal yang dinaiki mangsa terputus dua, sementara kereta BMW yang dinaiki seorang kontraktor remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan hasil pemeriksaan didapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah pada bahagian dada kanan dan paha kanan. Jenazahnya dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2 pagi.
“Bagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan. Justeru kita harapkan orang awam yang melihat kejadian tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan,” katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh datang ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 09-859 2222.
'Abang takkan balik lagi'
16 Oktober 2012
Mohd Sufian Ramli, 26, sedang menunggu saat kelahiran anak keduanya itu selepas mendirikan rumah tangga hampir lima tahun bersama Mazila Mohamad, 25.
Mazila berkata, dia dijangka melahirkan anaknya bulan depan, namun mereka berdua masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir.
Katanya, pemergian suaminya secara tiba-tiba itu amat mengejutkan, apatah lagi di saat dia amat memerlukan suami di sisi untuk menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Menurut Mazila, dia tidak menyangka perkara buruk bakal berlaku pada suaminya kerana pada hari kejadian, tiada sebarang perubahan ditunjukkan arwah yang bekerja sebagai operator mesin rumput di sebuah syarikat yang
menjalankan kerja pembersihan di Bukit Bauk itu.
“Hari itu semasa keluar, dia tidak beritahu apa-apa, cuma cakap dia takkan pulang lagi.
“Saya cuma faham yang dia tidak akan balik ke rumah kerana masa itu dia tinggalkan saya di rumah ibunya, tak sangka pula dia benar-benar pergi buat selamanya,” kata Mazila yang masih sedih dengan kejadian itu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Mohd Sufian yang keluar memancing disedari hilang setelah mangsa yang berasal dari Kampung Alor Mak Bah itu tidak hadir kenduri 40 hari arwah bapanya di rumahnya dekat Delong.
Bapa saudara arwah, Mohd Rosli Hamzah, 43, yang mengesyaki perkara buruk mungkin berlaku pada mangsa yang difahamkan turut menghidap sawan itu, kemudiannya cuba menjejaki anak saudaranya itu dengan mencarinya di sungai berdekatan sebelum menemui sepasang selipar, joran serta dua ekor ikan dalam bot gentian kaca milik arwah tersadai di sebatang pokok.
Namun, mayat mangsa kemudiannya ditemui pasukan penyelamat di dasar sungai, di lokasi dia dipercayai hilang jam 9.46 pagi keesokan harinya.
Hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa akibat lemas dan polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut.
Jumpa emas dalam sampah
16 Oktober 2012
Dia yang melakukan pekerjaan itu selama 12 tahun, berkata, ia adalah barangan berharga pertama dijumpainya di Pantai Persiaran Gurney.
“Setiap pagi saya akan ke sini untuk kutip botol, kotak dan juga barang-barang yang boleh digunakan semula, tetapi pada hari yang bertuah itu saya terjumpa kotak kecil dalam selut dan sampah.
“Selepas membukanya saya amat terkejut kerana ada rantai emas dan saya segera membawanya ke kedai emas untuk bertanyakan jika ia tulen atau tidak, rupa-rupanya memang emas tulen,” katanya.
Punca pendapatannya itu pernah dianggap gila oleh sesetengah sanak saudaranya kerana biasanya orang mengutip siput ataupun kerang di tepi-tepi laut ketika air surut, berbeza bagi Siew Chin yang lebih suka mengutip sampah.
Siew Chin memaklumkan rutinnya bermula setiap pagi iaitu seawal jam 7 hinggalah 10 pagi ketika air sedang surut.
“Ini kerja yang saya buat kalau orang tidak panggil saya untuk cat rumah atau baiki paip air. Kalau datang sini memang saya boleh punggah dua guni botol.
“Botol yang saya kutip ini banyak di permukaan selut. Daripada air laut telan botol ini, lebih baik saya ambil dulu dan jual. Boleh buat duit,” katanya.
Pantai di sepanjang Persiaran Gurney sememangnya menjadi tempat paling popular dikunjungi orang ramai, khasnya pada waktu malam.
Namun mendukacitakan apabila pada waktu siang keadaan lautnya begitu kotor dan menjijikkan dengan selut dan taburan sampah yang dibuang orang ramai.
Umno sudah lama tumbang, PAS mengukuh laluan
Harakahdaily, | 16 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Walaupun 'dilihat' mantap dalam puluhan tahun bersama, Umno dan MCA
kekal prejudis sesama mereka, saling mengangkat nama bangsa dan gagal
meyakinkan sesama mereka mengenai keupayaan Islam.
Demikian ulasan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Muhammad Abdul Nik Abdul Aziz (gambar) dalam facebooknya.
Secara sinis, katanya hubungan Umno dan MCA 'dilihat' mantap kerana Umno sudah menerima dan redha kehendak MCA agar Islam ditolak daripada menjadi sumber hukum.
Tambah beliau, manakala hubungan PAS dan DAP 'dilihat' kurang mantap sebab PAS kekal bertahan dengan kepastian Islam sebagai sumber hukum negara.
“Umno dah lama tumbang dalam lembah... PAS sedang mengukuh laluan,” ujarnya lagi.
Menurut beliau, nanakala PAS dan DAP, walaupun masih 'dilihat' tidak mantap kerana masih baru dalam PR, keduanya saling berbicara secara terbuka dan berani mengenai ugama Islam dan keupayaannya mengurus negara.
“Antara politik tertutup dan terbuka, siapa akan lebih maju untuk mentadbir negara?” tanya beliau.
Sistem ekonomi Bawaan Umno BN Bercanggah dengan Islam
Posted on Tuesday, October 16 @ 03:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: sripetaling
"Gombak : Umno BN secara konsisten terus menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia. Kegagalan ini meletakkan Umno BN tidak layak untuk menguruskan kekayaan negara.Sistem cukai yang membebankan hanya mengkayakan kelompok kecil yang tertentu.
Demikian tegas sebahagian pembentang kertas kerja Wacana Analisis Bajet yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah dan Dewan Pemuda PAS Wilayah baru-baru ini di KUIZM
Menurut salah seorang pembentang, Zaharuddin Mohamed iaitu salah seorang ahli Majlis Syura PAS menegaskan sudah tiba masanya rakyat Malaysia bangkit daripada lamunan tidur untuk melakukan perubahan memilih alternatif yang telah dikemukakan oleh Islam untuk menangani isu ekonomi Malaysia yang semakin tenat ini.
Menurut beliau lagi, sistem polisi cukai yang diguna pakai oleh kerajaan Umno BN sekarang jelas bertentangan dengan Islam dan meenjadikan rakyat seolah-olah hamba yang bekerja untuk kelompok kecil tertentu di dalam negara ini.

Beliau turut mengulas tentang
fenomena 'occupy wallstreet' yang berlaku di negara luar tetapi
seolah-olah cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan di negara ini. Ianya
adalah fenomena 1% 'against' 99%. 99% mewakili rakyat manakala 1%
mewakili golongan elit yang menguasai kekayaan negara.
"Rakyat
Malaysia bukan sahaja dibebankan dengan cukai yangberlambak-lambak
tetapi terpaksa bekerja untuk mengkayakan individu-individu tertentu
yang menjadi golongan elit di negara ini" ujar beliau lagi.
sumber :http://ulamak.pas.org.my/v2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan