Status Lahirul: Adun dicabar sebut luar dewan
Firdaus Mohd Nor, | 24 Okt 2012 |
(Lahirul...Adun BN Sekong mempertikaikan status kerakyatan beliau yang menimbulkan kekecohan)
Ini kerana, cadangan yang dibuat oleh Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya di Dewan Undangan Negeri Sabah itu telah menarik minat seluruh rakyat Sabah terutama wakil rakyat Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sabah khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Demikian kata Haji Hamzah Abdullah, timbalan pesuruhjaya PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut Hamzah, apa yang dicadangkan oleh ADUN berkenaan telahpun dibuat laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu sendiri berkaitan isu berkenaan yang disifatkan sebagai cubaan mendedahkan aib dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai seorang ahli politik.
Apatah lagi, Lahirul sendiri telah mengesahkan bahawa beliau bukan Pentadang Tanda Izin (PTI) berdasarkan Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang Bagi Orang Yang Lahir Pada Atau Selepas Hari Malaysia; Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
"(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan;"
"Adalah memalukan dan menjatuhkan kredibiliti beliau (ADUN Sekong) sebagai seorang wakil rakyat apabila mengambil hujah dan bahan-bahan serangan itu di blog-blog dan ruang maya Facebook sebagai hujah sebenar tanpa mengesahkan terlebih dahulu mengikut lunas undang-undang negeri dan negara," kata Hamzah.
Justeru itu, kata Hamzah, PAS Negeri Sabah MENCABAR agar ADUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya untuk menyebutnya (mencadangkannya) sekali lagi di luar Dewan Undangan Negeri Sabah bagi mengesahkan beliau yakin serta mempunyai bukti asas yang kukuh melibatkan perkara tersebut.
Hal ini bagi membolehkan pihak Lahirul Latigu, Dewan Pemuda PAS Sabah dan PAS Negeri Sabah menjawab segala andaian dan persoalan yang bermain difikiran ADUN berkenaan berkaitan isu PTI, dengan dakwaan bersekongkol dengan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong Sze Phin yang juga Pengerusi DAP Sabah.
Kerajaan Kedah serah 394 lembu korban
Azamin Amin, | 24 Okt 2012 |
(Menteri Besar menyampaikan replika lembu korban kepada Adun Pengkalan Kundor yang juga anggota Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk diagihkan di kawasan yang diwakilinya.)
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah melalui anak-anak syarikatnya menyumbang 394 ekor lembu bernilai RM1.75 juta untuk dikorbankan semasa Hari raya Aidil Adha ini.
Sumbangan yang dibuat melalui wakil-wakil rakyat itu disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Razak.
Ia dibuat oleh Azizan dengan cara menyerahkan replika lembu untuk semua wakil penerima lembu korban itu.
(Laporan lanjut dalam Harakah Jumaat ini)
Hasan Ali syaki MCA, DAP berpakat tarik sokongan Cina
Bekas
Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya
persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan
raya umum ke-13 (PRU13).
Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.
Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina
"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.
"Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.
"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.
Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.
Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.
Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.
Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.
"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.
"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.
"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.
Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.
"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.
Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.
"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?
"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?
"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.

Shah Putra Adijaya · Pengulas Tertinggi · umur 31 tahun
Pak Hassan kalau bercakap asyik guna 'kata hati'....mungkin itu yg dibisikkan oleh syaitan kerana agenda sulit yg hanya Pak Hassan ketahui.... PRU 13 ini tiada tempat org macam pak hassan dlm PAS.
Pak Hassan jual kata2 jer ka utk tarik perhatian Pak Jib...dgn harapan utk jadi MB Selangor bersama UMNO...kekekekeke....
Majid Hamid · Pengulas Tertinggi · Sekolah pondok je..
Hassan Jati ni sangka dia mempunyai kasyaf sbb tu hati dia bisik macam tu.. tp sebenar yg mengamalkan politik busuk hati, berdendam kesumat dan khianat kpd jemaah adalah dirinya sendiri.. sekarang dah gila talak pulak.. nak kembali buat duit dgn menjual ayer liur macam sblum masuk politik dulu dah x tak laku dah, sbb org dah tahu dan kenal hati perut pembohongannya.. terima sajalah Hassan ooiii!!!! akibat trlalu tamak sangat dengan dunia ni....
Matt Zackk · Langgani · Pengulas Tertinggi · UUM
"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik. "
Tu dia..pemimpin JAlan maTI dah bersuara...gagal tarik isu UG..guna isu akidah sekarang ikut suara hati pulak dah. begitu mudah tanpa berasaskan fakta:
Kami PR pun dengar suara hati juga, wahai Tok Asan Akidah:
Suara hati rakyat kata:
pppppeeiggiiiiiiiiiiiiiiidaaaaahh!!!
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 147 subscribers
Tengok Si Asan.. bukan nak bersama umat Islam mengutuk MCA dan UMNO.. tapi memilih utk mengadakan dan menaburkan Fitnah... DAP tak perlu memainkan sentimen kaum dan agama utk meraih undi masyarakat Malaysia..begitu juga PAS dan PKR...Spesis seperti inilah yg merosakkan Melayu.. langsung tidak ada malu dan maruah bila memainkan sentimen perkauman utk kepentingan sendiri..
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 147 subscribers
Yong Chun Wah · Pengulas Tertinggi
aku juga syaki ah jib dan tgna berpakat tendangmu keluar PAS? kaka!
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Saya syak, ini adalah satu strategi/taktik terbaru hasan ali utk membuatkan masyarakat melayu membenci kaum cina, klau mereka percaya dgn apa yg hasan ali perkatakan. Ini dilakukan, setelah taktik menyatukan PAS/umno gagal. Juga setelah taktik memecahkan antara PAS/DAP dlm Pakatan juga gagal. Taktik skrg adalah cuba memainkan sentimen perkauman, dgn harapan masyarakat melayu membenci masyarakat cina. Itu secara x langsung menghasut melayu Pakatan utk membenci DAP selaku rakan kongsi dlm Pakatan. & secara x langsung juga memecahkan undi Pakatan. Amat bijak taktik ini. Tapi saya dah pun berjaya 'kantoi'kan....
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Pesanan utk hasan & sesiapa sj yg cuba pecahkan Pakatan. Please don't waiste ur precious time dgn menjadi ejen pihak tertentu dlm menggagalkan Pakatan. Krn insyaAllah hil 'aziim, Pakatan bakal menerajui kerajaan baru lepas PRU13. Itu yg terbaik utk rakyat & negara, & itu jugak bakal terjadi, insyaallah. So, either u join us or don't waiste ur time planning 4 fail...
Gin Marvel · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Tepat wan... Tapi mereka tak sedar PR tidak mudah termakan dengan umpan & hasutan.. Kenapa saya kata begini? Jawapannya adalah mudah........................ RAKYAT melihat kepada kebergantungan hutang Negara Malaysia & ekonomi Malaysia yg tak stabil terutama sumber ekonomi kepada RAKYAT... Kerana itu saya kata, RAKYAT kini sudah pandai & bijak menilai dari menerima apa jua yg mendatang padahal yg mendatang tersebut belum tentu sahih jawapannya.. Yg sahih adalah TARAF HIDUP RAKYAT yg di monopoli kroni Pemerintah..
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Qaulullah (firman Allah), "mereka membuat tipudaya, & Allah membalas (menggagalkan) tipudaya mereka. & Allah itu adalah sebaik2 Pembalas bagi tipudaya" al-'Imraan. Wahai umno, anda ini beragama Islam kah?? Kamu betul2 percaya pd Allah ker?? Ataupun kamu Islam hanya pd nama, tapi hakikatnya blom tentu betul?? Apakah kamu x lihat, sgala2 taktik/strategi kamu yg jht FAIL kebelakangan ini?? Apa mata & hati kamu buta sgtkah, utk x nmpak bahawa Allah sudah campurtgn dlm halehwal politik malaysia?? Hanya org yg buta mata hati x nmpak sgala yg berlaku ada sentuhan Ketuhanan! Sudah2 lah melantik/mempergunakan sesiapa utk menjadi ejen kamu, dlm memenangkan ajenda kamu. Org2 yg cuba melawan/mengubah ketentuan Allah, tahu2lah sj dimanakah keimanan mereka. Masih beriman ataupun 'zero'. Penerangan telah diberi, apa2 sj taktik/strategi yg dilakukan utk menangkan pihak anda, boleh dikategorikan 'melawan Tuhan'. Klau sudah begitu jadinya, bersedialah utk menghadapi risiko. Apa yg pasti, x ada apa2 & sesiapa yg dpt melawan ketentuan Yg Maha Berkuasa...
DzulsharifDzul Sharif · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuli-kuli sahaja
Mdfazib Kastaman Hassan Ali pun main politik dendam kesumat gak...tak habis2 mengutuk PAS itu ini....masih tak puas hati memanjang...tak redha dgn ketentuan Allah tuh....
HasanAli pun ada grand design memecahbelahkan PAS, PKR dan DAP dgn melaksanakan agenda besar UMNO berselindung di sebalik agenda Melayu, Islam, Raja yg dia anuti....bukan?
Surat ringkas buat Chua Soi Lek
Syafiq Kamil, Ma’ruf Club, | 24 Okt 2012 |
Hari ini bicara Hudud kembali hangat semula di media dengan kenyataan kurang beradab seorang makhluk Allah bernama Chua Soi Lek.
Kepada Encik Chua Soi Lek, kami menawarkan kepada anda dua pilihan; sama ada anda berhenti bercakap pasal agama lain, atau jika anda mahu juga bercakap mengenai agama lain lebih-lebih lagi Islam, anda duduk belajar mengenai agama Islam dengan ulama’-ulama’ kami.
Anda perlu faham, anda sebenarnya seorang yang masih jahil bab hukum hakam Islam. Lihatlah sahaja bagaimana Encik Lim Kit Siang membalas kenyataan anda.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14092-perjanjian-syaitan-umno-dan-mca-untuk-kekal-kuasa
Kenyataan anda semakin hari semakin pelik. Anda mendakwa Islam membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat dirogol oleh orang Islam. Dari mana anda belajar?
Bahkan anda tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan aurat atau ketika kod pemakaian Islam?
Jika anda tidak tahu, silakan baca artikel ini terlebih dahulu. Jika anda masih tidak faham istilah-istilah yang digunakan, tidak mengapa kami akan cuba terangkan. Kami akan terangkan dengan penuh beradab dan budi bahasa. Budi bahasa budaya kita.
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=98&Itemid=1
Sekarang bukan soal anda dari parti mana. Kami di peringkat mahasiswa sentiasa jelas dengan pendirian kami, tidak kira parti mana, jika ianya menghina sensitiviti agama Islam mahupun agama lain, anda wajib ditegur.
Anda mesti mahu mendapat penjelasan mengapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud bukan?
Sebelum itu anda masih mengerti atau tidak apa yang dimaksudkan dengan hudud menurut perspektif Islam? Sudah dengar penjelasan pimpinan PAS? Adakah bezanya hudud PAS dengan hudud sebenar yang digariskan dalam Islam?
Kalau masih belum mengerti, di sini kami sertakan link mengenai penjelasan di sekitar ‘hudud PAS’.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/5836-nota-mudah-memahami-hukum-hudud-siri-1
http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/200-hudud-di-antara-tahu-dan-mahu
http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/179-perundangan-islam-utamakan-mencegah-bukan-menghukum
http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/174-hukum-mengatakan-perundangan-hudud-out-of-date
http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/161-hukuman-islam-terhadap-jenayah-rogol
Link yang kami sertakan ini semuanya diambil dari jaringan web kelolaan PAS.
Jangan melatah lagi, baca dulu, Encik Chua Soi Lek.
Jika anda masih perlukan penjelasan dan penerangan dengan lebih lanjut, kami sedia berjumpa menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut. Kita buat usrah sekali, anda mahu tanya seribu empat ratus enam puluh tiga soalan pun, kami akan cuba untuk jawab dengan penjelasan mendalam. Kami sediakan pakar-pakar yang terbaik buat anda!
Seperti episod siri popular TV 'Lifestyles of the Rich and Famous', bil
terperinci dari kad caj Platinum American Express mendedahkan perbelanjaan itu dibuat di kedai-kedai mewah seperti Harrods dan kedai Ferrari di London dan perjalanan ke Dusseldorf di Jerman serta ke Perancis.
Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank, yang menunjukkan perbelanjaan sejumlah RM782,520.55 dikemukakan di mahkamah dan ditandakan sebagai pengenalan.
Ia juga mendedahkan bahawa Bekir (kanan) mempunyai RM5 juta dalam akaun CIMB dan RM3 juta lagi deposit tetap dengan bank tersebut.
Pendengaran hari ini juga menyaksikan Bekir hadir di mahkamah selepas tidak hadir dalam dua prosiding sebelumnya.
Ini telah didedahkan hari ini oleh bekas isteri Bekir, Shahnaz A Majid, 49, yang memberi keterangan di mahkamah berhubung dokumen perbankan tersebut.
Shahnaz, yang merupakan kakak ratu jazz Sheila Majid, menuntut RM400 juta sebagai harta sepencarian dan hibah.
Dokumen-dokumen tersebut diperolehi ekoran perintah ex-parte yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada awal tahun ini, supaya semua akaun dan aset Bekir - sama ada di dalam atau di luar negara - dikemukakan di mahkamah.
Ini ekoran Bekir tidak mengemukakan butiran tersebut sepertimana yang dikehendaki untuk menyelesaikan kes penceraian mereka yang sudah lama berlarutan.
Dalam pendengaran 2 Oktober lalu, Shahnaz telah memberi keterangan mengenai kira-kira RM700 juta dalam akaun asing di bawah nama Bekir di Amerika Syarikat, negara Caribbean, Switzerland dan Hong Kong.
Bekir, seperti yang didakwa oleh Shahnaz, bernilai lebih RM1 bilion.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.
"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.
"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.
Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.
"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.
"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.
"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.

'Bekir belanja RM782,520 dalam 6 bulan guna kad caj'
Mahkamah
Tinggi Syariah hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Mahmud Abu Bekir
Taib - anak kepada ketua menteri Sarawak - membelanjakan tiga suku juta
ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan
kad caj.Seperti episod siri popular TV 'Lifestyles of the Rich and Famous', bil
terperinci dari kad caj Platinum American Express mendedahkan perbelanjaan itu dibuat di kedai-kedai mewah seperti Harrods dan kedai Ferrari di London dan perjalanan ke Dusseldorf di Jerman serta ke Perancis.
Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank, yang menunjukkan perbelanjaan sejumlah RM782,520.55 dikemukakan di mahkamah dan ditandakan sebagai pengenalan.
Ia juga mendedahkan bahawa Bekir (kanan) mempunyai RM5 juta dalam akaun CIMB dan RM3 juta lagi deposit tetap dengan bank tersebut.
Pendengaran hari ini juga menyaksikan Bekir hadir di mahkamah selepas tidak hadir dalam dua prosiding sebelumnya.
Ini telah didedahkan hari ini oleh bekas isteri Bekir, Shahnaz A Majid, 49, yang memberi keterangan di mahkamah berhubung dokumen perbankan tersebut.
Shahnaz, yang merupakan kakak ratu jazz Sheila Majid, menuntut RM400 juta sebagai harta sepencarian dan hibah.
Dokumen-dokumen tersebut diperolehi ekoran perintah ex-parte yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada awal tahun ini, supaya semua akaun dan aset Bekir - sama ada di dalam atau di luar negara - dikemukakan di mahkamah.
Ini ekoran Bekir tidak mengemukakan butiran tersebut sepertimana yang dikehendaki untuk menyelesaikan kes penceraian mereka yang sudah lama berlarutan.
Dalam pendengaran 2 Oktober lalu, Shahnaz telah memberi keterangan mengenai kira-kira RM700 juta dalam akaun asing di bawah nama Bekir di Amerika Syarikat, negara Caribbean, Switzerland dan Hong Kong.
Bekir, seperti yang didakwa oleh Shahnaz, bernilai lebih RM1 bilion.
MP Umno dakwa individu terima 1 juta saham Felda
Seorang
MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di
Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures
Holding (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.
"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.
"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.
Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.
"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.
"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.
"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.
Kelantan umum hadiah umrah buat TRW
Mohd Nor Yahya, | 24 Okt 2012 |
Keputusan kerajaan tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas mesyuarat exco bertempat di Pejabat Exco negeri sebentar tadi.
"Kerajaan Kelantan mengambil kira kesungguhan pemain dalam memastikan kejayaan pasukan Kelantan dan kita kira amat layak kerajaan memberi sebarang bentuk ganjaran dan kali ini untuk kali kedua kita telah memilih untuk memberi pemain untuk menunaikan umrah" ujar beliau.
Bagi pemain yang bukan beragama Islam pula, mereka akan diberi ganjaran berupa wang tunai.
Sabtu lalu pasukan Bolasepak Kelantan berjaya mengalahkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 - 2, sekaligus menjuarai Piala Malaysia musim ini.
Sementara itu, Ahmad berkata, buat kali pertama juga kerajaan bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat tanda kesyukuran pada 3 November ini akan datang.
Ianya akan melibatkan rakyat serta anggota pasukan TRW bagi meraikan kemenangan bersejarah itu.
" Kami harap peminat dan rakyat kelantan dapat hadir untuk menikmati jamuan rakyat yang akan diadakan di perkararangan stadium Sultan Muhammad ke IV nanti yang akan bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang" katanya lagi.
Selain Kerajaan Negeri, ganjaran lot tanah juga menanti pemain TRW yang akan disumbangkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ekoran kejayaan itu.
Difahamkan, setiap lot tanah itu bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000, dengan membabitkan kos keseluruhan mencecah hampir RM2 juta.
Harussani: Soi Lek tak berhak bercakap soal hudud
Mufti
Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata presiden MCA Datuk Ser Dr Chua
Soi Lek tidak berhak untuk bercakap soal hudud kerana tiada kepakaran
dalam perundangan Islam.“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Chua pada minggu lalu yang menjangkakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat negara ini – termasuk di pusat judi dan rumah urut.
Isu pelaksanaan hudud juga dibangkitkan dalam perhimpunan agung MCA pada hujung minggu lalu.
Harussani berkata, kelemahan penguatkuasaan undang-undang membuatkan pemimpin politik lantang membuat kenyataan mengenai hudud.
“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara ini, kita perlu hormati perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya lagi seperti dipetik akhbar itu.
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 147 subscribers
Kenapa Mufti tak tegur Najib Soros..?? sedangkan semasa penghinaan itu diucapkan pemimpin UMNO itu berada disebelah individu itu..??
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bukit Koman Village, Pahang, Malaysia · 147 subscribers
Harimau Malaya..Mufti Perak ni patut bidas Najib sekali.. Sex Lek ni memang bertujuan utk meraih undi masyarakat Cina yg selesa dgn PR..yg dia tuding jari pada Sex Lek..sedangkan Sex Lek ni dah sah kafir harbi.. yakni haram bagi org islam mengundi calon MCA..Najib yg verada disebelah Sex lek.. tidak boleh dilepaskan begitu saja..
A Hadeeq Saai · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Own business
sebagai ahli UMNO yang akan mengundi PR, aku beriktikad, sekiranya PM Tokjib, Hishamuddin as Home Minister, KJ as KP UMNO, Jamil Khir as Menteri Agama mengutuk, memakihamun, melaknat CSL dan mengambil tindakan under Akta Hasutan, maka aku akan pertimbangkan undi aku itu demi kesucian agama Islam dan keluhuran HUDUD....
Illa Nur · Langgani · Pengulas Tertinggi · 246 subscribers
Laaaa punya la lama baru bersuara .. siapa punya lampu hijau ni.. nak juga tau... ingatkan tiada ulama dah dalam UMNO sehingga raja porno CSL MCA pulak bagi pihak UMNO .. tak berdemo ke PERKASA???? TV3 apa cerita ni... tak main ISU ni ke ..
Kamaruzzaman Jamal · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
Setelah banyak gesaan akhirnya MUfti Perak bersuara menegur SOI Lek, tapi dalam nada lembik..sekurang kurangnya ada , jgn tak ada...mufti mufti lain?
Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara ini, kita perlu hormati perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya lagi seperti dipetik akhbar itu.
BANYAK CAKAP KO WAHAI HARUSSANI, KO TAK TAHU KE, NAJIB ADA MASA CSL HINA HUDUD(ISLAM) DI MAJLIS PERHIMPUNAN MCA. DEPAN NAJIB MCA HINA ISLAM TAPI NAJIB BUAT TAK TAHU JE. INI BUKAN PASAL PENGUATKUASAAN JE TAPI KERANA PEMIMPIN SENDIRI YG TAK MABIL PEDULI. LEBIH2 LAGI MASA INI PIHAK2 PENGUASA ADALAH DIKUASAI OLEH PEMIMPIN UMNO(BN). KALAU PIHAK BERKUASA SPT POLIS BUAT MELEBIHI ARAHAN NANTI KE BUANG KERJA LA JAWABNYA. KO TAK TAHU KE ITULAH SIFAT SEBENAR PEMIMPIN UMNO(BN) YG KO SANJUNG SELAMA INI...///
Ahmad Baei · Langgani · Pengulas Tertinggi · Ketua editor di Kalimat Cinta Sdn Bhd · 123 subscribers
Tahniah tok mufti Perak kerana mahu menegur, mana Mufti lain, tidak boleh bercakap atau tidak mahu bercakap. Tahniah juga kepada pakatan rakyat yang buat tunjuk perasaan di pejabat MCA seramai 150 orang. Semoga ada pengajaran buat mereka.
Tapi untuk pengetahuan orang politik melayu, inilah kelemahan Akta/Anakmen Syariah yang dapat dikesan oleh orang bukan Islam. Mereka tahu kalau mereka hina Islam pun undang2 islam tidak boleh mensabitkan mereka. Jadi, pembuat undang2 harus memikirkan soal ini dalam membuat penggubalan baru termasuk hudud.
Tok Bidong · University of Singapore
Ustaz Ahmad maaf mencelah, Mungkin Mufti-Mufti, penggubal undang Islam di Negara ini terlalu sibuk dengan tugas-tugas lain, dan juga mencadangkan pihak-pihak yang berkaitan dapat memikirkan sesuatu demi perpaduan/keutuhan umat Islam Negara ini. CSL/MCA LU JAGA LU RUMAH LA..
Asri Aris Mohamed · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuli di Penarek Becha
soi sex ni kristian ke budha?agama dia benarkan ke buat video lucah? kurang ajar punya soi sex!moral da.la hancur ada hati nak tegur agama org lain.buat malu agama sendiri la apek sex ni.
Mohd Nirudzuan Mat Daud · Pengulas Tertinggi · University of New England
Bila pulak Hassan Ali, Zul Nordin dan Ibrahim Ali nak kasi statement?
Bayan Hijau · Pengulas Tertinggi · SMK.Sultan Alauddin.Bukit Besar.Kulai
KESIAN AKU... ADA ORANG BERANI MENGUTUK APA YANG ALLAH TURUNKAN DIDALAM ALQURAN.. AKU TIDAK BERDAYA UNTUK MENGHALANGNYA. SIAPAKAH YANG BERANI MENGHALANG SIBEDEBAH ITU SEMUA ORANG TIDAK BERANI KERANA SYITAN SEMAKIN KUAT DAN SYITAN SEMAKIN BANYAK BERDAMPINGAN DENGAN ORANG YANG KITA SANGKA KUAT . SYITAN MENGUNCI MATI MULUT DAN HATI SEMUA CERDIK PANDAI SEAGAMA KU. AKU TIDAK TAHU YANG MANA ORANG ALIM DAN YANG KUAT UNTUK AKU BERSANDARKAN KEPADANYA. OLEH ITU YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU MOHON KEPADA MU KAU LAKNATLAH PADA ORANG INI HANYA INILAH SAHAJA YANG AKU MAMPU LAKUKAN. AKU AKU TIDAK BERDAYA. KERANA AKU INSAN YANG LEMAH DAN KUASA KU TERHAD. DISEBABKAN INI KIRANYA AKU MATI AKU MALU UNTUK MENGHADAPI MU YA ALLAH..
Hj Benjamin Hj Usman · Pengulas Tertinggi · Madrasah Al Hassaniyah Babus Salam, Semporna, Sabah.
lembutnya teguran mu Datuk mufti, mana kawan2 mu mufti yg lain tak ada komen? SOLEK ni bukan hina HUDUD Pas je tetapi keseluruhaan DUNIA Islam sebab dia kata 8 drp 11 negara Islam Korup, tak slamat dan stabil sebab mengamalkan UNDAN@ ALLAH!!!
Tepung Pelita · Kolej tun hj shaffie, republic of segamat.
apek tu memang biadap.... dah layak dipancung.... yg duduk dengar pun sama bengap.. buat malu jer melauyu2 yg takder maruah duduk diam tak bersuara masa apek tu berucap. agama ngkau pun sanggup ngkau belakangkan demi undi apek tu... memalukan!
Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Employee di AbyKamshar Enterprise sdn. bhd.
Macamana Chua Soi Seks tak berani b ercakap tentang hudud kerana UMNO sendiri takut dan fobia bila sebut hudud terutama Haji Najib takut nak tegur MCA walaupun MCA pernah mengatakan UMNO dah hilang akal.
Muhammad Ahmad · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bandar Seri Begawan, Brunei
Bismillah: Ayahnda Harusani. Soi Lek bukan saja tidak berhak. Bahkan ia perlu diharamkan dari bercakap mengenai hudud. Jika di bercakap juga, dia patut dihukum penjara.
Tj Tajudin Supaat · Pengulas Tertinggi
memang dia tidak berhak langsung bercakap pasal hudud, tetapi yg sedih org yg berhak cakap dan mempertahankannya, bercakap bila sudah terhantuk..
Amran Ab Manaf · Clerk of work di GAP ENGINEERING CONSULTANTS SDN. BHD.
Bengong jugak Soi Lek ni. Oghe kuat umno patut kena tegur, biar tegas!
Hatri Asmawi · Pengulas Tertinggi · Institute Technology of Mara
“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara ini, kita perlu hormati perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya lagi seperti dipetik akhbar itu.
inilah kelemahan yg dicipta oleh ketua krjn yg memerintah yg tidak tegas dgn isu ni malah membisu semasa berada dlm majlis yg sama malah tidak menegur mereka... jom ubah...
Azizan Saad · Pengulas Tertinggi · Smk pokok sena
Jangan tegur CSL saja tapi peminpin yang ada kuasa mengapa diam , ini soal agama Allah ianya benar selama-lamanya ............. tak ada dolak dalik atau sebab yang lain .............................. fikirlah sebelum kita mati apa yang kita buat untuk agama kita Islam kita akan disoal, mereka terus ke neraka ....
PKR tangkis dakwaan Anwar gagalkan 'agenda Melayu'
Pengarah
komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menangkis dakwaan bekas menteri
kabinet Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim
menggagalkan "agenda Melayu" dengan memberi lesen perbankan kepada
golongan bukan Melayu.
Nik Nazmi berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana pemimpin Melayu, termasuk bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin juga mempunyai kepentingan besar dalam bank yang didakwa dimiliki kumpulan bukan Melayu – Alliance Finance Group Bhd (AFG).
"Mungkin agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni Umno-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran.
"Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar," katanya Nik Nazmi yang merujuk kepada penyelamatan Petronas ke atas Konsortium Perkapalan Berhad yang menanggung kerugian RM2 bilion semasa krisis kewangan Asia 1997.
Konsortium Perkapalan Berhad pada masa itu dimiliki Datuk Mirzan Mahathir yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
ADUN Seri Setia itu berkata, hubungan Daim dan AFG bermula sejak 1982 apabila bekas menteri itu membeli Malaysian French Bank, yang dikemudiannya dinamakan sebagai Multi-Purpose Bank.
Menurutnya lagi, Daim dikatakan memiliki 14.8 peratus kepentingan dalam Langkah Bahagia Sdn Bhd, yang turut memiliki kepentingan dalam AFG bersama syarikat pelaburan Singapura Temasek Holdings Ltd.
Multi-Purpose kemudiannya digabungkan dengan enam lagi institusi kewangan lain, termasuk International Bank Malaysia Bhd yang dimiliki Langkah Bahagia untuk membentuk AFG, katanya.
"Nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata yang tidak berasas. Ketaksuban beliau di dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Mahathir dan Daim membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa," kata Nik Nazmi.
Nik Nazmi bagaimanapun tidak membangkitkan mengenai satu lagi kumpulan perbankan yang turut disebut Sanusi – Hong Leong Group.
Bekas menteri itu semalam dipetik laman The Malaysian Insider sebagai berkata, Anwar menggagalkan agenda Melayu Mahathir dengan memberi lesen kepada Hong Leong dan AFG.
Menurut laporan itu, Sanusi mendakwa Mahathir dan Daim mengangkat dasar anti-Yahudi Jerman dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu bagi mengawal ekonomi.
Mahathir bagaimanapun menjelaskan, ia "mungkin dianggap anti-Yahudi tetapi ia bertujuan membangunkan Malaysia."
Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan
jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang.
Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.
Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.
Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.
Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.
Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik.
Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?
Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?
Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.
Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.
Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah
tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".
Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati.
Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.
Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.
Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.
Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan.
Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai.
"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.
Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya.
'Saya kurang sihat'
Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu.
Chong Eng: Aiya, apa ini!
Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.
Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran
Awang: Saya demam...
Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini

Parlimen 'meletup' pegawai kastam beli-belah RM1.8j
Apa
yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua
Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli
Parlimen menjadi emosional semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan
belanjawan Kementerian Kewangan.Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan
jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang.
Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.
Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.
Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.
Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.
Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik.
Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?
Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?
Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.
Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.
Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah
tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".
Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati.
Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.
Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.
Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.
Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan.
Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai.
"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.
Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya.
'Saya kurang sihat'
Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu.
Chong Eng: Aiya, apa ini!
Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.
Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran
Awang: Saya demam...
Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan