Sabtu, 13 Oktober 2012

ALLAH AKAN TUNJUKAN MEREKA YANG MENJADI MUSUH DALAM SELIMUT...LAGI BAHAYA JIKA JADI MUSUH ISLAM...DENGAN MENYEKAT...MEMBURUK2 GERAKAN ISLAM..MELAGA2KAN AHLI DLL...SEDANGKAN YANG JELAS TAK IKUT ISLAM..BISUKAN MULUT...BUTAKAN MATA...PEKAKKAN TELINGA....MUNGKIN MEMANG JENIS PEKAK

Pemuda PAS giat kempen Cintai Rasulullah saw

Anis Nazri, 13 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggiatkan Kempen Cintai Rasulullah dengan mencetak 100 ribu keping pelekat kereta, yang mula diedarkan hari ini.
Pelekat tersebut yang diedarkan kepada seluruh negara bertujuan  menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah dengan menjadikan baginda Rasulullah sebagai contoh dan idola setiap manusia.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata kempen ini juga bertujuan memberikan kesedaran terhadap masyarakat umum menyedari kepentingan hidup beragama, khususnya agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.
Lebih-lebih lagi, tambah beliau baru-baru ini umat Islam  seluruh dunia bangkit membantah penerbitan filem Innocent of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.
Berpandangan dengan menghormati hak semua agama merupakan teras kepada perpaduan, Pemuda PAS juga telah melancarkan program jelajah cinta Nabi Muhammad ini di seluruh negara.
Beliau berkata demikian ketika sidang media dewan itu, di Pejabat Agung PAS,  selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tersebut, hari ini.
Dalam pada masa sama, Pemuda PAS turut mengadakan kempen pemeriksaan percuma kepada ahli-ahli pemuda sendiri, bagi memastikan anak muda melihat aspek kesihatan sebagai satu perkara yang penting.
Kempen yang diadakan bermula jam 9 pagi itu dianjurkan Pemuda PAS dengan kerjasama Gombak Medical Centre, (GMC) Selangor.
Selain exco pemuda mengambil peluang untuk memeriksa kesihatan masing-masing, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan dan Nik Abduh turut tidak ketinggalan untuk berbuat demikian.

Ada bekas IGP hendak masuk PAS?

Mohd Sayuti Omar, 13 Okt 2012
Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk su p tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam mangkuk sup.

Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.

Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.

Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.

Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.

Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa.

Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai ke peringkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja.

Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tengok baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.

Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga taktik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.

Dalam hal ini saya bukan prejudis atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya. - http://msomelayu.blogspot.com

Jangan was-was, lakukanlah perubahan

Aspan Alias, 13 Okt 2012
Rasa tidak terdaya untuk membaca dan mengulas tentang isu-isu yang mengelilingi politik negara. Seperti mana yang saya sebut selalu kebanyakan isu yang ditimbulkan ialah isu rasuah yang besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin UMNO kini. Saya tetap akan terus menerus bercakap tentang rasuah ini kerana rasuah adalah kerja yang sangat hina dan ia boleh menjahanamkan sebuah negara. Sebelum ia menjahanamkan negara elok rakyat bertindak dengan kesatuan yang kuat kerana perasuah ini bukan mudah untuk dihapuskan.
Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah untuk dikawal.

Perjuangan melawan rasuah ini memerlukan permuafakatan yang jitu dari rakyat semua kaum dan juga dari parti-parti politik serta setiap individu-individu yang sedar tentang bahayanya rasuah ini dibendung. Maka samada terdaya atau pun tidak, kita harus ke depan dan memerangi rasuah ini habis-habisan melalui cara yang halal dan dibenarkan oleh perundangan negara kita.

Banyak pihak telah membuat teguran dan desakan untuk pimpinan sekarang ini melakukan pembersihan terhadap rasuah ini kerana UMNO merupakan parti yang memimpin negara kita. Namun semua desakan itu tidak pergi ke mana, malahan rasuah berkembang dengan begitu menjolok mata sehinggakan kita semua tidak tahan lagi untuk bersabar.

Rasuah sudah menjadi mainan kepada pimpinan hari ini. Rasuah dilakukan oleh mereka seperti makan sarapan harian. Tidak ada rasa malu dan tidak merasa bersalah terhadap rakyat yang memberikan mereka mandat. Oleh kerana amalan buruk ini sudah berlaku begitu lama ianya sudah bersarang di dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Tidak siapa yang mahu melakukan kerja tanpa mendapat habuan secara rasuah.

Itu sebabnya saya dan ramai yang lain mahukan pembanterasan rasuah ini dilakukan secara politik. Kenapa secara politik? Kerana ahli dan parti politik yang diberi mandatlah yang menyebabkan rasuah ini berluas-luasa. Menteri-menteri tidak tahu tugas dan tanggungjawab mereka lagi. Menteri-menteri sepatutnya duduk di pejabat untuk memantau perlakuan pelaksana ia itu penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab mereka. Menteri-menterinya wajar memelihara kebersihan kementerian mereka daripada rasuah. Itu tugas mereka sebenarnya.

Tetapi menteri-menterinya pula yang bersekongkol dengan perasuah malahan menteri-menteri pula yang memberikan perlindungan terhadap penjawat awam di bawah mereka untuk kepentingan bersama yang menjijikkan itu. Apabila menteri-menteri ini bersama-sama ‘mencari makan tambahan’ ini bersekongkol dengan perasuah itu maka menteri-menteri ini tidak lagi dihormati oleh penjawat awam di bawah kementerian masing-masing dan mereka bebas untuk melakukan kerja hina ini terang-terangan.

Kerja-kerja ini sudah berlaku begitu lama sehinggakan ramai di antara penjawat awam yang bersih dari rasuah ini tidak lagi bersama dengan parti yang sedang memerintah. Banyak usaha dilakukan oleh berbagai-bagai pihak untuk membawa kes-kes ini kemuka pengadilan, tetapi ada pula yang mempertahankannya dari jabatan perundangan negara itu sendiri.

‘Attorney General’ sendiri mengambil sikap melindungi mereka yang rasuah ini dengan memilih-memilih kes yang melibatkan mereka yang berkuasa. Yang ini dibawa ke depan, dan yang ini NFA (no further action) dan tidak dihadapkan ke mahkamah. Masing-masing yang besar-besar dalam kerajaan bekerjasama untuk melindungi rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar negara.

Rasuah sudah menjadi sebati sehinggakan tidak ada siapa yang boleh mengambil tindakan kepada sesiapa kerana yang patut mengambil tindakan ini juga sedang dipersoalkan kewibawaan mereka. AG Ghani Patail sendiri mempunyai stigma yang buruk. Bagaimana beliau boleh masih kekal dengan jawatan yang penting itu. Pendeknya tidak ada siapa lagi di dalam ‘regim’ hari ini boleh dipercayai untuk menjaga rakyat dan negara ini dengan baik dan sempurna.

Itulah sebabnya ramai rakyat merasakan yang ‘gerombolan’ ini patut dinyahkan dari kuasa. Sebagai rakyat yang mahukan keamanan kita tidak mahu memilih untuk melakukan kekerasan seperti apa yang berlaku di negara-negara arab sekarang ini. Kita sudah ada cara yang sesuai untuk menukar kerajaan tanpa kekerasan.

Kita mengambil pilihanraya sebagai tempat dan premis untuk menukar wajah negara kita di zaman kemajuan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mandat kepada pihak lain untuk menjaga negara dan rakyat selama lima tahun yang akan datang.

Sekarang ini kita melihat rakyat sudah bangkit dan mahukan perubahan ini dilakukan segera dan PRU13 inilah masanya untuk melakukannya. Jika pakatan baru ini tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan rakyat akan kembali membuat perubahan di masa depan. Di sini kita dapat menekankan yang rakyatlah yang berkuasa dengan sebenarnya, bukannya Najib, Mahathir atau sesiapa.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, jika tidak ada apa yang saya selalu sebut sebagai ‘legal cheating’ dilakukan oleh pihak UMNO dan BN pertukaran kerajaan tidak akan dapat dibendung lagi. Itulah sebabnya PM Najib dan seluruh kepimpinan hari ini merasakan bahang perubahan ini. Gerombolan ini sedang berusaha mempertahan kuasa yang ada hari ini dengan menabur fitnah dan selalu mengatakan yang PR tidak akan boleh memimpin dengan ‘baik’ seperti BN.

Saya selalu berkata. ‘The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN’. Tidak ada yang terbaik kerana yang terbaik itu bukan sifat manusia. Yang terbaik hanya sifat yang Maha Kuasa dan RasulNya.

Itu sebabnya Tuhan adakan dosa dan pahala kerana manusia diduga dengan kenikmatan dan keburukan. Apabila tubuh kita sudah terbujur roh kita tidak mati. Ia akan menghadap Tuhan semesta alam ini untuk ditimbang semua kerja baik dan buruk semasa hayat kita.

Buat kali ini kita perlu melakukan perubahan itu tanpa was-was. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Umno terdesak tamatkan sistem kroni AP CPO?

Nazri Abdullah, 13 Okt 2012

·    Keputusan Kabinet semalam untuk menurunkan cukai ekspot minyak sawit mentah (CPO) dan menamatkan kuota AP penjualan CPO tanpa cukai sebanyak 5 juta metrik tan, pastinya mengizinkan pelbagai pihak, khasnya pengilang penapis kelapa sawit (Refiners) menarik nafas lega.

·    Perkara ini adalah sebahagian isu yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan Belanjawaan saya pada hari khamis lalu, yan mendesak kerajaan suapaya segera mengambil tindakan segera atas isu ini.

·    Saya telah tegaskan dalam perbahasan bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi mesti mengubah ke struktur duti ekspot yang rendah, fleksibel dan terbuka supaya syarikat penapisan minyak sawit Malaysia boleh berdaya saing dengan Indonesia. Malaysia sebelum ini mengenakan duti ekspot 23% yang tidak fleksible atas CPOnya, berbanding Indonesia yang bukan sahaja serendah 13.5% tetapi mempunyai regim duti ekspot yang fleksible mengikut pergerakan harga CPO dunia.

·    Krisis isu penapisan minyak sawit ini bermula pada bulan Oktober tahun lepas. Seharusnya masalah ini di selesaikan secepat mungkin, tetapi Kementerian gagal mengambil apa-apa tidakan selama 10 bulan. Menjadi lebih parah lagi apabila dua bulan lalu, Kementerian bertindak dengan meningkatkan jumlah kuota AP Minyak Sawit sebanyak 2 juta metrik tan lagi.

·    Peningkatan AP Minyak Sawit ini bukan merupakan satu langkah yang bijak, tetapi telah memburukan lagi situasi yang sudah teruk. Ini disebabkan kebanyakkan kuota diberi kepada syarikat syarikat yang memang tak berupaya untuk menjual CPO. Penambahan 2 juta metrik tan CPO kepada pasaran yang sudah lembap nyata gagal menarik minat pembeli-pembeli baru. Menteri Tan Sri Benard Dompok minggu lalu mengakui dalam penerangangnya kepada media bahawa masih ada 2.5 juta metrik tan AP yang tak terjual.

·    Malah penambahan AP ini telah menyebabkan satu situasi dimana CPO tidak dapat di hantar kepada pembeli kerana tangki-tangki minyak sawit di loji-loji penapisan dan pelabuhan-pelabuhan sudah sesak penuh dengan minyak kelapa sawit yang telah diproses, tetapi tak terjual.

·    Kesesakan logisitik ini mencetuskan satu  ‘backlog’ yang bukan sahaja ‘mencekik’  industri hilir tetapi telah merebak ke industry huluan serentak menyebabkan rantaian bekalan lumpuh (choked the supply chain). Ramai pengusaha sawit termasuk Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM)  dan pengusaha kilang sawit bahawa tangki-tangki di kilang sawit (oil mill) kini sudah pun dekat penuh, dan pengeluar dan peneroka FFB (Fresh Fruit Bunch) dipaksa untuk menjual buah-buahan mereka kepada pengilang dengan harga murah dan dengan diskaun.

·    Ramai pemerhati industri sawit juga percaya bahawa dasar penambahan 2 juta AP tanpa duti ekspot ini  adalah faktor utama yang menyebabkan kejatuhan harga CPO yang mendadak baru-baru ini.

·    Dalam perbahasan Belanjawaan saya yang menekankan betapa kerajaan Umno-BN terus-terusan enggan dan tidak bersedia merungkaikan system monopoli, sistem rentier atau kronisme yang sebenarnya beperanan mengherot pasaran yang seharusnya mesti diiznkan berfungsi secara efisien dan berkesan. Sistem menopoli secara jelasnya adalah petualang besar yang merosakkan pasaran sekaligus, menjejaskan pendapatan rakyat dan meningkatkan kos saran hidup. Monopoli dan memberi keutamaan kepda kroni dalam pelbagai urus-tadbir perniagaan termasuk beras, gula, telekomunikasi, akhbar, penerbangan, media satelit seperti Astro, lessen teksi dll, secara langsung menjejaskan kos saran hidup rakyat dan mengurangkan pendapatan boleh berbelanja mereka (disposable income).

·    Atas nama ketelusan dan kebertangungjawaban saya juga mendesak Kementerian mendedahkan nama-nama penerima AP yang telah mendapat menfaatkan dari sistem pemberian hak menjual tanpa duti ekspot disamping yang merupakan the big-boys KLK, IOI, Kwantas, Felda, United Plantation) yang telah diberikan AP dahulu untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kompetitif kerana mempunyai kilang penapis di luar Negara.

·    Persoalannya siapakah pihak penerima AP penjualan CPO yang lain, yang ada yang mendakwa, seperti AP kereta juga, yang tidak ada apa-apa pengopersian kilang mahupun ‘network’ marketing global, tetapi diberikan AP hampir 600 ribu tan setahun dan membuat keuntungan ratusan jutaan atas perniagaan seperti ini. Berapa jutakah diberikan kembali kepada penguasa politik pemerintah dalam urus-tadbir yang mengherot pasaran ini?

·    Persoalan kedua, meskipun bersifat teknikal, adalah mengapakah perlu tunggu sehingga awal tahun depan untuk merungkaikan sistem AP yang jelas telah mencekik industry dan rakyat dinegara ini? Dua bulan lebih adalah masa yang panjang yang akan memburukkan lagi keadaan backlog yang telah ‘stroke’kan seluruh ‘supply-chain’ komoditi ini.

·    Jelasnya ketika berlaku pertentangan kepentingan, Umno-BN lebih mementingkan kroninya dari membela rakyat, peneroka, pengusaha dan membantu membangunkan industri-indusrti di Negara ini.
·    Masa untuk merobah dan menamatkan kesemua kebejatan dan kebobrokan urus-tadbir kewangan dan pembangunan yang mengorbankan rakyat dan membela kroni telah sampai!

*Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS
Najib tanya Kimma: Siapa Ali Hamsa?
  • Nigel Aw
  • 1:33PM Okt 13 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba meredakan aduan bahawa masyarakat India Muslim dipinggirkan dengan berkata golongan itu sebenarnya diberikan jawatan paling tinggi dalam kerajaan.

Najib at Kimma conference"Siapa ketua setiausaha negara?" katanya merujuk kepada aduan bahawa masyarakat India Muslim kurang diwakili dalam kerajaan.

Jawatan itu kini disandang Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatan pada 23 Jun.

Berucap dalam acara pembukaan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ke-36 hari ini, Najib mengulas ucapan presiden parti itu Syed Ibrahim Kader yang berkata masyarakat mereka ketinggalan.

Najib berkata, Ali seorang yang baik dan OK dengan pelbagai pihak sama ada Melayu atau Kimma, justeru tiada perbezaan atau pemisah dalam isu ini.

"Kita dalam kapal yang sama," kata Najib lagi. [Baca berita penuh]
Kesetiaan Kimma tak dapat dinafi
Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata, agenda transformasi negara, termasuk matlamat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020, memerlukan sokongan padu semua pihak.

"Kita perlu sokongan padu untuk dapat mandat yang kuat kerana kita ada agenda yang cukup indah untuk negara ini, ini bukan mimpi-mimpi yang tidak berpijak pada bumi yang nyata," beliau dipetik sebagai berkata.

Kimma conference crowdAgensi berita nasional juga melaporkan Najib sebagai berkata, Kimma yang merupakan rakan akrab dan setia BN sejak ditubuhkan 36 tahun lepas perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.

Najib, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno berkata kesetiaan Kimma kepada kerajaan tidak dapat dinafikan, malah "Kimma akan terus merupakan satu tenaga yang kuat dalam landskap politik tanah air ini."

"Kimma akan terus merupakan rakan setia, rakan komited kepada BN," katanya mengenai ahli gabungan Umno sejak Ogos, 2010.

Najib juga turut memuji pencapaian masyarakat India Muslim dalam mengendalikan lebih 120 jenis perniagaan, terutamanya dalam bidang pertukaran wang asing dan restoran.
Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan
  • Fathi Aris Omar
  • 11:59AM Okt 13 2012
 
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 icg anwarDengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

soros lse fund raising dinner 181206 sorosBagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut.

Ia disusuli laporan konsisten media-media pro-kerajaan yang mengaitkan dana Soros dengan sejumlah NGO lain termasuk pendesak pilihan raya bebas BERSIH dan portal berita Malaysiakini.

Dana berjumlah ratusan juta ringgit itu kononnya untuk "menggugat" kerajaan. Ekoran itu, kumpulan NGO berkenaan mengugut untuk menyaman New Straits Times yang memuatkan laporan tersebut di muka depannya.

Baru-baru ini pula, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan "undi untuk Pakatan Rakyat bermakna undi untuk Soros" dengan alasan beliau mendalangi usaha "pertukaran regim" di negara ini dalam pilihan raya umum nanti.

Isu-isu lain yang dimuatkan dalam buku panduan ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Sumpah PM tentang Altantuya
Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 altantuyaBagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.

Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 contentIa juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."

Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

50,000 naskhah dicetak
Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 najib"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."

Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.

Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan.
PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros
  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:03AM Okt 13 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

najib razak with umno supreme council members"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.
MB gesa SPRM siasat penerokaan haram Cameron
5:11PM Okt 13 2012  
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kegiatan penerokaan haram tanah kerajaan secara berleluasa di Cameron Highlands.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius kegiatan tersebut dan jika tidak dicegah dengan lebih awal kawasan hutan di situ boleh lenyap akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

NONE"Saya berharap SPRM dapat menyiasat dan bertindak tegas sama ada ia membabitkan penyalahgunaan kuasa atau sebaliknya," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian itu selepas merasmikan majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi di Bera, semalam.

Katanya, ekoran kejadian tersebut kerajaan negeri mengambil keputusan tidak lagi meluluskan lesen menduduki sementara (TOL) bagi menyekat penerokaan tanah secara haram daripada berleluasa di daerah tersebut.

Adnan berkata beliau telah meminta pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands menyediakan laporan segera mengenai situasi tersebut untuk diteliti dan langkah yang patut diambil dalam usaha mengatasi situasi tersebut.

- Bernama
Rogol Penan: Bekas wartawan berang dengan 'rundingan'
1:16PM Okt 13 2012  
Bekas wartawan yang menulis tentang insiden rogol wanita Penan di Sarawak menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap The Star yang memohon maaf kepada gergasi pembalakan Samling tanpa berunding dengannya.

Hilary Chiew menulis laporan berjudul "Against their will" (bukan kehendak mereka) pada 6 Oktober 2008.

NONEBeliau menyifatkan penyelesaian luar mahkamah antara The Star dan Samling itu sebagai kurang menyenangkan untuk bidang kewartawanan.

"Walaupun hakikatnya saya telah meninggalkan The Star pada awal 2010, amat dikesali apabila The Star tidak merasakan saya patut dimaklumkan tentang keputusan itu.

"Saya tidak pernah, pada bila-bila masa, dimaklumkan atau dirujuk tentang rundingan penyelesaian luar mahkamah," kata Chew.

The Star pada 2 Oktober menyiarkan permohonan maaf berhubung artikel itu.

Difahamkan Samling pada Isnin secara rasmi menarik balik saman fitnah terhadap harian itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Lau Bee Lan.
Hasan Ali: Nik Aziz wajar lepas jawatan Mursyidul Am
Nizam Zain
13 Oktober 2012
Hasan Mohamed Ali
Hasan Mohamed Ali
SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP.
Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.
“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada laman sosial beliau semalam.
Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai 'custodian' kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah."
Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak pernah mengganggu
Nik Aziz sifatkan Nasha ‘lidah panjang’
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
13 Oktober 2012
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.
Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.
“(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok,  sikap itu seperti  'lidah panjang',” kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Nik Abduh: Semua pemimpin ulama layak ganti Mursyidul Am
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
13 Oktober 2012
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
KUALA LUMPUR - “Semua pemimpin Pas layak menggantikan Tok guru, terutama dari kalangan ulama. Namun, isu pengganti Tok Guru tidak timbul kerana masih belum tiba masanya dan ia tidak dibincangkan lagi,” kata Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali agar Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan dengan menyerahkan tugasnya itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Nik Abduh berkata, isu Hasan telah dijawab Ketuanya, Nasrudin Hassan bahawa kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya orang luar seperti Hasan.

Menurutnya, Hasan tidak berhak membuat kenyataan tersebut kerana kepimpinan dalam parti adalah urusan parti.

“Parti sudah buat keputusan berkaitan isu Hasan dan ia sebagai sambungan isu yang telah kita jawab sebelum ini,” katanya di sidang media hari ini.

Apabila ditanya mengenai komen dari Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad baru-baru ini yang mendakwa Pas lari dari perjuangan asal, beliau menjawab bahawa Pemuda Pas menghormati komen dari bekas ahli Parlimen Sik itu.

“Kita yakin hubungan kita dengan DAP selagi ia dapat menguntungkan Islam dan semua pihak, ini adalah keputusan yang benar dan syura menegaskan perkara itu. Kita yakin hubungan dengan DAP adalah hubungan yang masih baik walaupun mendapat tentangan hudud,” katanya.

Sementara itu, Naib ketua II, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, hubungan antara DAP tiada masalah memandangkan percanggahan pendapat hanya melalui pandangan sahaja.

“Kenyataan yang dikeluarkan DAP hanya tidak menyokong tetapi mereka tidak pernah menggunakan kuasa untuk menghalang pelaksanaan hudud seperti yang dilakukan oleh Umno sejak dari dulu,” katanya.



Katanya lagi, belum ada fakta yang membuktikan DAP menghalang pelaksanaan hudud dari segi kekuasaan.
Pas nampak tidak untung, Nasha ada pilihan
ARASHY AZIM
12 Oktober 2012
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
ANALISIS - Sementara Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Pas berhadapan dengan episod kedua pemimpin pusatnya dilihat 'mencabar' kedudukannya dalam Pakatan Raktyat (PR). Awal tahun ini, arena politik nasional dan Pas melihat nasibat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang berakhir dengan pemecatan beliau.

Hujung tahun 2012 pula, melihat pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pendirian Pas dalam PR khususnya hubungan dengan DAP.

Melihat kepada perkembangan semasa, penganalisis politik Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, kenyataan Nasharudin pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC Selasa lalu jelas tidak akan menguntungkkan parti tersebut.

"Beliau (Nasharudin) sebagai pemimpin yang paling senior dalam parti tidak sepatutunya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Ini satu perkara yang tidak akan menguntungkan Pas sendiri disebabkan oleh beberapa perkara," kata beliau yang juga pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Apabila ditanya berkenaan tindakan yang bakal diambil terhadap beliau, katanya: "Itu tertakluk kepada mereka untuk menentukan, dan saya merasakan ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku."

Menurut beliau lagi, kenyataan yang bercanggah dengan prinsip parti sepatutnya diselesaikan di kalangan pemimpin mereka sahaja kerana ini akan mempengaruhi pengundi pada PRU13.

Pemimpin kanan Pas dan rakan mereka dalam PR juga mendakwa Nasharudin tidak membangkitkan isu berkenaan dalam mana-mana mesyuarat mereka.

"Beliau seharusnya berbincang dengan pucuk pimpinan parti sahaja, daripada menggunakan medan lain yang tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana dalam beberapa bulan ini kita dapat melihat tidakkan beliau (Nasharudin) banyak bersifat bersendirian," tambah beliau.

Pada masa sama, beliau menyatakan jika tidak berpuas hati dengan parti, beliau sendiri seharusnya keluar dari parti.

Ogos lalu, Nasrudin sudah pun menegaskan bahawa tidak akan keluar parti untuk menyertai Umno seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.

"Daripada nak mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan, baiklah ahli politik mana-mana parti tidak kira Pas, DAP, PKR mahupun BN isytihar keluar parti," tambah beliau.

Jelasnya, PRU-13 yang semakin hampir adalah masa yang sesuai untuk pengundi melihat tingkah laku pemimpin parti politik untuk memilih calon yang paling sesuai untuk memimpin mereka.

Sementara itu, Prof Dr. Ahmad Atory Hussain menyifatkan kenyataan Nasharudin sebagai pandangan peribadi tentang hala tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut.

"Beliau tidak mencabar, cuma beliau memberikan pandangan tentang arah tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut," kata beliau.

Tambah beliau, Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, hanya menyatakan pendirian seharusnya Pas tidak boleh ikut parti dalam PR yang bertentangan dengan prinsip mereka.

"Pas seharusnya tegas dalam pendirian mereka walaupun berada dalam PR, dan mereka tidak seharusnya berdiam diri," katanya.

"Disebabkan Pas berdiam diri, inilah yang membuatkan Nasharudin tidak suka kerana ramai yang akan mempersoalkan tindakan parti tersebut termasuk para pengundi Pas sendiri," tambah beliau.

Kata beliau lagi, dalam matlamat PR untuk menawan Putrajaya, Pas hanya berdiam diri tentang perkara yang penting untuk menegakkan Islam di Malaysia.

"Demi menguasai Putrajaya, Pas sanggup mendiamkan diri tentang perkara pokok dalam Islam apabila berdepan dengan dengan kepimpinan PR yang lain," katanya.

"Kalau beginilah keadaanya, dan perkara ini tidak dapat diselesaikan menjelang pilihan raya, ia akan menjadi satu masalah yang besar kepada Pas sendiri dan akan memberi kesan terhadap hubungan dengan parti- parti lain," tambah penganalisis ini.

Pengundi adalah bijak dan mereka akan menilai semula kredibiliti Pas, malah kemestian untuk membuat satu pendirian yang tegas adalah perlu, kata beliau.

Pada masa yang sama, Ahmad Atory turut mengulas tentang Kabinet bayangan PR yang kemungkinan Pas tidak akan mengetuainya jika perkara ini berlarutan.

"Pas seharusnya menjadi 'juara' dan ini adalah harapan rakyat terutama orang Islam yang mengundi Pas untuk melihat pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri... jika masalah ini tidak selesai, sampai bila-bila parti tersebut tidak akan mentadbir," jelas beliau.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat, ia bersifat mencabar Pas kerana parti terbabit tidak akan menguasai Putrajaya jika masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan.
Namun beliau menyatakan ia bukan tindakkan yang janggal kerana tujuanya adalah untuk menasihat.

Sejak pendirian terbaru ini muncul, Pas kelihatan tenang dalam menghadapnya. Kitaran isu yang menyepit Pas dan DAP berterusan sementara ramai mula menghitung hari PRU13 yang bakal menjelang tiba.

Pas seolah-olah kelihatan tidak untung dalam isu ini. Nasharudin pula nampak ada pilihan untuk dibuat.
Mahfuz: Umno-Nasha boleh kerjasama tanpa Pas
JAMILAH HAMZAH
11 Oktober 2012
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini.

"Kita tak kisah, minta pemimpin Umno, bolehlah bekerjasama dengan dia(Nasharudin).

"Sebelum ini pun, dalam mesyuarat Majlis Syura, dia tak datang, dia tak pernah pun usulkan kepada kami, jadi Pas tak kisah kalau mereka (Umno-Nasharudin) nak teruskan pun," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini, di lobi Parlimen, di sini.

Kata Mahfuz, "selama ini pun dia sudah ada pakatan dengan Umno... jadi kalau dia hendak teruskan, itu pasal dialah."

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

“Saya harap kepimpinan Pas dapat mengesahkan persetujuan mereka terhadap kenyataan Nasharudin ini,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kedua-dua Umno dan Nasharudin boleh meneruskan perbincangan mereka tanpa Pas.

Kelmarin, Nasharudin dipetik berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan soal Islam di tempat kedua.

Kenyataan itu mendapat reaksi berbelah-bahagi di kalangan pemimpin kanan Pas.
Scorpene: Soal saman Suaram diserah kepada AG

13 Oktober 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
BAGAN DATOH - Kerajaan menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk  menentukan sama ada tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Suaram tetap memainkan isu berkenaan walaupun kerajaan telah banyak kali menjelaskan bahawa pembelian Scorpene adalah mengikut prosedur yang betul.

"Saya telah beritahu perkara ini banyak kali sama ada dalam Parlimen atau dalam mana-mana sidang akhbar. Tapi Suaram masih terus dengan agenda politik mereka. Mereka akan memutar belit isu ini untuk kepentingan politik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan seorang pendakwa kerajaan Perancis Yves Charpenal yang menafikan laporan media yang tersebar di beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Ia berikutan satu aduan Suaram yang difailkan pada 2009 mengenai syarikat berkenaan yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini mendesak Kementerian Pertahanan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnah kerajaan berhubung pembelian kapal selam itu.

Zahid menjelaskan bahawa kerajaan sangat telus berhubung pembelian kapal selam itu dan menggesa Suaram berhenti memainkan isu berkenaan.

"Saya rasa mereka perlu menghentikan isu ini dan mereka perlu mengakui kenyataan bahawa transaksi Scorpene mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau berkata, sebagai rakyat yang setia, Suaram perlu lebih bertanggungjawab untuk mendapatkan fakta yang betul.

"Mereka bukan sahaja menipu tetapi bermain dengan sentimen yang bukan berdasarkan fakta tetapi menjadikannya sebagai isu politik dan dipergunakan orang lain," katanya. - Bernama
Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Rabu lalu, Hasan jga menyokong kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang antara lain berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan perjuangan Islam di tempat kedua.
Malah dalam kenyataan tempoh hari beliau menyifatkan kenyataan Nasharudin menunjukkan Majlis Syura yang diketuai oleh Nik Aziz sudah mula kembali berwibawa.
Hasan Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia menyifatkan kenyataan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, kelmarin sebagai "agak keterlaluan" susulan secara terang-terangan menyatakan DAP sebagai tidak pernah mengganggu Pas malah menggangkat martabat parti itu sebagai rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA,” kata Hasan.
Hasan juga berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana ramai pimpinan Pas sebelum ini menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina serta menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.
Malah katanya, Nik Aziz juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan meski pun didatangi DAP.
“Tuan Guru Nik Aziz perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan
Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan,” katanya lagi.


BERIKUT KENYATAAN PENUH DR HASAN ALI:
Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am Pas.
Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam Pas. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong Pas, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am.
Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.
Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian ALLAH kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba ALLAH mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja di kalangan ahli dan penyokong Pas tetapi yang lebih penting disisi ALLAH SWT.
Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong Pas.
Ketiadaan ahli dan penyokong yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.
Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam PRU13, bagi saya agak keterlaluan.
Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai 'stature' seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?
Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan Pas yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu 'supreme'.
Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.
Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.
Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama da benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.
Harun Taib: 'Tak payah layan Hasan Ali'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
13 Oktober 2012
Harun Taib
Harun Taib
SHAH ALAM – “Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

Menurut Harun, Hasan bukan lagi ahli Pas dan “dia tidak berhak” untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

“Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas,” katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai “menghiris hati” ahli dan penyokong Pas.

Ekoran kenyataannya mempertahankan DAP yang disifatkannya sebagai tidak pernah mengganggu perjuangan Pas dan menegaskan kerjasama dengan parti itu amat perlu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz dikecam beberapa pihak.

Hasan juga berkata, Nik Aziz “agak keterlaluan” dalam mempertahankan DAP dengan menggambarkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengganggu Pas.
'Hasan Ali tidak layak desak Nik Aziz'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
13 Oktober 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan Tantawi
SHAH ALAM – Pemuda Pas Pusat menegaskan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak berhak untuk meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am parti itu.
Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya orang luar seperti Hasan.
Hasan telah dipecat dari Pas awal Januari lalu.
“Siapa yang hendak jadi pemimpin, itu hak parti yang tentukan.
“Dia tak berhak membuat kenyataan tersebut sebab kepimpinan dalam parti adalah urusan parti,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan, memetik Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menerusi tulisannya di laman sosial milik beliau, mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya susulan kenyataan mempertahankan kerjasama Pas dan DAP.
Menurut Hasan, Nik Aziz wajar menyerahkan jawatannya  kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang lebih berupaya dan berwibawa.
Mengulas lanjut, Nasrudin sebagai generasi muda dalam parti Islam itu berkata, Pas masih memerlukan seorang pemimpin yang “berkhidmat dengan baik dan mampu memimpin parti” seperti Nik Aziz.
“Tok Guru Nik Aziz masih relevan untuk memegang amanah sebagai Mursyidul Am Pas,” tegas beliau.
Nasrudin turut mempertegaskan bahawa kenyataan Nik Aziz membela DAP yang didakwa Hasan “menghiris hati ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar” difahami oleh anggota parti itu.
“(Kenyataan Tok Guru) bukan satu masalah buat kami. Bukan satu kewajaran Datuk Hasan memperbesarkannya.
“Harus difahami kenyataan Tok Guru dengan betul yang mana ia mempertegaskan dasar parti tahaluf siyasi, kerjasama politik di antara Pas, DAP dan PKR,” katanya.
“Kerjasama politik ini telah terjalin sejak sekian lama. Tidak ada yang mengelirukan atau tidak betul,” tambah beliau.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad menjelaskan kewajaran Pas membela DAP, yang menurut beliau, berlandaskan hukum agama.
“DAP atau mana-mana pihak yang dituduh dan difitnah tanpa bukti perlu diberikan pembelaan kerana Islam itu adil.
“(Hasan) jangan ikut atas dasar perasaan dan emosi. Buktikan apa yang Tok Guru Nik Aziz katakan adalah silap. Buktikan kenapa DAP tidak layak dibela,” kata Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.
Hasan dalam tulisannya menyatakan kebimbangan beliau sekiranya terus dibela parasit dalam Pas manakala DAP akan bermaharajalela dan terus menghina Islam.
“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA (Nik Aziz),” kata Hasan.
Menjawab kepada kenyataan itu, Khalid berkata, jelas sekali Hasan kini mengamalkan politik “marah anak, sindir menantu”.
Sasaran Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, kata Khalid, bukan DAP sebaliknya Pas.
“Dia serang DAP, DAP tidak akan kalah. Yang mereka harap akan terjejas ialah Pas," katanya.

Tiada ulasan: