Rabu, 31 Oktober 2012

JIKA AYAT QURAN SERTA HADIS MENGHENTAM KITA ...MAKA KITA TENTANG...BAGAIMANA KALAU KITA DIZAMAN NABI SAW...AYAT QURQN TURUN BERKENAAN KITA...MAKA HENDAK JUGA KITA TENTANG

JJMK Kelantan: Bukannya Nak Basmi Kemiskinan
Posted on Tuesday, October 30 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Munier

Baru-baru ini Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir Sik Kedah mai rumah saya nak bincang bab bantuan untuk Rohingya. Sembang pi sembang mai, masuk bab sedekah dan isu basmi kemiskinan.

Saya minta pandangan Ustaz tentang modus operandi kerja rakan-rakan di NGO Wargakilang yang lebih kepada menghulurkan sumbangan barangan kepada keluarga-keluarga miskin yg kami temui, yang sudah pastinya tidak mampu membasmi masalah kemiskinan itu sendiri.


Ustaz kata: “Mana-mana kerajaan atau pun sesiapa saja yang kata dia nak basmi kemiskinan, sesungguhnya mereka itu adalah manusia yang TAKBUR – orang yang cakap itu tak faham sunnatullah. Tuhan sudah tentukan semua kejadian ini,ada bendanya yang berlawanan, ada neraka ada syurga, ada kiri ada kanan, ada lelaki ada perempuan, ada sihat ada sakit, ada tua ada muda, ada kaya dan ada MISKIN”.

Ustaz kata lagi: “Orang Miskin itu sebenarnya adalah tiket untuk orang kaya masuk syurga kalau orang kaya itu rajin bersedekah kpd golongan miskin dan susah ini. Ada pun anta semua di Wargakilang ini hanyalah sebagai WASILAH atau pun sebagai Wakil Tuhan tukang bawa rezeki untuk keluarga2 yang berkenaan. Bila org2 miskin itu berdoa mengadu untung nasib mereka kepada Tuhan, Tuhan tidak turunkan terus dari langit kampit beras itu di hadapan mereka, tetapi Tuhan bawakan rezeki kepada mereka melalui Wargakilang ini. Mulia sebenarnya kerja buat anta semua ini”.

Lega saya bila Ustaz cakap macam itu sebab kami di NGO Wargakilang tengah plan nak masuk kg di Negeri Kelantan. Kami duk risau nanti orang ingat kami sengaja nak memburuk-burukkan kerajaan Kelantan pula sebagaimana kami dituduh cuba memburuk-buruk kerajaan Terengganu bila kami buat program Jln-Jln Masuk Kg (JJMK) di perkampungan Nelayan di Kemaman bulan Ramadhan hari itu.

Sembang pasal nak masuk kg di Kelantan, insyaallah jika tidak ada aral melintang, kami akan ke sana pada 11 hb Nov 2012 ini. Sahabat kami anak-anak jati Kelantan di sana sudah pun mengenal pasti hampir 30 buah keluarga yang bakal menerima sumbangan kami nanti.

Antara yang akan kami kunjungi ialah keluarga Pok Soh di Bachok, Kelantan.

(7 beranak dari 4 generasi, Datuk-Anak-Cucu-Cicit tinggal dalam sebuah rumah yang sempit tanpa bilik)

Seterusnya ialah sebuah rumah usang yang sedang mereput dimakan anai-anai di Kedai Lalat, Kota Bharu.

(Rumah ini dihuni oleh dua beradik yang cacat penglihatan, Che Nab dan Che Jah – dua orang individu miskin yang layak menerima sumbangan beras FIDYAH)

Kami juga akan berkunjung ke sebuah rumah keluarga OKU di PPRT Kg Tepus.

(Pak Lah, 53 tahun OKU sejak kecil, terpaksa bertongkat untuk bergerak ke sana sini).

Telah berkahwin, tetapi isterinya juga OKU, cacat penglihatan. Ada 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah. Selain bantuan pihak berwajib, mereka hanya mengharapkan bantuan jiran dan saudara mara untuk kelansungan hidup.

Sebenarnya, kita yang hidup senang dan agak selesa sekarang ini jangan duk ingat kita akan selesa selama-lamanya, kadang-kadang bila datang Ujian Tuhan, hidup kita boleh berubah 180 darjah. Misalnya dalam kes Puan Rahana, 44 tahun di bawah ini.

Dulunya tidaklah susah sangat, suami bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Perubahan roda hidup mentakdirkan keluarga 8 orang anak ini kehilangan punca pendapatan apabila mana ayah mereka diserang penyakit dementia (nyanyuk), dan tidak mampu bekerja lagi. Sewaktu lawatan NGO Wargakilang pada bulan Sept lalu, keluarga ini masih belum menerima bantuan dari JKM.

(Tak pasti sama ada keluarga ini pernah merasa Ayam KFC sebelum ini, namun boleh nampak anak-anak Puan Rohana macam tak sabar-sabar nak merasa ayam KFC yang dibawa oleh Team WK Kelantan)

Kami cuma berharap kemiskinan keluarga yang menghempap secara tiba-tiba ini tidak akan mengganggu prestasi pembelajaran anak-anak beliau, terutama anak sulungnya, yang beroleh keputusan cemerlang 9A dalam PMR tahun lepas. Sekarang ini kami dimaklumkan sedang belajar di SMKA di pinggir Kota Bharu - dengan berbasikal dari rumah ke sekolah beberapa kilometer saban hari.

Orang alim kata Kaya dan Miskin ini hanyalah Ujian Hidup semata. Kalau orang miskin itu sabar dan redha dengan Ujian itu, insyaallah mereka akan mendapat pahala. Kalau orang Kaya bantu orang Miskin dengan lebihan rezeki yang mereka ada, insyaallah mereka juga akan beroleh pahala. Namun begitu, kadang-kadang Ujian hidup ini begitu mencabar sekali tak mampu untuk kita menanggungnya, seperti dalam kisah Pn Suhana dari Kg Pauh Lima di bawah ini.

Setelah dicerai talak 3, beliau merempat membawa diri bersama 4 orang anak-anaknya menumpang tinggal di wakaf orang, dan kemudiannya berakhir di sebuah bangsal memproses ayam. Kisah lara hidupnya ini pernah tersiar di sebuah akhbar tempatan tak beberapa lama dulu.

(Petikan akhbar: kisah Puan Suhana dengan anak-anaknya tinggal bersama hampir 20 ekor ayam dalam sebuah bangsal memproses ayam yang sempit dan berbau)

(Bangsal Proses Ayam tempat tinggal Puan Suhana)

Lalu, seperti juga kisah-kisah kemiskinan lain yang sering tersiar di akhbar-akhbar arus perdana, seperti juga nasibnya kertas suratkhabar berkenaan yang akhirnya dibuat bungkus nasi lemak kemudian dicampak ke dlm tong sampah dan dilupakan orang, maka begitu juga dengan kisah Puan Suhana, menjadi celebrity hanya buat seketika.

Sewaktu mengunjungi beliau baru-baru ini selepas beberapa bulan kisah beliau tersiar di akhbar, kami dapati keadaan hidup beliau tidak jauh berbeza, cuma sudah tidak lagi tinggal di bangsal berkenaan tetapi menyewa sebuah rumah berdekatan dengan sewa RM200 sebulan.

Puan Suhana mengadu kepada kami masalahnya yang mungkin terpaksa kembali tinggal di bangsal proses ayam tersebut kerana tidak mampu untuk menanggung sewa, belanja makan minum dan sakit demam beliau anak beranak – yang hanya bergantung kepada bantuan yg tidak seberapa dari pihak berwajib dan sedikit pendapatan hasil upah menjadi pembantu di tempat proses ayam berkenaan.

Kami cuma berharap Puan Suhana akan terus tabah menghadapi ujian hidup yang sedang melanda beliau ini. Namun begitu, ujian hidup beliau ini mungkin tidak seperit dugaan hidup yang sedang melanda keluarga Abg Anuar Nawi dalam kisah terakhir ini.

Abg Anuar seorang tukang besi bekerja sendiri dengan punca pendapatan yang tidak menentu, punya 7 orang anak – semuanya masih bersekolah kecuali yang bongsu 5 tahun.Ujian hidup mentadkirkan isterinya jatuh lumpuh selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di leher.

(Abg Anuar dan salah seorang anaknya di sisi isterinya yang terlantar lumpuh)

Bekerja sendiri tanpa order yang menentu, kadang-kadang mereka sekeluarga terpaksa ber-ikat perut bila tiada tempahan baru. Jika isterinya sihat, bolehlah juga isterinya ini membantu di mana yang perlu. Walaupun begitu, antara tabah Abang Anuar tetap redha dengan takdir yang menimpa dirinya ini - perlu menjaga isterinya yang terlantar, dan dalam masa yang sama terpaksa mengambil alih tugas sebagai Ibu kepada 7 orang anak-anaknya itu. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahunya yang memikul.

Baru-baru ini sahabat kami, sdra Jaafar anak Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur berkunjung ke rumah beliau di Kedai Lalat, Kota Bharu ini. Dalam lapurannya kepada kami, sdra Jaafar menulis:

“Anak sulung Abg Anuar belajar di sebuah kolej swasta di Nilai. Dgr khabar, pinjaman PTPTN masih tak diluluskan sebab mak/bapak dia takder slip gaji. Kalau orang keje kampung ... usahkan slip gaji... gaji pun belum tentu ada. Ayah dia ada citer... kadang2 anak dia tepon.. duit dah habis... selalu sangat menahan lapar sebab x kehabisan wang belanja.”

Weekend baru ini, sdra Jaafar, berjaya menjejaki Amirul, anak sulung Abg Anuar di Nilai, N9, sedang menuntut di sebuah kolej swasta di sana dalam bidang Pengurusan Hotel Tahun 1, masih tidak menerima pinjaman PTPTN. Kerap benar menahan lapar dan dahaga kerana sering keputusan wang; pun begitu agak cemerlang dalam pelajaran, semester baru-baru dapat CGPA 3.01.

(Wajah innocent Adik Amirul - sedang mengisi borang pendapatan keluarga yg diusahakan oleh Sdra Jaafar)

Entahlah bila menatap wajah adik Amirul ini, rasa sebak pun ada. Perit sebenarnya hidup sebagai anak orang susah di rantau orang ini. Sakit demam lapar dan dahaga tiada yang peduli….

Saya pun tak tahu nak komen apa dah. Kalau ada masa, meh lah join kami Jln-Jln Masuk Kg membantu org-org miskin dan susah di Kelantan pada 11 Nov 2012 ini, tempat berkumpul di Masjid Bandar Bachok, jam 8:00-8.30 pagi. Sila bawa barang-barang sumbangan masing-masing untuk disampaikan sendiri secara peribadi.

Macam yang Ustaz Ismail kata, kami hanyalah nak pi bagi sumbangan nak pi kutip pahala - bukannya nak basmi kemiskinan, hanya mereka yang takbur sahaja yang berkata demikian.

Sekian, moga mampu menjadi tazkirah buat semua.

moniermatdin@yahoo.com
12.10.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com




Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...
Posted on Tuesday, September 18 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Addin



Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...
1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat)

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~malique
 
 

 Khutbah AidilAdha yg ditentang Umno
Posted on Tuesday, October 30 @ 06:34:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: jarihantu

"Berikut ialah khutbah AidilAdha yang disampaikan oleh Dewan Ulama’ PAS Kelantan (DUPK) yang dikecam hebat oleh umno.Respons yang sangat berbeza dibandingkan dengan isu MCA hina Islam dimana puak umno hanya menikus saja.

Alhamdulillah, pada hari raya ini, kita dapat menyambut perayaan terbesar ummat Islam, iaitu Idul- Adha, Hari Raya Qurban, bersempena ibadat qurban dan haji ummat Islam di Makkatul-Mukaramah. Ibadat qurban ini adalah berkait rapat peristiwa pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS semata-mata kerana taat setia dan kepatuhan mutlak hanya kepada Allah SW



Baginda mengajar kita supaya tidak sekali-kali membantah perintah Allah, walau seberat mana sekalipun.

Perintah menyembelih anak kesayangannya Ismail AS, yang tentu tidak masuk akal dan teramat berat, telah dilakukan dengan sepenuh penyerahan diri kepada Allah, tanpa apa-apa soal dan alasan.

Allah SW telah mengabadikan kisah agong ini dlm ayat 103-107 surah As-Saafat yang maksudnya:

“ Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat menjunjung perintah Allah, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dgn meletakan iringan mukanya mengiringi lambungnya untuk disembelih; Kami menyerunya : Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau membenarkan perintah Allah dalam mimpi mu.Sesungguhnya begitulah Kami membalas orang yg berbuat baik.Ini benar-benar suatu ujian yang nyata dan kami tebus anak itu dgn sembelihan yg besar."

Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yg terkandung dlm kitab suci al-Quran. Ini termasuk dlm pelaksanakan hukum Hudud yang pernah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan penjajah.

Kita bukan disuruh sembelih anak tersayang seperti Nabi Ibrahim. Sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri, menyebat dan merejam org yg berzina, menyebat peminum arak dan membunuh org murtad. Semua mereka hendaklah di hukum dgn hukum Allah yg dijamin berkesan dan mendapat keampunan dari Allah. Mengutamakan hukum sivil mengatasi hukum Allah adalah satu penghinaan terhadap hukum Allah.

Muslimin,Muslimat yg dirahmati Allah sekalian,

Negara kita yg sedang menghadapi bencana keruntuhan moral dan peningkatan jenayah yg sangat membimbangkan.Pelbagai usaha dan denda dikenakan tetapi tidak berkesan.Berbilion ringgit telah dihabiskan dlm menghadapi gejala ini tetapi belum nampak kejayaannya.

Kenapa masih ragu-ragu terhadap hukum yg ditentukan oleh Allah untuk menghukum penjenayah? Sepatutnya pihak yg berkuasa berusaha bersungguh-sungguh memberi penjelasan dan merancang pelan pelaksanaannya. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hokum Hudud ini dikenakan kpd org Islam sahaja. Mereka diberi pilihan dihukum dgn undang-undang sedia ada atau Hukum Islam.

Apakah kita sudah benar-benar menghayati falsafah disebalik kisah ini? Tidakkah kita melihat dihadapan kita, banyak perintah-perintah Allah yg telah diabaikan dan tidak dilaksanakan? Bahkan dipandang serong oleh sebahagian ummat Islam yg memjunjung pemikiran sekular!

Betapa ramai ummat Islam yg tidak mengendahkan perintah kewajipam solat! Betapa ramai yg tidak menutup aurat sedangkan ia adalah perintah yg wajib! Ramai juga menghalalkan judi atas nama sukan sedangkan ianya haram disisi Allah!

Terdapat juga yg menolak hokum-hukum Allah dgn pelbagai alasan! Perjuangan menegakan hukum Allah yg merupakan perjuangan suci para anbia’ ditinggalkan!

Dan pelbagai kemungkaran telah dilakukan oleh ummat Islam tanpa segan dan silu. Semua ini menuntut kita bermuhasabah, sejauh mana penghayatan kita kpd kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS ini, bukan hanya mengulang cerita semata-mata.

Adakah kita benar-benar beriman kpd Allah? Atau hidup kita penuh dgn kekufuran? Tepuk dada, tanyalah Iman.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,
Di hari ini dan har-hari tasyriq kita melakukan ibadat qurban dgn menyembelih binatang ternakan.Kita dilatih dgn ibadat ini untuk berqurban apa sahaja kerana agama, sama ada dgn harta atau pun nyawa.

Darah-darah qurban memancut pembakar semangat kita untuk terus berjuang menegakan syariat Allah di bumi ini.Tekanan dari pihak kufar dan munafiqin- berupa ejekan,tekanan ekonomi dan politik tidak akan mematahkan semangat pejuang-pejuang Islam.Mereka yaqin bahawa agama Allah akan tetap menang sebagaimana yg dijanjikan oleh Allah.

Fajar kemenangan Islam sedang menyinsing naik.Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Yunisia adalah bukti kebenaran janji Allah. “Takkan Hilang Islam Di Dunia”. Gerakan Islam sedang bangkit diseluruh dunia, ayuh! Marilah kita semua bersama-sama dgn gerakan Islam dan menjadi “UnsuruLlah”.

Rugilah mereka yg tidak bersama dgn perjuangan yg berlandaskan al-Quran dan Sunnah - Perjuangan para anbia’ dan mursalin. Hendaklah kita perbetulkan dasar perjuangan kita dgn meletakan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,

Disaat ini jutaan ummat Islam sedang menunaikan rukun Islam yg kelima di Makkatul-Mukaramah. Mereka menjadi tetamu Allah.

Jutaan ummat Islam dari pelbagai bangsa dan warna kulit dari seluruh pelusuk dunia melakukan wuquf di padang ‘arafah serbagai muktamar agong tahunan ummat Islam. Mereka disatukan oleh Allah dgn tuhan yg satu iaitu Allah, ugama yg satu iaitu Islam. Qiblat yg satu iaitu Kaabah.
Laungan yg satu iaitu takbir Allahu akbar.Mereka telah meninggalkan kampong halama dan negara , mereka meninggalkan anak-anak dan saudara mara, mereka meninggalkan segala pekerjaan dan perniagaan, mereka menghabiskan ribuan harta benda semata-mata menyahut panggilan Allah :

“LabbaikaLlahuma labbaik.Labbaika la-syarikalak labbaik. Innal hamda wa ni’mata, lakal-mulk; la-syarika-lak” Inilah demonstrasi terbesar ummat Islam bagi menggerunkan musuh-mush Allah.

Di Mina pula, mereka berdemonstrasi membaling batu sebagai simbolik penentangan tegas mereka terhadap syaitan yg menganggu perjuanganmereka menegakan syariat Allah.Kita mendoakan agar mereka mendapat haji yg mabrur dan istiqamah dlm pengorbanan mereka dlm melaksanakan dan menyahut segala perintah Allah bila pulang ke Malaysia nanti.

Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah, Pelaksanaan Islam yg sempurna tidak mampu dilaksanakan oleh pemimpin yg jahil dan tidak berminat kpd sistem Islam.

Ingatlah bahawa pemimpin yg wajib kita pilih ialah orang yg mampu bukan setakad mampu membina jambatan didunia tetapi yg paling penting mampu membawakita untuk selamat semasa melintasi titian siratul-Mustaqim di akhirat nanti.

Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah orang yg menjual akhratnya kerana dunia orang lain iaitu dia sendiri tidak kalut dgn dunia tetapi terus mempertahankan orang yg gila dunia dan kuasa. Kita juga mesti mengelak daripada terlibat dgn sebarang rasuah dlm memilih pemimpin tambahan pula pemimpin tersebut adalah dzalim terhadap rakyat.

Jika mereka menabur wang ringgit dan menyuruh agar memilih serta mengekalkan kedudukan mereka lalu penerima wang tadi menurut kehendaknya semata-mata kerana mengambil wang tersebut maka dia telah terlibat dgn sasyuah.

Dalam hal ini amaran keras telah dinyatakan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu , maksudnya:

"Tiga orang dimana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari qiamat serta tidak sucikan? Mereka dan mendapat azab pedih adalah : …dan seorang lelaki yg taat setia kpd pemimpin dimana dia tidak taat kecuali kerana dunia.Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya."

Kenapakkah setelah sekian lama kita diperintah oleh mereka yg mengaku menjadikan Islam sebagai ugama rasmi, tetapi ummat Islam masih gagal menjadikan Islam sebagai cara hidup yg terbaik.

Allah berfirman dlm surah al-Haj, ayat 41 maksudnya :

“Iaitu mereka yg jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta member zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yg mungkar dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Salah satu tugas terpenting pemerintah adalah “Amar maaruf nahi mungkar”. Tidak ada kemungkaran yg lebih besar kecuali kemungkaran menolak hokum Allah yg penuh kebaikan dgn menerima pelbagai hukum ciptaan manusia yg engkar terhadap Allah.

Sekiranya pemerintah Islam sendiri sanggup mengenepikan hokum Allah, maka sesebuah negara itu berhadapan dgn kemukaan Allah, apabila Allah murka, segala maksiat dan bala tidak dpt dielakan lagi.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,

Dunia dikejutkan lagi dgn penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Namun kali ini dlm bentuk filem berjudul Innocence of Muslim – yg menghina dan memaparkan penipuan ttg peribadi Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yg dibiayai oleh 100 org Yahudi dgn menelan belanja 5 juta dolar Amerika.Filem ini telah menyebabkan kemarahan ummat Islam di seluruh dunia sehingga tercetus demonstrasi yg berlaku hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Penghinaan ini merupakan episod perancangan musuh Islam yg begitu dendam dan dengki terhadap ummat Islam. Kita masih ingat pada tahun 2005, bagaimana mereka melakukan provokasi dgn karikatur yg menghina Rasulullah SAW di Denmark.

Hari ini Rasulullah SAW dihina lagi tetapi dlm bentuk filem. Allahu Ta’ala telah menjanjikan pembalasan yg pedih iaitu neraka jahanam kpd mereka yg menyakiti Allah dan rasulNya SAW. Firman Allah bermaksud :

Sesungguhnya orang yg menyakiti Allah dan RasulNya, maka Allah akan melaknat mereka di dunia dan di akhirat serta menyediakan untuk mereka siksa yg hina” (al-Ahzab :57)

Islam adalah agama yg penuh dgn adab. Antara adab yg diajarkan oleh Allahu Ta’ala iaitu beradab dgn RasulNya kerana Rasulullah SAW adalah manusia pilihan Allah yg dipelihara drp segala dosa dan maksiat dan wajib bersifat dgn sideq, amanah, tabligh dan fatanah.

Firman Allah dlm surah al-Hujrat ayat 3, maksudnya :

“Sesungguhnya org-org yg merendahkan suara semasa mereka berada di sisi Rasulullah, mereka org-org yg telah dibersihkan oleh Allah hati mereka utk bertaqwa mereka beroleh keampunan dan pahala yg besar.”

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Islam meletakan garis panduan yg jelas bahawa mereka yg menghina Rasul boleh membawa kpd tergelincir ‘aqidah dan membawa seseorang itu keluar dari agama Islam.harus diingat, mereka yg menghina sunnah yg diajar oleh Baginda dan segala apa yg disukai oleh Baginda maka sebenarnya ia juga termasuk dlm kalangan yg menghina dan menyakiti Rasul.
Jika begitu penghinaan terhadap Rasul juga berlaku dlm masyarakat Melayu. Bukankah pelbagai kata-kata sinis dilemparkan kpd Baginda?

Antaranya memperlekehkan sunnah janggut dgn mengatakan bahawa Baginda menyimpan janggut kerana tidak ada pisau Gillette, Hukum Islam tidak sesuai di zaman moden, menghina pelaksanaan Hukum Hudud yg menjadi satu hukum yg terdapat dalil dan nas kat’ie, mendakwa Hudud zalim, Hudud menghina wanita, Hudud melanggar prinsip Hak Asasi Manusia. Jika hukum potong tangan dilaksanakan maka akan kudung tangan-tangan orang Melayu maka mereka akan mundur dan pelbagai lagi penghinaan yg dilakukan oleh masyarakat Melayu yg mengaku Islam.

Awas! Perkataan sebegini boleh menggugurkan ‘aqidah kerana ia juga termasuk dlm kategori menghina Rasulullah SAW. Ummat Islam wajib mempertahankan Baginda rasulullah SAW drp segala penghinaan ini kerana Baginda terlalu istimewa buat kita semua. Baginda SAW adalah rahmat untuk seluruh alam.

Antara tindakan ummat Islam bagi mempertahankan Baginda Rasulullah SAW ialah :

1) Mengikut akhlak baik yg diajar oleh Baginda untuk diamalkan dlm kehidupan kita.

2) Menunjukan akhlak dan budi pekerti yg baik kpd masyarakat bukan Islam hingga mereka tertarik dgn Islam.

3) Mempelajari seerah Nabi SAW berkaitan sejarah perjalanan hidup Baginda, cabaran yg dihadapi serta perjuangan Baginda menghapuskan taghut.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,

Mutakhir ini ramai org bercakap ttg perpaduan. Kita diminta supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah, berkelahi dan jgn bermusuh-musuhan.Jadilah seperti batu bata dlm sebuah bangunan yg saling mengukuh antara satu sama lain. Seruan ini tidak dinafikan sangat baik.Namun timbul persoalan – hendak bersatu atas asas apa? Adakah atas asas bangsa Melayu atau atas asas sesame rakyat Malaysia atau asas aqidah Islamiah?

Rasulullah SAW sewaktu berdakwah pada permulaan Islam mengajak ummat Arab Mekah supaya memeluk Islam dgn meninggalkan kerja-kerja syirik.Baginda mengajak supaya bersatu atas asas aqidah tauhid dan kesatuan Islam. Kerana itu ramai kaum masyarakat musyrikin menuduh Baginda pemecah belah masyarakat, perosak perpaduan ummat Arab, penghina segala apa yg telah dilakukan oleh datuk nenek moyang mereka. Kata-kata seperti ini diucapkan oleh salah seorang ketua mereka bernama ‘Utbah bin Rabi’ah. Antara lain beliau menyebut:

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) anak saudara ku, kamu telah membawa satu perkara besar kpd kaum engkau. Engkau telah memecah belah persatuan dan perpaduan mereka, enkau merendah-rendah dan menghina orang-orang baik dikalangan mereka,engkau menghina dan mencaci tuhan-tuhan dan juga agama mereka, engkau mengkafirkan datuk nenek dan bapa-bapa mereka.Wahai Muhammad, dgrlah dari ku, aku menawarkan kpd engkau beberapa perkara semoga engkau memilih dan menerima sebahagian drpdnya.”

Mendengar tawaran bapa saudaranya, Baginda bertanya, “Apakah tawaranitu wahai bapa saudaraku? Sebutkanlah, aku akan mendengarnya.”

‘Utbah berkata, “Wahai anak saudaraku, sekiranya engkau mahu dgn melalui agama baru yg engkau bawa itu, utk mendapat harta kekayaan, kami akan himpunkan harta-harta kami drp hasil pungutan itu.Kami akan beri kpdmu dan kamu akn menjadi org yg paling kaya dikalangan kami.

“Jika kamu mahukan kemulian atau pangkat, kami akan mengangkat kamu menjadi ketua kami yg paling mulia. Jika kamu hendak menjadi raja, kami akan melantik kamu menjadi raja kami.Jika kamu dirasuk jin dan tiada sesiapa pun yg mampu merawat mu, kami akan mencari tabib dan bomoh untuk kami upah kpd mereka supaya mereka dpt merawat dan menyembuhklan penyakit kamu.”

Setelah selesai ‘Utbah mengemukakan tawaran-tawaran tersebut, Baginda terus membaca awal surah Fusilat dari ayat pertama hingga ayat ke 14; yg antara lain bermaksud :

“Ha mim.Alquran diturunkan dari tuhan yg maha pemurah lagi maha penyayang, kitab yg dijelaskan ayat-ayatnya utk faedah kaum yg mahu mengambil tahu dan membawa berita gembira serta member amaran buruk, tetapi kebanyakan mereka berpaling (drpnya).Mereka tidak mahu mendengar bahkan mereka berkata, hati kami berada dlm tutupan yg menutup apa yg kamu seru kami kpdnya dan telinga kami ada sumbatan. Kemudia diakhirnya Allah menyebut :

Jika kamu berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Aku member amaran kpd kamu dgn azab yg dahsyat iaitu petir, seperti petir yg telah menyambar kaum ‘Ad dan kaum Tsamud.”

Dari kisah panjang lebar di atas, jelas bahawa org kafir musyrikin Mekah menuduh Baginda sebagai menghina agama mereka.Mereka bersikap demikian tidak ada sebab lain kecuali kerana Baginda mahu menyatukan mereka diatas ajaran al-Quran, diatas agama Allah, agama tauhid,agama perpaduan, agama yg menolak kezaliman, kesesatan dan syirik. Jadi perpaduan yg kita mahu – kalau mengikut Islam ialah perpaduan yg diambil drp Baginda SAW, melalui ajaran al-Quran dan Sunnah, bukan melalui kebangsaan yg sempit dan bukan melalui pemahaman secular yg sesat.

Firman Allahu Ta’ala, surah ali-Imran ayat 103, maksudnya:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kpd tali Allah (agama Islam) dan jgnlah kamu bercerai berai.Dan kenanglah ni’mat Allah kpd kamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dulu. Lalu Allah menyatukan diantara hati-hati kamu. Maka menjadilah kamu dgn ni’mat Allah itu org-org Islam yg bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kpd mu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjuk.” 
WM,sila abaikan jika sudah ada artikel yang sama.


 UMNO: Sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah
Posted on Tuesday, October 30 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Aspan Alias
Saya tidak tahu bagaimana ada pemimpin peringkat tertinggi BN percaya yang BN akan mendapat sedikit lebih kerusi parlimen dari apa yang di dapati dalam PRU yang ke 12 dahulu. Di samping mengakui akan kehilangan beberapa kerusi yang sekarang di pegang oleh BN di Sabah dan Sarawak, BN masih berkeyakinan boleh mendapat lebih dari 140 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen keseluruhannya.

Nampaknya UMNO dan BN mempunyaai formula ilmu kira-kira yang baru. BN mengakui yang enam atau tujuh kerusi di Sabah akan kalah dan jumlah yang sama juga akan kalah di Sarawak. Tetapi dengan berkurangan jumlah kemenangan BN di kedua-dua buah negeri ini ia menambahkan kemenangan BN melebihi 140 kerusi.

Tetapi dalam ilmu kira-kira apabila sesuatu angka itu di tolak, angka itu akan menjadi kurang. Jadi kalau hendak tahu ilmu kira-kira (belum lagi matematik) yang baru di mana menolak jumlah angka itu akan menambah bilangan jumlah angka tersebut, elok belajar dari BN bagaimana menolak jumlah sesuatu angka itu boleh menambah bilangan angka itu.. Selalunya angka itu akan bertambah jika dicampur bukannya ditolak.

Tetapi kita tahu kenapa BN merasakan ia akan mendapat lebih dari 140 kerusi dan fenomena kekeliruan ini memang biasa berlaku dalam BN. Semasa Abdullah Badawi membubarkan parlimen dahulu pun, tentunya beliau membuat perkiraan yang BN akan memenangi jumlah kerusi yang besar sebagaimana yang beliau perolehi semasa PRU tahun 2004 dahulu. Dalam hal membuat kira-kira ini, BN memang selalu salah dan kesalahan ini akan berlaku lagi di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

BN membuat perkiraan yang di Semenanjung mereka yakin yang pengundi India akan kembali kepangkuan BN., dan beberapa kerusi yang dipegang oleh PKR akan jatuh ke tangan mereka. Jika itu perkiraannya mereka sepatutnya menolak sejumlah sokongan dari kaum Cina yang sekarang ini sedang menambah bilangan sokongan kepada PR melalui DAP kali ini. Jika dahulu hanya 65 peratus sahaja orang Cina memberikan sokongan kepada PR, kali ini jumlahnya akan bertambah kepada 80 peratus.. 15 peratus tambahan ini adalah satu angka yang besar dan boleh memberikan impak negatif kepada BN dalam PRU ini.

BN meletakkan harapan untuk mendapatkan pertambahan kerusi kali ini melalui pemberian BRIM kedua tidak berapa lama lagi. BN yakin dengan pembelian undi ini mereka akan mendapat sokongan yang lebih besar kerana BN merasakan jumlah RM500 atau RM1000 itu amat besar kepada rakyat yang miskin. BN masih memainkan isu kemiskinan yang mereka wujudkan untuk mendapatkan sokongan semasa terdesak dengan membayar jiwa dan raga mereka (orang miskin).

Sekarang baru kita yakin yang BN akan tetap mengekalkan tahap kemiskinan rakyat di tahap yang ada sekarang ini agar dapat dipergunakan dalam setiap PRU yang bakal diadakan dengan membeli mereka yang BN anggap sebagai kelompok miskin ini. Pendeknya BN menaruh harapan kepada undi dari mereka yang dianggap miskin. Pimpinan kita beranggapan RM 500 melalui pemberian BRIM ini sudah memadai untuk rakyat sedangkan jumlah sejemput itu hanya boleh menyelesaikan masalah untuk sehari sahaja.

Tetapi benarkah BRIM itu membawa keuntungan kepada BN kerana rata-rata saya dapati ramai rakyat yang tersinggung dengan tindakan Najib membeli undi ini, terutamanya dikalangan anak muda yang berpendapatan tetap. Ramai orang-orang yang berumur ini menerima BRIM ini tidak akan mengundi BN kerana anak-anak mereka memberi lebih dari apa yang BN berikan kepada mereka. Mereka ini akhirnya akan mendengar nasihat anak-anak mereka dari mendengar nasihat pemimpin UMNO di mana-mana.

Seperkara yang UMNO tidak mengambil kira ialah parti itu akan menghadapi masalah dalaman yang besar dalam PRU yang akan datang ini. Bagi pendapat ramai perebutan menjadi calon lebih buruk lagi di masa ini. UMNO akan menghadapi sabotaj dari ahli-ahli dan pemimpinnya sendiri dan ini akan hanya menyerlah sebaik sahaja nama-nama calon di umumkan. Apa yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu akan berlaku dalam kadar yang lebih teruk lagi di pilihanraya kali ini.

Saya telah mendapat maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO dan pimpinan pertengahan yang mereka akan melakukan apa sahaja untuk memboikot mana-mana calon yang tidak sehaluan dengan mereka dan perkara ini jelas dirancang dari atas sehingga ke bawah dalam parti pemerintah selama dekad itu. Ramai pimpinan di peringkat bahagian telah jatuh semangatnya kerana masalahnya bukan menghadapi pembangkang yang sudah sedia mendapat perhatian ramai, tetapi menghadapi masalah ‘chah keting’ sesama sendiri.

Sesungguhnya UMNO tidak akan mampu diperbaiki selagi barisan sekarang ii masih berkeliaran di majlis tertinggi serta kabinet negara pada hari ini. Ini cadangan yang mustahil diterima oleh pimpinan UMNO hari ini. Cadangan itu ialah untuk pimpinan yang ada pada hari ini bersara dan berikan kepada ahli-ahli yang tidak mahu masuk dalam acuan yang dibentuk oleh Dr Mahathir dahulu. Jika acuan ini tidak ditukar rakyat tahu siapa pun dikalangan barisan MKT yang ada pada hari ini mengambil alih imej UMNO itu tidak akan dapat dipulihkan.

Siapa pun yang mengambil alih dikalangan mereka ini UMNO tidak akan berubah. Imej UMNO sudah begitu berkecai dan dilihat oleh ramai penganalisis politik yang berwibawa menyatakan yang kali ini adalah masa yang tergenting sekali yang di alami oleh UMNO. UMNO perlu menukar acuannya kerana acuan yang ada hari ini sudah tidak boleh dipakai dan tidak relevan lagi.

UMNO sudah sampai ketahap tidak bpleh meletakkan calon kerana kalau digantikan mereka yang ada dengan calon yang baru, kerosakan sudah terlalu teruk dan siapa pun calon itu akan kecundang dan tidak bermaya untuk menahan kebangkitan rakyat di merata-rata tempat dan wilayah dalam negara ini.

Walaupun Tengku Adnan, Setiausaha Agong UMNO, berkeyakinan untuk meraih lebih dari 140 kerusi parlimen tetapi itu semuanya merupakan ‘wishful thinking’ beliau sahaja. Tengku Adnan hanya bercakap dengan memberikan pandangan yang beliau ingin dengar sahaja.

UMNO pusat tidak akan berani menukar calon-calon yang baru apatah lagi jika penyandang pada hari ini adalah dari ketua atau pemimpin atasan di bahagian masing-masing. Di tukar akan membawa kekalahan dan jika tidak ditukar juga akan menjadi masalah besar juga. UMNO dan ahli-ahlinya tidak ada kebersamaan diantara mereka lagi. Ini merupakan akibat kelalian pimpinan yang tidak mengambil tahu hal parti yang telah mula rapuh sejak tiga puluh tahun yang lalu.

Sekarang ini UMNO terpaksa menubuhkan bermacam-macam Jawatankuasa untuk mengelakkan sabotaj-mensabotaj parti. Parti ini menghadapi masalah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya oleh rakyat yang ramai. Jika parti itu bermasalah dalam sebegini serius bagaimana ia boleh diyakini dan diberikan mandat lagi. Maka UMNO patut diketepikan dahulu dan biarkan parti itu menyelesaikan masalah mereka dahulu. Sementara itu biarlah pihak alternatif menjaga rakyat dan negara dalam tempoh dan penggal yang akan datang ini.

Buat masa ini UMNO terpaksa berbelanja berlipat kali ganda kali ini untuk membiayai kos pekerja pilihanraya yang lebih mementingkan wang ringgit yang besar sebelum melaksanakan tugas dalam pilihanraya nanti. UMNO ibarat kereta yang sudah terlalu tua dan kos penyelenggaraannya amat tinggi. Apabila kurang penyelenggaraan UMNO akan tidak berfungsi dan akan seperti kereta tua yang rosak: terbengkalai di tepi-tepi jalan.

Itu sebabnya orang ramai memilih untuk memandu kereta baru yang masih berbau wangi di dalamnya. Kereta lama ini mempunyai bermacam-macam masalah. Lepas diperbaiki, enjin rosak pula dan sistem penghawa dinginnya. Sekarang apabila kereta itu diyakini boleh berjalan dengan baik, lampu pula padam dan tidak boleh dipandu diwaktu malam. Susah memandu kereta tua ini. UMNO perlu dihantar ke bengkel dan diperbaiki sebelum ia boleh digunakan lagi.

Oleh itu kita mesti terima hakikat apabila sampai masa UMNO itu jatuh ia akan jatuh bergelimpangan. Ia seperti nyawa kita, apabila sampai waktunya untuk pulang ke Penciptanya, ia tidak boleh ditangguh walaupun sesaat. Ada sahaja jalannya untuk kembali ke asal. Setengahnya mati kerana kemalangan, setengahnya kerana serangan jantung dan angin ahmar, ada yang mati kerana C4 dan berbagai-bagai lagi cara manusia melalui jalan kematian.

Parti politik pun begitu. Ada yang gugur kerana peperangan dan ada yang jatuh kerana rasuah yang keterlaluan dan salahguna kuasa seperti yang berlaku di negara kita ini.

.........
http://aspanaliasnet.blogspot.com


 PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO-BN Posted on Tuesday, October 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Roketkini

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Penangkapan pemimpin rakyat secara zalim tanpa bicara oleh UMNO-Barisan Nasional di bawah Operasi Lalang pada Oktober 1987 mempunyai hikmah tersendiri apabila ia memberi peluang kepada PAS dan DAP mengenali satu sama lain secara intim buat kali pertama.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang turut menjadi mangsa tahanan tanpa bicara ISA itu berkata, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali, lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan UMNO.

Katanya, hubungan rapat dalam tahanan di antara pemimpin PAS dan DAP berjaya mematahkan memomokkan UMNO yang mahu masyarakat bukan-Melayu melawan PAS dan masyarakat Melayu menentang DAP.
“Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti pada hari ini.
“Ini membenarkan PR untuk bergabung dan memperkuatkan diri untuk mencabar kuasa BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulangtahun ke-25 penahanan zalim ISA dalam Operasi Lalang.
Mengimbas kembali peristiwa kejam yang dilakukan oleh rejim UMNO-BN, Guan Eng berkata bahawa 25 tahun lalu pada 27 Oktober 1987, beliau menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah ISA oleh Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad.
“Saya ingat lagi bagaimana sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka yang baru dipilih, betapa terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara yang bakal mencetus huru-hara dan rusuhan sekiranya saya tidak ditahan.
“Ekoran daripada itu, saya terpaksa bertahan dan mengatasi hari-hari gelap apabila dikurung sendiri, disoal siasat tanpa henti dan diintimidasi untuk memaksa saya untuk “bertaubat”,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Menurut beliau, 106 pemimpin Malaysia telah ditahan pada tahun gelap 1987, termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang – 16 daripada DAP termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri – ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial, aktivis alam sekitar, pendidik bahasa Cina dan pekerja agama.
Antara pemimpin-pemimpin yang terkemuka adalah Lim Kit Sang dan Karpal Singh daripada DAP, Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar daripada PAS dan pendidik bahasa Cina Lim Fong Seng dan Sim Mow Yu.
Serangan juga berlaku ke atas kebebasan akhbar dengan penutupan tiga suratkhabar, serangan bertubi-tubi ke atas badan kehakiman dan keluhuran undang-undang sehingga Ketua Hakim Negara dan dua hakim Mahkamah Agung telah dilucutkan jawatan.
Guan Eng menjelaskan, semua serangan itu bertujuan untuk membentuk negara diktator yang memusatkan kuasa di tangan Perdana Menteri.
Katanya, pada masa ini, walaupun rakyat Malaysia telah berjaya memaksa Datuk Seri Najib Razak memansuhan ISA, banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memastikan kerajaan tidak boleh lagi bertindak zalim terhadap rakyat.
Beliau mencadangkan:
* Semua tahanan ISA yang masih lagi ditahan harus dibebaskan dengan segera dan kerajaan Persekutuan haruslah meminta maaf kepada semua tahanan ISA.
* Kem Tahanan Kamunting harus dijadikan sebuah muzium, seperti kem tahanan Robbens Island di Afrika Selatan yang pernah menjadi rumah kediaman pejuang kemerdekaan Nelson Mandela selama 27 tahun, supaya ia menjadi simbol peringatan kepada kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma zalim UMNO-BN.
* Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu pengganti kepada ISA, harus dikaji semula untuk memansuhkan beberapa seksyen supaya ISA tidak akan kembali menghantui generasi masa kini dan akan datang. – Roketkini.com

 Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Kenangan
Posted on Tuesday, October 30 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ismanusa

"
Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun

Lapuran dari akhbar The Independent melapurkan rancangan Arab Saudi untuk meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu Masjid Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan dapat menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan berbillion dolar. 

Kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini berakhir. Ia bakal menjadi bangunan yang dapat menempatkan manusia paling ramai didunia iaitu seramai 1.6j orang jemaah. tetapi kebimbangan telah mula timbul apabila melibatkan kesan-kesan tinggalan terpenting dalam sejarah Islam dirobohkan. Kemarahan telah mula timbul dinegara tersebut apabila kerajaan beraja itu tidak mengendahkan tinggalan sejarah penting didalam projek pembangunan Mekah.


Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah
Perobohan kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan makam yang menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang betul-betul terletak dibawah kubah tersebut.
Masjid Ghamama bersebelahan Masjid Nabawi


Antara masjid yang bakal dirobohkan juga ialah Masjid Ghamama yang mempunyai nilai yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Setakat ini tidak ada perancangan oleh pihak Saudi untuk memelihara masjid tersebut. Mengikut sejarah, masjid ini dinamakan Ghamama ialah kerana di masjid inilah Nabi s.a.w membuat solat Istiskah (mohon hujan). Perkataan Ghamama bermaksud awan dimana akan muncul secara tiba-tiba dan membawa hujan selepat Nabi s.a.w selesai solat tersebut. Banyak lagi peristiwa sejarah di zaman Nabi s.a.w berlaku di masjid tersebut yang sepatutnya dipelihara oleh pemerintah Islam sebagai pengajaran untuk umat Islam dimasa hadapan. Untuk maklumat boleh rujuk disini http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/other/masjid_ghamama.html.

Antara pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari Islamic Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan Madinah perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya adalah amat membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai cara untuk membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat bersejarah dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk merobohkannya".

Teguran paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang penganalisis ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan Saud dengan perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala di Madain Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang dibina oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.

Beliau menggesa supaya umat Islam seluruh dunia mengemukakan bantahan samada bertulis atau sebagainya dimana-mana kedutaannya terhadap tindakan Arab Saudi tersebut. Kata beliau lagi, ini bukan isu mazhab tetapi isu melibatkan sejarah umat Islam, keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w dan para tabien yang banyak berjasa terhadap Islam. Apakah sikap umat Islam kalau Yahudi melakukan perobohan terhadap Masjid al-Aqsa, umat Islam akan terus istiharkan perang tetapi apakah kita berdiam diri jika pencapaian umat Islam lebih 1400 tahun dimusnahkan begitu saja tanpa sebarang bantahan?

Papan Iklan Promosi Berhala Madain Saleh terletak diluar Masjid Nabawi.  Mereka merasakan sejarah berhala adalah lebih besar berbanding sejarah Masjid Nabi!

Inikah tanda-tanda kerosakan di Madinah yang dimaksudkan didalam hadis yang diberitahu oleh Rasulullah ini?

Berkata Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Makmurnya Baitul Maqdis merupakan kerusakan bagi Yatsrib(Madinah), rusaknya Yatsrib(Madinah) sebagai tanda dimulainya al-malhamah, dimulainya al-malhamah merupakan pembebasan bagi Qostantinopel, dan pembebasan Kostantinopel sebagai tanda keluarnya dajjal”, lalu Muadz ibn Jabal memukulkan tangannya ke paha atau pundak orang yang sedang diajaknya bicara, sambil berkata: sungguh ini pasti terjadi, sebagaimana pastinya engkau duduk disini.
Hadits Hasan riwayat Abu Dawud 

Asri sedia wacana dengan Ulama Pas tapi takut jadi Macam Aziz Bari
Posted on Tuesday, October 30 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh NOR ATIEYAH YUSOFF

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersedia untuk berwacana dengan Dewan Ulama Pas Pusat berhubung isu pimpinan Ayatollah sekiranya pertemuan itu membincangkan isu dibangkitkan secara “matang dan ilmiah.”

“Jika ada apa-apa wacana ilmiah yang berbincang secara matang, saya sudi untuk pergi. Tetapi, ia perlu dibuat secara perbincangan yang matang,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Majlis Hari Raya Aidiladha Karangkraf di sini, petang ini.

Mengulas lanjut kenyataan Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali awal hari ini, Asri berkata, “terima kasih pada jemputan dan akan memberi pandangan.”

Sehubungan itu, Asri menambah, beliau tiada masalah untuk menghadiri wacana yang dimaksudkan sekiranya tarikh penganjuran tidak bercanggah dengan urusan-urusan beliau selain jemputan disampaikan secara profesional.

Justeru, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini berharap wacana yang dirancang oleh Dewan Ulama Pas itu tidak berakhir dengan ketegangan sebagaimana pernah dialami oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr A Aziz Bari.

“Saya tidak kata Dewan Ulama itu tetapi beberapa orang yang pakai label ulama.

“Cuma (saya) harap tidak jadi seperti yang berlaku kepada Aziz Bari apabila pernah mengkritik dan dijemput tetapi dihentam secara keras dalam perbentangannya sehingga menimbulkan ketegangan,” kata beliau lagi. _ Sinar Harian
 Najib setuju dengan Kabinet Bayangan UMNO Terengganu 2013?
Posted on Tuesday, October 30 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Zaki

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis PolisPencen di laman ini melalui artikel "Kabinet Bayangan UMNO Terengganu: Siapa Dalang Perebutan Kuasa ini?". Mula-mula saya rasa ini hanya satu gimik politik tetapi apabila saya membaca kenyataan daripada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiusaha Agung Barisan Nasional di Utusan Malaysia saya rasa minit itu ada kebenarannya.

Tengku Adnan ada menyebut "Meskipun menganggap dakwaan pembangkang itu sebagai gimik politik, tegasnya, sebarang tindakan terhadap mereka yang bertindak membocorkan maklumat tersebut akan diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak."

Timbul di sini siapa yang membocorkan maklumat sulit UMNO dan kenapa mereka membocorkannya. Secara amnya mesti ada sesuatu yang tak dipersetujui dalam minit tersebut.

Apa yang saya perhatikan, Dato' Ahmad Said masih lagi menjadi Menteri Besar sekiranya UMNO menguasai Terengganu dan ini menolak anggapan bahawa Dato' Seri Najib tidak sukakan Dato' Ahmad Said.

Dalam kabinet baru ini beberapa orang nama-nama besar dalam UMNO Terengganu di gugurkan seperti YB. Ahmad Razif, YB Datuk Zaabar, YB Hj Khazan, YB Rozi Mamat, YB Dr Rahman dan YB Dat' Mat Tera.

Kenapa mereka yang disebut di atas disingkirkan darpada exco? Adakah mereka ini akan bertanding dalam PRU-13 nanti. Tak ada yang boleh memberi jawapan.

Adakah Dato' Seri Najib telah bersetujui dengan Kabinet ini dan bersetuju untuk mengukuhkan team Dato' Ahmad Said bagi menguatkan UMNO Terengganu dan menyingkir mana-mana pimpinan yang cuba belot kepada Dato' Ahmad Said.

Banyak persoalan yang timbul daripada minit meyuarat rahsia UMNO Terengganu ini.


Tiada ulasan: