Selasa, 23 Oktober 2012

JADI MP ATAS TIKET PAS...KENAPA TAK PAKAI TIKET BN DULU...ORANG TAK MENGENANG BUDI ADALAH ORANG TAK BERMORAL...MENANG DENGAN TIKET PAS...PASTU TIKAM DEPAN DAN BELAKANG...AKHLAK ORANG MELAYU TAK BEGINI...IKUT AKHLAK ISLAM LAGILAH...MEMANG MELARANG

Nazri: Malaysia tak pernah diisytihar negara sekular

22 Oktober 2012
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular.
 
Beliau berkata mengikut sejarah negara, Malaysia ditubuhkan berasaskan kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-raja Melayu merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.
 
Katanya, Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan dan kedudukan ini diperkukuhkan dengan adanya peruntukan-peruntukan lain yang menjaminnya.
 
"Saya tidak dapat sahkan kesahihah berkenaan kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga Perdana Menteri yang lepas. Kalau saya menjawab pun, menjawab atas tanggapan sahaja bukan sesuatu fakta.
 
"Memang jelas bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular. Ini kenyataan saya menjawab di Parlimen, bukan satu penipuan dan ini adalah berdasarkan fakta-fakta yang telah saya bentangkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan John Fernandez (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat hari ini.
 
John meminta supaya Nazri menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat oleh tiga mantan Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menyebut Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan mengamalkan sistem perundangan berdasarkan 'English Common Law'.
 
Menurut Mohamed Nazri, negara-negara sekular lain seperti India, Amerika Syarikat dan Turki jelas memperuntukkan bahawa negara itu adalah negara sekular di dalam Perlembagaan di mana sebuah negara sekular tidak mengenal pasti sesuatu agama sebagai agama rasmi tetapi rakyatnya dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing.
 
Sementara itu, Mohamed Nazri ketika menjawab soalan asal John, berkata kedudukan Islam yang istimewa berbanding dengan agama-agama lain turut diiktiraf dalam kes-kes yang diputuskan di mahkamah tertinggi negara.
 
Katanya, dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain, Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Ahmad Fairuz telah merujuk kepada kes Che Omar Che Soh lawan Pendakwa Raya, yang mengiktiraf bahawa Islam bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi adalah suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.
 
Mohamed Nazri berkata kerajaan menyedari bahawa dalam kes Che Omar bin Che Soh, Mahkamah Agung tidak pernah memutuskan atau mengisytiharkan negara ini ialah sebuah negara sekular tetapi apa yang diputuskan ialah undang-undang sekular terus terpakai di Malaysia berdasarkan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan.

"Sungguhpun begitu didapati bahawa di bawah Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada undang-undang yang digubal sebelum Hari Merdeka ialah "undang-undang yang sedia ada" dan bukannya undang-undang sekular".
 
"Berdasarkan kes Che Omar bin Che Soh, peruntukan undang-undang serta penjelasan adalah jelas bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular," katanya.  - Bernama
Kit Siang dakwa Malaysia negara sekular, diperakui Tunku

22 Oktober 2012
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mendakwa Malaysia sebuah negara sekular walaupun Islam menjadi agama rasmi persekutuan.
Penasihat DAP itu menyangkal kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat pagi tadi, mengatakan Malaysia tidak pernah diisytihar sebagai negara sekular walhal.

"Kenyataan Tunku pada 1983 itu turut disokong oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn, dua minggu berikutnya selepas hari lahirnya," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pemuda Umno Kepong: 'Ia hanya cubaan samun, bukan bunuh saya'

22 Oktober 2012
Norizan Ali
Datuk Norizan Ali menunjukkan kesan cedera dan menafikan spekulasi serangan ke atasnya sebagai rancangan bunuh dalam sidang media di rumahnya di Ampang - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Setelah hampir sebulan menjalani rawatan, Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali hari ini berkata beliau percaya serangan ke atasnya, yang nyaris meragut nyawa, bukan satu rancangan untuk membunuhnya.
Malah beliau, yang kini sudah hampir pulih dari kecederaan ditetak dengan pedang pada bahagian perut dan tangan kiri, menafikan serangan itu bermotifkan politik mahupun perjuangannya membantah masalah Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
"Ia hanya satu cubaan samun ke atas saya. Tiada unsur dendam seteru politik mahupun berkaitan dengan perjuangan saya seperti dispekulasikan oleh majalah hiburan dan blogger," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini setelah beliau hampir sembuh menjalani rawatan di Ampang, di sini.
Norizan, 41, diserang oleh dua lelaki bersenjata pada 24 September selepas pulang ke rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini pada 3.30 pagi dan menjalani rawatan di Hospital Ampang.
Norizan yakin serangan itu berniat menyamunnya kerana dua penjenayah yang menyerangnya dengan kayu dan pedang melarikan diri setelah mengambil getah gelang dari tangan kanannya.
"Saya sempat merayu kepada mereka ambil apa saja. Tapi mereka kata dalam dialek Indonesia kami buat begini (serang) kerana kamu lawan," katanya sambil menegaskan salah seorang daripada penjenayah itu cedera dalam pergelutan dengan beliau.
Katanya, beliau ditetak sebanyak lima kali iaitu pertama di bahagian perut, satu tetakan di bahagian bahu kiri dan tiga lagi di bahagian tangan kiri dan jari.
Katanya, empat daripada jari kirinya belum lagi boleh digerakkan tetapi kesemua sarafnya telah disambung oleh pihak doktor dan hanya jari hantunya yang boleh digerakkan.
Masih terdapat kesan jahitan pada bahagian kanan perutnya akibat ditetak dan parut jahitan menegak pada bahagian tengah perutnya kerana pembedahan bagi menyusun semula ususnya yang lari daripada kedudukan asal  akibat ditetak.
Mengimbas kembali saat genting menghadapi maut ketika itu, Norizan bersyukur nyawanya masih panjang dan meminta pihak yang membuat spekulasi mengenainya agar bertemu dengan beliau untuk berdamai. - Bernama
4 tuntutan 'Grand Final PR' sebelum PRU13
NURUL ZAILA MOHD TAHIR
22 Oktober 2012
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
KUANTAN – Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 12 Januari depan bagi membuat tuntutan terhadap empat perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Pada perhimpunan ‘Grand Final’ itu peserta akan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berkaitan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu diadakan susulan daripada Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi tidak dilayan kerajaan.

Menurutnya, selain perhimpunan ‘Grand Final’ berkenaan, pelancaran perhimpunan kebangkitan rakyat akan berlangsung di Seremban pada 3 November ini.

“Pada awalnya perhimpunan besar-besaran itu dijangkakan pada 3 November tetapi atas alasan tertentu ia akan diadakan pada 12 Januari 2013 sekiranya Pilihan raya belum berlangsung.

“Pada perhimpunan itu peserta akan memakai baju kuning sebagai tuntutan Pilihan raya bersih dan tuntutan Bersih 3.0, (warna) hijau tuntutan terhadap penjagaan alam sekitar termasuk mengenai projek Lynas, merah menuntut royalti minyak di Kelantan, manakala oren tuntutan berkaitan Felda," katanya sempena ucaptama Konvensyen PR Peringkat Pahang, di Bukit Sekilau di sini, semalam.

Katanya, tujuan pemakaian baju empat warna itu agar segala tuntutan yang dilakukan pada perhimpunan itu akan ditunaikan.

“Mengenai lokasi, kita akan memilih sama ada di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka seperti yang pernah dijanjikan Perdana Menteri dan jika tidak dibenarkan perhimpunan akan diteruskan di luar stadium,” katanya.

Beliau berkata, perhimpunan kebangkitan rakyat bukan sahaja akan dilakukan di Seremban tetapi akan diadakan secara berperingkat mengikut lokasi atau zon dan seramai sejuta penyokong disasarkan.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan pemimpin PR yang lain serta seramai 630 peserta hadir menjayakan konvensyen itu.

Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, bukan mudah untuk menentang Umno yang mempunyai banyak agenda.

“Kita sebenarnya mempunyai harapan besar untuk menggantikan kerajaan sekarang dan menjadikannya sebagai kerajaan persekutuan PR,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
MB Kedah: ‘Peraturan iklan MBAS bukan arahan saya’
ROSLINDA HASHIM
22 Oktober 2012
MB Kedah: ‘Peraturan iklan MBAS bukan arahan saya’
Azizan (dua, kanan) bermesra dengan pasangan Baitus Sa’adah yang diraikan pada majlis sambutan Hari Warga Emas peringkat Kedah, hari ini.
GUAR CHEMPEDAK - Garis panduan baru papan iklan di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) adalah inisiatif Datuk Bandar Alor Setar, bukannya atas arahan Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perkara itu tidak boleh dikaitkan dengan keputusan Kerajaan Negeri, konon mahu melaksana peraturan seperti di Kelantan kerana MBAS mempunyai hak untuk meminda undang-undang kecil bawah bidang kuasanya.

“Itu urusan MBAS, bukan arahan saya. Kalau saya yang arahkan, bolehlah libatkan Kerajaan Negeri dalam keputusan itu. Jika dakwa Kedah mahu ikut telunjuk Kelantan, itu tafsiran masing-masing,” katanya, kepada media selepas Sambutan Hari Warga Emas peringkat negeri Kedah, di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, hari ini.

Azizan menyifatkan isu terbabit sengaja dibangkitkan kebelakangan ini ekoran Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.

“Isu ini sekadar isu pilihan raya, selagi PRU belum diadakan, selagi itu perkara seperti ini akan dibangkitkan. Jika diamati, terdapat juga papan iklan yang paparkan wanita tidak bertudung,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad menegaskan bermula tahun depan, MBAS akan menyeragamkan papan iklan di kawasan MBAS dengan menyediakan garis panduan baru. Antara aspek yang dibuat keseragaman termasuk saiz papan iklan, landskap, selain gambar model yang dipaparkan hendaklah sopan dan tidak menjolok mata.

Difahamkan, MBAS juga tidak akan meluluskan sebarang papan iklan bagi pemilik yang ingin mengiklankan pusat hiburan atau premis judi.

Rentetan itu, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pada 15 Oktober lalu, dalam twitternya, didakwa mempersenda cadangan garis panduan baru itu, berhubung model lelaki yang dipaparkan berpakaian sopan bagi mengelak lelaki Pas terangsang selain mempertikaikan kewibawaan Pas jika menguasai Putrajaya di mana atlet akan dipaksa menutup aurat.
Anggota Perkasa akan sokong calon BN pada PRU13

21 Oktober 2012
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.
"Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihandalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.
"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. - Bernama
Ibrahim mahu Nik Aziz berdiam diri, cabar bubar Pas
JAMILAH HAMZAH
21 Oktober 2012
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
SHAH ALAM - Perkasa mendakwa kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang  mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah dalam politik sambil berkata “kita tiru tindakan” Tun Dr Mahathir Mohamad, menunjukkan pendirian beliau tidak konsisten.
Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sifat berdiam diri perlu diambil oleh Nik Aziz bagi mengelak kenyataan-kenyataan yang meragukan banyak pihak.
Menurutnya, Nik Aziz dalam kenyataannya dilihat sering tidak konsisten dan boleh menimbulkan kekeliruan.
"Bubar Paslah... sekarang ini, kenyataan Nik Aziz sering bercelaru, kalau Nik Aziz lebih banyak duduk diam lebih mudah orang Islam nak bersatu.
"Lagi banyak dia bercakap lagi banyak bercelaru, dalam parti dia pun banyak bercelaru.
"Dia nak ajak orang lain bersatu, dia nak orang lain mendekati Islam tetapi sesama dalam pimpinan Pas sendiri pun dia tak dapat selesaikannya," kata beliau kepada pemberita di akhir Persidangan Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor 2012 di sini, hari ini.
Semalam,  Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri.
Nik Aziz mengesyorkan agar Umno dibubarkan sebagaimana pendekatan diambil ketika pembubaran Semangat 46, parti diterajui Tengku Razaleigh Hamzah, pada pertengahan 1990-an, selepas keluar dari Umno.
Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud antara Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz perlu menyelesaikan isu-isu berkaitan parti sebelum mengajak orang bersatu.
"Jangan nak ajar itik berenang, sebab saya sudah pandai berenang," katanya lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai laporan bahawa Nik Aziz akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ibrahim berkata, beliau sudah tidak lagi sesuai menjadi Menteri Besar.
Ibrahim yang bertanding pada 2008 atas tiket Pas tetapi kemudian mengisytiharkan dirinya calon Bebas berkata, untuk menjadi Menteri Besar memerlukan seseorang yang kuat dan sentiasa aktif turun padang bagi memajukan negeri.
"Saya tak kisah sama ada masih relevan dia bertanding atau tak, tapi dia sudah tua.
"Nik Aziz tak mampu lagi jadi Menteri Besar, umurnya pun sudah meningkat, sudah 22 tahun dia pegang jawatan itu, dan perlu kekuatan untuk cari pelabur dan sebagainya sebab itu Kelantan mundur," katanya lagi.

Tiada ulasan: